PETRONAS DAGANGAN BERHAD
“PETRONAS POWEROFSEVEN VIRTUAL RUN”
TERMA DAN SYARAT
1.0 Penganjur:
1.1 PETRONAS Dagangan Berhad (“PDB”) adalah penganjur bagi Kempen
“POWEROFSEVEN Virtual Run”
1.2 Health4U Solutions Sdn Bhd (“Health4U”) melalui aplikasi mudah alih BookDoc (“BookDoc”) adalah aplikasi yang di lantik oleh PDB untuk mengurus Kempen ini. 1.3 Dengan menyertai Kempen ini, Peserta bersetuju untuk terikat dengan terma dan syarat, termasuk sebarang pindaan, pengurangan atau/dan penambahan terma yang mungkin diubah dari semasa ke semasa, tanpa had atau kelayakan
2.0 Kelayakan:
2.1 Kempen ini terbuka kepada rakyat Malaysia yang menetap di Malaysia dan berumur lapan belas (18) tahun dan ke atas. Peserta harus mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan seperti berikutnya.
2.2 Kempen ini TERBUKA kepada Peserta yang mengaktifkan aplikasi BookDoc di
telefon mudah alih, kecuali kategori berikut:
(a) Pekerja Tetap/Kontrak PETRONAS dan keluarga mereka yang terdekat iaitu ibu, bapa, pasangan dan anak.
(b) Rakan Niaga PETRONAS dan Kru PETRONAS serta keluarga mereka yang terdekat iaitu ibu, bapa, pasangan dan anak; dan
(c) Pekerja-pekerja agensi promosi dan pengiklanan untuk PDB serta keluarga mereka yang terdekat iaitu ibu, bapa, pasangan dan anak.
2.3 Jika Peserta didapati tidak layak sama ada sepanjang atau selepas tempoh kempen berlangsung seperti yang dinyatakan di bawah, PDB berhak untuk membatalkan kelayakan Peserta tersebut dan boleh membatalkan/menarik balik/meminta Peserta untuk memulangkan hadiah yang telah dimenangi oleh Peserta tersebut; atau jika Peserta tidak dapat mematuhi perkara di atas, Peserta tersebut harus bersetuju dan memulangkan ganti rugi kepada PDB dengan nilai yang sama. PDB berhak untuk mengenakan sebarang tindakan terhadap Peserta tersebut jika Peserta enggan untuk mematuhi permintaan di atas.
memberikan nombor telefon dan alamat e-mel yang sah untuk tujuan pemasaran dan publisiti.
3.0 Tempoh Kempen:
3.1 Kempen akan berlangsung dari 0000 jam, 1 April 2021 sehingga 1159 jam, 31 Mei 2021 ("Tempoh Kempen"), termasuk kedua-dua tarikh di atas, melainkan dimaklum sebaliknya oleh pihak PDB.
4.0 Mekanisme Kempen:
4.1 Terdapat dua kategori untuk dipilih oleh Peserta: a) Peserta "PACKAGE A"
b) Peserta "PACKAGE B"
4.2 Peserta "PACKAGE A" boleh menyertai dengan memilih "PAID ENTRY" di Halaman Larian Maya POWEROFSEVEN BookDoc dan seterusnya membayar RM68.00 melalui BookDoc. DUA PULUH SATU (21) Peserta "PACKAGE A" akan dipilih untuk menangi hadiah dari Hadiah Cabutan Bertuah 'PACKAGE A' yang disenaraikan di Perkara 5.1 di bawah.
4.3 Peserta “PACKAGE B” boleh menyertai dengan memilih ‘Free Entry’ di Halaman Larian Maya BookDoc POWEROFSEVEN. Dari sini Peserta "PACKAGE B" mempunyai pilihan untuk:
a) kekalkan status ‘free’; atau
b) klik pada pautan ‘Receipt Submissions’ di mana Peserta boleh memuat naik gambar resit PETRONAS yang ditransaksi semasa Tempoh Kempen; hanya pembelian produk bahan bakar berikut dan berjumlah RM30 atau lebih akan diterima:
i. PETRONAS Primax 95 dengan Pro-Drive, ii. PETRONAS Primax 97 dengan Pro-Race,
iii. PETRONAS Dynamic Diesel Euro 5 dengan Pro-Drive, atau iv. PETRONAS Dynamic Diesel.
Setiap akaun BookDoc hanya mempunyai SATU (1) peluang Cabutan Bertuah ‘PACKAGE B’ tidak kira jumlah resit yang dihantar. SEMBILAN PULUH (90) Peserta "PACKAGE B" akan dipilih untuk memenangi Hadiah Cabutan Bertuah dari Hadiah Cabutan Bertuah ''PACKAGE B'' yang disenaraikan di Perkara 5.2 di bawah.
4.4 Resit yang dimuat naik tidak menjamin penerimaan Penyertaan atau Peluang Cabutan Bertuah. Resit yang diterima oleh BookDoc akan disahkan berdasarkan kejelasan dan kesahihan secara visual sebelum diterima. PDB berhak memutuskan ‘Receipt Submission’ mana yang sah atau tidak sah.
4.5 Peserta yang mematuhi langkah-langkah di atas akan dipilih oleh pihak PDB secara rawak menggunakan program randomizer BookDoc melalui sesi yang akan diaudit dan dirakam.
4.6 Selain daripada pemenang di atas, 500 pendaftaran terawal yang lengkap dari "PACKAGE A" akan menerima DUA (2) e-tiket wayang TGV.
4.7 Semua keputusan dari pihak PDB yang berkaitan dengan Kempen (termasuk pemilihan pemenang) adalah muktamad dan konklusif. Sebarang pertanyaan dan/atau rayuan bagi sebarang pertikaian atau perkara berkaitan dengan keputusan pihak PDB tidak akan dilayan.
4.8 Para pemenang akan dihubungi melalui nombor telefon yang telah didaftarkan dan beberapa soalan akan diajukan bagi tujuan pengesahan; bagi melayakkan mereka untuk memenangi hadiah tersebut.
5.0 Barang-barang dan Hadiah Kempen:
5.1 Peserta "PACKAGE A" akan: a) Menerima:
i. SATU (1) T-shirt Pelari ‘POWEROFSEVEN Virtual Run’ Fizikal ii. SATU (1) Pingat Pelari ‘POWEROFSEVEN Virtual Run’ Fizikal iii. SATU (1) e-Sijil Penyertaan digital
b) Berpeluang memenangi SATU (1) hadiah Cabutan Bertuah ‘PACKAGE A’ berikut:
i. SATU (1) daripada SEPULUH (10) PRYSM ‘Premium Pack’. Setiap pek merangkumi:
- SATU (1) Topi PRYSM - SATU (1) T-shirt PRYSM - SATU (1) Pelitup Muka PRYSM
ii. SATU (1) daripada TIGA (3) Mercedes AMG PETRONAS F1 Topi yang ditandatangani oleh Lewis Hamilton dan Valtteri Bottas
iii. SATU (1) daripada TIGA (3) set Monopoli Mercedes AMG PETRONAS F1 yang ditandatangani oleh Lewis Hamilton dan Valtteri Bottas iv. SATU (1) daripada LIMA (5) Jam Tangan ‘SmartWatch’ Amazfit T-Rex
Pro
c) Menyumbang secara langsung kepada program amal Yayasan PETRONAS. i. RM5.00 daripada yuran RM68.00 akan disumbangkan ke program
amal Yayasan PETRONAS
ii. Penerima sumbangan akan dipilih oleh Yayasan PETRONAS mengikut garis panduan Jabatan Kebajikan Masyarakat
5.2 Peserta "PACKAGE B" boleh memilih untuk mengambil bahagian tanpa sebarang pembayaran. Peserta "PACKAGE B" akan:
a) Menerima:
i. SATU (1) Pingat Pelari ‘POWEROFSEVEN Virtual Run’ digital ii. SATU (1) e-Sijil Penyertaan digital
b) Berpeluang memenangi SATU (1) hadiah Cabutan Bertuah ‘PACKAGE B’ berikut. Namun, seperti yang disebutkan dalam Item 4.3; untuk layak mendapatkan hadiah Cabutan Bertuah ‘PACKAGE B’, Peserta ‘PACKAGE B’ perlu mengemukakan sekurang-kurangnya satu Resit RM30 produk bahan api PETRONAS yang dinyatakan di Perkara 4.3 di atas
i. SATU (1) daripada TIGA (30) topi PRYSM.
ii. SATU (1) daripada TIGA (30) T-shirt dan pelitup muka PRYSM. iii. SATU (1) daripada SEPULUH (10) set Monopoli Mercedes AMG
PETRONAS F1
iv. SATU (1) daripada SEPULUH (10) Jam Tangan ‘Smartwatch’ Amazfit T-Rex Pro
v. SATU (1) daripada SEPULUH (10) e-baucar Adidas RM150
6.0 Syarat-syarat lain:
6.1 Makluman utama buat para pemenang akan dilakukan melalui aplikasi BookDoc.
6.2 Pihak PDB mungkin akan merakamkan sesi pemberian hadiah yang disebut bagi tujuan pemasaran.
6.3 Kesemua hadiah akan dihantar kepada para Pemenang dalam masa ENAM PULUH (60) hari bekerja selepas tamatnya TEMPOH KEMPEN seperti yang dicatat di Perkara 3.0. Para pemenang wajib untuk melengkapkan borang pengisytiharan. Pihak PDB akan memaklumkan kepada para pemenang jika terdapat penangguhan penghantaran hadiah. Semua langkah kesihatan Covid-19 akan diambil kira untuk penebusan hadiah ini. Penghantaran hadiah hanya akan dihantar ke alamat di dalam Malaysia.
6.4 PDB berhak untuk menghubungi peserta yang mempunyai potensi sebagai pemenang melalui panggilan telefon (di nombor telefon yang didaftar di aplikasi BookDoc) atau sistem pesanan ringkas (SMS) atau medium komunikasi lain yang bersuaian.
6.5 Jika PDB memilih untuk menghubungi peserta yang mempunyai potensi sebagai pemenang melalui panggilan telefon dan beliau tidak menjawab panggilan tersebut di atas sebab-sebab seperti di luar kawasan liputan, tidak menjawab panggilan atau tiada servis, PDB akan membuat dua (2) lagi panggilan untuk menghubungi beliau dalam tempoh masa dua (2) jam. Jika tidak berjaya, PDB berhak untuk memilih peserta lain yang berpotensi sebagai
6.6 Semua pemenang harus mematuhi semua terma dan syarat seperti yang ditetapkan oleh Pihak PDB.
6.7 Semua hadiah tidak boleh ditukar dengan wang atau barangan lain.
6.8 Pihak PDB berhak untuk menggantikan Hadiah yang ditetapkan dengan barangan lain yang mempunyai nilai yang sama atau lebih tinggi tanpa sebarang notis.
6.9 Pihak PDB berhak untuk memilih spesifikasi Hadiah dan keputusan ini adalah muktamad.
6.10 Kesemua kos, bayaran dan/atau perbelanjaan berkaitan Kempen dan/atau penebusan hadiah yang ditanggung atau akan ditanggung, termasuk atau tidak terhad kepada kos pengangkutan, makanan, kos peribadi dan/atau lain-lain kos, adalah di bawah tanggungjawab para pemenang.
6.11 Dengan menyertai kempen ini, Para Peserta secara tidak langsung bersetuju dan menerima semua terma dan syarat kempen yang ditetapkan dan bersetuju di atas sebarang keputusan yang diputuskan oleh Pihak PDB mengenai Kempen ini dan semua perkara yang berkaitan adalah muktamad dan sebarang pertanyaan, rayuan dan surat-menyurat tidak akan dilayan.
6.12 PDB berhak untuk membatalkan kelayakan dan/atau menarik balik hadiah yang telah ditebus oleh peserta atau pemenang bagi yang tidak mematuhi terma dan syarat yang ditetapkan.
6.13 PDB berhak untuk membatalkan, memendekkan, melanjutkan,
menangguhkan atau menamatkan Kempen ini pada bila-bila masa tanpa sebarang notis kepada Para Peserta. Untuk mengelakkan keraguan, Para Peserta tidak berhak untuk menuntut ganti rugi daripada Pihak PDB untuk sebarang kehilangan atau kecederaan yang dialami atau ditanggung oleh Peserta yang berkaitan dengan sebarang pembatalan, pemanjangan, penggantungan atau penamatan Kempen pada bila-bila masa sebelum tarikh tamat Kempen. PDB juga berhak untuk memperbetul, mengubah, memadam atau menukar mana-mana Terma dan syarat yang terkandung pada bila-bila masa tanpa sebarang notis. Penyertaan sepanjang tempoh penukaran ini meliputi perakuan, pemahaman, perjanjian dan penerimaan penukaran-penukaran tersebut tanpa syarat selaras dengan Terma dan syarat.
6.14 PDB berhak untuk mengguna nama, gambar, maklumat dan dokumen Peserta dan/atau Pemenang sebagai bahan iklan dan publisiti untuk tujuan pemasaran pada bila-bila tanpa sebarang notis kepada Peserta dan/atau Pemenang dan Peserta dan Pemenang tidak berhak untuk menuntut hak milik ke atas bahan tersebut. Penyertaan oleh Peserta dalam Kempen ini meliputi persetujuan
mereka bagi penggunaan yang disebut di atas, tanpa sebarang notis, pembayaran, atau pertimbangan.
6.15 PDB tidak bertanggungjawab di atas segala tuntutan bagi kehilangan atau kerosakan harta atau kecederaan peribadi atau kehilangan nyawa Peserta, Pemenang, dan/atau mana-mana pihak yang berkaitan dengan Kempen ini atau Hadiah-hadiah yang diberikan melalui Kempen ini.
6.16 Terma dan syarat ini adalah yang muktamad dan diguna pakai berbanding maklumat atau imej yang terkandung di dalam mana-mana risalah atau bahan promosi yang lain untuk promosi Kempen ini.
6.17 PDB mempunyai kuasa muktamad untuk membuat keputusan tafsiran terma dan syarat dan semua perkara yang berkaitan dengan Kempen ini.
6.18 Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi MESRALINK di 1 300 22 8888.
7.0 Data Peribadi
7.1 Dengan penyertaan dalam kempen ini, Para Peserta secara tidak langsung bersetuju di atas koleksi, pemprosesan, penggunaan, pendedahan dan penyimpanan data peribadi oleh PDB mengikut Notis Data Peribadi menurut Seksyen 7, Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, yang terdapat di www.mymesra.com.my/pdpa