• Tidak ada hasil yang ditemukan

Asgmnt Etika Abg

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Asgmnt Etika Abg"

Copied!
17
0
0

Teks penuh

(1)

ISI KANDUNGAN HALAMAN 1.0 PENGENALAN

2.0 HUBUNGAN ANTARA UNDANG-UNDANG DAN

STANDARD MORAL

3.0 PROSES PEMBENTUKAN UNDANG-UNDANG

(2)

1.0 PENGENALAN

Definisi bagi undang-undang ialah satu set peraturan yang ditubuhkan oleh masyarakat untuk mengawal kelakuan dalam masyarakat tersebut (Ho Jo Ann, 2013). Manakala Kamus Dewan Edisi Keempat pula menakrifkan undang-undang sebagai sesuatu peraturan atau keseluruhan peraturan dan mesti dipatuhi oleh masyarakat yang berkenaan. Di dalam Modul OUM menyatakan undang-undang juga sebagai satu set peraturan universal yang konsisten, diterbitkan dengan meluas, diterima secara umum dan kebiasaannya dikuatkuasakan. Di dalam undang-undang terdapat elemen yang mendesak contohnya pemandu kereta berhenti apabila lampu isyarat menunjukkan warna merah.

Undang-undang mempunyai ciri-ciri yang tertentu. Lima ciri-ciri tersebut ialah konsisten, universal, diterbitkan, diterima dan dikuatkuasa. Apa yang dimaksudkan dengan konsisten ? Konsisten berdasarkan keperluan untuk bertindak atau tidak bertindak yang tiada percanggahan. Misalnya ada dua keperluan yang bercanggah, maka kedua-dua kumpulan tersebut tidak boleh ditakrifkan sebagai undang-undang kerana mustahil seseorang boleh mematuhinya.

Universal membawa maksud boleh digunakan oleh semua orang yang memiliki sifat yang sama serta menghadapi set keadaan yang sama. Contohnya undang-undang mempunyai lesen kenderaan jika mahu memandu kereta. Keperluan untuk bertindak dan tidak bertindak iaitu undang-undang yang perlu diterbitkan dan dicetak. Ini supaya semua pihak boleh mengakses dan merujuk undang-undang apabila mahu mengambil sesuatu tindakan. Walaupun tidak semua pihak membaca dan memahami semua undang-undang tersebut tetapi pihak tersebut boleh meminta bantuan ahli professional seperti peguam untuk menerangkan mengenai undang-undang yang berkaitan.

Undang-undang yang diterbitkan ini perlu dipatuhi dan diterima oleh masyarakat kerana ia merupakan kehendak majoriti. Jika terdapat anggota masyarakat yang tidak mahu mengikuti undang-undang secara sukarela, individu tersebut akan dipaksa untuk menerimanya. Jika individu tersebut melanggar undang-undang , mereka akan kehilangan kemudahan, masa, kewangan, nyawa atau kebebasan apabila ditahan oleh penguatkuasa dan dibuktikan bersalah di mahkamah. Terdapat elemen yang telah ditetapkan jika undang-undang tidak dipatuhi.

(3)

Penguatkuasa undang-undang seperti pihak polis, peguam, kastam, imegresen dan hakim akan menjalankan peranan beliau dalam menguatkuasa undang-undang.

Bagi sesebuah negara demokrasi seperti Malaysia, undang-undang amat diperlukan untuk membuat keputusan apabila berhadapan dengan konflik dalam organisasi. Konflik terjadi apabila terdapat perbezaan pendapat, norma dan nilai terutama apabila perlu memilih antara prestasi ekonomi dan prestasi sosial. Undang-undang merupakan asas rujukan untuk membuat keputusan kerana ia mewakili keputusan kolektif seluruh masyarakat.

2.0 HUBUNGAN ANTARA UNDANG-UNDANG DAN STANDARD MORAL

Undang-undang dapat mengatur perjalanan hidup manusia mengikut norma masyarakat. Ini dibuktikan apabila undang-undang mengatur dan menentukan peranan institusi atau badan kerajaan dalam sesebuah negara. Undang-undang mampu mengawal masyarakat daripada membuat pilihan, aktiviti atau tindakan yang boleh memudaratkan masyarakat. Contohnya seseorang individu tidak boleh memukul seseorang dengan sewenang-wenangnya. Pelaku yang bersalah akan dihukum sebagai pengajaran kepada pesalah dan orang ramai. Maka undang-undang dapat menentukan hak kebebasan individu terpelihara supaya kehidupan politik, ekonomi, dan sosial sesebuah negara menjadi stabil dan makmur.

Selain itu, undang-undang juga berperanan sebagai panduan untuk pilihan moral kepada anggota masyarakat yang menghadapi dilema dalam membuat keputusan. Seseorang individu perlu merujuk kepada undang-undang supaya keputusan yang diambil itu tepat, sesuai dengan kehendak masyarakat dan memenuhi moral individu tersebut. Contohnya Encik Zul, seorang guru siswazah, Gred DG41, yang memegang jawatan guru penolong telah menyertai sebuah parti politik . Beliau menjadi ahli parti tersebut dan pulang ke kampong sekali sebulan untuk melaksanakan tugas-tugas politiknya. Beliau telah dicalonkan oleh bahagiannya untuk satu kerusi dalam Majlis Tertinggi Parti yang akan mengadakan pilihan raya untuk memilih ahli-ahli majlis.

Terdapat calon lawan yang membuat pengaduan kepada Jawatankuasa Disiplin Parti kerana selaku guru penolong Gred DG41 beliau tidak layak masuk bertanding. Setelah jawatankuasa melakukan penyiasatan, laporan dibuat kepada Pengarah Pendidikan yang mengemukakan hasil

(4)

siasatan kepada Pengerusi Lembaga Tatatertib Kementerian. Urusetia tatatertib telah mengemukakan laporan dan mendapati Encik Zul telah melanggar tatatertib dalam tugas. Ini kerana dari segi status jawatan dalam perkhidmatan pendidikan ataupun dalam perkhidmatan awam, guru siswazah adalah Pegawai Kumpulan A.

Sebagai Pegawai Kumpulan A, beliau adalah dilarang mengambil bahagian aktif dalam aktiviti politik seperti yang termaktub dalam Peraturan 21 Perintah Am Bab D – Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subperaturan (3) seseorang pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan Profesional adalah dilarang mengambil bahagian yang aktif dalam aktiviti politik atau memakai mana-mana lambang sesuatu parti.

Ini kerana dalam peraturan tersebut, beliau tidak boleh :

a. Membuat apa-apa penyataan awam, samada secara lisan atau bertulis, yang memberikan suatu pandangan yang berat sebelah atas apa-apa perkara yang menjadi isu di antara parti-parti politik. b. menerbit atau mengelilingi buku, makalah, atau risalah yang mengemukakan pandangannya yang berat sebelah atau pandangan orang lain, atas apa-apa perkara yang berkaitan dengan mana-mana parti politik.

c. Terlibat dengan merayu undi bagi menyokong mana-mana calon pada suatu pilihanraya umum, pilihanraya kecil ataupun apa-apa pilihanraya untuk apa-apa jawatan dalam mana-mana parti politik.

d. Bertindak sebagai ejen pilihan raya atau ejen tempat mengundi atau atas apa-apa sifat untuk atau bagi pihak seseorang calon dalam sesuatu pilihanraya bagi Dewan rakyat atau bagi mana-mana Dewan undangan Negeri,

(5)

f. memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana parti politik.

Di sini dapat dilihat bahawa undang-undang mempunyai hubungan dalam menentukan piawaian moral seseorang individu. Jika kita ingin melakukan sesuatu mengikut kehendak kita, kita boleh berbuat demikian tetapi ini bermaksud kita telah mengikuti piawaian moral kita sendiri yang tidak selaras dengan kehendak majority masyarakat.

Jika kita tidak bersetuju dengan sesuatu yang telah ditetapkan, kita perlu mendapat pengundi majoriti untuk bersetuju meluluskan sesuatu undang-undang . Sementara itu kita perlu akur dengan kehendak majority masyarakat. Terdapat juga pertindihan antara undang-undang dengan piawaian moral dalam masyarakat. Contohnya undang-undang mengenai hak penjagaan kanak-kanak yang lebih mengutamakan ibu berkaitan dengan moral dan peranan seorang ibu yang menjaga dan mendidik kanak-kanak. Undang-undang juga mencerminkan nilai-nilai asas warga sesebuah negara. Negara yang aman dan makmur mempunyai warga negara yang baik dan patuh kepada undang-undang tetapi bagi negara yang berada dalam konflik terdapat warga negara yang tidak mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan.

Terdapat juga undang-undang yang tiada kaitan dengan piawaian moral masyarakat seperti undang-undang memandu kereta di sebelah kiri jalan yang tiada kaitan dengan piawaian moral. Namun perkara ini diterima umum atas faktor keselamatan pemandu. Terdapat juga keperluan undang-undang yang ketinggalan berbanding piawaian moral masyarakat. Contohnya pencemaran alam sekitar dan masalah rasuah adalah masalah moral yang boleh diatasi oleh undang. Terdapatnya hubungan antara

(6)

undang-undang dan piawaian moral dalam menentukan kesejahteraan dan kemakmuran sesebuah masyarakat.

3.0 PROSES PEMBENTUKAN UNDANG-UNDANG

Proses pembentukan undang-undang melalui beberapa proses iaitu bermula dengan proses individu, proses kumpulan, proses sosial dan proses politik.

3.1 Proses Individu

Proses pembentukan undang-undang mengambil masa yang panjang dan kompleks. Ia berkaitan dengan konteks budaya atau sejarah sesuatu bangsa. Individu yang perlu mengikut konteks budaya sesuatu bangsa seterusnya mengaplikasi dalam keluarga, kumpulan rakan sebaya dan organisasi formal. Perubahan-perubahan berlaku dalam undang-undang kerana seiring dengan peredaran masa . Terdapatnya kelengahan masa antara perubahan piawaian moral dengan keperluan undang-undang. Contohnya 30 tahun dulu masyarakat boleh membuka tanah pertanian dengan mudah tetapi sekarang perlu mendapat kebenaran Pejabat Tanah dan ia dianggap menyalahi undang-undang.

Apabila berlakunya perubahan norma, kepercayaan dan nilai dalam masyarakat maka akan berlakunya perubahan undang-undang. Jika terdapat majority kumpulan kecil yang bersetuju dengan nilai yang sama , ia akan berkembang kepada organisasi formal yang mempunyai norma, kepercayaan dan nilai yang sama. Di sini akan berlaku proses politik untuk menyelesaikan konflik norma, kepercayaan dan nilai yang berbeza. Maka system perundangan digubal untuk mengatasi konflik tersebut supaya norma, kepercayaan dan nilai yang baru dapat diterima oleh semua pihak.

(7)

Konteks undang-undang sosial akan terbina apabila setiap individu mempunyai set norma, kepercayaan dan nilai masing-masing yang sama dan membentuk piawaian moral mereka. Norma merujuk kepada kriteria kelakuan iaitu jangkaan apabila semua orang akan bertindak dengan cara yang sama apabila menghadapi sesuatu situasi. Kepercayaa pula merujuk kepada pemikiran di mana pemikiran yang abstrak biasanya menyokong norma seseoranng dan tidak melibatkan perlakuan. Pemikiran merupakan cara individu berfikir tentang konsep-konsep yang tertentu. Nilai pula adalah suatu pemeringkatan atau keutamaan yang diberikan individu terhadap norma dan kepercayaan. Norma dan kepercayaan yang penting merupakan nilai-nilai atau sanjungan tinggi yang diletakkan oleh seseorang pada sesuatu perkara.

3.2 Proses Kumpulan

Proses ini membawa kepada maksud latar belakang umum atau persekitaran sekeliling sesuatu keadaan. Proses kumpulan turut berperanan dalam norma, kepercayaan dan nilai seseorang individu. Ini kerana setiap individu membentuk set norma, kepercayaan dan nilainya sendiri melalui konteks seperti budaya, agama, sosial, politik, ekonomi dan teknologi. Bagi masyarakat pula terdapat enam faktor yang saling berhubungkait iaitu faktor agama, tradisi budaya, keadaan ekonomi, pembangunan teknologi, organisasi sosial dan proses-proses politik. Semua faktor ini saling berinteraksi dan memberi pengaruh dalam pembentukan undang-undang.

Contohnya faktor perubahan teknologi memberi kesan kepadaperubahan ekonomi, seterusnya berlaku perubahan politik dan perubahan budaya. Ini dapat dilihat pada perubahan kaum wanita yang terjadi akibat perubahan ekonomi. Wanita turut memberi

(8)

sumbangan yang besar dalam ekonomi sesebuah keluarga dan masyarakat. Terdapat juga sudah ramai wanita yang terlibat dengan politik. Ini kerana peralihan aktiviti ekonomi daripada perlombongan dan pertanian kepada perindustrian yang berasaskan pengetahuan dan perkhidmatan. Terdapat juga teknologi yang dapat mengawal kelahiran secara lebih baik dan perlembagaan sosial yang memberi peluang-peluang pendidikan kepada wanita.

3.3 Proses Sosial

Proses sosial berlaku dalam masyarakat yang mempunyai individu yang terdedah kepada faktor-faktor ekonomi, teknologi, sosial, politik, budaya dan agama secara tidak sama. Perbezaan ini terjadi kerana kedudukan individu, unit keluarga, kumpulan rakan sebaya, a dan organisasi-organisasi formal yang terlibat. Proses sosial boleh melibatkan perhimpunan kuasa melalui persetujuan individu dan kumpulan kecil terhadap norma, kepercayaan dan nilai yang sama. Ini kerana lazimnya seseorang individu yang berpegang kepada norma, kepercayaan dan nilai yang sama cenderung untuk bersetuju dan bersatu dalam kumpulan-kumpulan kecil. Kumpulan-kumpulan kecil ini biasanya bergabung di dalam organisasi yang lebih besar seperti penjawat awam, firma perniagaan, kesatuan sekerja, parti politik, badan amal, institusi agama dan persatuan veteran.

Impak terhadap perubahan norma, kepercayaan dan nilai individu yang berubah-ubah terhasil daripada proses sosial dan proses politik.Sesuai dengan peredaran masa, organisasi-organisasi yang besar ini akan mencapai kompromi dalam norma, kepercayaan dan nilai yang sama. Terdapat pelbagai teori alternatif tenteng cara kompromi ini terhasil seperti keputusan autokratik, penyesuaian, birokratik, dan perubahan kesatuan campuran atau pilihan kolektif.

(9)

3.4 Proses Politik

Ini merupakan proses utama dalam pembentukan undang-undang. Proses ini merujuk kepada norma, kepercayaan dan nilai yang dipegang oleh individu, kumpulan dan organisasi diwartakan menjadi undang-undang sebagai salah satu cara untuk mengatasi konflik. Perbezaan pandangan antara individu, kumpulan dan organisasi perlu diselaraskan supaya menjadi peraturan yang konsisten dan universal kepada semua pihak. Terdapat pelbagai teori yang boleh digunakan untuk membuat penyesuaian terhadap perbezaan iaitu kepimpinan ketua kerajaan, kompromi institusi, rundingan badan perundangan dan desakan para pengundi.

Isu-isu yang timbul mungkin berbeza mengikut negara, segmen penduduk, dan sector ekonomi. Wakil-wakil rakyat yang dipilih bertanggungjawab secara formal untuk menggubal undang-undang dalam sesuatu sitem perwakilan. Gabungan antara wakil-wakil rakyat diperlukan untuk meluluskan kebanyakan undang-undang. Namun begitu, orang awam juga terlibat secara langsung dengan menyatakan pendapat dalam undang-undang yang dicadangkan dengan mengundi wakil rakyat, pegawai pentadbir dan kesemua ahli penggubal undang-undang dalam pilihanraya. Pendapat orang awam juga boleh disampaikan secara tidak langsung melalui kaji selidik awam, surat dan media.

Parlimen juga berkuasa dalam menggubal undang-undang. Hal ini dinyatakan dalam Perkara 66 yang menjelaskan tentang kuasa parlimen. Rang undang-undang ini perlu diluluskan oleh kedua-dua Majlis Parlimen. Rang undang-undang itu dikemukakan di mana-mana Dewan Rakyat dan di bawa ke Dewan Negara. Terdapat juga rang undang-undang yang terus bermula di Dewan Negara setelah melalui peringkat bacaan ketiga. Rang undang-undang perlu melalui tahap-tahap berikut sebelum diluluskan.

(10)

i. Bacaan Pertama

Ia dilakukan secara formal, ringkas dan tidak ada apa-apa perdebatan dibenarkan.

ii. Bacaan Kedua

Ia dilakukan setelah rang undang-undang telah dicetak dan diedarkan kepada ahli dewan. Rang undang-undang ini akan dibincangkan secara terperinci , teliti dan dibahaskan oleh ahli dewan. Ahli Dewan boleh menyokong dan membangkang rang undang-unadng berkenaan melalui pengiraan undi.

iii. Peringkat Jawatankuasa

Setelah rang undang-undang ini dibahaskan , ia dirujuk kepada sebuah jawatankuasa. Rang undang-undang ini akan dibaca dan dibahas secara lebih terperinci . Jawatankuasa berkenaan dibenarkan mengubahsuai dan meminda rang undang-unadng jika perlu.

iv. Bacaan Ketiga

Bacaan ini ringkas dan perdebatan hanyalah kepada beberapa isi kandungannya sahaja, kemudian diluluskan dan di bawa ke Dewan Negara.

Setelah rang undang diluluskan oleh kedua-dua Majlis Parlimen, rang undang-undang tersebut akan diserahkan kepada Yang di Pertuan Agong untuk diperkenankan. Dalam tempoh 30 hari dan setelah diperkenankan rang undang-undang berkenaan akan

(11)

menjadi undang-undang yang dikenali sebagai Akta Parlimen. Undang-undang ini akan diterima dan diwartakan serta dikuatkuasa oleh pegawai berwajib.

Seperti penggubalan Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu Akta 611 yang dsedang dalam pindaan. Akta Kanak-kanak 2001 merupakan suatu akta yang menyatukan dan meminda undang-unadng yang berhubung dengan pemeliharaan, perlindungan dan pemulihan kanak-kanak dan untuk mengadakan peruntukan bagi perkara-perkara yang berkaitan dan bersampingan dengannya. Akta ini mengiktiraf negara maju ialah merupakan suatu negara di mana keadilan sosial dan pembangunan moral, rohani dan etika sama penting dengan kemajuan ekonomi agar dapat mewujudkan masyarakat yang bersatu padu, progresif, damai, penyayang, adil dan berperikemanusiaan.

Pengiktirafan diberikan kepada kanak-kanak yang merupakan bahagian penting dalam masyarakat kerana mereka merupakan kunci kehidupan, pembangunan dan kemakmuran masyarakat. Akta ini menyatakan kanak-kanak tidak matang dari segi fizikal, mental dan emosi. Kanak-kanak ini memerlukan perlindungan, pemeliharaan dan bantuan khas selepas kelahiran, membolehkan kanak-kanak ini turut serta dan menyumbang secara positif ke arah membentuk masyarakat yang madani. Akta ini juga mengiktiraf setiap kanak-kanak berhak untuk mendapat perlindungan dan bantuan dalam segala hal keadaan tanpa mengira apa-apa perbezaan ras, warna kulit, jantina, Bahasa, agama, asal usul, kecacatan fizikal, mental atau emosi atau apa-apa status sekalipun.

Peruntukan akta ini juga menyatakan bahawa keluarga adalah asas dalam masyarakat yang menyediakan suasana semula jadi bagi pembesaran, penyaraan, dan kebajikan semua anggota keluarga terutama kanak-kanak. Undang-undang ini diadakan supaya kanak-kanak dapat membesar dalam suasana aman, bahagia, kasih sayang dan persefahaman agar memperoleh keyakinan, maruah, dan nilai diri seseorang. Akta ini

(12)

diperkenankan oleh Yang Di Pertuan Agong pada 15 Februari 2001 dan diwartakan pada 1 Mac 2001 untuk dikuatkuasakan. Akta ini banyak membantu kanak-kanak dan melindungi hak kanak-kanak supaya mereka dapat menjalani hidup yang sewajarnya.

4.0 PENILAIAN PROSES PEMBENTUKAN UNDANG-UNDANG

Proses pembentukan undang-undang melibatkan semua pihak iaitu individu, kumpulan dan organisasi. Undang-undang diperlukan untuk melindungi semua pihak dalam masyarakat termasuk kanak-kanak. Undang-undang ini merupakan peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua pihak kerana ia diterima secara kolektif oleh masyarakat. Undang-undang ini diperlukan untuk menyelesaikan konflik dan memastikan masyarakat dapat hidup dalam suasana aman dan sejahtera mengikut piawaian norma dalam masyarakat.

Terdapat empat proses dalam pembentukan undang-undang yang bermula daripada individu kepada kumpulan yang membentuk organisasi dan yang terakhir proses politik. Walaupun setelah undang-undang diwartakan masih terdapat pihak yang tidak mengetahui tentang undang-undang tersebut.

Tinjauan yang telah dilakukan oleh Astro Awani mendapati ramai yang tidak mengetahui mengenai Akta 611 , Akta Kanak-kanak 2001. Ramai ibu bapa yang tanpa sengaja melanggar undang-undang kerana tidak mengetahui mengenai akta ini. Pihak berkuasa dan pihak kerajaan ada mewar-warkan undang-undang ini setelah dikuatkuasa tetapi masih ada pihak yang melakukan kesalahan terhadap kanak-kanak. Contohnya kes yang berlaku di Temerloh di mana seorang bapa kandung didakwa melakukan pencabulan kepada anak kandungnya yang berusia empat tahun tujuh bulan. Tertuduh di dakwa

(13)

melakukan pencabulan tersebut semasa memandikan mangsa dan boleh dihukum di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Ibu kandung mangsa telah membuat aduan dan keterangan kanak-kanak yang masih mentah itu telah diambil dan diterima oleh mahkamah. Hukuman yang telah dijatuhkan ialah lima tahun penjara dan denda sebanyak RM10 000 dianggap sebagai hukuman yang wajar dan mampu memberi pengajaran kepada pesalah dan orang ramai. Ini kerana pelaku merupakan bapa kandung mangsa yang sepatutnya melindungi keselamatan dan memberi kasih saying terhadap mangsa. Namun begitu, ada pihak yang berpendapat hukuman dijatuhkan kepada pelaku yang melakukan kesalahan terhadap kanak-kanak perlu dipinda kerana meningkatnya kes jenayah melibatkan kanak-kanak.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat menyatakan kerajaan sedang merangka akta baru yang memberi penekanan kepada hukuman yang lebih berat bagi ibu bapa yang mengabaikan kanak-kanak. Hukuman itu diharap dapat memberi pengajaran kepada ibu bapa sebelum mengambil tindakan melakukan sesuatu yang boleh memudaratkan kanak-kanak. Namun terdapat pihak tertentu yang tidak bersetuju sebaliknya kempen kesedaran supaya tidak melanggar undang-undang perlu dipergiatkan. Gerakan komuniti, persatuan agama, media dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diminta memainkan peranan dalam mencetus kesedaran di kalangan masyarakat.

5.0 RUMUSAN

Undang-undang amat penting dalam kehidupan agar semua pihak berada dalam suasana yang diinginkan oleh masyarakat. Dalam pembentukan undang-undang semua pihak individu, kumpulan dan organisasi terlibat dalam menggubal undang-unadng mengikut

(14)

proses-proses tertentu. Undang-undang dapat membantu individu yang menghadapi dilema membuat keputusan yang tepat dan organisasi yang berhadapan dengan konflik membuat keputusan berlandaskan undang-undang. Undang-undang boleh berubah sesuai dengan peredaran masa mengikut kesesuaian norma, kepercayaan dan nilai dalam masyarakat. Penguatkuasa selain menjalankan tanggungjawab menguatkuasa undang-undang perlu juga memainkan peranan memberi kesedaran kepada semua pihak tentang kepentingan mematuhi undang-undang.

2 871 patah perkataan .

6.0 RUJUKAN

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2010). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Pustaka

Linawati Adnan. (2015). Adakah ibu bapa di Malaysia tahu tentang Akta Kanak-kanak 2001?. Atro Awani

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/adakah-ibubapa-di-malaysia-tahu-tentang-akta-kanak-kanak-2001-52706 di akses pada 17 Mac 2016

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/290-pembentukan-rang-undang.html

(15)

http://www.sinarharian.com.my/semasa/pemandu-teksi-dipenjara-dua-tahun-dua-sebatan-cabul-eksekutif-bank-1.66244 diakses pada 17 Mac 2016

Undang-undang Malaysia. (2006). Akta 611 (Cetakan Semula) Akta Kanak-kanak 2001. Pesuruhjaya Penyemak Undang-undang Malaysia.

(16)

h. Hasil siasatan Ketua Jabatan yang mengesahkan perbuatan dan status jawatan Encik Zul itu dikemukakan kepada Pengerusi Lembaga Tataertib Kementerian Pendidikan.

i. Urusetia Lembaga Tatatertib menyediakan kertas untuk ditimbangkan oleh pengerusi.

j. Pengerusi memutuskan telah wujud kes ‘prima-facie’ dan boleh dikenakan tindakan tatatertib ke atas Encik Zul.

k. Persoalannya ialah apakah pertuduhan berkenaan dan bagaimana tercapainya keputusan Pengerusi tersebut.

2.3.3 Keputusan kepada kes berkenaan

Dari segi status jawatan dalam perkhidmatan pendidikan ataupun dalam perkhidmatan awam sekali pun, guru siswazah adalah Pegawai Kumpulan A, seperti Encik Zul. Sebagai Pegawai Kumpulan A, beliau adalah dilarang mengambil bahagian aktif dalam aktiviti politik seperti yang termaktub dalam Peraturan 21 Perintah Am Bab ‘D’ – Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang menyatakan ;-

“(1) Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam subperaturan (3) Seseorang pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan Profesional adalah dilarang mengambil bahagian yang aktif dalam aktiviti politik atau memakai mana-mana lambang sesuatu parti, khususnya dan beliau tidak boleh :-

(17)

Referensi

Dokumen terkait

Ilmu linguistik juga mempunyai beberapa bidang kajian yang menyangkut struktur-struktur dasar tertentu, salah satunya yaitu bidang kajian makna (semantik / 意味論 imiron) yang

• Aerasi & agitasi merupakan hal yg penting dlm memproduksi sel-sel khamir dan bakteri. • u/ pertumbuhan secara aerobik, suplai oksigen merupakan faktor terpenting

Hasil analisis cuplikan cairan hasil lindi peleburan pasir zirkon dengan alat analisis spektrograf emisi menunjukkan bahwa konsentrasi masing-masing unsur Si, Cu, dan

ditetapkan sebelumnya. Untuk dapat melihat efektivitas pelaksanaan anggaran dapat dilakukan dengan cara membandingkan antara anggaran yang telah ditetapkan dengan realisasi dari

Turbin yang bergerak karena uap dipergunakan baling baling kapal dan sisa amoniak yang dari turbin menggunakan air dingin dari kedalaman laut yang suhunya C,

FAKUTTAS IIUI(UilI UIIIYERSITAS SURABAYT

Pemeliharaan adalah kegiatan terus-menerus untuk mengusahakan agar barang/bahan kantor tetap dalam keadaan baik atau siap untuk dipakai. Tujuan pemeliharaan sarana dan

Simulasi distribusi air dengan Epanet 2.0 digunakan untuk mengetahui dan membandingkan hasil dari sistem distribusi air bersih yang sudah direncanakan dengan perhitungan