• Tidak ada hasil yang ditemukan

Amali 1 awan.docx

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Amali 1 awan.docx"

Copied!
14
0
0

Teks penuh

(1)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU

KELANTAN

NAMA PELAJAR/ ANGKA GILIRAN / NO. KAD PENGENALAN :

NOR SHAHIRAH AFIQAH BINTI MAT SHATER

2016082340036

961101-02-5630

KUMPULAN / UNIT :

PENDIDIKAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN (SK) / PISMP SEMESTER 1

AMBILAN JUN 2016

NAMA KURSUS / KOD :

BUMI DAN ANGKASA LEPAS / SCES 3033

TAJUK AMALI:

AMALI 1: MENGKAJI AWAN, PERUBAHAN DAN PENGUKURAN CUACA DI LAPANGAN

NAMA PENSYARAH :

ENCIK HAFIZI BIN SHAFIIN

AMALI 1: MENGKAJI AWAN, PERUBAHAN DAN PENGUKURAN CUACA DI LAPANGAN TUJUAN:

(2)

 Mengkaji perubahan cuaca dan pembentukan awan

 Mengkaji peralatan, fungsi dan kaedah pengukuran cuaca di lapangan  Mengenalpasti jenis-jenis awan

 Menjelaskan ciri-ciri bagi setiap jenis awan

PENGENALAN

Atmosfera adalah terdiri dari udara yang dibentuk oleh campuran-campuran gas dan boleh dianggap mempunyai kandungan yang tetap mengikut ketinggian. Awan pula dibentuk daripada titisan air atau ais kristal yang terdapat pada zarah habuk dalam atmosfera bergantung pada ketinggian awan dan suhu atmosfera. Cuaca adalah satu bahagian penting dalam alam semula jadi. Ia secara langsung atau tidak langsung memberi kesan kepada kebanyakan aktiviti seharian. Masyarakat cenderung sedar pada cuaca apabila berhadapan dengan fenomena luar biasa atau berbahaya yang boleh membahayakan harta benda, keselamatan atau nyawa. Sebagai contoh, angin ribut-daya, hujan batu, hujan lebat, hujan beku, ais dan fros. Jadi, awan memberi pengaruh terhadap cuaca yang berlaku. Pelbagai jenis dan bentuk awan memberi maksud yang tertentu pada cuaca hari tersebut.

(3)

AWAN RENDAH (2, 000 M KE BAWAH)

JENIS AWAN GAMBAR CIRI-CIRI

Kumulus  Mempunyai dasar

yang rata

 Berbentuk seperti kubis bunga

 Awan yang gebu seperti kapas yang terapung

Strarus  Tebal dan berwarna

kelabu

 Menyebabkan cuaca menjadi kelam dan disertai gerimis

JE

NIS

A

W

A

N

AWAN RENDAH Stratus Nimbostratus Kumulus Stratokumulus AWAN PERTENGAHAN Altostratus Altokumulus AWAN TINGGI Sirrus Kumulonimbus Sirrokumulus

(4)

Nimbostratus  Tidak mempunyai bentuk tertentu tetapi tebal

 Awan hujan berterusan menyebabkan

penebalan Altostratus  Ini adalah lapisan

awan kelabu gelap disebarkan dengan curahan hujan atau salji.

 Ia adalah cukup tebal di seluruh untuk menghalang matahari

Stratokumulus  Kelompok awan kelabu

yang tersusun

 Berbentuk gulungan dengan warna yang bervariasi dan putih cerah

 Terdapat bahagian-bahagian yang memiliki celah terang dari sinar matahari

(5)

AWAN PERTENGAHAN (2, 000 M – 5, 000 M)

JENIS AWAN GAMBAR CIRI-CIRI

Altostratus  Berwarna kelabu

atau kebiru-biruan  Berbentuk seperti

sirostratus tebal  Lebih padat,

berjurai-jurai atau calar-calar  Pancaran matahari

yang bersinar melaluinya kelihatan kelam sahaja

Altokumulus  Merupakan lapisan

kumpulan awan yang bertompok-tompok, tidak rata dan berlapis

 Bersusun rapat seolah gelombang langit biru

AWAN TINGGI (6,000 M KE ATAS)

JENIS AWAN GAMBAR CIRI-CIRI

Sirrus  Berbentuk tipis,

lembut dan berumbai-umbai  Membentuk jalur di langit  Kelihatan seperti ekor kuda 

(6)

Kumulonimbus  Awan ribut petir yang membesar secara menegak

 Mempunyai dasar yang sangat lebar  Bersifat berkembang

secara menegak seperti gunung

Sirrokumulus  Nipis, selapis atau

sekeping awan tanpa teduhan

 Seperti sisik ikan dan tersusun atau berderet-deret

Fungsi dan kaedah pengukuran peralatan ramalan cuaca

PERALATAN FUNGSI KAEDAH

PENGUKURAN

1. Tolok hujan Mengukur dan

mengumpul jumlah air hujan yang turun dalam sesuatu masa

1. Corong penerima membawa air hujan kepada buket.

2. Apabila air hujan yang dikumpul dalam buket mencapai 0.2 mm, jisim air tersebut akan

menyebabkan buket menurun ke bawah

2. Anemometer Mengukur kelajuan dan arah angina pada

1. Perbezaan

(7)

ketinggian piawai 10 m dari atas permukaan bumi

antara tiga mangkuk

hemisfera akan menyebabkan mangkuk dan rotor berputar pada arah tetap. 2. Kadar pusingan bergantung kepada kelajuan angin. Semakin cepat kelajuan semakin tinggi kadar pusingan mangkuk.

3. Arus elektrik akan dijana di dalam dinamo kecil. 4. Arus elektrik ini

dihantar ke galvanometer untuk diukur dalam unit knots, ms−1, km jam−1 ataupun beaufort. 3. Solarimeter Mengukur sinaran cahaya

ke atas permukaan bumi setiap hari

1. Diletakkan pada kawasan yang agak tinggi berhadapan ke arah utara selatan. 2. Spectrum cahaya matahari dikesan oleh elemen pengesan thermocouple yang berada di

(8)

bawah dom kaca apabila cahaya matahari masuk melaluinya. 3. Alat pencatat “Chart Recorder” akan mengukur jumlah radiasi matahari dan data keamatan cahaya secara berterusan berdasarkan keseimbangan antara isyarat. 4. Evaporimeter panci terbuka Mengukur kadar

penyejatan air (a) Panci penyejatan - Sebagai wadah tempat

air (b) Hook Gauge - Mnegukur ketinggian air (c) Still well -Sebagai tempat penempatan Hook Gauge dan penahan gelombang air dalam panci

(d) Termometer

- Dipasang tegak dengan menggunakan klem - Mengukur suhu air yang berada di dalam panci dalam 24 jam

1. Tolok Hook dilaraskan sehingga hujung jarum atau kail menyentuh

permukaan air.

2. Nilai skala yang ditunjukkan pada tolok Gauge tersebut diukur dan dibaca. Formula di bawah digunakan untuk mengira hasil pengewapan. E = (𝑷𝟎-𝑷𝟏) + 𝑪𝒉 E = Jumlah pengewapan 𝑃0 =Pengukuran awal 𝑃1 = Pengkuran akhir 𝐶ℎ = Jumlah curahan hujan

(9)

5. Penunjuk arah (Wind vane) Menunjukkan atau merekodkan arah angin permukaan

1. Arah angin ditentukan mengikut arah tiupan angin.

2. Ia akan

dipaparkan dalam bentuk darjah yang diukur mengikut arah jam dari utara.

3. Sekiranya kelajuan angin kurang daripada 1 𝑚𝑠−1 atau

dua knot, penunjuk angin hanya akan memberikan bacaan tenang

6. Alat pelindung Stevenson Menyediakan

persekitaran yang standard untuk mengukur kelembapan, suhu dan tekanan atmosfera

Melindungi alat-alat meteorologi daripada sinaran pemendakan dan haba terus dari sumber-sumber luar.

Alat-alat meteorologi: (a) Higrometer

(termometer bebuli kering dan bebuli basah) - Menyukat kelembapan udara bandingan (b) Termometer Sixes (Termometer maksimum dan minimum) Operasi termograf 1. Termograf beroperasi berdasarkan kadar pengecutan dan pengembangan yang berbeza bagi dua logam yang digunakan.

2. Terdapat dua jalur

logam yang digulungkan bersama-sama secara heliks di dalam alat termograf. Angkali pengembangan jalur logam di bahagian luar adalah lebih kecil

(10)

- Mengukur suhu udara

maksimum dan

minimum dalam jangka waktu tertentu (c) Termograf

- Merekodkan suhu udara pada carta yang ada di dalamnya

daripada luar logam bahagian dalam. 3. Kenaikan suhu akan

menyebabkan kedua-dua jalur logam tersebut mengembang. Gulungan heliks tersebut terbuka. 4. Pergerakan ini diperbesarkan oleh satu sistem tuas yang ringkas dengan

menggunakan lengan pen yang panjang.

5. Pen itu akan merekodkan suhu

pada carta

termograf. 7. Radiosond Mengukur suhu, tekanan

dan kelembapan

udara-atas kemudian

menghantar balik ukuran melalui radio

1. Radiosond dilancarkan ke atmosfera dengan menggunakan belon cuaca yang diisi dengan helium. 2. Radar mengesannya bagi membolehkan ahli meteorologi mengukur kelajuan dan arah angin semasa ia naik ke atmosfera.

(11)

3. Satelit dan radar cuaca mengukur cuaca yang jauh. 4. Radar menghantar pancaran tentang hujan, saljidan kerpasan. 5. Kemudian, mengirimkan data pengukuran parameter cuaca udara atas LANGKAH BERJAGA-JAGA

1. Memastikan gambar diambil tepat pada masanya.

2. Memastikan gambar diambil menggunakan apperture kecil supaya gambar yang diambil lebih tajam

PERBINCANGAN

Terdapat kaitan rapat antara proses pemeluwapan dengan pembentukan awan. Semakin tinggi kadar pemeluwapan maka semakin tebal awan yang terbetuk. Awan ialah bintik-bintik air yang halus ataupun hablur-hablur ais yang amat halus yang terapung di atmosfera pada ketinggian yang berbeza dari permukaan bumi. Bentuk awan yang berbeza-beza merupakan salah satu antara kecantikan-kecantikan kejadian alam semula jadi. Pada suatu ketika didapati ia berbentuk awan-awan nipis, bergelombang-gelombang, berjaluran dan mungkin dalam kelompok-kelompok kecil dan besar. Kadangkala pada waktu lain didapati ia membentuk satu jisim awan yang tebal, berwarna hitam dan besar. Sekiranya keadaan ini terjadi, biasanya ia memenuhi sebahagian besar langit. Justeru, awan ini wujud di langit adalah melalui pelbagai proses perubahan dan sentiasa berubah dari semasa ke semasa.

Satu perkara yang amat penting yang dikaji berkaitan dengan awan ialah sifat dan taburan kemendungannya. Berdasarkan kepada sifat-sifat kemendungan awan kita boleh meramalkan kemungkinan-kemungkinan fenomena cuaca yang boleh berlaku seperti hujan lebat, rebut petir, cuaca panas dan sebagainya. Jenis-jenis awan dapat dikelaskan pada dua

(12)

ciri berdasarkan pada bentuk dan ketinggian. Selain itu, terdapat juga awan yang nipis dan cerah serta awan yang tebal dan awarnanya gelap bergantung pada sejumlah kandungan binik-bintik air atau hablur ais yang terdapat dalamnya bergantung pada kadar pemeluwapan yang berlaku dalam atmosfera tersebut.

KESIMPULAN

Sifat awan yang terbentuk adalah berbagai, ada yang nipis, tebal, bergelombang, berkelompok kecil atau besar dana da juga berjalur. Umumnya, awan terbahagi kepada tiga jenis awan utama, iaitu awan rendah, awan pertengahan dan awan tinggi berdasarkan ketinggian lokasinya dari bumi, bentuk awan sentiasa berubah mengikut suhu dan kelembapan udara di sesuatu kawasan. Alat pengukuran yang bersesuaian juga diguna pakai untuk mendapatkan ramalan cuaca yang lebih spesifik dan tepat. Ini lazimnya dijalankan oleh pihak meteorologi dan cuaca.

KEPENTINGAN DAPATAN AMALI DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

Pepatah Melayu yang sering didengari iaitu ‘sediakan payung sebelum hujan’ dapat dikaitkan dengan amali ini. Benarlah dengan maksudnya setiap tindakan yang dirancang haruslah mempunyai persediaan awal sebelum sesuatu tidak diingini berlaku. Ramalan cuaca bukan sekadar memaklumkan keadaan cuaca yang dijangka berlaku pada masa akan datang, sebaliknya mengingatkan supaya lebih berhati-hati untuk menghadapi hari yang mendatang. Contohnya, apabila mendapati keadaan cuaca buruk pada hari tertentu seperti ribut petir atau hujan lebat, maka aktiviti luar seperti berkhemah, mendaki bukit, mandi di pantai dapat dielakkan demi menjaga kesihatan dan keselamatan diri. Bagi pengguna jalan raya pula dapat diingatkan berdasarkan ramalan cuaca untuk lebih berhati-hati ketika memandu.

Faktor cuaca merupakan penyumbang utama dalam kemalangan kapal terbang dan musibah pada kapal di lautan. Ini memberi kesan buruk yang lain seperti cuaca yang buruk dan mengaburkan pandangan juruterbang atau pihak yang berkaitan dengan maritim. Justeru, pihak daripada jabatan meteorologi memainkan peranan penting dalam penyediaan laporan cuaca dan dokumentasi penerbangan untuk dijadikan panduan dalam memilih laluan penerbangan atau laluan pelayaran yang selamat. Jika terdapat tanda-tanda yang berkemungkinan akan atau sedang mengalami cuaca yang buruk seperti rebut petir, syarikat penerbangan atau pihak yang bertanggungjawab dapat membuat keputusan untuk menangguhkan asa penebangan atau mengubah laluan pelayaran atas faktor keselamatan.

Selain itu, ramalan cuaca dalam pertanian juga sangat penting kerana membantu dalam perancangan awal untuk mengurangkan kemusnahan pada hasil tanaman. Dengan bantuan sistem kaji cuaca automatik yang serba canggih akan membantu pihak meteorologi

(13)

dalam menjalankan operasi pembenihan awan pada kawasan tertentu berdasarkan data-data cuaca yang ditafsir ketika musim kemarau yang melampau bagi meningkatkan bekalan sumber air untuk pertanian, bekalan minuman, penggunaan domestik dan pelbagai tujuan lain. Ini juga sebagai peringatan pada penduduk setempat atau pihak yang bertanggungjawab terutamanya yang tinggal di tepi pantai untuk lebih berwaspada untuk mengalihkan barang-barang penting dan berpindah ke tempat yang lebih selamat ketika musim monsun.

KEKUATAN DAN KELEMAHAN KAEDAH AMALI YANG DIJALANKAN SERTA CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Setelah selesai menyiapkan amali ini, saya mendapat kesedaran betapa pentingnya mengetahui serta memahami ilmu yang berkaitan dengan awan dalam kehidupan seharian. Dengan mengambil gambar jenis-jenis awan serta meneroka sendiri ilmu yang dipelajari dapat mengukuhkan lagi pengetahuan saya selepas belajar di dalam kelas. Dengan perolehan maklumat yang berguna sebegini semestinya akan menyiapkan diri saya dengan ilmu yang tersemat di dada dan bukan sekadar menjawab soalan peperiksaan. Malah, saya lebih berazam dan meminati untuk meneroka lebih lagi tentang ilmu yang berkaitan dengannya.

Seterusnya, lawatan ke Jabatan Meteorologi Kota Bharu banyak memberi pendedahan kepada saya dengan pelbagai alat pengukuan cuaca yang tidak pernah saya lihat sebelum ini. Dengan bimbingan pihak meteorologi memberi penerangan yang jelas memberi pengalaman yang sangat bermakna kepada saya untuk memahami fungsi dan alat-alat pengukur cuaca dengan lebih mendalam. Pengalaman sebegini tidak mampu diganti dengan hanya membaca teori dari buku rujukan atau mendengar kuliah dari pensyarah sahaja. Saya berasa sangat kagum dengan alatan pengukuran yang ditetapkan kerana tidak pernah terfikir oleh saya sebegini rupa proses ramalan cuaca dijalankan.

Persoalan saya berkaitan dengan kapal terbang juga akhirnya terjawab dengan penerangan yang sangat jelas oleh pihak meteorologi. Ini membuka mata bahawa betapa pentingnya pihak meteorologi dan cuaca dalam kehidupan seharian terutamanya dalam bidang penerbangan. Sebagai bakal guru Sains, saya yakin bahawa pemikiran kritis tentang isu semasa yang sering dibincangkan seperti kapal terbang terhempas mampu memberi kesedaran supaya lebih peka dan mengamati fenomena yang berlaku di alam sekeliling dengan lebih bermakna. Sifat sebegini kemudiannya dapat dipupuk pada anak murid yang bakal saya ajari kelak.

Kelemahan kaedah amali ini pula, jika pihak meteorologi menggunakan persembahan slaid atau video mungkin akan lebih menarik serta dapat memberi gambaran yang lebih jelas mengikut urutan dan kepentingannya. Keberkesanan pembelajaran semestinya lebih baik

(14)

berbanding penyampaian melalui lisan sahaja. Masa yang diperuntukkan semasa sesi soal jawab dengan pihak meteorologi yang agak terhad juga mengehadkan persoalan atau pertanyaan saya dalam memahaminya dengan lebih mendalam. Kesimpulannya, walaupun terdapat sedikit kelemahan dalam menjalankan amali ini namun, saya rasa sangat bersyukur dan beruntung kerana dapat mengalami pengalaman dalam lawatan sebegini.

RUJUKAN

C. Donald Ahrens. (2003) Meteorology Today: An Introduction to Weather, Climate and the

Environment. USA: Thomson Learning Inc.

Frederric K. Lutgens & Edward J. Tarbuck. (2014). Foundations of Earth Science. United States of America. Pearson Education, Inc.

Malaysian Meteorological Department. (2013). Automatic Weather Stations (AWS). Diakses

pada 1 Februari 2017 daripada

http://www.met.gov.my/index.php?option=cpm_content&task=view&id=58ltemid=1132

Rusly Musa & Nurashikin Abdullah. (2006). Teks Pra U STPM Geografi Alam Sekitar Fizikal.

Referensi

Dokumen terkait

“Manfaat Edukasi Gizi dengan Media Kartun Terhadap Pengetahuan Tentang Pedoman Umum Gizi Seimbang (PUGS) Pada Siswa Sekolah Dasar di SD Muhammadiyah 16

Yang ketiga adalah penggantian kerugian, yang terdiri dari mengganti kerugian kehilangan, di area tempat khusus parkir Park and Ride pengguna jasa tidak

Pada musim hujan, hama dan penyakit yang sering merusak tanaman padi adalah tikus, wereng coklat, penggerek batang, lembing batu, penyakit tungro, blast, dan

Para korban memiliki pengalaman dari salah satu keluarganya yang pernah melakukan percobaan bunuh diri atau meninggal karena bunuh diri, bisa juga dari pembelajaran

 Apabila electron dari suatu kulit atom bagian dalam dilepaskan, maka electron yang terdapat pada bagian kulit luar akan berpindah pada kulit yang ditinggalkan tadi

[r]

Perbedaan itu tampak dalam pilihan atau penggunaan sejumlah kata/peristilahan/ungkapan yang khusus digunakan dalam bidang tersebut, misalnya masjid,

Bentuk struktur permukaan bidang yang merupakan struktur cangkang atau shell, di alam dapat ditemukan pada bentuk perisai dari tumbuh-tumbuthan maupun binatang,