• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pengetahuan dan sikap para pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Elopura 2 Sandakan terhadap pertanian Organik

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Pengetahuan dan sikap para pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Elopura 2 Sandakan terhadap pertanian Organik"

Copied!
26
0
0

Teks penuh

(1)PENGETAHUAN DAN SIKAP PARA PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KEBANGSMN ELOPURA 2 SANDAKAN TERHADAP PERTANIAN ORGANIK. srn MAISARA BINTI BAKAR. DISERTASI INI DIKEMUKAKAN SEBAGAI MEMENUHI SEBAHAGIAN SYARAT PENGANUGERAHAN UAZAH SARJANA MUDA SAINS PERTANIAN DENGAN KEPUJIAN PERPUSTAKAAN UNIYERSITI MALAYSIA SARU. PROGRAM HORTIKULTUR DAN LANDSKAP FAKULTI PERTANIAN LESTARI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH. 2017.

(2) PERPUSTAKAAN. PEr1&E7A4U". JUDUL:. MENENf. AF} PE97ANIAN. IJAZAH:. SAYA:. UNIVERSITI. PELAJAit 0A$A SIk. *vP PAPA ELOPUR^ SAr<4KAN KEg/}ý(. S4AN ,2 ORGANIk. (747. gl} SAýRV+ý MUDA SAtNS PeaTANtAN (PRo&Ok+rMHoRTwcuOUR 4 LANOSic,4p ) SITt M416AQ/t BtNTi &+rc.AR (NAMA PENULIS DALAM HURUF BESAR). PUMS 99: 1 SABAH. MALAYSIA. SC-koLA}4 TERµA, p, 4P. DENt:. Af,J. KEPt+ýIi'+N. SESI PENGAJIAN:. -20"4 '. 2010. Mengakumembenarkarr Universiti Malaysia Sabahdengansyarattesis "(I PSM/Saýjaoa/DelAetýleaialº)ini disimpandi Perpustakaan syaratkegunaansepertiberikut:1. 2. 3. 4. 5.. ý. Tesisadalabhakmilik UniversitiMalaysiaSabah. Perpustakaan Universiti Malaysia Sabahdibenarkanmembuatsalinanuntuk tujuan pengajian,pembelajaran,penyelidikandan pemeliharaansahaja. Perpustakaan Universiti MalaysiaSabahdibenarkanmembuatsalinantesisini sebagaibahanpertukaranantarainstitusi pengajian tinggi. Perpustakaan UniversitiMalaysiaSabahdibenarkanmembuatpendigitasian Sila tardakan(/) SULIT. (Mengandungimaklumatyangberdaijahkeselamatan ataukepentinganMalaysiasepertiYang termaktubdi AKTA RAHSIA RASMI 1972). TERHAD. (Mengandungi maklumatTERHAD yangtelabditentukanolehorganisasi/badan di mane Penyelidikandijalankan). PERPUSTAKAAN SABAR MALAYSIA UNIVERSITI. TIDAKTERHAD. Di. eh:. R IN BINTI ISMAIL PUSTAKAWANKANAN. 4w. TANDATANGAN PENULIS. ". UNfWFRM. Alamat tetap: 7hnwN Mre-A14 LoT 144 7ALAW LA$uK ßhTtA T, , ._ 90 ODd SAPWAW4N SA6A4 ". Tarikh: i8 " 09 " 4o16 Catatan:-. 13 i.1Ji.: 1,111161 eei. ,ILN-- Ar. VU"'. LýI.1Y u1 cGS4111A-i. MPU+ SAMDAA; ºJ. Tarikh:. 10'07". '114. C.. "Potongyangtidak berkenaan. berkenaan "Jika tesisini SULIT atauTERHAD, sila lampirkansuratdaripadapihakberkuasa/organisasi denganmenyatakansekalisebabdan tempohtesisini perludikelaskansebagaiSULIT dan TERHAD. 'Tesis dimaksudkansebagaitesisbagi IjazahDoktor Falsafahdan SaijanaSecarapenyelidikanatau disertai bagi pengajiansecarakerjakursusdan LaporanProjek SarjanaMuda(I. PSM). I.

(3) PENGAKUAN. Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sediri kecuali nukilan clan ringkasanyang tiap-tiap satunyatelah sayajelaskansumbemya.Sayajuga mengakuibahawadisertasi ini tidak pemah atau sedang dihantar untuk diperoleh ijazah dari universiti ini atau mana-manauniversitilain.. SM MAISARABINTI BAKAR BR13160210 NOVEMBER 2017. ii.

(4) DIPERAKUKANOLEH. 1. DR.ABDULRAHIMBINAWANG PENYELIA GP. Ab:'C6 P:. HRt'tiNJ PENS(;. RA-4i('1P'At. "AKUUIf EF'i4i lw.v tOJ i 1'ý KkMm:, SiMDJ.. 2. PUANROSMAHBINTI MURDAD PENYELIA BERSAMA ROSMAHMURDAD PENSrARAH. PERTANIAN LESTARI UMS FAKULTI. iii.

(5) PENGHARGAAN Saya ingin mengambilkesempatanini untuk memanjatkanrasa syukur kepadaAllah SWTkerana telah memberikansaya kesihatanyang balk demi menyiapkankajian ini pada masa yang ditetapkan. Dedikasidan ucapan terima kasih tak terhingga saya alunkan kepada kedua ibu bapa saya atas sokongan dan dorongan serta bantuan semangat sepanjangprojek ini berlangsung.Seterusnya,terima kasih tak terhingga kepadapenyeliaprojek tahun akhir saya, Dr. Abdul Rahimbin Awangserta pembantu penyeliaprojektahun akhir saya, PuanRosmahbinti Murdadkeranatidak pernahjemu memberikan tunjuk ajar, bantuan, dan nasihat demi mendorong saya untuk menyiapkanprojek kajian ini. Disampingitu, saya ingin mengucapkanribuan terima kasih kepadapelajarjurusan SainsPertaniandan guru di SMKElopura2 yang terlibat semasa menjayakanprosessoal selidik. Seterusnyaucapanterima kasih khas untuk Siti Norain Jahari serta semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsungdemi membantusaya menyiapkankajian ini.. iv.

(6) PENGETAHUAN DAN SIKAP PARA PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ELOPURA 2 SANDAKAN TERHADAP PERTANIAN ORGANIK ABSTRAK. Satu penyelidikan telah dijalankan di SMK Elepura 2 Sandakan untuk mengetahui latar belakang, tahap pengetahuan dan sikap para pelajar yang mengambil jurusan Sains Pertanian terhadap pertanian organik. Kajian ini telah dijalankan menggunakan borang seal selidik dan menyasarkan responden dari seluruh pelajar di Tingkatan 2 dan Tingkatan 3 yang mengambil jurusan Sains Pertanian. Instrumen kajian adalah dengan menggunakan borang seal selidik yang mempunyai 3 bahagian; maklumat latar belakang, bahagian pengetahuan dan bahagian sikap responden terhadap pertanian erganik. Seramai 71 responden terlibat dalam seal selidik ini. Hasil kajian dibentangkan secara deskriptif menggunakan jadual frekuensi dan deskriptif. Secara majoritinya walaupun para responden tidak mempunyai latar belakang keluarga yang telibat dengan pertanian dan tidak mempunyai pendedahan awal terhadap pertanian erganik, responden mempunyai pengetahuan asas tentang pertanian organik. Seterusnya, hasil kajian aspek sikap pelajar terhadap pertanian erganik menunjukkan hasil yang positif walaupun pengetahuan pelajar berkaitan pertanian erganik masih berada pada tahap pengetahuan asas dan hasil ini dipereleh berdasarkan data yang telah dianalisis.. V.

(7) KNOWLEDGE AND ATTITUDE OF THE STUDENTS IN SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ELOPURA 2 TOWARDS ORGANIC FARMING ABSTRACT A study has been conducted in SMK Elopura 2 Sandakan to find out the background, level of knowledge and the attitude of students that are taking Agricultural Science course as an elective course in the school towards organic farming. The study has been conducted using the method of questionnaire form and it targeted the whole students that taking Agricultural Science subject that consists of form 2 and form 3 students. The instruments of this research are using questionnaire form that consists of 3 sections; background information, knowledge section and attitude sections of respondent about organic farming. There are 71 participants as respondent involved in this study. The result of this study is expressed descriptively using frequency table and descriptive. Majority of the respondent own a firm basic knowledge about organic farming even though they are not coming from agricultural background family or having earlier exposed about farming. Next, the result for the attitude of the students towards organic farming shows a positive outcome despite their knowledge about organic farming is still at the level of basic knowledge. The results are gathered based on the data collected and analyzed.. vi.

(8) ISI KANDUNGAN Kandungan PENGAKUAN PERAKUAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT ISI KANDUNGAN SENARAI]ADUAL SENARAISIMBOL, SINGKATANDAN ISTILAH BAB 1. PengenalanPertanianOrganik PenyataanMasalahdan JustifikasiKajian Objektif Kajian. BAB 2. ULASAN PERPUSTAKAAN Konsep Pertanian Organik. 2.2 2.3 2.4 2.5. 2.6. ii iv v vi vii ix x. PENDAHULUAN. 1.1 1.2 1.3. 2.1. Muka surat. PrinsipPertanianOrganik SkimOrganikMalaysia(SOM) Pengetahuan,SikapclanAmalanTentang Pertanian Organik KeberkesananPerlaksanaan Mata PelajaranKompenan KemahiranHidup(SainsPertanian)di Sekolah-sekolah Menengah PengaruhSubjekPertanianDalamTahap Pengetahuan PelajarTerhadapPertanianOrganik. BAB 3 METODOLOGIKA7IAN 3.1 RekaBentukKajian Tempatdan LokasiKajian 3.2 KumpulanSasaran 3.3 3.4 ProsedurKajian 3.5 BorangSoal Selidik 3.6 PengumpulanData dan AnalisisKajian BAB 4 KEPUTUSAN 4.1 Pengenalan 4.2 MaklumatLatar BelakangResponden 4.3 MaklumatPengetahuanRespondenTerhadap Pertanian Organik 4.4 MaklumatSikapRespondenTerhadapPertanianOrganik. vii. 1 4 5. 6 6 7 8 9. 10. 12 12 13 13 13 14. 15 15 17 20.

(9) BAB 5. 5.1 5.2 5.3 5.4. PERBINCANGAN. Pengenalan MaklumatDemografiResponden MaklumatPengetahuanRespondenTerhadapPertanian Organik Maklumatsikap RespondenTerhadapPertanianOrganik. 23 23 24 26. KESIMPULANDAN CADANGAN BAB 6 6.1 Kesimpulandan Cadangan 6.2 l.imitasi Kajiandan Saranan. 27 28. RUJUKAN LAMPIRAN. 29 31. viii.

(10) SENARAI7ADUAL 3adual 4.2a 4.2b 4.3a 4.3b 4.4a 4.4b. Muka surat Maklumatagama,jantina, negeriasal, tempat asal. Makiumatfrekuensitingkatandan taburan bangsa responden. Maklumatpenyataanpositif yang dijawabbetul oleh responden. Maklumatpenyataannegatif yang dijawaboleh responden. Frekuensiitem berdasarkanskala-Likert Frekuensiitem berdasarkanskala-Likert.. IX. 16 17 18 19 20 22.

(11) SENARAI SIMBOL, SINGKATAN DAN ISTILAH. % GMO NPK IFOAM SOM DARCOF SPSS SMK UMS. Peratus GeneticallyModifiedOrganism Nitrogen,Phosphorusand Potassium InternationalFederationof OrganicAgricultureMovements SkimOrganikMalaysia DanishResearchCentreof OrganicFarming StatisticalPackagefor Sodal Science SekolahMenengahKebangsaan UniversitiMalaysiaSabah. x.

(12) BAB 1. PENGENALAN. 1.1. Pengenalan Pertanian Organik. Sektor pertanianmasa kini menjadi semakinpenting seiring dengan peredaranmasa dan ianya telah dan masih mengalami pelbagai cabaran dari masa ke semasa. Pembangunansektor pertaniantelah diberi penekanandi negaraini sejak zamanawal kemerdekaan lagi. Seining masa beredar, bidang sains clan teknologi semakin berkembangmaju dan hal ini sekaligusmembantudalammemajukanbidangpertanian ke arah yang lebih baik. Namun begitu, ianya turut membawa kesan buruk dalam pelbagai aspek tertentu terhadap manusia dan alam sekitar. Kebijaksanaanmanusia dalam bidangsainsclanteknologitelah dapat menghasilkanmakananyang mencukupi tetapi semakin lama, semakin mengabaikanjaminan kelestarian persekitaranyang selamatuntuk masa hadapan.. Ketika ini, dunia sibuk memperdebatkan isu pertanian organik sehingga terdapat pelbagai kajian yang telah dijalankan untuk menunjukkan kesan pertanian secaraorganik terhadap kesihatanpenggunadan alam sekitar seperti kajian oleh Jens Leifeld et a/. (2009). Archana(2011) menyatakanbahawa,walaupunsistem pertanian moden dapat mencapaikeperluanmakananyang mencukupi,namun sistem ini boleh menyebabkanpeningkatandalam pencemarandan sekaligusmelahirkanpersekitaran yang tidak lestari. Hal ini jelas kelihatan pada tanah dan struktumya yang semakin lama semakin berkurang tahap kesuburanyang mengakibatkanianya memerlukan baja dalam kuantiti yang semakin meningkat untuk membekalkan nutrien yang mencukupikepadatumbuhan..

(13) Oleh yang demikian,kaedahpertanianaltematif yang lebih mesra alam sangat penting agar masalah ini dapat dibendung. Pertanian organik telah dikenalpasti sebagai altematif terbaik kepada pertanian konvensional dan pertanian kimia. Pertanianorganik lebih mementingkankebajikan manusia tanpa memberi sebarang impak bahaya kepada persekitaran.Kejayaan pelaksanaanpertanian organik dapat dilihat daripadaaspek pengetahuan,sikapdan kesedaranpenggunaterhadap masalah kesihatan yang disebabkan oleh penggunaansesetengah produk makanan yang tercemardan kesanburuk pencemaranalamsekitar.. Tema pertanian organik mula berkembangdi Amerika Syarikat pada tahun 1980an sebagai satu konsep, idea dan visi perkembangan kepada pertanian (Robertsondan Harwood,2001). Menurut definisi IFOAM(2011), pertanian organik adalah pertanianyang berdasarkankepada prinsip kesihatan,ekologi, keadilan,dan perlindungan.Secara umumnya, prinsip-prinsipyang diguna pakai dalam pertanian organik juga adalah prinsip yang mendasaripertanian lestari. Menurut Han Hwa dan Rahim (1992), istilah "organik" yang terbaik adalah bukan sekadarmerujuk kepada jenis input yang digunakan, tetapi dengan konsep pertanian sebagal organisma, dimana semua komponenyang terlibat adalah dari sumber organik contohnya tanah mineral, bahan organik, mikroorganisma,haiwan, tanaman, serangga dan manusia berinteraksi untuk mencipta keserasian, mengatur diri sediri dan stabil secara keseluruhan.. Makananorganik merupakansalah satu sektor yang berkembangpesat dalam industri makanan.Hal ini adalah disebabkanproduk organik dihasilkan berdasarkan aktiviti pertanian yang tidak menggunakan sebarang bahan kimia sintetik dan organismayang kandungangenetik asalnya telah diubahsuai. Oleh yang demikian, prosespenghasilannyadapat dijamin kualitinya. Pertanianorganik didefinisikansecara meluas sebagai pertanian tanpa menggunakan sebarang bahan kimia sintetik. Pertanian organik adalah satu sistem pengurusan pengeluaran holistik yang menggalakkan dan meningkatkan kesihatan ekosistem pertanian yang berkaitan dengan kepelbagaianbiologi, pusinganbiologi, nutrien dan aktiviti biologi tanah dan mikrob.. 2.

(14) Pelaksanaansistem pertanian organik bergantung kepada sistem tanaman giliran, sisa tanaman, najis haiwan, kekacang,baja hijau, sisa organik dan aspek kawalan perosaksecarabiologi untuk mengekalkanproduktiviti tanah, membekalkan nutrien padatumbuhan dan mengawalrumpai, serangga,dan perosaklain. Perhatian terhadap makananyang dihasilkansecaraorganiksemakinmeningkatdi seluruh dunia disebabkan oleh keprihatinan pengguna terhadap amalan pertanian intensif dan kesannyaterhadap kesihatanmanusia serta alam sekitar (Wier et a/., 2008). Selain petani, penggunajuga menunjukkanminat terhadap isu makananyang dipilih dengan kesihatan mereka. Kebanyakanpengguna lebih mementingkan kesihatan dalam membuatkeputusandalampemilihansesuatuproduk.. Di Malaysia,pertanian organik mula diperkenalkanpada tahun 1987. Untuk mencapai tahap pertanian organik, pengusaha ladang pertanian perlu mematuhi beberapa piawaian yang digariskanoleh Jabatan Pertanian Malaysia,melalui Skim Organik Malaysia (SOM). Peladangyang ingin mendapat pengiktirafan pertanian organik periu mematuhibeberapapiawaianSOMbermula daripadapenyediaantanah, penanamantumbuhan,penggunaanracun dan rekod ladang serta kebajikanpekerja. MenurutJabatan PertanianMalaysia(2011), sejak 2003 hingga 2011, sebanyak 170 ladang di seluruh Malaysiatelah mendaftarkandiri di bawah skim ini namun hanya40 ladang yang diluluskan untuk menggunakan label organik dengan menjual hasil pertanian pada harga premiumdi pasaran.Statistik ini menunjukkanbahawa sangat sedikit pekebun atau petani yang berjaya mengubahladang mereka kepada ladang organik.IN juga menunjukkanbetapaperlunyapendedahanyang lebih banyakkepada bakalpara petanitentang keperluandan masa hadapanpertanianorganik.. Seiring dengan perkembanganindustri pertanian pada masa Iäni, penyediaan modal insan yang serbaboleh dan mantap dari segalaaspekadalah sangat mustahak demi memenuhi keperluan dalam industri ini. Pengelibatangolongan belia dalam bidang pertanianseharusnyadigalakkanagar bidang ini tidak cuma menjaditumpuan golongan tua mahupun penduduk kampung. Pendedahantentang kepentingandan menariknya bidang pertanian perlulah dimulakandalam pendidikan awal seperti di peringkatsekolahrendah,menengah,seterusnyadi pusat-pusatpengajiantinggi.. 3.

(15) 1.2. Penyataan Masalah dan 3ustifikasi Kajian. Pengendalianladang yang balk di Malaysia adalah amat penting bagi menjamin pengeluaranmakananyang selamat dan mencukupidari satu generasi ke generasi yang seterusnya.Pada masa ini, peningkatan hasil tanaman berlaku selari dengan penggunaan input yang tinggi. Malangnya, peningkatan hasil yang ketara telah dikaitkan dengan penggunaaninput yang mempercepatkandegradasi alam sekitar. Kebanyakanpengendalianladang-ladangdi Malaysiayang mengamalkanpertanian secaraorganikmasihlagi kurangdan hal ini sangatmembimbangkankeranapertanian modenyang sedia ada sekarangberpotensitinggi dalam menyebabkanpencemaran alam sekitarsemakinberleluasa. Pelajar-pelajarpertanian merupakantunggak masa depan bidang pertanian yang berupaya untuk menyebarkanmaldumat mengenai pertanian organik secara meluas. Oleh itu, tahap pengetahuandan sikap para pelajar pertanian amat penting dalam menggalakkanpara petani yang lain untuk mengendalikan ladang secara organik, sekaligus membolehkan mereka mengeluarkan hasil pertanian yang mencukupidan selamatuntuk penggunaserta alamsekitar di masaakan datang. Sebagaijustifikasi, kajian ini dijalankanuntuk melihat sejauh mana pertanian organik diterapkan dengan mengkaji pengetahuandan sikap para pelajar bidang pertanianSMKElopura2 Sandakan.Antara permasalahanyang dikaji adalah: i.. Pengetahuanterhadapkepentingandan kelebihanpertanianorganik.. ii.. Sikapterhadappertanianorganik. Mengetahuilatar belakangpelajar yang mengambiljurusan pertanian dan sejauh manapengetahuanmerekaterhadappertanianorganik.. iii.. 4.

(16) 1.3. Objektif Kajian. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji pengetahuanclan sikap para pelajar SMK Elopura2 Sandakanterhadap pertanianorganik. Antara objektif lain yang dikaji adalah: I.. Mengetahuilatar belakangpara pelajar bidangpertanianSMKElopura2 Sandakan.. ii.. Mendapatkanmaklumat tentang tahap pengetahuandan sikap para pelajarbidangpertanianterhadappertanianorganik.. iii.. Mengetahuisikapmerekaterhadappertanianorganik.. iv.. Mengemukakan cadangan-cadangan untuk meningkatkan tahap pengetahuandan sikap para pelajar bidang pertaniandi SMKElopura2 Sandakanterhadappertanianorganik.. 5.

(17) BAB 2 ULASANPERPUSTAKAAN. 2.1. Konsep Pertanian Organik. Pertanian organik adalah satu sistem pengurusan pengeluaran holistik yang menggalakkandan meningkatkan tahap kesihatan ekosistem pertanian termasuk kepelbagaian bio, putaran biologi dan aktiviti biologi tanah. Pertanian organik merupakansatu konsep amalan pertanian yang banyak dikaitkan dengan pertanian yang tidak menggunakaninput moden dan bahan buatan manusia.Konseppertanian organik adalah penekanan yang diberikan terhadap hubungan antara alam dan manusiaitu sendiri. DARCOF(2000) menyatakan bahawa pertanian organik dibina atas konsep alam (nature) mengintegrasikankeseluruhannyasehinggakanmanusia mempunyai tanggungjawab sosial untuk mendirikan atau mencapai agro-ekosistemyang lebih lestari dengan menghormati nilai habb dan mekanismaperaturan alam. Pertanian organik juga dilihat sebagai pertanian yang lebih alami atau semulajadi apabila dibandingkandengan pertanian konvensional(Veerhog, 2007). Manusiajuga diilihat sebagaisebahagiandaripadaalam semulajadiserta tidak diasingkanmahupun dilihat mendominasiatau mengawalalam semulajadi. 2.2. Prinsip Pertanian Organik. Pertanianorganik mempunyaibeberapaprinsip yang mendasariproses dan amalan pertanian. Secaraasasnya,pertanian organik adalah pertanian yang meluaskanskop prinsipnyasehinggamelibatkanmanusia,alam semulajadidan sosialserta memastikan faedahdaripadapertaniandapat ditingkatkandari segi kualiti dan dapat dinikmati oleh.

(18) semua komponenyang terlibat. Amalan pertanian organik juga melibatkan amalan yang balk kepadatanah, kaedahpenanaman,pentemakan,sehinggakankeselamatan dan kebajikanpekerja di ladang.IFOAM(2009) telah membahagikanprinsip pertanian organik kepadaempat bahagian,iaitu: 1. Prinsipkesihatan. 2. Prinsipekologi. 3. Prinsipkeadilan. 4. Prinsipperlindungan. Prinsipyang seakanserupa telah dihurai oleh Veerhog (2007) dimana beliau telah menyatakanbahawamatlamatpertanianorganik adalahuntuk mengintegrasikan amalandan alam, alamsemulajaditidak semestinyamenjaminpersekitaranyang sihat, dan pertanianorganikmenghormaticiri-dri semulajaditumbuhandan haiwan. 2.3. Skim Organik Malaysia (SOM). SOMialah sebuahprogrampensijilanyang dibangunkanoleh JabatanPertanianuntuk mengiktirafladang-ladangyang telah diusahakansecaraorganik mengikutkriteria dan keperluanyang telah ditetapkandalam PiawaianSkimOrganikMalaysia(SOM).Tahap piawaian SOM adalah berasaskankepada Malaysian Standard MS1529.2001: The Production,Processing,Labellingand Marketingof P/ant Based OrganicallyProduced foods: PiawaianSOM juga merangkumi syarat-syarat dan kriteria yang terbit dari peruntukan dalam undang-undang untuk mengawal risiko ke atas alam sekitar, keselamatanmakanan dan kesihatanserta keselamatanpekerja (Jabatan Pertanian, 2011). Keperluan atau syarat yang ditetapkan oleh SOM melibatkan semua tahap pengeluaran,termasuklah operasi ladang, persediaan, penyimpananpengangkutan dan pelabelan (Jabatan Pertanian, 2011). Asas persijilan SOM adalah berasaskan pematuhan kepada ciri-dri yang telah ditetapkan dalam piawaian organik negara. menggariskan keperiuan yang berkaitan dengan keperluan, pembungkusan,penyimpanan,pengangkutandan jualan bahan makanan hasil darf. Piawaian ini. tanaman organik. Antara perkara yang diambil kira dalam penilaianskim ini seperti. 7.

(19) yang disenaraikandi dalamlamansesawangPejabatPertanianDaerahManjung(2011) ialah: i.. Kesesuaiantapak penanaman.. ii.. Masa peralihan dari sistem pengeluarankonvensionalke sistem pengeluaran. iii.. organik. Sisabaki racundan logamberat.. iv.. Tanamanbuffer danjarak zon buffer.. v.. Pengurusankesuburantanah.. vi. vii.. Pengurusanpengairanyang baik. Pengurusanbenihdan tanaman.. viii.. Pengurusaninput seperti baja, perapi tanah dan bahan kawalanperosakdan. ix.. penyakit. Pengurusanrumpai, penyabtdan perosak.. X. A.. Penggunaanalatanladang. Sistempemasaranhasil.. xii.. Penyimpananrekod. Asaspersijilan SOM adalah berasaskanpematuhankepada ciri-ciri yang telah. ditetapkan dalam piawaian organik negara. Sehingga ke had ini, kurang dari 50 pengusahaladangdi Malaysiatelah berjayamendapatkansijil SOM. 2.4. Pengetahuan, Sikap dan Amalan Tentang Pertanian Organik. Pengetahuanialah maldumatyang menyebabkanindividu, kumpulan, organisasiatau entiti menjadi semaldnsedar dan mengambilpeduli terhadap sesuatu. Pengetahuan adalah satu instrumen yang penting supaya para petani mendapat makiumat yang secukupnyaterhadap suatu perkara yang dicadangkankepada mereka (Abu Barkat, 2006). MenurutTheresaet al. (2008), pengetahuanterhadapalam sekitar dipengaruhi oleh makiumatyang sediaada clandenganpengetahuantentang sesuatumaklumat,ia boleh mempengaruhikeputusanyang dibuat oleh petani untuk menyertalsesuatuskim pertanian yang mesra alam. Tsouvalis et al. (2000) menyatakan bahawa beberapa kajian mengenaijenis-jenispengetahuantelah dikaji khususnyapengetahuandi ladang 8.

(20) berbezadengan pengetahuansaintifik dan teknikal. Perbezaanpengetahuanini dapat menunjukkanbagaimanapetani melihat masalahalam sekitar serta Iangkah-Iangkah pendekatanmengurangkankerosakanalamsekitar. Sikap adalah kondisi mental berkenaan suatu isu atau objek. Sikap dimanifestasikandengan melihat kepada amalan atau praktis mereka yang berjaya mengubah kelakuan mereka sebelum ini. Amalan terhadap sesuatu perkara secara umumnyabergantungkepada pengetahuan,kestabilanekonomi, dan keadaansosioekonomi individu atau kumpulan (Abu Barkat et a/., 2006). Setiap pengguna mempunyai sikap yang berlainan terhadap pertanian organik. Sikap ini yang mempengaruhikeputusanpenggunadalam pemilihansesuatuproduk pertanian sama ada produk organik atau bukan organik. Menurut Maria et al. (2003), antara faktorfaktor yang mempengaruhisikap penggunaterhadap sesuatu produk pertanian atau makanan ialah ketiadaan bahan tambahan makanan,pengawet, proses penghasilan makanan dan kebimbangantentang hasil makanan konvensional mahupun hasil organik. Kajian terhadap pengetahuan,sikap dan amalan dapat memberikanpetunjuk dan makiumattentang tahap pengetahuanseseorangterhadap sesuatu perkara,sikap merekaterhadap perkaratersebut dan apa yang telah mereka amalkan. Pemahaman terhadaptahap pengetahuan,sikap dan amalandapat menghasilkanprosesyang lebih efisyen untuk menghasilkankesedaran dengan mengemudi sesuatu program yang dirancangbersesuaiandengankeperluankomuniti. 2.5. Keberkesanan Perlaksanaan Mata Pelajaran Kompenan Kemahiran Hidup (Sains Pertanian) di Sekolah-sekolah Menengah. Bermulasebtar tahun 1965, pendidikananekajurusan pilihan mula diperkenalkandi sekolah-sekolahmenengahdi Malaysia.Pada masa itu, terdapat empat pilihan mata pelajaran elektif iaitu Perdagangan,Seni Perusahaan,Sains Pertanian dan Sains RumahTangga. Pelajar dikehendakiutuk memilih salah satu daripada empat subjek pilihan berdasarkanminat, kecenderungandan kebolehanseseorangpelajar. Menerusisatu MesyuaratJawatankuasaPusatKurikulumpadaSeptember1988, keputusantelah dimeterai bahawamata pelajaran elektif yang dilaksanakandi bawah 9.

(21) pendidikan aneka jurusan digantikan dengan mata pelajaran Kemahiran Hidup, seterusnyaprogramKemahiranHidupBersepadu(KHB)dimulakanpadatahun 1991. KemahiranHidup Bersepadu(KHB) merupakanmata pelajaran berbentuk pravokasional yang telah digubal semula berdasarkan mata pelajaran elektif Sains Pertanian,Sain Perusahaan,Perdagangandan Sains RumahTangga. Subjek ini telah digubal sejajar dengan dasar dan kehendak negara kearah meningkatkan daya pengeluarannegara melalui pengelibatanmasyarakatsecara produktif, inovatif dan kreatif serta ingin memupukbudaya keusahawanandan kenal faham teknologi (Draf KemahiranHidupProgramPeralihan,1989). KurikulumKemahiranHidupuntuk sekolahdirangkauntuk menghasilkanpelajar yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran asas bagi membolehkan mereka mengendalikan kehidupan dengan lebih produktif dalam era yang semakin membangun dengan teknologi canggih, disamping membentuk keperibadianyang seimbangdari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani. Mata pelajaran Kemahiran Hidup Sains Pertanian telah menjadi salah satu pilihan dalam mata pelajaran KemahiranHidup Bersepaduyang telah pun dilaksanakanpada tahun 1989 di semua sekolahmenengah. 2.6. Pengaruh Subjek. Pertanian. Dalam Tahap Pengetahuan. Pelajar. Terhadap Pertanian Organik Sekolah merupakan salah satu institusi terpenting dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran.Setiap sekolah perlu berusaha meningkatkankualiti dalam menghasilkanproduk yang berilmu dan berpelajarantinggi, dan semua pihak yang terlibat dalam institusi ini perlu bekerjasamabagi memastikansesebuahinstitusi mencapaitahapterbaik dalampenyampaianilmu kepadapelajar. Menurut Noryana (2004), para pelajar dalam bidang pertanian seharusnya memanfaatkansegala pengetahuan,kemahirandan pengalamanyang ada untuk mula bertani. Mereka perlu menjadi seorang petani yang moden seiring dengan perkembanganteknologi semasaserta mampu menggunakankecanggihanteknologi dan bioteknologiuntuk memaksimakanpengeluaran.. 10.

(22) SainsPertanianialah satu pengajianyang saintifik dan sistematiktentang alam semulajadi serta bagaimana sumber alam semulajadi ini digunakan untuk menghasilkanmakanandan bahan mentah. Dalampelaksanaanmata pelajaran ini, ia menggunakanprinsip daripadabeberapadisiplintermasuk Matematik,SainsAsas,Sais Sosial,Ekonomidan Perdagangan.. 11.

(23) BAB 3. METODOLOGIKA]IAN. 3.1. Reka Bentuk Kajian. Kaedahreka bentuk kajian ini dilaksanakanmenggunakankaedah tinjauan deskriptif dan berpandukankepada motif atau objektif kajian. Data mengenai latar belakang para respondendianalisismenggunakananalisiskekerapan,peratusanserta nilai min yang akan digunakan untuk menyelidik latar belakang responden. Rujukan untuk menganalisisdata adalah berpandukanhasil dari borang soal selidik yang terkumpul dari responden. Para respondenterdiri daripadapelajar yang mengambiljurusan pertanian di SMK Elopura 2 Sandakan.Teknik edaran borang responden ini bertujuan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pengetahuan dan sikap para pelajar di sana mengenai pertanian organik dan juga mendapat gambaran yang tepat untuk mengetahuilebih lanjut mengenaiciri-dri dalamsatu kelompokatau populasi. 3.2. Tempat dan Lokass Kajian. Tempat dan lokasi yang telah disasarkanuntuk kajian ini adalah di Sekolah MenengahKebangsaan(SMK) Elopura 2, Sandakan,Sabah. Lokasi ini dipilih kerana SMK Elopura 2 merupakansebuah institusi pendidikanyang terdiri dart pelajar dart pelbagailatar belakangdan dilihat sebagailokasiyang sesuaidengan kajian ini. Selain itu, terdapat aliran pertanianyang ditawarkandi sekolahini dan hal ini adalah dilihat amat sesuaiuntuk mengkaji pengetahuantentang ilmu pertanianorganik pada tahap pendidikanmenengah..

(24) 3.3. Kumpulan Sasaran. Kumpulan respondenyang disasarkan adalah pelajar aliran Sains Pertanian, SMK Elopura2 Sandakan.Semuapelajar yang mengambiljurusan ini sebagaisubjek elektif dipilih sebagai responden utama yang disasarkankerana mereka mempunyai asas pengetahuan pertanian lebih dari yang mengambil subjek selain sains pertanian. Majoriti daripada kumpulan sasaran ini adalah berbangsaMelayu, dan seramai 71 orang respondentelah terlibat dalam menjayakankajian ini. 3.4. Prosedur Kajian. Kajian yang dijalankan adalah melibatkan golongan pelajar aliran Sains Pertaniandi SMKElopura2, Sandakan.Borangsoal selidik telah dirangkadan disemakdenganteliti agar bersesuaiandengan tahap pemahamanrespondendan menepati matlamat dan objektif kajian. 3.5. Borang Soal Selidik. Borang soal selidik telah disediakan untuk mendapatkan data daripada para responden.Pembinaanborangsoal selidik memerlukanbeberapaIangkahyang dikenal tersebut ialah: pasti bagi mencapaiobjektif dalamkajian. Langkah-Iangkah I.. Mengenalpast isi kandunganborang soal selidik.. ii.. Membuatsoalan. Memilihstruktur soalan.. iii. iv. v.. Memilihperkataanyang bersesuaianclanmudahdifahamioleh responden. Menyusunatur soalanmengikuturutan.. Borangsoal selidik mengandungitiga bahagian: BahagianA: Maklumatlatar belakangresponden. BahagianB: Pengetahuantentang pertanianorganik. BahagianC: Sikapterhadap pertanianorganik.. 13.

(25) RU7UKAN Abdul Rahim, A. 1992. An Assessmentof Field Level ExtensionAgent in Service Training Needs Related to The Educational Process as Perceived by ExtensionPerson/ in Sabah State Department of Agriculture, Malaysia. DoctoralThesis.Iowa StatesUniversity Abu Barkat,Khan, S. H., Mohib, K. A., Ahaduzzaman,Sk., Hoque,S. 2006. A Study On Knowledge,Attitude and Practice(KAP) of ResourceFarmersOf FoSHoLCARE.HumanDevelopmentResearchCentre,Bangladesh.39pp. Archana,S. 2011. OrganicFarming.PointerPublishers.India Baron,R. A. dan Bryne,D. 1991.UnderstandingHumanInteraction-SocialPsychology. Prentice-Hallof India Pvt. Ltd. New Delhi Department of Agriculture. 2007. Standard Skim Organik Malaysia (SOM), PerpustakaanNegaraMalaysia.ISBN978-983-047-126-6.24pp. Dimitri, C. dan Oberholtzer,L. 2009. Organic Foods: Recent Trends From Farms to Consumer.ERS Report Summary, Marketing U.S. USA Department of Agriculture Dushyent,G. 2010. OrganicFanning:Componentand Management.Agrobios.India Dushyent, G. 2012. Organic Fanning: Standards, Acreditation Certification and Inspection.Agrobios.India html. Fakta PertanianOrganik. http://ifoam.org/growing_organic/definitions/doa/index. DiaksespadaApril 2017 Greenpeace. 2011. Recipes Against Hunger; Success Stories For the Future of Agriculture.GreenpeaceInternational with Brot fur die Welt. Amsterdam. 24pp. Hall, K., Rhoades,E. 2009. Ohio Grain Farmers'Attitudes toward Organic and Nonorganic Fanning Method Graduate Students Texas Tech University, Departmentof AgriculturalEducationand Communities.16-22 IFOAM.2011. AnnualReport. 3: 15-17 ]abatan Pertanian Malaysia.2007. Garis PanduanPerlaksanaanPerladanganOrganik Bagi Pensijilan Skim Organik Malaysia.http://www. doa.gov.my. Diakses padaApril 2017. Kafiri, S. H. 2013. Pertanian Lestarl: Pemuliharaandan PemeliharaanAlam Sekitar Dawama.Selangor.. 29.

(26) Linus, S. 2013. Usaha Pertan/an Bersepadu: Gabungan Pertan/an Organik yang Ekonomidan Bersepadu.SynergyMedia.KualaLumpur Ministry of Agriculture.2000. Third NationalAgriculturalPolicy(1998-2000).Executive summary. Murad. M. W., Mustafa,N. H. dan Siwar. C. 2008. Review of MalaysianAgricultural PoliciesWith Regardsto Sustainability.AmericanJournal of Enviromental Sciences4(6): 608-614 Philip, G. dan Richard, R. 2001. Agriculture Sustainable.Michigan State University, USA. Pusat PerkembanganKokurikulum. 1989. Draf KemahiranHidup Program Peraaian. KementerianPendidikanMalaysia.KualaLumpur. Pusat Perkembangan Kokurikulum. 1992. Laporan Pengesanan Prer/a/csanaan KemahiranHidup.KementerianPendidikanMalaysia.KualaLumpur. Rahman, S. 2003. Environmental Impacts of Modern Agricultural Diffusion in Bangladesh:An Analysisof FarmersPerceptionsand Their Determinants. Journal of EnvironmentalManagement.68: 183-191 Theresa, S., Raymond A. J. dan Michael, W. 2008. Envisioning Agricultural Sustainability From Field to Plate: Comparing Producer and Consumer Attitudes and Practices Toward Environmentaly Friendly" Food and Farmingin WashingtonState, USA.Journalof RuralStudies24: 262-276 Tress, B. 2001. Converting to Organic Agriculture-DanishFarmers' Views and Motivdons.DanishJournal of Geography101. The Netherlands.131-134 Tsouvalis, )., Seymour, S. dan Watkins, C. 2000. Exploring Knowledge Cultures: Precision Farming, Yield Mapping and The Expert of Farmer Interface. Environmentand Planning.32: 909-924 Williams, D. L 2000. Students'Knowledgeof and ExpectedImpact From Sustainable Agriculture.Journal ofAgricultural Educaton.(41) 2: 19-24 ProgramKemahiranHidup Di SekolahYahaya,A. 1997. KeberkesananPer/aksanaan seko/ahDi Malaysia.ThesisPh.D. UniversitiPertanianMalaysia. 30.

(27)

Referensi

Dokumen terkait

Instrumen asesmen pengetahuan berbasis problem solving pada materi larutan elektrolit dan non elektrolit memiliki nilai keterbacaan berdasar- kan hasil uji validasi ahli yaitu

Nilai fc yang tidak berbeda nyata juga menunjukkan bahwa pada lahan dengan topografi miring, kemampuan tanah dalam menginfiltrasikan air pada saat infiltrasi

Berdasarkan hasil penelitian dan pembahasan yang telah dipaparkan sebelumnya, maka dapat disampaikan simpulan bahwa kinerja finansial program penanggulangan kemiskinan

Berdasarkan hasil penelitian, dapat disimpulkan bahwa ada hubungan yang signifikan antara kesegaran jasmani dengan intensitas nyeri haid pada mahasiswa Fisioterapi

Dalam pembentukan kota m adani tersebut , beliau meminta kepada tim penyusun Rencana Pe mbangunan Jangka Menengah Kota (RPJMK ) Banda Aceh 2012-2 01 7 aga r meniru konsep Ras

a) Pengembangan sistem informasi perpustakaan terintegrasi di seluruh ITS (integrasi data perpustakaan, integrasi data antar sistem ruang baca atau perpustakaan, integrasi

Tujuan penelitian ini adalah untuk mengetahui: 1)Hasil belajar IPA siswa yang menggunakan model pembelajaran GI ( Group Investigation ) lebih tinggi daripada

Kullekin potilaalle sopivan lääkkeen ja sen annostuksen sekä annostelutavan valintaan vaikuttavat potilaan toiveet, lääkkeen tunnetut sivuvaikutukset ja vasta-aiheet. Aluksi