• Tidak ada hasil yang ditemukan

YBhg. Tan Sri/Dato Sri/Datuk/Dato /Datin/Tuan/Puan, Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "YBhg. Tan Sri/Dato Sri/Datuk/Dato /Datin/Tuan/Puan, Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk."

Copied!
21
0
0

Teks penuh

(1)

PIKM/SEKRETARIAT/EDARANAHLI/2021(9) 30 MAC 2021

SEMUA AHLI PIKM

(U/P: Pengarah Urusan)

YBhg. Tan Sri/Dato’ Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,

SURAT EDARAN PIKM KE-9/2021:

PERJUMPAAN PIKM BERSAMA JABATAN TENAGA KERJA SEMENANJUNG MALAYSIA (JTKSM) BERKENAAN AKTA STANDARD MINIMUM PERUMAHAN, PENGINAPAN & KEMUDAHAN PEKERJA 1990 (AKTA 446) PINDAAN 2019

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Dimaklumkan bahawa Ahli Jawatankuasa PIKM telah mengadakan perjumpaan bersama Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), Kementerian Sumber Manusia yang dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Hj Mohd Asri bin Abd. Wahab, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), JTKSM pada 19 Mac 2021 (Jumaat) bertempat di Bilik Mesyuarat Utama JTKSM, Aras 5, Blok D3, Kompleks D, Putrajaya bagi membincangkan berhubung kesulitan yang dihadapi oleh ahli-ahli PIKM berhubung Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan & Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446) Pindaan 2019.

3. Berhubung itu, berikut merupakan intipati utama hasil perbincangan tersebut: 3.1 Deklarasi “Darurat” oleh YAB Perdana Menteri membenarkan kuasa lebih

kepada JTK dan agensi lain melaksanakan pematuhan mencegah penyakit berjangkit Covid-19.

3.2 Perakuan Penginapan adalah DIWAJIBKAN bagi setiap penginapan atau penginapan berpusat secara atas talian di Sistem Permohonan Perakuan Penginapan di pautan http://akta446.mohr.gov.my/.

3.3 Penetapan asas dalam peraturan yang tidak boleh dilonggarkan:

Ruang Penginapan

i. Bukan dormitori (seperti apartment) - ruang tidak kurang 3.6 mps untuk seorang;

ii. Dormitori - ruang tidak kurang 3 mps untuk seorang; iii. Ruang pekerja perempuan / lelaki diasingkan.

Nisbah Tandas

i. Bukan dormitori – 1 tandas untuk 6 orang; ii. Dormitori – 1 tandas untuk 15 orang.

Ruang Dapur, Tamu, Dapur

i. Perlu ada di penginapan (bukan dormitori & dormitori).

SEKRETARIAT PIKM: UNIT 715 & 716, BLOK A, TINGKAT 7, KELANA BUSINESS CENTRE, JALAN SS7/2, KELANA JAYA, 47301 PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN TEL : 03-7804 7359 / 03-7804 9358 FAKS : 03-7886 7246 / 03-7803 8691

Presiden

DATO’ SRI HJ RAMLI B. HJ YUSUFF Timbalan Presiden

KAPTEN NAJMUDDIN B. MOHD IBRAHIM (B) Naib Presiden

MEJ. JEN. DATO’ MOHD YUNUS B. LONG (B) SALIZA BT ABDULLAH

MOHAMMAD UBAIDILLAH B. IMAN

Setiausaha Kehormat

KU NORAZMI B. DATO’ HJ. IMAM ASMAWI

Bendahari Kehormat

IR. SOFIA BT DATO’ IR. JOHARI

Penolong Setiausaha ASSYANUR NASYRAH BT ISHAK Penolong Bendahari

DATO’ HABIBULLAH B. DATO’ HJ AHMAD

Ahli-ahli Jawatankuasa DATO' HJ. JAAFAR B. HJ MAT KAPTEN DATO’ ISMAIL B. ISHAK (B) MOHD YUSOFF B. M DAUD ADNAN B. ABDULLAH ADILA B. DATO’ ABDULLAH

BRIG. JEN. DATO' ZAINAL B. ABD RAHMAN TUDM(B)

MOHAMMED FADZLAN B. MUSTAPA DATO’ DR. BASANT SINGH SIDHU DATUK ZAIDI B. MOHAMED Juruaudit Dalaman MOHD HODORI B. SARBINI ZAINAL ABIDIN BIN MD KASIM Pengerusi Zon WP Kuala Lumpur DATO' ROSMARAYU BT MOKHTAR Pengerusi Zon Selangor DATUK SHANKER RAJ AYANGER Pengerusi Zon Johor

DATUK MHD. TAHIR B. MOHD NOAH Pengerusi Zon Perak

ZAITON BT MOHD NUSI Pengerusi Zon Kelantan AFENDI BIN MUKHTAR Pengerusi Zon Pahang

MOHAMAD TARMIZI B. MOHAMAD GHANI Pengerusi Zon Pulau Pinang MUHAMMAD SYAFIQ B. ISHAK Pengerusi Zon Kedah & Perlis DATO’ PADUKA HJ AB RAHAMAN BIN JAPAR Pengerusi Zon Melaka

DATO' GAN PENG LAM Pengerusi Zon Negeri Sembilan MEJ. MOHD ZAINAL B. JUNI (B) Pengerusi Zon Sabah KAPTEN MAZALAN B. FADZIL (B) Pengerusi Zon Sarawak SHAHARUDDIN B. SAMSI Sekretariat Pengurus Besar JEFF NOR JETTEY

(2)

Katil / Almari

i. Tidak kurang 1.7 mps berserta tilam tidak kurang 10.16 cm (4 inci); ii. Jika katil bertingkat jarak antara dua set katil bertingkat tidak kurang

0.7 meter;

iii. Almari (yang boleh dikunci) untuk setiap orang (ukuran 0.35 m Panjang x 0.35 lebar x 0.9 m tinggi).

Tong Sampah

i. Jika tidak disediakan, kompaun boleh dikeluarkan atau kertas siasatan dibuka;

Pelan Lantai

Pelan lantai yang dikemukakan perlu kemas dan betul (pelan dari Sales &

Purchase Agreement boleh digunapakai atau lukisan sendiri mengikut skala

munasabah)

3.4 JTK mendasarkan peraturan kepada faktor kapasiti.

3.5 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) fokus peraturannya berkaitan pelan penginapan.

3.6 Majikan boleh kenakan bayaran penginapan kepada pekerja melalui potongan gaji tidak melebihi RM100 seorang sebulan (Nota: bagi pekerja asing kebenaran ini tertakluk kepada kontrak antara majikan dengan pekerja asingnya).

3.7 RUMUSAN

i. Setiap penginapan harus “sesuai diduduki oleh manusia”;

ii. Setiap majikan, sekurang-kurangnya, mengambil inisiatif memohon secara online untuk perakuan penginapan secara atas talian di pautan (http://akta446.mohr.gov.my/);

iii. Majikan perlu usaha memperkemaskan tempat penginapan pekerja. iv. Keperluan yang tidak dinyatakan dalam undang-undang tidak perlu

dibuat (contoh; jika terdapat arahan mengecat);

4. Turut dipersetujui semasa perbincangan tersebut, untuk PIKM mengemukakan isu-isu berkaitan Akta 446 ini kepada pihak JTK. Bagi tujuan tersebut, bagi ahli yang mempunyai isu sila kemukakan secara bertulis secara penghantaran emel kepada

pihak Sekretariat PIKM ke alamat emel info@pikm.my atas tajuk/subject emel “ISU PENGINAPAN AKTA 446”.

5. Bersama ini dilampirkan slaid pembentangan oleh pihak JTKSM untuk rujukan dan pemahaman lanjut ahli-ahli.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

DATO’ SRI HJ RAMLI BIN HJ YUSUFF

PRESIDEN

(3)

AKTA STANDARD MINIMUM PERUMAHAN, PENGINAPAN DAN

KEMUDAHAN PEKERJA 1990 [AKTA 446]

&

PELAKSANAAN ORDINAN DARURAT (STANDARD MINIMUM

PERUMAHAN, PENGINAPAN DAN KEMUDAHAN) (PINDAAN) 2021

1 7 M A C 2 0 2 1

(4)

2

2. UNDANG-UNDANG

UNDANG-UNDANG BERHUBUNG PENGINAPAN PEKERJA

Akta Standard Minimum

Perumahan, Penginapan dan

Kemudahan Pekerja 1990

[ Akta 446 ]

Ordinan Darurat (Standard Minimum

Perumahan, Penginapan dan

Kemudahan Pekerja) (Pindaan) 2021

[ EO 446 ]

Akta Pencegahan dan

Pengawalan Penyakit

Berjangkit 1988

[ Akta 342 ]

• Akta yang menetapkan standard

minimum

bagi

perumahan,

penginapan & kemudahan pekerja.

• Terpakai di Semenanjung Malaysia

& WP Labuan.

• Terdapat 7 peraturan di bawah Akta

446.

• Ordinan yang meminda Akta 446.

• Memperluaskan pemakaian Akta 446 ke

Sabah & Sarawak.

• Memberi kuasa kepada KP:

• Arahan pindah pekerja;

• Arahan membaiki penginapan.

• Memberi kuasa kepada Menteri:

• Turun kuasa kepada agensi lain.

• Akta berhubung pencegahan dan

pengawalan penyakit berjangkit.

• JTK diberi kuasa di bawah seksyen

3, Akta 342.

• Mewajibkan pekerja asing menjalani

ujian saringan COVID19.

• Memastikan SOP yang ditetapkan

MKN

dan

KKM

dipatuhi

di

penginapan pekerja.

(5)

Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990

• Terpakai di seluruh Malaysia.

• Untuk sektor ladang dan lombong sahaja.

2018

Kuat kuasa

15.01.2018

Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990

• Terpakai di seluruh Semenanjung Malaysia dan W.P. Labuan.

• Terpakai kepada semua penginapan pekerja di semua sektor pekerjaan dan kawasan

pekerjaan.

• Mewajibkan setiap penginapan memperoleh Perakuan Penginapan JTKSM.

Garis Panduan Penetapan Standard Minimum Penginapan Pekerja Asing 2018

• Terpakai di seluruh Malaysia.

• Secara dasar setiap majikan yang menggajikan pekerja asing wajib menyediakan

penginapan mengikut standard garis panduan.

1990

Kuat kuasa

30.08.1990

2020

Kuat kuasa

01.06.2020

2. UNDANG-UNDANG

2021

Kuat kuasa

26.02.2021

Ordinan Darurat (Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja) (Pindaan) 2021

• Terpakai di seluruh Malaysia.

• Memberi kuasa kepada Ketua Pengarah untuk mengeluar arahan.

• Membolehkan penurunan kuasa kepada pegawai agensi lain.

LATAR BELAKANG AKTA 446

(6)

4

AKTA STANDARD MINIMUM PERUMAHAN, PENGINAPAN DAN KEMUDAHAN

PEKERJA 1990 [AKTA 446]

Akta Standard Minimum

Perumahan, Penginapan dan

Kemudahan Pekerja 1990 [Akta

446] berkuatkuasa mulai 1 Jun

2020 P.U. (B) 248/2020

Terpakai kepada semua

majikan/penyedia penginapan berpusat

yang menyediakan penginapan pekerja

di Semenanjung Malaysia dan Wilayah

Persekutuan Labuan

Pelaksanaan menyeluruh mulai 1

September 2020

1.

Standard minimum penginapan, penginapan berpusat dan kemudahan pekerja

2.

Pemakaian Akta kepada semua sektor pekerjaan dan kawasan

3.

Kebajikan, keselamatan dan kesihatan pekerja dan

4.

Pematuhan kepada standard antarabangsa (ILO)

KRITERIA

1. Peraturan-peraturan Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990

2. Peraturan-peraturanStandard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja (Pusat Asuhan Kanak-kanak) 1990

3. Peraturan-peraturan Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja (Penginapan dan Penginapan Berpusat

Pekerja) 2020

4. Peraturan-peraturan Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja (Fi Pemprosesan bagi Permohonan

Perakuan Penginapan) 2020

5. Peraturan-peraturan Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja (Kadar Sewa atau Caj Maksimum bagi

Penginapan) 2020

6. Peraturan-peraturan Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja (Pengkompaunan Kesalahan) 2021

7. Peraturan-Peraturan Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja (Pekerja Yang Dikehendaki Untuk

Disediakan Dengan Penginapan) 2021

Peraturan-Peraturan Di bawah Akta 446

(7)

2. UNDANG-UNDANG

DEFINISI TERMA-TERMA BAHARU

• "Penginapan"

• "Penyedia Penginapan Berpusat"

• "Penginapan Berpusat"

• "Orang yang Bertanggungjawab Bagi Penginapan"

1

Seksyen 24B

PERLUASAN PELAKSANAAN KEPADA:

• Semua sektor pekerjaan.

• Semua tempat pekerjaan termasuk premis di

bawah seliaan Majlis Bandaraya, Majlis

Perbandaran, Wilayah Persekutuan.

2

Seksyen 24A

PENETAPAN STANDARD MINIMUM

PENGINAPAN

3

Seksyen 24F

KEWAJIPAN PERAKUAN PENGINAPAN

Majikan atau penyedia penginapan berpusat wajib mendapatkan

Perakuan Penginapan daripada Ketua Pengarah JTKSM atau

Pengarah JTK Negeri sebelum menempatkan pekerja di

penginapan.

4

Seksyen 24D(1)

PEMBINAAN DAN UBAH SUAI BANGUNAN PERLU

DILULUSKAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN ATAU

AGENSI BERKAITAN

5

Seksyen 24H(1)

CAJ PENGINAPAN DIBOLEHKAN

• Majikan boleh memungut sewa / caj penginapan melalui

potongan gaji.

• Kadar caj / sewa tertakluk tidak melebihi RM100.

7

Seksyen 24G(1)

KEMASUKAN PEKERJA KE PENGINAPAN WAJIB

DILAPOR DALAM TEMPOH 30 HARI DARI TARIKH

PINDAH MASUK

Seksyen 24E(1)

6

2

3

4

5

6

7

Melalui Peraturan-peraturan di bawah Akta 446 seperti:

• 3.6 mp/orang (selain dormitori);

• 3.0 mp/orang (dormitori);

• Tilam 4 inci.

PERUNTUKAN UTAMA AKTA 446

(8)

6

JENIS BANGUNAN

❖ Apartmen / Flat / Kondominium

❖ Rumah kedai

❖ Rumah teres / berkembar / banglo

❖ Lain-lain bangunan bukan kediaman

yang diubahsuai bagi kegunaan

penginapan dan mendapat kelulusan

Pihak Berkuasa Tempatan mengikut

standard yang ditetapkan.

BENTUK PENGINAPAN

❖ semua bangunan (sama ada terletak di

atas satu bidang atau lebih tanah) yang

dibangunkan untuk kegunaan sebagai

penginapan dan termasuk dormitori

❖ semua bangunan yang dibina di dalam

tapak pembinaan untuk penginapan

pekerja yang bekerja di tapak pembinaan

❖ semua unit yang telah diubahsuai yang

berada di dalam berbilang tingkat atau

yang telah dibahagikan yang –

❑ dikawal oleh atau beroperasi sebagai

dormitori diuruskan bersama oleh

satu atau lebih majikan; atau

❑ dimiliki oleh mana-mana orang selain

daripada majikan.

(9)

• KELUASAN RUANG TIDUR DAN BILANGAN TANDAS

serta

KEMUDAHAN ASAS LAIN

yang perlu disediakan oleh

majikan/penyedia penginapan berpusat.

• Perakuan Penginapan menentukan

KAPASITI MAKSIMUM

PEKERJA

yang boleh ditempatkan dalam penginapan atau

penginapan

berpusat

berdasarkan

penginapan

yang

disediakan

.

(a) RUANG TIDUR

• Dormitori - 3.0 meter persegi untuk seorang pekerja

• Selain dormitori - 3.6 meter persegi untuk seorang

pekerja

(b) TANDAS

• Dormitori - Nisbah 1 tandas : 15 pekerja

• Selain dormitori – Nisbah 1 tandas : 6 pekerja

(c) KEMUDAHAN ASAS

Katil

• Tilam tidak kurang 4 inci tebal

Bantal

• Selimut

• Almari berkunci bersaiz tidak kurang daripada

0.35 meter panjang x 0.35 meter lebar x 0.9 meter

tinggi.

PERATURAN STANDARD PENGINAPAN/PENGINAPAN BERPUSAT

Kuat kuasa 1 September 2020

(10)

Bil.

Kelas bangunan

Kehendak minimum

1.

Penginapan

atau

Penginapan

Berpusat

Bukan

Berbentuk

Dormitori

(a)

ruang rehat

(b)

ruang makan dengan kerusi dan meja

(c)

bilik tidur

(d)

dapur;

(e)

bilik air dan tandas (sama ada berasingan

atau bersekali) mengikut nisbah 1 tandas : 6

pekerja;

(f)

kipas;

(g)

lampu;

(h)

ruang untuk menyidai pakaian;

(i)

peti pertolongan cemas (First aid-kit);

(j)

tong sampah

2.

Penginapan

atau

Penginapan

Berpusat

Berbentuk Dormitori

(a)

ruang rehat

(b)

ruang makan dengan kerusi dan

meja

(c)

bilik tidur

(d)

dapur;

(e)

bilik air dan tandas (sama ada

berasingan atau bersekali) mengikut

nisbah 1 tandas : 15 pekerja;

(f)

kipas;

(g)

lampu;

(h)

ruang untuk menyidai pakaian;

(i)

peti pertolongan cemas (First

aid-kit);

(j)

tong sampah

SPESIFIKASI PENGINAPAN

KEMUDAHAN ASAS GUNASAMA

8

PERATURAN-PERATURAN STANDARD MINIMUM PERUMAHAN, PENGINAPAN DAN KEMUDAHAN PEKERJA

(PENGINAPAN DAN PENGINAPAN BERPUSAT) 2020

(11)

9

KAPASITI MAKSIMUM PEKERJA

RUANG TIDUR SEORANG

PEKERJA

Dormitori: 3.0 meter persegi

Selain dormitori: 3.6 meter

persegi

TANDAS

Dormitori: 1 tandas : 15 pekerja

Selain dormitori:

1 tandas : 6 pekerja

K E M U D A H A N A S A S P E N G I N A P A N

T I D A K B O L E H B E R K O N G S I

G U N A S A M A

Katil

Tilam tidak kurang 4 inci tebal

Bantal

Selimut

Almari berkunci

Air bersih, air bersih yang boleh

diminum dan elektrik secukupnya

Ruang tamu

Kipas dan lampu

Ruang dapur

Ruang menyidai pakaian

Tong sampah

Peti kecemasan

(12)

KATIL : Tidak kurang 1.7 m²

bersama

tilam tidak kurang 4 inci tebal, bantal dan

selimut. Jika katil bertingkat, ruang antara

katil tidak kurang 0.7 meter.

ALMARI :

Berkunci untuk penyimpanan selamat

barangan berharga pekerja termasuk

paspot yang boleh diakses oleh pekerja

pada bila-bila masa.

Dimensi - tidak kurang daripada 0.35 m

Panjang x 0.35 m lebar x 0.9 m tinggi.

Saiz bilik tidak kurang 14.4 meter ²

(contoh : 4.8 meter x 3 meter) / 3.6 boleh memuatkan

maksimum 4 orang pekerja dengan katil bertingkat)

4.8 m

3 m

10

(13)

11

❑ Bilangan maksimum pekerja bagi apartment saiz biasa

800kp = 6 orang pekerja sahaja.

❑ Jika saiz apartmen atau bilik lebih besar, boleh

memuatkan lebih pekerja.

* Saiz normal pintu bilik : 800 mm

Bilik

Saiz

Kapasiti maksimum

1

3.03 m x 3.5 m = 10.6

10.6 m² /3.6 m²

= 2 pekerja

2

3.5 m x 3 m = 10.5 m²

10.5 m² /3.6 m²

= 2 pekerja

3

3 m x 2.7 m =

8.1 m²

8.1 m² /3.6 m²

= 2 pekerja

• Semua kemudahan dan ruang dalam penginapan hendaklah

digunakan bagi tujuan asalnya sahaja.

Contoh: Ruang dapur, bilik mandi, tandas, dan ruang guna sama,

yang sedia ada hendaklah kekal digunakan seperti tujuan asal

dan tidak boleh diubah suai.

Sebarang perubahan yang melibatkan kapasiti pendudukan,

perlu mendapatkan Perakuan Penginapan semula.

(14)

12

Ruang tidur

tidak kurang 3

meter persegi

Ruang membasuh

Tandas, tidak boleh dikongsi pekerja

berlainan jantina

Nisbah 15 pekerja : 1 tandas

Ruang makan

(15)

PERAKUAN PENGINAPAN

(16)

PROSEDUR PERMOHONAN PERAKUAN PENGINAPAN

MULA

Permohonan oleh Majikan / Penyedia

Penginapan Berpusat bersama fi pemprosesan

Kemukakan Borang permohonan Bersama

senarai semak ke PTK/JTK Negeri

Semakan/ Lawatan/Laporan

PERAKUAN PENGINAPAN

TAMAT

Muat naik di

http://akta446.mohr

.gov.my/

dan cetak

Akuan Penerimaan

Permohonan

Perakuan

Penginapan

1. Pemohonan

secara

dalam

talian

melalui

sistem

Permohonan

Perakuan

Penginapan

(

http://akta446.mohr.gov.my/

) dan mencetak surat akuan

permohonan.

2. Akuan Penerimaan Permohonan Perakuan Penginapan

beserta dokumen seperti senarai semak dan bayaran Fi

Pemprosesan hendaklah dikemukakan ke Pejabat Tenaga

Kerja berhampiran.

3. Pemeriksaan ke penginapan untuk verifikasi maklumat

yang diterima dalam permohonan.

4. Mesyuarat Jawatankuasa Perakuan Penginapan Peringkat

Negeri

(

JKPPN) dan penyediaan Perakuan Penginapan.

(17)

2. UNDANG-UNDANG

PENGUBAHSUAIAN KEPADA AKTA

446 SEDIA ADA BAGI SEPANJANG

TEMPOH DARURAT

1

PERLUASAN PEMAKAIAN AKTA 446

KEPADA SABAH DAN SARAWAK

2

PENURUNAN KUASA KEPADA PEGAWAI

AGENSI LAIN

3

Seksyen 26

PERUNTUKAN BAGI KETUA PENGARAH UNTUK

MENGELUARKAN ARAHAN BERIKUT:

5

2

3

4

Melalui Perintah Perletakhakan Kuasa (

Vesting

Order

) Menteri

PERUNTUKAN UTAMA ORDINAN DARURAT (EO) 446

• Arahan untuk majikan atau penyedia penginapan

berpusat menanggung kos berkaitan;

Seksyen 24(c)3

• Arahan untuk majikan atau penyedia penginapan

berpusat mengganti / mengubah / menambah baik

penginapan;

Seksyen 24FA

• Arahan untuk majikan atau penyedia penginapan

berpusat

memindahkan

pekerja

ke

penginapan

sementara;

Seksyen 24FB

(18)

TINDAKAN KE ATAS KESALAHAN – KESALAHAN YANG DIKESAN

(iii) Buka Kertas Siasatan

(i) Keluarkan Arahan Ganti / Ubah /

Baiki Penginapan

Penginapan yang tidak memenuhi

standard minimum penginapan di

bawah Akta 446.

(ii) Keluarkan Arahan Pindah Pekerja

Penginapan yang sesak dan tidak sesuai

didiami manusia.

Majikan menanggung semua kos:

Kos

pengangkutan

daripada

penginapan

asal

ke

penginapan

sementara;

Kos

pengangkutan

pergi

balik

daripada penginapan sementara ke

tempat kerja; dan

Kos sewaan penginapan sementara.

Bagi kesalahan di bawah Akta 446

Peraturan-Peraturan

Standard

Minimum Perumahan, Penginapan

dan

Kemudahan

Pekerja

(Pengkompaunan Kesalahan) 2021

GAGAL mematuhi ARAHAN (i) dan (ii):

Denda sehingga RM200,000 atau penjara sehingga 3 tahun atau kedua-duanya; atau

Kompaun sehingga RM100,000

2. UNDANG-UNDANG

TINDAKAN PENGUATKUASAAN

Ordinan Darurat (Standard Minimum

Perumahan, Penginapan dan Kemudahan

(19)

3. TINDAKAN OPERASI PENGUATKUASAAN

Operasi Bersepadu Yang Dihadiri Oleh YB Menteri Sumber Manusia di Kajang, Selangor

(20)

3. TINDAKAN OPERASI PENGUATKUASAAN

Operasi Bersepadu Penginapan Pekerja di Muar, Johor

(21)

TERIMA KASIH

JABATAN TENAGA KERJA SEMENANJUNG MALAYSIA

D R H

Gambar

ILUSTRASI - SAIZ STANDARD APARTMENT

Referensi

Dokumen terkait

Mohamad Idris Bin Ali Pengarah/Ketua Pegawai Pengurusan Fasiliti, Pusat Pembangunan & Pengurusan Harta

Usaha kesehatan gigi sekolah (UKGS) merupakan bagian dari usaha kesehatan sekolah (UKS) yang sudah diimplementasikan di Indonesia sejak tahun 1951. Menurut

[r]

Saya/kami menyedari sekiranya ianya tidak benar maka Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhak mengambil apa-apa tindakan iaitu tidak memperbaharui lesen atau

YBhg.Tan Sri-Tan Sri, Dato’ Seri-Dato’ Seri, Dato’-Dato’, Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalian. Alhamdulillah, saya panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada saudara- saudari yang telah berjaya menamatkan pengajian dan seterusnya akan menerima ijazah

keperluan untuk merubah cara Penjawat Awam menyampaikan perkhidmatan adalah akibat daripada keperluan untuk mengurangkan perbelanjaan Kerajaan dan meningkatkan

(2) Suatu tawaran untuk mengkompaun suatu kesalahan adalah sah bagi tempoh empat belas hari bermula dari tarikh tawaran itu diterima oleh orang yang tawaran itu