Pengenalan Bola sepak
Bola sepak (tulisan Jawi : قڤيسلوب) ialah sukan sepasukan yang paling banyak dimainkan dan ditonton di dunia, yang dimainkan oleh dua pasukan yang mana setiap pasukan terdiri daripada 11 orang pemain. Sebelum abad ke-21, sukan ini telah dimainkan oleh lebih daripada 250 juta orang di 200 negara, yang
menjadikannya sebagai sukan paling terkenal di dunia. Bola sepak bertujuan menjaringkan gol sebanyak-banyaknya dengan menggunakan bola kulit ke gol lawan. Bola sepak dilumbakan ke dalam padang yang berbentuk segi empat tepat, di atas rumput atau rumput buatan. Badan pentadbiran dunia bola sepak ialah FIFA, atau Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (bahasa Inggeris : Federation
International Football Association, bahasa Perancis : Fédération Internationale de Football Association).
Pada awamnya, hanya penjaga gol sahaja yang dibenarkan menyentuh bola dengan tangan di dalam wilayah golnya. Manakala, 10 pemain lainnya hanya dibenarkan menggunakan semua bahagian badannya selain daripada tangan, biasanya dengan kaki untuk menyepak, dada untuk mengawal, dan kepala untuk menanduk bola. Pasukan yang menjaringkan gol lebih banyak pada akhir perlawanan ialah
pemenangnya. Jika sehingga masa berakhir masih pasukan-pasukan berakhir seri, maka boleh dilakukan undian, pembaharuan masa ataupun tendangan penalti, bergantung kepada format penganjuran kejohanan.
Undang-undang perlawanan pada awamnya dikemas kini setiap tahun oleh induk pertubuhan bola sepak antarabangsa (FIFA), yang juga menganjurkan Piala Dunia FIFA setiap empat tahun sekali.
Sejarah Bola Sepak
Menurut FIFA, permainan-permainan yang mempunyai ciri-ciri bola sepak telah wujud di negeri China sejak abad ke-3 SM. Berbagai-bagai jenis permainan bola juga telah diperkenalkan pada Zaman Pertengahan Eropah.
Pada abad ke-19, permainan bola di sekolah-sekolah United Kingdom (yang mempunyai cara permainan yang berlainan mengikut sekolah) menjadi lebih terkenal. Lantaran itu, cara permainannya juga lebih teratur. Undang-undang awal diperkenalkan bagi menyeragamkan cara permainan yang berlainan itu dan
memudahkan pemain-pemain. Persatuan Bola Sepak England (The Football
Association) telah ditubuhkan pada 1863 oleh beberapa kelab bola sepak. Persatuan ini berjaya menggubal undang-undang formal bola sepak yang pertama di dunia. Undang-undang ini kemudian berkembang menjadi Undang-undang Bola Sepak hari ini.
Kini, urusan Undang-undang Bola Sepak dikendalikan oleh Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (International Football Association Board). Lembaga ini
pemindaan Undang-undang Bola Sepak perlu diluluskan oleh Lembaga melalui undian majoriti.
Populariti bola sepak telah meningkat terutamanya pada abad ke-20. Kini, bola sepak menjadi satu industri yang lumayan melalui pendapatan hak siaran
televisyen dan penjualan tiket di stadium-stadium. Permainan ini dimainkan pada peringkat profesional di seluruh dunia. Berjuta-juta peminat biasanya pergi ke stadium bola sepak untuk mengikuti pasukan pilihan mereka, manakala berbilion-bilion yang lain pula melihat perlawanan bola sepak di televisyen. Sebilangan besar pemain juga bermain bola sepak pada peringkat amatur.
Mengikut kajian yang dilakukan oleh Fédération Internationale de Football Association (FIFA), badan pentadbir bola sepak, yang diterbitkan dalam musim bunga 2001, lebih daripada 240 juta orang biasanya bermain bola sepak dalam lebih daripada 200 negara di seluruh pelusuk dunia. Peraturannya yang mudah dan memerlukan peralatan yang sedikit tidak syak lagi menolong penyebaran dan tumbesaran dalam popularitinya.
Kedudukan bola sepak
Peraturan perlawanan tidak mengkhususkan kedudukan pemain-pemain selain pejaga gol. Bagaimanapun, semasa perubahan kemajuan perlawanan sukan ini, sebilangan pemain yang tertentu telah berubah. Mereka termasuklah:
pertahanan - pemain yang pakar dalam mencegah jaringan gol musuh.
pemain tengah - pemain yang melakukan serangan dan memberikan lorongan bola kepada penyerang, tetapi juga menolong pertahanan dengan mengganggu
serangan pasukan lawan pada peringkat awal.
penyerang - pemain-pemain yang berperanan menjaringkan gol.
Kedudukan-kedudukan ini selanjutnya dibezakan oleh bahagian mana pemain banyak menghabiskan masa. Sebagai contoh, terdapat pertahanan tengah dan pemain tengah kiri.
Para pemain mungkin menghabiskan kebanyakan masa dalam perlawanan dalam bahagian tertentu di padang; bagaimanapun, mereka tidak dikekang oleh peraturan sukan dan boleh berubah kedudukan pada bila-bila masa. Cara permainan ini juga boleh diguna pakai oleh penjaga gol, yang biasanya menghabiskan kebanyakan masa perlawanan berhampiran dengan gol tetapi boleh melibatkan diri dalam permainan berpasukan. Perkara ini biasanya hanya berlaku pada tendangan percuma atau tendangan sudut di akhir perlawanan itu.
Susun atur para pemain di padang dipanggil sebagai formasi. Bagi menggambarkan satu formasi, tiga nombor digunakan. Nombor pertama menentukan berapa banyak pemain pertahanan digunakan, yang kedua ialah bilangan pemain tengah yang akan digunakan dan yang ketiga ialah bilangan penyerang. Formasi yang terkenal dalam bola sepak moden termasuklah 4-4-2, 4-3-3, 3-5-2, 3-4-3 dan 4-5-1.
Jurulatih biasanya berperanan mengatur formasi dan taktik sesebuah pasukan.
Cara permainan Bola Sepak
dengan menjaringkan lebih gol daripada pasukan lawannya. Satu gol ialah hasil hantaran bola yang merentasi garisan gol yang terletak di antara tiang gol dan palang gol. Bola sepak dimainkan dengan menggunakan kedua-dua belah kaki, tetapi para pemain dibenarkan menggunakan semua bahagian badannya kecuali tangan. Penjaga gol yang bertugas mengelakkan bola daripada merentasi garisan gol pula dibenarkan menggunakan tangannya untuk menangkap bola di dalam kawasan penalti.
Pasukan yang menjaringkan lebih banyak gol memenangi sesebuah perlawanan. Namun, kalau kedua-dua menjaringkan jumlah gol yang sama, perlawanan itu dianggap seri. Dalam pertandingan kalah mati, bagi menentukan pemenang, masa 30 minit (masa tambahan) akan ditambah jika kedua-dua pasukan menjaringkan jumlah gol yang sama dalam 90 minit yang asal. Pasukan yang menjaringkan gol yang lebih pada masa berlebihan ini memenangi perlawanan.
Kalau masa berlebihan tidak dapat menentukan pemenang, sepakan penalti akan diadakan. Setiap pasukan diberikan 5 sepakan penalti. Pasukan yang menjaringkan penalti yang lebih memenangi perlawanan.
Kejohanan antarabangsa bola sepak
Pertandingan antarabangsa terbesar dalam arena bola sepak ialah Piala Dunia FIFA yang dianjurkan oleh FIFA. Seperti yang diketahui, Piala Dunia FIFA diadakan sekali setiap empat tahun dan bermula di Uruguay pada tahun 1930. Lebih daripada 200 negara berlumba-lumba di peringkat kelayakan mengikut zon sebelum dapat melayakkan diri ke peringkat akhir. Perlawanan peringkat akhir ini biasanya
berlangsung selama empat Ahad dan kini melibatkan 32 pasukan (naik dari 24 pada tahun 1998). Brazil telah muncul sebagai pasukan yang paling berjaya dalam Piala Dunia FIFA dengan muncul sebagai juara sebanyak 5 kali, dengan kemenenangan terkemudian dalam tahun 2002.
Pertandingan antarabangsa tertua dalam arena bola sepak ialah Copa América yang dianjurkan oleh CONCACAF. Seperti yang diketahui, Copa América diadakan sekali setiap dua tahun dan bermula di Argentina pada 1916.
Rencana utama: Bola sepak di Malaysia
Sukan Komanwel 1998 yang memperhebat perkembangan dunia bola sepak di Malaysia.