Sistem Pemantauan Keselamatan Dan Kesihatan
( SPKK )
Kepada
FELDA GLOBAL VENTURES HOLDINGS BERHAD
Disediakan oleh :
UNIT PENCEGAHAN INSIDEN
DAN PEMATUHAN PERUNDANGAN
HSE - FGV
Versi 1.0
MANUAL PENGGUNA SISTEM
Modul 1 : Mendaftar masuk, melihat
butiran, mengemaskini dan memadam
Sulit Unit Pencegahan Insiden Dan Pematuhan Perundangan HSE Mukasurat -
2
Isi Kandungan
1 Menambah Rekod Notifikasi Kemalangan ...
2 Melihat senarai rekod notifikasi kemalangan ... 3 Carian rekod notifikasi kemalangan ... 4 Lihat rekod notifikasi kemalangan ... 5 Kemaskini rekod notifikasi kemalangan ... 6 Memadam rekod notifikasi kemalangan ...
1.0 Menambah Rekod Kemalangan
Berikut memaparkan langkah-langkah untuk membuat menambah rekod halaman Kemalangan :
Langkah 1: Klik menu “Notifikasi Kemalangan”.
Sulit Unit Pencegahan Insiden Dan Pematuhan Perundangan HSE Mukasurat -
4
Langkah 3: Halaman Pilih Jenis Laporan akan terpapar. Kemudian klik pada ikon“Kemalangan” untuk menambah rekod.
Bagi notifikasi kemalangan dan penyakit / keracunan pekerjaan, ‘POP OUT’ senarai pekerja akan terpapar, pengguna dinasihatkan agar memastikan nama mangsa / pesakit / saksi tersenarai dalam senarai pekerja. Ini bagi mengelakkan kesulitan semasa mendaftar masuk data.
Sekiranya nama mangsa / pesakit tiada dalam senarai, klik pada ‘tambah pekerja’ untuk memasukkan maklumat berkaitan berlebih dahulu sebelum meneruskan daftar masuk data notifikasi.
Sekiranya maklumat mangsa belum diperolehi sewaktu notifikasi / laporan awal di buat, pengguna boleh memilih / menggunakan nama ‘lain-lain’ (tersedia di dalam senarai nama pekerja) sebagai nama sementara untuk membolehkan pengguna sistem dapat meneruskan pelaporan dengan dengan mendaftar masuk maklumat kecederaan mangsa dan maklumat rawatan yang diterima (sekiranya berkaitan)
Langkah 4: Halaman Kemalangan akan dipaparkan. Lengkapkan maklumat pada bahagian “Perkara AM”. Pilih maklumat bagi setiap medan;
Tarikh kejadian - Tarikh berlakunya kejadian yang tidak diigini / kemalangan Masa kejadian - Masa / waktu kejadian yang tidak diigini / kemalangan Kluster – Kluster di mana kejadian yang tidak diigini / kemalangan berlaku Syarikat – Syarikat di mana kejadian yang tidak diigini / kemalangan berlaku
Projek / Cawangan – Projek atau cawangan atau ladang atau kilang di mana kejadian yang tidak diigini / kemalangan berlaku
Lokasi kejadian / Stesen – Lokasi atau stesen di mana kejadian yang tidak diigini / kemalangan berlaku
Alamat tempat kejadian /Kes – alamat lengkap di mana kejadian yang tidak diigini / kemalangan berlaku
Langkah 5: Seterusnya tambah rekod pada bahagian “Maklumat Kemalangan”. Pilih maklumat dari senaraia pilihan bagi medan ;
Skop kemalangan / Kejadian – adakah kejadian berlaku sewaktu didalam skop pekerjaan atau operasi FGV atau diluar skop pekerjaan.
Impak kemalangan (yang paling signifikan) – Apakan impak kemalangan yang paling signifikan. Sekiranya terdapat lebih dari satu impak (kemudaratan yang pelbagai), pilih impak yang paling teruk.
Jenis kemalangan – Pilih dari senarai jenis kemalangan / kejadian yang telah berlaku. Sekiranya terdapat lebih dari satu jenis kejadian (kejadian yang pelbagai), pilih kejadian yang paling signifikan / memberikan impak yang paling teruk.
Jenis Kemalangan (perincian) – berdasarkan pilihan yang telah dibuat pada medan ‘jenis kemalangan’, pilih dari senarai perincian kemalangan / kejadian
Seterusnya, masukan maklumat pada medan
Keterangan kemalangan – terangkan secara ringkas kejadian yang telah berlaku
Operasi yang sedang dijalankan ketika kemalangan / situasi cemas – terangkan secara ringkas apakah operasi kerja atau kegiatan yang sedang dijalankan oleh orang yang terlibat (mangsa / saksi) ketika kejadian
Langkah yang diambil untuk mengawal situasi cemas – terangkan secara ringkas apakah tindakan segera yang telah diambil bagi mengawal situasi cemas akibat kejadian. Contoh; memadam kebakaran, memberi rawatan kecemasan, memaklumkan / memanggil ambulan dan bomba, dan sebagainya
Langkah yang diambil bagi memastikan situasi selamat sebelum menyambung kerja / meninggalkan tempat kejadian – terangkan secara ringkas apakah langkah yang telah diambil bagi memastikan keadaan terkawal dan aktiviti kerja boleh diteruskan. Sebagai contoh; menjalan
Sulit Unit Pencegahan Insiden Dan Pematuhan Perundangan HSE Mukasurat -
8
siasatan awal segera, pemeriksaan menyeluruh ke atas sistem, memberi taklimat dan peringatan kepada semua pekerja, dan sebagainyaMedan / ruangan data ini wajib disi sebelum rekod notifikasi disimpan atau dihantar. Sekiranya maklumat masih belum lengkap pada waktu notifikasi direkodkan, sila nyatakan / maklumkan bahawa ‘maklumat belum diperolehi’
Langkah 6: Masukkan rekod pada bahagian Maklumat Mangsa jika kemalangan mengakibatkan sebarang kemudaratan (kecederaan)kepada individu
Pekerja - Pilih maklumat dari senarai nama pekerja. Sekiranya nama mangsa tidak tersenarai, pengguna boleh memilih / klik butang ‘tambah mangsa yang tiada dalam senarai’ atau memilih ‘lain-lain’ yang merupakan data sementara untuk kes kemalangan yang mana maklumat mangsa belum diperolehi / disahkan.
Jumlah hilang hari bekerja (setakat pada hari notifikasi dibuat), - nyatakan berapa hari mangsa tidak boleh bertugas. Ini boleh dicatatkan berdasarkan sijil cuti sakit yang diberikan oleh doctor / pengamal kesihatan.
Catatan - Sebarang catatan berkaitan mangsa.
Impak kecederaan kepada Pekerja – pilih dari senarai pilihan impak kecederaan yang dialami oleh mangsa terhadap dirinya
Impak kecederaaan pada pekerjaan - pilih dari senarai pilihan impak kecederaan yang dialami oleh mangsa terhadap operasi kerja / pekerjaan
Sekiranya mangsa yang terlibat dalam kemalangan adalah lebih daripada seorang. Pengguna boleh memilih / klik butang ‘Mangsa seterusnya’
Sekiranya nama mangsa tidak terdapat dalam senarai pekerja, pengguna bleh memilih / klik butang ‘tambah mangsa tiada dalam senarai nama pekerja’.
Tetapi pengguna perlu mengisi semula data jika menggunakan pilihan ini.
Sulit Unit Pencegahan Insiden Dan Pematuhan Perundangan HSE Mukasurat -
10
Langkah 7: Seterusnya masukkan rekod pada bahagian “Kos Kerugian”.Lengkapkan medan Kos Perubatan, Kos Operasi, Kos Pembaikan, Kos Pengurusan, Kos Lain-lain yang berkaitan dan Remark.
Langkah 8: Seterusnya, sekiranya terdapat lampiran yang perlu disertakan, masukkan pada bahagian “Muat Naik Lampiran”. Klik butang “Choose file” untuk memilih lampiran. Klik butang Simpan setelah selesai memilih lampiran dan untuk menyimpan rekod.
Selepas Klik butang “Simpan” Pengguna perlu melengkapkan maklumat; 1. Rawatan yang di terima mangsa akibat kecederaan
2. Kecederaan yang dialami mangsa
Selepas klik butang “Daftar maklumat kecederaan”. Pilih dari senarai pilihan (drop list); jenis kecederaan yang dialami, bahagian badan dan anggota tubuh yang terkesan dan sebarang catatan berkaitan. Seterusnya klik butang simpan. Pengguna boleh menambah maklumat kecederaan yang lain sekiranya mengalami lebih dari 1 kecederaan.
Setelah selesai mendaftar maklumat kecederaan mangsa, klik butang ‘selesai daftar kecederaan’ untuk kembali ke paparan sebelumnya
Sulit Unit Pencegahan Insiden Dan Pematuhan Perundangan HSE Mukasurat -
12
Selepas klik butang “Daftar maklumat kecederaan” di paparan senarai mangsa, pengguna perlu mendaftar masuk maklumat rawatan yang telah diberikan kepada mangsa; Nama klinik / hospital yang merawat, Alamat klinik / hospital dan bentuk rawatan yang diterima.2.0 Melihat senarai rekod notifikasi kemalangan
Berikut memaparkan langkah-langkah untuk melihat senarai rekod notifikasi kemalangan :
Langkah 1: Klik Menu “Notifikasi Kemalangan” pada bahagian kiri laman.
Sulit Unit Pencegahan Insiden Dan Pematuhan Perundangan HSE Mukasurat -
14
Langkah 3: Paparan seperti gambarajah dibawah akan terpapar.3.0 Carian rekod notifikasi kemalangan
Berikut memaparkan langkah-langkah untuk membuat carian rekod notifikasi kemalangan :
Langkah 1: Klik Menu “Notifikasi Kemalangan” pada bahagian kiri laman. Langkah 2: Klik Sub Menu “Senarai Rekod”.
Sulit Unit Pencegahan Insiden Dan Pematuhan Perundangan HSE Mukasurat -
16
Langkah 3: Paparan seperti gambarajah dibawah akan terpapar. Masukkanmaklumat carian dan klik butang “Carian”.
Langkah 4: Paparan seperti ini gambarajah dibawah akan terpapar. Senarai ini akan terpapar mengikut maklumat carian yang telah dimasukkan.
4.0 Melihat butiran rekod notifikasi kemalangan
Berikut memaparkan langkah-langkah untuk melihat rekod notifikasi kemalangan :
Langkah 1: Klik Menu “Notifikasi Kemalangan” pada bahagian kiri laman.
Sulit Unit Pencegahan Insiden Dan Pematuhan Perundangan HSE Mukasurat -
18
Langkah 3: Paparan seperti gambarajah dibawah akan terpapar. Klik butangSulit Unit Pencegahan Insiden Dan Pematuhan Perundangan HSE Mukasurat -
20
5.0 Kemaskini rekod notifikasi kemalanganBerikut memaparkan langkah-langkah untuk mengemaskini rekod notifikasi kemalangan :
Langkah 1: Klik Menu “Notifikasi Kemalangan” pada bahagian kiri laman. Langkah 2: Klik Sub Menu “Senarai Rekod”.
Langkah 3: Paparan seperti gambarajah dibawah akan terpapar. Klik butang “Kemaskini”.
Langkah 4: Paparan seperti gambarajah dibawah akan dipaparkan. Pengguna boleh mula mengemaskini sebarang maklumat yang dikehendaki
Sulit Unit Pencegahan Insiden Dan Pematuhan Perundangan HSE Mukasurat -
22
Langkah 5: Setelah selesai mengemaskini, Klik butang “Senarai Rekod”.6.0 Memadam rekod notifikasi kemalangan
Berikut memaparkan langkah-langkah untuk memadam rekod notifikasi kemalangan :
Langkah 1: Klik Menu “Notifikasi Kemalangan” pada bahagian kiri laman. Langkah 2: Klik Sub Menu “Senarai Rekod”.
Langkah 3: Paparan seperti gambarajah dibawah akan terpapar. Klik butang “Hapus”.