• Tidak ada hasil yang ditemukan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Bismillahi Rahmani Rahim.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Bismillahi Rahmani Rahim."

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

TITAH

DULI YANG TERAMAT MULIA RAJA MUDA PERAK DARUL RIDZUAN

RAJA NAZRIN SHAH IBNI SULTAN AZLAN MUHIBBUDDIN SHAH DI PERSIDANGAN KE 161

MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT MELAYU PERAK TARIKH: 15 MEI 2008 (KHAMIS) JAM: 10.00 PAGI TEMPAT: BILIK MESYUARAT UTAMA, TINGKAT 5,

KOMPLEKS ISLAM DARUL RIDZUAN, IPOH

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh. Bismillahi Rahmani Rahim.

Segala puji milik Allah Subhanahu Wata’ala. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam, ahli keluarga dan para Sahabat Baginda serta kepada para Tabiin dan para ulama. Semoga memperoleh ihsan di hari kebangkitan.

2. Alhamdulillah, Beta bersyukur ke hadrat ILAHI kerana dengan rahmat, inayat dan izin Nya juga, Beta dapat berangkat untuk mempengerusikan Persidangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak Kali Ke 161.

(2)

3. Beta mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Dato’ Ahmad Kamal bin Mohd. Sahid atas penganugerahan Darjah Dato’ Paduka Cura Si Manja Kini (DPCM) dan kepada Yang Setia DCP Dato’ Zulkifli bin Abdullah atas penganugerahan Darjah Dato’ Paduka Taming Sari (DPTS), bersempena ulang tahun keputeraan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan pada 19 April lalu.

4. Beta mengalu-alukan keahlian Yang Berhormat Tuan Haji Mohd. Zainuddin bin Mohd Yusof, Anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak atas kapasiti jawatan sebagai Pengerusi, Jawatankuasa Agama, Pendidikan Islam, Wanita dan Kebajikan Negeri Perak. Dalam hasrat memberi tumpuan kepada program pendidikan dan pembangunan modal insan, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan telah memberi perkenan melantik, Yang Berbahagia Profesor Dato’ Dr. Ansary Ahmed, Presiden/Ketua Eksekutif, Asia E University, Kuala Lumpur serta Tuan Haji Asad bin Awang, Pensyarah merangkap Penolong Ketua Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, Institut Perguruan Ipoh sebagai Ahli Majlis yang baru. Dalam usaha menjalin rangkaian kerja dengan Urus Setia Wilayah Ekonomi Koridor Utara ( Norther Corridor Economic Region-NCER) terutama dalam usaha mahu membangunkan prasarana pendidikan dan program pembangunan modal insan, Duli Yang Maha Mulia

(3)

Paduka Seri Sultan juga telah memberi perkenan melantik Yang Berbahagia Dato’ Seri Mohd Annuar bin Zaini, Ketua Urus Setia Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) sebagai anggota Majlis. Beta percaya pengalaman dan sumber yang berada di bawah kawalan setiap seorang dari mereka, akan dapat menambahkan khazanah

kepakaran untuk membantu Majlis meningkatkan prestasi

perkhidmatan yang lebih cemerlang. Majlis yang bersidang pada hari ini turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berhormat Dato’ Seri Diraja Mohamad Tajol Rosli bin Ghazali atas perkhidmatan yang telah beliau sumbangkan ketika menjadi anggota Majlis. Semoga khidmat bakti dan jasa murni beliau diterima oleh Allah Subhanahu Wata’ala sebagai amal soleh yang diberikan ganjaran dunia dan akhirat.

5. Dunia kini menghadapi dugaan yang amat mencabar. Harga sumber tenaga terutamanya harga minyak semakin hari semakin meningkat. Peningkatan harga minyak memberikan limpahan kesusahan yang secara langsung menjejaskan kehidupan manusia sejagat. Harga barangan dan harga perkhidmatan dijangka melambung naik. Lebih membimbangkan ia memberi kesan langsung kepada kos pengeluaran termasuk kos pengeluaran bahan makanan, kos perubatan, kos pakaian, kos binaan, kos pengangkutan dan pelbagai kos perkhidmatan.

(4)

6. Dunia yang menghadapi pertambahan penduduk dan kekurangan bekalan makanan akan mencetuskan keadaan tidak seimbang yang memungkinkan berlakunya kemelut ekonomi. Kadar inflasi yang tinggi boleh berlaku. Pekerjaan baru bukan sahaja tidak dapat diwujudkan malah dibimbangkan di kalangan mereka yang sedang bekerja berkemungkinan akan turut kehilangan kerja. Pengangguran, jenayah, penyakit, kesusahan dan penderitaan boleh meningkat; satu fenomena yang perlu dilihat secara serius, betapa memungkinkan keharmonian yang dinikmati pada hari ini akan menghadapi ancaman, betapa ketenteraman awam dan kestabilan politik akan terjejas; dan betapa dunia mungkin menuju ke satu anarki.

7. Pemikiran rakyat penting disediakan untuk menghadapi kemelut yang mungkin berlaku. Rakyat hendaklah disemai dengan budaya berjimat cermat. Rakyat perlu dididik supaya tidak membazir. Rakyat hendaklah dibimbing menghargai bahan makanan walau sekecil mana sekalipun. Rakyat wajar digalakkan mengambil tanggung jawab bersama dalam usaha menghasilkan bahan makanan.

8. Keadaan membimbangkan ini perlu ditafsirkan sebagai

peringatan ILAHI kepada umat yang mungkin telah banyak melakukan kezaliman kepada alam dan kezaliman sesama makhluk. Betapa sumber kekayaan dunia dan betapa akal fikiran yang diberikan telah

(5)

disalah gunakan untuk mencetus persengketaan – mencetus konflik – mencetus permusuhan – mencetus peperangan. Betapa banyak tamadun yang telah dileburkan; betapa sumber alam yang telah dimusnahkan, betapa juta liter darah yang telah ditumpahkan, betapa ribuan nyawa yang telah diragut. Tangisan warga tua, wanita lemah dan anak kecil yang bersih dari dosa tidak dihiraukan oleh manusia berhati kejam.

9. Demikian sifat sombong, sifat bongkak, sifat angkuh di kalangan mereka yang memiliki kuasa – dikalangan mereka yang memiliki sumber kekayaan – dikalangan mereka yang dianugerahkan sumber manusia berakal bijak; tetapi tidak memiliki roh kemanusiaan dan lompong dari segi kerohanian; lalu gagal menginsafi bahawa kuasa adalah satu amanah untuk membawa kebaikan, membina silaturahim, menyuburkan alam, memakmurkan dunia. Demikianlah pentingnya pengisian roh – pengisian nilai kemanusiaan yang amat perlu menjadi faktor pengimbang untuk menyemaikan sifat insaniah.

10. Beta berpandangan bahawa institusi agama dan para pemegang amanah yang bertanggung jawab menyemarakkan agama mempunyai tanggung jawab penting untuk membina insan berwajah manusia dan bersifat manusia; insan yang memiliki taqwa, insan yang memiliki keinsafan tinggi akan tanggung jawab kepada pencipta, kepada ibu

(6)

bapa, kepada keluarga, kepada masyarakat, kepada setiap makhluk ILAHI dan kepada alam.

11. Untuk itu institusi agama Islam dalam bentuk masjid dan surau, begitu juga maktab dan sekolah haruslah dijadikan pusat untuk membangunkan nilai-nilai insaniah sebagai pelengkap kepada ilmu dan kemahiran lain yang dipelajari. Institusi Agama Islam yang terdapat di negeri Perak Darul Ridzuan, terutamanya masjid dan surau hendaklah dijadikan tempat penyatuan bagi membina ukhuwah dan membina persaudaraan sesama insan. Masjid dan surau perlu dikawal dan ditegah dari menjadi tempat persengketaan sesama ummah.

12. Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak perlu bersifat tegas memastikan masjid dan surau bebas dari pengaruh mana-mana kumpulan yang mengamalkan fahaman sempit atau fahaman politik berparti. Betapa kehebatan Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, sebagai pusat penyatuan ummah dari pelbagai negara-pelbagai kaum; pelbagai budaya-pelbagai bahasa, pelbagai mazhab-pelbagai fahaman, namun disatukan oleh kalimah syahadah, berpenghulukan Rasul yang sama, berkiblatkan Kaabah yang sama, berpegang kitab yang sama. Demikian semangat Islam yang indah dan ukhuwah yang hidup, subur di Masjidil Haram dan di Masjid Nabawi terpancar dari

(7)

hati suci dan jiwa murni setiap insan yang menyedari akan taraf seorang hamba menghadapi Pencipta Yang Maha Agung. Adalah menjadi harapan Paduka Seri Ayahanda Beta, Duli Yang Maha Mulia, Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah, selaku Ketua Negeri dan Ketua Agama Islam untuk melihat berlakunya semangat silaturahim - semangat ukhuwah yang tinggi di kalangan rakyat Baginda; semoga suasana dan semangat yang berlaku di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi akan dapat dijadikan contoh teladan, dijelmakan di masjid-masjid dan di surau-surau di negeri Perak Darul Ridzuan.

13. Sedarilah, tempoh hayat manusia terlalu singkat untuk dibazirkan dengan bersengketa. Bumi dan negeri ini terlalu kecil untuk dijadikan medan berbalah. Bersatulah, berwaspadalah di kalangan kita sesama bangsa - sesama agama. Berpeganglah kepada semangat bahawa air adalah air, tidakkan putus walau dicencang. Sesungguhnya amat malang bagi generasi muda yang bakal mewarisi pusaka bangsa jika di hari muka mereka kehilangan khazanah yang selama hari ini berada dalam kendungan bangsanya. Bersatulah atas nama agama, bersatulah atas nama bangsa, bersatulah atas nama negara.

14. Semoga anugerah Allah Subhanahu Wata’ala yang sama-sama dinikmati hari ini, dikekalkan dan akan ditambah dengan sebaik-baik

(8)

dan sebesar-besar nikmat, serta dijauhkan dari dugaan yang tidak terdaya kita memikulnya.

15. Semoga mesyuarat Majlis kali ini dapat menghasilkan

rumusan-rumusan yang bermakna dalam hasrat dan usaha untuk

membangunkan umat dan institusi Islam. Beta menghargai pandangan, saranan, maklumat dan nasihat yang disembahkan kepada Beta.

Wabillahi Taufiq Walhidayah,

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Referensi

Dokumen terkait

Jadi ada perbedaan nilai siswa yang signifikan dalam pemahaman membaca sebelum dan sesudah diajarkan menggunakan strategi Self Monitoring Approach to Reading and Thinking

Banten; email: henri.algadri@yahoo.com.. Dalam hal ini, perlunya pembuktian dan pendokumentasian folklor agar keaslian folklor tersebut dapat diketahui dan terjaga. Di

Setelah menjelaskan nama-nama tulang penyusun sistem rangka, bagilah siswa menjadi beberapa kelompok (jumlah kelompok menyesuaikan dengan jumlah siswa). Kemudian

Keadilan komutatif lebih menguasai hubungan antara perseorangan khusus, sedangkan keadilan distributif terutama menguasai hubungan antara masyarakat (khususnya negara)

Alasan yang mendasar bahwa tidak adanya pengaruh dari transaksi pembelian pihak istimewa terhadap manajemen laba adalah dikarenakan perusahaan lebih meningkatkan transaksi

Syarat perkawinan adalah sesuatu yang ada dalam perkawinan, hanya saja jika salah satu dari syarat-syarat perkawinan tidak terpenuhi maka perkawinan itu menjadi

Same Size : mengatur node terpilih menjadi sama ukuran Same Position : mengatur node terpilih menjadi sama posisi Same Rotation : mengatur node terpilih menjadi sama rotasi

Dari penjelasan mengenai larangan pernikahan menurut Syara', baik yang terdapat di dalam al-Qur'an, al-Hadist maupun yurisprudensi hukum Islam lainnya dapat diketahui