• Tidak ada hasil yang ditemukan

HELAIAN PENDEDAHAN PRODUK

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "HELAIAN PENDEDAHAN PRODUK"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

 

HELAIAN PENDEDAHAN PRODUK

Sila baca Helaian Pendedahan Produk ini sebelum anda

membuat keputusan untuk mengambil atau memohon Kad Debit-i Bank Rakyat.

BANK RAKYAT KAD DEBIT-i BANK RAKYAT

Tarikh : 1 Apakah itu produk Kad Debit-i Bank Rakyat?

a) Kad Debit-i Bank Rakyat (selepas ini dinyatakan sebagai Kad Orchid) adalah kad debit berlandaskan Syariah, yang ditawarkan kepada setiap pelanggan yang mempunyai akaun simpanan individu di Bank Rakyat. b) Kad Orchid ini merupakan satu instrumen pembayaran yang membolehkan pembelian barangan dan/atau

perkhidmatan Patuh Syariah di semua premis saudagar yang menerima urusniaga MasterCard dan juga membolehkan anda mengeluarkan wang tunai menerusi Mesin Teler Automatik (ATM) dan di kaunter Bank yang menyertai MasterCard.

c) Permohonan bagi mendapatkan Kad Orchid ini boleh dibuat terus di cawangan-cawangan Bank Rakyat di seluruh negara yang berhampiran dengan tempat anda.

2 Apakah konsep Syariah yang digunakan?

a) Konsep syariah yang digunakan adalah Konsep Wakalah Bil Ujrah.

b) Wakalah bermaksud, pelanggan sebagai Muwakkil bersetuju untuk mewakilkan Bank Rakyat sebagai wakil di dalam menyediakan kemudahan pembayaran di premis saudagar dan kemudahan pengeluaran wang tunai di mesin ATM. Sebagai imbalan terhadap perkhidmatan tersebut, Bank Rakyat akan menerima Ujrah/upah daripada bayaran Fi Perkhidmatan dan Yuran Tahunan oleh pelanggan.

3 Apa yang saya perolehi dari produk ini?

a) Kad Orchid ini boleh digunakan untuk pembelian runcit, transaksi secara online (internet) dan pengeluaran tunai di dalam/luar Negara dan diterima di semua premis saudagar yang terpilih yang menyertai MasterCard di seluruh dunia.

Nota: Kad Orchid ini tidak boleh digunakan untuk sebarang kegiatan atau tujuan yang bertentangan dengan prinsip Syariah sama ada secara langsung ataupun tidak langsung (sengaja/tidak sengaja).

b) Kelebihan Kad Orchid adalah seperti berikut :

• Pembukaan akaun simpanan dengan Bank Rakyat sebanyak minima RM200 • Tiada Yuran Perkhidmatan (Yuran Keahlian)

• Tiada fi pemprosesan

• Pengecualian Yuran Tahunan untuk tahun Pertama • Tiada fi untuk pengeluaran tunai di ATM Bank Rakyat

• Kad Orchid Bank Rakyat adalah berdasarkan tandatangan di mana untuk pembelian runcit di premis saudagar, anda tidak perlu memasukkan nombor PIN untuk tujuan pengesahan transaksi.

• Nombor PIN hanya diperlukan bagi transaksi pengeluaran tunai yang dilakukan di ATM.

• Had penggunaan harian kad yang tinggi (kombinasi pembelian runcit dan pengeluaran tunai) sehingga RM10,000 atau jumlah baki yang terdapat di dalam akaun simpanan, yang mana lebih rendah.

• Had harian pengeluaran tunai sebanyak RM3,000 atau pelanggan boleh memohon untuk had pengeluaran tunai maksima sehingga RM5,000.

c) Transaksi petrol di stesen minyak (terminal layan diri), hospital dan hotel, mungkin akan dikenakan amaun pra-guna (pre-use amount), tertakluk kepada ketetapan pihak saudagar.

4 Apakah itu amaun pra-guna?

a) Amaun guna adalah amaun transaksi atau satu jumlah yang ditetapkan oleh pihak saudagar. Amaun pra-guna tersebut akan dikembalikan setelah pemprosesan settlement diterima daripada pihak saudagar dan hanya amaun sebenar transaksi akan didebitkan daripada akaun simpanan anda.

b) Bagi transaksi petrol, amaun pra-guna sebanyak RM200 akan dicajkan ke dalam akaun Kad Orchid anda. Jumlah ini akan dikembalikan dan hanya jumlah isian petrol sebenar akan dicaj. Untuk mengelakkan pegangan amaun pra-guna, anda boleh membuat bayaran dengan menggunakan Kad Orchid di kaunter juruwang di stesen petrol yang terlibat.

c) Bagi transaksi di hotel dan hospital, amaun pra-guna akan dicaj semasa mendaftar masuk (bergantung kepada tempoh menetap) dan amaun sebenar akan diselaraskan setelah penyelesaian dibuat oleh pihak saudagar. 5 Apakah tanggungjawab saya?

a) Sebagai pemegang kad, anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa akaun simpanan anda di Bank Rakyat mempunyai wang yang mencukupi sebelum melakukan sebarang transaksi menggunakan Kad Orchid ini. b) Sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan kehilangan/kecurian Kad Orchid atau pendedahan

Nombor Pengenalan Peribadi (PIN) kepada sesiapa sahaja.

c) Sekiranya Kad Orchid anda hilang/dicuri, maklumkan kepada pihak Bank dengan SEGERA di talian 03-2692 4600 atau 03-2693 6880 sebaik sahaja anda menyedari bahawa Kad Orchid anda telah hilang/dicuri dan disusuli

(2)

dengan pengesahan bertulis, berserta laporan polis bagi memudahkan proses siasatan di pihak Bank.

d) Untuk tujuan keselamatan, bagi penggunaan di luar negara, anda perlu memaklumkan kepada Bank lebih awal dari tarikh perjalanan.

6 Apakah yuran dan caj yang perlu dibayar?

Bil Jenis Perkhidmatan Yuran dan Caj

1 Yuran Tahunan a) PERCUMA untuk Tahun Pertama

b) RM8.00* untuk tahun kedua dan seterusnya, sepanjang tempoh sah kad (yuran akan dikenakan pada setiap tarikh ulang tahun kad tersebut). 2 Pengeluaran Tunai di :

- ATM Bank Rakyat Tiada

- ATM Bank lain (Not-On-Us: Domestik) RM1* - Kaunter Bank lain (Not-On-Us: Domestik)

melalui rangkaian MasterCard

RM1* - ATM dan Kaunter Bank lain (di luar Malaysia) -

(Not-On-Us : International)

RM12*

3 Penggantian Kad RM12

4 Pertukaran urusniaga luar negara (% daripada jumlah penggunaan)

Earmark sebanyak 1.25% daripada amaun transaksi

(untuk kedua-dua transaksi pembelian runcit dan pengeluaran tunai) adalah dibenarkan di dalam operasi kad debit.

Nota :

i) Pihak Bank mengambilkira kadar earmark ini hanya bagi menampung turun naik kadar matawang semasa dan bagi mengelakkan sebarang kekurangan hasil pertukaran matawang asing pada hari pembilan. ii) Semasa pemprosesan settlement transaksi luar

negara tersebut, jumlah earmark ini akan dikembalikan dan amaun sebenar transaksi berdasarkan kadar pertukaran asing yang sebenar semasa pemprosesan settlement akan didebitkan daripada akaun simpanan pelanggan.

5 Salinan deraf jualan a) RM5.30 untuk setiap permintaan ke atas salinan deraf jualan

b) RM15.90 untuk setiap permintaan ke atas salinan asal deraf jualan

6 Salinan penyata transaksi Kad Orchid RM5.30

7 Pemprosesan Permohonan Tiada

Nota: a) Bank berhak untuk meminda yuran dan caj Kad Orchid Bank Rakyat yang dikenakan pada bila-bila masa setelah Bank memaklumkannya kepada pemegang kad dengan menggunakan saluran-saluran yang dianggap sesuai.

b) *6% GST ditanggung oleh Bank Rakyat

6 Bagaimana jika saya gagal melaksanakan tanggungjawab saya?

a) Kegagalan melaksanakan tanggungjawab dan langkah-langkah munasabah untuk menjaga Kad Orchid akan mengakibatkan Kad Orchid tersebut dicuri dan/atau digunakan tanpa kebenaran.

b) Jika anda gagal memaklumkan tentang kehilangan/kecurian Kad Orchid anda kepada pihak Bank, anda akan bertanggungjawab ke atas sebarang transaksi tidak sah melalui penggunaan kad anda.

c) Had tanggungan maksima pemegang kad untuk transaksi yang tidak sah yang telah dibuat sebelum pihak Bank menerima laporan mengenai kehilangan atau kecurian kad tersebut adalah terhad kepada RM250, dengan syarat pemegang kad tidak melakukan sebarang penipuan atau tidak gagal memaklumkan kepada Bank Rakyat dengan kadar segera sebaik sahaja mendapati kad tersebut hilang atau dicuri.

d) Liabiliti pemegang kad untuk kerugian boleh melebihi jumlah maksima RM250 jika pemegang kad didapati telah melakukan penipuan atau gagal memaklumkan kepada Bank Rakyat dengan kadar segera.

e) Sila rujuk Terma & Syarat Kad Orchid Bank Rakyat di bawah fasal 8.0 bagi klausa berkaitan Liabiliti Pemegang Kad.

7 Apakah risiko utama Kad Orchid yang perlu saya tanggung?

(3)

b) Pastikan anda tidak mendedahkan maklumat peribadi dan Kad Orchid anda melalui perbualan telefon atau melalui mana-mana saluran, kecuali anda telah mengenalpasti identiti pihak tersebut.

c) Simpan Kad Orchid anda di tempat yang selamat dan pastikan Nombor Pengenalan Peribadi (PIN) tidak disimpan bersama-sama Kad Orchid anda.

d) Jangan dedahkan maklumat Kad Orchid anda kepada pihak ketiga terutama maklumat CVV (3 angka di belakang kad) dan tarikh luput kad.

e) Pemegang Kad Orchid yang ingin menggunakan kad di luar negara, anda perlu memaklumkan kepada pihak Bank sebelum memulakan perjalanan ke luar negara bagi mengelakkan sebarang sekatan ke atas penggunaan kad tersebut.

f) Jika anda gagal mematuhi Terma & Syarat Kad Orchid, kami berhak menamatkan kad anda. 8 Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya terdapat perubahan maklumat saya?

a) Anda hendaklah menghubungi pihak Bank di nombor 03-2693 6880 (24 jam) dengan segera sekiranya terdapat sebarang perubahan alamat dan nombor telefon atau maklumat-maklumat lain bagi memastikan:

i) urusan surat-menyurat dapat disampaikan mengikut masa yang ditetapkan.

ii) sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) dihantar bagi tujuan pengesahan transaksi penggunaan internet. iii) sistem SMS dihantar kepada anda ketika melakukan transaksi online atau internet yang memerlukan

penggunaan One Time Password (OTP).

Nota : One Time Password (OTP) adalah ciri keselamatan tambahan yang lebih selesa dan selamat untuk melindungi pemegang Kad Orchid Bank Rakyat, ketika melaksanakan transaksi pembelian online atau internet dari laman sesawang saudagar yang dilengkapi dengan ciri-ciri kesalamatan 3D Secure. 9 Dimanakah saya boleh dapatkan maklumat lanjut tentang produk Kad Orchid ini?

a) Untuk maklumat lanjut mengenai produk Kad Orchid Bank Rakyat, sila rujuk risalah produk ini atau layari laman sesawang kami iaitu www.bankrakyat.com.my atau kunjungi mana-mana cawangan Bank Rakyat yang

berhampiran dengan tempat anda.

b) Sebarang cadangan dan pertanyaan anda boleh disalurkan ke: Pusat Kad Bank Rakyat : 03-2693 6880 (24 jam) Pusat Panggilan Bank Rakyat : 1-300-88-1BANK (12265)

(Isnin hingga Jumaat dari 7.30 pagi hingga 9.30 malam dan pada hari Ahad dari 8.30 pagi hingga 5.30 petang) c) Sebarang aduan boleh dilaporkan kepada :

Pusat Kad Bank Rakyat : 03-2693 6880 (24 jam)

03-2692 4600 (Kehilangan dan kecurian kad) Pusat Panggilan Bank Rakyat : 1-300-88-1BANK (12265)

atau,

menghantar aduan ke : Unit Biro Aduan Awam, Perkhidmatan Pelanggan,

Menara 1, Menara Kembar Bank Rakyat, No. 33, Jalan Travers

50470 Kuala Lumpur

atau e-mail ke aduan@bankrakyat.com.my

atau,

hubungi Bank Negara Malaysia LINK atau TELELINK di

: Block D, Bank Negara Malaysia, Jalan Dato’ Onn, 50480 Kuala Lumpur Tel : 1-300-88-5465

No. Faks : 03-2174 1515

e-mail : bnmtelelink@bnm.gov.my

d) Sewaktu berada di luar negara, sila laporkan kepada mana-mana bank pengeluar MasterCard atau MasterCard

Travel International Service Centre bagi mendapatkan bantuan.

10 Lain-lain Kad Debit-i Bank Rakyat:

• Kad Debit-i Co-Brand Bank Rakyat-KOB1M (Riders United) • Kad Debit-i Co-Brand Bank Rakyat-Kopenas

• Kad Debit-i Co-Brand Bank Rakyat-Tabung Haji

• Kad Debit-i Co-Brand Bank Rakyat-AIM (Kad Sahabat Ikhtiar Debit-i MasterCard)

(4)

PERINGATAN PENTING !

• PRODUK INI TELAH DILULUSKAN OLEH AHLI JAWATANKUASA SYARIAH PADA 04/11/2008.

• HELAIAN PENDEDAHAN PRODUK TELAH DIBACA, DIFAHAMI DAN DIPERSETUJUI OLEH PELANGGAN DAN

MESTILAH DITANDATANGANI OLEH PELANGGAN

Maklumat di risalah ini adalah sah bermula __________.

(5)

Referensi

Dokumen terkait

7.4 Kad Individu dan Kad Pemandu hanya boleh digunakan untuk pembelian bahan api kenderaan (petrol/ diesel/ gas) sahaja. Hanya Kad Pegawai Kenderaan sahaja yang boleh

nntnk membentuk suatu senyawa yang ber{Iluorosensi (El-Gindy et a1.,2001), sedangkan Paraskevas (2002) melakukan derivatisasi lisinopril dengan l-fluoro 2,4 dinitro-benzen

Pemegang Kad dan Pemegang(-Pemegang) Kad Tambahan masing-masing memberikuasa kepada Bank, samada sebelum atau selepas pemberhentian penggunaan Kad Kredit tersebut, untuk menahan wang

Untuk hasil dalam penelitian image enhancement dari citra screen capture CCTV dengan pengujian 10 citra screen capture CCTV dilakukan pada tahap citra dijadikan grayscale,

Berdasarkan orientasi arah pada sisi suatu graf, ada dua jenis graf yaitu graf tak-berarah (graf yang 1sisinya tidak mempunyai orientasi arah) dan graf berarah (graf

4 Hari Kamis, 4 Agustus 2016 saya kembali ke perpustakaan sekolah SMPN 1 Kemiri untuk melanjutkan pembedahan perpustakaan tersebut dengan merapikan semua koleksi

Puji dan syukur penulis panjatkan kepada Tuhan Yang Maha Esa atas penyertaan-Nya sehingga skripsi dengan judul ” Penerapan Model Pembelajaran Kooperatif Tipe

Salah satu usaha yang dapat dilakukan oleh guru untuk mengatasi persoalan yang telah disebutkan di atas adalah memilih suatu pendekatan, strategi, metode, atau model