M
alaysia Agriculture, Horticulture and Agrotourism Show atau MAHA merupakanacara dwitahunan yang diadakan dalam usaha kerajaan memartabatkan sektor pertanian dan menjadikannya pemacu ekonomi Negara.
Pertunjukan MAHA secara besar- besaran yang dianjurkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia ini bermatlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pembangunan pertanian dan industri berasaskan pertanian supaya dapat meningkatkan pengeluarkan pertanian dan membantu memperkembangkan industri pelancongan negara.
Melalui MAHA, pihak kerajaan, swasta, usahawan peladang dan mereka yang berminat akan menyaksikan inovasi dan teknologi terkini yang terdapat di pasaran antarabangsa untuk diaplikasikan/digunapakai bagi memesatkan dan mempertingkatkan lagi sektor pertanian negara ke tahap yang lebih komersial, berdaya maju dan dapat dibanggakan.
MAHA dijadikan sebagai “focal point” dan saluran untuk bertukar pendapat dan pandangan serta memberi pendedahan dan peluang perniagaan kepada pengusaha pertanian dan produk yang berasaskannya.
Di samping itu,
MAHA juga diharapkan
mampu membentuk hubungan dan sinergi
kepada sektor pertanian negara secara langsung dan ini akan dapat memberi manfaat kepada bidang pertanian dan pelancongan keseluruhannya. Dengan itu MAHA akan memberi semangat dan imej baru kepada sektor ini.
Tahun ini, tema perayaan MAHA 2006 ialah Pertanian
Adalah Perniagaan. Tema ini bersesuai dengan aspirasi
kerajaan yang mahu menjadikan sektor pertanian sebagai satu bidang perniagaan dengan memberi galakan pihak swasta menceburi dan melabur bagi memantapkan sektor tersebut sebagai langkah menghadapi persaingan sengit globalisasi perdagangan dunia.
Di samping itu MAHA 2006 disambut berteraskan konsep yang bertaraf global. Konsep tersebut ialah:
•
Sebagai landasan kepada pelabur memperkenalkan teknologi dan peluang pelaburan dalam sektor pertanian bertaraf antarabangsa.•
Menyediakan ruang kepada pelabur swasta dalam dan luar negara menyertainya.•
Mendedahkan kepada peladang mengenai teknologi terkini dalam sektor pertanian.•
Sebagai ruang untuk pertukaran idea danmenjalinkan kerjasama antara pengeluar dan pengguna produk, teknologi serta perkhidmatan dalam sektor pertanian.
Manakala objektif sambutan MAHA 2006 memberi penekanan terhadap fungsi sektor pertanian dalam memacu ekonomi peladang dan negara khususnya. Antara objektif MAHA 2006 ialah:
•
Meletakan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pembangunan pertanian dan industri berasaskan pertanian agar dapat menarik pelaburan swasta dalam dan luar negara.•
Menonjolkan pertanian sebagai satu kerjaya yang menjamin masa depan serta memberi keuntungan yang lumayan bagi menarik para usahawan dan genarasi muda.•
Sebagai medan pertemuan penjual dan pembeli, pencipta teknologi dan pembekal perkhidmatan sektor pertanian tempatan dan luar negara.•
Menjadi pusat informasi yang memberikanpendedahan berkaitan teknologi terkini kepada golongan sasar dalam memastikan teknologi mereka dapat meningkatkan hasil pengeluaran seterusnya menyumbang ke arah peningkatan pendapatan.
Selaras dengan konsep bertaraf global, sambutan MAHA tahun ini disertai pelbagai agensi kerajaan dan swasta dari luar negara yang mempamerkan perkembangan dan teknologi terkini dalam sektor pertanian. Penyertaan dari dalam negara melibatkan agensi kerajaan, kerajaan negeri, syarikat, usahawan, institut pengajian tinggi dan lain-lain lagi. Justeru itu, pameran yang diadakan akan mendedah dan memberi maklumat yang komprehensif lagi mendalam berkaitan dengan potensi dan peluang pelaburan dalam sektor pertanian serta yang berasaskannya. Maka, MAHA 2006 akan menjadi medan pertemuan pelabur dengan rakan kongsi, pembekal, pengedar produk dan teknologi berkaitan selain dapat membentuk rangkaian perniagaan yang diperlukan.
keunikan dan keindahan Malaysia serta destinasi pelancongan yang menarik untuk dilawati di Malaysia. Secara keseluruhan skop sambutan MAHA 2006 meliputi pelbagai kategori iaitu:
•
Pertanian•
Bioteknologi•
Hortikultur•
Agroturism•
Industri Ikan Hiasan•
Industri Herba•
Industri Makanan Halal•
Te k n o l o g i d a n p r o d u k b e r u n s u r k a n organik•
Amalan Pertanian Moden•
P r o d u k M a k a n a n S e g e r a d a n P r o d u k Sejuk BekuAntara kemuncak acara MAHA ialah sambutan H a r i P e l a d a n g , P e n t e r n a k d a n N e l a y a n Peringkat Kebangsaan (HPPNK). HPPNK kali Ke-32 adalah untuk memberi penghargaan dan p e n g i k t i r a f a n k e r a j a a n k e p a d a m a s y a r a k a t peladang, penternak dan nelayan di negara ini atas jasa bakti mereka dalam mengeluarkan makanan untuk negara.
M e n j a d i h a r a p a n k e r a j a a n a g a r M A H A d a n HPPNK 2006 ini menjadi satu landasan kepada jabatan/agensi untuk menilai prestasi terkini p e l a d a n g , p e n t e r n a k d a n n e l a y a n b a g i membolehkan semua pihak terlibat berusaha d e n g a n l e b i h p r o a k t i f d a n e f e k t i f d a l a m m e n i n g k a t d a n m e m o d e n s e k t o r p e r t a n i a n negara.
Di samping itu, para peladang, penternak dan nelayan serta pertubuhan dan persatuan mereka diharap dapat memanfaatkan peluang keemasan ini bagi mendapatkan pendedahan yang lebih meluas mengenai potensi dan peluang dalam sektor pertanian. Manakala para cendekiawan, penyelidik dan saintis pula berpeluang mempamerkan hasil-hasil penemuan R & D dan inovasi mereka.
Pameran MAHA tahun ini dibahagikan kepada tiga segmen utama iaitu pameran komiditi dan perkembangan industri, pameran hasil penyelidikan dan pameran produk asas tani. Pameran komoditi dan perkembangan industri akan menumpukan kepada beberapa sektor utama seperti sektor tanaman, perikanan dan ternakan serta agro pelancongan di samping jualan produk segar.
Pameran penyelidikan pula bertujuan memperkenal hasil penyelidikan luar dan tempatan dalam bidang pertanian. Pameran ini adalah langkah promosi dengan bertujuan untuk meningkatkan tahap pengkomersilan dan inovasi dalam bidang pertanian dan industri yang berasaskan pertanian.
Pameran produk industri asas tani yang dipertontonkan adalah selaras dengan hasrat kerajaan untuk mempelbagaikan industri hiliran. Penemuan produk baru yang berpotensi dalam bidang bioteknologi turut dipamerkan bagi menggalakkan penyertaan pihak swasta dalam subsektor tersebut.
Selain mempamerkan aspek-aspek pertanian, MAHA juga akan menonjolkan bidang pelancongan seperti
H
asrat ingin merubah kehidupan keluarga menjadikan Encik Jasmin bin Jasin, 48 tahun dari Taman Pengkalan Indah, Alor Gajah, Melaka menerokai bidang pertanian yang telah sebati dalam dirinya sejak kecil lagi.Minat dalam bidang pertanian timbul semasa menuntut di Institut Haiwan. Pemantauan terhadap bidang ternakan menjadikan beliau tertarik untuk mengusahakannya. Selepas menamatkan pengajian , beliau bekerja sebagai Juruteknik di Jabatan Haiwan Melaka. Bidang pertanian terutama ternakan yang telah sebati dengan jiwanya diusahakan secara sambilan.
Oleh kerana minat yang mendalam, beliau secara serius menceburi bidang pertanian selepas bersara pilihan pada tahun 1997. Kelebihan sebagai ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Alor Gajah memudahkan beliau mendapatkan khidmat nasihat dan bekalan input pertanian untuk kegunaan projek yang diusahakan.
Atas daya usaha yang dilakukan, beliau berjaya mengumpul modal bagi mengusahakan pelbagai projek berskala komersial. Bermodalkan wang sendiri melebihi RM1 juta yang dilaburkan secara
berperingkat, beliau mengusahakan pelbagai aktiviti pertanian dan bukan pertanian.
Aktiviti utama yang diusahakan ialah ternakan kambing dan lembu secara feedlot. Usaha tersebut dimulakan pada tahun 2000 di kawasan seluas 2.4 hektar milik sendiri dan sewa. Kambing dari jenis kaprima diternak untuk daging dan baka ternyata memberi pulangan menguntungkan.
Di samping itu tanaman sayuran seluas satu hektar dan tanaman mangga seluas 2.8 hektar turut dijalankan. Projek yang diusahakan turut diadaptasikan dengan teknologi terkini iaitu penggunaan baja kompos yang dihasilkan sendiri. Penghasilan baja kompos sebanyak 240 tan setahun turut diedarkan kepada pengusaha ladang dan dusun buah-buahan.
Tanah yang dimiliki turut ditanam dengan pokok getah. Berikutan harga getah yang tinggi pokok getah seluas 4 hektar memberi pulangan yang lumayan.
Dalam mempelbagaikan usaha di bidang pertanian, beliau turut mengusahakan tanaman kelapa sawit seluas 4.5 hektar. Manakala projek bukan pertanian yang diusahakan ialah jual beli ternakan, perkhidmatan penyediaan makanan dan sewa rumah kedai.
Di samping itu, beliau yang inginkan generasi muda berkecimpung dalam bidang pertanian telah mengadakan kursus dan latihan ternakan kepada lepasan sekolah dan IPTA.
Dalam memastikan aktiviti yang dijalankan sentiasa berdaya maju, satu syarikat yang dikenali sebagai Kaprima Livestock Sdn. Bhd. telah ditubuhkan bagi menguruskan kesemua aktivitinya. Syarikat ini diterajui sendiri bersama keluarga. Sehingga kini segala aktiviti pertanian dan bukan pertanian yang dijalankan telah menghasilkan isipadu perniagaan bernilai RM2 juta dengan keuntungan bersih RM350,000 setahun.
Meskipun banyak masa ditumpukan kepada projek-projek pertanian dan bukan pertanian, beliau aktif dalam aktiviti sosial dan kemasyarakatan, diantaranya sebagai:
•
Pegawai Penerangan UMNO Cawangan Sri Pengkalan.•
Pegawai Perhubungan RELA Sri Pengkalan.•
Pegawai Biro ekonomi dan IKS DUNRumbia.
•
AJK JKKK Pengkalan Alor Gajah.•
Dan Pengerusi PIBG Sri Pengkalan.Di atas kegigihan dan komitmen untuk memajukan diri, keluarga dan masyarakat beliau telah menerima anugerah Peladang Jaya Lelaki Peringkat Negeri Melaka Tahun 2004 dan Peladang Jaya Lelaki Peringkat Kebangsaan Tahun 2006. Beliau yakin pulangan lumayan akan diperolehi daripada aktiviti pertanian yang diusahakan adalah melalui perancangan teliti dan teratur.
K
emajuan sektor pertanian dengan sokongan teknologi moden membolehkan sesiapa saja mengusahakannya masa kini. Kemudahan yang ada dapat menarik minat golongan muda dan tua, wanita dan lelaki untuk turut menceburi bidang tersebut secara sepenuh masa atau sambilan.Bagi Puan Jamilah bte Ali Mohamed, 57 tahun, kemajuan teknologi dalam bidang pertanian pada masa kini digunakan sepenuhnya bagi meningkatkan hasil melalui projek pertanian yang dijalankan. Beliau yang telah 18 tahun menjadi ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sungai Siput Utara mengusahakan pelbagai projek pertanian secara komersial.
Untuk tujuan itu beliau telah mendirikan 3 buah reban menggunakan kaedah sistem tertutup di Kampung Temin. Projek yang dimulakan pada tahun 1998 ini menggunakan teknik bina kekal kerana reban yang didirikan diperbuat daripada besi dan boleh bertahan lama walaupun kos permulaan yang tinggi. Projek
ternakan ayam tersebut menghasilkan 52,000 ekor ayam sepusingan yang dipasarkan secara kontrak farming dengan Charoen Pokphand (CP) dan jualan ayam bersih melalui kedai memproses ayam yang mampu menghasilkan sehingga 36,000 ekor setahun.
Di samping mengusahakan ternakan ayam daging dan bagi mempelbagaikan projek, beliau juga turut mengusahakan ternakan ikan keli berdekatan kawasan ternakan ayam. Bagi memastikan usaha yang dijalankan terus berdaya maju, beliau turut melaksanakan satu inovasi baru dalam bidang tersebut dengan menternak menggunakan kolam simen. Sebanyak 9 buah kolam diusahakan secara berperingkat agar bekalan sentiasa diperolehi oleh pengguna.
Oleh kerana permintaan terhadap telur ayam kampung tinggi, Jamilah mengusahakannya secara konvensional dengan 200 ekor induk ayam di Kampung Temin. Disebabkan terdapatnya sumber baja organik yang dihasilkan melalui ternakan ayam, beliau gunakan untuk tanaman sayur-sayuran seperti cili, bendi dan kundur seluas 3 hektar di Kampung Bekut untuk pasaran tempatan. Bagi memaksimumkan penggunaan tanah, beliau juga
“Projek ternakan ayam tersebut menghasilkan 52,000 ekor ayam
sepusingan yang dipasarkan secara kontrak farming dengan Charoen
Pokphand (CP) dan jualan ayam bersih melalui kedai memproses ayam
yang mampu menghasilkan sehingga 36,000 ekor setahun.”
mengusahakan tanaman pisang intan secara integrasi dengan serai di kawasan seluas sehektar. Usaha tersebut ternyata memberi pulangan lumayan kepada beliau.
Bagi memudahkan pengendalian setiap projek yang diusahakan, Puan Jamilah dengan inisiatif keluarga menubuhkan syarikat JAAZ Enterprise Sdn. Bhd. dan diuruskan oleh anak beliau Jaazmani bin Aziz dengan 9 orang pekerja.
Daripada semua aktiviti yang dijalankan telah menghasilkan pendapatan bersih melebihi
RM300,000 setahun. Beliau juga telah berjaya mewujudkan peluang pekerjaan bagi penduduk setempat di mana seramai 16 orang pekerja tetap dan sambilan telah diambil bekerja. Di samping itu suami dan anak beliau turut membantu dalam pengurusan dan pemasaran.
Beliau yang telah mendapat pengiktirafan dengan memenangi Anugerah Usahawan Penternak Jaya Peringkat Daerah tahun 2004 dan Anugerah Peladang Jaya Wanita Peringkat Negeri Perak dan Kebangsaan tahun 2006, berhasrat mengembangkan projek pertanian yang sedia ada agar lebih berdaya maju.
P
englibatan kaum bumiputera khususnya Melayu dalam sektor pertanian secara komersial masa kini semakin ketara. Situasi ini mungkin disebabkan sokongan pihak kerajaan yang inginkan sektor ini berkembang seperti sektor lain.Sektor pertanian pada masa dahulu hanya diusahakan secara kecil-kecilan dan sebagai sara diri bagi menampung pendapatan. Bagi Zaidi bin Mohd Said, 38 tahun dari Kampung Batu 8.5 Bertam Ulu, Melaka membuktikan aktiviti pertanian sememangnya boleh dikomersialkan dan mampu menjanjikan pulangan lumayan jika diusahakan bersungguh-sungguh. Beliau yang mengusahakan pelbagai aktiviti pertanian merasakan sektor pertanian sebenarnya mempunyai tarikan tersendiri.
Setelah menamatkan alam persekolahan di tingkatan lima, beliau bekerja sebagai kerani Koperasi Jabatan Haiwan Negeri Melaka. Kerjaya beliau dalam bidang pertanian bermula setelah bersara pilihan pada tahun 1995.
Bermodalkan wang sendiri melebihi RM850,000, beliau mengusahakan pelbagai aktiviti pertanian dan bukan pertanian. Aktiviti utama yang diusahakan ialah jual beli ternakan ayam daging. Bekalan ayam diperolehi secara kontrak daripada penternak sekitar Melaka.
Usaha ini mampu memasarkan sehingga 438,000 ekor ayam setahun. Ayam turut
diproses dan diedarkan sendiri bagi mengelakkan penggantungan orang tengah. Pusat memproses ayam yang di miliki mampu menghasilkan 9,000 ekor ayam bersih sebulan untuk diedarkan sekitar negeri Melaka.
Dalam menyahut seruan kerajaan untuk m e n i n g k a t k a n pengeluaran makanan, beliau bertindak sebagai integrator ternakan lembu dan kambing.
Projek ini diusahakan atas tanah milik sendiri seluas 0.8 hektar di Paya Rumput.
Sebagai Integrator beliau mendapat bekalan ternakan lembu dan kambing daripada penternak tempatan. Ternakan tersebut akan di pelihara selama satu bulan dan kemudian diedarkan kepada pembeli untuk dipelihara semula sebagai induk atau disembelih untuk daging.
Memandangkan permintaan terhadap makanan semakin meningkat, beliau mengambil inisiatif menjadi pembekal makanan sejuk beku. Antara barangan sejuk beku yang dibekalkan ialah produk keluaran Ramli Burger, NEKMAT dan pelbagai produk berjenama tempatan.
Bagi menambah pendapatan, Zaidi turut menyediakan perkhidmatan bas kilang. Sebanyak 4 buah bas disewakan bagi mengangkut pekerja-pekerja kilang sekitar Melaka seperti:
•
Kilang Teac•
National Panasonic•
Dan AppetonAtas usaha yang dijalankan, beliau berjaya mewujudkan peluang pekerjaan bagi penduduk setempat di mana seramai 18 orang pekerja tetap dan sambilan telah diambil untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti tersebut.
Kemudahan pengangkutan yang dimiliki seperti empat buah lori dan van turut digunakan dalam urusan pengangkutan hasil ladang untuk pasaran.
Hasil daripada projek yang dijalankan, beliau memperolehi pendapatan bersih bernilai RM686,000 setahun atau purata RM57,000 sebulan. Atas daya usaha yang di lakukan dalam bidang pertanian, beliau telah dianugerahkan Peladang Muda Jaya Lelaki Peringkat Negeri Melaka pada tahun 2005 Peladang Muda Jaya Lelaki Peringkat Kebangsaan 2006.
Beliau yang aktif dalam aktiviti sosial dan kemasyarakatan membolehkan peluang pasaran baru diterokai melalui perjumpaan yang diadakan dan sehingga kini beliau masih menyimpan cita-cita untuk terus maju dibidang pertanian.
P
ertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Johor Baharu selatan, Johor merupakan pemenang bagi Anugerah Pertubuhan Peladang Jaya Kebangsaan 2006. Dengan keluasan pengendalian 731 km persegi dan terletak berhampiran Bandaraya Johor Bahru, PPK dengan 20 Unit Peladang mempunyai ahli seramai 1,692 orang dengan kebanyakkannya terlibat dalam bidang perniagaan dan pertanian. Jumlah saham ahli di PPK menjangkau RM572,694 manakala simpanan ahli berjumlah RM23,543.Diketuai oleh Tuan Haji Mohd Yusof bin Hassan dengan dibantu seramai 23 orang kakitangan mementingkan kualiti dalam merangka program berkaitan pertanian untuk kebajikan ahli.
Aktiviti utama yang dijalankan oleh PPK lebih kepada bidang pertanian. Ternakan ikan marin dalam enam buah kolam dan 200 sangkar merupakan projek utama
yang diusahakan oleh PPK. Projek yang diusahakan di Zon Akuakultur Gelang Patah turut melibatkan ahli seramai 50 orang. Oleh kerana kemudahan yang ada PPK juga turut mengusahakan Pusat Asuhan Benih Ikan dengan 10 buah kolam. Ternakan ikan yang menggunakan teknologi EM ini mampu mengeluarkan 100,000 ekor setahun.
Dalam usaha mempelbagaikan kegiatan ekonomi, PPK mengusahakan ladang ternakan ayam daging di Lembah Biotek Peladang, Sungai Lebak, Kota Tinggi. Sebanyak 12 buah reban beroperasi dengan kaedah sistem terbuka mampu menghasilkan 200,000 ekor ayam sepusingan. Dengan bekalan ayam yang terdapat PPK turut menjalankan aktiviti pemasaran ayam hidup. Sebanyak 2,000 ekor ayam dapat dipasarkan dalam sehari sekitar Johor Baharu.
Di samping itu, PPK juga menjalankan kegiatan p e n g e l u a r a n b o n g k a h c e n d a w a n y a n g t u r u t
“Ternakan ikan marin dalam
enam buah kolam dan 200 sangkar merupakan projek utama
yang diusahakan oleh PPK. Projek yang diusahakan di Zon
Akuakultur Gelang Patah turut melibatkan ahli seramai 50
orang.”
diusahakan di Lembah Biotek untuk diedarkan kepada pengusaha cendawan di negeri Johor. Bagi menampung kekurangan baja untuk kegunaan di sektor pertanian, PPK mendirikan kilang baja organik berdekatan dengan teknologi Effective Microorganisma.
Selain aktiviti pertanian, PPK juga aktif dengan aktiviti perkhidmatan bekalan ladang dan kerja kontrak. PPK juga turut menyewakan Fresh Mart yang dimiliki kepada peniaga. Tanah pertanian di bawah konsep Zon Pengeluaran Makanan dan Bumi Hijau yang dimiliki seluas 40 hektar yang terletak di Mukim Ulu Sedeli turut disewakan kepada pengusaha dan ahli.
Bagi memastikan kebajikan ahli terpelihara, PPK turut melaksanakan 10 Perkhidmatan Kepada Peladang yang membolehkan ahli mendapatkan sesuatu perkhidmatan bagi merancang dan melaksanakan sesuatu projek. Sehingga kini
bimbingan yang diberikan membolehkan seramai 194 orang usahawan berjaya diwujudkan.
Atas kecemerlangan yang ditunjukkan oleh PPK, pelbagai anugerah dan pengiktirafan telah diperolehi. Antara anugerah yang diperolehi ialah:
•
Anugerah Pertubuhan Peladang Jaya Peringkat Negeri Johor 2005.•
Peringkat Akhir Anugerah Kualiti Perdana Menteri (AKPM Sektor Sosioekonomi 2004.•
Anugerah Kualiti LPP 2002 dan 2004.•
Anugerah Projek Perdana Komoditi Ternakan. Semua projek yang diusahakan oleh PPK telah menghasilkan isipadu perniagaan bernilai RM10 juta pada tahun 2005. Berdasarkan kecemerlangan yang dicapai setakat ini, menjadi harapan PPK segala usaha yang dijalankan terus berdaya maju kerana selain dapat membangunkan PPK ia juga mampu mengubah taraf ekonomi ahli pada masa hadapan.Unit Peladang Kg. Bentong Jadi Contoh
U
nit Peladang Kampung Bentong, Kluang, Johor merupakan pemenang bagi Anugerah Unit Peladang Jaya Kebangsaan 2006. Unit Peladang kepada Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kluang Utara ini mempunyai ahli seramai 88 orang dengan kebanyakkannya pesara tentera dan sekarang terlibat dalam bidang pertanian.Diketuai oleh Encik Sugimon bin Haji Said sebagai Ketua Unit. Beliau yang juga Ahli Jemaah Pengarah PPK merangkap Ketua Kampung kerap berbincang dengan Encik Nordin bin Mohd Roslan, Pengurus Besar PPK bagi merangka program berkaitan pertanian untuk kebajikan ahli. Jumlah saham ahli di PPK menjangkau RM8,428 manakala simpanan ahli berjumlah RM4,321. Unit Peladang Kg. Bentong juga mempunyai asset bernilai RM500,000 berupa tanah pertanian dan bangunan.
Oleh kerana ahli unit terdiri daripada pesara dan kedudukan yang berdekatan dengan bandar, aktiviti utama yang dijalankan lebih kepada bidang pertanian
dan industri asas tani. Pelbagai tanaman sayuran seperti bendi dan keladi seluas sehektar diusahakan oleh ahli. Selain tanaman sayur-sayuran, seramai empat orang ahli mengusahakan tanaman nenas. Seluas 0.5 hektar tanah ditanam dengan nenas untuk pasaran sekitar bandar Kluang dan Johor Bahru.
Di samping itu, ahli Unit Peladang Kg. Bentong turut mengusahakan ternakan ayam daging, lembu feedlot dan kambing. Selain aktiviti pertanian, unit peladang ini juga aktif dengan pengeluaran berkaitan industri asas tani seperti pemprosesan mee kuning, popia goreng dan makanan ringan seperti kerepek.
Dalam mempelbagaikan aktiviti ahli dan mengelakkan penglibatan orang tengah, Unit Kg. Bentong terlibat dengan pemasaran kelapa sawit kerana kebanyakan tanah yang dimiliki oleh ahli diusahakan dengan tanaman tersebut.
Aktiviti pertanian dan bukan pertanian yang diusahakan melibatkan hampir kesemua ahli dan
dan menghasilkan isipadu keseluruhan bernilai RM1.5 juta setahun dengan keuntungan bersih melebihi RM1 juta.
Dalam usaha menambahkan pengetahuan dan mengelakkan pembaziran masa dengan aktiviti tak berfaedah sebuah e-desa yang berkonsepkan teknologi maklumat telah diwujudkan bagi membolehkan maklumat-maklumat serata dunia diperoleh dengan cepat dan mudah. Sebanyak 10 buah komputer sumbangan daripada Unit Perancang Ekonomi Negeri Johor (UPEN) telah ditempatkan di dewan orang ramai untuk kegunaan ahli dan anak-anak ahli serta masyarakat setempat.
Bagi memastikan kebajikan ahli terpelihara, Unit Peladang Kg. Bentong turut melaksanakan 10
P e r k h i d m a t a n U n t u k P e l a d a n g y a n g menjadikan PPK sebagai tempat rujukan. Atas k e c e m e r l a n g a n y a n g d i t u n j u k k a n o l e h u n i t , s e r a m a i 1 5 o r a n g u s a h a w a n t e l a h b e r j a y a diwujudkan sehingga kini. Unit Peladang Kg. B e n t o n g j u g a t e l a h m e m p e r o l e h i a n u g e r a h Unit Peladang Jaya Peringkat Negeri Johor pada tahun 2005 dan 2006.
Atas kecemerlangan yang dicapai setakat ini U n i t P e l a d a n g K g . B e n t o n g a k a n d a p a t menjadi unit peladang contoh di Negeri Johor kerana selain dapat membangunkan unit ia j u g a b e r j a y a m e n g u b a h t a r a f h i d u p m a s y a r a k a t k a m p u n g d i m a n a e k o n o m i k e s e m u a a h l i m e n c a p a i s a s a r a n y a n g membanggakan.
D
aerah Sik di Negeri Kedah merupakan daerah yang sedang membangun dengan projek-projek pertanian dan industri asas tani melalui sokongan kerajaan dan swasta.Menyedari bahawa Sik merupakan kawasan pertanian yang berpotensi tetapi menghadapi beberapa kekurangan termasuklah keadaan masyarakat tani setempat yang perlu pembelaan, maka pelbagai program pembangunan pertanian telah dibawa masuk oleh Kerajaan melalui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Sik dan semua jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berusaha untuk mengubah nasib masyarakat di daerah ini. Tanaman cili fertigasi yang dimulakan dalam tahun 2002 merupakan projek pertama yang dijalankan melalui pendekatan MOA Inc dan projek ini masih berjalan sehingga kini.
Kejayaan projek tanaman cili fertigasi telah meransang PPK Sik yang diketuai oleh Encik Mazlan bin Ahmad, sebagai Pengurus Besar dan dibantu oleh Pengurus Projek, Encik Shaffarin bin Abu Kasim dengan sokongan Ahli-ahli Jemaah Pengarah PPK untuk mengusahakan projek ternakan ayam kampung dengan penglibatan ahli.
Projek ternakan ayam kampung ini menggunakan peruntukan awal daripada Kementerian Kemajuan Luar Wilayah (KKLW) yang dijalankan di bawah program PPRT bagi meningkatkan pendapatan peserta melebihi garis kemiskinan. Projek ini dimulakan pada pertengahan tahun 2006 dengan penglibatan seramai 20 orang keluarga termiskin yang dipilih untuk menjayakan projek ini.
Di bawah konsep MOA Inc, PPK bertindak sebagai agensi pelaksana yang menguruskan pembinaan prasarana, bekalan anak ayam, makanan ayam dan pemasaran ayam. Manakala lain-lain agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani membantu dalam aspek teknikal dan latihan kepada peserta projek.
Projek ini merupakan perintis kepada ternakan ayam kampung dan telah berjaya mengwujudkan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Kejayaan projek akan menjadi pendorong kepada usahawan lain untuk menceburinya
Sebelum projek diusahakan peserta-peserta terlebih dahulu didedahkan kepada situasi sebenar melalui kursus dan latihan bagi meningkatkan pengetahuan serta kemahiran mereka menjalankan ternakan ayam kampung. Dengan cara ini juga pemindahan teknologi
16
Penaung
Y.Bhg. Dato’ Haji Abd. Rahim bin Haji Ahmad Penasihat
Y.Bhg. Tuan Haji Arpan Shah bin Satu Ketua Pengarang
Y.Bhg. Tuan Haji Abd. Nasir bin Haji Ismail Penyunting
Azizan bin Othman Rohman bin Jasmani
Edisi Internet
Haninah bte Abd. Rahman Diterbitkan Oleh:
Lembaga Pertubuhan Peladang,
Blok C Utara, Pusat Bandar Damansara, Bukit Damansara, 50990 Kuala Lumpur.
Grafik/Illustrator Rohman bin Jasmani Kamaruzzan bin Hanif
Berita Transformasi Elektronik boleh dilayari di http://www.lpp.gov.my
akan dapat disalurkan secara sistematik kepada peserta projek. Sementara itu, perjalanan projek dipantau secara berkala oleh pegawai dari Jabatan Perkhidmatan Haiwan.
Daripada 20 orang peserta yang dipilih menjalankan projek ini, 10 orang telah berjaya mengeluarkan hasil untuk jualan. Sehingga kini bilangan ayam yang diternak telah melebihi 10,000 ekor dengan kadar kematian yang direkodkan ialah 4.7 peratus. Ayam kampung akan dijual antara 2.5 bulan hingga 3 bulan apabila beratnya mencapai antara 1.2kg hingga 1.5kg.
Pasaran ditetapkan oleh PPK melalui jualan borong sebanyak 60 peratus, peruncitan 20 peratus dan ayam proses 20 peratus. Sehingga akhir bulan September 2006 sebanyak 4,440 ekor ayam telah berjaya dipasarkan yang menghasilkan 5,620 kilogram dengan nilai jualan RM 20,167.
PPK Sik proaktif dalam menjalankan pemasaran ayam. Pelbagai bentuk promosi sedang dan telah dijalankan bagi memastikan projek memberikan pulangan menguntungkan kepada peserta. Setiap bulan, lebih 200 ekor ayam proses telah berjaya dijual melalui kaedah jualan terus di hadapan pejabat LPP Negeri Kedah. Harga jualan yang ditetapkan ialah
RM7.00 bagi setiap kilogram dan sambutan amat menggalakkan.
Bagi pasaran yang lebih besar, PPK telah berjaya menembusi pasaran perhotelan. Sungai Petani Inn merupakan pembeli tetap ayam kampung PPK Sik dengan keperluan sebanyak 100 ekor seminggu. Dalam masa yang sama, PPK dalam proses perundingan untuk menjual ayam proses ke sebuah hotel di Negeri Perlis. Pembekalan yang berterusan pada masa yang diperlukan merupakan kunci kejayaan perniagaan antara PPK dengan agensi perhotelan ini.
PPK Sik kini bersedia untuk memperkukuhkan lagi aktiviti ternakan ayam kampung ini. PPK bercadang untuk menambah lagi bilangan penternak bagi meningkatkan pengeluaran di daerah ini kerana pengurusan PPK mempunyai keyakinan yang amat tinggi berdasarkan prestasi jualan semasa.
PPK Sik berharap projek ternakan ayam kampung ini akan diteruskan dalam jangka masa panjang dan seterusnya mengwujudkan lebih ramai penternak yang lebih berjaya. PPK mempunyai wawasan untuk melihat agar pelaksanaan projek ini akan memantapkan lagi keadaan ekonomi di Daerah Sik serta menjadi contoh kepada mereka yang berminat untuk mengusahakan projek yang sama.