• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sektor pertanian merupakan nadi terpenti

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Sektor pertanian merupakan nadi terpenti"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

Sektor pertanian merupakan nadi terpenting dalam membangunkan ekonomi negara. Berikan saranan anda tentang usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh pelbagai pihak untuk merancakkan industri pertanian negara ini.

Apabila direnungkan kembali kepada sejarah silam, negara bangsa yang bangun di wilayah Nusantara secara keseluruhannya berasaskan komuniti pertanian. Oleh hal yang demikian, sektor pertanian menjadi nadi dan jantung kepada masyarakat awal bukan sahaja di wilayah Nusantara malah di mana-mana peradaban manusia

terbentuk. Antara masyarakat maritim dengan agraria, masing-masing saling memerlukan. Walau bagaimanapun setelah berlaku revolusi dan penjanaan mental, manusia mula mengembangkan sayap kegiatan ekonomi dengan memasuki sektor industri. Kerencaman pelbagai strata hidup akhirnya membentuk suatu pola baru, iaitu masyarakat multiekonomi. Akhirnya, bidang pertanian telah ditinggalkan dan menjadi aktiviti sara diri terutama di wilayah yang tidak menerima pengaruh Revolusi Industri dari Barat sahaja.

Kini, setelah memasuki abad ke-21, Malaysia yang suatu ketika dahulu dikenal sebagai negara ekonomi tani konservatif mula mengorak langkah untuk menjadikan sektor pertanian sebagai sinergi atau enjin kedua untuk menggerakkan

pertumbuhan ekonomi negara. Usaha tersebut selaras dengan dasar kepemimpinan baru yang ditunjangi oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi. Sesungguhnya, gagasan dan wawasan kerajaan itu amatlah relevan pada masanya setelah negara terpaksa berbelanja melebihi RM15 bilion setahun untuk

mengimport barangan makanan. Walau bagaimanapun, sebelum sektor ekonomi tradisional ini dapat dilonjakkan semula ke taraf industri, banyak kerja yang harus dilaksanakan. Tidak dinafikan sektor ini boleh mencapai kualiti industri, namun usaha bersepadu semua pihak hendaklah digemblengkan lebih dahulu.

Peranan terpenting ialah peranan yang dimainkan oleh pihak kerajaan sendiri. Kerajaan hendaklah mempunyai polisi yang jelas dengan menggubal dasar pertanian negara. Dasar tersebut yang memberikan tumpuan khusus terhadap usaha membangunkan potensi pertanian hendaklah mendapat suntikan daripada dasar Tanah Negara yang lebih kondusif ke arah memajukan sektor pertanian. Langkah tersebut amatlah mustahak agar tanah-tanah milik kerajaan negeri dan swasta dapat dibangunkan untuk projek-projek pertanian berskala besar.

Penjenamaan semula Kementerian Pertanian dengan imej baru, iaitu Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menunjukkan bahawa kerajaan begitu komited untuk memajukan sektor pertanian. Selain penjenamaan semula, kementerian tersebut telah diletakkan di bawah jagaan menteri senior lagi berpengalaman, iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin. Kini setelah empat tahun, sektor pertanian kembali mendapat nafas baru dengan pelbagai insentif dan projek pertanian berskala besar mula beroperasi.

(2)

di Thailand dan di negara-negara maju telah lama menjadi kaya-raya hasil

pendapatan daripada bidang pertanian. Oleh itu, kursus-kursus yang berasaskan motivasi dan teknik memodenkan pertanian dan pengurusan ladang hendaklah dijalankan dengan lebih agresif oleh agensi kerajaan dan pihak swasta. Para petani yang sudah pasif dengan cara hidup tradisional perlu didedahkan dengan suatu gaya hidup baru. Mereka hendaklah dibawa melawat ke ladang-ladang pertanian di negara-negara maju untuk membuka minda. Selain itu, barangkali kita sudah lupa dan terbawa-bawa dengan sikap berat sebelah dengan hanya mengagung-agungkan golongan birokrat, teknokrat, dan korporat dalam memberikan apa-apa anugerah bertaraf negara. Dalam hal ini, golongan tani yang telah sekian lama bergelumang dengan peluh dan lumpur hendaklah diberi pengiktirafan dan anugerah bertaraf negara juga.

Selain mengubah pandangan golongan tani, usaha positif untuk memberikan nafas baru kepada bidang ini hendaklah dilakukan dengan cara merancang program pemasaran yang lebih intensif dan

efektif. Dalam dunia global kini, pemikiran bekerja secara secukup hidup hendaklah ditukar kepada kegiatan komersial yang lebih menguntungkan. Dengan cara ini, barulah paradigma mentaliti golongan tani dapat diubah kepada bertani untuk tujuan eksport. Sebelum operasi eksport dapat dijalankan, justeru usaha

mempertingkatkan kualiti produk perlu diutamakan. Semua pihak terutamanya agensi pertanian hendaklah meneruskan aktiviti R&D (penyelidikan dan

pembangunan) agar hasil keluaran pertanian negara mencapai kualiti yang ditetapkan oleh agensi pertanian antarabangsa. Usaha pelabelan “Malaysia Best” adalah sebahagian daripada usaha memberikan jaminan kualiti kepada hasil

keluaran pertanian negara. Langkah ini sudah pasti memberikan nafas baru kepada program pemasaran petani negara agar produk mereka dapat dipasarkan ke

pasaran global dan seterusnya meningkatkan hasil pendapatan mereka. Generasi muda adalah tenaga penggerak utama industri pertanian negara. Golongan ini haruslah direvolusikan minda mereka agar dapat melihat bahawa pertanian adalah sektor yang dapat mengangkat martabat mereka menjadi korporat muda. Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, kurangnya minat menceburi bidang pertanian khususnya dalam kalangan golongan muda amat berkait rapat dengan trend masyarakat kini yang sudah banyak beralih daripada ekonomi agraria kepada bidang perindustrian. Sikap masyarakat yang memandang tinggi terhadap kerja-kerja pejabat dan bidang kerja yang lebih profesional telah jauh

meninggalkan minat untuk berselimut dengan lumpur dan bermandi peluh.

Peralihan status tersebut menyebabkan bidang pertanian dianggap sebagai aktiviti kuno dan hanya layak diusahakan oleh golongan yang tidak berilmu dan golongan daif yang tinggal di hujung-hujung kampung. Oleh itu, suatu revolusi mental untuk menganjak paradigma remaja untuk menceburi sektor pertanian hendaklah

(3)

Bak kata pujangga Aminuddin Baki, “Ayam dikepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan”. Kiasan tersebut memberikan tamparan pedas bahawa apa-apa bidang sekalipun jika tidak diusahakan dengan segala ikhtiar dan kebijaksanaan, kita tidak akan dapat mengubah corak hidup termasuklah segelintir golongan tani yang masih berfikiran jumud. Sesungguhnya, sektor pertanian menjanjikan harapan yang cerah untuk menjanakan semula ekonomi negara yang selama ini terlalu bergantung pada industri pembuatan dan petroleum.

Ketika mengharungi arus globalisasi dan modenisasi, negara kita telah mengalami pembangunan yang pesat, terutamanya dalam sektor perindustrian. Rentetan daripada itu, sektor pertanian dan industri asas tani telah dikesisikan dalam arus pembangunan sejak 1980-an. Bagaimanapun di bawah Misi Nasional, kerajaan telah meningkatkan kedudukan sektor ini semula dalam pelan pembangunan negara kita iaitu Rancangan Malaysia Kesembilan. Hal ini demikian kerana ketika dilanda kegawatan ekonomi pada tahun 1997 dan 1998, minyak kelapa sawit bertindak sebagai “penyelamat” ekonomi negara kita. Selain itu kerajaan juga mendapati bahawa negara kita memperuntukkan berbilion-bilion ringgit untuk mengimport makanan sehingga meningkatkan defisit ekonomi negara.

Sesungguhnya, banyak makanan dapat dihasilkan di negara kita melalui sektor pertanian ini.

Pelbagai langkah boleh diambil untuk memajukan sektor pertanian dan industri asas tani di Negara Malaysia supaya sektor ini menjadi sektor yang moden dan berdaya saing. Antaranya ialah peranan Kementerian Pertanian dan sektor swasta. Langkah-lagkah yang boleh dibuat oleh pihak Kementerian Pertanian dan sektor swasta ialah dengan menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D) terhadap sektor pertanian kita. Jurusan Pertanian di pusat-pusat Pengajian Tinggi (IPT) dan pakar pertanian perlu berkomitmen untuk mengkaji penggunaan ilmu sains dan teknologi dalam sektor pertanian dan industri asas tani. Mereka perlulah

memastikan bahawa industri hilir dalam pertanian dapat dimajukan untuk

meningkatkan pendapatan kaum petani seperti lada dapat dijadikan sos cili, ubat pelangsing dan ubat kesakitan sendi. Sengkuang telah diproses sebagai bahan kosmetik dan sebagainya. Hal ini selaras dengan peribahasa Melayu, “di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.” Pegawai Kementerian Pertanian terutamanya Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) sewajarnya menawarkan bengkel atau kursus untuk memberikan khidmat nasihat serta membekalkan baka benih yang bermutu kepada petani kita dengan menggunakan bioteknologi yang canggih.

Hadirin yang dihormati,

(4)

disediakan oleh bank, terutamanya Bank Agro yang menyediakan pinjaman bagi pekebun kecil. Dengan modal yang mencukupi, pekebun kita akan dapat membeli mesin yang canggih dan bahan racun serangga serta baja kimia untuk menjalankan pertanian mereka. Sebagai contoh, Bank Agro telah menawarkan Modal Usahawan 1 Malaysia kepada petani kita untuk mengusahakan industri kecil dan sederhana (IKS) yang berasaskan pertanian. Bak kata peribahasa, “ada padi semua kerja jadi; ada beras semua kerja deras,” oleh itu, dengan bantuan pinjaman skim mikro, pekebun kecil kita dapat mengusahakankan pertanian atau penternakan secara komersial dan saintifik malah berupaya menjalankan IKS.

Selain itu, sistem pengagihan perlu disediakan oleh pihak yang

bertanggungjawab. Sistem pengagihan penting supaya kaum petani kita tidak lagi dianiayai oleh orang tengah yang bersikap tamak haloba. Penubuhan koperasi peladang digalakkan untuk memainkan peranan sebagai pemborong dan pembekal kepada para petani. Petani kita juga digalakkan menyertai Pasar Tani untuk

meningkatkan pendapatan mereka. Sehubungan dengan itu, pengguna juga dapat membeli hasil tanaman dan ternakan yang segar dengan harga yang berpatutan. Tindakan ini dapat memberikan manfaat kepada pihak petani dan pengguna. Selain daripada itu, pihak Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) harus mengaturkan strategi yang bersepadu dan bijaksana untuk menjamin pemasaran produk pertanian kita. Sistem pengagihan yang teratur dapat memantapkan harga produk pertanian. Antaranya Kementerian Kebudayaan telah mengadakan laman web tentang harga borong produk pertanian supaya kaum petani tidak lagi ditipu oleh pemborong yang tidak bertanggungjawab.

Untuk memajukan sektor pertanian, kaum petani kita perlu memiliki prakarsa untuk membuat perubahan atau sedia membuat reformasi terhadap sektor

pertanian. Jika kaum petani masih mengekalkan cara tradisional untuk

mengusahakan petanian, nescaya hasil pertanian mereka hanya sekadar sara diri dan mereka akan terus dibelenggu oleh kemiskinan. Bagi mengikut rentak

perkembangan industri, petani kita perlu menggunakan ilmu sains dan teknologi yang canggih demi meningkatkan produktiviti. Langkah ini dapat menjimatkan penggunaan tenaga dan meningkatkan hasil tanaman yang berkualiti dan berkuantiti. Sebagai contoh, ilmu genetik perlu digunakan untuk mencari baka benih yang dapat menjamin hasil tanaman yang bermutu, seperti penggunaan padi hibird dapat menjamin penghasilan padi yang banyak dan berkualiti. Secara

umumnya, kaum petani perlulah disuntik semangat transformasi dalam diri mereka menggunakan bioteknologi dalam sektor pertanian.

(5)

yang kusut. Hal ini bagai “menyelam sambil minum air”. Bagaimanapun, pakej agropelancongan perlu mendapat sokongan daripada Kementerian Pelancongan Malaysia, seperti menyeranaikan pengusaha agropelancongan yang beramanah dalam laman web kementerian berkenaan. Secara realitinya, inap desa semakin menarik perhatian pelancong domestik dan luar negara.

Hadirin yang budiman,

Sebagai kesimpulanya, sektor pertanian perlu mengalami revolusi supaya sektor ini menjadi sector yang moden dan berdaya saing. Pihak-pihak yang

Referensi

Dokumen terkait

banyak berdiri bangunan kolonial baik dalam kategori kawasan utama yang paling prioritas maupun kawasan lain baik kota maupun pedesaan yang dapat menjadi bahan pertimbangan

- Direktorat Statistik Kependudukan dan ketenagakerjaan - Direktorat Statistik Kesejahteraan Rakyat - Direktorat Statistik Ketahanan Sosial Laporan Monitoring Kinerja BPS

Pekerjaan Penyelesaian Properti “Nirwana Residence” diharapkan dapat terlaksana sesuai time schedule yang direncanakan, sehingga aspek legalitas menjadi sangat penting & perlu

Berdasarkan teori-teori yang diuraikan diatas, maka perpustakaan sekolah adalah perpustakaan yang ada di sekolah yang mengumpulkan, mengolah, dan memberi informasi baik

Interaksi dalam internal koalisi penguasa ini menjadi penting untuk memastikan ada pembelajaran dan pemahaman yang sama mengenai pilihan kebijakan antara pemerintah

1) Dalam putusan Pengadilan Negeri terdakwa dijatuhkan Hakim pidana selama 20 tahun penjara, yang dipertimbangkan dari hal-hal meringakan terdakwa dan bedasarkan

Pemberian pupuk organik yang berbeda berpengaruh nyata pada bobot kering umbi per sampel dan jumlah anakan umur 3 MST namun berpengaruh tidak nyata pada tinggi

PEDOMAN TEKNIS SARANA DAN PRASARANA BANGUNAN INSTALASI RAWAT INAP (UMUM) 15 (f) Ketentuan lebih lanjut mengenai tata cara perencanaan, pemasangan, dan. pemeliharaan sistem