MEMADANKAN PERIBAHASA (10 MARKAH)
Arahan: Setiap petikan ringkas di bawah ini menggambarkan maksud satu peribahasa. Padankan petikan tersebut dengan peribahasa yang paling sesuai daripada senarai yang diberikan. Kemudian, tulis nombor jawapan pilihan kamu itu di tempat kosong yang disediakan.
(1) buka pintu (2) tajam akal
(3) ayam tambatan (4) tumbuk rusuk
(5) bagai cembul dengan penutup (6) seperti air dalam kolam
(7) bagai lebah menghimpun madu (8) seperti menatang minyak yang
penuh
1 Danial selalu mengulang kaji pelajarannya. Sewaktu belajar, dia akan membuat nota
ringkas seperti peta minda, kad imbasan dan latih tubi. Dia melakukan perkara ini untuk meraih keputusan yang cemerlang.
2 Walaupun berdepan dengan pelajar-pelajar yang lemah dan kurang berdisiplin,
Cikgu Fahmi sentiasa bersikap sabar dan tenang memberi tunjuk ajar kepada pelajar-pelajarnya.
3 Pekerja-pekerja dalam syarikat Encik Gani amat gembira bekerja di situ. Encik Gani
seorang majikan yang selalu memberikan peluang untuk berunding jika berlaku permasalahan dalam syarikat tersebut.
4 Rakan-rakan sepasukan bimbang apabila mendapat tahu yang Halim, pemain
harapan dan handal dalam pasukan bola keranjang, menghidap penyakit demam denggi. Mereka berharap agar Halim dapat sembuh sebelum hari pertandingan.
5 Seorang ahli korporat dalam sektor teknologi infokom telah ditangkap polis kerana
disyaki memberi rasuah bernilai ribuan dolar kepada sebuah syarikat bagi mendapatkan tawaran perniagaan.
SOALAN JAWAPAN
1 2 3 4
MENGEDIT TEKS (10 MARKAH)
Arahan: Petikan yang berikut mengandungi lima patah perkataan yang telah digarisi kerana penggunaannya salah. Betulkan kesalahan tersebut dengan menggunakan imbuhan yang tepat atau menggantikan perkataan tersebut. Kemudian, tulis jawapan kamu di tempat kosong yang disediakan.
Plak gigi ialah enapan yang terbentuk pada permukaan gigi. Plak (6) berdiri daripada
campuran air liur, bakteria dan sisa makanan. Plak gigi boleh (7) menampal pada
permukaan gigi. Oleh sebab plak berada di luar badan manusia, bakteria yang terdapat
pada plak tidak terjejas (8) kerana antibiotik dan agen antikuman.
Bakteria kepada plak ini akan bertambah (9) terikut masa jika tidak dibersihkan.
Sebagai (10) cara pencegahan, kita dinasihatkan supaya memberus gigi dua kali sehari.
Kita juga boleh menggunakan flos dan alat pembersihan tambahan serta ubat kumur yang
disyorkan oleh doktor gigi.
SOALAN JAWAPAN 6 7 8 9 10 Markah yang diperoleh
KEFAHAMAN 1 (16 MARKAH)
Arahan: Baca petikan karangan di bawah ini dengan teliti.
Alam semesta mempunyai berjuta-juta bintang. Pada waktu malam, terdapat beberapa bintang yang membentuk corak tertentu di langit. Kumpulan bintang bercorak ini dinamakan sebagai buruj. Beberapa ratus tahun yang lalu, ahli astronomi menamakan corak ini berdasarkan bentuknya di langit.
Nama tersebut membantu manusia untuk mengingati bintang dan buruj yang dilihat pada malam hari. Buruj hanya boleh dilihat pada waktu malam kerana pada waktu siang hari, cahaya matahari terlalu terang dan menghalang manusia daripada melihat bintang yang lain.
Terdapat beberapa jenis buruj yang dikenali. Salah satu buruj popular ialah Buruj Belantik atau Orion yang dinamakan sempena nama pemburu Greek atau Yunani purba. Buruj yang menyerupai angka ini dapat dilihat dengan jelas seolah-olah buruj ini dilengkapi perisai dan pedang yang tergantung pada tali pinggangnya. Corak susunan bintang kelihatan seperti manusia yang memegang anak panah dan bersedia untuk menembak anak panah. Buruj Belantik boleh dilihat di langit malam dari bulan Disember hingga bulan Mac.
Buruj yang kedua ialah Buruj Biduk atau Ursa Major yang kelihatan antara bulan Mei hingga bulan Jun. Buruj ini digelar Buruj Biduk kerana kelihatan seperti gayung air. Buruj Biduk terdiri daripada tujuh bintang terang, iaitu tiga yang membentuk pemegang dan empat yang membentuk mangkuk.
Buruj Pari atau The Southern Cross ialah buruj yang mempunyai bintang yang paling besar yang sentiasa menunjuk ke arah selatan. Buruj Pari paling mudah dikenali dan dikenal pasti daripada buruj yang lain. Buruj Pari juga digunakan untuk menunjukkan arah selatan. Buruj ini boleh dilihat sepanjang tahun di bahagian selatan.
Arahan: Berdasarkan petikan karangan di halaman 3, jawab semua soalan yang berikut dengan menggunakan ayat kamu sendiri. Kemudian, tulis jawapan kamu di tempat kosong yang disediakan.
11 ‘Beberapa ratus tahun yang lalu, ahli astronomi menamakan corak ini berdasarkan
bentuknya di langit.’ (Perenggan 1) Perkataan ‘nya’ dalam ayat ini merujuk kepada _________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
(2 markah)
12 Perenggan kedua menekankan bahawa cahaya matahari yang terlalu terang pada
siang hari menyebabkan _____________________________________________
_________________________________________________________________ _________________________________________________________________ (2 markah) Markah yang diperoleh Markah yang diperoleh
13 Pilih tajuk yang paling sesuai bagi petikan di halaman 3. Kemudian, bubuh tanda () dalam petak yang disediakan di bawah ini bagi jawapan pilihan kamu itu. Berikan bukti untuk menunjukkan bahawa tajuk tersebut paling sesuai.
Mengenali Buruj
Satelit di ruang angkasa
_________________________________________________________________ _________________________________________________________________ _________________________________________________________________ _________________________________________________________________ _________________________________________________________________ (4 markah)
14 Berdasarkan petikan di halaman 3, nyatakan sama ada penerangan yang diberikan
di bawah ini betul atau salah. Kemudian, berikan buktinya.
Penerangan Betul/Salah Bukti
Buruj Belantik kelihatan sepanjang tahun.
Buruj Pari
mempunyai bintang yang paling kecil.
(4 markah) Markah yang
Bagi Soalan 15 dan 16, pilih perkataan dalam petikan di halaman 3 yang membawa maksud yang berikut.
15 merintangi (2 markah)
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
16 alat untuk menangkis senjata (2 markah)
_________________________________________________________________ _________________________________________________________________ Markah yang diperoleh Markah yang diperoleh
KEFAHAMAN 2 (24 MARKAH)
Arahan: Baca petikan karangan di bawah ini dengan teliti.
Musim durian sudah tiba. Dusun durian Datuk sudah tentu banyak hasilnya. Atan ke rumah datuknya. Kebetulan, datuk juga baru pulang dari dusun duriannya. Datuk mengatakan dia sudah menjual durian yang dipungutnya sejak malam tadi.
“Wah, banyaknya wang Datuk dapat!” bisik hati kecil Atan.
Atan melihat Datuk tersenyum lebar sehingga menampakkan barisan giginya yang masih penuh walaupun usianya menjangkau 65 tahun. Sejak dia masih berkhidmat dengan Angkatan Tentera sehingga bersara, Datuk tidak pernah merokok. Tubuhnya yang masih tegap membuatkan Atan kagum akan datuknya.
“Malam ini, kamu temankan Datuk tunggu durian, ya?” tiba-tiba Datuk bersuara. Atan menganggukkan kepalanya tanda setuju. Memang niat Atan hendak mencari pengalaman menunggu durian di pondok datuk itu. Menjelang malam, Atan dan datuknya bersiap sedia dengan bekalan makanan dan minuman untuk dibawa ke pondok itu. Hampir 20 minit membonceng motosikal Datuk, akhirnya mereka sampai di dusun datuk. Suasana malam yang gelap menyulitkan pandangan Atan.
Atan mula berasa seram sejuk. Dia tidak berani berjauhan daripada datuknya. Ke mana Datuk pergi, Atan pasti mengekorinya. Sebelum menuju ke pondok, Datuk membawa Atan mengelilingi dusun duriannya untuk mencari durian yang sudah gugur. Atan membantu Datuk memungut durian-durian itu untuk dibawa ke pondok.
Malam kian larut. Sesekali telinga Atan menangkap bunyi salakan anjing yang sayup dan mendayu-dayu. Bulu roma Atan tegak berdiri. Dia menoleh ke arah datuk.
“Ah, sekejap sahaja Datuk sudah terlelap!” bisik hati Atan.
Dengkuran Datuk menemani keheningan malam di pondok itu. Atan memandang ke arah pintu. Dia berasa seolah-olah ada makhluk yang berwajah hodoh mengintai dari balik pintu itu. Tanpa disedari, Atan menjerit sekuat-kuat hati kerana terlalu takut. Datuk yang terkejut bingkas bangun lalu bertanya kepada Atan apa yang telah berlaku.
ARAHAN: Berdasarkan petikan karangan di halaman 7, jawab semua soalan yang berikut dengan menggunakan ayat kamu sendiri. Kemudian, tulis jawapan kamu itu di tempat kosong yang disediakan.
17 Apakah pekerjaan Datuk sekarang? (2 markah)
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
18 Berikan dua bukti yang menunjukkan bahawa Datuk masih sihat walaupun dia
sudah berumur. (4 markah)
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
_________________________________________________________________
19 Bagaimanakah Atan dan datuknya pergi ke pondok durian?
(2 markah) _________________________________________________________________ _________________________________________________________________ _________________________________________________________________ _________________________________________________________________ Markah yang diperoleh Markah yang diperoleh Markah yang diperoleh
20 Sebutkan dua perkara yang dilakukan sebelum menuju ke pondok durian. (4 markah) ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________
21 Berikan dua sebab bulu roma Atan berdiri ketika berada di pondok durian. (4 markah)
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
______________________________________________________________
22 ‘Dengkuran Datuk menemani keheningan malam di pondok itu.’ Jelaskan
maksud ayat ini.
(4 markah) ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ Markah yang diperoleh Markah yang diperoleh
23 Berdasarkan petikan karangan di halaman 7, berikan maksud perkataan dan frasa yang berikut.
(i) tegap (2 markah)
______________________________________________________________
______________________________________________________________
(ii) menyulitkan pandangan (2 markah)
______________________________________________________________
______________________________________________________________
Selesai
Name of setter: Mdm Lina Julianna
Markah yang diperoleh