• Tidak ada hasil yang ditemukan

Kajian populasi Rafflesia pricei Meijer (Rafflesiaceae) di Hutan Simpan Rafflesia, Tambunan, Sabah,

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Kajian populasi Rafflesia pricei Meijer (Rafflesiaceae) di Hutan Simpan Rafflesia, Tambunan, Sabah,"

Copied!
28
0
0

Teks penuh

(1)KAlIAN POPULASI Raffiesia priceiMeijer (RAFFLESIACEAE) DI HUTAN SIMPAN RAFFLESIA, TAMBUNAN, SABAH, MALAYSIA. LEOWYU LEE t'Ei<IJU::il At\hA" MALAYSIA SABA~. 'Ii~~ 'JtI\SlTI. DISERTASI INI DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT MEMPEROLEHI I1AZAH SARlANA MUDA SAINS DENGAN KEPUlIAN. PROGRAM BIOLOGI PEMULIHARAAN FAKULTI SAINS DAN SUMBER ALAM UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 2015. UMS. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.

(2) UNIVERSITI MALAYSIA SABAH BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS. JUDUL:. SESI PENGAJIAN: 2o/At-/.loA". SAYA: (HURUF BESAR). Mengaku membenarkan tesis *(LPSM/SarjanalDoktor Falsafah) ini disimpan di Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah dengan syaratsyarat kegunaan seperti berikut:\.. 2. 3. 4.. Tesis adalah hakmilik Universiti Malaysia Sabah. Perpustakaan Universiti Malaysia Sabah dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian ~aja. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara instirusi pengajian tinggi. Sila tandakan (I). '--_---'I. SULIT. (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di AKT A RAHSIA RAS~lI 1972). '--_---'I. TERHAD. (Mengandungi maklumal TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasilbadan di mana Penyelidikan dijalankan). '-_--'I. TIDAK TERHAD. rERPUSlf\MAft. . '~l'J1=n~\i\ MM ~'(~,~ ~Il~.". . Dlsahkan. ~RUlAIN SINTI ISMAIL. ~A~. LIBRARIAN. (TANDATANGd~~~VSIA SABAH. Tarikh:_-:..;",-,-/~b...... boUL..eoC?":"'-_ _ __. Catatan :-. Tarikh:_--.;;:J=:2..:...~...:....,.:.....bJ,--='5:...-_ __. * Potong yang tidal< berkenaan. *Jika tesis ini SULIT atau TERRAD, sila lampirkan sural daripada pihak berku~organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali schab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT dan TERHAD. ~esis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah d.Jl1l Sarjana Secara penyelidikan atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan Laporan Projek Sarjana Muda (LPSM). PERPUSTAKAAN UMS. \1'1'1'~lI~~II'i'IIIII\1 *1000368769*. UMS. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.

(3) PENGAKUAN Saya akui tesis ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali petikan dan ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.. ~. LEOW YU LEE. (BS 12110295) 15 JUNE 2015. ii. UMS. UNIVEASITI MALAYSIA SABAH.

(4) DIPERAKUKAN OLEH. Tandatangan 1. PENYELIA. JULIUS KULIP (UMS PER :. 10101a~27S'1. P~IlSYI"h. EN. JULIUS KULIP. KInin ,,,'itut Biolo9i Tropikl din Ptmuuhlru Un,,, .... iti MI"V.il SllNh. 2. PENYELIA BERSAMA. PN. LUlZA MAJUAKIM. iii. UMS. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.

(5) PENGHARGAAN Saya berasa amat bersyukur atas kekuatan yang diberikan oleh Tuhan serta memudahkan segala urusan saya sepanjang proses menyiapkan kajian ini. PetunjukNya membolehkan saya menghadapi segala cabaran dan rintangan dengan hati yang tabah.. Saya ingin mengucapkan penghargaan dan beribuan terima kasih kepada penyelia projek saya, En. Julius Kulip dan penyelia bersama, Pn. Luiza Majuakim kerana sUdi member! tunjuk ajar, bimbingan dan nasihat yang berguna.. Seterusnya, saya ingin ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Jabatan Perhutanan Sabah yang sudi memberikan permit kepada saya untuk memasuki Hutan Simpan Raffiesia, Tambunan dan mengambil data sekunder Rafflesia. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Jabatan Perhutanan Sabah, Tambunan, Sabah yang memberi bantuan sepanjang proses mengambil data specimen terutamanya En. Paul Francis, Pn. Marijah Othman, En. Virus, En. Masik Galako dan En. Harry Abbie.. Penghargaan dan terima kasih mengucapkan kepada kedua-dua ibu bapa saya, Leow Hoot Leong dan Chin Kim Ooi kerana memberikan sokongan secara tidak langsung dari segi moral dan kewangan. Sokongan dan semangat dari keluarga merupakan tunjang kekuatan saya selama ini.. Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada rakan-rakan saya terutamanya Sandra Jaludin yang sentiasa sudi memberikan bantuan kepada saya. Tidak lupakan juga kepada kakitangan Institut Biologi Pemuliharaan (IBTP) terutamanya En. Jonny Gisil dan En. Boni Jaumin kerana membantu saya dalam menyiapkan kajian ini.. iv. UMS. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.

(6) ABSTRAK Kajian populasi Rafflesia pricei Meijer (Raffiesiaceae) telah dijalankan di Hutan Simpan Rafflesia, Tambunan, Sa bah, Malaysia pada Januari 201S. Kajian ini dilakukan dengan objektif untuk (1) menentukan kepadatan populasi Rafflesia price; di Hutan Simpan Raffiesia dan (2) mengetahui bilangan individu dan keadaan populasi R. pricei di Hutan Simpan Raffiesia. Kepadatan populasi dikaji dengan membina satu plot kudrat yang bersaiz SOm x SOm. Bilangan R. pricei yang berada dalam pelbagai peringkat pertumbuhan dikira satu demi satu dengan bantuan pembinaan 10m x 10m subplot. Kajian bagi mengetahui bilangan individu R. pricei dalam pelbagai kategori dijalankan dengan mendapat bantuan daripada data sekunder Jabatan Perhutanan Sabah, Tambunan. Antara maklumat yang digunakan daripada data sekunder hanya termasuk tiga plot Tetrastigma sahaja, iaitu 68, 69 dan 185 dari tahun 2012 hingga 2013. Data dianalisis dengan menggunakan formula bagi mengirakan kepadatan populasi. Kepadatan populasi R. pricel mencapai satu kilometer persegi meliputi ~ individu dan dianggarkan mencapai sebanyak 2~' ~: ~. dalam Hutan Simpan Raffiesia yang berkeluasan 356 hektar. Bilangan individu R. pricei bagi setiap bulan turun naik berterusan dalam tempoh masa antara tahun 2012 hingga 2013. Pengaruh utama yang menjejaskan bilangan individu dalam sesebuah populasi adalah kewujudan pemangsa dalam habitat.. Kata Kunci: Rafflesia pricei, Hutan Simpan Raffiesia, Tambunan, Kepadatan populasi, Kadar pertumbuhan. v. UMS. UNIVEASITI MALAYSIA SABAH.

(7) ABSTRACT Population studies on Rafflesia pricei Meijer (Rafflesiaceae) in Rafflesia Forest Reserve, Tambunan, Sabah, Malaysia.. This research was carried out to study the population of Rafflesia pricei Meijer (Raffiesiaceae) in Rafflesia Forest Reserve, Tambunan, Sabah, Malaysia in January 2015. The objectives to conduct this research are: (1) to determine the population density of R. pricei in Rafflesia Forest Reserve, Tambunan, and (2) to know the number and condition of R. pricei in Rafflesia Forest Reserve, Tambunan. For study of population density of Rafflesia a quadrat plot with Size of 50m x 50m had built. The total number of R. pricei were counted one by one with the help of subplot 10m x 10m to avoid miss counting. Secondary data was taken from Sabah Forestry Department, Tambunan to know about the number of buds and flowers appear in different categories. The data taken only involved three Tetrastigma plots which are plot 68, 69 and 185 from year 2012 until 2013. Data were analyzed with a formula specifies used to calculate the population density. As a result, the population density of R. pricei can achieve the total number of bJ in an area of one ~r . bl(·for. _~. -' and can estimate about 2.lIB of them appear in the Rafflesia Forest Reserve with 365 ha. While, the number of Rafflesia pricei found among January 2012 until December 2013 in those three Tetrastigma plots were increase and decrease continuously throughout the year. The mainly factor affect the number of R. pricei is due to the present of predators.. Key words: Rafflesia pricei, Rafflesia Forest Reserve, Tambunan, Population density, Growth rate. vi. UMS. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.

(8) lSI KANDUNGAN Muka Surat TAJUK PENGAKUAN. ii. DIPERAKUKAN OLEH. iii. PENGHARGMN. iv. ABSTRAK. v. ABSTRACT. vi. lSI KANDUNGAN. vii. SENARAI RAJAH. viii. SENARAI JADUAL. ix. SENARAI SIMBOL DAN ISTILAH. x. SENARAI GAM BAR. xi. BAB 1: PENDAHULUAN 1.1. Latar Belakang. 1. 1.2. Justifikasi. 3. 1.3. Objektif. 3. 1.4. Skop. 3. BAB 2: KAlIAN KEPUSTAKAAN. 2.1. Sejarah Penemuan Rafflesia. 4. 2.2. Morfologi Rafflesia. 5. 2.3. Perbezaan antara Bunga Jantan dan Betina Rafflesia. 9. vii. UMS. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.

(9) 2.4. Keadaan Bunga dalam Proses Perkembangan dan Kitaran. 11. Hidup Rafflesia 2.5. Pendebungaan dan Pembiakan Rafflesia. 12. 2.6. Cabaran Pertumbuhan Rafflesia. 14. 2.7. Ekologi dan Taburan Biogeografi Rafflesia. 15. 2.8. Tumbuhan Perumah Rafflesia. 16. 2.9. Manfaat Rafflesia. 17. 2.10. Status Konservasi Rafflesia (IUCN). 19. BAB 3: METODOLOGI. 3.1. Kawasan Kajian. 21. 3.2. Tapak Kajian. 23. 3.3. Persediaan Sebelum Kerja lapangan. 23. 3.4. Kaedah Kajian. 23. 3.4.1 Pembinaan Plot Kuadrat. 24. 3.4.2 Pemantauan di Plot Tetrastigma JPS. 24. 3.4.3 pengambilan Data R. pricei. 26. a. Pengambilan Data Kepadatan Semasa Populasi b. Pengambilan Data Sekunder. 26 27. 3.5. Masalah yang Dihadapi Semasa Menjalankan Kajian. 28. 3.6.. Ana !isis Data. 28. BAB 4: KEPUTUSAN. 4.1. Kepadatan Semasa Populasi Raff/esia pricei. 29. 4.2. Status Populasi Rafflesia price;. 32. viii. UMS. UNIVEASITI MALAYSIA SABAH.

(10) BAB 5: PERBINCANGAN. 5.1. Kepadatan Semasa Populasi Rafflesia price;. 38. 5.2. Status Popu lasi Rafflesia pricei. 39. 5.3. Faktor-faktor menjejaskan Bilangan R.pricei. 41. BAB 6: KESIMPULAN. 43. RUJUKAN. 4S. LAMPlRAN A. 49. LAMPlRAN B. 50. ix. UMS. UNIVEASITI MALAYSIA SABAH.

(11) SENARAI RAJAH Muka Surat. NO. Rajah 2.1. Morfologi bunga Rafffesia. 6. 2.2. Bunga Rafflesia pricei mempunyai ketuat putih yang jelas. 8. 2.3. a: Tegak dan b: lintang. Buah dan jaluran biji benih Rafflesia pricei.. 9. 2.4. Morfologi bunga betina dan jantan Rafflesia. 10. 3.1. a: Peta lokasi kawasan kajian, Hutan Simpan Rafflesia, Tambunan, Sabah. ; b: Lokasi titik pensampelan di Hutan Simpan Rafflesia. 22. 3.2. Plot yang bersaiz 50 m x SO m bersama plot Tetrastigma 68, 69 dan 185. 27. 4.1. Kumulatif bilangan individu R. priceimengikut kategori pertumbuhan dalam tempoh dua tahun (2012-2013).. 32. 4.2. Peratusan kategori pertumbuhan R. pricei di setiap plot Tetrastigma.. 33. 4.3. Peratusan jumlah populasi R. priceidalam status pertumbuhan yang berbeza dalam plot Tetrastigma 68, 69 dan 185.. 34. 4.4. Jumlah R. pricei dengan bilangan tunas rosak.. 35. 4.5. Bilangan tunas R. priceipada tahun 2012 hingga 2013.. 36. 4.6. Perbezaan bilangan tunas dalam populasi R. pricei dalam plot 68, 69 dan 185 dari tahun 2012 hingga 2013.. 37. )(. UMS. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.

(12) SENARAllADUAL Muka Surat. NO. Jadual. 4.1. Bilangan tunas Rafflesia priceiyang berada dalam status berbeza.. xi. 30. UMS. UNIVEASITI MALAYSIA SABAH.

(13) SENARAllADUAl Muka Surat. NO. Jadual. 4.1. Bilangan tunas Rafflesia priceiyang berada dalam status berbeza.. xi. 30. UMS. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.

(14) SENARAI GAMBAR Muka Surat. No. Gambar. 25. 3.1. a: Tanda kad bagi plot Tetrastigma. b: Tanda kad yang mengehadkan keluasan pemantauan pihak JPS, Tambunan. c: Tanda ID bagi setiap tunas Rafflesia.. 4.1. Rafflesia priceimekar ditemui masa kerja lapangan dijalankan di Hutan Simpan Rafflesia pada 21 Januari 2015. (a) Rafflesia priceiyang baru berkembang pada hari kedua. (b) Rafffesia priceiyang telah berkembang. 31. selama hari ke-enam dan sedang mengalami proses kematian.. 4.2. Bunga Rafflesia yang mati akibat dirosak oleh organisma (dalam bulatan merah). a) Tanda panah menunjuk kepada kelopak bunga Rafflesia yang telah dikoyakkan. b) Tanda-tanda gigit daripada perosak.. xii. 35. UMS. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.

(15) SENARAI SIMBOl, UNIT DAN SINGKATAN. %. Peratus. &. dan. =. Sarna dengan. em. Senti meter. km. Kilometer. m. Meter Keluasan. ha. Hektar. GPS. Sistern Penentududukan Global. 10. Pengenalan. N. Jumlah bilangan individu. r. Kadar pertumbuhan. t. masa. dN. Perubahan bilangan individu. dt. Perubahan masa Jumlah semua. <. Kurang daripada Anggaran. RIC. Pusat Informasi Rafflesia. KUIES. Ketua Unit Ekonomi, Industri & Statistik. VJR. Hutan Simpan Dara. JPS. Jabatan Perhutanan Sabah. IUCN. Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Sekitar. IBTP. Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan. UMS. Universitl Malaysia Sabah xiii. UMS. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.

(16) BAB 1. PENDAHULUAN. 1.1 Latar Belakang. Rafflesia (Raffiesiaceae) merupakan genus bunga yang terbesar di dunia yang mengeluarkan bau seperti daging busuk apabila mekar. Bunga ini adalah sejenis tumbuhan parasit obligat dan tidak mempunyai sifat yang boleh menjalankan proses fotosintesis. Ketiadaan klorofil atas sebab kehilangan genom plastid yang khas untuk menyerap cahaya matahari merupakan punca utama yang menyebabkan bunga ini kehilangan kemampuan untuk menjalankan proses fotosintesis (Molina et al., 2014).. Rafflesia bergantung kepada tumbuhan perumahnya, Tetrastigma sp. (Vitaceae), yang merupakan sejenis tumbuhan pemanjat (Barcelona et al., 2009). Rafflesia menyerap air dan nutrien daripada Tetrastigma sp. untuk meneruskan kehidupannya. Walaupun Rafflesia dikategorikan sebagai tumbuhan tetapi strukturnya berbeza daripada pokok-pokok lain. Struktur pokok tumbuhan ini tidak mempunyai daun, tangkai dan akar (Mat Salleh, 1991).. Rafflesia mempunyai banyak nama yang istimewa dan membawa maksud yang berlainan. Biasanya, Rafflesia dikenali sebagai bunga patma. Perkataan "patma" merupakan perkataan berasal daripada perkataan Sanskrit yang bererti teratai (Meijer, 1985) kerana Rafflesia kelihatan seperti bunga teratai apabila mekar. Bunga ini juga dikenali sebagai "Devil's Betel Box", "Sun Toadstool" da. s. UNIVERSITI MAlAYSIA SABAH.

(17) Corpse lily" dalam bahasa Inggeris (Nais, 2001). Oi Sabah pula, bunga Rafflesia dikenali dengan nama yang berlainan mengikut dialek penduduk tempatan. Contohnya, "Kekuanga" (Meijer, 1984; Nais, 1992), ''yak yak" (Mat Salleh & Latiff, 1989) dan "wusak-tombuakar"( Nais, 1992, 2001).. Keistimewaan bunga Rafflesia menyebabkan kewujudannya semakin digeman ramai. Kesukaan penduduk tempatan dan pelancong-pelancong dan luar negara telah membawa kesan-kesan negatif kepada populasi Rafflesia. Ancaman daripada aktiviti-aktiviti manusia telah menyebabkan populasi Rafflesia terdaftar dalam status "vulnerable" (V) pada tahun 1997 (Nais, 2001). Dengan mengetahui bilangan individu sesebuah populasi Rafflesia, kepadatan populasi tersebut juga dapat dikira (Akhriadi et aI., 2010). Kepadatan yang tinggi bermaksud peluang untuk menemui bunga Rafflesia adalah lebih tinggi. Status sesebuah populasi dapat dilihat melalui kepadatan populasinya. Oleh itu, melalui kajian kepadatan populasi Rafflesia pricei di Hutan Simpan Rafflesia, keadaan populasi Rafflesia pricei dapat diketahui dengan lebih teliti.. Kepadatan populasi akan meningkat jika keadaan sekeliling adalah sesuai untuk hidup malah keadaan yang kurang sesuai akan menyebabkan penurunan kepadatan sesebuah populasi (Susanti, 2012). Hal ini dapat dilihat melalui pertambahan atau pengurangan jumlah individu populasi. Rafflesia. Keadaan. sesebuah populasi akan sentiasa berubah mengikut masa. Kadar pertumbuhan populasi adalah saling berkaitan dengan kepadatannya (Vandermeer et aI., 2013). Pertambahan dalam populasi Rafflesla akan berlaku jika tumbuhnya tunas baru manakala pengurangan dalam populasi berlakunya dengan keadaan kematian tunas sebelum matang atau kematian bunga Rafflesia selepas mekar. Kewujudan populasi. Rafflesla pricei dalam sepanjang tahun dipercayai dapat menambah bilangan pelancong berkunjung ke Hutan Simpan Rafflesia, Tambunan, Sabah. Hal ini dijangkakan dapat membawa kesan yang baik dalam sektor pelancongan.. 2. UMS. UNIVEASITI MALAYSIA SABAH.

(18) 1.2 Justifikasi. Kajian kepadatan populasi Rafflesia pricei belum pernah dijalankan di Hutan Simpan Rafflesia, Tambunan mahupun di. Malaysia. Kegunaan hasil penyelidikan ini. dijangkakan dapat membuktikan bahawa bunga Rafflesia pricei di Hutan Simpan Rafflesia mempunyai kepadatan populasi yang tinggi. Selain itu, keadaan populasi. Rafflesia pricei dapat diketahui dan segi bilangan individu dalam berbagai peringkat pertumbuhan serta ancaman pertumbuhannya.. 1.3 Objektif. Objektif-objektif kajian ini adalah: I. II.. Menentukan kepadatan populasi Rafflesia pricei di Hutan Simpan Raffiesia. Mengetahui bilangan individu dan keadaan populasi Rafflesia pricei di Hutan Simpan Raffiesia.. 1.4 Skop. Skop yang pertama bagi kajian ini ialah pengiraan populasi Rafflesia hanya melibatkan plot-plot yang termasuk dalam plot yang bersaiz SO m X SO m sahaja. Bukan semua bunga Rafflesia yang ada di Hutan Simpan Raffiesia akan diambil kira. Skop yang kedua melibatkan data sekunder dan tahun 2012 hingga 2013 yang akan diperolehi dari Jabatan Perhutanan Sabah (JPS), Daerah Tambunan.. 3.

(19) BAB2. KAlIAN KEPUSTAKAAN. 2.1 Sejarah Penemuan Rafflesia. Bunga Rafflesia yang pertama telah ditemui oleh Louis Auguste Deschamps. Beliau merupakan seorang pakar bedah Perancis yang telah melibatkan dili dalam penerokaan di Jawa pada tahun 1791 hingga 1794. Penemuan beliau telah menjadi rujukan kepada Stamford Raffles dan Joseph Arnold yang berjaya menemui Rafflesia di Sumatera pada tahun 1818. Hal ini didapati telah menjadi asas pengenalan tumbuhan ini kepada dunia saintifik (Mat Salleh, 1991; Nais, 2001). Pakar penyelidik dan pakar tumbuh~tumbuhan menunjukkan minat serta mengambil berat terhadap pengenalan bunga Rafflesia kepada dunia. Antara mereka yang menunjukkan minat ialah Robert Brown dan William Jack yang telah memberikan nama kepada tumbuhan ini. Robert Brown menamakan bunga itu sebagai Rafflesia arnoldii manakala William Jack menamakannya sebagai Rafflesia titan. Penamaan ini akhimya dimenangi oleh Robert Brown kerana kertas kerja yang diterbitkan lebih kemas dengan kandungan yang jelas difahami. Tambahan pula, Robert Brown mendapat pengetahuan daripada penemuan pertama iaitu Deschamp terhadap spesimen yang diperoleh (Mat Salleh, 1991). Oleh sebab itu, spesies bunga Rafflesia yang pertama dijumpai dinamakan sebagai Rafffesia arnoldii.. UMS. UNIVEASITI MALAYSIA SABAH.

(20) Rafflesia pricei Meijer dinamakan sempena. nama Willian Price yang. merupakan orang pertama menemui spesies ini. Beliau berumur 82 tahun pada masa itu dan merupakan seorang pengumpul tumbuh-tumbuhan yang disanjungi oleh orang ramai. Beliau menemui Rafflesia pricei di sepanjang perjalanan ke Lombong Tembaga Mamut ( Mat Salleh, 1991).. Terdapat lebih daripada 28 jenis spesies Rafflesia yang telah digambarkan oleh ahli botani tetapi hanya 20 jenis spesies daripada 28 jenis spesies ini telah diiktiraf di dunia. Spesies yang telah dijumpai di Malaysia telah mencapai lapan jenis spesies (Mat Salleh et a/., 2006). Di Sabah, hanya terdapat tiga jenis spesies yang dijumpai iaitu Rafflesia keithii, Rafflesia tengku-ad/inii dan Rafflesia pricei (Nais, 2001).. 2.2 Morfologi Rafflesia. Rafflesia merupakan bunga yang bersaiz terbesar di dunia.. Bunga ini biasanya. berwarna merah atau jingga dan ini merupakan salah satu faktor tarikan pelancong. Warna bunga ini amat menonjol apabila berbanding dengan sekitar hutan yang dipenuhi dengan warna hijau dan perang yang berasal daripada daun dan batang pokok. Setiap spesies Rafflesia mempunyai keistimewaan masing-masing yang dapat melambangkannya. . Walaupun kelihatan spesies adalah hampir sama antara satu sama lain tetapi terdapat perbezaan dalam struktur bagi membezakan antara spesies seperti saiz "aperture" (Sofiyangti et a/., 2007), saiz bintil-bintil putih (Nais, 2001), saiz bunga dan bentuk bunga (Mat Salleh, 1991). Tambahan pula, morfologi struktur dalaman yang tidak mudah dilihat tanpa memerhati yang teliti merupakan salah satu ciri yang boleh membezakan antara species Rafflesia. Contohnya, saiz dan bentuk ramenta, bentuk tetingkap dan bilangan \\processus" (Nais, 2001).. 5.

(21) Biasanya, bunga Rafffesia mempunyai lima kelopak bunga (Rajah 2.1). Perbezaan. kelopak bunga. Rafffesia dengan bunga-bunga yang lain adalah. kelopaknya lebih tebal dan pennukaannya dipenuhi dengan bintil putih. Oi bahagian tengah bunga Rafflesia terdapat sebuah lubang besar yang dikenali sebagai "aperture". Struktur di bawah lubang "aperture" dikenali sebagai "column" (Mat Salleh, 1991). Oi atas permukaan "column" terdapat "processes" dan cakera. Oi tepi dinding "column" pula, terdapat tetingkap dan ramenta (Sofiyangti et al. 2007). Menurut Sofiyangti et al. (2007) morfologi dalaman merupakan morfologi dalam tiub perigon. Pada permukaan Rafflesia, struktur antara lubang dengan kelopak bunga ialah diafragma. Selain daripada kelopak bunga, bintil-bintil putih juga wujud pada permukaan diafragma (Nais, 2001).. Kelopak Bunga. Rajah 2.1: Morfologi bunga Rafflesia Sumber: Nais, 2001. 6. UMS. UNIVEASITI MALAYSIA SABAH.

(22) Bahagian morfologi Rafflesia yang dapat dilihat melalui mata kasar hanya bahagian bunganya sahaja malah bahagian yang menghubungi pokok perumahnya,. Tetrastigma sp. disembunyikan. Bahagian tersebut merupakan struktur yang berbentuk rerambut halus yang menembusi secara langsung ke dalam tisu perumahnya (Mat Salleh, 1991; Nais, 2001). Menurut Mat Salleh (1991), ancaman yang dibawakan oleh rerambut-rerambut ini terhadap pokok perumahnya tidak dapat dilihat dalam sekelip mata. Ancaman yang dibawa oleh bunga parasit ini kepada pokok perumahnya berlaku pada setiap masa, proses penyerapan nutrien-nutrien dan air daripada Tetrastigma sp. ini akan melemahkannya secara perlahan-Iahan (Nais, 2001; Akhriadi et al., 2010).. Bentuk biji Raff/esia biasanya berbentuk seperti buah berangan dan berwarna perang sebelum matang (Sofiyangti et aI., 2012). Bentuk ovul hampir sama dengan bentuk bijinya tetapi saiz bergantung kepada diameter bunga tersebut. Semakin besar diameter bunga Rafflesia, semakin besar saiz ovul dan debunganya. Sebelum matang, ovul Raff/esia berwama putih, berbentuk huruf J dan lekat pada plasenta secara tidak teratur (Sofiyangti et al., 2012). Permukaan debunga yang Iicin biasanya mempunyai satu liang sahaja. Oebunga akan bersebar secara banyak dan berkumpulan walaupun bentuknya berasal dari biji-biji serbuk. Hal ini disebabkan oleh "mush" kuning yang melekit bersambung biji-biji serbuk tersebut (Sofiyangti et. al., 2012).. Perbezaan Raff/esia pricei berbanding dengan spesies yang lain hanya terdapat beberapa sifat yang istimewa sahaja. Saiz bunga Raff/esia pricei bukan. Rafflesia yang terbesar di dunia, diameter bunga spesies ini berukuran antara 25 sm hingga 49 sm sahaja. Oi permukaan R. pricei terdapat binti-bintil putih yang lebih jelas dilihat berbanding dengan spesies-spesies yang lain. Bintil-bintil putih spesies ini lebih besar dan terang daripada permukaannya (Rajah 2.2). Saiz bintil-bintil putih berada dalam ukuran antara 1 sm hingga 4 sm panjang dengan permukaan "rugolose" (Beaman et al., 1988).. 7. UMS. UNIVEASITI MALAYSIA SABAH.

(23) Rajah 2.2: Bunga Rafflesia pricei mempunyai ketuat putih yang jelas. Sumber: Nais, 2001. Bahagian dalaman buah R. pricei terdapat biji benih yang belum matang. Sebelum matang biji benih itu berwarna krim dan akan menukar ke warna perang apabila sudah matang (Rajah 2.3). Jaluran-jaluran yang berwarna merah dan hitam merupakan bahagian-bahagian yang ada biji-biji benih Rafflesia (Nais, 2001).. 8. UMS. UNIVERSITI MA YSIA SABAH.

(24) Rajah 2.3: a: Tegak dan b: lintang. Buah dan jaluran biji benih Rafflesia pricei. Sumber: Nais, 2001.. 2.3. Perbezaan Antara Bunga lantan dan Betina Rafflesia. Berdasarkan jumlah bunga Rafflesia yang terdapat di Sabah, bunga betina terdiri daripada 12% malah yang selebihnya, 88% ialah bunga jantan (Nais, 2001). Bilangan bunga Rafflesia dalam jantina jantan atau betina adalah amat jauh berbeza antara satu sama lain. Peratusan kewujudan bunga dalam seks jantan terlalu tinggi berbanding dengan betina. Bagi R. pricei yang merupakan populasi yang paling luas sebaran di Borneo pula, peratusan kewujudan bunga betina adalah paling kurang berbanding dengan dua jenis spesies yang lain di Sabah. Nisbah antara bunga jantan dengan bunga betina R. pricei adalah 98:2 (Nais, 2001). Keadaan ini menunjukkan bahawa dalam 100 individu bunga Rafflesia pricei hanya terdapat dua bunga betina sahaja. Jumlah individu yang jauh berbeza antara bunga betina dengan bunga jantan adalah berhubung kait dengan sumber tenaga. Bunga betina memerlukan tenaga yang mencukupi untuk mendapatkan nutrien-nutrien yang diperlukan. Tanpa tenaga yang mencukupi, pembentukan bunga akan memilih ke sebelah. 9. TJN1s UNIVERSITI MA. :VSIA SABA.

(25) RUlUKAN Abdulla, M.A., Ahmed, K.A., Ali, H.M., Noor, S.M. & Ismail, S. 2009. Wound Healing Activities of Rafflesia hasseltij Extract in Rats. J. Clin. Biochem. Nutr. 45: 304308. Adam, J.H., Mohamed, R, Juhari, M.A.A, Nik Ariff, N.N.F & Wan, K.L 2013. Rafflesia sharifah-hapsahiae (Rafflesiaceae), a new species from Peninsular Malaysia. Turkish Journal of Botany. 37: 1038-1044. Akhriadi, P., HA. Kiswanto, A. Taufiq, D. Alfajri & R. Kardiman. 2010. Assessment of Conservation Status of Rafflesia in West Sumatra, Indonesia. 2010 Final Report to Rufford Small Grant (for Nature Conservation). Raffiesia MonitOring Team (RMT) Padang. Padang. Barcelona, J.F., Peiser, P.B., Balete, 0.5. & Co, L.L. 2009. Taxonomy, ecology, and conservation status of Philippine Rafflesia (Rafflesiaceae). Blumea 54:77-93 Bendiksby, M., Schumacher, T., Gussarova, G., Nais, J., Mat-Salleh, K., Sofiyanti, N., Madulid, D., Smith, S.A. & Barkman, T. 2010. Elucidating the evolutionary history of the Southeast Asian, holoparasitic, giant-flowered Rafflesiaceae: . c: II) Pliocene vicariance, morphological convergence and character displacement. ~c: :§t,; Molecular Phylogenetics and Evolution. 57:620-633. ....>-. i. .-. ~~ ~. Of'). .C. : l :r~. Brown, C. & Kingsolver, R. n.d .. General Ecology Labs, exercise 3C: Estimating '~G population size and distribution. Tennessee Technological University and • Ecology on Campus, Bellarmine University.. r. Hamzah, Z. 2011. UMK kaji pemuliharaan Rafflesia. Utusan Melayu (M) Bhd. Diambil daripada ala mat laman web http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?Y=2011&dt-0314&5ec=Sains %2 6 Teknologi&og=st 05.htm#ixzz3ZeJaWg8g pada 14 April 2015. Hernawan, U. E. 2010. Studi Populasi Kima (Cardiidae) di Perairan Kei Kecil, Maluku Tenggara. Widyariset. 13(3): 101-108. Hidayati, S.N., Meijer, W, Baskin, J.M. & Walck, J.L. 2006. A Contribution to The Ecological Ufe History of The Rare Indonesian Holoparasite Rafflesia patma (Raffiesiaceae). Biotropical. 32(3): 408-414. In press. Ismail, G. 1988. Conservation of the giant Rafflesia, Sabah, Malaysia. Tree. 3: 316-. 317.. 45. UMS. UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.

(26) Madulid, D.A., Buot, I.E. & Agoo, E.M.G. 2008. Rafflesia panchoana (Rafflesiaceae), a new species from luzon Island, Philippines. Acta Manilana. 55: 43-47. Martin, A. 1996. The Use of Antioxidants in Healing. Dermatol. Surge 22: 156-160. Mat-Salleh, K. 1991. Rafflesia Magnificent Flower of Sabah. Borneo Publishing Company Kota Kinabalu. pp. 1-9. Mat-Salleh, K. & latiff, A. 1989. A new species of Rafflesia and notes on other species from Trus Madi Range, Sabah (Borneo). Blumea 34:111-116. Mat-Salleh, K., Mohd-Ros, A.H., &Donna, J. 2006. The Role of Protected Areas in the Conservation of Rafflesia in Malaysia in: Othman, S., Yatim, S. H., Ellagupillay, S., Nor, S. M., Ahmad, N., & Mohd. Sah, S. A. (eds.) Management and Status of resources in protected areasof Peninsular Malaysia. Kuala lumpur: Department of Wildlife and National Parks .pp. 141-154. Meijer, W. 1984. New Species of Rafflesia. Blumea 30: 209-21S. Meijer W. 1985. Saving the world's largest flower. National Geographic. 168: 136140. Michael, P. 1994. Metode Ekologi Untuk Penyelidikan lapangan dan Makmal. Usaha. Nasional. Jakarta. Molina, J., Hazzouri, K. M., Nickrent, D., Geisler, M., Meyer, R. 5., Pentony, M.M., Flowers, J.M., Peiser, P., Barcelona, J., Inovejas, S.A., Uy, I., Yuan, W. Wilkins, 0., Michel, C.l., locklear, S., Concepcion, G. P. & Purugganan, M.D ..2014. Possible loss of the Chloroplast Genome i the Parasitic Flowering Plant Rafflesia lagascae (Rafflesiaceae). Molecular Biology and Evolution. 31:793-803. Mukmin, H. 2008. Kajian Populasi dan Habitat Rafflesia patma Blume di Cagar Alam Pananjung Pangandaran Jawa Barat. Tesis Sarjana Profesi. Institute Pertanian Bogor. Tidak diterbitkan. Nais, J. 1992. Distribution, dispersal and some notes on Rafflesia around Kinabalu, Malaysia. In: Ghazally et al. (eds.) Proceeding of the International Conference on Forest Biology and Conservation in Borneo. Center for Borneo Studies Pubd. No.2. Yayasan Sabah, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia. Nais, J. 1997. Distribution, Reproduction Ecology and Conservation of Raffles/a in Sabah, Malaysia. University of Aberdeen, Scotland, UK. (Ph. D. Dissertation).. Unpublished.. 46. UM S UNIVEASITI MALAYSIA SABAH.

(27) Nais, J. 2001. Rafflesia of the world Sabah Park. Nais, J. & Wilcock, C.C. 1998. The Rafflesia conservation incentive scheme in Sabah, Malaysian Borneo. Sabah Parks Nature Journal. 1: 9-17. Omar, A.H. (ed.). 2003. The Genius of Malay Civilisation. Tanjong Malim, Malaysia: Institute of Malay Civilisation. pp 122-125. On, L.K. 2006. Reading Symbold and Mythical Landscape In The 'Tambunan Dusun Origin Myth" of North Borneo. International Journal of Asia Pacific Studies. 2: 30-50. Paul Francis. Jabatan Perhutanan Sabah, Tambunan. Komunikasi Persedirian. Patino, S., Aalto, T., Edwards, A.A. & Grace, J. 2002. Is Rafflesia an endothermic flower? New Phytologist 154: 429-437. Peiser, P.B., Nickrent, D.L., Callado, H.R.C. & Barcelona, IF. 2013. Mt. Banahaw reveals: The resurrection and neotypification of the name Raff/esialagascae (Rafflesiaceae) and clues to the dispersal of Rafflesia seeds. Phytotaxa: 131: 35-40. Rashid, F.A. 2012. Research on The Early Malay Doctors 1900-1957 Malaya and Singapore. Xibris Corporation. Reece, J.B., Urry, L.A., Cain, M.L., Wasserman, S.A., Minorsky, P.V. & Jackson, R.B. 2013. Campbell Biology. Pearson Education Inc. Shryock, H.S., Siegel, 1.5. & Associates. 2013. Studies in Population: The Methods and Materials of Demography. Academic Press Inc. Sofiyanti, N., Mat -Salleh, K., Purwanto, D. & Syahputra, E. 2007. The Note on Morphology of Rafflesia hasseltii Surigar from Bukit Tiga Puluh National Park, Riau. Biodiversitas. 9: 257-261. Sofiyanti, N. & Choong, C.Y. 2012. Morphology of Ovule, Seed and Pollen Grain of Rafflesia R. BR. (Raffiesiaceae). Bangladesh J. Plant Taxon. 19(2): 109-117. Susanti, N.. 2012. Makalah Ekologi Tumbuhan: Pertumbuhan Populasi. Falkulti Ilmu Pendidikan Dan Keguruan. University Mulawarman Samarinda. (Tesis belum diterbit). 47. UM 5 UNIVERSITI MALAYSIA SABAH.

(28) Vandermeer, J.H. & Goldberg, D.E.. 2013. Population Ecology First Principles. Princeton University Press.. Wati, I.L., Hardiansyah & Amintarti, S. 2010. Struktur populasi tumbuhan Sungkai (Peronema canescens Jack). Di desa belangian kecamatan aranio kabupaten Banjar Kalimantan Selatan. Jurnal Wahana-Bio. 3: 60-71. Wiart, c., Magana,S., Khalifa, 5., Mohan, M., Ismail,S., Buckle, M., Narayana, K., & sulaiman, M. 2004. Antimicrobial screening of plants used for traditional medicine in the state of Perak, Peninsular Malaysia. Rtoterapia. 75: 68-73. Wong, M. & Latiff, A. 1990. Rafflesia hasseltii.Nature Malaysiana. 15: 56-59. Yahya, A.F., Hyun, J.O., Lee, J.H., Choi, T.B., Sun, B.Y. & Lapitan, P.G. 2010. Distribution pattern, reproductive biology, cytotaxonomic study and conservation of Rafflesia manillana in MT. Makiling, Laguna, Philippines. Journal of Tropical Forest Science. 22(2): 118-126.. 48.

(29)

Referensi

Dokumen terkait

(Tarsidin, 2010:189) menyatakan bahwa: “Saat ini pendapatan bagi hasil yang diberikan oleh bank syariah terhadap simpanan masyarakat diindikasikan. masih merujuk

Tab mailing merupakan fasilitas yang terdapat pada Microsoft word 2007, yang berfungsi untuk membuat sesuatu dokumen yang akan dicetak dalam jumlah banyak atau

Detail Pekerjaan Proyek KodeHsPekerjaan Nama Pekerjaan Satuan Volume Total Bahan Total Harga Upah Total Overhead Total harga &lt;pi&gt; Integer Variable characters (30) Float

Title of the Thesis : THE EFFECT OF USING TOTAL : PHYSICAL RESPONSE METHOD ON : TEACHING VOCA BULARY SIZE : AT SEVENTH GRADE STUDENT OF : MTs MUSLIMAT NU PALANGKA RAYA

Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui (1) aktivitas guru dan siswa saat pembelajaran menggunakan model pembelajaran berbasis masalah pada materi hukum Archimedes,

PENGARUH LATIHAN FLEKSIBILITAS METOD E PNF TERHAD AP PENINGKATAN FLEKSIBILITAS PANGGUL D AN KECEPATAN TEND ANGAN SABIT D ALAM CABANG OLAHRAGA BELAD IRI PENCAK SILAT1.

Simulation means simulate a real life activity.The objectives of this research are to describe a) how the implementation of simulation in teaching speaking skill and b)