• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENILAIAN PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN (1)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PENILAIAN PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN (1)"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

Group Assignment (Evaluation paper)

Tajuk: PENILAIAN PELAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN VOKASIONAL DI SMT/SMV/KV

PREPARED BY:

NAME :TAN TAI & ARIFFIN MATRIC NO. :JB MP111349(2016-02) I/C NO. :641006-01-5271

COURSE CODE :MPK 3053 (Program Evaluation in TVE)

LECTURERS : Assoc. Prof. Dr. Mohd Khata Jabor Dr Qistina Andin Abdullah

DEPARTMENT OF TECHNICAL & ENGINEERING EDUCTION FACULTY OF EDUCATION

(2)

Abstrak

Artikel ini merupakan satu penilaian pelaksanaan konsep Kolej Vokasional (KV) mulai 2011. Kini terdapat 22 buah KV yang telah dijernanakan dari Sekolah Menengah Vokasional (SMV) yang terlibat dalam Pelan Transformasi Voctech oleh Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional (BPTV) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Pengambilan pelajar lepasan PMR ke KV kini telah berubah dengan tempoh pengajian ialah 3 tahun dan program latihan kemahiran 2-3 tahun dengan menggunakan sistem semester. Tiga dimensi kemahiran yang menjadi kunci fungsi kompetansi diberi penekanan dalam konsep KV, iaitu Kemahiran Teknikal, Kemahiran Guna Tenaga dan Kemahiran Keusahawanan Pelajar KV selepas tamat pengajian akan dianugerahkan Sijil KV dan lain-lain sijil industri yang terlibat. KV menggunakan kurikulum berasaskan standart industri dengan adanya komponen perlaksanaan Latihan Dalam Kerja (On Job Training (OJT)) mengikut keperluan kursus.Satu era baru dalam KV ialah pengambilan tenaga pengajar daripada pasaran terbuka. Dari segi kapasiti, pengambilan lepasan sekolah menengah ke aliaran vokasioanal perlu dikaji semula selain daripada KV yang mampu menyerapnya. KV di Malaysia memerlukan satu badan pakar dibentuk untuk menilai kandungan, input, proses dan produk selain daripada pensijilan yang diiktiraf di peringkat kebangsaan dan antarabangsa

PENGENALAN

(3)

Pada masa awal tahun 2013, terdapat 15 buah KV yang telah dijenamakan dari SMV di Malaysia mulai tahun 2011. Pada tahun 2011, terdapat 30 buah SMT dan 43 buah SMV di bawah BPTV, KPM. Bilangan terakhir pada Oktober 2013 portal rasmi KPM, terdapat 21 buah SMT (613 pelajar), 92 buah SMV (2,427 pelajar) dan, KV telah bertambah 7 buah menjadi jumlah 22 buah (353 pelajar). Bilangan jumlah sekolah menengah harian seluruh negara pada tahun 2013 ialah sebanyak 1,998 buah dengan seramai 159,162 pelajar dari tingkatan peralihan hingga ke tingkatan 6. Seramai 470,395 calon yang menduduki SPM 2013 menggambarkan hampir semua pelajar lepasan PMR meneruskan pelajaran ke Tingkatan 5.

Namun demikian, kapasiti SMT, SMV dan KV di seluruh negara hanya mampu menampung 21,000 enrolmen (bilangan ini telah ditambah menjadi 27,433 enrolmen pada tahun 2013). Daripada 22 KV yang dijenamakan semula dari SMV, bermakna, purata pengambilan 1400 pelajar bagi setiap KV yang ada sekarang masih tidak mampu menampung permintaan yang begitu tinggi. Ini bermakna masih ada seramai 96000 pelajar yang menyesal dalam hala tuju merealisasikan transformasi PTV. Fokus utama artikel ini ialah ingin bagaimana konsep KV dibentuk dan cara pelaksanaannya seperti yang disarankan?

Sebagai langkah untuk mengatasi bilangan permintaan yang bergitu tinggi supaya tidak lagi memghampakan hampir seratus ribu lepasan PMR, pada tahun 2013 ini, BPTV telah mngambil langkah menambahkan 72 buah KV untuk menerima pengambilan lebih ramai lepasan PMR pada awal tahun 2014.

(4)

semula. Dengan memperkenalkan MPV, KPM berharap peratus penyertaan murid dalam bidang sains dan teknologi ke arah dasar 60:40. Ini merupakan satu transformasi besar dan inovasi raksaksa KPM kerana sebelum 2002, mata pelajaran vokasional dan teknikal langsung tidak ditawarkan di sekolah menengah akademik.

Pelajar yang berminat dalam bidang teknik dan vokasioanal terpaksa memohon ke SMT/V yang tempatnya agak terhad dalam dua extrim, iaitu SMT untuk pelajar yang mendapat keputusan SRP/PMR yang cemerlang dan SMV pula mengambil pelajar yang keputusan SRP/PMR lemah. Tambahan pula kadar penyertaan pelajar di SMT/V ialah 7% daripada jumlah enrolmen kohort Tingkat 4, satu angka yang sangat rendah berbanding kadar penglibatan pelajar di negara-negara maju seperti Jerman, Perancis dan Itali yang melebihi 60% (Ahmad Sipon, 2001).

Objektif Penilaian Konsep KV

Secara khususnya, objektif penilaian program KV ini adalah untuk: 1. Membuat Penilaian Produk KV iaitu:

1.1. Menilai KV Malaysia berbanding dengan Vochtech di negara lain. 1.2 Menilai kesesuaian KV di Malaysia.

Sorotan Bacaan

Latihan Vokasioanal di Indonesia

(5)

Sekolah Kejuruan adalah sangat pelbagai ragam termasuklah penerbangan dan maritime. Ciri-ciri lain yang ada pada Sekolah Kejuruan ialah mengamalkan konsep kilang pengajaran, iaitu sekolah ialah kilang menghasilkan produk perniagaan. Selain daripada itu, Bangunan mesin di sekolah menggunakan penghasilan mesin CNC (Computer Numerical Control) dalam industri. Sekolah Kejuruan juga ada pekerja tetap dalam pengeluaran. Semua Sekolah Kejuruan adalah sekolah harian dan pendidikan ini bukannya percuma.

Latihan Vokasioanal di Thailand

Di Thailand, 41% pelajar lepasan sekolah menengah rendah akan memasuki Kolej Kerjaya ( 415 awam dan 400 swasta). Mereka yang tamat program vokasioanl akan diberi Sijil Pendidikan Vokasional yang dikenali “ Bor Wor Saw” yang lebih kepada proram perakaunan, pemasaran, ekonomi rumahtangga, perniagaan, seni, pelancongan, fesyen dan makanan (masakan). Manakala Kolej Teknikal menberi sijil Diploma teknikal yang dikenali “Bor Wor Chor” lebih kepada program automotif, elektronik, kimpalan, binaan bangunan dan kuasa elektrik.

Nisbah Voctech dengan akademik pendidikan vokasional di Thailand ialah 20jam: 10jam. Subjek akademik yang dipelajari ialah Bahasa Inggeris, Bahasa Thai, Matematik, sains dan social. Tempoh kolej ialah dari 8.30 pagi hingga 4.30 petang dengan

mengamalkan sistem semester. 70% daripada lepasan diploma vokasional akan

melanjutkan pelajaran ke Diploma Vokasional Tinggi selama 2 tahun di Kolej Vocational dan Teknikal.

Pendidikan Vokasional di Korea

(6)

Sekolah Tinggi Vokasional (VHS) di Korea. Pada tahun 2007, VHS telah ditukar menjadi Sekolah Tinggi Proffesional ( Meister School) dalam sistem semester. Tempoh kolej ialah dari 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Nisbah antara voctech dengan akademik ialah 70:30. Bidang kajian termasuklah pertanian, industri, perdagangan, perikanan, maritime dan ekonomi rumahtangga. Kemajuan PTV Korea dipermantapkan melalui penubuhan KRIVET (Korea Research Institute for Vocational Education and Training) untuk mencapai kelas bertaraf dunia dalam pembangunan dan penyelidikan institusi sumber manusia.

Pendidikan Vocational di Perancis

Di Perancis, 50% pelajar lepasan sekolah menengah rendah akan memasuki pendidikan voctech yang terdiri daripada 3 bahagian, iaitu Sekolah Teknikal berasakan teknik dan Sekolah Professional yang berkelayakan berasaskan sekolah. Manakala mereka yang memasuki program perantisan ke Pusat Perantisan, tempoh pengajian adalah feksibel yang bertujuan untuk memasuki alam kerja. Mereka yang menamatkan pengajian di Sekolah Teknikal (Tech Bac, Technical Baccalaureat (Senior High School Diploma-Tech)) dan Sekolah Proffesional (Prof Bac, Professional Baccalauraeat (Senior High School Diploma-Vocational) akan berpeluang melanjutkan pelajaran ke Universiti Institut Teknologi. Mereka yang menamatkan program perintisan akan diberi Diploma Vokational Menengah – Kelayakan Perantisan (Apprenticeship Qualification), Sijil Pendidikan Vokasioanal (BEP, Vocational Education Certificate) dan Sijil Kebolehan Proffesional (CAP, Certificate of Professional Aptitude).

Terdapat 1700 Kolej Professional Tinggi dengan pelajar seramai 720,000 orang dan 300,000 yang mengikuti program perantisan di Perancis. Kandungan program ialah nisbah voctech dengan academic 60:40 dalam sistem semester. Bidang teknikal

(7)

dan perdagangan. Contohnya tukang emas, pembuat coklat, penjual bunga, pembuat jam tangan dan penala piano.

Pendidikan Vokasional di Singapura

Di Singapura, pelajar selepas tamat Peperiksaan Meninggalkan Sekolah Rendah (PSLE, Primary School Leaving Examination), akan disalurkan kepada tiga pilihan sekolah menengah. Pelajar yang PSLEnya baik akan ke Secondary Express selama 4 tahun untuk menduduki GCE “O” Level, selepas itu akan melanjutkan pelajaran ke GCE “A” Level selama 2 tahun atau ke Politeknik untuk mengikuti Diploma 3 tahun.

Bagi pelajar yang akademiknya sederhana dalam PSLE, mereka akan mengikuti GCE “N” Level di Secondary Normal Technical selama 4 tahun. Mereka selepas itu akan melanjutkan pelajaran ke ITE(Terdapat 83 kursus yang pelbagai termasuklah sains gunaan dan kesihatan, perniagaan dan perkhidmatan, rekabentuk dan media,

kejuruteraan, elektronik dan ICT) untuk mendapat Sijil Juruteknik selama 2 tahun. Bagi mereka yang gagal PSLE atau menghadapi masalah mengikuti kurikulum utama, akan ke 3 buah “North Light School” (kurikulum berasaskan “Life Learning Academy dari San Francisco”)yang ditubuhkan mulai tahun 2007. Tempoh kolej ini bermula dari 8.30pagi hingga 4.30petang dengan itu 80% adalah subjek teras, 5% elektif dan 15% kemahiran hidup.

(8)

Pelajar lepasan sekolah menengah rendah Australia pula akan melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Atas atau ke Program Vokasional selama 3 tahun untuk mendapat Sijil Aras 1-2. Selepas itu boleh melanjutkan pelajaran ke Kolej TAFE (Technical And Further Education) supaya mendapat Sijil Aras 3-5. Tiada sekolah vokasional di Australia tetapi kebanyakan sekolah tinggi menawarkan program vokasional. Program yang ditawarkan adalah pelbagai mengikut keperluan komuniti.

Di Australia, cirri-ciri khas pendidikan vokasional ialah mengamalkan Sistem Pendidikan Vokasional Bersepadu “Unified Vocational Education System (AQTF,Australian Quality Training Framework)”. Antara program yang ditawarkan termasuklah program Traineeship, program Perantisan, Sekolah Keusahwanan, Konsep “Auspicing” dan sebagainya. Pelajar adlah diberi pilihan untuk mengikuti program vokasional. Waktu kelas adalah bermula dari 8.30pagi hingga 3.00petang.

Pendidikan Vokasional di Finland

Selepas tamat 9 tahun pendidikan komprehensif, 41% akan meneruskan pelajaran ke Kolej Vokasinal selama 3 tahun. Selepas itu akan melanjutkan pelajaran ke politeknik atau ke alam kerja. Terdapat 177 buah kolej vokasional dengan 75% adalah program vokasional dengan tujuan untuk persiapan untuk pasaran kerja atau untuk melanjutkan pelajaran. Pendidikan vokasional adalah dikawalselia oleh Jawatankuasa Pendidikan dan Latihan Kebangsaan dan Kumpulan Ko-ordinasi Kebangsan bagi Latihan dan Pendidikan. Semua program vokasional diwajibkan Latihan Dalam Kerja (OJT) setiap tahun dengan jumlah 20 kredit.

(9)

sekurang-kurangya ijazah dalam bidang yang berkaitan di pasaran terbuka, kedua, latihan pedagogi selama satu tahun di politeknik, dan mempunyai pengalaman industri selama tiga tahun.

Rajah 1.0: Sumber: Konsep Kolej Vokasional, KPM

Konsep KV

(10)

melaksanakannya. Dari segi kronologi dalam penyediaan Pelan Transformasi Voctech, BPTV dan KPM telah memulakannya dengan mengadakan Seminar MKRA VOCTECH pada 1-4 Disember 2009. Seterusnya 4 siri Bengkel Blue Ocean Strategy telah dijalankan di Institut Aminudin BAKI dengan melibatkan konsultan, pegawai BPTV dan KPM, pengetua dan guru SMT dan SMV dari tahun 2009 hingga 2010. Pada masa yang sama, pegawai BPTV juga telah membuat lawatan ke luar negara, termasuklah Germany (2007), Australia (2008), Indonesia (2009), Korea (8-12 Mac 2010), Thailand (20-21 Mav 2010), Indonesia dan Singapura (Mei 2010) dan Finland (Mei 2010).

Pada 20-23 Jun 2010, Bengkel Transformasi Voctech dengan melibatkan pegawai BPTV, KPM, wakil agensi latihan awam ( JPK (Jabatan Pembangunan Kemahiran), NATC (Majlis Latihan Pertanian Kebangsaan ), MTIB (Malaysian Timber Industry Board), MARA), pengetua dan guru SMT dan SMV, wakil-wakil Alumni SMT SMV, wakil-wakil PIBG SMT SMV dan wakil IPTA, IPTS dan insutri telah diadakan.

Untuk membuat penilaian program KV, kaedah tinjauan dan sorotan bacaan program dan pelaksanaan pendidikan vokasioanal atau voctech ditinjau di beberapa negara yang terpilih. Antaranya ialah Indonesia, Thailand yang terdiri daripada negara sedang membangun dan Singapura, Korea, Australia, Francis dan Finland yang merupakan negara yang lebih maju di Asia dan Barat digunakan. Kajian ini bertujuan untuk menilai dan melihat perjalanan program KV, tiada teori khusus yang diuji atau dihasilkan.

(11)

Institute University College ) dan Kolej Teknikal Swasta. Laluan ke tiga ialah melanjutkan pelajaran ke Institut Tinggi Kemahiran.

Penilaian Objektif KV

Objektif KV ialah melalui program latihan kemahiran, graduan akan menjadi pengamal yang dipersijilkan dengan aras SKM 1, 2 dan 3. Garduan akan ada potensi untuk terus maju dalam bidang professional yang diceburi. Dalam dunia kerja, graduan KV akan bersedia untuk diserap oleh pasaran atau bekerja sendiri. Mereka akan dilengkapi dengan kemahiran interaktif dan social yang baik. Mereka juga akan didedahkan kemahiran perniagaan dan keusahawanan mengikuti perkembangan trend pasaran. Mereka juga akan dilatih supaya peka terhadap kesihatan dan keselamatan serta berfokuskan pada pengguna. Dalam dunia pekerjaan, garduan akan menjadi pekerja separuh mahir, pekerja mahir dan pekerja berkemahiran tinggi. Pada masa depan, mereka boleh menjadi juru teknologis dengan adanya latihan dan pendidikan selanjutnya.

Penilaian Kriteria Kerangka Kurikulum KV

Dalam Transformasi Pendidikan Voctech, KV telah mengamalkan sistem pengajian semester dengan tempoh pengajian ialah selama 3 tahun. Hasil program mensasarkan graduan direkabentuk untuk tujuan guna tenaga, bekerja sendiri dan mampu melanjutkan pendidikan kemahiran. Pentaksiran berbentuk holistic dalam dua program, iaitu vokasional dan latihan kemahiran dengan nisbah kemahiran dan akademik 70:30 bagi program vokasional dan SKM 80:20. Dua jenis persijilan iaitu, Sijil Kolej Vokasional dan SKM akan dianugerahkan kepada graduan. Latihan Industri “On Job Training” adalah menjadi komponen wajib. Manakala Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan digunakan sebagai bahasa pengantar dan lain-lain bahasa seperin Bahasa Mandarin dan Arab akan diperkenalkan.

(12)

dan Latihan Berasaskan Kompetensi (CBET, Competency-Based Education & Traning) dan Sekolah Keusahawaman, iaitu Belajar sambil Berpendapatan (Earning while Learning) bagi Pendidikan Vokasional, dan bagi Latihan Kemahiran adalah berbentuk Perantisan / Kelatihan. Rangkaian dengan institusi negara serantau seperti Thailand, Indonesia dan Singapura juga diadakan. Komponen baru KV juga meningkatkan penguasaan Bahasa Tambahan dengan kebolehan komunikasi Mandarin / Arab diperkenalkan. Nilai tambah komponen KV ialah memenuhi keperluan industri dengan penglibatan industri ( Pusat Kecemerlangan ) dan agensi awam ( sekolah angkat ) diwujudkan di Kolej Voctech. On Job Traning diwajibkan termasuk di negara serantau. Pengiktirafan JPA untuk bekerja di sector awam dan memenuhi syarat MQA juga diambilkira.

Program Perantisan

Dari segi program keperantisan, KV telah menjalankan dua projek Pilot di SMV Batu Pahat (bertempat di LY Academy, Batu Pahat) dan SMV Sungai Buluh dan SMV Kajang ( bertempat di MAEPS (Mardi), Serdang) dengan 80 pelajar terlibat pada tahun 2011. Ini adalah satu usaha baru dalam PTV dengan tenaga pengajar diambil dari luar. Iaitu tenaga pengajar WISDEC diambil dan 2 guru dilatih oleh WISDEC (WOOD INDUSTRY SKILLS DEVELOPMENT CENTRE) bagi prgram industry perabot dengan agensi MTIB dan LY Furniture Sdn Bhd Batu Pahat terlibat. Bagi Industri Kuda, tenaga pengajar dari TAFE ( Technical and further education) University of Ballarat (UB) Australia digunakan dengan 15 guru dilatih oleh UB. Melalui program perantisan ini, pelajar mendapat laluan kerjaya dengan tenaga pelajar ini diserap bekerja dengan syarikat yang berkaiatan selain daripada berpeluang untuk melanjutkan pelajaran di WISDEC,

UPM dan MARDI.

(13)

Dari segi dimensi kandunagn kursus KV, terdapat 11 bidang program dengan 43 kursus yang dicadangakn akan ditawarkan. Tiga dimensi kemahiran yang menjadi kunci fungsi kompetansi diberi penekanan dalam konsep KV, iaitu Kemahiran Teknikal, Kemahiran Guna Tenaga dan Kemahiran Keusahawanan. iaitu Kemahiran tugas / melaksanakan teknikal pengetahuan menunjukkan ditekankan. Kemahiran Guna Tenaga pula menekankan praktikal positif dalam nilai dan sikap, kebolehan inovasi dan kreativiti pameran, dan Merancang & menganjurkan kerja. Kemahiran keusahawanan pula ialah penguasaan mengintegrasikan kesihatan, keselamatan (safety) dan keselamatan (security), Kepekaan komunikasi dan persekitaran, dan tanggungjawab & penyelesaian masalah.

Sumber Tenaga Pengajar

Satu transformasi besar tenaga pengajar KV ialah sumber guru tidak terhad lagi dilatih oleh IPTA seperti Institut Perguruan Teknik, UTM, UPM dan UTHM. Bagi menampung 43 kursus yang ditawarkan, IPTS dan industri yang berkaitan juga adalah sumber tenaga pengajar. Contohnya, UPSI, KLMU, Kolej PTPL, Food Institue Malaysia akan melatih tenaga pengajar dalam kursus Seni Kulinari. Proton, Toyota Motor, Naza, Perodua, UMW dan CIAST akan melatih tenaga pengajar dalam kursus Teknologi Automatif.

Kesimpulan

Penilaian produk melihat dari aspek keberkesanan program KV ini diperbandingkan dengan negara-negara lain seperti yang disenaraikan dari segi kandungan, pengambilan , tahun pengajian dan program kemahiran dengan menggunakan pendekatan model CIPP .

(14)

dinaikkan kepada 70% kerana banyak diamalkan sungguhpun latar belakan yang negara adalah berbeza.

Terdapatnya pentaksiran yang berbeza bagi pendidikan vokasional di setiap negara. Maknanya, KV di Malaysia juga perlukan satu badan pakar dibentuk untuk tujuan pensijilan vokasional yang diiktiraf di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Bidang kursus yang ditawarkan oleh KV dan pendidikan vokasional perlu diperluaskan. Persepsi terhadap pendidikan vokasional dan KV perlu diperbaiki selain daripada penjernamaan dan persijilan.

Tiga dimensi kemahiran yang menjadi kunci fungsi kompetansi diberi penekanan dalam konsep KV, iaitu Kemahiran Teknikal, Kemahiran Guna Tenaga dan Kemahiran Keusahawanan Pelajar KV selepas tamat pengajian akan dianugerahkan Sijil KV dan lain-lain sijil industri yang terlibat. KV menggunakan kurikulum berasaskan standart industri dengan adanya komponen perlaksanaan Latihan Dalam Kerja (On Job Training (OJT)) mengikut keperluan kursus.Satu era baru dalam KV ialah pengambilan tenaga pengajar daripada pasaran terbuka. Dari segi kapasiti, pengambilan lepasan sekolah menengah ke aliaran vokasioanal perlu dikaji semula selain daripada KV yang mampu menyerapnya. KV di Malaysia memerlukan satu badan pakar dibentuk untuk menilai kandungan, input, proses dan produk selain daripada pensijilan yang diiktiraf di peringkat kebangsaan dan antarabangsa

Sebagai tambahan, dalam penilaian yang dibuat, penilai berharap ada penambahbaikan kepada keadaan KV. Namun demikian, apa yang menyesalkan dengan mengenalpasti masalah banyak masalah tidak pula menghasilkan banyak perbaikan (Rossi, 2004.pg 371) dan ada antaranya tidak menunjukkan tanda pembaikan, ada pula yang langsung tidak berkesan (not effective at all) dan hanya sebilangan kecil sahaja yang menunjukkan ‘preverse effects’.

(15)

negara:-SMK/SMT /VK Peratus Pengambi lan Ratio voctech: akademik Tempoh Pengajian Bilangan KV Bilangan Kursus ditawarkan Kelayakan Tenaga Pengajar Latihan Dalam Kerja (On Job Training(OJT) Malaysia

28 juta

10% 70:30 2 tahun

=45% voc

15KV 30SMT 43SMV

21 Dilatih oleh

IPTA/IPG Tiada Indonesia 250 juta 50% 7.30am-4.30pm 70:30 Sistem semester

3-4 tahun >3000 Pelbagai

termasuk Penerbangan perkapalan Ada pekerja tetap konsep kilang pengajaran Thailand 67 juta 40% 8.30am-4.30pm 20jam:10jam Sistem semester

3 tahun 415awam

400swasta Teknikal Vokasional Korea 51 juta 40% 9.00am-5.00pm

70:30 3 tahun

Sistem semester >700 KRIVET Singapore 5.3 juta 8.30am-4.30pm 80%core: 5%electi ves:15%l ife skills GCE “N” level Sistem semester

3 ITE 83 course North Light

School Secondary Normal Technical Autralia 23 juta 8.30am-3.00pm kebanyakan sekolah ada program vokasional 3 tahun Sistem sesester Tiada SMV, Tiada sekolah vokasional Unified Vovational Education System AQTF kebanyakan sekolah bekalkan proram vokasional Francis 66 jut penduduk

60:40 3 tahun

Sistem semester 1700 sekolah profesioa nl tinggi 720,000 pelajar SMT Sekolah Profesional Pusat Perantisan Teknikal Proffesional CAP/BEP (Perantisan) Finland 5.2juta penduduk

41% 75% voc 3 tahun

Sistem semester

177 KV 53 Ijazah +

(16)

Rujukan

Abdul MAjid (2012). Faktor-faktor Yang Berpengaruh Terhadap Minat Siswa SMP Masuk SMK. Jurnal Pendidikan Vokasi, Vol 2.No.3 (2012), Program Pascasarjana, Universiti Negeri

Yooyakarta, Kampus Karangmalang, Yogyakarta, Indonesia.

Alberto Arenas (2009).Evaluating TVET Programmes through Appreciative Inquiry. University of Arizona, Tucson, USA.

Kandar al el.(2003), Mata Pelajaran Vokasional (MPV) Di Sekolah Menengah Harian: Penyedian Guru MPV, Isu dan Cabaran, FP, UTM.

Mohamad Hisyam bin Mohd. Hashim (2011). Pelaksanaan Pembelajaran Kontekstual Dalam Mata Pelajaran Aliran Vokasioanal Di Sekolah Menengah Akademik Harian: Satu Konseptual. Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional, Unversiti Tun Hussein Onn Malaysia

Mohd Nordin al el.(2010). Penilaian Program Mata Pelajaran Vokasional (MPV) Bagi Bidang Pertanian Di Sekolah Menengah Harian Di Semenanjung Malaysia. FP, UTM.

Rossi, P., Lipsey, M. & Freeman, H. (2004). Evaluation A Systematic Approach (7 th ed). Thousand Oasks, California: Sage Publications.

Sarimah & Farawahida (2010). Kekangan Pelaksanaan Mata Pelajaran Vokasional Di Sekolah Menengah Negeri Johor. Fakulti Pendidkan, UTM.

Siti Syahirah Abdullah (2011). “Transformasi PTV: Kesedian Guru-guru Vokasional Terhadap Pelaksanaan Kolej Vokasional KPM Dari Aspek Tahap Kemahiran.”

Persidangan Kebangsaan Penyelidikan Dan Inovasi Dalam Pendidikan Dan Latihan Teknik Dan Vokasional (CIETVT). Faculty Of Technical And Vocational Education Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Tai Lung Aik. (2002). Buku Teks Sains Pertanian Tingkatan 4 & 5. KPM. Percetakan Warni Sdn. Bhd. Batu Caves, Selangor.

Referensi

Dokumen terkait

Pemahaman kritis merupakan membaca yang bertujuan untuk memberikan penilaian terhadap sesuatu teks bacaan dengan jalan melibatkan diri sebaik-baiknya ke dalam teks bacaan

Hasil penelitian yang terdiri atas aktivitas siswa dan guru dalam pembelajaran PKn dengan menerapkan model pembelajaran role playing mengalami peningkatan yang signifikan. Hal

Puji syukur penulis panjatkan kepada Tuhan Yang Maha Esa yang telah melimpahkan berkat dan rahmatnya kepada penulis sehingga penulis dapat menyelesaikan penulisan hukum / skripsi

Dengan adanya aplikasi ini didapati bahwa aplikasi ini memiliki manfaat yang baik dan secara keseluruhan aplikasi ini sudah baik dalam menjalankan sistem antar jemput yang

Pegadaian (Persero) Cabang Karombasan yang mempunyai praktek dari beberapa faktor guna membawa sistem informasinya yaitu; factor yang mempengaruhi (SDM), fail yang digunakan

Yang dihasilkan dari rancangan ini adalah, informasi atau pesan yang berisi tentang bagaimana berlalu lintas yang baik dan benar serta tata cara berlalu lintas yang dikemas

Berdasarkan hasil penelitian yang dilakukan dapat disimpulkan bahwa terdapat pengaruh secara langsung dari proses pengeringan dengan menggunakan oven terhadap rendemen

Parallel to the changing state of economical, political and social affairs at the Ot- toman Empire following the Tanzimat, they went through a social transformation period which