• Tidak ada hasil yang ditemukan

inovasi pedagogi matematik sekolah renda

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "inovasi pedagogi matematik sekolah renda"

Copied!
17
0
0

Teks penuh

(1)

INOVASI PEDAGOGI MATEMATIK SEKOLAH RENDAH:

TEORI DAN AMALAN KONSTRUKTIF MATEMATIK (AKM)

DARI PERSPEKTIF ISLAM

Azlina Amat Yasin, Ramlee Mustapha, Mohd Sahandri Gani Hamzah

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia

Universiti Pendidikan Sultan Idris

35900 Tanjung Malim Perak

Malaysia

Email: azleenna@yahoo.com

ABSTRAK

Proses pengajaran dan pembelajaran matematik kerap berubah mengikut keperluan. Penekanan penyelesaian masalah memerlukan kreativiti dan inovasi guru yang dikongsi bersama murid berjaya meransang minat murid terhadap matematik. Muhammad Ibn Musa Al Khawarizmi, Al-Khindi, Omar Khayyam dan Ibn Khaldun merupakan antara tokoh ilmuan Islam yang banyak menyumbang dalam bidang matematik. Amalan ini selaras dengan perkembangan pembelajaran Amalan Konstruktif Matematik (AKM). Pelbagai inovasi dan kreativiti cuba dicipta oleh guru matematik agar subjek yang selalu dianggap sukar ini bertukar menjadi subjek kegemaran pelajar-pelajarnya. Hafalan sifir biasa menggunakan Kaedah Konvensional agak sukar bagi pelajar sederhana dan lemah. Satu kaedah baru telah penyelidik kemukakan iaitu Amalan Konstruktif Matematik (AKM) bagi mengatasi masalah ini. Amalan Konstruktif Matematik (AKM) digunakan bagi merealisasikan aspirasi ini. Guru yang bersifat futuristik sentiasa merancang bagi menggilap bakat konstruktif murid dan menyediakan pelbagai aktiviti yang inovatif dan kreatif. Amalan Konstruktif Matematik (AKM) adalah inovasi yang menggunakan kaedah didik hibur melalui nyanyian sambil membina sifir. Kebanyakan murid di sekolah rendah sukakan nyanyian dan aktiviti yang menyeronokkan. Sifir merupakan eleman asas yang penting bagi murid di dalam semua topik matematik terutama untuk menyelesaikan operasi darab dan bahagi. Melalui kajian awal, Amalan Konstruktif Matematik (AKM) ini didapati dapat membantu murid dalam membina sifir 2 hingga 9 secara kreatif dan inovatif seperti yang dirumuskan di dalam kerangka perkembangan pembelajaran dan impak penguasaan matematik murid.

Kata Kunci: Amalan Konstruktif Matematik (AKM), pengajaran dan pembelajaran, sekolah rendah, KBAT, perspektif Islam

PENGENALAN

(2)

impian yang sama ke arah pembangunan negara Malaysia yang lebih maju pada masa depan (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2012). Dasar Pendidikan Kebangsaan menyasarkan 60 peratus murid dalam aliran sains dan teknologi berbanding 40 peratus murid dalam aliran sastera (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2012a). Sains dan Teknologi memainkan peranan yang penting dalam merealisasikan aspirasi rakyat Malaysia untuk menjadi bangsa yang maju. Walaubagaimanapun, nisbah tersebut tidak mencapai sasarannya. Menurut statistik yang diterbitkan oleh KPM dari Tahun 1981 hingga 2010, peratusan pelajar sekolah menengah yang menyertai aliran sains tidak pernah mencapai nisbah 60:40 (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2012b). Keadaan ini boleh membantutkan usaha kerajaan untuk meningkatkan inovasi dalam bidang teknologi serta menjejaskan usaha transformasi ekonomi bagi negara maju yang berpendapatan tinggi. Dapatan program Penarafan Pendidikan Dunia PISA tahun 2012 mendapati Malaysia mendapat tempat 1/3 terkebelakang dan menunjukkan Malaysia berada di kedudukan 52 daripada sebanyak 65 buah negara. Keputusan PISA 2009 (penyertaan kali pertama Malaysia) juga tidak memberansangkan kerana berada di kedudukan 55 daripada 74 negara peserta iaitu dalam kelompok tiga ke bawah (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2012b). Pencapaian sains dan matematik pelajar sekolah menengah juga menunjukkan penurunan jika dibandingkan dengan negara lain seperti Singapura (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2012b).

Jika dilihat kepada ilmu sains dan matematik ini dipelopori oleh ilmuan Islam pada awalnya dan terlalu banyak sumbangan di dalam karya ilmiah mereka diterjemahkan oleh barat ke bahasa Latin, Inggeris, Eropah dan lain-lain dan akhirnya barat mengatakan mereka adalah pelopor kepada ilmu sains dan matematik tersebut. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia sepatutnya dapat disepadukan secara holistik pelbagai elemen Islam yang boleh dijadikan teras kerangka pendidikan di Malaysia. Bukan sahaja kita mahu pendidikan yang cemerlang dalam bidang akademik terutama di bidang sains dan matematik tetapi kita juga mahu pelajar yang cemerlang dalam sahsiah dan akhlaknya. Tokoh-tokoh ilmuan Islam seperti Al-Khawarizmi, Al-Khindi, Omar Khayyam, Ibn Khaldun memberikan sumbangan yang tidak ternilai kepada tamadun Islam dan tamadun barat. Mereka merupakan pelopor utama bukan sahaja dalam bidang matematik tetapi dalam bidang astronomi, geografi, perubatan, falsafah, kesusateraan, Fizik, Kimia dan lain-lain. Pengislaman di dalam bidang sains dan matematik ini seharusnya berlandaskan kepada konsep tauhid, syariah dan akhlak. Ciri-ciri akhlak mulia dan bersahsiah terpuji hendaklah disemai ke dalam ilmu matematik dan ilmu-ilmu Islam terutama kepada pelajar-pelajar kita di sekolah. Guru-guru juga perlu terbina jati dirinya agar penerapan nilai-nilai murni dan pembinaan akhlak dapat diterapkan ketika pengajaran dan pembelajaran. Hasil karya agong daripada ilmuan islam ini sepatutnya dikaji, dijadikan idola dan rujukan serta panduan oleh guru-guru matematik kerana kepentingannya dalam kehidupan seharian, menjadikan guru lebih kritis dan kreatif, inovatif dan melahirkan lebih ramai tokoh matematik islam yang tersohor di masa depan. Prof. Ismail Ragi Al-Faruqi merupakan tokoh yang menyarankan agar ilmu ini diislamisasikan mengikut kerangka yang dicadangkan.(Abdul Halim, 1965)

(3)
(4)

TOKOH ISLAM DALAM BIDANG MATEMATIK

Para ilmuan sangat berperanan dalam membina tamadun Islam. Mereka bukan sahaja mahir di dalam satu bidang, tetapi turut menguasai pelbagai bidang yang lain seperti matematik, kimia, fizik, astrologi, optik, muzik, sejarah, astronomi, perubatan, falsafah, politik, ilmu pelayaran dan sains. Kebanyakan kitab-kitab tersohor para ilmuan ini juga telah dialih bahasa ke pelbagai bahasa antaranya Bahasa Latin, Bahasa Eropah, Bahasa Inggeris dan lain-lain. Peranan matematik sangat penting dalam dunia ilmu Islam. Ilmu matematik ini dikaji dan dipelajari kerana kepentingannya dalam kehidupan seharian. Teori berkaitan matematik sudah lama dipelopori oleh tokoh-tokoh Islam. Ramai tokoh-tokoh islam menjadi penyumbang terhadap perkembangan matematik antaranya adalah Al Khawarizwi, Al-Khindi, Omar Khayyam, Ibn Khaldun (Riza, 2008). Sumbangan tokoh-tokoh Islam ini cukup bermakna dan karya mereka masih dijadikan rujukan para ilmuan barat sehingga ke hari ini.

Muhammad Ibnu Abu Musa Khawarizmi merupakan nama sebenar bagi Khawarizmi. Khawarizmi lebih dikenali di Barat sebagai Khawarizmi, Cowarizmi, Al-Ahawizmi, Al-Karismi, Al-Goritmi, Al-Gorismi. Nama al-gorism telah dikenali pada abad pertengahan. Di Negara Perancis pula algorism dikenali sebagai Augram atau Angrism. Di Negara Inggeris pula beliau dikenali sebagai Aurym atau Augrim. Perkataan Algoritmi berasal daripada nama latin Al-khawarizmi iaitu Algoritmi, manakala istilah Algebra berasal daripada perkataan Al-Jabr dan Al-Muqaabalah yang bermaksud penyempurnaan dan penyeimbangan (pembandingan). Beliau dilahirkan di Bukhara. Beliau merupakan tokoh Islam yang berpengetahuan luas dan salah seorang ilmuan matematik di Bayt Al-Hikmah yang diasaskan oleh Khalifah Al-Ma’mun pada zaman pemerintahan Kerajaan Islam Abasiyyah di Baghdad. Beliau bekerja di dalam observatory iaitu tempat menekuni belajar matematik dan astronomi pada usia mudanya. Selain sebagai ahli matematik, beliau juga adalah ahli astronomi, ahli geografi di Bayt Al-Hikmah, bidang falsafah, logik, aritmetik, geometri, muzik, kejuruteraan, sejarah Islam dan kimia. Al Khawarizmi merupakan pengasas kepada perkembangan ilmu algebra dan matematik. Beliau merupakan guru Al-Jabar dan juga telah mencipta pemakaian Secans dan Tangens dalam penyelidikan trigonometri dan astronomi. Beliau telah menghasilkan kitab yang berkaitan dengan algebra iaitu :Al-Kitaab Al-Muhtasar fi hisaab al-Jabr wa-Almuqabalah” (Buku keterangan ringkas tentang pengiraan menggunakan Jabr dan Al-Muqaabalah) penyempurnaan dan penyeimbangan yang menjadi rujukan terkenal dan menjadi pengasas pengembangan ilmu algebra. Pendekatan secara sistematik dan logik beliau dalam menyelesaikan masalah quadratik dan linear memberi acuan baru dalam disiplin ilmu algebra. (Sucipto, 2008)

(5)

serta dipelajari oleh semua masyarakat dunia. Hasil karya beliau terkenal pada zaman tamadun Islam dan dikenali di Barat. Antara hasil karya beliau adalah 1) sistem nombor: Ia telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Latin iaitu De Numero Indorum, 2) Mufatih Al-Ulum; yang bermaksud beliau adalah pencinta ilmu dalam pelbagai bidang, 3) Al-Jami wa Al-Tafsir bi Hisab Al-Hind. Karya ini telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Latin oleh Prince Boniopagri, 4) Al-Mukhtasar Fi Hisab Al-Jabr wa Al-Muqabalah: Pada Tahun 820M dan ia mengenai algebra, 5) Al-Amali bi’ Usturlab 6) Al-Tarikh 7) Al-Maqala Fi Hisab Al-Jabr wa Al-Muqabilah.(Al Ustadz Ing Abdul Razak, 1999)

Al-Khindi yang nama sebenarnya adalah Abu Yusuf Yaqub Ibn Ishaq Al-Khindi. Al-Khindi dilahirkan di Kufa, pusat pengajian dunia pada suatu ketika dahulu. Bapanya adalah gabenor di Kufa dan berketurunan suku kaum Kinda yang telah berpindah dari Yemen. Pendidikan Al-Khindi bermula di Kufa, kemudiannya di Basrah dan akhirnya di Baghdad. Pengetahuan tentang pembelajaran yang hebat dimanfaatkan dan dilantik oleh Khalifah Al-Ma’mun sebagai ketua di Rumah Kebijaksanaan di Baghdad. Rumah Kebijaksaan adalah merupakan pusat yang baru sahaja ditubuhkan bagi penterjemahan teks-teks falsafah dan saintifik orang Yunani. Beliau juga terkenal kerana tulisan seni khatnya yang cantik dan pernah menjadi jurutulis kepada Mutawakkil. Beliau dikenali sebagai Alkindus dalam Bahasa Latin. Banyak buku-buku Al-Khindi diterjemah ke Bahasa Latin oleh Gherard of Cremona. Antara buku yang diterjemahkan ke Bahasa Latin termasuklah Risalah dar Tanjim, Ikhtiyarat Ayyam, Ilahyat-e-Aristu, Al-Mosiqa, Mad-o-Jazr dan Aduiyah Murakkaba. Al-Khindi merupakan seorang pakar dari pelbagai bidang pemikiran yang berbeza. Beliau merupakan pakar muzik, falsafah, astronomi, perubatan, geografi dan matematik. Beliau menulis sekurang-kurangnya dua ratus lima puluh buah buku, yang kebanyakannya menyumbang kepada bidang geometri (32 buku), Aritmetik (11 buku), perubatan dan falsafah (22 buku), logik (9 buku), Astronomi (16 buku), Psikologi (5 buah), muzik (7 buku) dan fizik (12 buku). Al-Khindi juga aktif dalam bidang penterjemahan dan beliau merupakan penterjemah awal yang terlibat dalam menterjemahkan hasil karya dalam Bahasa Yunani ke dalam Bahasa Arab. Hasil kerjanya sangat penting kerana beliau memperkenalkan dan mempopularkan falsafah Yunani di kalangan cendekiawan muslim. Jika tidak kerana usaha itu, tidak akan terhasil ahli-ahli falsafah seperti Al-Farabi, Ibn Sina (Avicenna) dan Al-Ghazali. Dalam matematik, beliau menulis beberapa buah buku yang ditujukan khas bagi sistem nombor dan banyak menyumbang bagi asas hisab moden. Al-Khindi juga mempopularkan angka Hindu-Arabik di kalangan orang Arab.

(6)

menulis kritikan terhadap teori-teori selari Euclid yang kemudian tersebar ke Eropah dan akhirnya menyumbang kepada perkembangan geometri bukan Euclid di sana.(Budi, 2005)

(Budi, 2005)BUDAYA ILMU DI KALANGAN PENDIDIK

Peranan ilmu pengetahuan merupakan asas kepada sesuatu bangsa dan tamadun. Jika iman dan agama menjadi tunjang kepada ilmu, maka ia akan mengukuhkan peribadi dan memberi kesejahteraan kepada seluruh umat dan alam sejagat. Ilmu adalah teras nilai agama Islam dan menduduki hierarki yang tertinggi. Penekanan terhadap ilmu dalam ajaran Islam jelas termaktub dalam sumber-sumber asas iaitu Al-Quran dan ajaran Nabi Muhammad saw. Penekanan kepada pembacaan merupakan perkara asas dalam usaha keilmuan. Pengiktirafan Allah sebagai sumber tertinggi ilmu pengetahuan manusia merupakan perkara awal yang diwahyukan ke atas nabi Muhammad saw. Wahyu pertama ini membawa maksud:

Bacalah (Wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menjadikan, Menjadikan insan dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia

apa yang tidak diketahuinya. (Surah al-‘Alaq, 96:1-5)

Membaca merupakan kunci kepada ilmu pengetahuan. Manusia perlu membudayakan amalan membaca untuk menguasai ilmu pengetahuan. Islam amat memberi penekanan kepada umat islam agar menuntut ilmu dan memberi pengiktirafan tertinggi kepada para ilmuan. Orang-Orang berilmu disebut senafas dengan para malaikat (surah Ali-Imran:18) Orang-orang berilmu juga akan takut akan Allah yang sebenarnya (surah Fatir:28) Banyak pesanan Rasulullah yang memberi penekanan menuntut ilmu. Menuntut ilmu itu wajib bagi setiap muslim (Hadith Riwayat ibn Majah dan al-Baihaqi), Penyebarluasan ilmu pengetahuan juga berlaku melalui penulisan. Menerusi kaedah penulisan, karya-karya ilmiah terdahulu selamat hingga ke hari ini. Ini kerana karya-karya ini terpelihara dalam bentuk penulisan dan bukan percakapan untuk menjamin ia terpelihara daripada hilang dan ditokok tambah. Al-Quran dan al-Hadith juga dihimpunkan dalam bentuk penulisan. Karya penulisan ilmuan islam seperti Al-Khawarizmi, Omar Khayyam, Ibnu- Sina dan Al-Kindi juga masih menjadi rujukan barat dan umat islam sehingga ke hari ini. Gabungan budaya membaca dan menulis digunakan oleh oleh ilmuan islam dalam menterjemah, membaca, mengkaji dan menilai kajian-kajian daripada tamadun terdahulu seperti Yunani, China, India, Parsi dan Mesir.

Guru sebagai pendidik di sekolah perlu menjadikan pembacaan sebagai budaya dan sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan supaya guru bukan sahaja menguasai konsep matematik, kreatif dan inovatif tetapi juga dapat menerapkan nilai-nilai murni di dalam pengajaran dan pembelajaran. Budaya ilmu ini sangat penting bagi guru-guru matematik supaya penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah boleh dibuat, mengajar secara kreatif dengan pelbagai strategi penyelesaian matematik dan dapat digunakan oleh pelajar di dalam kehidupan sehariannya serta dapat menerapkan nilai-nilai murni kepada para pelajar agar akhlak dan sahsiah yang baik terbentuk. Kementerian pendidikan juga sangat menggalakkan guru-guru membuat kajian tindakan dan membuat penulisan ilmiah. Kepimpinan melalui tauladan begitulah pepatah melayu ada menyebutkan supaya guru yang berilmu pengetahuan ini akan terus menjana kreativiti dan inovasinya supaya akan dapat melahirkan lebih ramai pelajarnya yang dapat berfikir secara kritis, lebih berkeyakinan dan cemerlang di dalam akademik dan dalam masa yang sama sahsiah dan akhlaknya juga terbina seterusnya dapat menjana tokoh-tokoh ilmuan yang tersohor di masa depan seperti Zaman Kegemilangan Islam Kurun ke13 Masihi.

(7)

Islam amat menggalakkan penciptaan kreativiti dan inovasi. Budaya penyelidikan dan pembangunan berasaskan nilai-nilai Islam terutama di dalam bidang sains, teknologi dan matematik mampu membangunkan tamadun Islam yang gemilang seperti di masa lampau. Seharusnya kegemilangan tamadun pada masa lampau dijadikan iktibar, inspirasi dan motivasi kepada umat Islam hari ini bagi merangka dan merencana kejayaan di masa depan dengan melahirkan lebih ramai ilmuan Islam yang tersohor. Kegemilangan sesuatu tamadun adalah berasaskan penguasaan ilmu pengetahuan tamadun tersebut. Keupayaan mengembangkan dan menyebarluaskan ilmu pengetahuan juga adalah penting. Kegemilangan sebuah tamadun terletak atas penguasaan ilmu pengetahuan tamadun tersebut. Bukan setakat ilmu pengetahuan malahan keupayaan mengembangkan dan menyebarluaskan ilmu pengetahuan juga adalah penting bagi memastikan keutuhan dan kemantapan tamadun tersebut. Di samping itu, kejayaan tamadun juga dilihat kepada sejauh mana tamadun itu dapat menterjemahkan ilmu pengetahuan yang dimiliki oleh satu-satu tamadun. Apabila akidah Islam menjadi anutan manusia, maka berlakulah perubahan-perubahan yang mewujudkan tamadun yang gemilang dan mengubah asas-asas ilmu berkaitan akidah, falsafah, politik, ekonomi, seni dan sains. Dengan terbangunnya pusat-pusat kecemerlangan ilmu seperti di Baghdad, Kufah, Mosul, Tus, Isfahan, Maragha, Kaherah, Fez, Khurasa, Cordoba, Toledo, Aleppo, Granada dan sebagainya, penyelidikan dan pembangunan dalam cabang ilmu berjalan dengan begitu pesat sekali. Kemuncak Tamadun Islam dapat dilihat sekitar Kurun ke-13 Masihi. Penemuan demi penemuan oleh tokoh Ilmuan Islam bukan hanya dalam bidang matematik (Al-Jabar, Algorithm, sistem nombor, pecahan, sin, kos, tangen) tetapi dalam bidang astronomi (ukuran dan bentuk bumi/diameter bumi/ilmu falak) geografi (peta), optic (pelopor kepada wayang gambar), ilmu pelayaran (kompas dan navigator), fizik(pengukuran berat/ specific gravity/ peredaran bumi) dan perubatan (pengubatan/peredaran darah/dos ubat/ tracheotomy/ parasitologi), Kreativiti, inovasi, penemuan dan ciptaan baharu yang diperkenalkan semasa kegemilangan tamadun Islam melonjakkan peradaban manusia ke satu tahap yang lebih tinggi. Ini juga selaras dengan pendekatan Islam Hadhari yang dipelopori oleh Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi dengan ucapan pembentangan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9) iaitu:

Kita mahu kemajuan yang bersifat holistik, merangkumi kesemua cabaran yang terkandung dalam wawasan 2020. Kita mahu kemajuan yang dapat dinikmati semua, secara saksama tanpa mengira agama atau kaum. Kita mahu membina tamadun Negara, seiring dengan kecemerlangan tamadun Islam dan tamadun-tamadun lain, selaras dengan Islam Hadhari.

(8)

terhadap nombor, terhadap kegiatan berbentuk eksplorasi. Konsep pengajaran dan pembelajaran secara didik hibur dan menyeronokkan akan menjadikan pelajar berminat dan terlibat aktif di dalam pembelajaran. Selain kecerdasan Logik Matematik, kecerdasan Muzik juga diterapkan dengan melagukan sifir 2 hingga 9 ini. Guru akan melagukan sifir 2 hingga 9 ketika pengajaran dan kemudian barulah pelajar-pelajar akan menyanyi beramai-ramai mengikut rima yang diajar oleh guru. Apabila pelajar-pelajar telah menguasai nyanyian kemudian baru guru akan mengajar membina sifir sambil menyanyi dan cara menggunakan sifir tersebut bagi menjawab soalan darab dan bahagi. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi juga akan turut dijana apabila guru menggunakan pelbagai strategi kreatif di dalam pengajaran dan pembelajaran.

Thomas Armstrong juga telah banyak menulis tentang kecerdasan pelbagai dan telah mempunyai pengalaman yang banyak dalam mengajar kanak-kanak. Dia berharap teori kecerdasan yang dicipta olehnya akan menjadikan kanak-kanak lebih mudah memahaminya dan menjadikan mereka lebih bijak. Amstrong (2003) telah mencipta 8 kecerdasan iaitu: (1) Word Smart, (2) Music Smart, (3) Logic Smart, (4) Picture Smart, (5) Body Smart, (6) People Smart, (7) Self Smart, and (8) Nature Smart. (Amstrong, 2003). Teori Kecerdasan pelbagai yang dikemukakan oleh Gardner (1983) dan Amstrong (2003) ini sangat relevan untuk diterapkan di dalam pembelajaran matematik. Pembelajaran matematik menggunakan pelbagai strategi yang kreatif dan inovatif di harap dapat menarik minat murid meminati subjek yang diannggap sukar sebelum ini seterusnya menggilap pelbagai kecerdasan pelajar sama ada Kecerdasan Logik Matematik, Muzik, Logic Smart atau Music Smart.

(9)

dalam bidang matematik, guru perlu menguasai ilmu pengetahuan matematik. “Orang yang kreatif mempunyai beberapa ciri khusus. Mereka mempunyai keupayaan intelek untuk menerbitkan idea-idea yang kreatif, dapat menggunakan stail berfikir kreatif, memiliki ilmu yang secukupnya dalam bidang berkaitan dan mempunyai ciri-ciri personaliti yang membolehkan dia menjadi kreatif” (Ainon & Abdullah, 1997) ms 226. Islam amat mementingkan kreativiti dan inovasi dan guru juga berperanan menjana akhlak dan sahsiah dengan menerapkan nilai-nilai murni di dalam pengajaran dan pembelajaran.

Nabi Muhammad iaitu Rasulullah saw sebagai guru pertama (al-muallim al-awwal) walaupun Baginda merupakan seorang yang ummi, Allah telah menganugerahi Baginda dengan ilmu pengetahuan dan Baginda telah tampil ke tengah-tengah masyarakat untuk mengajarkan ilmu pengetahuan. Baginda adalah guru pertama yang mengajar kebaikan dengan gaya pendidikan yang sangat baik, ucapan yang fasih, perkataan yang bersih, kaedah yang menyenangkan, isyarat yang lembut, selalu berjiwa cerah, berlapang dada, halus perangainya, melimpah kasih-sayangnya, bijaksana, memiliki pemerhatian yang cukup besar, tinggi kecerdasannya, matang pemerhatiannya dan sentiasa ramah kepada sesiapapun. Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya aku telah diutus (oleh Allah) sebagai seorang guru (pendidik manusia). (Hadis Riwayat Ibnu Majah). Keperibadian, perilaku dan perkataan Baginda hakikatnya adalah suatu pendidikan. Akhlak Baginda adalah al-Quran dan Allah menjadikannya sebagai contoh teladan. Firman Allah: Sesungguhnya pada diri Rasulullah saw terdapat teladan yang baik bagi sesiapa sahaja yang mengharapkan (pertemuan dengan) Allah dan hari akhir serta banyak mengingati Allah. (Surah Al-Ahzab:21) Akhlak dan keperibadian Rasulullah sepatutnya menjadi idola/ikutan dan contoh teladan bagi semua pendidik dan pelajar di sekolah bagi memastikan kecemerlangan pendidikan bersifat holistik dan bersepadu. Kita mahu melahirkan lebih ramai jurutera, doktor, peguam, ahli sains, akauntan, pensyarah, ahli akademik, ahli falsafah, pakar ekonomi yang bukan sahaja cemerlang di dalam bidangnya tetapi dalam masa yang sama mempunyai keimanan dan ketakwaan kepada Allah.

Kaedah Pendidikan yang diajar oleh Baginda Rasullullah saw adalah melalui teladan akhlak yang mulia, pendidikan secara bertahap, memerhatikan situasi dan keadaan pelajarnya, mengajar secara selektif dan disesuaikan dengan kemampuan anak didik, secara interaktif (dialog/ bersoal-jawab), melalui pertanyaan (berfikir secara rasional), mengajukan pertanyaan untuk menyelami kefahaman para sahabat/pelajarnya, kaedah Tamsil (membuat perumpamaan/ analogi), melukis di atas tanah, secara lisan dan isyarat tubuh, menunjukkan sesuatu, menjawab pertanyaan sahabat sesuai dengan apa yang ditanyakan, memberikan jawapan dengan panjang lebar melebihi kadar pertanyaan, menyelitkan elemen senda-gurau, mengulangi penjelasannya untuk memperkuatkan isi didikannya, memberikan nasihat dan peringatan, memberikan dorongan dan motivasi, menceritakan kisah dan berita masa lalu/ sejarah lepas, menitikberatkan pendidikan dan nasihat bagi kaum wanita, menjadikan tulisan (teks) sebagai kaedah dalam pendidikan, menggalakkan mempelajari bahasa asing dan mendidik dengan keperibadian yang luhur.

(10)

menitikberatkan akhlak dan sahsiah yang terpuji. Peranan guru dalam menerapkan nilai-nilai murni semasa pengajaran dan pembelajaran di harap dapat membentuk pelajar yang bukan sahaja cemerlang di bidang akademik tetapi dalam masa yang sama, dapat menjana akhlak yang luhur dan terpuji. Guru yang mengamalkan konstruktivisme, pengajaran berpusatkan murid, dapat merancang dan sentiasa kreatif dan inovatif serta sentiasa menambahbaik amalan pengajarannya memberi kesan yang sangat positif kepada pelajar-pelajarnya. Motivasi, minat, sikap dan keputusan pencapaian murid akan meningkat apabila mereka seronok dengan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Penyelesaian masalah yang sukarpun akan menjadi mudah kepada mereka kerana pelajar akan lebih kreatif dan aktif dan mendorong pelajar ke arah Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Di harap Amalan Konstruktif Matematik (AKM) ini menjadi salah satu contoh praktis di dalam melahirkan pedagogi guru matematik yang kreatif dan inovatif dan dapat membuat penambahbaikan berterusan di dalam bilik darjah selaras yang disarankan oleh Islam. Islam sebagai ad-deen merupakan satu cara hidup yang lengkap dan komprehensif mencakupi segala aspek pengendalian hidup untuk individu, masyarakat dan negara untuk mewujudkan sebuah tamadun manusia yang sihat berasaskan keesaan kepada Allah.

AMALAN KONSTRUKTIF MATEMATIK (AKM)

Budaya penyelidikan dan pembangunan berteraskan nilai Islam amat digalakkan dalam Islam kerana budaya inilah yang membawa kepada kemajuan dan kegemilangan tamadun Islam yang terdahulu. Budaya penyelidikan dan pembangunan ini ialah budaya yang mengkaji, meneliti dan membangunkan sains dan teknologi dan perlulah dipandu oleh nilai-nilai akhlak Islam. Amalan Konstruktif Matematik (AKM) yang dibina oleh penyelidik merupakan satu kaedah membina sifir 2 hingga 9 menggunakan teknik didik hibur iaitu menyanyi sambil membina sifir. Setiap sifir mempunyai susunan pola nombor yang tersendiri, mempunyai rima yang berulang dan penyelidik menciptanya melalui penelitian susunan pola hasil darab. Kreativiti dan inovasi ketika pengajaran akan dapat menjadikan pembelajaran lebih menyeronokkan.“Kreativiti ialah suatu potensi. Potensi itu ada pada setiap individu. Orang yang kreatif adalah orang yang menggunakan potensi yang ada pada mereka. Individu yang berlainan mempunyai potensi kreativiti dalam bidang masing-masing” (Ainon & Abdullah, 1997) ms 224. Berikut adalah manual pembinaan AKM bermula daripada sifir 2 hingga 9:

SIFIR 2

Bagi membina sifir 2, murid akan menyanyikan 0, 2, 4, 6, 8 . Rima yang sama diulang semula 0, 2, 4, 6, 8 dan meletakkannya di sebelah kanan. Murid akan menyanyikan 0, 0, 0, 0, 0 iaitu 0 disebut 5 kali dan disambung dengan 1, 1, 1, 1, 1 iaitu 1 disebut 5 kali, kemudian meletakkannya di sebelah kiri. Melihat kepada pola hasil darab, pada asalnya penyelidik tidak meletakkan nombor 0 pada permulaan sifir, tetapi untuk mendapatkan rima yang sama, nombor 0 penyelidik letakkan di permulaan supaya mempunyai rima yang sama sewaktu pengulangan nyanyian.

SIFIR 3

Pembinaan sifir 3, bermula dengan murid akan membuat 3 garisan menegak. Murid akan mula menyanyi mengikut turutan nombor iaitu 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9 bermula dari lajur pertama menaik ke atas. Kemudian, barulah menyanyikan 0, 0, 0 iaitu 0 disebut 3 kali 1, 1, 1 iaitu 1 disebut 3 kali dan 2, 2, 2 iaitu 2 disebut 3 kali serta diletakkan di sebelah kiri ke kanan nombor.

SIFIR 4

(11)

SIFIR 5

Bagi Sifir 5, murid akan menyanyikan 5, 0, 5, 0, 5, 0, 5, 0, 5, 0 iaitu nombor 5 dan 0 disebut 5 kali serta diletakkan di sebelah kanan. Kemudian barulah dinyanyikan 0, 1, 1, 2, 2, 3, 3, 4, 4, 5. Jika dilihat pada pola nombor di sebelah kanan, semua nombor berulang kecuali 0 dan 5.

SIFIR 6

Pembinaan Sifir 6 bermula dengan nyanyian 0, 6, 2, 8, 4 . Kemudian, rima nyanyian yang sama diulang semula dan diletakkan di sebelah kanan. Rima nyanyian sifir 6 ini sama dengan rima sifir 4. Di sebelah kirinya pula dinyanyikan 0, 0, 1, 1, 2, 3, 3, 4, 4, 5. Pola nombornya semua berulang kecuali nombor 2 dan 5.

SIFIR 7

Sifir 7 mempunyai pola yang hampir sama dengan sifir 3. Dimulakan dengan menyanyikan 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9 murid hanya perlu menyanyi mengikut turutan nombor 1 hingga 9 dan letakkannya di kotak dari kanan , atas ke bawah. Manakala nyanyian 0, 1, 2, 2, 3, 4, 4, 5, 6 diletakkan dari kiri ke kanan bagi tiga baris. Pola nombor yang diulang adalah nombor yang ketiga bagi setiap baris iaitu nombor 2 dan 4.

SIFIR 8

Pengulangan nyanyian rima yang sama seperti rima sifir 2 untuk sifir 8 ini. Murid mula menyanyi 0, 2, 4, 6, 8 diulang sebanyak 2 kali. Kemudian barulah dinyanyikan 0,1,2,3,4,4,5,6,7,8 dan diletakkan di sebelah kiri. Jika dilihat pada polanya, hanya nombor 4 yang diulang di sini.

SIFIR 9

Pembinaan sifir yang paling mudah bagi sifir Sembilan. Murid hanya perlu menyanyikan nombor mengikut turutan bermula 0 hingga 9 iaitu 0,1,2,3,4,5,6,7,8,9 dan letakkannya di sebelah kiri. Kemudian diulang semula nyanyian rima tadi dan diletakkan di sebelah kanan.

(12)

Jadual 1 (AMALAN KONSTRUKTIF MATEMATIK) Sifir 2 hingga 9

* one, two, three, four, five, six, seven, eight, nine

(13)

Hanya nombor 2 dan 5 sahaja yang tidak berulang.

* one, two, three, four, five, six, seven, eight, nine

(14)

Sifir 9

Turun (kiri) : 0,1,2,3,4,5,6,7, 8,9 Naik (kanan) : 1 – 8

Sebutannya (lagu)=

*one, two, three, four, five,six, seven, eight, nine

**one, two, three, four, five,six, seven, eight, nine

*0 9 1 8 2 7 3 6 4 5 5 4 6 3 7 2 8 1 9 0 **

Nota : *Nombor yang dinyanyikan ditulis dahulu **Nombor yang dinyanyikan ditulis kemudian

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN AMALAN KONSTRUKTIF MATEMATIK (AKM)

Islam sangat mementingkan kreativiti dan inovasi agar umat islam terus maju terutama di dalam pendidikan. Kecemerlangan tamadun terdahulu terbentuk dengan tradisi pendidikan dan keilmuan yang mantap. Rasululullah saw merupakan seorang guru yang terbaik dan didatangkan dengan pakej lengkap di dalam pendidikan dengan akhlak dan sahsiah yang mulia. Imam al-Ghazali juga menyatakan di dalam Kitabnya Mizanul Amal: Orang yang mempunyai ilmu berada di dalam keadaan berikut:1. Mencari dan memanfaatkan ilmu, 2. Mencari ilmu sehingga tidak perlu bertanya lagi, 3. Memberikan wawasan ilmu dan mengajarkannya, tugas ini adalah yang termulia baginya. Oleh itu, sesiapa yang memperoleh ilmu, kemudian memanfaatkannya dan mengajarkannya kepada orang lain diumpamakan seperti matahari yang bersinar dan menyinari orang lain. Ia juga laksana kasturi yang mengharumkan dan ia sendiri harum. (Abdul Salam, 2003)Pengajaran guru adalah merupakan ibadah dan diharap dapat menerapkan nilai-nilai akhlak Islam di dalam bilik darjah semasa pengajaran dan pembelajaran. Penyelidik namakan ini sebagai Amalan Konstruktif Matematik (AKM). Murid-murid perlu didedahkan kepada teknik-teknik dan peraturan yang tepat dan mudah secara beransur-ansur. Murid diberi penekanan dengan cara menghafal siri nombor, tambah berganda, melagukan sifir di dalam Bahasa Inggeris dan cara penulisan sifir. Murid seterusnya diberikan latih tubi membuat AKM ini secara konsisten. Ini dapat membantu murid-murid yang tidak dapat menghafal sifir menggunakan teknik yang lama dan meningkatkan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Aktiviti pengajaran menggunakan AKM:

1. Guru menggunakan CD EKSPLORASI SIFIR semasa pengajaran 2. Guru menyanyikan lagu sifir.

3. Guru mengajar murid menyanyi secara berulang-ulang.

4. Setelah murid dapat menguasai nyanyian, guru akan mengajar kaedah membina sifir 2 hingga 9 secara bertulis (menyanyi sambil membina sifir). 5. Guru membuat membuat bimbingan kepada pelajar yang lemah.

6. Guru menerangkan cara penggunaan jadual sifir (meletakkan nombor di sebelah jawapan sifir bagi menjawab soalan darab dan bahagi).

7. Guru menguji penguasaan murid dalam penggunaan sifir .

8. Guru memberikan latih tubi, pengukuhan dan kuiz secara bertulis dan congak.

(15)

penggunaannya juga. Guru juga boleh meminta murid meletakkan nombor 1-10 di pada sifir yang telah dibina untuk memudahkan murid mendapatkan jawapan bagi soalan berbentuk darab atau bahagi.

PENGGUNAAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PdP)

Sains dan Teknologi adalah bidang ilmu penting yang perlu dikuasai di dalam Pendidikan Alaf 21. Penggunaan ilmu sains dan teknologi amat penting bagi umat Islam sebagai Khalifah mentadbir alam ini dengan baik dipandu dengan nilai akhlak yang digariskan dalam Islam. Firman Allah “ Kalian adalah umat terbaik yang dikeluarkan kepada umat manusia (iaitu agar) kalian menyuruh mereka berbuat makruf dan mencegah daripada berbuat kemungkaran (Surah Ali Imran: 110). Justeru, umat islam perlu mengorak langkah memperlengkapkan diri dalam segenap bidang ilmu pengetahuan dan seterusnya mempertingkatkan kemampuan membangunkan sains dan mencipta teknologi sendiri. Guru dan pelajar perlulah mahir di dalam penggunaan teknologi, celik Teknologi Maklumat, berkemahiran menghasilkan produk berteknologi tinggi, seiring dengan hasrat pendidikan agar kita bukan sahaja tahu mnggunakan teknologi, tetapi dapat mencipta/membangunkan teknologi sendiri. Penyelidik telah menyediakan CD EKSPOLASI SIFIR untuk memudahkan pengajaran Amalan Konstruktif Matematik (AKM) di dalam bilik darjah menggunakan ppt power point presentation. Di dalam CD ini mengandungi nyanyian sifir 2 hingga 9 yang boleh didengar berulang kali oleh para pelajar. Manual pembinaan sifir juga ada diletakkan untuk memudahkan pelajar yang baru menguasainya dan pelajar yang lemah mengikuti langkah-langkah pembinaan sifir. Tambahan lagi, latih tubi darab dan bahagi secara interaktif juga disediakan sebagai latihan pengukuhan kepada para pelajar. Guru membawa murid ke makmal komputer untuk menggunakan CD EKSPLORASI SIFIR (Gambarajah 1) dan juga membenarkan murid membawanya pulang ke rumah selama seminggu. Penggunaan teknologi ICT seperti ini menjadikan pelajar lebih celik IT dan diharapkan dapat menarik minat murid terhadap subjek matematik.” Kehadiran Teknologi, terutama teknologi eletronik seperti kalkulator dan komputer telah menukar fungsi pengajaran dan pembelajaran matematik kerana ia membekalkan satu tapak bagi mempercepatkan dan mempelbagaikan aktiviti dan bentuk persembahan. Dengan penggunaan teknologi, pelajar berupaya berkomunikasi dan membantu dalam penyelesaian masalah” (Noraini, Ester Gnanamalar, & Rohaida, 2004)ms 36-37.

(16)

KESIMPULAN

Tokoh-tokoh ilmuan islam seperti Al-Khawarizmi, Al-Khindi dan Omar Khayyam memberi sumbangan yang cukup bernilai bukan sahaja di dalam bidang matematik tetapi dalam pelbagai disiplin ilmu yang lain seperti falsafah, astronomi, perubatan, geografi, muzik, kesusasteraan, agama , fizik dan psikologi telah memberikan sumbangan kepada kemajuan kemanusian sama ada dalam tamadun islam dan juga tamadun barat . Hasil karya agong mereka masih relevan dan masih dijadikan rujukan sehingga ke hari ini. Semoga ilmu pengetahuan ini dapat menjadi rujukan dan idola kepada guru matematik agar dapat mempraktiskan amalan ini secara kreatif dan inovatif di dalam pengajaran dan pengajaran. Amalan Konstruktif Matematik (AKM) ini di harap dapat memberikan sumbangan kepada guru matematik supaya lebih kreatif dan inovatif dan dapat memperbaiki amalan pengajaran dan dapat mengaplikasikan teknik ini di dalam bilik darjah masing-masing serta dapat membuat penambahbaikan berterusan di dalam bilik darjah. Selepas aktiviti ini dibuat, murid-murid sudah pandai membina sifir 2 hingga 9 dan mereka juga tahu menggunakannya bagi menyelesaikan soalan darab dan bahagi. Murid-murid di sekolah rendah sukakan aktiviti nyanyian dan pelbagai aktiviti menarik. Islam amat menggalakkan guru yang kreatif dan inovatif terutama ketika mengajar subjek matematik yang dianggap sukar oleh kebanyakan murid. Guru matematik bertanggungjawab memastikan pelajar-pelajarnya menguasai konsep dan pembelajaran di dalam bilik darjah supaya mereka dapat menyelesaikan pelbagai masalah yang berkaitan dalam kehidupan mereka. Pedagogi yang kreatif dan berinovasi di dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) perlu diterapkan supaya dapat menarik minat pelajar dan penambahbaikan amalan pengajaran guru sentiasa dapat ditingkatkan. Matematik merupakan satu pembelajaran yang menyeronokkan dan mudah, jika pelajar minat dan menyukainya. Pelbagai strategi dalam penyelesaian masalah matematik boleh digunakan oleh pelajar dan ini dapat melahirkan pelajar yang kreatif, mampu membuat keputusan dengan bijak dan berfikir secara kritis sekaligus dapat menjana Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Kebijaksanaan dan kecemerlangan guru dalam bilik darjah amat diperlukan untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran berkesan dan efektif. Amalan refleksi guru juga sangat membantu di dalam membuat penambahbaikan berterusan di dalam bilik darjah. Islam amat mementingkan pembangunan dan penambahbaikan dalam setiap aspek kehidupan. Penemuan para tokoh ilmuan Islam di dalam pelbagai bidang, menunjukkan kebesaran penciptaan Allah, lebih mendekatkan kita kepada Allah dan umat Islam dapat mengamalkannya di dalam kehidupan seharian berpandukan nilai-nilai akhlak Islam. Justeru, usaha yang gigih dan bersepadu daripada semua pihak sangat diperlukan untuk memastikan pelajar kita cemerlang bukan sahaja di dalam bidang akademik tetapi juga akhlak dan sahsiahnya.

RUJUKAN

Abdullah, H., & Ainon, M. (2009). Guru Sebagai Pendorong Dalam Darjah (Cetakan Keenam ed.). Batu Caves, Kuala Lumpur: Percetakan Zafar Sdn. Bhd.

Abdul Razak, I., & Anis, K. K. (2011). Pembangunan perisian berpandukan komputer (PBK) matematik Tingkatan Satu bertajuk luas. Journal of science and mathematics Educational, 2, 67-78.

Abu Bakar, N. (2013). Kurikulum ke arah penghasilan kemahiran berfikiran kritis, kreatif dan inovatif. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 1(1), 10-17.

Akhmad, J. (2013). Description of Mathematical Creative Thinking and Reasoning Ability of SMP Students in Islamic Culture-Based Learning. International Journal for

(17)

Abdul Halim, R. (1965). Memahami Islamisasi ilmu dari Pemikiran Prof Ismail Ragi Al-Faruqi. Subang Jaya: Pusat penerbitan Universiti (UPENA).

Abdul Salam, Y. (2003). Imam Al-Ghazali: Pendidikan Berkesan. Klang, Selangor: Utusan Publications and Distributions Sdn Bhd.

Ainon, M., & Abdullah, H. (1997). Seni berfikir kreatif (Cetakan kedua ed.). Cheras, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Al Ustadz Ing Abdul Razak, N. (1999). Tokoh-tokoh cendekiawan Muslim: Kalam Mulia Jakarta.

Amstrong, T. (2003). You're smarter than you think- A kids's Guide to Multiple Intelligences. Canada: Free Spirit Publishing Inc.

Budi, Y. (2005). Ilmuan Islam Pelopor Sains Moden Sesi 1: Jabir Ibn Hayyan, Jahiz, Al-Farghani, Al-Khawarizmi. Jakarta Timur: Pustaka Qalami.

Gardner, H. (2006). Multiple Intelligences- New Horizons (cetakan 2006 by Howard Gardner ed.). New York: Basic Books-A Member of the Persues Books Group.

Khairul Azmi, M., Salleh, S. M. S. S. M., & Ismail, N. (2010). Ke arah Umat Hadari. Kuala lumpur: univision Press Sdn Bhd.

Noraini, I., Ester Gnanamalar, S. D., & Rohaida, M. S. (2004). Teknologi dalam pendidikan sains dan matematik (Cetakan pertama ed.). Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Riza, S. (2008). Konsep Pendidikan Islam Menurut Pemikiran Ibn Khaldun: Suatu Kajian Terhadap Elemen-Elemen Kemasyarakatan Islam [BP174. S984 2008 f rb]. Universiti Sains Malaysia.

Sucipto, H. (2008). The Great Muslim Scientist: Pemikiran & Penemuan 22 ilmuan Muslim Kebanggaan Dunia. Jakarta Selatan: Grafindo Khazanah Ilmu.

Referensi

Dokumen terkait

Tingkat pencemaran Turbidity terjadi hanya pada kategori kelas pencemaran Tidak Tercemar meliputi areal seluas 3348,15 Ha atau 61,54% dari luas Sub DAS Way Kandis Hulu

Perpustakaan ada ruangan yang berisikan kumpulan buku ilmu pengetahuan. Pada bangunan Surakarta Fun Kidspace, perpustakaan dapat dinikmati oleh semua kalangan dari

pembelajaran fisika untuk siswa MTs LB/A Yaketunis kelas VIII, (b) kualitas gelas ukur Braille dan neraca pegas Braille sebagai media pembelajaran menurut ahli media

Melalui proses pembelajaran materi Desain Dasar Seni Rupa dua dimensi (Berkreasi Garis) peserta diharapkan menemukan ide-ide baru dan teknik-teknik yang unik

a) Menyiapkan prosedur perakitan dan pemasangan PHB Penerangan fasa tunggal dan atau fasa tiga sesuai dengan persyaratan yang berlaku. b) Menyiapkan Alat kerja,

Berdasarkan kondisi di atas perlu mengembangkan e-market atau e-marketplace yaitu suatu tempat atau arena di dunia maya dimana calon pembeli saling bertemu untuk

Pada penelitian ini menggunakan tiga model pendekatan untuk mengetahui minat memilih mahasiswa ITS dimana tiga model tersebut hasil penelitian sebelumnya yaitu

Responden pengguna media sosial digolongkan sebagai pertisipan pasif karena responden pengguna media sosial menggunakan media sosial mereka dengan hanya melihat bahkan