Tawaran adalah dipelawa daripada syarikat-syarikat tempatan yang telah berdaftar dengan Kementerian Kewangan di Putrajaya/Kuala Lumpur/Selangor bawah kod bidang 221401
bagi menyertai sebut harga seperti berikut : -
1. Dokumen sebut harga boleh diperolehi mulai 3 OGOS 2017 di Laman Web Perolehan www.eperolehan.com.my (untuk pembekal yang berdaftar dan telah diperbolehkan penggunaan sistem eP sahaja).
2. Syarikat perlu menghantar tawaran manual sebagaimana dinyatakan di dalam dokumen sebutharga dan mengunci masuk cadangan tawaran teknikal serta cadangan tawaran harga ke dalam sistem ePerolehan. Tawaran yang dihantar melalui Sistem sahaja tidak akan diperakukan.
3. Dokumen sebut harga yang telah lengkap diisi secara manual hendaklah dimasukkan ke dalam peti sebut harga di Seksyen Perolehan Bahagian Kewangan, Aras 7, Blok C4, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62662 Putrajaya
sebelum atau pada jam 12.00 tengahari, 10 OGOS 2017 (KHAMIS). Tawaran yang
lewat tidak akan diterima.
NAMA TAWARAN :
PERKHIDMATAN SEWAAN DAN SELENGGARA POKOK HIDUP HIASAN (BERPASU) BAGI TEMPOH DUA (2) TAHUN DI KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI (MOSTI)
NO. TAWARAN SEBUTHARGA
: MOSTI/PTD/SH/14-2017
TARIKH IKLAN : 3 OGOS 2017
TARIKH TUTUP : 10 OGOS 2017 (KHAMIS) – JAM 12.00 TENGAHARI