• Tidak ada hasil yang ditemukan

aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa"

Copied!
15
0
0

Teks penuh

(1)

aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

PENGETAHUAN PEDAGOGI GURU CEMERLANG BAHASA MELAYU DALAM PENGAJARAN KOMPONEN SASTERA: SATU KAJIAN KES

(Pedagogical Knowledge among Excellent Teachers of Malay Language in Teaching Literature Component: A Case Study)

Mohd Rohiman Subri1*, Rohizani Yaakub1

1Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, Malaysia *Corresponding Author: rohiman547@gmail.com

Received: 2 February 2021 • Accepted: 3 April 2021 • Published: 30 April 2021

Abstract

Excellent teachers of Malay language should have pedagogical knowledge when they are conducting their literature component teaching and learning. Mastery of pedagogical knowledge will help them to achieve the goal of learning literature component which is to enhance students' language skills. This article aims to explore the pedagogical knowledge among excellent teachers of Malay language during their literature component teaching session. Therefore, qualitative research approach with case study has been applied in this study. Seven informants were purposively selected and interviewed in depth to obtain data. The results of the study found that pedagogical knowledge in terms of the chosen approach by the informants are communicative, thematic, entertaining and modular approach. Apart from that, they also diversity in terms of teaching aids by using technology and printed materials. The findings for the classroom management shows that Malay language excellent teacher are able to manage their classroom systematically and orderly. Thus, this study can provide guidance to the Malay language teachers on the need to equip themselves with the pedagogical knowledge in implementing their literature component teaching and learning.

Keyword: Literature component, excellent teacher, Malay Language, case study

Abstrak

Guru cemerlang bahasa Melayu seharusnya mempunyai pengetahuan pedagogi dalam mengendalikan pengajaran dan pembelajaran (PdP) komponen sastera (komsas). Penguasaan terhadap pengetahuan

http://dx.doi.org/10.37231/apj.2021.4.1.251

(2)

pedagogi akan membantu mereka untuk mencapai matlamat pembelajaran komponen sastera iaitu dengan mewujudkan keterampilan berbahasa murid. Makalah ini bertujuan meneroka pengetahuan pedagogi terhadap pengajaran guru cemerlang bahasa Melayu dalam pengajaran komsas. Oleh itu, pendekatan kajian kualitatif kajian kes telah digunakan dalam kajian ini. Tujuh orang informan telah dipilih secara bertujuan dan ditemu bual secara mendalam bagi mendapatkan data. Hasil kajian mendapati pengetahuan pedagogi dari segi pendekatan yang dipilih ialah pendekatan komunikatif, tematik, didik hibur dan modular. Selain itu, mereka juga turut mempelbagaikan dari segi bahan bantu mengajar iaitu dengan menggunakan teknologi serta bahan bercetak. Dapatan kajian bagi pengurusan bilik darjah mereka juga sangat sistematik dan teratur. Oleh itu, implikasi kajian ini dapat memberi panduan kepada guru-guru bahasa Melayu terhadap keperluan melengkapkan diri dengan pengetahuan pedagogi dalam melaksanakan PdP komponen sastera.

Kata kunci: Komsas, guru cemerlang, Bahasa Melayu, kajian kes

PENGENALAN

Komponen Sastera (komsas) merupakan teks sastera yang diwajibkan kepada murid untuk dipelajari dengan hasrat dapat membangunakan murid selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Fokus utama pengenalan komsas ini adalah dengan bertujuan untuk memastikan murid cekap berbahasa serta mempunyai tingkah laku yang selaras dengan ciri-ciri warganegara Malaysia. Unsur kebudayaan Malaysia turut digarapkan dalam karya-karya komsas bagi menyemai jati diri sebagai rakyat Malaysia (KPM, 2016). Pengenalan Dokumen Standard Kurikulum Pendidikan Bahasa Melayu dilihat masih mengekalkan komsas sebagai sumber pembelajaran kepada murid (KPM, 2018). Namun perubahan yang berlaku komsas bertindak sebagai bahan bagi menyokong pembelajaran bahasa Melayu.

Perubahan yang berlaku menuntut guru cemerlang bahasa Melayu (GCBM) mempelbagaikan kaedah penyampaian pengajaran komsas. Guru cemerlang telah dilantik oleh Kementerian Pendidikan Malaysia melalui pemantauan oleh Jemaah Nazir Persekutuan Kementerian Pendidikan Malaysia seharusnya mempunyai pengetahuan pedagogi yang kukuh dalam diri mereka. Pengetahuan pedagogi merupakan aspek terpenting untuk memastikan keberkesanan dalam penyampaian pengajaran dan pembelajaran komsas. Kreber dan Cranton (2000) berpendapat pengetahuan pedagogi dapat dijelaskan sebagai kaedah dan cara bagi seseorang guru menyampaikan kandungan pengajaran mereka. Selain itu, Abd. Shatar (2007) berpendapat pengetahuan pedagogi akan menentukan corak dan hala tuju pengajaran sesorang guru dengan melibatkan pemilihan pendekatan yang akan digunakan dalam pengajaran.

Ong Sze Chong (2018) dalam kajiannya mendapati pengajaran guru cemerlang bahasa Melayu masih lagi menggunakan pendekatan yang stereotaip sehingga menjadi punca murid bosan terhadap pengajaran mereka. Malah mereka juga turut memilih pendekatan kuliah dalam pengajaran bahasa

Cite as: Subri, M. R. & Yaakub, R. (2021). Pedagogical Knowledge among Excellent Teachers of Malay

(3)

Melayu. Oleh itu, penting kajian ini dilaksanakan untuk melihat pengetahuan pedagogi guru cemerlang dalam pengajaran komsas. Tambahan pula, pengajaran komsas memerlukan persediaan yang rapi oleh mereka terutamanya aspek pedagogi dalam memastikan penyampaian isi pelajaran dengan sebaiknya. Justeru, objektif kajian ini adalah seperti berikut iaitu mengenal pasti pendekatan yang dipilih oleh guru cemerlang dalam pengajaran komsas, mengenal pasti jenis alat bantu mengajar yang digunakan guru cemerlang dalam pengajaran komsas dan mengenal pasti pengurusan bilik darjah yang diamalkan oleh guru cemerlang dalam pengajaran komsas.

Shulman (1987) telah memperkenalkan model Pengetahuan Pedagogikal Isi Kandungan bagi memastikan persediaan pengajaran yang berkesan dapat diwujudkan oleh guru-guru. Pengetahuan pedagogikal kandungan terbentuk hasil daripada gabungan terhadap pengetahuan kandungan dan pengetahuan pedagogi seseorang guru (Norhasliza & Zaleha, 2008). Pengetahuan dilihat sangat penting untuk menentukan penyampaian isi pelajaran dapat dilakukan dengan berkesan terhadap murid. Bonner (2001) berpendapat pengetahuan pedagogi bertindak sebagai satu kepercayaan dalam menggunakan pendekatan, strategi serta kaedah yang digunakan mereka dalam penyampaian kurikulum.

Pengajaran dan pembelajaran terjejas apabila guru tidak menguasai pengetahuan pedagogi dalam menentukan kaedah penyampaian yang terbaik. Kaedah pembelajaran berpusatkan kepada murid dilihat sebagai pendekatan yang membantu untuk membangunkan murid secara holistik dengan pengaplikasian pembelajaran abad ke-21 (KPM,2018). Khor Mooi dan Lim Hooi (2014) dalam kajiannya mendapati kebanyakan guru tidak menguasai kemahiran pedagogi sehingga menjejaskan penyampaian dan menimbulkan kebosanan kepada murid. Sesuatu pengajaran akan menjadi unik serta menghiburkan apabila guru berjaya menguasai pengetahuan pedagogi dengan memilih pendekatan yang terbaik untuk dihubungkan dengan kandungan pelajaran (Norhasliza & Zaleha, 2008). Pendekatan modular menjadi popular dalam pembelajaran bahasa Melayu apabila berjaya menghubungkan pelbagai ilmu serta minat murid (Marian, 2005; Bahagian Perkembangan Kurikulum, 2018). Dalam pembelajaran bahasa pendekatan komunikatif juga menjadi penting dalam merangsang komunikasi murid dalam pengajaran (Mohd Asri & Zulkifley, 2014).

Selain itu, Simah (2017) berpendapat pengetahuan pedagogi bukan hanya merangkumi pendekatan yang berkesan malah pemilihan alat bantu mengajar dan pengurusan bilik darjah yang sistematik juga penting untuk menyampaikan kandungan pelajaran. Pemilihan alat bantu mengajar sangat penting dalam memastikan keberkesanan dalam pengajaran. Azizi (2013) berpendapat Internet merupakan bahan yang sangat interaktif yang mampu menarik minat murid untuk mendalami serta mempelajari sesuatu subjek. Penggunaan power point juga menjadi popular dalam kalangan guru yang bertidak sebagai bahan bantu mengajar. Malah power point juga turut membantu untuk menarik minat murid (Ngin, 2012). Penggunaan teknologi seperti telefon bimbit sebagai bahan bantu mengajar juga sangat penting untuk menarik minat murid mempelajari sesuatu subjek (Aliff & Mohd Isa, 2013).

Pengajaran komsas memerlukan guru bahasa Melayu yang kompeten dalam menyampaikan isi pelajaran agar memenuhi matlamat yang disasarkan. Rozani (2017) berpendapat bahawa masih ramai guru bahasa Melayu yang tidak memenuhi dari segi kompetensi dalam pengajaran. Pengenalan komsas

(4)

telah menjadi permasalahan kepada murid yang berpunca daripada kegagalan guru dalam menguasai ilmu kesusasteraan yang tepat. Guru yang tidak berminat dengan pengajaran komsas akan menjadikan murid mereka gagal dalam mencapai matlamat komsas yang sebenar (KPM, 2017). Pengajaran komsas yang terkini dan diperkenalkan kepada murid seperti yang berikut:

Jadual 1: Teks Komsas yang Diajar Mengikut Zon

Genre Teks

Novel Zon 1: Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak: Jendela Mengahadap Jalan.

Zon 2: Selangor, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya:

Leftenan Adnan Wira Bangsa.

Zon 3: Johor, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan: Di Sebalik Dinara.

Zon 4: Melaka, Pahang, Terangganu dan Kelantan: Pantai Kasih.

Cerpen Kaduk, Ayam dan Raja

Munsyi

Jaket Kulit Kijang dari Istanbul

Drama Berkhidmat untuk Negara

Puisi Moden Sang Gembala Kuda Aku Membaca Lagi

www.sibermerdeka.com.my Gelanggang

Puisi Tradisional Syair Bidasari

Gurindam Dua Belas (Fasal yang Ketiga)

Prosa Tradisional Kepimpinan Melalui Teladan

Corak pengajaran komsas berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum Pendidikan Bahasa Melayu (DSKPBM) telah bertindak sebagai bahan pengajaran bahasa Melayu bagi menyokong pembelajaran aspek seni berbahasa, aspek tatabahasa dan kemahiran-kemahiran dalam bahasa Melayu. Ishak Ramly (2005) telah bersetuju bahawa komsas sesuai untuk dijadikan bahan pengajaran terhadap murid dalam menyokong kemahiran-kemahiran terhadap murid. Guru cemerlang bahasa Melayu juga harus bersedia untuk memastikan komsas dapat mencapai matlamat yang disasarkan oleh KPM. Rozita dan Abdul Rashid (2012) menerusi dapatan kajiannya terhadap guru cemerlang bahasa Melayu mendapati mereka masih mengamalkan sesi pengajaran yang tradisional dengan mengamalkan pengajaran berpusat guru.

(5)

Hal ini juga turut disokong dengan kajian Ong Sze Chong (2018) yang mendapati mereka gagal dalam mempelbagaikan teknik dan pendekatan dalam pengajaran bahasa Melayu.

METODOLOGI

Kajian ini diteliti dengan menggunakan pendekatan kualitatif melalui reka bentuk kajian kes secara temu bual mendalam. Penetapan kaedah kualitatif dalam kajian ini disebabkan pengkaji ingin meneroka pengetahuan pedagogi guru cemerlang dalam pengajaran dan pembelajaran komsas. Data yang konkrit diperlukan dalam membentuk kenyataan serta penjelasan berkaitan fokus kajian, iaitu pengetahuan pedagogi guru cemerlang dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Penerokaan secara mendalam berkaitan pengetahuan pedagogi guru cemerlang bahasa Melayu dilakukan terhadap tujuh orang peserta kajian yang telah ditemu bual secara dalam talian. Pemilihan peserta kajian terdiri daripada GCBM di Malaysia. Mereka merupakan individu yang terlibat secara langsung dalam melaksanakan PdP komsas terhadap murid sepanjang perkhidmatan mereka sebagai guru bahasa Melayu.

Jadual 2: Profil Peserta Kajian

Peserta Kajian Jantina Gred Pendidikan

PK1 Lelaki DG48 Sarjana Muda

PK2 Lelaki DG52 Sarjana Muda

PK3 Lelaki DG52 Sarjana

PK4 Perempuan DG44 Sarjana Muda

PK5 Lelaki DG48 Sarjana

PK6 Lelaki DG54 Sarjana

PK7 Perempuan DG52 Sarjana Muda

Pengumpulan data deskriptif melalui kaedah temu bual mendalam digunakan terhadap peserta kajian untuk membolehkan penyelidik membina pengertian dan kefahaman yang mendalam tentang pentafsiran sesuatu aspek (Creswell, 2013). Guru cemerlang bahasa Melayu bertindak sebagai peserta kajian (PK) telah dipilih secara rawak bertujuan untuk memberikan maklumat berkaitan pengetahuan pedagogi GCBM dalam pengajaran komsas. Data yang diperoleh ditranskrip, dikod, dan dianalisis dengan menggunakan perisian analisis kualitatif NVivo 12.

Proses menganalisis data dalam kajian ini telah melibatkan empat langkah seperti yang disarankan oleh Yin (1994) iaitu, pengumpulan data, reduksi data, pemaparan data, serta membuat kesimpulan dan verifikasi data. Kaedah pembinaan tema dalam penelitian kajian ini digunakan dengan berteraskan tiga kaedah penting iaitu mengekod dan menganalisis bersama-sama dengan unit persampelan, unit konteks

(6)

dan unit perekodan (Creswell, 2005). Penetapan analisis tema digunakan untuk menentukan dan membangunkan tema serta perbincangan berkenaan dengan pelaksanaan pengajaran guru cemerlang bahasa Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran komsas. Penelitian ini dapat dijelaskan menerusi Rajah 1.

Rajah 1: Langkah penelitian data

HASIL KAJIAN

Secara keseluruhannya, dapatan kajian mendapati PK memilih pendekatan yang terdapat dalam cadangan Dokumen Standard Kurikulum Pendidikan Bahasa Melayu iaitu menggunakan pendekatan komunikatif, pendekatan tematik, pendekatan didik hibur dan pendekatan modular dalam pengajaran komsas. Selain itu, bagi dapatan kajian terhadap pemilihan alat bantu mengajar, mereka memilih penggunaan Internet sebagai medium untuk mendapatkan bahan pengajaran di samping murid dapat berkongsi hasil kerja komsas menerusi medium tersebut. Penggunaan power point, telefon bimbit serta bahan bercetak juga turut digunakan oleh mereka dalam pengajaran komsas.

Malah mereka juga kreatif dalam memilih bahan bantu mengajar iaitu penggunaan kostum dan prop sebagai bahan pengajaran komsas mereka untuk menarik minat murid mempelajari komsas. Dapatan kajian bagi pengurusan bilik darjah pula mendapati mereka mempunyai peraturan yang tegas, mewujudkan kelas yang sistematik dan teratur dari segi alatan pengajaran, memberikan tempoh masa kepada murid untuk membersihkan kelas, memastikan peralatan belajar mencukupi sebelum melaksanakan PdP dan mewujudkan ruang atau sudut khas bagi pembelajaran komsas di dalam kelas.

(7)

Pendekatan Khusus tentang pengajaran komsas

Petikan dibawah merujuk kepada maklum balas yang diterima daripada peserta kajian (PK) terhadap pendekatan khusus yang digunakan dalam pengajaran komsas. Terdapat empat pendekatan yang digunakan oleh mereka dalam pengajaran komsas di sekolah.

PK1: Kita telah mengaplikasikan pendekatan komunikatif dalam PdP komsas,

kerana kita mengharapkan murid dapat membahaskan bahan sastera... Ini yang

kita garapkan pendekatan tematik dalam PdP tu...pendekatan menyampai

dengan betul seperti pendekatan didik hibur memang kita guna, gunakan pendekatan didik hibur sebaiknya untuk kembangkan potensi pelajar...Saya akan menyanyi dengan murid cikgu (TBPK1/PKK/ 86-114).

PK2: ...pendekatan komunikatif itu saya guna secara maksimum. kita tak mahu pelajar yang pasif, jadi bahan sastera ini berfungsi untuk kita gerakkan mereka bercakap...Kadang kala apabila kita menyanyi sahaja, mungkin ceritanya payah juga, jadi kita gabungkan beberapa pendekatan supaya lebih menarik dan mencapai tema dalam DSKP supaya pendekatan tematik itu kita guna... Dari segi pendekatan lain cikgu, saya suka pendekatan menghibur dan kadang-kadang saya menyanyi dan kadang-kadang kala yang saya nyanyi... (TBPK2/PKK/ 74-93).

PK3: Pendekatan didik hibur ni kita perlu tambah dari semasa ke semasa dengan

menggabungkan pendekatan yang lain contoh pendekaan untuk merangsang murid bercakap cikgu...tetapi cikgu dalam kita nak pastikan murid aktif

pendekatan komunikatif itu perlu kita guna untuk murid gembira dan tidak

tidur semasa kita mengajar ya... Biasanya saya rancang dan esok saya akan mengajar tema yang terdapat dalam DSKP dan disesuaikan dalam novel Silir Dak Sina untuk membentuk pendekatan tematik contohnya begitu ya...saya tuan, oleh sebab saya suka nyanyi, saya guna didik hibur, biasanya saya akan bawa gitar sebagai alat bantu mengajar...(TBPK3/PKK/ 86-96).

PK4: ...untuk pastikan murid bercakap, kita kena lihat pendekatan komunikatif...

kadang-kadang kita tak boleh guna teks itu sahaja, jadi macam mana kita nak

guna pendekatan tematik pulak, berdasarkan tema dan tajuk-tajuk kecil..Jadi

pelbagai pendekatan kita kena terapkan. Didik hiburkan best dalam pengajaran komsas kita boleh nyanyi dengan budak-budak, jadi macam seloka, murid malu nyanyi seorang-seorang dia kata suara katak, jadi dia nak ramai-ramai nyanyi...TBPK4/PKK/ 58-76).

PK5: Sebagai guru kita tidak boleh salah memilih pendekatan, bagi saya sifat itu menghiburkan jadi pendekatan didik hibur itu perlu kita guna sebaiknya. Murid tidak akan bosan jika kita guna kaedah ini dengan baik... Saya kadang-kadang guna pendekatan modular untuk murid menyerap pelbagai kemahiran

(8)

dalam pengajaran komsas, teks ni luas sifatnya cikgu. Walau kita nampak ada ilmu sastera tetapi ilmu lain ada contoh sains, sejarah, agama dan semuanya (TBPK5/PKK/ 78-91).

PK6: Banyak pendekatan kita boleh guna cikgu. Mengikut pendekatan komunikatif

misalnya, pengetahuan dibina secara aktif oleh individu yang berfikir dan disepadukan dengan kemahiran berucap. Kurikulum bahasa Melayu

menggunakan pendekatan berbentuk modular dan pembelajaran didik hibur...jadi pendekatan ini kita kena berhibur dengan murid, kita nyanyi dengan

murid (TBPK6/PKK/88-102).

PK7: Menerusi DSKP pendekatan tematik itu juga penting untuk kita selaras

dengan tema yang ada dalam DSKP dengan karya sastera. Saya sebenarnya

suka cikgu, guna pendekatan didik hibur dalam DSKP. Pendekatan ini kita

perlu berhibur bersama-sama murid (TBPK7/PKK/ 67-84).

Secara keseluruhannya, hanya lima orang daripada tujuh orang PK iaitu PK1, PK2, PK3, PK4 dan PK6 telah memilih pendekatan komunikatif dalam pengajaran komsas mereka. Murid dilihat sangat aktif apabila menggunakan pendekatan ini dalam pengajaran komsas mereka. Hal ini selari dengan dapatan kajian Asri dan Zulkifley (2014) yang mendapati pemilihan pendekatan ini membantu mengembangkan murid ke arah keterampilan berbahasa dan komunikasi murid dalam pembelajaran bahasa Melayu. Teo Kok Seong (2007) menjelaskan fungsi utama pembelajaran bahasa berfungsi sebagai alat komunikasi.

Selain itu, PK berikut PK1, PK2, PK3, PK4, PK7 menggunakan pendekatan tematik dalam pengajaran komsas untuk menghubungkan tema-tema yang terdapat dalam kurikulum pendidikan bahasa Melayu dengan komsas. pengkaji seperti Chon (2014) juga turut mendapati penggunaan pendekatan tematik membantu murid untuk terus belajar secara aktif dan memperoleh pelbagai ilmu pengetahuan menerusi pemilihan perndekatan tersebut.

Kesemua PK iaitu PK1, PK2, PK3, PK4, PK4, PK6 dan PK7 turut yakin pemilihan pendekatan didik hibur akan membantu menarik minat murid untuk mempelajari komsas. Sifat komsas yang menghiburkan memerlukan mereka menggunakan pendekatan didik hibur dalam pengajaran komsas mereka. Malah pembelajaran berpusatkan murid dapat dibentuk dalam pengajaran komsas. Hal ini tidak selari dengan kajian Ong Sze Chong (2018) yang mendapati pembelajaran guru cemerlang bahasa Melayu masih bersifat tradisional.

Di samping itu, PK5 dan PK6 turut menggunakan pendekatan modular dalam pengajaran komsas mereka. Mereka percaya pendekatan ini akan membantu untuk menyerap pelbagai kemahiran bahasa dalam sesebuah pengajaran dengan menghubungkan karya komsas dalam pengajaran mereka. Hal ini turut selari dengan pendapat Marian (2005) yang percaya pendekatan modular membantu untuk mengadun pelbagai jenis kemahiran dalam pembelajaran bahasa.

(9)

Alat Bantu Mengajar dalam pengajaran komsas

Petikan dibawah merujuk kepada maklum balas yang diterima oleh pengkaji daripada peserta kajian (PK) terhadap alat bantu mengajar yang digunakan dalam pengajaran komsas. Terdapat enam jenis alat bantu mengajar yang digunakan oleh mereka dalam pengajaran komsas di sekolah.

PK1: Kita lihat dengan konteks pendidikan alaf baharu ini iaitu PAK-21 kita menggunakan pelbagai teknologi maklumat seperti laman sesawang untuk melibatkan pelajar agar mereka boleh berfikiran aras tinggi (KBAT)...Saya akan mengaplikasikan pendekatan Pembelajaran Abad Ke-21 dengan mengintegrasikan teknologi seperti powerpoint untuk menarik minat mereka belajar dan dapat ilmu teknologi maklumat. (TBPK1/ABMK/ 116-129).

PK2: Telefon kita pun kita boleh guna sebagai bahan...sesekali kita ambil gambar, kita record

gambar mereka dan hantar kepada whatsapp kumpulan. seronok mereka. Jadi mereka nak

aktif... kita tetap perlu guna Internet sebab kita nak dedahkan kepada pelajar dengan teknologi seperti guna LCD untuk tayang video. Kadang kala kita masih lagi gunakan bahan

bercetak kertas majong, surat khabar dan sebagainya untuk bertindak sebagai bahan kepada

mereka... (TBPK2/ABMK/ 94-108).

PK3: Kita juga boleh gunakan bahan bercetak surat khabar sebab dalam tu banyak karya-karya sastera untuk kita buat perbandingan...Apabila pelajar tersebut memuatkan hasil kerja di

laman Internet Youtube mereka akan dapat manfaatnya dengan beribu-ribu orang menikmati

hasil kerja mereka dari projek. Jadi persediaan guru juga pada alatan atau benda yang kita gunakan, powerpoint untuk dipancarkan di LCD (TBPK3/ABMK/ 98-111).

PK4: Sekurang-kurangnya powerpoint tu pun boleh jadi bahan pengajaran...Saya terus terang kalau KSSM cikgu tak merancang, cikgu tak boleh mengajar di dalam kelas, kadang-kadang kita perlukan bahan bercetak keratan akhbar, majalah untuk dijadikan bahan kepada pelajar. Sebab kita melibatkan bahan contohnya audio, sound, kena ada capaian Internet sangat

perlu dan menjadi kemestian untuk dapatkan maklumat, kalau tidak ada kita kena buat

plan B... kadang-kadang kita kena rakam guna la telefon bimbit kita cikgu, semua cikgu dah guna smart phone kan, jadi manfaatkan sebagai bahan pengajaran kita (TBPK4/ABMK/ 78-96).

PK5: ...sesekali buat la posting sama ada di facebook kita ke? Instagram melalui telefon bimbit kita kan mudah, kita cerita yang baik tentang kejayaan murid dalam kelas. mereka akan rasa dihargai... kadang-kadang saya mintak pelajar cari bahan dalam Internet yang sangat luas capaiannya. segala benda boleh dapatkan bahan untuk mengembangkan ilmu. Mereka kena

bentangkan semula di hadapan kelas menggunakan power point dan alat ICT yang lain

lah, power point ni banyak kreativiti... Bahan bercetak seperti majalah, akhbar banyak

bahan sastera yang boleh dimasukkan dalam PdP komsas. Sesekali guru kena la cari kostum supaya lakonan mereka bermakna dan terhibur, bawalah pakaian tradisional,

pakaian doktor macam cerita Gerhana Manusia (TBPK5/ABMK/ 95-107).

PK6: Alat bantu mengajar juga menjadi indikator penting dalam persediaan pengajaran komsas yang berkesan seperti alat bantu mengajar berteraskan ICT melalui kemudahan Internet untuk

(10)

dapatkan maklumat. Murid bukan hanya mendapatkan maklumat tetapi juga boleh berkongsi maklumat dan hasil kerja komsas dalam Internet seperti Youtube. Bahan bercetak seperti akhbar juga sarat dengan ilmu... Kadang kala kita memerlukan prop macam baju tradisional, tengkolok ke, untuk memastikan suasana pengajaran bermakna kepada pelajar...Penggunaan LCD juga akan digunakan secara maksimum cikgu, pelajar

belajar melalui visual dengan penyediaan slide powerpoint yang menarik dengan

keupayaannya yang pelbagai (TBPK6/ABMK/ 103-115).

PK7: Dari segi alat bantu mengajar saya suka bagi telefon bimbit kepada pelajar untuk mereka

akses maklumat sebab dunia dihujung jari kan... Pengaplikasian teknologi seperti slide

powerpoint itu pun menarik minat murid untuk belajar komsas sebab grafiknya banyak, jadi

aktiviti boleh kita rancang. Bahan bercetak seperti majalah, surat khabar saya gunakan.

Kostum tu satu peralatan yang buat pelajar gembira, contoh saya nak ajar sejadah rindu,

biasa saya bawa jubah, sejadah, serban ke sekolah bagi diorang pakai sambal bersajak untuk wujudkan suasana pembelajaran yang bermakna (TBPK7/ABMK/ 88-101).

Berdasarkan petikan tersebut, pengkaji mendapati PK1, PK2, PK3, PK4, PK5 dan PK6 telah menggunakan Internet untuk mendapatkan bahan tambahan bagi pengajaran komsas mereka terhadap murid. Terdapat dua orang PK iaitu PK3 dan PK6 telah menjadikan Internet sebagai medium untuk murid berkongsi hasil karya mereka menerusi Internet. Penggunaan Internet merupakan bahan yang mampu menarik minat murid dengan dilengkapi pelbagai multimedia untuk merangsang murid berfikir terhadap sesuatu bahan (Aziz, 2013).

Kesemua PK iaitu PK1, PK2, PK3, PK4, PK5, PK6 dan PK7 telah menggunakan powerpoint sebagai bahan bantu mengajar dalam PdP komsas mereka. Mereka sangat yakin bahawa grafik yang disediakan melalui powerpoint sangat membantu untuk murid mempelbagaikan kreativiti dalam pembelajaran komsas. Ngin (2012) turut bersetuju bahawa guru yang cenderung menggunakan

powerpoint mampu menarik minat murid untuk belajar dalam subjek yang diajar oleh mereka. Selain itu,

empat orang daripada tujuh orang PK iaitu PK2, PK4, PK5, PK7 turut memilih untuk menggunakan bahan bantu mengajar berasaskan telefon bimbit mereka. Telefon bimbit dilihat sebagai bahan yang mudah disediakan serta mampu berfungsi untuk berkongsi serta mendapatkan maklumat dengan cepat. Pemilihan telefon bimbit juga disebabkan sifat peranti tersebut mudah digunakan serta dimiliki oleh mereka ketika di dalam kelas (Aliff & Mohd Isa, 2013).

Selain itu, PK2, PK3, PK4, PK5, PK6 dan PK7 turut menggunakan bahan bercetak dalam pengajaran komsas untuk mengukuhkan kefahaman murid mereka. Zainudin, Suhasila, Naib & Hamdan (2007) turut berpendapat penggunaan bahan bercetak juga penting untuk mengukuhkan lagi pemahaman terhadap sesuatu bidang yang dipelajari. Di samping itu juga, tiga orang PK iaitu PK5, PK6 dan PK7 bersetuju bahawa prop dan kostum harus digunakan sebagai bahan bantu mengajar untuk menzahirkan situasi pengajaran komsas. Murid dilihat lebih tertarik dengan penggunaan prop dan kostum. Hal ini akan membantu guru untuk mewujudkan PdP komsas dengan berkesan apabila berupaya menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar ketika di dalam kelas (Rajendran, 2008). Kepelbagaian penggunaan alat

(11)

bantu mengajar ini telah menolak dapatan kajian Abdul Rasid dan Hasmah (2013) dan Ong Sze Chong (2018) yang mendapati penggunaan bahan bantu mengajar masih bersifat umum.

Pengurusan bilik darjah dalam pengajaran komsas

Petikan dibawah merujuk kepada maklum balas yang diterima oleh pengkaji daripada peserta kajian (PK) terhadap pengurusan bilik darjah yang digunakan dalam pengajaran komsas. Terdapat lima cara pengurusan bilik darjah yang digunakan oleh mereka dalam pengajaran komsas di sekolah.

PK1: Saya juga mewujudkan peraturan iaitu pertama pelajar mesti memastikan kelas dalam

keadaan bersih dan teratur sebelum melaksanakan pembelajaran komsas mahupun

penyampaian isi pelajaran lain...mereka akan pastikan kelas itu bersedia awal sama ada peralatan seperti buku teks komsas, peralatan aktiviti dan sebagainya untuk kita laksanakan pengajaran seperti penggunaan ICT. Pada sudut kelas yang saya wujudkan

khas untuk bagi menyemarakkan lagi belajar murid...malah karya-karya komsas yang

baik dihasilkan, saya tampal di situ (TBPK1/PBDK/ 131-146).

PK2: Sebenarnya kita perlukan bilik darjah yang sempurna barangkali ada pentas untuk mereka lakonkan apabila mendapat tugasan, dan mesti selesa dan bersih untuk mereka bergerak, peralatan sebegini penting untuk sentiasa teratur untuk hiburan dan

keselesaan pelajar, kebersihan peralatan sangat penting sebelum menjalankan sesi PdP

...Kita ajar mereka menulis sajak, kita tampal sajak itu di sudut atau ruang yang

dikhaskan. Jadi mereka akan gembira karya mereka dihargai...Bila kita ajar jadi satu

budaya belajar menggunan ICT, pelajar akan siap sedia bahan yang diperlukan untuk

mengajar dalam kelas pergi ambil LCD... (TBPK2/PBDK/ 96-114).

PK3: kita perlu beri arahan yang tegas kepada pelajar supaya menepati masa untuk masuk ke dalam kelas dan menjaga kebersihan kelas dan hanya barangan sesi pengajaran sahaja berada atas meja... dalam kelas juga kita memang ada sudut khas untuk mereka tampal karya terbaik selepas sesi PdP, pelajar seronok belajar komsas cikgu...contoh ada pelajar yang ambil LCD, ada pelajar yang akan pastikan peralatan belajar disediakan awal. Saya dah beri peranan kepada mereka (TBPK3/PBDK/ 112-124).

PK4: saya pula memang tegas cikgu, kalau kelas ni mereka kena sentiasa bersih, kalau lepas buat aktiviti bahan-bahan kena simpan, saya dah sediakan dalam satu kotak besar supaya

lebih teratur. Memang perlu ada prosedur sebab saya guru yang sangat cerewet, perkara

wajib mereka mesti ada alatan belajar di atas meja sebelum PdP

dilaksanakan...mencipta karya sastera dalam buku mahupun sudut khas di belakang

kelas, malah saya nak sujud mesti menonjol dari sudut lain sebab seni dan estetika

(TBPK4/PBDK/ 98-113).

PK5: Saya tetapkan peraturan awal kepada pelajar sebab saya suka sistematik dan bersih, kebersihan memang perkara penting yang diutamakan oleh guru sebelum memulakan kelas PdP komsas. Saya percaya dengan peraturan dapat melancarkan perjalanan aktiviti dengan baik contoh penyediaan bahan belajar dan bahan jalankan aktiviti, contoh

(12)

peralatan menulis, kertas, pen warna dan sebagainya perlu diawalkan (TBPK5/PBDK/ 109-123).

PK6: ...pelajar perlu sediakan peralatan belajar, peralatan aktiviti awal seperti alat tulis dan bahan yang diperlukan. Di dalam kelas itu juga mesti ada ruang untuk kita letak karya-karya murid. Macam saya suka lihat murid berkarya-karya jadi saya akan pilih karya-karya terbaik

saya letak dekat sudut yang dikhaskan untuk murid berkarya di dalam kelas

(TBPK6/PBDK/ 118-128).

PK7: Saya guru yang cerewet, saya tak suka kelas kotor sebelum saya masuk, saya nak

pastikan kelas bersih, lantai tak dak sampah. Saya akan peruntukan masa 3 minit untuk

mereka clearkan semua sampah sebelum saya laksanakan PdP komsas. Peralatan

belajar atau aktiviti pun kena tetapkan kepada mereka, jadi kita kena beritahu awal

kepada mereka bahan-bahan yang kita hendak guna dalam PdP komsas contoh kertas warna ke? Alat tulis ka atau sebagainya (TBPK7/PBDK/ 104-115).

Rumusan terhadap maklum balas di atas didapati bahawa seramai enam orang PK iaitu PK1, PK2, PK3, PK4, PK5 dan PK7 telah berpendapat bahawa penguatkuasaan undang-undang yang tegas diperlukan dalam memastikan kelas yang berkesan dapat diwujudkan. Hal ini bertujuan untuk memastikan sistem pengurusan kelas berjalan lancar. Hasfarina (2012) dalam kajiannya turut mendapati pengurusan bilik darjah berada pada tahap baik dan sentiasa mementingkan keceriaan dengan kewujudan peraturan yang tegas.

Selain itu, tiga orang PK iaitu PK2, PK4 dan PK5 menyatakan bahawa kelas yang sistematik dan teratur itu perlu terhadap kemudahan-kemudahan yang ada dalam bilik darjah bagi memastikan PdP komsas dapat dilaksanakan dengan baik tanpa sebarang gangguan. Selain itu, terdapat dua orang PK iaitu PK 5 dan PK 7 berpendapat kelas yang baik seharusnya mempunyai tempoh masa untuk murid bersedia mengikuti pembelajaran komsas. Malah Hasfarina (2012) turut mencadangkan tempoh masa harus ditetapkan awal bagi memastikan kesediaan murid dalam menguruskan kelas.

Kesemua orang PK iaitu PK1, PK2, PK3, PK4, PK5, PK6 dan PK7 percaya bahawa pengurusan kelas yang baik seharusnya membuat persediaan awal terhadap penggunaan alat bantu mengajar. Mohd Hasani & Mohd Johdi (2009) berpendapat bahawa persediaan terhadap alatan pembelajaran harus dibuat sebaik mungkin bagi melancarkan pengurusan bilik darjah. PK1, PK2, PK3, PK4 dan PK6 telah menyediakan sudut atau ruangan khas untuk pengajaran komsas di dalam kelas yang berfungsi untuk meletakkan bahan dan nota komsas. Mereka percaya bahawa murid akan bermotivasi tinggi untuk mempelajari komsas apabila melihat karya mereka diletakkan pada ruangan yang disediakan. Kreber dan Cranton (2000) amat menekankan persekitaran bilik darjah seharusnya mampu memotivasikan murid untuk belajar. Oleh itu, penyediaan ruang tersebut dilihat sangat bersesuaian untuk memotivasikan murid bagi mempelajari komsas.

(13)

KESIMPULAN

Berdasarkan dapatan kajian dapat disimpulkan bahawa peserta kajian yang dipilih mempunyai pengetahuan pedagogi dalam melaksanakan pengajaran komsas dengan berkesan. Pengetahuan pedagogi mereka dapat dijelaskan melalui pemilihan pendekatan yang dilihat memenuhi seperti hasrat di dalam pengenalan Dokumen Standard Kurikulum Pendidikan Bahasa Melayu. Pendekatan komunikatif, tematik, didik hibur dan modular membantu untuk murid aktif dalam komunikasi komsas. Jadi pemilihan pendekatan ini dilihat sangat bersesuaian dengan pengenalan komsas terhadap murid. Selain itu, pemilihan alat bantu mengajar juga pelbagai iaitu penggunaan teknologi maklumat seperti Internet, telefon bimbit dan Microsoft powerpoint dalam pengajaran komsas.

PK kajian juga masih menggunakan bahan bercetak untuk membantu meningkatkan kefahaman murid mereka terhadap pembelajaran komsas. Penggunaan kostum dan prop juga seharusnya digunakan secara meluas dalam pengajaran komsas untuk membangkitkan emosi pembelajaran komsas yang sangat penting terhadap pembelajaran murid. Di samping itu, pengurusan bilik darjah yang berkesan memerlukan peraturan yang tegas terhadap murid sebelum melaksanakan PdP komsas bagi mewujudkan suasana pembelajaran yang sistematik. Masa yang mencukupi sebelum melaksanakan PdP komsas haruslah diberikan kepada murid bagi menguruskan kelas yang berkesan. Pengurusan terhadap alatan belajar juga haruslah dititikberatkan awal sebelum pembelajaran komsas dimulakan terhadap murid. Oleh itu, kajian seumpama ini perlu dikaji terhadap guru yang mengajar bahasa Melayu untuk mengetahui pengetahuan pedagogi mereka dalam pengajaran komsas. Konstruk yang terdapat dalam kajian juga dapat diuji dengan menggunakan pendekatan yang lain untuk mengukuhkan dapatan kajian ini.

PENGHARGAAN

Terima kasih kepada Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan, Kementerian Pendidikan Malaysia atas biasiswa yang diberikan bagi membolehkan penyelidikan ini dapat dilakukan. Begitu juga ucapan terima kasih kepada Gabungan Majlis Guru Cemerlang Malaysia atas data yang diberikan bagi melaksanakan penyelidikan ini. Semoga penyelidikan ini dapat memberi manfaat kepada semua.

RUJUKAN

Abdul Rasid Jamian & Hasmah Ismail (2013). Pelaksanaan pembelajaran menyeronokkan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 3(2) 49-63. Abd. Shatar Che Abd Rahman. (2007). Pengetahuan kandungan dan pedagogi guru pendidikan Moral

tingkatan empat di sebuah sekolah. Tesis Doktor Falsafah. Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya. Aliff Nawi, & Mohd Isa Hamzah. (2013). Tahap Penerimaan Penggunaan Telefon Bimbit Sebagai

(14)

Aziz, S. M. (2013). Kesediaan Guru Sekolah Menengah Agama Terhadap Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (ICT) Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: Laporan Projek Sarjana.

Bahagian Pembangunan Kurikulum. (2018). Panduan pendekatan modular dalam pengajaran dan

pembelajaran. Purajaya.

Bonner, P. S. (2001). The influence of secondary science teachers’ pedagogical content knowlwdge, educational beliefs and perceptions of the curriculum on implementation and science reform. Didapati: http://wwwlib.umi.com/dissertations/fullcit/3038035.

Chon Kon Min (2014) Kefahaman dan amalan terhadap pendekatan tematik daripada perspektif guru kemahiran hidup bersepadu di negeri Perak. Masters thesis, Universiti Putra Malaysia.

Creswell, J.W. (2013). Research design Qualitative and Quantitative Approaches (2nd ed.) Thousand Oak,

CA: Sage Publication.

Creswell, J. W. (2005). Education Research-Planning, conducting and evaluating quantitative and

qualitative research. 2nd Ed. University of NebraskaLincoln. Pearson Education International.

Hasfarina Abas. (2012). Tahap amalan dan masalah pengurusan bilik darjah guru-guru sekolah menengah daerah Segamat. Kertas Projek Sarjana. Universiti Teknologi Malaysia.

Ishak Ramly. (2005). Inilah kurikulum sekolah. Gombak: PTS Profesional.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2016). Dokumen Standard Kurikulum Pendidikan Bahasa Melayu

Tingkatan 1. Putrajaya

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Dokumen Standard Kurikulum Pendidikan Bahasa Melayu

Tingkatan 4 dan 5. Putrajaya

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017a). Pelan hala tuju pendidikan bahasa Melayu 2016-2025. Putrajaya.

Khor Mooi Tieng & Lim Hooi Lian. (2014). Pengetahuan teknologi pedagogi kandungan (PTPK) dalam kalangan guru matematik sekolah rendah. Jurnal Pendidikan Sains & Matematik Malaysia, 4 (1). 29-43.

Kreber, C., & Cranton, P.A. (2000). Exploring the scholarship of teaching. The Journal of Higher

Education, 71(4), 476-495.

Marian, F. (2005). Designing Modules for Learning. Learning and Teaching Centre, Dublin: Dublin Institute of Technology.

Mohd Asri Harun & Zulkifley Hamid. (2014). Penerapan komunikatif dalam pengajaran bahasa Melayu: Kajian kes guru cemerlang. Jurnal Melayu.13(14), 18-26.

Mohd Hasani Dali & Mohamad Johdi Salleh (2009). ‘Pengurusan Bilik Darjah’. Dalam Noraini Idis dan Shuki Osman, Pengajaran dan Pembalajaran: Teori dan Praktis. Kuala Lumpur: McGraw Hill. Pps 161 – 188. ISBN 978-983-3850-54-9.

Ngin Wei Hau. (2012). Keberkesanan penggunaan powerpoint terhadap penguasaan konsep sains bagi murid tahun 5. Seminar Penyelidikan Tindakan. 27 & 28 September 2012, IPG KBL.

(15)

Norhasliza Hassan dan Zaleha Ismail. (2008). Pengetahuan Pedagogi Kandungan Guru Pelatih Matematik Sekolah Menengah. Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains dan Matematik: 11-12 Oktober 2008. Johor Baharu, Johor.

Ong Sze Chong. (2018). Ciri-ciri guru cemerlang bahasa Melayu sekolah menengah kebangsaan di negeri Sarawak. Tesis Ijazah Doktor Falsafah, Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia. Rajendran, N.S. (2008). Teaching and acquiring hingher –oder thingking skill: Theory and practice.

Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Rozani Ahmad. (2017). Keupayaan menggunakan KOMSAS sebagai kompetensi pengajaran guru bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 2, 65-76.

Rozita Radhiah Said & Abd Rasid Jamian. (2012). Amalan pengajaran karangan guru cemerlang di dalam bilik darjah. Asia Pacific Journal of Educators and Education, 27, 51-68.

Shulman, L.S. (1987). Knowledge and teaching: Foundations of the new reform. Harvard Educational

Review, 57 (1), hlm. 1-22.

Simah Mamat. (2017). Hubungan pengetahuan pedagogi, kandungan KOMSAS, teknologi, kemahiran, dan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi terhadap pencapaian KOMSAS guru bahasa Melayu di Kelantan, Malaysia. Tesis Doktor Falsafah. Sekolah Pengajian Siswazah, Universiti Putra Malaysia.

Teo Kok Seong. 2007. Sosiolinguistik. Dlm. Zulkifley Hamid, Ramli Md. Salleh & Rahim Aman, (Pnyt.). Linguistik Melayu. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, hlm. 114-128, Edisi Kedua.

Yin, R. (1994). Case study research: design and methods (2nd ed.). Beverly Hills, CA: Sage Publishing. Zainudin Hassan, Tengku Suhashila Tengku Langjuna, Mohad. Najib Abdul Ghaffar & Hamdan Said

(2007). Tahap Penggunaan Alat Bantu Mengajar di Kalangan Guru Pelatih. Seminar

Referensi

Dokumen terkait

Dari uraian penerapan pada fungsi kuadrat tersebut, dapat dilihat bahwa luas daerah yang dibatasi oleh dua buah kurva cekung, baik keduanya cekung ke atas

Odziv sustava koji prikazuje Slika 33 prikazuje mjerene vrijednosti kuta zakreta grede i poloţaja kuglice na gredi u voltima. Kut zakreta grede puno više oscilira od pomaka

Kontribusi motivasi belajar, fasilitas belajar dan cara didik orang tua memberikan kontribusi secara simultan terhadap hasil belajar matematika melalui kemandirian

Pengamatan klinis terhadap anak sapi neonatus dilakukan pada beberapa saat sebelum diberi kolo- strum atau susu sapi dalam 1 sampai 2 jam pertama setelah lahir..

Az eredmények alapján elmondható, hogy az emberi tényező több dimenzióban is megjelenik a társadalmi vállalkozások sikeres működése feltételeként.. Ezek közül

Yang dimaksud dengan stres ini adalah aspek-aspek sebagai hasil dari interaksi antara individu dengan lingkungan organisasi yang mempengaruhi persepsi seseorang terhadap kualitas

Kulit Bisa menyebabkan iritasi kulit pada orang yang rentan. Penghirupan Bisa menyebabkan sensitisasi

Adapun untuk meningkatkan mutu pelayanan, maka Instalasi Pemeliharaan Sarana Rumah Sakit (IPSRS) sebagai salah satu bagian penunjang pelayanan yang mempunyai bidang