1
BAB 1
CABARAN MASYARAKAT HARI INI: MALAYSIA DALAM MENGHADAPI PERUBAHAN SOSIAL DAN REVOLUSI
INDUSTRI 4.0
Asbah Razali
1
, Fauziah Ani ,
2
Siti Nor Azhani Mohd Tohar
3
1Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya,
50603 Kuala Lumpur, Malaysia 2Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Parit Raja, Johor, 86400, Malaysia
3Pusat Pengajian Teras, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan,
Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia
1.1 PENGENALAN
Perubahan sosial merupakan satu mekanisme yang mengubah struktur sosial, tingkah laku, organisasi sosial dan nilai norma masyarakat dari semasa ke semasa. Perubahan sosial yang berlaku telah banyak membantu dalam pembangunan tamadun manusia dan cara manusia menjalani kehidupan seharian mereka. Namun perubahan sosial turut memberikan kesan dan akibat yang mendalam terhadap masyarakat dalam jangka masa panjang (McMichael, 2012). Maka masyarakat seharusnya menerima hakikat bahawa kehidupan yang akan mengalami perubahan secara berterusan, berlaku dengan pantas dan sukar diramal. Malaysia hari ini telah melalui pelbagai perubahan yang turut meliputi aspek perindustrian yang besar seperti kepesatan dalam bidang pembuatan, pengangkutan, komunikasi sosial, kecanggihan penggunaan
2
komputer dan teknologi moden. Negara kita juga telah melalui beberapa transisi fasa revolusi perindustri dan kita kini berada di fasa yang keempat dan dikenali dengan nama Revolusi Industri 4.0. Istilah ini merujuk kepada proses perkembangan teknologi yang canggih seperti kecerdasan buatan (artificial intelligence) dan realiti maya yang membolehkan mesin pintar seperti mesin automatik dan pesawat pengintai (drones) melakukan tugasan manusia. Revolusi Industri 4.0 juga adalah bersandarkan kepada satu konsep utama, iaitu konsep kilang pintar (smart factories). Dalam kilang pintar, mesin disepadukan antara satu sama lain dan dengan manusia menerusi sistem siber-fizikal, atau CPS (Schwab, 2018). Ini membantu dalam mengurus dan mengawal rantaian nilai keseluruhan produk yang kemudiannya dapat membantu memenuhi keperluan anggota masyarakat.
Dengan wujudnya teknologi, kita boleh menggunakan pelbagai jenis platform untuk berkomunikasi dengan orang lain dengan begitu mudah. Sebelum wujudnya era Revolusi Industri, manusia perlu berinteraksi secara ‘face to face’ yang mana ianya perjumpaan secara terhad. Setelah berjumpa secara langsung, mereka tidak dapat lagi berinteraksi sesama mereka. Jika mereka ingin berinteraksi, mereka hanya boleh berinteraksi melalui penghantaran surat yang ditulis tangan. Kekangan itu telah menyukarkan perhubungan dengan orang lain dan menyebabkan mesej sukar disampaikan. Masyarakat pada waktu itu terpaksa bergantung pada pengembara atau utusan kerana hanya mereka sahaja yang boleh menyebarkan berita dan menyampaikan mesej kepada orang lain yang berada pada jarak jauh, dan selalunya akan mengambil masa beberapa hari bagi seseorang untuk mendapat balasan. Malah masyarakat pada masa itu hanya berjalan kaki memandangkan mereka tiada kenderaan berjentera. Justeru, dapatlah kita bayangkan berapa lama masa yang diambil oleh seseorang untuk sampai ke tempat yang dituju. Makanan dan pakaian juga kebanyakannya buatan tempatan, bukannya diimport dari tempat lain. Pada waktu itu masyarakat menjalani kehidupan sebagai petani dan bekerja di kampung-kampung dan bandar-bandar kecil. Setelah beberapa dekad berlalu, kebanyakan pengeluar dan pengilang telah berusaha untuk meningkatkan kualiti syarikat menerusi kemajuan dan inovasi teknologi. Hal ini tidak mustahil memandangkan industri akan sentiasa mengalami perubahan dan evolusi ke arah globalisasi dan digital untuk meningkatkan lagi kecekapan (Petrillo, Felice, Cioffi & Zomparell,
3
2018). Ini antara sebab pentingnya keperluan untuk mencipta teknologi baru bagi proses revolusi. Masyarakat seharusnya mengambil kesempatan di atas kecanggihan teknologi hari ini untuk menjadikan dunia tempat yang lebih baik dan tidak melakukan kejahatan.
Kemajuan dalam kecerdasan pembuatan (AI), automatif, bioteknologi, robotik dan lain-lain inovasi yang bakal muncul akan mengubah semula takrifan berkenaan makna menjadi manusia. Cara bagaimana kita berinteraksi dengan satu sama lain juga akan turut berubah. Segala-galanya akan berubah selagi manusia terus mencipta dan mengembangkan kebolehan yang ada di dalam dirinya. Anggota masyarakat perlu belajar bagaimana menggunakan kelebihan tersebut untuk kebaikan, serta memperbaiki diri dan bukan menggunakannya untuk tujuan jenayah atau demi kepentingan diri sendiri. Oleh itu, manusia mesti menetapkan rangka kerja sebagai panduan agar inovasi dan teknologi dalam Revolusi Industri 4.0 dapat memberi manfaat kepada semua golongan masyarakat serta kemanusiaan sejagat.
1.2 SEJARAH REVOLUSI INDUSTRI
Istilah ‘Revolusi Industri’ pada asalnya dicipta oleh seorang ahli ekonomi Perancis bernama Auguste Blanqui pada tahun 1837. Ia bertujuan untuk mengakui kewujudan dan peningkatan perubahan ekonomi dan sosial yang disebabkan oleh peralihan pembuatan produk menggunakan tangan dan penggunaan peralatan mudah kepada pembuatan produk menggunakan mesin di kilang-kilang. Ahli sejarah percaya terdapat beberapa sebab terjadinya revolusi perindustrian. Antaranya termasuklah kemunculan kapitalisme dan imperialisme Eropah. Semasa berlakunya revolusi perindustrian, ciri biasa kapitalisme dikenali sebagai kapitalisme pasaran bebas. Kapitalisme pasaran bebas atau laissez-faire ini diambil dari bahasa Perancis yang membawa maksud ‘biarkan kami sendirian’ atau ‘leave us alone’. Ini bermakna kerajaan tidak terlibat dalam apa jua urusan ekonomi dan membolehkan orang ramai membuat keputusan sendiri. Kapitalisme dalam era ini menyebabkan revolusi industri terjadi kerana dalam usaha untuk meningkatkan gelombang perindustrian, sebahagian besar kerja dan pelaburan dari rakyat diperlukan. Walaubagaimanapun, tidak semua ahli sejarah bersetuju dengan istilah ‘revolusi’, dan percaya bahawa ia perlu dipanggil
4
sebagai ‘evolusi’. Ini kerana proses penemuan atau perubahan yang berlaku adalah dalam kadar perlahan dan beransur-ansur, dan bukannya pantas dan cepat. Revolusi perindustrian pertama bermula pada lewat abad ke-18 di mana kemudahan pengeluaran mekanikal telah diperkenalkan kepada semua orang. Bagi membantu pekerja dalam pengeluaran besar-besaran makanan dan barangan, mesin dengan janakuasa air dan wap dihasilkan. Dengan adanya mesin ini, manusia dapat membuat lebih banyak produk dalam jangka masa yang singkat. Juga pada tahun 1784, mesin tenunan yang pertama diperkenalkan untuk mengurangkan beban kerja. Dari situ perusahaan kecil mulai berkembang hingga mampu menampung sejumlah besar permintaan pelanggan dan organisasi. Disinilah pembudayaan industri pertama bermula.
Revolusi industri kedua, atau juga dikenali sebagai Industri 2.0, bermula pada awal abad ke-20. Kali ini, mesin yang berfungsi dan dijana oleh tenaga elektrik telah dibangunkan dan diperkenalkan ke seluruh dunia. Mesin ini lebih mudah dikendalikan dan diselenggara berbanding mesin yang dijana menggunakan tenaga air dan wap kerana ianya lebih murah dan cepat. Selain itu, pemasangan barisan pengeluaran pertama juga ditemui yang mana memudahkan proses pengeluaran besar-besaran. Program pengurusan juga diperkenalkan untuk meningkatkan kecekapan kemudahan pengeluaran. Program ini diajarkan teknik seperti prinsip pembuatan bersih, penghasilan yang tepat pada masa, dan pembahagian tenaga pekerja bagi meningkatkan kualiti produk. Dalam beberapa dekad terakhir abad ke-20, revolusi perindustrian ketiga berlaku kerana kemajuan industri elektronik. Pelbagai jenis peranti elektronik telah dicipta dan ia benar-benar membantu dalam pengeluaran, mengurangkan kebergantungan, meningkatkan kelajuan dan mempunyai ketepatan yang tinggi. Sebahagian daripada peranti yang dicipta adalah transistor dan litar bersepadu yang membantu mesin beroperasi. Salah satu ciptaan yang paling penting adalah Program Logik Pengawalatur (Programmable Logic Controller) atau PLC, yang dicipta pada tahun 1960-an. Disebabkan kemajuan pembangunan elektronik, lebih banyak sistem perisian diperlukan bagi membolehkan peranti elektronik berfungsi, sekaligus membantu menjana pasaran pembangunan perisian. Sistem automasi dan perisian terus berkembang dan dipertingkatkan kerana pembangunan
5
dalam industri elektronik dan IT sehinggakan bantuan manusia tidak lagi diperlukan.
1.3 APA ITU REVOLUSI INDUSTRI 4.0?
Malaysia telah mengalami revolusi industri sebanyak empat kali yang meliputi perubahan sosial yang besar. Revolusi Industri 1.0 merupakan perubahan dalam industri pembuatan dan pemprosesan dengan menggunakan kuasa air serta stim. Revolusi Industri 2.0 pula ialah kedatangan barisan pemasangan dan elektrik yang boleh menghasilkan pengeluaran secara besar-besaran. Manakala Revolusi Industri 3.0 adalah perubahan dalam peningkatan automasi demi menyediakan proses dan pembuatan yang lebih cekap. Oleh itu, apakah Revolusi Industri 4.0? Revolusi Industri 4.0 ialah revolusi digital bagi menggabungkan proses dan teknologi pembuatan tradisional seperti
Internet of Things (IoT) demi meningkatkan automasi, komunikasi serta
penggunaan data masa nyata. Pada lewat tahun 2018, pihak kerajaan Malaysia telah memperkenalkan polisi kebangsaan baharu iaitu
Industry4WRD demi membantu mempersiapkan perniagaan serta
sektor-sektor perkilangan dalam menghadapi cabaran revolusi perindustrian baharu (Revolusi Industri 4.0) yang membabitkan teknologi automasi. Sebagai pendek kata, revolusi industri 4.0 ialah mengenai sistem dan sistem siber-fizikal yang boleh menghubungkan dunia digital dengan manusia melalui internet. Revolusi industri 4.0 boleh dilihat melalui pengeluaran telefon pintar (smartphone), TV pintar (smart TV) serta rumah pintar yang terdapat di pasaran kini (Dalmia, & Sharma, 2017).
Pada hari ini kita sedang melaksanakan revolusi perindustrian keempat, atau juga dikenali sebagai Revolusi Industri 4.0. Pada dasarnya, dalam revolusi ini, mereka mengambil automasi dan jentera dari revolusi perindustrian ketiga dan cuba untuk menjadikannya lebih baik. Pada tahun 1990-an, industri internet dan komunikasi mula membangun dan maju, yang mana membantu memudahkan perhubungan dan pertukaran maklumat antara manusia. Terdapat juga perubahan besar dalam industri pembuatan, di mana dunia fizikal dan alam maya digabungkan bersama-sama. Industri 4.0 dan The Internet of Things atau IoT, adalah nama-nama konsep yang berkaitan. The Internet of Things adalah sambungan peranti pintar yang mana beberapa objek boleh dirasai dan
6
juga boleh berkomunikasi serta berinteraksi antara satu sama lain. Ia membolehkannya membuat keputusan sendiri berbanding di dunia fizikal yang memerlukan pertolongan manusia. IoT mampu memindahkan dan menggerakkan data melalui rangkain tanpa bantuan manusia. Ia boleh berfungsi dengan sempurna tanpa interaksi manusia lain. Tambahan lagi, Sistem Fizikal Siber (Cyber Physical System), atau CPS, adalah sistem pintar yang boleh berkomunikasi antara satu sama lain tanpa sebarang bantuan fizikal. Sistem ini digunakan untuk menganalisis dan berkongsi kebijaksanaan tindakan dan maklumat untuk membantu membina lebih banyak mesin pintar di kilang-kilang. Disini, sistem pengeluaran, komponen dan manusia mampu berkomunikasi melalui rangkaian dan pengeluaran adalah hampir autonomi. Kilang-kilang ini dapat berfungsi dengan baik tanpa bantuan manusia disebabkan mesin pintar di kilang-kilang tersebut berkemampuan melakukan tugas-tugas manusia dengan lebih cekap. Di kilang-kilang biasa, lebih banyak kesilapan manusia atau human-errors kemungkinan berlaku yang bakal melambatkan proses pengeluaran. Namun di kilang-kilang pintar ini, kesilapan manusia boleh dielakkan, atau paling tidak, dikurangkan. Sistem di kilang pintar boleh ditetapkan bagi memudahkan tugasan dan menambah kecekapan. Proses ini membantu mengurangkan peratusan kerosakan produk dan mengukur bekalan material. Juga, penggunaan robot dalam talian pemasangan automatik dapat membantu mengelak dan menghapuskan risiko kecederaan yang sering dihadapi manusia, yang mana ia adalah lebih selamat untuk manusia. Secara tidak langsung, ia juga dapat membantu menjimatkan masa dan wang. Industri 4.0 sudah dilaksanakan di kebanyakan negara-negara utama seperti Singapura, Jepun, China dan Amerika Syarikat. Sementelah di Malaysia, kita berada di tengah-tengah Industri 2.0 dan Industri 3.0. Kita sedang dalam proses ke arah Industri 4.0 bagi membantu memajukan industri perniagaan dan perkilangan negara. Dengan adanya Industri 4.0, produktiviti, kualiti dan kecekapan dapat dipertingkatkan dalam pada meningkatkan keupayaan dan pencarian bakat-bakat baru.
1.4 CIRI-CIRI REVOLUSI INDUSTRI 4.0
Terdapat empat karakter utama dalam revolusi industri keempat, salah satunya adalah rangkaian tegak atau vertical networking. Rangkaian
7
tegak adalah rangkaian yang membantu menghubungkan manusia yang mempunyai kepentingan dan keinginan tertentu. Pembuatan dengan cepat bertindak balas terhadap kemungkinan perubahan dalam proses digital-ke-fizikal. Perubahan itu termasuklah ralat peralatan yang tidak dijangka, paras stok dan peralihan permintaan. Perkilangan pintar membuktikan kepintaran dan kebijaksanaan penggunaannya. Ianya terdiri daripada sistem yang berbeza yang mampu berinteraksi antara satu sama lain dan cepat menyesuaikan diri bagi meningkatkan prestasi kerja. Manakala ciri kedua Industri 4.0 adalah integrasi datar atau horizontal integration, yang mampu berfungsi menerusi generasi baru rantaian nilai global. Pihak syarikat dapat mengenalpasti serta bertindakbalas terhadap kesilapan dan masalah dengan lebih pantas menerusi gelung fizikal-digital-fizikal, atau physical-digital-physical (PDP). Organisasi yang mempunyai sistem dan rangkaian itu dapat merekod setiap maklumat operasi seperti pengeluaran dan pemasaran. Mereka boleh mengenalpasti punca masalah dan menyelesaikannya dengan kadar segera dan mudah. Setiap aspek dalam proses operasi direkodkan dan dilog serta boleh diperiksa pada bila-bila masa. Ketiga, semua aktiviti yang meliputi pembangunan dan penghasilan produk dapat disepadu dan diselaraskan melalui kitaran hayat sesuatu produk. Sumber atau sinergi baru dicipta di antara proses pembangunan produk dengan sistem pengeluaran. Ini yang kita gelarkan sebagai kejuruteraan rentas rantaian nilai keseluruhan, proses, atau aktiviti di mana syarikat dapat menambah nilai terhadap pengeluaran, pemasaran, dan penyediaan perkhidmatan selepas jualan. Pengurusan nilai rantaian adalah penting bagi maklumat produk termasuk pembiayaan, mengalir dan berjalan lancar untuk membantu mengoptimumkan proses yang digunakan. Ia turut membantu mewujudkan nilai yang lebih baik dalam hubungan antara syarikat serta meningkatkan kecekapan syarikat. Ciri-ciri utama revolusi perindustrian keempat adalah untuk mewujudkan dan mencipta sistem yang semakin autonomi dan pintar. Industri 4.0 bergantung pada teknologi seperti kemajuan robotik, pembelajaran mendalam (deep learning), dan pembelajaran mesin (machine learning) untuk meningkatkan lagi kecekapan teknologi itu sendiri. Teknologi luaran (exponential technology) adalah penting dalam era ini memandangkan ia adalah premis utama Industri 4.0. Teknologi luaran juga boleh ditakrifkan sebagai perkembangan proses inovasi yang menjadi saksi
8
pada kebangkitan inovasi, penciptaan dan penemuan. Teknologi ini berpotensi dalam mempengaruhi kehidupan lima billion umat manusia dan membantu meningkatkan taraf hidup mereka.
1.5 APAKAH KEBAIKAN YANG DIBAWA?
Revolusi Industri 4.0 memberi banyak manfaat kepada dunia dan sangat membantu dalam kehidupan moden pada hari ini. Sejak kemunculan Revolusi Industri 4.0 yang terdiri daripada perkilangan pintar yang mempunyai mesin atau perisian pintar, pengeluaran produk dapat dioptimumkan dengan mudah sekali. Mesin pintar ini berkemampuan mengoptimumkan pengeluaran dalam masa yang singkat. Ianya sangat penting bagi industri yang menggunakan bahan-bahan berkualiti tinggi dengan kos yang tinggi dalam penghasilan produk mereka. Apabila sesuatu produk dapat dioptimumkan dengan baik dan boleh digunakan tanpa sebarang masalah, syarikat akan memeroleh lebih banyak keuntungan. Menerusi Revolusi Industri 4.0 pelanggan juga bebas mengubahsuai produk mereka sendiri berdasarkan keperluan masing-masing. Ini dapat membantu mengukuhkan pertalian atau ikatan di antara pelanggan dan pengeluar, dalam masa yang sama membolehkan pengilang mengenali pelanggan mereka dengan lebih baik sekaligus membantu dalam menghasilkan produk yang dikehendaki. Pengubahsuaian membolehkan pengilang untuk berkomunikasi secara langsung dengan pelanggan atau pembeli dan tidak sekadar komunikasi sehala sesama mereka sama ada di syarikat atau kilang. Situasi ini membantu mempercepatkan proses pengeluaran dan penghantaran, yang dengan ini bukan sekadar menguntungkan syarikat, malahan pembeli/pelanggan juga akan lebih gembira. Proses ini memberi manfaat kepada kedua-dua pihak pengeluar dan pelanggan.
Revolusi Industri 4.0 juga dapat menggalakkan penyelidikan bagi menghasilkan lebih banyak teknologi baru yang lebih maju. Walaubagaimanapun, dengan segala kemajuan teknologi yang wujud sekarang, masih terdapat ruang yang boleh diperbaiki dan ditambah baik. Bidang seperti pendidikan dan perubatan masih boleh ditambahbaik, yang manfaatnya nanti dapat dinikmati oleh pengguna. Syarikat dan kilang-kilang baru yang muncul juga pasti memerlukan set kemahiran dan bakat baru bagi pengeluaran produk yang lebih baik. Ini
9
adalah cara bagaimana Revolusi Industri 4.0 mampu memberi manfaat kepada penduduk dunia hari ini, dan juga pada masa hadapan. Sebagai contoh, di dalam kurun ke 18, tidak ada sesiapa yang dapat menjangka penciptaan enjin stim bakal membuka pintu kepada revolusi perindustrian yang membolehkan dunia beralih daripada pertanian yang diamalkan di kalangan masyarakat feudal kepada industri dalam masyarakat kapitalis. Setiap revolusi mempunyai ciri-ciri yang berbeza. Jadual 1 menunjukkan data ringkas berkenaan ciri-ciri revolusi.
Jadual 1: Ciri-Ciri Revolusi
Tempoh Sumber Bahan
Mentah Pencapaian Utama 1st Revolusi
Perindustrian Arang Enjin Wap
2nd Revolusi
Perindustrian Minyak, Elektrik
Pembakaran Enjin Dalaman 3rd Revolusi
Perindustrian
Tenaga Nuklear,
Gas Semulajadi Komputer, Robot 4th Revolusi
Perindustrian Tenaga Hijau
Internet, Pencetak 3D, Kejuruteraan
Genetik
Terdapat juga beberapa perubahan ekonomi berskala besar selaras dengan kemajuan teknologi sejak beberapa abad lalu. Ini dapat dilihat dengan jelas dalam tiga jenis kategori revolusi perindustrian yang telah berlaku iaitu, Revolusi Perindustrian Pertama pada penghujung abad ke-18 di mana pengeluaran mekanikal dapat dilihat, Revolusi Perindustrian Kedua di mana pengeluaran industri besar-besaran tercetus, dan Revolusi Digital melalui pengenalan komputer peribadi dan internet. Ini bermakna sebarang perubahan yang sedang berlaku boleh dikategorikan sebagai Revolusi Perindustrian Keempat (Revolusi Industri 4.0).
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, penggunaan peranti dan mesin pintar menyebabkan tenaga manusia semakin kurang digunakan bagi melengkapkan tugasan. Kewujudan mesin yang semakin pintar hari ini membolehkan kerja diselesaikan dengan lebih pantas dan teratur. Sebagai contoh, kerja-kerja dapat diagihkan kepada beberapa jenis
10
mesin pintar dan ini dapat mengurangkan bebanan kerja. Mesin juga boleh mengesan sebarang kelemahan atau kekurangan dengan lebih cepat sekaligus dapat menyelesaikan masalah dalam kadar segera. Sebelum perkilangan pintar, manusia terpaksa melakukan kebanyakan kerja dan ianya kurang memuaskan. Mereka terdedah kepada risiko dan kemungkinan untuk mendapat kecederaan adalah sangat tinggi. Apatahlagi sebagai manusia biasa, tidak semua kerja atau perkara dapat dilaksanakan dengan baik memandangkan sifat manusia yang tidak sempurna. Tidak mudah bagi manusia untuk mengesan kesilapan kecil dan sukar dilihat. Inilah sebab mengapa wujudnya kilang pintar hari ini bagi membantu melaksanakan kerja dengan lebih baik, yang mana memberi manfaat kepada semua pihak termasuk pekerja, syarikat, dan juga pengguna atau pelanggan secara keseluruhannya (Hirschi, 2018).
1.6 CABARAN MASYARAKAT DALAM MENGHADAPI
REVOLUSI 4.0
1.6.1 Pengambilan Tenaga Kerja
Pendigitan dan automasi pekerjaan dianggap sebagai trend masyarakat yang paling penting di dunia. Ia adalah salah satu ciri yang bakal mengubah lanskap pekerjaan, perniagaan dan masyarakat. Perubahan ini bakal menjadi cabaran utama berhadapan Revolusi Industri 4.0 iaitu kehilangan ribuan pekerjaan disebabkan perubahan atau ketiadaan pekerjaan yang meliputi kepelbagaian tenaga kerja. Penghapusan pekerjaan akan menyebabkan generasi akan datang terpaksa menganggur dan sukar untuk mencari rezeki bagi meneruskan hidup. Mereka tidak dapat dijanjikan dengan peluang pekerjaan setelah tamat pengajian di universiti. Revolusi Industri 4.0 memiliki ciri-ciri tekologi seperti genetik, kecerdasan buatan atau artificial intelligence (AI), pengkomputeran awan (cloud computing), percetakan 3D dan banyak lagi. Menurut Abdul Moktadir, Syed Mithun Ali, Sarpong, dan Shaikh, (2018), mereka percaya bahawa perbezaan antara revolusi lalu dengan revolusi terbaru ini adalah ia tidak lagi bermatlamat untuk menggantikan sumber tenaga buruh namun lebih kepada menggantikan kerja-kerja kognitif berserta pekerjanya sekali. Penyokong tuntutan ini menekankan bahawa kadar kemajuan teknologi dalam tempoh masa ini berlangsung dalam kadar yang begitu pesat dan kerap. Akibatnya, dalam beberapa dekad akan datang, kita akan menyaksikan titik
11
permulaan ledakan dan kejayaan teknologi. Bersandarkan realiti itu, ketakutan asas yang membimbangkan adalah bilamana Revolusi Industri 4.0 bakal mengambil alih tenaga kerja manusia secara beransur-ansur menerusi penggunaan automasi dan robot yang berleluasa. Akibat kebimbangan ini, tidak menghairankan beberapa individu mula mempertimbangkan semula Revolusi Industri 4.0 serta menyenaraikan gangguan dan masalah yang mungkin terjadi.
Di seluruh dunia, masyarakat hanya memerlukan aplikasi e-hailing yang terdapat di dalam telefon pintar mereka untuk menempah teksi seperti Grab atau MyCar. Tidak seperti sebelum ini yang memerlukan kita beratur panjang untuk menaiki teksi atau perkhidmatan pengangkutan. Apa yang perlu dilakukan cumalah menekan skrin telefon pintar dan perkhidmatan atau kenderaan akan muncul di hadapan mata. Oleh itu, jelas dapat dilihat bahawa pendatang baru industri teksi atau pengangkutan awam ini telah mengganggu model perniagaan lama. Ini adalah contoh bagaimana Revolusi Industri 4.0 ini mengambilalih institusi dan sistem yang telah bertapak lama. Menerusi keadaan ini kita dapat membayangkan kemungkinan yang berlaku dalam masa terdekat. Pekerjaan pada masa depan bakal berubah dan berbeza dari pekerjaan tradisi. Permintaan pada masa depan sangat memerlukan kemahiran melibatkan kerja-kerja digital manakala permintaan terhadap kerja-kerja manual akan semakin berkurangan. Terdapat beberapa faktor penting mengenai revolusi digital dengan sumber manusia. Pertama, kebanyakan masyarakat pada hari ini bimbang sekiranya teknologi dan robot menjadi punca mereka hilang pekerjaan. Walaupun itu kemungkinan berlaku, adalah perlu untuk menekankan kepentingan pembelajaran dan melakukan pekerjaan tahap tinggi serta menerima hakikat bahawa teknologi memudahkan kehidupan manusia. Kita perlulah bijak mencari peluang untuk mewujudkan tenaga kerja bagi menampung kekurangan akibat penggunaan automasi dan robot.
1.6.2 Penurunan dalam Kapasiti Kemanusiaan
Revolusi Industri 4.0 adalah bergantung kepada kewujudan teknologi. Ini dapat dilihat dalam penggunaan teknologi dalam kehidupan harian kita seperti telefon pintar, komputer, tablet, televisyen dan banyak lagi. Dengan pengenalan teknologi ini dalam kehidupan kita, secara tidak
12
sedar kita jadi semakin bergantung kepada teknologi dan mengakibatkan kebolehan dan sifat manusia kita kian merosot. Integrasi teknologi yang tidak dapat dielakkan boleh mengurangkan nilai kemanusiaan seperti belas kasihan, empati, dan lain-lain. Sebagai contoh, hubungan kita dengan telefon pintar. Penggunaan yang berterusan kemungkinan menghalang kita daripada kewajaran untuk berhenti seketika, merefleksi diri dan melibatkan diri dalam perbualan yang bermakna dengan orang di sekeliling. Kita akan kehilangan keupayaan untuk berkomunikasi dan mewujudkan perbualan dalam kehidupan sebenar. Tidak dapat dinafikan hakikat bahawa teknologi membantu dalam kehidupan seharian. Walau bagaimanapun, kebergantungan yang keterlaluan pada sesuatu benda boleh memudaratkan seseorang. Terdapat banyak kesan negatif yang berpunca daripada pendedahan terhadap teknologi yang berlebihan. Contoh boleh dilihat dalam pengenalan teknologi pada usia seawal kanak-kanak lagi. Kanak-kanak semuda umur dua tahun telah dibenarkan memiliki telefon bimbit. Ini kerana ibubapa mendapati lebih mudah mengawal anak-anak menggunakan peranti. Jika anak mereka mula menangis atau buat perangai terutamanya ketika berada di tempat awam, ibubapa hari ini mengambil jalan mudah dengan membenarkan anak-anak menonton video atau bermain permainan di telefon bimbit. Ibubapa kebanyakannya tidak menyedari kesan jangka panjang akibat dari tindakan tersebut. Kanak-kanak memerlukan ibubapa untuk bersosial dan bergaul. Sosialisasi atau pergaulan merupakan proses pembelajaran untuk kita belajar nilai-nilai dan kepercayaan masyarakat. Sekiranya ibubapa tidak memberi bimbingan dan menerapkan nilai-nilai yang sepatutnya ke dalam diri anak-anak mereka, siapa lagi yang akan melakukannya?
1.6.3 Kelemahan Keselamatan Siber
Keselamatan atau kawalan siber (cyber-security) adalah salah satu cabaran yang dihadapi oleh anggota masyarakat dalam Industri 4.0. Revolusi ini memerlukan manusia berhubung dan menggunakan protokol komunikasi untuk tujuan operasi. Privasi adalah kemampuan seseorang atau kumpulan untuk memencilkan diri atau menyembunyikan maklumat tentang diri mereka. Mereka boleh memilih untuk menonjolkan diri dengan cara tertentu. Oleh itu, salah satu cabaran yang paling besar ketika ledakan teknologi baru ini adalah
13
privasi. Penjejakan dan perkongsian maklumat adalah bahagian yang penting dalam perhubungan baru ini. Terdapat begitu banyak perbahasan fundamental berkenaan impak teknologi terhadap kehidupan dalaman seperti kehilangan kawalan ke atas data peribadi kita. Sesetengah pembekal perkhidmatan internet mengumpul data kita, malah ada yang menjualnya. Kita secara jelas memahami mengapa ia begitu penting, namun penjejakan dan perkongsian maklumat mengenai kita adalah pengorbanan yang perlu ada bagi meneruskan kesinambungan baru ini. Perbahasan mengenai isu-isu asas seperti kesan ke atas kehidupan seharian kita disebabkan kehilangan kawalan terhadap data kita hanya akan semakin bertambah saban tahun. Begitu juga dengan revolusi yang berlaku dalam bidang bioteknologi dan AI, yang mana memberi takrifan mengenai maksud menjadi manusia dengan menolak ke tepi jangka hayat semasa, kesihatan, pengenalan dan keupayaan, dan memaksa kita untuk mentakrifkan semula sempadan moral dan etika kita.
1.6.4 Pendidikan Dan Kemahiran
Umum mengetahui bahawa Revolusi Industri 4.0 berlaku pada kadar yang pesat. Ini menyebabkan tidak semua dari mereka mampu untuk bersaing. Sebagai contoh, sistem pendidikan yang sepatutnya mendedahkan masyarakat kepada asas kemahiran untuk mengambil bahagian dalam revolusi perindustrian yang bakal tiba. Industri pendidikan telah berubah dan berkembang sejak berlakunya revolusi perindustrian pertama. Dengan penciptaan kecerdasan buatan (AI), robot, data dan internet, ia telah memberikan kesan yang besar ke atas bidang pekerjaan dan ekonomi sesebuah negara. Dalam tahun 1780-an, pendidikan tidak diberikan tumpuan utama, bagaimanapun revolusi perindustrian kedua memerlukan pekerja memiliki kemahiran untuk memenuhi keperluan tenaga kerja. Selama ini, kemajuan teknologi telah banyak memberi kesan kepada sistem pendidikan di seluruh dunia (Rasika, Lim Fung Ching, & Haslinda, 2019). Kaedah pengajaran kini boleh dilihat lebih berteraskan teknologi seperti contoh Google
Classroom dan Frog VLE. Pelajar juga diberi kelonggaran dalam
pembelajaran yang mana universiti menampung dan melaksanakan kaedah pembelajaran dalam talian. Sungguhpun begitu, akan ada banyak perubahan dalam cara dan kaedah pengajaran dan pembelajaran pada masa hadapan. Isi kandungan mana perlu kita pelajari termasuk
14
peranan pelajar, guru dan pensyarah adalah sesuatu yang perlu diberi perhatian lanjut. Kemajuan teknologi berlaku setiap hari dan ia menyukarkan pendidik dan pelajar untuk terus bersaing. Ini adalah disebabkan oleh hakikat bahawa mereka tidak mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk mengendali dan mengurus terknologi. Disebabkan itu mereka perlu dilatih semula namun berkemungkinan gagal atau sukar mengejar perubahan yang drastik ini. Sesetengah menganggap ia sebagai satu kekurangan dan merasa seolah-olah ia adalah ancaman kepada pekerjaan mereka. Bakat dan kemahiran yang diperlukan bagi Revolusi Industri 4.0 perlu merangkumi pengetahuan teknologi maklumat (IT), kefahaman organisasi dan proses, serta keupayaan untuk berinteraksi dengan dunia moden (Prisecaru, 2016). Jelas dilihat bahawa cabaran melaksanakan Revolusi Industri 4.0 adalah berhadapan dengan risiko pengangguran, penurunan kapasiti kemanusiaan, kurang privasi serta pendidikan.
1.6.5 Peningkatan Kos Sara Hidup
Perubahan dalam industri yang berlaku secara tidak langsung akan memberikan kesan ekonomi kepada masyarakat sama ada secara langsung atau tidak. Kesan tersebut ada kalanya turut melibatkan kos sara hidup sesebuah keluarga. Bagi memajukan sektor perindustrian, pihak-pihak yang berkenaan telah mengeluarkan satu kos yang agak besar untuk membeli segala teknologi dan gajet yang diperlukan. Oleh itu, bagi memulangkan atau mendatangkan untung kepada pihak tersebut, mereka telah meletakkan harga pasaran yang tinggi berbanding dengan harga pengeluaran bagi sesuatu produk. Hal ini kerana, harga pasaran tersebut perlulah lebih tinggi supaya lebih banyak untung yang dapat dikembalikan untuk digunakan bagi menyelenggara atau mengemaskini mesin-mesin dan teknologi yang dimilik. Oleh itu, tidak mustahil bahawa pada masa akan datang, kos sara hidup akan lebih meningkat. Sebagai contoh, pada masa akan datang, apabila dunia sudah semakin maju semua rumah telah dibekalkan dengan aplikasi rumah pintar. Pemasangan dan penyelenggaraan rumah pintar ini akan mengambil kos yang banyak. Oleh itu, pada waktu tersebut, harga sebiji rumah berkemungkinan akan menjadi lebih mahal dan sukar untuk masyarakat bagi memilik atau membeli sebuah rumah.
15
1.7 CADANGAN KEPADA ANGGOTA MASYARAKAT
DALAM MENGHADAPI REVOLUSI 4.0
Untuk memahami permasalahan ini dalam situasi dunia berada pada zaman Revolusi Industri 4.0 atau dunia serba teknologi ini, tumpuan harus diberikan kepada beberapa faktor seperti akar punca, masalah semasa dan mencari jalan keluar bagi menangani masalah tersebut sebelum ianya berlarutan pada masa akan datang.
1.7.1 Menjadi Lebih Kretif Dan Inovatif
Kemunculan Revolusi Industri 4.0 hari ini tanpa sedar telah menghapuskan beberapa skop pekerjaan yang menjadi sebab masyarakat kehilangan punca dan ketinggalan. Namun begitu, isu ini boleh diselesaikan dengan usaha untuk memantapkan kemahiran kreatif dan kemahiran penyelesaian masalah. Ini disebabkan hakikat bahawa sebahagian besar dari Revolusi Industri 4.0 menggunakan teknologi untuk melaksanakan tugas namun teknologi ini bersifat rigid dan ‘kaku’, yang mana ia hanya boleh melakukan tugas yang telah diprogramkan sahaja. Ini menunjukkan bahawa ia tidak memiliki keupayaan untuk menyelesaikan masalah masyarakat yang kompleks yang hanya dapat dilakukan oleh manusia itu sendiri disebabkan manusia berkemampuan dalam memahami satu sama lain dan juga berkebolehan menangani masalah baru yang bakal muncul secara kreatif.
1.7.2 Memperbanyakan Lagi Program Latihan
Bagi kebanyakan majikan, menyesuaikan diri dengan revolusi industri 4.0 adalah sangat penting supaya syarikat dapat terus berkembang dan sejajar dengan industri global (Watt, 2019). Ini bermakna majikan tidak boleh mengabaikan aset penting syarikat iaitu tenaga mahir manusia. Walaupun revolusi perindustrian adalah memfokuskan kepada dunia digital dan teknologi, kemahiran dan tenaga kerja manusia juga perlu dipertingkatkan supaya mereka dapat melaksanakan tugas dengan cekap mengikut garis masa perindustrian. Program latihan bagi meningkatkan kemahiran pekerja adalah sangat penting agar pekerja itu sendiri dapat memiliki set kemahiran baru yang boleh mereka praktikkan ke dalam revolusi perindustrian pada masa akan datang. Mereka juga mendapat
16
manfaat dari program tersebut memandangkan kemahiran itu kemungkinan memenuhi skop pekerjaan masa depan sekaligus membantu syarikat merapatkan lagi jurang dalam proses revolusi industri.
1.7.3 Hadkan Penggunaan Alatan Pintar
Teknologi pintar turut menghasilkan tabiat buruk yang menjejaskan kesihatan mental seperti ketagihan bermain permainan komputer dan melayari media sosial. Ini boleh mengakibatkan masyarakat kita pada hari ini menderita keresahan (anxiety), kemurungan (depression) dan mudah terpengaruh dengan keganasan yang dilihat di internet. Jalan penyelesaiannya adalah menetapkan had masa tertentu penggunaan peralatan pintar atau gajet ini dan menggalakkan aktiviti sihat seperti bersukan, berjoging, menyertai projek kebajikan dan banyak lagi aktiviti kemanusiaan yang membolehkan kita berhubung dengan dunia dan alam sekitar sekaligus menjadikan diri kita lebih positif dan bermotivasi. Ketika dunia sedang bergerak ke arah penyesuaian teknologi untuk dibawa masuk ke dalam kehidupan kita, ia sebenarnya memberi beberapa manfaat yang boleh dinikmati manusia. Tetapi, ia juga membuatkan manusia terasing dari perkara yang berfaedah. Ini sebenarnya bergantung kepada diri pengguna itu sendiri dalam menyesuaikan kehadiran teknologi ke dalam kehidupan mereka. Teknologi sering ditakrifkan dalam pelbagai bentuk dan cara, dan bagaimana orang menerimanya adalah bergantung kepada takrifan dan cara mereka menghargai teknologi. Satu set definisi boleh membawa makna yang berbeza terhadap sesuatu; seperti individu yang mendefinisikan teknologi sebagai perkara yang baik, maka ia memberi kebaikan dan manfaat kepadanya, namun sekiranya individu melihat teknologi dengan cara yang salah dan menganggap ia sebagai perkara buruk, ia kemungkinan membawa akibat buruk yang tidak mendatangkan faedah kepadanya.
1.7.4 Kepelbagaian Kemahiran
Seperti yang kita tahu, Revolusi Industri 4.0 telah berada dalam era terkini. Dalam usaha untuk tidak ketinggalan, masyarakat perlu mempunyai, atau paling tidak telah mempunyai beberapa set kemahiran. Setiap orang memerlukan kemahiran ini untuk terus
17
bersaing dalam dunia moden agar mereka tidak ketinggalan jauh. Sekiranya mereka mempunyai beberapa kemahiran atau kebolehan ini, tidak sukar untuk mereka hidup dalam dunia teknologi hari ini. Set kemahiran ini meliputi kesediaan tenaga kerja, kemahiran insaniah, kebolehan teknikal, dan kemahiran keusahawanan. Kemahiran yang disebutkan itu dapat membantu belia dalam mempersiapkan diri menghadapi cabaran masa depan. Dalam usaha untuk terus bersaing dalam dunia moden ini, setiap orang perlu mempunyai kemahiran asas yang dapat membantu mereka sebelum terjun ke dalam dunia perkerjaan. Setiap orang mempunyai impian untuk mencapai cita-cita dan salah satunya adalah memiliki pekerjaan impian. Untuk mencapainya, kita mesti sekurang-kurangnya mempunyai kemahiran yang khusus dan bersesuaian. Untuk berjaya, manusia perlu ada kemahiran dalam penyampaian (personal presentation), mengurus masa dan juga kehadiran penuh. Mana-mana syarikat pastinya akan mengupah individu yang berdisiplin dan mampu menyelesaikan tugasan dengan cekap. Setiap golongan pekerja hendaklah mempunyai set kemahiran asas ini untuk membolehkan mereka terus bekerja.
1.8 KESIMPULAN
Kesimpulannya, masyarakat hari ini perlu sentiasa memaju diri dan memperbaiki kelemahan diri untuk berhadapan dengan dunia teknologi tanpa sempadan. Ini berikutan perkembangan revolusi industri tidak akan berhenti dan akan terus berjalan selari dengan kemajuan dunia. Semua pihak termasuklah penggubal dasar harus melihat cabaran kesan hasil daripada pembaharuan yang ada kaitannya dengan Revolusi Industri 4.0. Sebagai rakyat Malaysia, kita haruslah bersedia dengan kemahiran dan pengetahuan berkaitan dengan teknologi yang semakin canggih ini. Semestinya bukan sesuatu yang mudah untuk menganjakkan kemajuan seiring dengan teknologi kerana pelbagai cabaran terpaksa dihadapi. Sungguh pun begitu, sekiranya revolusi ini dipelajari dengan sebaiknya, masyarakat hari ini akan mampu untuk memanfaatkan teknologi dalam kehidupan mereka. Hal ini dapat menjadikan mereka lebih professional dalam melakukan sesuatu pekerjaan dan lebih produktif dalam membantu ahli masyarakat yang lain dalam mendepani revolusi industri yang kian mencabar. Risiko-risiko dapat dikurangkan apabila teknologi digunakan untuk perkara yang boleh memberi faedah kepada semua dan semakin memudahkan
18
setiap urusan harian tanpa menjejaskan sekeliling merangkumi keseluruhan kehidupan.
RUJUKAN
[1] Dalmia, V., & Sharma, K. (2017). The moral dilemmas of the Fourth Industrial Revolution. South African Journal of Industrial
Engineering, 3(1), 97-102.
[2] Hirschi, A. (2018). The fourth industrial revolution: Issues and implications for career research and practice. The Career
Development QuarTerly, 66, 192-204.
[3] Md. Abdul Moktadir, Syed Mithun Ali, Kusi-Sarpong, S., & Shaikh, M. A. A. (2018). Assessing challenges for implementing Industry 4.0: Implications for process safety and environmental protection. Process Safety and Environmental Protection, 1-12. doi:https://doi.org/10.1016/j.psep.2018.04.020.
[4] McMichael P (2012). Development and Social Change: Global Perspective. Pine Forge, CA: Sage. A good overview of social change from an economic perspective of long-term historical change from development to globalization.
[5] Petrillo, A., Felice, F. D., Cioffi, R., & Zomparell, F. (2018). Fourth Industrial Revolution: Current Practices, Challenges, and Opportunities, Digital Transformation in Smart Manufacturing. In IntechOpen. doi:10.5772/intechopen.72304.
[6] Prisecaru, P. (2016). Challenges of the Fourth Industrial Revolution. Knowledge Horizons - Economics, 8(1), 57-62.
[7] Rasika Lawrence, Lim Fung Ching, & Haslinda Abdullah. (2019). Strengths and weaknesses of education 4.0 in the higher education institution. International Journal of Innovative Technology
and Exploring Engineering (IJITEE), 9(2S3), 511-519.
[8] Schwab, K. (2018). The Fourth Industrial Revolution. Retrieved from
https://www.britannica.com/topic/The-Fourth-19 Industrial-Revolution-2119734.
[9] Watt, E. (2019). The four skills young people need to find work in the Fourth Industrial Revolution. Retrieved from Theirworld.org website: https://theirworld.org/news/four-skills-young-people-need-to-find-work-succeed-in-fourth-industrial-revolution.
20
BAB 2
MENDEPANI CABARAN REVOLUSI INDUSTRI 4.0 MENERUSI INOVASI SOSIAL
Fauziah binti Ani1, Asbah Razali2,
Zahrul Akmal Damin1 , Norizan Rameli1 1Jabatan Sains Sosial,
Pusat Pengajian Umum dan Kokurikulum,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Parit Raja, Batu Pahat, 86400 Johor, Malaysia.
2Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya,
50603 Kuala Lumpur, Malaysia
2.1 PENGENALAN
Setiap revolusi industri membawa faedah dan cabaran kepada status sosio ekonomi kebanyakan negara yang terlibat dengan transformasi. Contohnya, Great Britain membawa kepada revolusi industri yang pertama dengan ciptaan enjin stim komersial, yang merevolusikan sistem komunikasi dan pengangkutan yang membawa kepada pembangunan industri yang lain. Manakala United State yang menjadi pemacu dalam revolusi industri kedua, memperlihatkan penggunaan telefon yang merevolusikan sistem komunikasi pada ketika itu. Manakala revolusi industri ketiga pula internet menjadi faktor utama dan berjaya sebagai teknologi infrastruktur awam. Semua revolusi perindustrian ini telah menghasilkan pertumbuhan ekonomi, peningkatan produktiviti dan kebajikan di negara-negara yang berjaya meraih kesan positifnya, termasuk barangan dan perkhidmatan yang berkualiti tinggi. Walau bagaimanapun, terdapat juga cabaran yang terhasil daripada revolusi ini seperti isu ketidaksamaan, perubahan iklim, isu kelestarian dan lain-lain.
21
depan masyarakat dan alam sekitar telah mencipta cabaran global yang epik. Konsep-konsep seperti kelestarian dan inovasi sosial telah muncul dan menarik perhatian global sebagai potensi resolusi. Inisiatif global Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke arah matlamat pembangunan mampan (SDGs) telah memberi mesej yang kuat kepada pembangunan sosial dan ekonomi yang inklusif. Contohnya, pendekatan kehidupan mapan untuk menghubungkan isu sosioekonomi dan alam sekitar menjadi fokus utama di era Revolusi Industri 4.0 (Brocklesby & Fisher, 2003).
2.2 REVOLUSI INDUSTRI 4.0 DAN CABARAN
Revolusi Industri 4.0 bukanlah pengecualian kepada era industri terdahulu, tetapi ia dijangka membawa faedah yang besar dan banyak cabaran. Revolusi Industri 4.0 menggabungkan dunia biologikal, fizikal dan digital serta menghasilkan pelbagai teknologi baru yang memberikan kesan kepada pelbagai disiplin, ekonomi dan industri. Kadar perkembangan teknologi dalam Industri 4.0 adalah begitu pantas. Teknologi robotik, objek rangkaian internet (IoT), kepintaran buatan (AI), data analitik, pemprosesan imej, perisian, sistem komunikasi mudah alih, percetakan tiga dimensi (3D), keselamatan siber, simulasi dan integrasi sistem digital antara elemen baharu yang mula mengambil alih fungsi pekerjaan dan sistem sedia ada.
Oleh itu, cabaran-cabaran dan bahkan manfaatnya dijangkakan jauh lebih sukar daripada apa yang dialami dunia dalam revolusi industri terdahulu. Tahap kesukaran yang semakin meningkat ini adalah disebabkan oleh teknologi penumpuan yang tinggi yang dapat melengkap atau bersaing dengan keadaan yang berbeza-beza yang boleh menyebabkan lebih banyak penemuan yang sukar untuk diramal. IoT yang menjadi tulang belakang Revolusi Industri 4.0 berpotensi untuk membesarkan risiko dan cabaran yang memberi implikasi kepada masyarakat.
Cabaran sosial utama yang berisiko besar ialah jenayah siber kerana peningkatan sambungan sistem rangkaian, dan kehilangan pekerjaan disebabkan oleh automasi segmen operasi yang besar dalam banyak industri sebagai sebahagian daripada Industri 4.0. Selain itu, tenaga manusia berkemahiran tinggi menjadi prasyarat penting dalam
22
memenuhi keperluan industri. Persediaan tenaga berkemahiran untuk mendepani revolusi ini di Malaysia masih terkebelakang kerana kebanyakan industri yang terdapat di negara ini masih lagi bergantung kepada bentuk pekerjaan manual yang memerlukan tenaga manusia. Namun persoalannya, adakah jumlah peluang pekerjaan mampu menampung jumlah tenaga kerja mahir yang dibekalkan?. Ini kerana penggunaan ‘artificial intelligence’ atau AI, penggunaan dron, automasi berasaskan robotik, ‘cloud computing’ dan ‘Internet of Things’ (IoT) yang menggurangkan kos dan sumber manusia.i. Dalam keadaan iniakan ada bidang pekerjaan yang terjejas, ada pula bidang pekerjaan yang akan berkembang dan yang pastinypekerjaan masa kini akan mengalami perubahan yang memerlukan kemahiran yangberbeza Perubahan iklim atau pemanasan global semakin jelas dapat dirasai oleh masyarakat dunia rentetan berlakunya peningkatan suhu dunia. Ia merupakan ancaman keselamatan rakyat. Peningkatan pemanasan global ini bermula dari aktiviti yang dilakukan oleh manusia dari era Revolusi Perindustrian dan kian meningkat mengikut peredaran zaman. Sumber alam semula jadi seperti arang batu dan petroleum dijadikan sebagai bahan bakar utama bagi menggerakkan jentera perindustrian. Penggunaan dan pembakaran sumber alam semula jadi secara melampau telah menyebabkan kesan rumah hijau dan penipisan lapisan ozon kian meningkat. Pelbagai sektor ekonomi seperti pembangunan, perindustrian dan juga pertanian telah menyumbang kepada fenomena pemanasan global, di mana terjadinya peningkatan suhu yang sangat luar biasa. Hal ini menyebabkan keadaan persekitaran terasa panas walaupun pada waktu malam. Hal ini juga diperkukuhkan lagi dengan pembangunan infrastruktur dan prasarana serta kemajuan teknologi yang telah memberi peningkatan dalam implikasi kepada landskap negara.
Selain itu, ketidaksamaan dalam pengagihan kekayaan di negara-negara maju yang mengetuai revolusi perindustrian juga menjadi salah satu cabaran yang perlu diambil perhatian, Kesannya, jurang pendapatan semakin meluas dan sudah pasti boleh membawa kesan sosial yang buruk terhadap masyarakat. Oleh itu, penyelesaian cabaran dan isu yang semakin kompleks itu memerlukan pendekatan baharu yang kreatif untuk menanganinya. Dalam hal ini, inovasi adalah merupakan penyelesaian utama, khususnya inovasi sosial. Pemacu yang sama
23
untuk menginovasi teknologi bagi mempertingkatkan produktiviti juga boleh digunakan untuk meningkatkan kebajikan dan keperluan masyarakat penduduk dunia.
2.3 INOVASI SOSIAL
Inovasi sosial dikenali sebagai idea amalan baru yang digunakan untuk menangani cabaran sosial; yang mempunyai pengaruh positif terhadap individu, masyarakat, dan organisasi (Hahn & Andor, 2013). Marolt (2015) mentakrifkan inovasi sosial sebagai model baru, perkhidmatan, dan produk yang memenuhi kehendak sosial. Manakala Suruhanjaya EU pula melihat inovasi sosial dari dua sisi iatu sebagai cara (mean) dan hasil (outcome). Dengan menambahkan elemen sosial kepada inovasi, ia membawa kepada konsep inovasi sosial. Sosial dalam pengertian ini difahami sebagai arah tumpuan inovasi (MacGregor dan Fontrodona 2008).
Menurut Moulaert (2017), inovasi sosial merangkumi lima kriteria iaitu pertama; permasalahan sosial, kedua; membina rangkaian, ketiga; meningkatkan kapasiti; ke empat meningkatkan kesejahteraan; kelima; berterusan. Konsep inovasi sosial menandakan proses dan faktor-faktor yang membawa kepada transformasi positif yang berterusan kepada rangkaian masyarakat (Mulgan, 2006; Phills et al., 2008). Ia ditakrifkan sebagai penyelesaian inovatif terhadap cabaran-cabaran yang dihadapi oleh masyarakat - yang lebih efektif, lebih cekap, lebih mampan, atau lebih adil daripada amalan sedia ada (Phills et al., 2008).
Phills (2008) berpendapat bahawa inovasi sosial harus menghasilkan sesuatu yang baru dan meningkatkan maklum balas kepada keperluan masyarakat. Penghargaan masyarakat ke atas manfaat inovasi sosial yang dihasilkan melebihi model tradisi, yang biasanya memberi manfaat kepada para inovator itu sendiri. Isu atau perkara yang diklasifikasikan sebagai inovasi sosial adalah seperti penyelesaian yang lestari terhadap masalah persekitaran, insurans kesihatan, model pembelajaran baru, dan kemudahan pengangkutan. Inovasi sosial berkembang pada masa kini sebagai mekanisme yang menjanjikan untuk menangani ketidakcekapan dasar dan model yang sedia ada yang mensasarkan isu-isu global yang paling mendesak seperti penyakit kronik, perubahan iklim, dan ketidakadilan (Murray et al., 2010). Selain
24
itu, Abott (2014) menganggap undang-undang, peraturan, tingkah laku, perkhidmatan, model perniagaan, penciptaan, organisasi, atau teknologi sebagai inovasi sosial. Manakala Mulgan (2007) menyatakan inovasi sosial terdiri daripada mikro kredit, koperasi pengguna, kedai amal, skim perumahan karbon sifar; dan ladang angin komuniti (Mulgan et al., 2007).
Jadual 1: Jenis Inovasi Sosial Jenis inovasi sosial Deskripsi Perkhidmatan baru
dan produk
Intervensi atau program baru untuk memenuhi kehendak sosial
Amalan baru Perkhidmatan baru yang memerlukan peranan profesional atau hubungan baru Proses baru Perkhidmatan baru
Undang-undang atau peraturan baru
Membentuk undang-undang atau hak baru Bentuk organisasi
baru
Bentuk organisasi hibrid seperti usahawan sosial.
Sumber: Désirée Pecarz. 2018. Social Innovation Trainning Books, ms.5
Seorang inovator sosial atau usahawan sosia pada dasarnya seseorang yang membangunkan jawapan dan idea inovatif kepada permasalahan sosial (contohnya, model perniagaan bagi membantu menangani kemiskinan). Idea di sebalik keusahawanan sosial ialah, idea-idea segar dan baru yang akan membawa keajaiban dan kekuatan produktiviti dalam "sektor sosial" (perkhidmatan awam serta kebajikan). Kini, semakin banyak inovator sosial dan usahawan sosial yang berjaya mencipta nama. Antara yang paling terkenal adalah seperti Muhammad Yunus, pengasas Grameen Bangladesh, sebuah bank pembiayaan mikro, dan pemenang hadiah Nobel keamanan.
2.4 REVOLUSI INDUSTRI DAN INOVASI
Industri 4.0 sangat berkaitan dengan inovasi. Dalam dekad yang lalu, inovasi menambah ciri atau kriteria lain seperti mudah alih, cloud, media sosial, dan big data yang boleh membina simbiosis yang sempurna, mewujudkan konsep baru untuk proses perindustrian, dan peralihan pasaran ke era baru bagi mewujudkan persaingan dan
25
kelainan produk (Geiger & Sá, 2013). Industri 4.0 mewakili peralihan ke arah ekonomi berasaskan inovasi dengan pengetahuan, data, dan IoT sebagai konsep utama. Ini akan menjejaskan struktur semasa, pasaran, dan proses perniagaan zaman perindustrian sebelum ini. Ia juga membuka laluan ke era digitalisasi baru, rangkaian sistem pengeluaran "lebih bijak", dan proses perniagaan yang saling berkaitan.
Dalam revolusi industri 4.0, faktor kompetetif tradisional seperti penguasaan pasaran, skala ekonomi, dan akses kepada sumber kini dikaitkan dengan faktor-faktor lain seperti inovasi, hak harta intelektual, teknologi pintar, dan akses kepada pengetahuan (Gei- ger & Sá, 2013). Tambahan pula, peranan pengguna berubah dalam proses pengeluaran; ketersediaan maklumat yang relevan untuk pengguna dan unit perniagaan membolehkan lebih banyak hubungan interaktif di antara mereka supaya keperluan pengguna dapat dipenuhi dengan lebih baik. Peranan pengguna dalam proses pengeluaran adalah penting (Buhr, 2017).
2.5 MENANGANI CABARAN SOSIAL MENERUSI
INOVASI SOSIAL
Kebanyakan ulasan literatur tentang Revolusi Industri 4.0 memberi tumpuan kepada sifat inovasi teknologi industri. Terdapat kebimbangan mengenai sama ada pertumbuhan pesat dalam pembangunan teknologi dan pencapaian digital meninggalkan pengaruh positif terhadap individu dan masyarakat atau pun tidak (Luppicini, 2012). Oleh itu, perlu dipertimbangkan bagaimana kemajuan teknologi dapat dieksploitasi untuk menyelesaikan masalah sosial.
Forum Ekonomi Dunia pada tahun 2016 menetapkan Revolusi Industri 4.0 sebagai isu global. Kata kunci baru ini telah dikaitkan dengan penemuan teknologi yang pesat yang membawa kepada transformasi dalam semua aspek kehidupan sosioekonomi kita. Paradigma ekonomi baru ini menjadikan Internet (dan data) sebagai salah satu cara untuk mencipta nilai untuk manusia dan masyarakat dan bukan hanya berfungsi sebagai saluran komunikasi semata-mata. Revolusi Industri 4.0 menjadikan dunia lebih digital, lebih bersambung, lebih fleksibel, dan lebih responsif. Hubungan sosial yang terkenal berubah tanpa pengiktirafan; kini bergerak dari hubungan perniagaan-ke-pengguna ke
26
mod peer-to-peer (Arroyo et al, 2017). Masyarakat dunia perlu diberi kefahaman yang komprehensif dan global tentang bagaimana teknologi mampu mengubah secara dramatik kehidupan yang merangkumi aspek sosial, ekonomi dan politik.
Schwab (2015) menimbulkan beberapa soalan yang menyerlahkan cara inovasi teknologi boleh berinteraksi dengan inovasi sosial untuk membentuk dan memberi manfaat kepada masyarakat; Bagaimana Industri 4.0 mengubah sektor penjagaan kesihatan, pendidikan, dan banyak industri lain? Bagaimana kita boleh memanfaatkan inovasi teknologi dalam cara untuk memberi manfaat kepada orang kaya dan miskin? Bagaimanakah inovasi teknologi menyumbang penyelesaian kepada masalah kesihatan awam antarabangsa? Bagaimana seharusnya peranan kerajaan ditakrifkan semula dalam revolusi teknologi ini untuk menggalakkan ketelusan dalam pembaharuan ekonomi, sosial, dan alam sekitar?
Schwab (2015) juga mengakui bahawa dalam Revolusi Industri 4.0, impak sosial yang terhasil daripada perubahan teknologi ke atas sektor ekonomi, pasaran buruh, pengeluaran, dan inovasi lebih difahami sekarang berbanding semasa revolusi perindustrian sebelumnya. Kerajaan dan penggubal dasar perlu menyesuaikan dan bertindak balas dengan cepat terhadap evolusi pesat Revolusi Industri 4.0 dengan menyediakan persekitaran yang selamat, pengawal keselamatan dan dasar yang dapat membawa pembangunan ekonomi dan sosial yang mampan pada masa hadapan. Brynjolfsson dan McAfee (2014) menegaskan bahawa, bagi mengambil kesempatan daripada peluang yang diberikan oleh revolusi perindustrian baru, penting bagi kita untuk mengenal pasti impaknya terhadap seluruh masyarakat. Oleh itu, kita harus mempertimbangkan inovasi sosial bersama revolusi teknologi. Dengan kata lain, kita perlu memberi tumpuan kepada penjajaran antara pembangunan teknikal dan amalan baru yang diperlukan untuk menangani cabaran sosial yang dihadapi oleh masyarakat.
Menurut Buhr (2017) impak inovasi sosial adalah menyerlah pada keseluruhan sistem. Ini bermaksud bahawa terdapat hubungan yang saling menguntungkan antara inovasi teknikal dan sosial. Inovasi teknikal dan pembangunan teknologi yang cepat boleh memberi kesan positif kepada inovasi sosial. Inovasi teknikal sering mengembangkan potensi sebenar dalam kombinasinya dengan inovasi sosial. Sifat digital
27
dari Revolusi Industri 4.0 boleh membawa kepada hasil ekonomi serta manfaat sosial, jika dikendalikan di bawah payung pembangunan mampan.
Industri 4.0 mempunyai potensi besar untuk memberi kesan positif terhadap ekonomi dan masyarakat. Kecerdasan buatan (Articial
Intelligence) dijangka secara asasnya mengubah cara bagaimana
masyarakat beroperasi dengan memberikan penyelesaian sepenuhnya kepada masalah sedia ada, termasuk penyelesaian dan sistem yang berbahaya yang mungkin tidak dapat dieksploitasi(Schreiber, 2017). Revolusi Industri 4.0 memperkenalkan prospek baru untuk penambahbaikan dalam penjagaan kesihatan, keupayaan untuk memperkasa lebih ramai orang di seluruh dunia untuk menjadi usahawan, dan peningkatan akses kepada pendidikan. Peluang-peluang ini timbul dengan menggunakan pendekatan holistik atau mekanisme untuk industri bagi memenuhi kehendak sosial dan alam sekitar yang dihadapi oleh masyarakat. Pendekatan ini juga boleh meminimumkan kesan yang tidak diingini dari inovasi teknologi yang pesat. Sebaliknya memaksimumkan manafaat sosial yang positif dan melindungi kepentingan awam.
Revolusi Perindustrian 4.0 memberi manfaat cukup besar dalam kehidupan manusia hari ini. Antara industri utama mengaplikasi teknologi IoT ialah industri peruncitan dan pengurusan bekalan.Sistem ini memudahkan urusan jual beli di pasar raya tanpa perlu beratur panjang. Bagi pemilik hotel, restoran dan perniagaan, IoT membolehkan sistem bekalan lebih sistematik, mengurangkan penggunaan tenaga kerja, sistem dagangan dan logistik yang lebih tersusun serta penyelesaian berkesan kepada masalah kecurian.
Salah satu cabaran yang dihadapi oleh pertumbuhan pesat dalam teknologi maklumat dan komunikasi ialah privasi. Perkongsian dan pengesanan maklumat, kehilangan kawalan ke atas data, dan pendedahan maklumat mengenai kehidupan peribadi adalah konsisten dengan teknologi 4.0 (Anderson & Mattsson, 2015). Sebagai contoh, revolusi dalam bioteknologi mentafsirkan apa yang dimaksudkan sebagai manusia dengan mengubah tempoh hayat, kesihatan, dan kognitif, yang juga memaksa kita untuk mentakrifkan sempadan moral dan etika kita (Schwab, 2015). ia menjadi cabaran kepada kerajaan,
28
pembuat dasar dan masyarakat untuk menangani gangguan teknologi dalam era industri baru ini. Justeru itu, gabungan inovasi teknikal dan inovasi sosial berupaya memberi penyelesaian yang inovatif bagi memastikan masa depan yang lestari.
RUJUKAN
[1] Abbott, D. 2014. Applied Predictive Analytics: Principles and
Techniques for the Professional Data Analyst. Hoboken, NJ: John
Wiley.
[2] Andersson, P., & Mattsson, G. L. 2015. Service Innovations Enabled by the Internet of Things. IMP Journal, 9(1): 85–106. http://doi.org/10.1108/IMP-01-2015-0002
[3] Arroyo, L., Murillo, D., & Val, E. 2017. Trustful and
Trustworthy: Manufacturing Trust in the Digital Era. Barcelona: ESADE Roman Llull University Institute for Social Innovation; EY
Fundación Espana.
[4] Brocklesby, M.A & Fisher.2003.Community development in sustainable livelihoods approaches – an introduction. Community
Development Journal, Volume 38, Issue 3, 1 July 2003, Pages 185–198, https://doi.org/10.1093/cdj/38.3.185.
[5] Buhr, D. 2015. Social Innovation Policy for Industry 4.0.
Tübingen, Germany: Eberhard Karls University of Tübingen
[6] Brynjolfsson, E., & McAfee, A. 2014. The Second Machine
Age: Work Progress, and Prosperity in a Time of Brilliant Technologies. New York: W. W. Norton & Company.
[7] Buhr, D. 2015. Social Innovation Policy for Industry 4.0.
Tübingen, Germany: Eberhard Karls University of Tübingen.
[8] Désirée Pecarz. 2018. Social Innovation Trainning Books. Danube Transnational Programme
29
Universities and the Promise of Economic Growth. Cambridge, MA:
Harvard.
[10] Hahn, J., & Andor, L. 2013. Guide to Social Innovation. Brussels:European Commission.
[11] Luppicini, R. 2012. Ethical Impact of Technological
Advancements and Applications in Society. Hershey, PA: Information
Science Reference.
[12] MacGregor, S., Fontrodona, J., 2008, Exploring the Fit Between
CSR and Innovation, Working Paper, no. WP-759, IESE Business
School – University of Navarra
[13] Marolt, M., Pucihar, A., & Zimmermann, D. H. 2015. Social CRM Adoption and Its Impact on Performance Outcomes: A Literature Review. Organizacija, 48(4): 260–271. http://doi.org/10.1515/orga-2015-0022
[14] Moulaert, F., Mehmood, A., MacCallum, D., Leubolt, B., 2017. Social Innovation as a Trigger for Transformations: the Role of
Research. European Commission Directorate General for Research and
Innovation, Brussels
[15] Mulgan, G. 2006. The Process of Social Innovation. Innovations: Technology, Governance, Globalization, 1(2): 145–162. [16] Murray, R., Caulier-Grice, J., & Mulgan, G. 2010. The Open
Book of Social Innovation. London: National Endowment for Science,
Technology and the Art.
[17] Phills, J. A. Jr., Deiglmeier, K., & Miller, D. T. 2008. Rediscovering Social Innovation. Stanford Social Innovation Review, 6(4): 34–4
[18] Schreiber, U. 2017. EY Women. Fast Forward. An Interview with Uschi Schreiber. Leaders, 39(1): 40
30 World Economic Forum
31
BAB 3
IMPAK REVOLUSI INDUSTRI 4.0 TERHADAP KESEJAHTERAAN HIDUP REMAJA
Asbah Razali
1
, Nurhamizah Hashim
2
Eizah Mat Hussain
2
1Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya,
50603 Kuala Lumpur, Malaysia 2Jabatan Kesusasteraan Melayu, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya,
50603 Kuala Lumpur, Malaysia
3.1 PENGENALAN
Revolusi industri 4.0 dengan jelas telah mengubah gaya hidup manusia terutamanya kepada golongan remaja. Remaja merupakan golongan yang mendapat manfaat paling banyak di bawah perubahan dan teknologi dan mereka juga adalah golongan yang akan menggunakan sumber-sumber revolusi industri 4.0 untuk berubah ke dunia global pada masa akan datang. Abdullah & Salleh (2017), di dalam kajiannya mendapati bahawa 76% remaja berumur di antara 16 hingga 25 tahun di Perancis percaya bahawa mereka berpotensi mendapat peluang pekerjaan yang lebih baik dengan adanya revolusi industri 4.0. Namun, hal ini berlaku sebaliknya bagi 51% remaja di India di bawah kategori umur yang sama. Hasil dapatan kajian lepas menunjukkan bahawa tidak semua remaja di dunia ini bersetuju dengan revolusi industri yang semakin memuncak pada hari ini. Antara punca utama di sebalik ketidaksepakatan tentang revolusi industri adalah kerana mereka tidak bersedia untuk era revolusi industri baru yang berlaku dalam era globalisasi pada hari ini. Hal ini kemungkinan disebabkan oleh remaja di negara-negara kurang membangun tidak bersedia melalui revolusi yang bakal hadir berbanding dengan remaja di negara maju lain yang
32
memberi tumpuan kepada penyediaan revolusi industri 4.0, seperti United Kingdom, Amerika Syarikat, Jepun, Korea dan China. Malah, sesetengah negara seperti Amerika Syarikat walaupun memberi setiap pelajar iPad percuma sebagai alat untuk mereka untuk menguasai kemahiran menggunakan teknologi era kini (Philbeck, & Davis, 2019). Perkembangan yang berpunca dari revolusi industri 4.0 membenarkan proses era baru globalisasi dan menimbulkan banyak pertanyaan di kalangan orang ramai.
Abdullah et al., (2017) juga menyatakan bahawa negara-negara maju telah melaksanakan dasar kepada golongan remaja untuk menghadapi revolusi industri 4.0. Malaysia juga telah bersedia untuk menghadapai revolusi industri 4.0 dengan menekankan kepentingan kemahiran penggunaan teknologi maklumat terutama kepada golongan remaja dengan menawarkan kursus komputer dan melengkapkan sekolah dengan komputer supaya setiap pelajar mempunyai peluang untuk mahir dalam penggunaan teknologi canggih. Oleh itu, impak revolusi ini terhadap kesejahteraan diri remaja sememangnya menjadi perbincangan yang menarik untuk dikupas. Salah satu persoalan yang timbul adalah, bagaimana situasi ini memberi kesan terhadap golongan remaja? Golongan muda generasi hari ini bakal menjadi pemimpin pada masa akan datang, maka penting bagi mereka untuk mengetahui apa yang sedang berlaku dalam masyarakat. Mereka perlu mendidik diri supaya mereka boleh menjadi individu penting yang diperlukan orang ramai pada masa depan. Oleh itu, kesan revolusi industri 4.0 ini haruslah mendatangkan kebaikan kepada golongan remaja. Galakan penggunaan teknologi harus dipertingkatkan demi kesejahteraan hidup remaja zaman sekarang.
3.2 DEFINISI REVOLUSI INDUSTRI
Menurut Merriam-Webster, perkataan ‘industri’ merujuk kepada industri atau perseorangan atau syarikat yang terlibat dalam pengeluaran perindustrian atau perkhidmatan. ‘Revolusi’ global ini membawa banyak maksud namun salah satu maksud yang paling sesuai dalam konteks ini adalah ‘perubahan yang tiba-tiba, radikal dan lengkap’. Ia digambarkan sebagai aktiviti atau pergerakan yang tertakluk pada keadaan sosio-ekonomi. Oleh itu, revolusi industri adalah lambang kepada perubahan pesat dalam ekonomi yang ditandai
33
dengan pengenalan umum yang didorong oleh teknologi. Ia juga boleh ditandai dengan perubahan penting yang terjadi dalam jenis dan kaedah penggunaan mesin biasa. Hal ini kerana, dunia ini sentiasa bergerak ke hadapan, berkembang dan terus melalui berubah. Tidak ada yang kekal sama. Manusia telah mencipta begitu banyak peralatan dan kemudahan demi memenuhi keperluan mereka. Ciptaan yang dianggap cemerlang dan inovatif, direka oleh manusia yang berfikir di luar kotak, sememangnya memerlukan beberapa penapisan dan penambahbaikan. Dengan penciptaan itu, kita akhirnya telah membentuk masa depan demi kepentingan bersama sama ada secara sengaja atau tidak. Kita telah mencipta revolusi industri bermula dari minda dan tangan kosong. Kita telah lakukan dari hal-hal yang mudah dari sumber teknologi kepada penciptaan yang tidak pernah kita terfikir sebelum ini. Perkara-perkara kecil seperti pokok yang digunakan untuk membuat kertas dan kepingan keluli yang dibentuk untuk disarung pada badan kereta. Manusia belajar bagaimana untuk mencari dan memaksimakan penggunaan sumber yang ada (Nurin Eznika, 2019).
Revolusi industri 4.0 mengambil automasi dalam proses pembuatan ke tahap yang baru dengan memperkenalkan teknologi yang sesuai dan fleksibal untuk pengeluaran besar-besaran. Ini bermakna mesin akan beroperasi secara bebas, atau bekerjasama dengan tenaga manusia bagi mewujudkan satu bidang pengeluaran berorientasikan pelanggan (customer-oriented) yang sentiasa berfungsi dan bergerak sendiri. Mesin ini perlu menjadi sebuah entiti bebas yang membolehkannya mengumpul data, menganalisis, dan memberi pandangan. Hal ini tidak mustahil menerusi pengenalan pengoptimum-diri (self-optimization), kognisi diri dan penyesuaian diri ke dalam industri. Pengeluar akan dapat berkomunikasi dengan komputer tanpa perlu bersusah-payah mengendalikannya. Perubahan hari ini tidak hanya kesinambungan daripada Revolusi Industri Ketiga tetapi dengan kedatangan Revolusi Industri 4.0 dalam aspek halaju, skop dan impak sistem. Berbanding dengan revolusi sebelumnya, revolusi industri 4.0 berkembang pada kadar yang pesat. Terdapat kemungkinan yang tidak terhad di mana berbilion-bilion manusia boleh terus berhubung dengan hanya menggunakan peranti mudah alih yang memiliki kuasa pemprosesan yang sukar ditandingi, kapasiti penyimpanan dan akses terhadap maklumat. Segala kemungkinan ini boleh jadi sudah meningkat berkali ganda dengan munculnya teknologi baru seperti kecerdasan buatan