• Tidak ada hasil yang ditemukan

Ulasan Tentang Gejala Ponteng Sekolah

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Ulasan Tentang Gejala Ponteng Sekolah"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

ULASAN TENTANG GEJALA PONTENG SEKOLAH

FAKTOR

Seorang guru di Puchong, Bibiana John mengatakan bahawa terdapat beberapa punca yang menjadi peluru kepada berlakunya sikap ponteng sekolah dalam kalangan pelajar. Antaranya ialah mereka tidak mempunyai minat atau motivasi yang mendalam untuk pergi ke sekolah. Hal ini disebabkan oleh kurangnya kesedaran bahawa betapa pentingnya ilmu pengetahuan dalam menjalani kehidupan seharian. Mereka mengambil ringan tentang perkara ini dan menganggap sekolah sebagai suatu tempat yang membosankan. Mereka lebih menjurus kepada perkara-perkara yang menyeronokkan seperti melepak di pusat hiburan dan melayari internet di siber kafe.

Hasil daripada kajian beliau menyatakan bahawa kurang berminat

terhadap pengajaran dan pelajaran di sekolah juga dapat menyumbang kepada aktiviti ponteng sekolah. Keadaan ini berpunca daripada isi kandungan sukatan pelajaran yang banyak memberikan tumpuan kepada mata pelajaran yang memerlukan pelajar menghafal seperti mata pelajaran sejarah, geografi,

pendidikan Islam dan sebagainya. Di samping itu, pelajar juga kurang berminat kerana mereka tidak mampu untuk mengikuti pelajaran dengan sempurna akibat daripada kelemahan diri mereka sendiri. Pelajar seperti ini biasanya mudah berputus asa. Mereka kebanyakannya datang ke sekolah semata-mata kerana menurut kehendak ibu bapa. Oleh itu mereka kerap ponteng kerana telah hilang minat untuk belajar akibat tidak dapat memberikan saingan kepada rakan-rakan pelajar yang lebih cerdas.

(2)

Menurut beliau, pelajar yang berasa malu sekiranya didenda dan dimarahi oleh guru biasanya akan ponteng dan bersembunyi dengan melepak di

kawasan-kawasan yang sukar dikesan. Kumpulan pelajar ini juga menyalahkan pihak sekolah yang mengamalkan peraturan yang terlalu ketat dan mengenakan hukuman yang pada pendapat mereka terlalu berat bagi kesalahan yang kecil. Keadaan ini memberikan rangsangan kepada pelajar berkenaan untuk terus memontengkan diri sehingga akhirnya terpaksa diberhentikan persekolahannya.

Ibu bapa yang tidak mengambil tahu tentang aktiviti-aktiviti anak-anak mereka juga turut menyumbang ke arah masalah ponteng sekolah ini. Biasanya pihak sekolah akan mengeluarkan surat amaran bagi pelajar-pelajar yang melakukan ponteng terlalu kerap iaitu tiga hari berturut-turut. Surat yang ditujukan kepada waris atau ibu bapa itu tidak mendapat respon yang

diharapkan. Keadaan ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa ibu bapa pelajar berkenaan langsung tidak mengambil berat akan hal-ehwal anak-anak mereka. Ibu bapa mereka lebih mementingkan urusan harian atau kerja daripada anak mereka sendiri.

Selain itu, beliau menambah bahawa terdapat juga pelajar yang ponteng kerana bekerja secara sambilan. Oleh sebab taraf ekonomi keluarga yang rendah, terdapat pelajar yang bekerja secara sambilan sebagai pembantu di kedai makan, dan tidak kurang pula yang bekerja sebagai peniaga makanan di pasar malam. Malah masih ramai dalam kalangan pelajar yang bekerja secara sambilan di pasar raya dan mereka terlalu keletihan sehingga tidak berdaya untuk bangun awal ke sekolah terutamanya yang bekerja pada waktu malam.

(3)

Melalui pandangan umum, Gee Wai Cheak mengatakan bahawa punca utama wujudnya amalan ponteng sekolah adalah disebabkan oleh keruntuhan institusi keluarga seseorang pelajar itu. Hal ini demikian, timbulnya

pertelingkahan antara ibu dan bapa menyebabkan anak-anak mereka tidak dihiraukan. Gee Wai Cheak menegaskan lagi bahawa dalam sesebuah keluarga yang mempunyai ibu bapa yang bersikap materialistik seumpamanya, amalan untuk mengambil berat kebajikan dan keperluan anak-anak telah diambil alih oleh sikap yang ingin mengejar kebendaan semata-mata. Anak-anak mereka dipinggir dan kasih sayang yang sepenuhnya tidak diberikan.

Seterusnya, Gee Wai Cheak juga mengatakan pengaruh rakan turut menjadi satu punca berlakunya masalah ponteng sekolah dalam kalangan pelajar-pelajar. Ajakan daripada rakan sebaya mereka untuk ponteng sekolah akan mempengaruhi minda pelajar-pelajar yang tidak berfikir secara rasional. Mereka hanya akan menurut segala ajakan dan pelawaan rakan-rakan mereka tanpa berfikir panjang. Fenomena ini berlaku kerana rakan-rakan yang

bercadang untuk ponteng sekolah akan memberikan pelbagai alasan yang dianggap munasabah bagi mereka. Pelajaran di sekolah dikatakan

membosankan dan aktiviti ponteng sekolah untuk menenangkan fikiran menjadi alasan untuk tidak hadir ke sekolah. Ini jelas menunjukkan pengaruh rakan menjadi salah satu faktor berlakunya ponteng sekolah dalam kalangan pelajar-pelajar sekolah.

(4)

KESAN

Menurut cikgu Bibiana, kesan yang paling ketara sekali akibat daripada ponteng sekolah ialah pelajar berkenaan akan ketinggalan pelajaran yang sepatutnya diajar kepada mereka. Seterusnya mereka akan hilang minat untuk belajar dan menceburkan diri dalam perkara-perkara yang tidak memberi faedah kepada mereka. Berdasarkan pengalaman beliau, akibat pelajar ponteng bukan sahaja ketinggalan dalam pelajaran, malah lebih teruk lagi mereka juga terbabit dalam gejala negatif seperti penyalahgunaan dadah, vandalisme, gangsterisme, minuman keras, seks bebas, perjudian dan melepak.

Seterusnya, perlakuan tersebut memungkinkan seseorang pelajar hilang sifat bertanggungjawab. Hal ini akan menyebabkan prestasi akademik pelajar itu merosot. Secara tidak langsung, perkara ini akan menjejaskan imej serta

kredibiliti sekolah sebagai pusat kecemerlangan pendidikan kerana sekolah tidak lagi dianggap sebagai tempat yang kondusif untuk proses pengajaran dan

pembelajaran dan juga tempat untuk menjalankan aktiviti yang berfaedah.

Sementara itu, Tan Soo Hooi (2002) mengatakan bahawa kesan daripada aktiviti ponteng sekolah ini akan menyebabkan pelajar tersebut sering

menghadapi masalah konflik kendiri. Mereka kurang jelas dengan peranan diri sendiri sebagai seorang pelajar terutama yang mempunyai masalah pelajaran dan peribadi. Mereka akan berhadapan dengan masalah untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran di sekolah.

Di samping itu, natijah daripada keadaan ini menyebabkan negara kita kekurangan pemimpin pelapis negara yang berwibawa untuk memacu negara ini pada masa akan datang. Fenomena ini juga akan menyebabkan pelajar tersebut dipandang hina oleh masyarakat dan tidak diberi kepercayaan untuk memerintah negara yang sudah mencapai kemerdekaan setengah abad ini. Seterusnya, pelajar akan disisih oleh masyarakat dan sukar untuk memperoleh pekerjaan

(5)

LANGKAH

Pelbagai langkah telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran bagi membasmi gejala ponteng sekolah ini. Namun pun begitu, peratusan bilangan pelajar yang terbabit dengan gejala ini semakin meningkat. Cikgu Bibiana telah menegaskan bahawa pembentukan sahsiah seseorang pelajar bermula daripada institusi keluarga. Oleh itu, ibu bapa memainkan peranan yang penting bagi mendidik anak-anak mereka tentang perkara yang betul dan yang salah.

Tanggungjawab ibu bapa sangat jelas iaitu dengan cara memastikan anak-anak selamat dalam perjalanan ke sekolah dan selamat sampai ke sekolah. Ibu bapa perlu memastikan walau dengan apa cara sekalipun, agar anak mereka tidak melencong ke tempat lain, seperti pusat hiburan dan

kompleks membeli belah jika di bandar dan rumah kosong atau tepi sungai bagi pelajar di luar bandar. Ibu bapa perlu memerhatikan gerak geri anak-anak mereka, kerap berhubung dengan pihak sekolah dan sering bertanyakan rakan anak-anak mereka.

Selain itu, pihak-pihak pengusaha pusat hiburan juga perlulah lebih bertanggungjawab dan tidak menjadikan notis melarang pelajar sekolah

memasuki pusat hiburan sebagai hiasan dinding semata-mata. Pihak kerajaan juga perlu memainkan peranan dengan menguatkuasakan undang-undang yang diwartakan . Umpamanya mendirikan tempat-tempat pengaduan HEP, melarang pelajar-pelajar berpakaian sekolah mengunjungi pasaraya, pusat hiburan, dan ‘cybercafe’ pada waktu sekolah.

(6)

Beliau juga menambah bahawa masalah ponteng sekolah ini dapat ditangani dengan mengetatkan peraturan sekolah. Hukuman yang lebih berat seperti digantung sekolah dan dibuang sekolah patut diwujudkan bagi pelajar-pelajar yang mempunyai kekerapan tidak hadir ke sekolah tanpa alasan yang munasabah. Sistem pengesanan amalan ponteng sekolah yang lebih efektif perlu dilaksanakan supaya pelajar-pelajar yang kerap ponteng sekolah dapat dikesan dengan lebih cepat dan lebih berkesan. Seterusnya, khidmat kaunseling perlu diberikan kepada mereka yang sering ponteng sekolah bagi memastikan masalah yang mereka hadapi agar langkah membantu boleh dilaksanakan.

Tambahan pula, masyarakat sekeliling turut bekerjasama dalam usaha menangani masalah ini dengan melaporkan kes-kes ponteng sekolah di luar sekolah jika dapat dikesan. Sikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing perlu dikikis dalam kalangan masyarakat. Kerjasama ini sedikit sebanyak dapat membantu dalam mewujudkan kesedaran dalam diri pelajar-pelajar mengenai keburukan gejala ponteng.

Beliau menyatakan lagi bahawa pihak sekolah juga perlu bekerjasama dan sama-sama membendung masalah ini. Antara langkah-langkah yang boleh dilakukan ialah dengan mengadakan aktiviti-aktiviti luar sekolah seperti

perkhemahan dan lawatan. Guru-guru juga perlu mesra dengan para pelajar dan berkebolehan dalam menyampaikan ilmu dengan berkesan serta ada kalanya bergurau senda. Hal ini dapat menambah minat pelajar untuk ke sekolah. Justeru, mata pelajaran yang membosankan perlu diajar dengan cara yang pelbagai.

Referensi

Dokumen terkait

Hasil penelitian ini menunjukan bahwa penanaman nilai karakter disiplin dan tanggung jawab melalui kegiatan ekstrakurikuler teater di SMA Negeri 1 Andong adalah

Menurut Sabatier (1986) memodifikasi model mereka pada tahun (1973), mengidentifikasi tiga faktor bebas (independen faktor) yang mempengaruhi keberhasilan

Upaya pengentasan kemiskinan yang dilakukan oleh Pemerintah Kabupaten Solok (2005-2010) adalah; 1) Pengembangan ekonomi local dengan cara memberikan pelatihan dan

Berdasarkan hasil penelitian dan pembahasan yang telah dipaparkan sebelumnya, maka dapat disampaikan simpulan bahwa kinerja finansial program penanggulangan kemiskinan

Simpana Sukarela Lancar merupakan simpanan anggota masyarakat yang didasarkan akad wadi‟ah yad dhamanah. Atas ijin penitip dana yang disimpan pada rekening SIRELA

Pembinaan ini dilakukan secara terus-menerus, terutama mengenai objek dan tarif pajak, sehingga antara pajak pusat dan pajak daerah saling melengkapi.Metode analisis yang

kelapa sawit yang memiliki nilai kalori, kadar karbon dan kekuatan tekan yang tinggi; dan kadar air dan kadar abu yang rendah maka perlakuan yang digunakan bahan

Seperti pada papan partikel serutan kayu yang direndam selama 2 jam, pada papan partikel serutan kayu yang direndam selama 24 jam juga menunjukkan makin tinggi tekanan kempa,