• Tidak ada hasil yang ditemukan

KERAJAAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "KERAJAAN MALAYSIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA"

Copied!
25
0
0

Teks penuh

(1)

LAMPIRAN Q

(Kew.284-Pin. 5/94) Bila menjawab sila nyatakan

Nombor ini.

KERAJAAN MALAYSIA

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

SEBUT HARGA UNTUK MENYEWA DAN MENJUAL MAKANAN/MINUMAN DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS, PERLIS

Kepada: ) Pelawaan Sebut harga dikeluarkan oleh

) Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis ) Jalan Behor Pulai,

) 01000 Kangar, ) Perlis.

No. Telefon: ) 04 - 9781522

No. Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan: ………..

Syarat: Bertaraf Bumiputera dan berdaftar Tarikh: Dalam Kod Bidang Pendaftaran 040103 dan 040102

1. Sila beri sebut harga untuk perkhidmatan yang disenaraikan di bawah tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan:-

1.1 Syarat Perkhidmatan - seperti dilampirkan

1.2 Tempoh perkhidmatan dikehendaki - 1 Januari 2016 – 31 Disember 2017 1.3 Sebut harga hendaklah dimasukkan ke dalam suatu sampul berlakri dan

bertanda No. Sebut Harga

1.4 Sebut harga hendaklah dimasukkan ke dalam peti tawaran tidak lewat pada jam 12.00 tengahari pada 25 November 2015 di alamat seperti berikut:-

Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis, Behor Pulai,

01000 Kangar, Perlis.

(2)
(3)

LAMPIRAN Q1

Saya /kami sanggup menjalankan perniagaan di Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis dengan menawarkan butiran-butiran seperti berikut:-

Bil Perkara Unit

Sukatan Dalam gm/ml

Harga Seunit Ditawarkan (isi

tiap-tiap item) RM A. MINUMAN

1 Teh 1 cawan 150 ml

2 Teh O 1 cawan 150 ml

3 Teh O Ais 1 gelas besar 230 ml

4 Teh O - sama - 230 ml

5 Teh Ais - sama - 230 ml

6 Kopi 1 cawan 150 ml

7 Kopi O 1cawan 150 ml

8 Kopi O Ais 1 gelas besar 230 ml

9 Kopi O - sama - 230 ml

10 Kopi Ais - sama - 230 ml

11 Kopi - sama - 230 ml

12 Milo 1 cawan 150 ml

13 Milo Ais 1 gelas besar 230 ml

14 Milo - sama - 230 ml

15 Ovaltine 1 cawan 150 ml

16 Ovaltine Ais 1 gelas besar 230 ml

17 Ovaltine - sama - 230 ml

(4)

19 Horlicks Ais 1 gelas besar 230 ml

20 Nescafe 1 cawan 150 ml

21 Nescafe O 1 cawan 150 ml

22 Nescafe O 1 gelas besar 230 ml

23 Nescafe Ais 1 gelas besar 230 ml 24 Air Batu Kosong 1 gelas besar 230 ml 25 Air Batu Sirap 1 gelas besar 230 ml 26 Air Batu Bandung 1 gelas besar 230 ml

27 Minuman botol 1 botol 285 ml

28 Minuman tin 1 tin 325 ml

29 Minuman kotak 1 kotak 250 ml

(5)

B. MAKANAN RINGAN/KUIH-MUIH

1 Bingka Ubi 1 potong 20 gm

2 Kuih Talam 1 potong 20 gm

3 Kuih Keria 1 potong 20 gm

4 Kuih Lapis 1 potong 20 gm

5 Kuih Gulung 1 potong 20 gm

6 Buah Melaka 1 biji 5 gm

7 Cucur Udang 1 biji 20 gm

8 Pulut Panggang 1 biji 20 gm

9 Kuih Pau 1 biji 15 gm

10 Apam Kukus 1 biji 20 gm

11 Apam Balik 1 biji 20 gm

12 Kuih Koci 1 biji 20 gm

13 Pisang Goreng 1 keping 20 gm

14 Keledek Goreng 1 keping 20 gm

15 Keladi Goreng 1 keping 20 gm

16 Cempedak Goreng 1 keping 15 gm

17 Donat 1 biji 10 gm

18 Popia Goreng 1 biji 10 gm

19 Kuih Bom 1 biji 20 gm

20 Cucur Badak 1 biji 20 gm

21 Kuih Bakar 1 biji 20 gm

22 Mee Hoon Goreng 1 pinggan 120 gm

(6)

24 Mee Hoon Rebus 1 mangkuk 100 gm

25 Mee Rebus 1 mangkuk 100 gm

26 Roti kosong yang dipotong 1 keping 5 gm 27 Roti mentega/kaya/jem 1 keping 5 gm

28 Roti Canai Kosong 1 keping 120 gm

29 Roti Canai Telur 1 keping 130 gm

30 Nasi Lemak (ikan bilis/timun) 1 pinggan 180 gm 31 Nasi Lemak (1/2 biji telur

ayam/ikan bilis/timun) 1 pinggan 180 gm

32 Nasi Dagang 1 pinggan 180 gm

33 Sandwic Telur 1 keping 100 gm

34 Sandwic Sardin 2 keping roti 100 gm

35 Telor rebus (ayam) 1 biji 50 gm

36 Telur Rebus ½ masak (ayam) 1 biji 50 gm

37 Sup Ayam 1 mangkuk 30 gm ayam

38 Sup Kambing 1 mangkuk 100 gm

39 Sup Daging 1 mangkuk 100 gm

40 Rojak 1 piring 120 gm

41 Bubur Kacang 1 mangkuk 100 gm

42 Bubur Pulut Hitam 1 mangkuk 100 gm

43 Burger 1 buku Saiz biasa

44 Keropok Lekor Goreng 1 keping 10 gm

(7)

LAMPIRAN Q1 Saya /kami sanggup menjalankan perniagaan di Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis dengan menawarkan butiran-butiran seperti berikut:-

Bil Perkara Unit

Sukatan Dalam gm/ml Harga Seunit Ditawarkan (isi tiap-tiap item) RM C. MAKANAN BERAT 1 Nasi Putih - sama - 1 pinggan ½ pinggan 250 gm 180 gm 2 Ikan Kembong (masak gulai) 1 ekor 60 gm 3 Ikan Tenggiri (masak gulai) 1 potong 60 gm 4 Ikan Kerisi (masak gulai) 1 ekor 60 gm 5 Ikan Selar (masak gulai) 1 ekor 60 gm 6 Ikan Cencaru (masak gulai) 1 potong/ekor 60 gm 7 Ikan Lemuduk (masak gulai) 1 potong 60 gm 8 Ikan Tongkol (masak gulai) 1 potong 60 gm 9 Ikan Kembung (goreng) 1 ekor 60 gm 10 Ikan Tenggiri (goreng) 1 potong 60 gm 11 Ikan Kerisi (goreng) 1 ekor 60 gm

12 Ikan Selar (goreng) 1 ekor 60 gm

13 Ikan Cencaru (goreng) 1 potong/ekor 60 gm 14 Ikan Lemuduk (goreng) 1 potong 60 gm 15 Ikan Tongkol (goreng) 1 potong 60 gm 16 Daging Ayam (masak gulai) 1 ketul 80 gm 17 Daging Ayam (goreng) 1 ketul 80 gm

(8)

LAMPIRAN Q1 Saya /kami sanggup menjalankan perniagaan di Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis dengan menawarkan butiran-butiran seperti berikut:-

Bil Perkara Unit

Sukatan Dalam gm/ml Harga Seunit Ditawarkan (isi tiap-tiap item) RM 18 Daging Lembu (masak gulai) 1 piring 60 gm

19 Daging Lembu (masak goreng)

1 piring 60 gm

20 Daging Lembu (rendang) 1 piring 60 gm

21 Telur (masak gulai) 1 biji 50 gm

22 Telur (goreng) 1 biji 50 gm

23 Sotong (masak gulai) 1 piring 60 gm

24 Sotong (goreng) 1 piring 60 gm

25 Udang kecil biasa (masak gulai)

1 piring 60 gm

26 Nasi Ayam Nasi 250 gm

(lauk/sup/salad) Ayam 60 gm

(timun/tomato/sos) Sup 100 gm

27 Nasi Beriyani Nasi 200 gm

(ayam/acar timun/ Ayam 80 gm

Nenas) Timun/nenas 40 gm

(9)

LAMPIRAN Q1 Saya /kami sanggup menjalankan perniagaan di Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis dengan menawarkan butiran-butiran seperti berikut:-

Bil Perkara Unit

Sukatan Dalam gm/ml Harga Seunit Ditawarkan (isi tiap-tiap item) RM D. BUAH-BUAHAN

1 Pisang Emas 1 biji 60 gm

2 Pisang Raja 1 biji 60 gm

3 Pisang Rastali 1 biji 60 gm

4 Pisang Berangan 1 biji 60 gm

5 Pisang Lemak manis 1 biji 60 gm

6 Pisang Embun 1 biji 80 gm

7 Betik 1 potong 70 gm

8 Tembikai 1 potong 100 gm

9 Nenas 1 potong 70 gm

10 Epal 1 biji 200 gm

11 Oren 1 biji 150 gm

12 Limau Manis 1 biji 150 gm

13 Belimbing Besi 1 potong 100 gm

14 Jambu Batu 1 potong

tanpa biji

100 gm

(10)

LAMPIRAN Q1 Saya /kami sanggup menjalankan perniagaan di Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis dengan menawarkan butiran-butiran seperti berikut:-

MAKANAN DAN MINUMAN TAMBAHAN YANG INGIN DISEDIAKAN

Bil Perkara Unit

Sukatan Dalam gm/ml Harga Seunit Ditawarkan (isi tiap-tiap item) RM 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15

(11)

LAMPIRAN Q1 (T) SEBUTHARGA UNTUK MENYEWA DAN MENJUAL

MAKANAN/MINUMAN DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PERLIS, PERLIS

RINGKASAN HARGA MENGIKUT KUMPULAN MAKANAN/MINUMAN

Bil Kumpulan Jumlah Harga (RM)

1 2. 3. 4. 5. A. MINUMAN

B. MAKANAN RINGAN/KUIH MUIH C. MAKANAN BERAT D. BUAH-BUAHAN JUMLAH:- MAKANAN/MINUMAN TAMBAHAN ________________________ ===================== ……….. (Nama & Cop Syarikat) Tarikh:

MUSTAHAK

1. Penyebut harga (kontraktor) dikehendaki menawarkan harga bagi kesemua makanan/minuman yang disenaraikan di Lampiran Q1. Kegagalan berbuat demikian, boleh menyebabkan tawarannya ditolak.

2. Sekiranya terdapat makanan/minuman yang tidak disenaraikan di Lampiran Q1, penyebut harga diminta mengisi borang di muka surat 8.

(12)

LAMPIRAN Q1 (T1) Menyewa Dan Menjual Makanan/Minuman Di Institut Pendidikan Guru Kampus

Perlis,Perlis Untuk Tempoh Mulai 1 Januari 2016 Hingga 31 Disember 2017 Bil Nama Premis Kadar Sewa

Sebulan (RM)

Jumlah Sewa 12 bulan (RM) 1. Blok Kantin (JKR 2406 A)

Nota : Sewa bulanan termasuk cuti semester

Sila lengkapkan Lampiran Q1 untuk harga makanan/minuman yang akan dijual

(i) Harga yang ditawarkan adalah harga bersih dan tetap.

(ii) Sila sertakan sesalinan sijil pendaftaran dan pengesahan taraf bumiputera dengan Kementerian Kewangan.

Saya /kami dengan ini menawarkan untuk memberikan perkhidmatan di atas dengan harga dan syarat-syarat yang dikembarkan bersama-sama ini.

Tandatangan Penyebut harga: ………..

Nama : ………. No. K/P : ………. Alamat : ……….. ……….. Cop Syarikat : Tarikh : ……….

(13)

LAMPIRAN Q2

KETERANGAN MENGENAI PENYEBUTHARGA

1. Nama Syarikat : ………

2. Alamat Syarikat : ………

3. No. Telefon Dan No. Fax : ……….. 4. No. Pendaftaran Kementerian

Kewangan : ………

5. Tarikh Tamat Pendaftaran : ……….

6. Taraf Syarikat (Bumiputra/Bukan Bumiputra: BUMIPUTRA (Sila

serta Sijil) : ……….. 7. Nama Bank : Alamat : ……….. ………. ………. ………. 8. Modal yang dibenarkan : ………

9. Modal Berbayar : ………

10. Kemudahan Overdraf : ………

11. Nama Bank: ………. Nilai: ……… 12. PENGALAMAN

Sila senaraikan butir-butir kontrak perkhidmatan kantin/bekalan makanan bermasak yang lepas atau sedang dijalankan sekiranya ada. Sila gunakan lampiran jika ruangan tidak mencukupi.

Jenis Kontrak Kerajaan/Swasta Nilai Tahun

(14)

(b) ……… ……….. ………. …………..

(c) ……… ………. ………. …………..

13. Nama Pengusaha Kantin/Kafeteria: ………...

14. Nama Tukang Masak : ………..

15. Pengalaman : ………..

16. No. Telefon/Fax : ………..

Dengan ini saya mengesahkan bahawa semua keterangan di atas adalah benar:

Tandatangan : ……….….

Nama : ……….

Jawatan : ……….…

Cop Syarikat :

(15)

LAMPIRAN Q3

SYARAT-SYARAT SEBUT HARGA

Pelawaan ini adalah terikat kepada Syarat-Syarat Am dan Syarat-Syarat Khas yang dikeluarkan bersama-sama dengan borang sebut harga ini.

Semua penyebut harga hendaklah mematuhi semua syarat yang ditetapkan. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat membolehkan sebut harga tersebut tidak dipertimbangkan dan terus ditolak.

SYARAT-SYARAT AM

1. BORANG SEBUT HARGA

1.1 Borang sebut harga hendaklah diisi dengan lengkap dan jelas mengikut ruang yang disediakan. Borang ASAL yang diisi lengkap adalah diperlukan bagi maksud sebut harga ini. Borang-borang mestilah DITAIP. 1.2 Sebarang pindaan yang dibuat ke atas mana-mana ruangan mestilah

dipotong dan ditandatangani ringkas serta dicop dengan cop syarikat setentang dengan apa-apa pindaan yang dibuat. Penggunaan pemadam/pemadam cecair adalah tidak dibenarkan.

2. HARGA

2.1 Sebut harga hendaklah dinyatakan dalam Ringgit Malaysia (RM).

2.2 Harga makanan/minuman dan kadar sewaan kantin dan kafeteria hendaklah harga tetap dan tidak boleh dipinda selepas sebut harga ditutup dan akan berkuatkuasa selama tempoh sahlaku sebut harga. Harga yang ditawarkan oleh penyebut harga yang berjaya hendaklah dipatuhi sepanjang tempoh perjanjian. Kerajaan tidak akan mempertimbangkan sebarang rayuan untuk mengurangkan kadar sewa atau harga makanan/minuman.

2.3 Harga makanan/minuman dan kadar sewaan yang ditawarkan hendaklah mengambil kira segala perbelanjaan termasuk kos buruh, pengangkutan, alat kelengkapan memasak/menghidang (yang tidak disediakan oleh Institut), kos mengganti / membaiki kerosakan, gas memasak, air, elektrik, bahan-bahan pencuci dan lain-lain perbelanjaan yang terlibat dalam menguruskan kantin dan kafeteria.

(16)

3. ANGGARAN BILANGAN PELAJAR YANG AKAN TINGGAL DI ASRAMA 3.1 Anggaran jumlah pelajar yang akan belajar di Institut ini ialah 1,000 orang.

Daripada jumlah ini adalah dianggarkan kira-kira 750 – 1000 orang akan tinggal di asrama institut.

3.2 Walau bagaimanapun, Kerajaan tidak menjamin atau terikat dengan apa-apa jua cara bahawa anggaran bilangan pelajar yang akan makan adalah tepat atau sepenuhnya.

4. SEBUT HARGA SEBAHAGIAN

4.1 Penyebut harga dikehendaki menyenaraikan kesemua harga makanan seperti di Lampiran Q1. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan tawaran mereka ditolak.

5. SETUJU TERIMA SEBUT HARGA

5.1 Kerajaan tidak terikat untuk menyetujuterima sebut harga yang terendah atau mana-mana sebut harga. Kerajaan adalah berhak menyetuju terima sebut harga tersebut sama ada kesemuanya ataupun sebahagian daripadanya.

5.2 Tawaran bagi sesebuah kantin akan ditimbangkan sebagai suatu sebut harga yang berasingan.

5.3 Keputusan Kerajaan adalah muktamad. Kerajaan tidak akan melayan sebarang surat menyurat yang berupa rayuan dari penyebut harga mengenai sebab-sebab tawaran mereka tidak berjaya.

6. TEMPOH PERJANJIAN

6.1 Tempoh perjanjian adalah selama dua (2) tahun bermula daripada 1.1.2016 hingga 31 Disember 2017. Walau bagaimanapun Kerajaan adalah berhak menentukan tempoh perjanjian yang sebenarnya.

7. PERJANJIAN /KONTRAK

7.1 Penyebut harga yang berjaya adalah dikehendaki menandatangani satu perjanjian Kerajaan.Perjanjian tersebut perlu dimatikan setem dan dijilid dengan kulit keras (Hardcover) yang mana semua kos ditanggung oleh pihak penyebutharga yang berjaya. Syarat-syarat dalam sebut harga ini

(17)

dan syarat-syarat dalam surat tawaran adalah menjadi sebahagian daripada syarat-syarat perjanjian.

8. BON PELAKSANAAN

8.1 Penyebut harga yang berjaya dikehendaki memberi bon pelaksanaan dalam bentuk Jaminan Bank daripada bank-bank yang berdaftar dan diluluskan di Malaysia atau deraf bank atau ‘Money Order’ berpalang. Nilai bon pelaksanan ini adalah sebanyak 3 bulan sewa kantin yang ditawarkan. Tempoh sahlaku Jaminan Bank hendaklah sehingga enam (6) bulan selepas tarikh tamat kontrak. Bon ini akan dikembalikan selepas tamat tempohnya setelah ditolak apa-apa hutang atau tanggungjawab yang belum dilaksanakan oleh kontraktor.

9. PENAMATAN PERJANJIAN

9.1 Kerajaan berhak menamatkan perjanjian dengan memberi 14 hari notis bertulis tanpa sebarang sebab atau jika kontraktor melakukan pelanggaran terhadap mana-mana syarat dalam perjanjian.

9.2 Kerajaan adalah berhak menamatkan perjanjian dengan serta merta, jika premis disita oleh pihak berkuasa tempatan.

10. PERAKUAN MENYATAKAN PENENTUAN TELAH DIPATUHI

10.1 Penyebut harga dikehendaki memperakui bahawa perkhidmatan yang dibekalkan oleh mereka adalah mengikut penentuan atau piawai (jika ada) yang dinyatakan di dalam pelawaan ini.

11. PENGIKLANAN

11.1 Tiada apa-apa iklan mengenai persetujuan terhadap mana-mana sebut harga boleh disiarkan dalam mana-mana akhbar, majalah atau lain-lain saluran iklan tanpa kelulusan Kerajaan.

12. TAFSIRAN

12.1 Sebut harga ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah diertikan mengikut dan dikawal oleh undang-undang Malaysia dan penyebut harga bersetuju tertakluk hanya kepada bidang kuasa Mahkamah Malaysia sahaja dalam apa-apa pertikaian atau perselisihan jua pun yang mungkin timbul mengenai sebut harga ini atau apa-apa kontrak yang timbul daripadanya.

(18)

LAMPIRAN Q4

SYARAT-SYARAT KHAS

1. WAKTU PERNIAGAAN

1.1 Kantin Institut ini hendaklah dibuka mulai jam 6.30 pagi hingga 4.00 petang setiap hari. Kantin boleh ditutup pada musim cuti semester. Walau bagaimanapun kantin hendaklah dibuka pada bila-bila masa sekiranya diarah oleh pihak pengurusan Institut.

1.2 Pihak pengusaha kantin perlu memaklumkan kepada pihak pengurusan dan mengeluarkan Surat 3 (tiga) hari sebelum menutup kantin atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

2. KUALITI DAN KUANTITI MAKANAN/MINUMAN

2.1 Harga makanan dan minuman hendaklah berdasarkan sukatan bahan-bahan makanan/minuman yang dinyatakan dalam jadual harga di Lampiran Q1. Makanan dan minuman yang dijual hendaklah secukup rasa dan mengandungi bahan-bahan perencah yang mencukupi.

2.2 Makanan dan minuman yang disediakan hendaklah dari jenis-jenis bahan dan cara prosesan yang HALAL

3. PAPAN TANDA HARGA

3.1 Senarai makanan/minuman yang mengandungi harga dan sukatan hendaklah ditunjukkan di tempat yang mudah dilihat oleh pelanggan pada setiap masa dengan menggunakan papan tanda.

4. BAYARAN PENGGUNAAN ELEKTRIK DAN AIR

4.1 Kontraktor adalah bertanggungjawab untuk membayar bil-bil air dan elektrik yang digunakan di dapur dan dewan makan mengikut kiraan meter berasingan yang disediakan. Wang cagaran meter elektrik dan air hendaklah juga dijelaskan mengikut kadar yang ditetapkan oleh pihak-pihak berkuasa berkenaan.

(19)

5. MASALAH BEKALAN ELEKTRIK DAN AIR

5.1 Kontraktor adalah bertanggungjawab mengambil tindakan sewajarnya untuk mengatasi masalah yang mungkin timbul jika berlaku gangguan bekalan air atau elektrik.

6. SEWA BULANAN

6.1 Bayaran sewa bulanan kantin hendaklah dijelaskan setiap bulan tidak lewat dari 5 haribulan berkenaan termasuk waktu cuti semester/penggal. 6.2 Kelewatan pembayaran sewa kantin atau apa-apa bayaran lain yang tidak

dibayar selepas tarikh akhir kena dibayar, maka denda baginya atas kadar 12% per annum.

7. TANGGUNGJAWAB PENGUSAHA MENGGUNA DAN MENJAGA PERALATAN INSTITUT

7.1 Peralatan yang ada disediakan oleh Kerajaan seperti kerusi, meja makan, dapur, penghawa dingin, kipas angin lain-lain boleh digunakan dan hendaklah dijaga dengan baik. Pembinaan ruang dapur yang berasingan di luar atau di dalam bangunan adalah tidak dibenarkan.

7.2 Semua alat yang disediakan oleh pihak Kerajaan adalah tetap menjadi hak milik Kerajaan dan penggunaannya adalah terhad kepada kerja-kerja di dalam kontrak ini sahaja.

7.3 Kontraktor perlu menentukan pekerja-pekerjanya mendapat penerangan sebelum mengguna peralatan-peralatan yang terdapat di institut ini. Pihak institut akan menunjuk ajar cara-cara penggunaan peralatan tersebut jika berkenaan.

7.4 Kontraktor dikehendaki membayar gantirugi/membaiki kerosakan yang disebabkan oleh kontraktor atau kakitangan/pekerjanya. Segala urusan membaiki adalah menjadi tanggungjawab kontraktor.

7.5 Apabila tamat tempoh perkhidmatan kontrak, kontraktor mestilah membersihkan semua kawasan yang digunakan. Dinding di ruang dapur yang hitam disebabkan asap semasa memasak hendaklah dibersihkan dan disapu cat seperti warna asal.

(20)

8. KEBERSIHAN PREMIS KANTIN/KAFETERIA

8.1 Kontraktor adalah bertanggungjawab di atas kebersihan ruang bangunan yang digunakan dan kawasan sekelilingnya. Kontraktor adalah sepanjang masa kontrak berkuatkuasa tertakluk kepada perkara-perkara berikut:- (i) Peraturan-peraturan semasa mengenai kebersihan dan kesihatan

kantin yang dikeluarkan oleh Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Pendidikan Guru dan Institut ini. (ii) Undang-undang Kecil dan Peraturan-Peraturan yang dikeluarkan

oleh Pihak-Pihak Berkuasa Tempatan (Majlis Daerah/Pejabat Kesihatan Daerah)

8.2 Kontraktor hendaklah memastikan supaya bahan-bahan makanan mentah disimpan dalam setor (jika disediakan) dan setor hendaklah sentiasa dalam keadaan kemas dan bersih.

8.3 Peti sejuk hendaklah mencukupi dan berfungsi bagi menyimpan makanan yang mudah atau cepat rosak. Luar dan dalam peti sejuk hendaklah sentiasa dalam keadaan bersih.

8.4 Semua peralatan yang digunakan untuk menyedia, memasak dan menyimpan makanan hendaklah sentiasa dalam keadaan bersih.

8.5 Kontraktor hendaklah bertanggungjawab menentukan pembuangan sampah dan sisa makanan dibuat secara teratur dan tidak bersepah-sepah. Tong-tong sampah hendaklah yang sesuai dan tertutup supaya tidak dihinggapi lalat.

8.6 Kontraktor hendaklah bertanggungjawab membuang sampah dan sisa makanan kantin di luar kawasan Institut dan bukannya di tempat pembuangan sampah milik Institut.

8.7 Kontraktor adalah bertanggungjawab sepenuhnya dalam menjaga kebersihan ruang makan tertutup dan ruang makan terbuka dari segi kebersihan lantai, meja, kerusi dan semua peralatan /kemudahan yang disediakan untuk kegunaan kantin.

9. PEKERJA/KAKITANGAN KANTIN

9.1 Semua pekerja yang membantu di dapur dan menyajikan makanan di dewan makan hendaklah disyaratkan memakai apron dan bertutup kepala serta berpakaian seragam yang bersih. Pekerja lelaki tidak dibenarkan berambut panjang.

(21)

9.2 Kontraktor hendaklah bertanggungjawab memastikan semua pekerja sentiasa dalam keadaan bersih dan sihat. Pekerja-pekerja yang sakit (seperti demam selsema, batuk, luka dan sakit berjangkit) hendaklah diarah mendapatkan rawatan perubatan dengan segera dan tidak dibenarkan bertugas sehingga disahkan boleh mengendalikan makanan. 9.3 Kontraktor hendaklah memastikan semua pekerja-pekerjanya menjalani

pemeriksaan kesihatan termasuk suntikan TY2 oleh Pegawai Perubatan sebelum dibenarkan bertugas dan semua surat pengakuan doktor hendaklah diserahkan kepada pihak Institut untuk rekod dan pemeriksaan. 9.4 Kontraktor adalah bertanggungjawab terhadap pengambilan

pekerja-pekerja dengan memastikan bahawa semua peraturan kerajaan yang sedang berkuatkuasa yang berkaitan dengan buruh dipatuhi.

9.5 Kontraktor adalah bertanggungjawab terhadap disiplin pekerja-pekerjanya. Kontraktor hendaklah mempastikan pekerja-pekerjanya tidak mengganggu pelajar-pelajar dan ketenteraman institut sebagai tempat belajar. Pihak institut berhak meminta kontraktor membuang pekerjanya jika didapati tidak berdisiplin.

10. PEMERIKSAAN PREMIS DAN MAKANAN

10.1 Kerajaan (Pihak Institut) adalah sentiasa berhak untuk memeriksa peralatan, premis serta makanan mentah dan makanan yang sudah dimasak pada bila-bila masa.

10.2 Kerajaan adalah sentiasa berhak untuk menghantar contoh-contoh makanan atau makanan mentah untuk ujian dan menolak semua makanan jika tidak menepati kualiti yang sepatutnya.

10.3 Pihak Institut berhak memberikan arahan supaya pihak kantin menutup operasi sekiranya didapati pihak kantin tidak memenuhi spesifikasi dalam kontrak.

11. LARANGAN PERNIAGAAN

11.1 Kontraktor adalah dilarang menjual rokok dan minuman keras dengan apa cara sekali pun serta dilarang mempamerkan apa-apa alat, benda atau gambar barangan tersebut.

11.2 Kontraktor adalah dilarang menjual apa-apa barang makanan dan minuman kecuali yang telah dinyatakan dalam senarai dan senarai tambahan.

(22)

12. LARANGAN PINDAAN PREMIS

12.1 Kontraktor adalah dilarang membuat sebarang pindaan ruang di kantin termasuk juga dengan peralatan yang telah sedia terpasang kecuali dengan kebenaran Kerajaan.

13. KEMUDAHAN TAMBAHAN

13.1 Kontraktor boleh menambah kemudahan dengan tujuan menarik pelanggan dengan memasang apa-apa dekorasi atau sistem alat pandang dengar yang sesuai dengan syarat memberitahu Kerajaan terlebih dahulu dan sedia menerima apa-apa teguran dari Kerajaan dari masa ke semasa.

14. LARANGAN MENYEWA KEPADA PIHAK LAIN

14.1 Semua atau mana-mana bahagian bangunan kantin tidak boleh disewakan kepada orang lain.

15. BANGUNAN KANTIN

15.1 Kontraktor bertanggungjawab terhadap keluasan ruang tapak kantin yang terbuka dan keluasan ruang tapak kantin yang tertutup.

(23)

BORANG JAMINAN BANK DEPOSIT CAGARAN

Perjanjian ini dibuat pada 1 hari bulan Januari 2016 di antara ………. (Tuliskan alamat perdagangan utama bank tersebut) (Selepas ini dipanggil Penjamin) di satu pihak dan Kerajaan Malaysia (selepas ini dipanggil Kerajaan) di satu pihak yang lain.

DI MANA

(1) Perjanjian ini adalah tambahan kepada satu kontrak (selepas ini dipanggil kontrak) bertarik 1st Januari 2016 dan dibuat di antara ………. (tuliskan nama kontraktor) (selepas ini dipanggil kontraktor bagi satu pihak dan Kerajaan di pihak yang lain, dalam mana kontraktor bersetuju untuk menjalankan Perniagaan Bermasak Islam (nyatakan jenis kerja atau tanggungjawab yang diambil) untuk jumlah wang sebanyak (nyatakan nilai harga kontrak).

(2) Penjamin telah bersetuju untuk menjamin pelaksanaan kontrak yang akan dijalankan seperti yang diterangkan berikutnya. SEKARANG penjamin di sini bersetuju dengan Kerajaan seperti berikut:-

2.1 Sekiranya kontraktor (kecuali dibebaskan dari pelaksanaan oleh mana-mana syarat di dalam kontrak atau oleh undang-undang atau oleh keputusan tribunal kehakiman yang berkelayakan gagal dalam mana-mana hal untuk melaksanakan kontrak ini atau melakukan sebarang kemungkiran dalam tanggungjawab maka Penjamin akan membayar kepada Kerajaan segala kerugian, kos dan perbelanjaan kerosakan yang mungkin ditanggung oleh Kerajaan oleh kerana sebab kegagalan di pihak kontraktor dalam menjalankan dan mematuhi Perjanjian dan syarat-syarat bagi pihaknya seperti di dalam Kontrak.

2.2 Sentiasa tertakluk bahawa tanggungan Penjamin untuk membayar balik kepada Kerajaan seperti yang tersebut di atas adalah sebanyak dan tidak melebihi jumlah Ringgit: ……….. (tuliskan jumlah yang dikehendaki)

2.3 Penjamin seterusnya berjanji dan bersetuju bahawa Penjamin akan membayar atas tuntutan Kerajaan, kepada Kerajaan satu jumlah wang yang Kerajaan perakukan sebagai gantian kepada sebarang kerugian, kerosakan kos atau perbelanjaan atas sebab sebarang keengkaran atau mungkir janji di pihak Kontraktor dalam tanggungjawabnya yang diperuntukkan dalam Kontrak, tertakluk sentiasa bahawa jumlah wang yang dituntut oleh Kerajaan tidak akan melebihi jumlah sebanyak

Ringgit: ………...

(tuliskan jumlah seperti di (1) dan bahawa tanggungjawab Penjamin untuk membayar kepada Kerajaan seperti tersebut di atas akan dikurangkan selaras dengan tuntutan yang dibuat seperti di atas.

(24)

2.4 Penjamin tidak akan dilepaskan dari Jaminan ini oleh sebarang perjanjian di antara Kontraktor dan Kerajaan dengan ada atau tidak ada kebenaran Penjamin atau oleh segi perlaksanaan, maka pembayaran atau sebaliknya tetapi Penjamin akan berhak untuk diberitahu sebarang perjanjian atau pindaan yang dibuat.

2.5 Jaminan ini adalah “irrevocable” dan akan berkuatkuasa sehingga 6 bulan selepas tamatnya Kontrak atau pembekalan/ ”shipment”/

”consigment” barang-barang yang terakhir sekali, mengikut mana-mana

yang terkemudian.

Diberi di bawah kuasa kami tarikh pertama seperti tersebut di atas. Ditandatangani untuk dan bagi pihak )

Penjamin di hadapan ) ………. Saksi Jawatan ………. Cop Bank ………. Nama ……… Jawatan ……… Cop Bank/Syarikat

Ditandatangani untuk dan bagi pihak ) ……….

Kerajaan Malaysia )

Di hadapan ) Nama ………

Saksi Cop Jabatan

Nama ………..

(25)

Tuan,

Tawaran Untuk Menyewa dan Menguruskan Kantin Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2. Sehubungan itu, bersama-sama ini dikemukakan dokumen-dokumen berikut untuk tindakan tuan selanjutnya:-

2.1 Borang Sebutharga (Lampiran Q); 2.2 Jadual Harga (Lampiran Q1);

2.3 Ringkasan Harga (Lampiran Q1 (T); 2.4 Kadar Sewa Sebulan (Lampiran Q1(T1);

2.5 Keterangan Mengenai Penyebutharga (Lampiran Q2); 2.6 Syarat-Syarat Sebutharga (Lampiran Q3);

2.7 Syarat-Syarat Khas (Lampiran Q4); 2.8 Borang Jaminan Bank Deposit Cagaran Sekian, terima kasih.

Yang Benar, ……… Nama : ……….. Cop Syarikat : ……… Alamat : ……… No. Telefon : ……… Fax :……….

Referensi

Dokumen terkait

Pengaruh perlakuan terhadap konsumsi pakan dapat dilihat pada Tabel 2.. Pengaruh Berbagai Bahan Litter Terhadap Konsentrasi Ammonia Udara Ambient... Sulaiman Ibrahim, M.Sc

Persamaan dari dua penelitian ini yaitu peneliti sam-sama memiliki tujuan untuk meningkatkan motivasi belajar siswa, sedangkan segi perbedaannya yaitu 1 Penelitian yang ditulis

(1998) membuat Volunteer Functions Inventory (VFI) yang menyatakan bahwa terdapat enam motivasi volunteer, di antaranya adalah: 1) Nilai, dimana kegiatan ke-volunteer-an

Terima kasih bu Nurul Huswatun selaku dosen wali atas bimbingan dan bantuan selama saya kuliah di STIE perbanas, maaf bu apabila saya ada kurang berkenan buat ibu serta ibu

Hasil penelitian didapatkan dari wawancara yang dilakukan oleh peneliti kepada objek peneliti dan juga hasil observasi dilapangan berupa dokumentasi pada saat

Untuk mengetahui seberapa jauh teknologi gasifier yang dikombinasikan dengan sekam padi maka pada penelitian ini dilakukan simulasi uji performance motor bakar diesel

Nurcholis Madjid, Islam Kemodernan dan Keindonesiaan, Mizan, Bandung, 1987, h.49.. di malam hari. Mereka diperkenalkan dengan alam sedikit demi sedikit oleh KH. Beliau

Dengan demikian F-statistic (4.094468) > F Tabel (2.45) dan nilai Prob(Fstatistic) 0.004392 < 0,05 maka dapat disimpulkan bahwa Ha diterima, maka dengan