BUKU PANDUAN
PENGAJIAN
KOLEJ KOMUNITI RTC GOPENG
SESI PENGAJIAN 2019/2020SIJIL TEKNOLOGI MAKLUMAT
BUKU PANDUAN
PENGAJIAN
SIDANG REDAKSI
PengerusiNiza Asyadi bin Hj Hamzah Timbalan Pengerusi
Noorul Akmal binti Kamarul Zaman Ketua Sidang Redaksi Fauzimah binti Wahab
Editor Nurliana binti Musa Noor Faizah binti Abdullah
Pereka Grafik Fauzimah binti Wahab
Penulis Bersama Fauzimah binti Wahab
(Bab 1: Kolej Komuniti RTC Gopeng)
Noorul Akmal binti Kamarul Zaman, Zulfikhri bin Sabri & Nurul Fadhila binti Mohd Nafi
(Bab 2: Program Sijil Teknologi Maklumat)
Fauzimah binti Wahab
(Bab 3: Urusan Pengajian dan Pembangunan Pelajar)
Noorasmawatie binti Ahmad Mouthie
(Bab 4: Urusan Latihan Industri)
Azlan bin Salleh
KOLEJ KOMUNITI RTC GOPENG
Kementerian Pengajian Tinggi Peti Surat 11, Kompleks RTC Perak, KM 16, Jalan Gopeng,
Kawasan Perindustrian Gopeng 2, 31600 Gopeng,
PERAK.
Tel : 605-357 1737 Faks : 605-357 2098
Laman Web : http://kkrtcgopeng.jpkk.edu.my/ Emel : [email protected]
PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA
Cetakan Pertama @ 2020 Hakcipta Terpelihara
Hak cipta terpelihara, tidak dibenarkan mencetak ulang semula mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk tanpa kebenaran Kolej Komuniti RTC Gopeng.
ISI KANDUNGAN
BIL PERKARA MUKA
SURAT
Sekapur Sirih Seulas Pinang
1
Kolej Komuniti KK RTC Gopeng
1.1 Maklumat Kolej Komuniti RTC Gopeng 1.2 Visi dan Misi Kolej Komuniti
Piagam Pelanggan
Matlamat Pendidikan dan Matlamat Organisasi Teras Pelan Strategik Politeknik dan Kolej Komuniti 1.3 Jawatankuasa Pengurusan Tertinggi
1.4 Carta Organisasi 1.5 Fasiliti 1 1 2 2 3 3 4 5 2
Program Sijil Teknologi Maklumat 2.1 Maklumat Program 2.2 Senarai Pensyarah 2.3 Struktur Program 2.4 Sinopsis Program Semester 1 Semester 2 Semester 3 2.5 Latihan Industri 2.6 Prospek Kerja
2.7 Objektif Program Pengajian (Programme Educational Objectives – PEO) 2.8 Hasil Pembelajaran Program (Programme Learning Outcomes –PLO) 2.9 Outcome Based Education (OBE)
7 8 9 9 14 14 14 15 3
Maklumat Pengajian dan Pembangunan Pelajar 3.1 Kod Etika Pakaian & Pengurusan Disiplin 3.2 Aktiviti Kokurikulum & E-Testimoni 3.3 Rekod Kehadiran & Cuti Pelajar 3.4 Yuran & Bantuan Kewangan
3.5 Penangguhan / Pemberhentian Pengajian
17 27 28 29 30 4
Urusan Latihan Industri
4.1 Tempoh Latihan Industri 4.2 Syarat Latihan Industri 4.3 Kredit dan Penilaian
32 32 32 5 Urusan Peperiksaan 5.1 Sistem Gred
5.2 Status Pencapaian Akademik Pelajar 5.3 Penganugerahan Sijil Kolej Komuniti
5.4 Syarat-Syarat Untuk Menduduki Peperiksaan 5.5 Kehadiran Semasa Peperiksaan
5.6 Pelanggaran Peraturan 35 36 38 39 40 40 Lampiran Borang
Borang Maklumat Diri Pelajar Borang Permohonan Cuti Pelajar
Borang Permohonan Penangguhan Pengajian Borang Permohonan Penangguhan Latihan Industri Borang Permohonan Berhenti Belajar
Sekapur Sirih
Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan limpah kurnianya, Buku Panduan Pengajian Kolej Komuniti RTC Gopeng sesi 2019/2020 ini berjaya dihasilkan atas kerjasama Unit Akademik dan Pegawai Kanan yang telah memberikan informasi mengenai program dan perkhidmatan yang ditawarkan.
Secara peribadi saya ingin mengucapkan sekalung tahniah dan jutaan terima kasih kepada semua pihak sama ada secara langsung atau tidak langsung yang menggembleng tenaga serta fikiran dalam menyiapkan buku ini.
Tujuan buku ini disediakan adalah untuk memuatkan semua informasi dalam satu buku yang boleh dikongsi bersama tanpa perlu merujuk kepada pelbagai pihak secara berasingan.
Buku Panduan Pengajian Kolej Komuniti RTC Gopeng sesi 2019/2020 ini diharap dapat menjadi sumber rujukan utama dan dimanfaatkan oleh para siswa/i Kolej Komuniti RTC Gopeng berkaitan program Sijil Teknologi Maklumat.
Sekian, terima kasih Wassalam
EN. NIZA ASYADI BIN HJ HAMZAH
PENGARAH
1
1.0 KOLEJ KOMUNITI RTC GOPENG
1.1 MAKLUMAT KOLEJ KOMUNITI RTC GOPENG
Kolej Komuniti RTC Gopeng (KKRTCG) adalah sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di bawah pengurusan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Mula beroperasi di Kompleks Pentadbiran RTC Perak pada 1 Jun 2012 sebagai cawangan kepada Kolej Komuniti Batu Gajah.
Pengambilan pelajar pertama KKRTCG adalah seramai 18 orang pelajar pada sesi Julai 2012 di bawah program Sijil Modular Kebangsaan (SMK). Kini KKRTCG menawarkan pengajian Sijil Kolej Komuniti (SKK) Sijil Teknologi Maklumat (STM). Sehingga kini, bilangan kakitangan yang bertugas di KKRTCG ialah seramai 22 orang
(15 orang akademik dan tujuh (7) orang pentadbiran).
1.2 VISI & MISI KOLEJ KOMUNITI
2
Rajah 2: Piagam Pelanggan
3
Rajah 4: Teras bagi Pelan Strategik Politeknik dan Kolej Komuniti
1.3 JAWATANKUASA PENGURUSAN TERTINGGI
4
1.4 CARTA ORGANISASI
5
1.5 FASILITI
Kolej Komuniti RTC Gopeng mempunyai fasiliti dan kelengkapan yang mencukupi untuk pelajar dan warganya. Fasiliti ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu fasiliti di bawah pentadbiran KKRTCG (Rajah 7&8) dan fasiliti guna sama (Rajah 9).
Rajah 7: Prasarana Makmal Komputer yang serba canggih
6
7
2.1 MAKLUMAT PROGRAM
Pada masa kini, perkembangan ekonomi yang pesat di dalam pelbagai bidang telah menyumbang kepada permintaan tenaga kerja yang berkemahiran dan berkebolehan dalam pelbagai tugas. Berdasarkan senario ini, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti berusaha merancang dan mengadakan program Sijil Teknologi Maklumat bagi menghasilkan pelajar yang dapat memenuhi kehendak industri di dalam bidang tersebut. Pelajar berpeluang mempelajari ilmu-ilmu yang berkaitan dengan teknologi maklumat secara teori dan praktikal bagi memastikan mereka memperolehi pengetahuan yang mendalam dalam bidang tersebut. Selain itu, program ini juga menawarkan Latihan Industri bagi memastikan pelajar merasai suasana sebenar alam pekerjaan. Bukan sahaja kemahiran teknikal, malah pelajar juga mempelajari kemahiran insaniah bagi menyediakan pelajar untuk pasaran industri. Melalui program ini juga, pelajar berpeluang untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi.
Nama Program : Sijil Teknologi Maklumat (STM) Bahasa Penghantar : Bahasa Melayu
Mod Pengajian : Sepenuh Masa Syarat Kemasukan : Warganegara
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Lulus Matematik
1 kredit mana-mana matapelajaran Tempoh Pengajian : Minimum (4 semester)
Maksimum (10 semester) Kalendar Pengajian : 1 semester (6bulan)
Aktiviti Minggu
Pembelajaran dan Pengajaran 14
Cuti 10
Latihan Industri : 16 minggu – 8 jam kredit (Semester akhir) Jumlah kredit graduat : 60 kredit
8
2.2 SENARAI PENSYARAH
9
2.3 STRUKTUR PROGRAM
Rajah 11: Struktur Program Sijil Teknologi Maklumat
2.4 SINOPSIS PROGRAM
Program Teknologi Maklumat adalah salah satu program yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam bidang Teknologi Maklumat. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi, ia dapat membantu dan mampu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan. Antara lain, program ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan:
1. Perisian Aplikasi, Pemasangan Komputer, Asas Pengaturcaraan Dan Etika Digital Dan Keselamatan Sosial.
2. Pangkalan Data, Rangkaian Komputer, Asas Multimedia, Pembangunan Reka Bentuk Laman Web Dan Pengenalan Analisis Dan Rekabentuk Sistem.
3. Pembangunan Aplikasi Mudah Alih, Internet Of Things, Pengaturcaraan Berorientasikan Objek dan Projek Pelajar
Pelajar perlu menyempurnakan semua kursus teras dan kursus Matapelajaran Pengajian Am (MPU) bagi melengkapkan pengajian di Kolej Komuniti RTC Gopeng. Rujuk sinopsis kursus seperti bawah :
10
A. Kursus Teras Bagi Sijil Teknologi Maklumat (STM)
SINOPSIS KURSUS STM SEMESTER 1
STM 1013 - PERISIAN APLIKASI
Pelajar akan diberi pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali (hands on) mengenai tugasan – tugasan menghasilkan dokumen kerja dan slaid persembahan serta membangunkan sistem ringkas
menggunakan perisian hamparan elektronik dengan betul. Selain itu, pelajar juga diterapkan dengan kemahiran komunikasi semasa membuat pembentangan
STM 1023 - ASAS PEMASANGAN
Asas Pemasangan merupakan kursus yang memberi pengetahuan dan kemahiran kerja pemasangan perkakasan dan perisian komputer. Ia termasuk menaiktaraf dan membaikpulih komputer.
STM 1033- ASAS PENGATURCARAAN
Pelajar akan diberi pengetahuan dan kemahiran secara teori dan konsep mengenai aspek pengaturcaraan berasaskan komputer. Pelajar akan diberi pendedahan bagi membina set aturcara menggunakan pengetahuan tentang kod aturcara. Kursus ini akan mempersiapkan pelajar hingga mampu memanipulasi kod aturcara dalam kaedah penghasilan pengaturcaraan. Ia membolehkan pelajar membangunkan sistem menggunakan aturcara bagi memudahkan tugas tertentu pengguna sistem berkomputer.
STM 1042 – ETIKA DIGITAL DAN KESELAMATAN SOSIAL
Etika Digital dan Keselamatan Sosial diperkenalkan untuk
membangunkan rasa “kenegaraan”, kerjasama, tanggungjawab dan pemilikan kepada pelajar sepanjang pengalaman sebagai netizen.
SINOPSIS KURSUS STM SEMESTER 2
STM 2013 – PANGKALAN DATA
Pelajar akan diberi pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali (hands on) mengenai pembinaan pangkalan data bermula dari
penghasilan jadual, hubungan jadual, pembinaan query, borang dan sub-borang, penyediaan laporan dan sub laporan serta merekabentuk antaramuka sistem.
STM 2023 – ASAS RANGKAIAN
KOMPUTER
Pelajar akan diberi pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengenai konsep dan prinsip asas rangkaian komputer. Pelajar
mendapat pengetahuan dan kemahiran untuk menghasilkan infrastuktur rangkaian dan mengesan kerosakan rangkaian.
STM 2033 – ASAS MULTIMEDIA
Kursus ini memberi tumpuan kepada asas-asas rekabentuk,
perkembangan, pembangunan dan perlaksanaan produk multimedia menggunakan perisian terkini. Antara topik perbincangan termasuklah penghasilan dan manipulasi elemen-elemen multimedia seperti teks, grafik, audio, video, animasi dan interaktiviti. Pelajar akan menghasilkan produk multimedia sendiri seperti CD interaktif. Kriteria penilaian kursus antaranya ialah proses rekabentuk, produk akhir, dokumentasi,
persembahan dan sahsiah diri.
STM 2044- PEMBANGUNAN REKA
BENTUK LAMAN WEB
Pelajar akan diberi pengetahuan secara teori dan amali mengenai aturcara HTML menggunakan perisian pengarangan web dan seterusnya mereka bentuk laman web menggunakan CSS serta melaksanakan proses penerbitan (publish) laman web.
11 STM 2053 –
PENGENALAN KEPADA ANALISIS DAN REKABENTUK SISTEM
Pelajar akan diberi pengetahuan dan kemahiran secara teori mengenai analisis dan reka bentuk sistem. Kursus ini menekankan aktiviti-aktiviti dan memperkenalkan kaedah-kaedah serta teknik-teknik dalam analisis dan rekabentuk sistem. Selain itu kursus ini juga memberi penerangan mengenai pelaksanaan aktiviti pengujian, penyelenggaraan dan dokumentasi.
SINOPSIS KURSUS STM SEMESTER 3
STM 3012 – PENGENALAN APLIKASI
MUDAH ALIH
Melalui kursus ini, pelajar akan diberi pengetahuan dan kemahiran menggunakan perisian pembangun android. Pelajar juga berpeluang untuk membina aplikasi mudah berasaskan android.
STM 3023 – INTERNET OF THINGS
Melalui kursus ini, pelajar akan diberi pengetahuan dan kemahiran tentang pemasangan sistem operasi bagi peranti IOT. Pelajar dikehendaki untuk melakukan pemasangan dan pengujian bagi litar input, output dan bekalan kuasa dan seterusnya dikehendaki melakukan pengaturcaraan program yang spesifik bagi melihat impak kawalan pengaturcaraan ke atas peranti input, output dan bekalan kuasa. Akhir sekali, pelajar akan melakukan pemasangan dan intergrasi lengkap di antara aturcara program dan perkakasan IOT.
STM 3034 – PENGATURCARAAN
BERORIENTASIKAN OBJEK
Pelajar akan diberi pengetahuan dan kemahiran secara teori mengenai konsep pengaturcaraan dan bahasa pengaturcaraan. Ia merupakan persiapan bagi membangunkan sesebuah perisian sistem berkomputer iaitu pengetahuan tentang fungsi-fungsi yang akan digunakan dalam kaedah penghasilan pengaturcaraan. Dalam bahasa pengaturcaraan pula pelajar akan didedahkan kepada bahasa Object Oriented Programming (OOP) iaitu bahasa pengaturcaraan Java.
STM 3044 - PROJEK
Kursus Projek ini mendedahkan pelajar kepada proses perkembangan idea dan konsep melalui penghasilan kertas kerja sebelum memulakan kerja-kerja menghasilkan satu projek produk/perkhidmatan/kempen. Di akhir kursus ini, pelajar berpeluang untuk menghasilkan projek yang bersesuaian dengan bidang kemahiran yang telah dipelajari.
SINOPSIS KURSUS SEMESTER 4 (LATIHAN INDUSTRI)
SLI 4018 – LATIHAN INDUSTRI
LI merujuk kepada penempatan pelajar di sesebuah organisasi untuk menjalankan latihan praktikal yang diselia oleh pihak industri yang dipilih, sama ada di luar ataupun di dalam negara, dalam jangka masa yang ditetapkan sebelum mereka dianugerahkan Sijil Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Tinggi (Dasar Latihan Industri IPT, 2010).
Matlamat LI ialah untuk membolehkan pelajar mendapat pengalaman di industri, firma atau jabatan kerajaan yang berkaitan bagi melahirkan graduan yang mempunyai kompeten dan berdaya saing bagi memenuhi keperluan semasa negara.
Pendedahan pelbagai jenis pekerjaan dalam industri dengan melakukan kerja yang berkaitan di bawah penyeliaan seperti mengumpul data,
12
membuat ujikaji, menyenggara dan membaik pulih, mereka bentuk, membangun sistem, mengurus sumber dan lain-lain;
Kefahaman mengenai proses dan operasi sesuatu sistem secara menyeluruh. Contohnya kerja operasi pengeluaran, pemeriksaan dan penganalisaan; dan latihan dalam bidang pengurusan dan pentadbiran mengikut pengkhususan yang diambil. Sebagai contoh, melatih pelajar dalam projek berkumpulan.
Kursus Matapelajaran Pengajian Umum (MPU)
SINOPSIS KURSUS MPU SEMESTER 1
MPU 1181 Communicative English
By the end of this course, students should be able to: -
1. use appropriate forms of language in greetings and introductions as well as in instructions and directions [C3, PLO 1]
2. apply appropriate forms of language in description [A2, PLO 5] 3. apply appropriate forms of language in telephone skills [A2, PLO 5]
MPU 1152 Pengajian Malaysia 1
Setelah mengikuti kursus ini, pelajar akan dapat:
1. Menjelaskan kepelbagaian dalam masyarakat yang dapat mengukuhkan perpaduan; [C3, PLO3)
2. Menghuraikan proses pembinaan negara bangsa yang dapat menunjukkan kesedaran terhadap kepentingan identiti kebangsaan ke arah mengukuhkan semangat patriotisme; (C4, PLO4)
3. Merumuskan faktor-faktor yang membina hubungan dan interaksi sosial dalam masyarakat. (A4, PLO5)
MPU 1311 Pendidikan Islam 1
Di akhir program ini, para pelajar akan boleh: -
1. Menerangkan konsep Islam sebagai cara hidup (ad-din), konsep akidah dan ibadah dalam Islam. (C1, PLO 1)
2. Menunjuk cara bersuci, solat dengan tepat. (P3, PLO 2)
3. Mengaplikasi konsep akhlak mahmudah dalam aktiviti kehidupan seharian.(A3, PLO 7)
MPU 1321 Pendidikan Moral 1
Di akhir kursus ini, para pelajar akan dapat: -
1. Menerangkan kepentingan moral insan, integriti dan penghayatan Rukun Negara ke arah melahirkan warganegara yang
bertanggungjawab. (C1, PLO 1)
2. Membincangkan hubungan dan interaksi sosial yang baik dalam kalangan individu, keluarga dan masyarakat (A3, PLO 4)
3. Menghuraikan kepelbagaian budaya dalam masyarakat berdasarkan rujukan akhbar, internet atau kajian kes.(A1, PLO 4)
SSM 1022 Matematik
Setelah mengikuti kursus ini, pelajar akan dapat: -
1. Menentukan pertukaran unit - unit asas, perimeter, luas, isipadu bentuk- bentuk geometri, ungkapan dan persamaan algebra serta persamaan linear dengan tepat. (C2, PLO 1)
2. Mengaplikasikan pengetahuan matematik dalam kehidupan seharian. (A2, PLO 6)
3. Menyelesaikan masalah yang melibatkan pengiraan (kuantiti dan unit asas, pengukuran, persamaan algebra dan persamaan linear) dengan tepat. (A3, PLO 6)
13
SINOPSIS KURSUS MPU SEMESTER 2
MPU 1331 Pendidikan Islam 2
Di akhir program ini, para pelajar akan boleh: -
1. Menerangkan konsep pernikahan, pembubaran pernikahan dan isu-isu yang
berkaitan. (C1, PLO 1)
2. Membezakan kaedah-kaedah dalam pembubaran perkahwinan. (A3, PLO 7)
3. Menghuraikan hak-hak dalam pembubaran perkahwinan. (A1, PLO 7)
MPU 1341 Pendidikan Moral 2
Di akhir kursus ini, para pelajar akan dapat: -
1. Menerangkan konsep baik, benar dan patut (C1, PLO 1)
2. Mengaplikasikan kemahiran menangani konflik moral berdasarkan kajian kes. (A2, PLO 7)
3. Menghuraikan isu-isu moral yang berlaku dalam konteks masyarakat Malaysia berdasarkan rujukan akhbar atau internet. (A1, PLO 7)
MPU 1231 Kemahiran Insaniah
1. Menerangkan kepentingan kemahiran yang dipelajari iaitu
Pembelajaran Sepanjang Hayat dan Kemahiran Pengurusan Maklumat serta Kemahiran Komunikasi. [C1, PLO 1]
2. Menampilkan kebolehan berkomunikasi dalam pembangunan kerjaya [A2, PLO 5]
3. Mengurus projek yang dipertanggungjawabkan secara berkesan bersama pasukan. [A5, PLO 5]
SINOPSIS KURSUS MPU SEMESTER 3
MPU 1101 Workplace English
By the end of this course, students should be able to: -
1. use appropriate forms of language in workplace expressions and customer relation skills [C3, PLO 1]
2. respond appropriately in ideas and opinions [A2, PLO 5]
3. apply appropriate form of language in processes and procedures [A2, PLO 5]
MPU 1411 Kokurikulum
Setelah mengikuti kursus ini, pelajar akan dapat: -
1. Menerangkan tatacara penubuhan organisasi [C2, PLO1] 2. Menunjuk cara kemahiran bidang pilihan [A3, PLO3]
3. Mengorganisasi program kemahiran asas bidang pilihan [A4, PLO3]
MPU 1222 Keusahawanan
Di akhir kursus ini, para pelajar akan boleh:
1. Menjelaskan konsep asas keusahawanan. (C4, PLO1)
2. Mencadangkan idea perniagaan secara offline dan online. (A3, PLO8) 3. Menyediakan Kos Pelaksanaan Projek dan Pengiraan Untung Rugi Perniagaan. (A4, PLO8)
TAMBAHAN
MPU 1212 Bahasa Kebangsaan A
Setelah mengikuti kursus ini, pelajar akan dapat: 1. Menerangkan asal – usul Bahasa Melayu [C2, PLO 1]
2. Menunjukkan kaedah bertutur menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dalam komunikasi lisan [A2, PLO 4]
3. Menyediakan pelbagai teks penulisan berdasarkan ejaan dan tatabahasa yang betul [A4, PLO 4
14
2.5 PROSPEK KERJAYA
Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang Teknologi Maklumat yang mana ia boleh diimplimentasikan bagi kerjaya di dalam bidang Teknologi Maklumat. Pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang ini, membolehkan pelajar memulakan kerjaya seperti di Rajah 12.
Rajah 12: Prospek Kerjaya Lulusan STM
2.6 OBJEKTIF PROGRAM PENGAJIAN (PROGRAMME EDUCATIONAL OBJECTIVES – PEO) 1. Menghasilkan tenaga kerja dan usahawan yang berpengetahuan dan berkemahiran
selari dengan keperluan semasa dan hasrat negara
2. Menunjukkan kebolehan penyelesaian masalah secara inovatif, kreatif dan kerja berpasukan melalui pendekatan pembelajaran sepanjang hayat.
3. Mempunyai kemahiran berkomunikasi dengan berkesan, mengurus maklumat dengan baik dan bekerjasama dengan kumpulan berasaskan kerja serta tanggungjawab sosial. 2.7 HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM (PROGRAMME LEARNING OUTCOMES –PLO)
(Rujuk 8 Domain Hasil Pembelajaran MQF (Malaysian Qualifications Framework)) Di akhir pembelajaran, pelajar akan boleh:
1. Mengaplikasi pengetahuan asas berdasarkan fakta, konsep, prinsip dan teori dalam bidang yang berkaitan
2. Menunjukkan kemahiran psikomotor dan amali dalam menyelesaikan masalah
3. Menunjukkan kemahiran interpersonal dan kebertanggungjawaban sosial dalam mengaplikasi prinsip dan teori mengikut kesesuaian keadaan
4. Menunjukkan sifat beretika dan profesionalisme dalam amalan yang mempunyai prinsip etika dari aspek perundangan yang perlu dipatuhi
Juruteknik Komputer
Pembantu
Pengaturcara
Usahawan Teknologi
Maklumat
Pembantu Tadbir
15
5. Menunjukkan kebolehan berkomunikasi dan kemahiran kepimpinan secara berkesan dengan rakan sekerja, pelanggan, majikan dan masyarakat umum
6. Menunjukkan kemahiran pemikiran analitikal dan kritikal dan menggunakan teknik yang sesuai dalam menyelesaikan masalah
7. Menyedari kepentingan pembelajaran sepanjang hayat dan kemahiran pengurusan maklumat untuk pembangunan akademik dan kerjaya
8. Menunjukkan kemahiran pengurusan dan ciri – ciri keusahawanan dalam perspektif yang meluas di dalam alam perniagaan sebenar
2.8 0 OUTCOME BASED EDUCATION (OBE) LATAR BELAKANG OBE
OBE menekankan kepada perancangan dan hasil yang bakal diperolehi oleh setiap pelajar dalam setiap program yang diikuti. Hasil pembelajaran lebih menitikberatkan terhadap persoalan apakah jangkaan yang perlu para pelajar capai dari segi pengetahuan, kefahaman atau kebolehan untuk membuat sesuatu ataupun kualiti yang perlu dibangunkan oleh mereka sendiri semasa pengajian di Kolej Komuniti.
Rajah 13: Falsafah dalam OBE
Matlamat pendidikan program Kolej Komuniti RTC Gopeng adalah menghasilkan graduan TVET yang holistik dan kompeten serta berkemampuan menyumbang kepada pembangunan negara. Perlaksanaan pendekatan OBE telah mula diperkenalkan di Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia sejak tahun 2010 untuk memenuhi keperluan MQF (Malaysian Qualifications Framework
16
/ Kerangka Kelayakan Malaysia). MQA (Malaysian Qualification Agency) adalah pemegang amanah bagi MQF yang merupakan ’perlembagaan’ Pengajian Tinggi Negara.
17
3.0 MAKLUMAT PEMBANGUNAN DAN PENGAJIAN PELAJAR
3.1 KOD ETIKA PAKAIAN & PENGURUSAN DISIPLIN 3.1.1 Rupa Diri
“Pakaian” ditakrifkan sebagai apa jua benda zahir yang dipakai atau ditambah pada mana-mana bahagian anggota pelajar yang menampakkan rupa diri di dalam kawasan Kolej Komuniti RTC Gopeng seperti pakaian, alat perhiasan dan solekan.
Pelajar hendaklah sentiasa berpakaian kemas, bersih dan sopan. Adalah menjadi kewajipan pelajar Islam memakai pakaian yang menutup aurat.
3.1.2 Rupa Diri Pelajar Lelaki
A. Pakaian ke kelas/bengkel/makmal
i. Baju kemeja berlengan panjang atau pendek. Baju ’T’ berkolar sahaja dibenarkan dan tidak mempunyai tulisan atau gambar yang membawa pengertian liar, negatif, lucah atau menggambarkan mana-mana parti politik. Baju ’T’ tidak berkolar (round neck) tidak dibenarkan kecuali untuk aktiviti sukan.
ii. Baju hendaklah sentiasa dimasukkan ke dalam seluar (tuck in) dan dikenakan butang dengan sempurna.
iii. Pemakaian baju kebangsaan (baju melayu) dibenarkan tetapi hendaklah lengkap bersampin, berkasut dan bersongkok hitam.
iv. Semua jenis pakaian tidak dibenarkan bertampal atau bertampung dalam apa jua bentuk sekali pun.
v. Berseluar slack sahaja dibenarkan. Pemakaian seluar jeans biru, seluar lusuh, seluar ketat, dan seluar half cut tidak dibenarkan.
vi. Memakai tali pinggang yang bersesuaian. vii. Berkasut dan berstokin.
viii. Memakai selipar, terompah, sandal, capal atau berkaki ayam tidak dibenarkan. ix. Kasut yang berladam logam yang berbunyi bising tidak dibenarkan.
x. Sebarang bentuk perhiasan tidak dibenarkan.
xi. Pakaian khas bengkel/studio/makmal yang ditetapkan oleh pihak Kolej Komuniti. B. Rambut
i. Rambut hendaklah sentiasa pendek dan kemas. Paras belakang tidak melebihi paras kolar baju, paras tepi tidak melebihi paras atas telinga dan paras depan tidak melebihi garisan tengah dahi.
18
ii. Rambut berfesyen seperti afro, punk, berekor atau diwarnakan adalah tidak dibenarkan.
C. Perhiasan
Memakai sebarang bentuk perhiasan seperti rantai, gelang tangan dan subang atau apa-apa perhiasan diri yang membawa maksud negatif tidak dibenarkan.
3.1.3 Rupa Diri Pelajar Perempuan A. Pakaian ke kelas/bengkel/makmal
i. Pakaian yang mencolok mata seperti pakaian yang ketat, jarang, singkat, berbelah, nipis dan mendedahkan mana-mana bahagian badan tidak dibenarkan.
ii. Pelajar tidak dibenarkan memakai baju yang labuhnya di atas paras pinggang. iii. Pelajar tidak dibenarkan memakai skirt di atas paras lutut.
iv. Baju ’T’ berkolar yang mempunyai tulisan atau gambar yang membawa pengertian liar, negatif, lucah atau melambangkan mana-mana parti politik. Baju ’T’ tidak berkolar (round neck) tidak dibenarkan kecuali untuk aktiviti sukan.
v. Berseluar ketat, singkat atau menampakkan susuk badan tidak dibenarkan.
vi. Berseluar slack sahaja dibenarkan. Pemakaian seluar jeans biru, seluar banyak poket, corduroy, seluar half cut tidak dibenarkan.
vii. Memakai pakaian yang dibutang dan dizipkan dengan sempurna.
viii. Memakai selipar, terompah, sandal, capal atau berkaki ayam tidak dibenarkan. ix. Memakai pakaian khas bengkel/studio/ makmal yang ditetapkan oleh pihak Kolej
Komuniti (Rujuk Rajah 15). B. Rambut
i. Rambut hendaklah disikat kemas.
ii. Rambut berfesyen seperti berekor atau diwarnakan tidak dibenarkan. iii. Adalah menjadi kewajipan pelajar Islam menutup aurat (bertudung). C. Perhiasan
i. Memakai barang kemas tidak digalakkan.
ii. Memakai perhiasan diri bukan pada tempat sepatutnya tidak dibernarkan. iii. Bersolek secara berlebihan tidak dibenarkan.
19
20
3.1.4 Kad Pelajar
a. Setiap pelajar mestilah mempunyai kad pelajar rasmi yang dikeluar oleh pihak Kolej Komuniti.
b. Kad pelajar mestilah sentiasa dipakai semasa berada di dalam premis/kampus Kolej Komuniti.
c. Kad pelajar hendaklah dipakai pada baju/jaket/blazer pada paras dada supaya dapat dilihat dengan jelas.
d. Kad pelajar tidak boleh diconteng, ditampal, ditukar butiran/gambar atau diubahsuai. e. Pelajar tidak dibenarkan memakai atau menggunakan kad pelajar lain.
f. Sebarang kehilangan kad pelajar hendaklah dilapor kepada Unit Pengambilan Pelajar. g. Kad pelajar yang hilang, rosak atau tamat tempoh perlu digantikan dengan kad yang
baru dengan bayaran kos gantian yang ditetapkan oleh pihak Kolej Komuniti. 3.1.5 Menghadiri Kuliah/Bengkel/Tutorial
Pelajar dikehendaki menghadiri semua kuliah/bengkel/ tutorial atau lain-lain aktiviti pengajaran berhubung dengan program pengajiannya dan MESTILAH:
a. Kehadirannya tidak kurang 80 %.
b. Berada di dalam bilik kuliah/bengkel/tutorial mengikut jadual yang ditetapkan. c. Mendapatkan kebenaran pensyarah untuk meninggalkan kuliah/bengkel/tutorial. d. Mendapat kebenaran bertulis daripada Timbalan Pengarah Akademik/Timbalan
Pengarah untuk tidak hadir.
e. Memberi alasan bertulis yang munasabah kepada Timbalan Pengarah Akademik/Timbalan Pengarah untuk mendapat pengesahan/kelulusan di atas ketidakhadiran sekiranya perkara (d) tidak diperolehi terlebih dahulu.
3.1.6 Menjaga Kebersihan Dan Kemudahan
a. Setiap pelajar bertanggungjawab menjaga kebersihan dan keceriaan premis/kampus Kolej Komuniti.
b. Mendapatkan kebenaran pihak berkuasa kampus untuk menampal sebarang notis atau iklan.
c. Segala kemudahan yang disediakan oleh Kolej Komuniti RTC Gopeng hendaklah digunakan dengan penuh tanggungjawab, cermat dan selamat tanpa sebarang pembaziran kuasa elektrik, bekalan air dan bahan- bahan lain yang digunakan.
21
d. Pelajar dipertanggungjawapkan untuk menentukan serta memastikan semua suis lampu/kipas/ penyaman udara/komputer/mesin dimatikan sebelum meninggalkan kelas /bengkel /makmal/dewan kuliah.
3.1.7 Menjaga Harta Benda
a. Perbuatan merosakkan harta benda Kolej Komuniti RTC Gopeng seperti perabot, peralatan dalam bilik/makmal/ bengkel, kenderaan rasmi Kolej Komuniti RTC Gopeng atau menconteng dinding/notis rasmi/pekeliling rasmi atau merosakkan tanaman di dalam premis/kampus adalah menjadi satu kesalahan tatatertib.
b. Pelajar hendaklah menjaga atau memelihara segala kemudahan dan peralatan yang terdapat di Kolej Komuniti RTC Gopeng supaya kepentingan pelajar lain terpelihara.
3.1.8 Penglibatan Pelajar Dalam Persatuan/Badan/Pertubuhan/Kumpulan Dan Parti Politik a. Pelajar tidak dibenarkan menjadi ahli mana-mana parti politik, kesatuan sekerja atau
mana-mana pertubuhan kecuali terlebih dahulu mendapat kebenaran secara bertulis daripada menteri atau wakil kuasanya.
b. Pelajar tidak dibenar menyatakan atau berbuat sesuatu yang boleh ditafsirkan sebagai menyatakan sokongan, simpati atau bangkangan terhadap mana-mana pertubuhan, badan atau kumpulan yang diharamkan.
c. Semua aktiviti yang hendak dijalankan di dalam dan di luar premis/kampus hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dari Pengarah Kolej Komuniti.
d. Penerbitan dan pengedaran sebarang dokumen atau risalah di dalam atau di luar premis/kampus hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis dari Pengarah Kolej Komuniti.
3.1.9 Memiliki Bahan-Bahan Lucah, Dadah, Racun Arak Dan Berjudi
a. Pelajar tidak dibenarkan memiliki atau ada di bawah jagaan atau kawalannya apa-apa bahan lucah, dadah, racun atau minuman keras.
b. Pelajar tidak dibenarkan melihat atau mendengar secara sengaja apa-apa bahan lucah di dalam atau di luar premis/kampus.
c. Pelajar tidak dibenarkan mengedar, membahagi- bahagikan atau mempamerkan apa-apa bahan lucah untuk tujuan mendapa-apat / tanpa bayaran atau apa-apa-apa-apa balasan lain.
22
d. Pelajar tidak dibenarkan memiliki atau ada di bawah jagaan atau kawalannya apa-apa perkakas, alat, radas atau barang yang pada pendapa-apat pihak berkuasa tatatertib adalah bertujuan untuk digunakan bagi memakan atau meminum atau menghisap atau menyedut atau memasukkan ke dalam badannya dengan cara suntikan atau dengan apa-apa jua cara lain apa-apa dadah atau racun.
e. Pelajar tidak dibenarkan meminum minuman yang memabukkan atau didapati dalam keadaan mabuk di dalam atau di luar premis/kampus.
f. Pelajar tidak dibenarkan mengurus, menganjur, menjalankan atau menyertai apa-apa aktiviti perjudian, pertaruhan atau loteri sama ada di dalam atau di luar premis/kampus.
3.1.10 Gangguan Ketenteraman
a. Pelajar tidak dibenarkan membuat bising atau menyebabkan bunyi bising atau bercakap secara kurang sopan sama ada di bilik kuliah / dewan kuliah / bengkel / makmal / perpustakaan / pejabat pentadbiran atau berhampiran dengannya.
b. Pelajar tidak dibenar menimbulkan suasana kacau- bilau, huru-hara atau menghasut pelajar lain menentang pihak berkuasa Kolej Komuniti.
c. Pelajar boleh menyuarakan segala rasa tidak puas hati melalui saluran tertentu seperti Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) / membuat aduan bertulis / peti cadangan.
3.1.11 Penceramah Luar
a. Pelajar mestilah mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah Kolej Komuniti RTC Gopeng sebelum menjemput pihak luar untuk memberi ceramah/perbincangan kepada pelajar di dalam atau di luar Kolej Komuniti. Kebenaran ini tertakluk kepada had dan syarat yang ditetapkan.
3.1.12 Kesalahan–Kesalahan Yang Boleh Mengakibatkan Penggantungan Atau Pemberhentian Pengajian
a. Mencemar nama baik Kolej Komuniti, kakitangan atau pelajarnya sama ada di dalam atau di luar premis/kampus Kolej Komuniti RTC Gopeng dengan kelakuan, kata-kata atau tulisan menerusi apa jua bentuk media cetak mahupun elektronik.
23
c. Merosak, mencacat (vandalisme) harta benda milik Kolej Komuniti, kerajaan, awam atau orang perseorangan.
d. Menggangu atau menghalang kakitangan atau pelajar Kolej Komuniti RTC Gopeng daripada menjalankan tugasnya yang sah.
e. Membuat, mengguna, mempamer, menampal dan memiliki panji-panji, poster, lambang dan lain-lain untuk tujuan menghasut pelajar lain melanggar tatatertib di dalam atau di luar premis/kampus.
3.1.13 Menerbit atau mengedar dokumen-dokumen di dalam atau di luar premis/kampus dengan tujuan untuk menghasut atau memburuk-burukan nama baik Kolej Komuniti RTC Gopeng atau pihak lain.
a. Menjalankan perniagaan/perkhidmatan, kedai atau gerai di dalam premis/kampus tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Kolej Komuniti.
b. Membuat kenyataan dalam bentuk lisan atau bertulis kepada pihak luar mengenai Kolej Komuniti, kakitangan atau pelajarnya.
c. Membuat bantahan secara lisan atau bertulis mengenai sebarang keputusan pihak Kolej Komuniti RTC Gopeng tanpa melalui saluran yang ditetapkan.
d. Melibatkan diri dengan sebarang bentuk perjudian, pertaruhan atau loteri.
e. Meminum, mengedar, menyimpan, menyorok atau membuat minuman keras/bahan kimia yang memabukkan/mengkhayalkan.
f. Berkeadaan mabuk kerana minuman atau sesuatu bahan yang diambil untuk memabukkan atau mengkhayalkan.
g. Menonton, memiliki, mendengar, menampal, mengedar, menyorok atau terlibat dengan pertunjukan bahan-bahan lucah (porno).
h. Memberi atau menyebarkan maklumat palsu.
i. Mengingkari arahan sah pihak berkuasa tatatertib, pensyarah, pegawai atau kakitangan Kolej Komuniti RTC Gopeng yang diberi kuasa.
j. Memalsukan tandatangan atau cop rasmi pihak berkuasa Kolej Komuniti RTC Gopeng atau pihak lain yang terlibat dengan Kolej Komuniti.
k. Melakukan ugutan atau buli (ragging) terhadap mana-mana kakitangan atau pelajar Kolej Komuniti RTC Gopeng atau pihak lain pada bila-bila masa sama ada di dalam atau di luar premis/kampus.
l. Berkelakuan biadap dan angkuh terhadap mana- mana kakitangan atau pelajar Kolej Komuniti RTC Gopeng atau pihak lain dengan kelakuan, lisan atau tulisan.
24
m. Bergaduh, terlibat atau bersubahat dengan pergaduhan sama ada di dalam atau di luar premis/kampus.
n. Berkelakuan sumbang atau tidak sopan seperti bercumbu-cumbuan atau berkhalwat dan membuat sebarang perilaku atau isyarat lucah sama ada di dalam atau di luar premis/kampus.
o. Melibatkan diri dengan kegiatan pelacuran atau aktiviti seks yang dilarang.
p. Melakukan penyambungan elektrik atau talian telefon secara haram di mana-mana kawasan premis/kampus.
q. Melibatkan diri dengan kegiatan mencuri, merompak, menyamun, memeras ugut dan menculik.
r. Memiliki, menyorok, menyimpan, mengedar, menjual dan mempamer senjata berbahaya seperti senjata api, senjata tajam, buku lima, kerambit dan lain-lain.
s. Dituduh oleh mahkamah terbabit atau disyaki melakukan kesalahan jenayah sivil atau jenayah syariah.
t. Terlibat dengan najis dadah seperti mengambil, mengedar, menyorok, menyimpan atau menjual.
u. Terlibat dengan pemboikotan/pemulauan aktiviti sah Kolej Komuniti.
v. Terlibat dengan demonstrasi yang tidak dibenarkan di dalam atau di luar premis/kampus Kolej Komuniti.
w. Menimbul/menghasut isu perkauman, integrasi nasional untuk tujuan mewujudkan suasana tegang, perpecahan atau permusuhan.
x. Memungut atau cuba memungut wang dengan cara persendirian, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar.
y. Menganggotai atau memberi sokongan kepada kumpulan, badan atau pertubuhan yang diharamkan oleh Kolej Komuniti RTC Gopeng atau kerajaan.
3.1.14 Larangan Merokok
Pelajar dilarang merokok di mana-mana kawasan premis/kampus Kolej Komuniti. 3.1.15 Kenderaan Pelajar Dan Peraturan Lalulintas
a. Pelajar yang hendak menggunakan kenderaan bermotor persendirian di dalam kawasan kampus mestilah didaftarkan atau mendapat kelulusan bertulis dari pihak Kolej Komuniti. b. Semua kenderaan bermotor yang digunakan di dalam kawasan kampus mestilah mempamerkan pelekat kenderaan yang sah yang dikeluarkan oleh pihak Kolej Komuniti.
25
c. Pihak kolej tidak bertanggungjawab ke atas kenderaan bermotor (termasuk topi keledar) yang rosak atau hilang di dalam kawasan kampus.
d. Semua kenderaan yang digunakan mestilah berada dalam keadaan yang baik dan selamat untuk digunakan.
e. Pelajar yang menggunakan kenderaan bemotor di dalam kawasan kampus perlu mematuhi peraturan berikut;
• Mempunyai lesan memandu, cukai jalan dan insuran yang sah. • Mematuhi had laju yang telah ditetapkan oleh pihak Kolej Komuniti
• Menggunakan kenderaan bermotor yang tidak mengeluarkan bunyi bising yang kuat atau yang telah diubahsuai.
• Memakai topi keledar semasa menunggang dan membonceng motosikal.
• Memakai tali pinggang keledar semasa memandu atau menumpang kenderaan. • Tidak dibenarkan membawa lebih daripada seorang pembonceng motosikal. • Meletakkan kenderaan bermotor di tempat yang telah diperuntukkan untuk
pelajar.
f. Pelajar lelaki tidak dibenarkan membawa pembonceng pelajar perempuan dan begitu juga sebaliknya.
g. Tidak dibenarkan menunggang atau memandu kenderaan di atas koridor/beranda /kaki lima/ halaman berkepung atau dalam bangunan.
h. Pelajar hendaklah mematuhi semua arahan dan tanda lalulintas yang terdapat di dalam kawasan kampus.
i. Pelajar hendaklah mematuhi semua peraturan dan undang-undang bertulis keselamatan jalan raya seperti yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan dan Polis.
3.1.16 Hal-Hal Lain
a. Pelajar TIDAK digalakkan terlibat dalam apa-apa pekerjaan, perniagaan, perdagangan atau aktiviti lain, sama ada sepenuh atau separuh masa, yang pada pendapat Pengarah Kolej Komuniti RTC Gopeng boleh menjejaskan pengajiannya. b. Pelajar Kolej Komuniti RTC Gopeng dikehendaki sentiasa menjaga nama baik dan imej
Kolej Komuniti RTC Gopeng sama ada di dalam atau di luar premis/kampus.
c. Pelajar digalakkan menggunakan peti cadangan yang disediakan untuk memberikan apa-apa cadangan atau maklumbalas mengenai kolej.
26
d. Pelajar juga tertakluk kepada peraturan-peraturan khas peperiksaan, bengkel, makmal, perpustakaan dan lain-lain yang telah dan akan dikeluarkan oleh Kolej Komuniti RTC Gopeng dari semasa ke semasa.
e. Adalah menjadi tanggungjawab pelajar untuk menjaga barang berharga peribadi seperti motosikal, beg duit, telefon bimbit dan sebagainya. Pihak Kolej Komuniti RTC Gopeng tidak akan bertanggungjawab di atas kerosakan atau kehilangan barang-barang tersebut.
f. Adalah menjadi tanggungjawab pelajar yang tinggal di rumah sewa berkelakuan baik, berhemah tinggi dan sentiasa memelihara suasana harmoni dan ketenteraman awam. g. Pelajar yang tinggal di rumah sewa juga tertakluk kepada peraturan dan
undang-undang pihak berkuasa tempatan/awam.
h. Pengarah Kolej Komuniti RTC Gopeng atau wakil kuasanya boleh dari semasa ke semasa membatal atau menambah mana-mana bahagian atau keseluruhan peraturan ini.
3.1.17 Pelanggaran Peraturan
Mana-mana pelajar yang melanggar mana-mana peruntukan peraturan ini boleh dikenakan tindakan secara pentadbiran sebagaimana yang ditentukan oleh Kolej Komuniti.
a. Hukuman Tatatertib
” Seseorang pelajar yang didapati bersalah atas sesuatu kesalahan tatatertib boleh dikenakan mana-mana satu daripada hukuman-hukuman yang berikut atau mana-mana dua atau lebih hukuman-hukuman itu disatukan sekali.
• Amaran
• Denda tidak lebih daripada lima ratus ringgit (RM 500.00)
• Penggantungan daripada menggunakan apa- apa atau kesemua kemudahan institusi selama tempoh yang ditentukan.
• Penggantungan daripada mengikuti kursus pengajian di institusi selama tempoh yang ditentukan,
• Penghalangan daripada menduduki sebahagian atau keseluruhan peperiksaan di institusi,
• Penyingkiran daripada mana-mana bahagian institusi selama tempoh yang ditentukan. • Pembuangan daripada institusi, oleh pihak berkuasa tatatertib”.
27
b. Hukuman Tatatertib Terus
“Pihak berkuasa tatatertib boleh, pada budi bicaranya, sebagai ganti mengambil tindakan tatatertib di bawah Bahagian V (Acara Tatatertib), mengenakan hukuman tatatertib terus, dengan amaran atau denda tidak melebihi lima puluh ringgit ke atas mana-mana pelajar yang melakukan kesalahan tatatertib di bawah perenggan 3(i), kaedah-kaedah 6, 21, 22, 23 dan 25 dengan kehadiran atau pendapat pihak berkuasa tatatertib.”
[Kaedah 26A (1), Akta 174]
“Pihak berkuasa tatatertib boleh, menurut budibicaranya, sebagai ganti mengambil mengambil tindakan tatatertib di bawah Bahagian V, mengenakan hukuman tatatertib terus, iaitu amaran atau denda, tidak lebih daripada satu ratus ringgit ke atas mana-mana pelajar yang melakukan suatu kesalahan tatatertib di bawah Bahagian ini di hadapan atau dalam penglibatan pihak berkuasa tatatertib.”
[Kaedah 47 (1), Akta 174] 3.2 AKTIVITI KOKURIKULUM & TESTIMONI
A. Aktiviti Kokurikulum
Aktiviti kokurikulum adalah aktiviti yang dijalankan semasa proses PdP di luar kelas. Setiap pelajar hendaklah mengikuti aktiviti kelab/persatuan/badan beruniform yang ditubuhkan di kolej komuniti.
a. Pelajar diwajibkan menyertai mana-mana kelab/persatuan yang dinyatakan dalam struktur program.
b. Setiap pelajar digalakkan menganggotai badan beruniform seperti Briged Sukarelawan Kolej Komuniti (BriSK) dan Pasukan Pelatih Institusi Pertahanan Awam Malaysia (PELATIH APM).
c. Unit Pembangunan Pelajar (UPP) hendaklah menyedia dan mengemaskini Rekod Aktiviti Ahli Kelab/Persatuan sepanjang pengajian di Kolej Komuniti.
d. Penyataan di atas perlulah dirujuk bersama Garis Panduan Pengurusan Hal Ehwal Pelajar Kolej Komuniti edisi terkini.
B. E-Testimoni
a. E-Testimoni adalah sijil perakuan penglibatan, sumbangan dan juga pencapaian seseorang pelajar semasa tempoh pengajian di Kolej Komuniti.
28
b. E-Testimoni hanya diberikan kepada pelajar yang memenuhi kriteria yang ditetapkan di Kolej Komuniti.
c. E-Testimoni akan dikeluarkan setelah Rekod Aktiviti Pelajar lengkap diisi dan mendapat pengesahan daripada Pegawai Pembangunan Pelajar (PPP).
3.3 REKOD KEHADIRAN & CUTI PELAJAR
Kehadiran pelajar untuk setiap kursus perlu direkodkan dalam Rekod Kehadiran kursus. a. Pelajar wajib menghadiri setiap sesi PdP tidak kurang 80% daripada jumlah jam
pertemuan bagi setiap kursus.
b. Bagi ketidakhadiran yang dirancang (contohnya, menghadiri aktiviti kolej komuniti), pelajar hendaklah mengisi Borang Permohonan Cuti Pelajar (Rujuk Lampiran 9.1) dengan mendapatkan perakuan daripada pihak yang berkenaan dan mengemukakan dokumen sokongan (surat arahan, atau mana-mana yang berkaitan). Permohonan hendaklah diajukan kepada pensyarah kursus berkenaan untuk kelulusan selewat-lewatnya tiga (3) hari sebelum tarikh ketidakhadiran tersebut.
c. Bagi ketidakhadiran yang tidak dirancang (contohnya, kematian ahli keluarga terdekat), pelajar hendaklah mengisi Borang Permohonan Cuti Pelajar dengan mengemukakan dokumen sokongan (sijil kematian atau mana-mana yang berkaitan). Permohonan hendaklah diajukan kepada pensyarah kursus berkenaan selewat-lewatnya tiga (3) hari selepas tarikh ketidakhadiran tersebut untuk kelulusan.
d. Tempoh maksimum bagi ketidakhadiran bersebab adalah lima (5) hari sepanjang semester.
e. Sekiranya pelajar mendapat sijil cuti sakit / surat kebenaran cuti, jumlah jam patut hadir tidak dikira dalam sesuatu kursus.
f. Pelajar yang tidak mencapai kehadiran 80% daripada jumlah jam pertemuan untuk setiap kursus tidak dibenarkan menduduki penilaian akhir (PA).
g. Pelajar akan diberikan:
• Surat Amaran (SA) sekiranya tidak hadir tanpa sebab-sebab tertentu yang dapat diterima oleh Kolej Komuniti RTC Gopeng melebihi 10% daripada jam pertemuan bagi kursus tersebut.
• Surat Tunjuk Sebab (STS) sekiranya tidak hadir tanpa sebab-sebab tertentu yang dapat diterima oleh Kolej Komuniti RTC Gopeng melebihi 20% daripada jam pertemuan bagi kursus tersebut.
• Pelajar yang menerima STS dikehendaki memberi surat / jawapan tunjuk sebab dalam masa tiga (3) hari bekerja bagi mengelakkan tindakan seperti para (f) diambil.
29
h. Salinan kedua-dua SA dan STS akan diserahkan kepada ibu / bapa / penjaga. Salinan juga akan diserahkan kepada Pegawai Pembangunan Pelajar (PPP).
i. Pensyarah kelas perlu menghantar senarai nama pelajar yang telah diputuskan tidak mencapai kehadiran 80% oleh Timbalan Pengarah (TPA)/Timbalan Pengarah (TP) kepada Unit Peperiksaan.
3.4 YURAN & BANTUAN KEWANGAN
i. Pelajar boleh mendapatkan bantuan kewangan daripada mana-mana penaja seperti KPT, PTPTN, Baitulmal, Yayasan Negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan sebagainya.
ii. Kelulusan bagi bantuan kewangan ini tertakluk kepada syarat dan peraturan penaja berkenaan. Pelajar hanya boleh memilih satu (1) penaja sahaja kecuali pemegang kad Orang Kelainan Upaya (OKU).
A. Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK)
i. Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK) adalah bantuan kewangan yang diberikan hanya kepada pelajar Kolej Komuniti RTC Gopeng yang layak.
ii. Bantuan ini hanya diberikan kepada pelajar SKK dalam mod sepenuh masa. B. Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN
i. Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) ini bertujuan membolehkan pelajar membiayai sepenuh atau sebahagian yuran pengajian dan kos sara hidup sepanjang tempoh pengajian.
ii. Pinjaman ini hanya ditawarkan kepada pelajar peringkat diploma sahaja mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh pihak PTPTN.
C. Bantuan Kewangan Jabatan Kemajuan Orang Asli
i. Bantuan kewangan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) merupakan bantuan yang disediakan hanya kepada pelajar orang asli di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT). ii. UPP bertanggungjawab memantau, mengemas kini dan melaporkan status pelajar
yang aktif dan berhenti berserta keputusan peperiksaan semasa kepada JAKOA bagi urusan pembiayaan pelajar yang layak.
30
i. Bantuan Kewangan Orang Kelainan Upaya (BKOKU) disediakan kepada pelajar yang memenuhi kriteria kelainan upaya yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
ii. BKOKU hanya ditawarkan kepada pelajar yang memenuhi syarat permohonan yang ditetapkan oleh KPT.
iii. Pelajar hendaklah mengemukakan permohonan melalui UPP mengikut format yang ditetapkan kepada Bahagian Biasiswa, KPT.
E. Pembiayaan dari Yayasan Negeri dan Penaja Lain
i. UPP bertanggungjawab mengiklan atau mengedarkan borang permohonan pembiayaan daripada penaja kepada pelajar yang berminat.
ii. UPP perlu sentiasa mengemaskini status berkenaan pembiayaan daripada pihak pemberi dana dari semasa ke semasa.
Penyataan di atas perlu dirujuk bersama Garis Panduan Pengurusan Hal Ehwal Pelajar Kolej Komuniti edisi terkini
3.5 PENANGGUHAN /PEMBERHENTIAN PENGAJIAN A. Penangguhan Pengajian
i. Pelajar boleh memohon untuk menangguh pengajian disebabkan masalah kesihatan dan sebab-sebab lain yang diluluskan oleh Kolej Komuniti.
ii. Permohonan penangguhan bagi pelajar yang mengalami masalah kesihatan boleh dikemukakan dengan menyertakan pengesahan/sokongan daripada Pegawai
Perubatan hospital kerajaan sahaja.
iii. Tempoh penangguhan tersebut tidak akan diambil kira dalam bilangan tempoh maksimum pengajian.
iv. Tempoh penangguhan selain daripada para (b) akan diambil kira dalam bilangan v. tempoh maksimum pengajian.
vi. Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Penangguhan Pengajian dalam tempoh yang ditetapkan.
vii. Sekiranya pelajar mempunyai penaja, salinan surat kelulusan penangguhan perlu dikemukakan kepada Unit Pembangunan Pelajar (UPP) Kolej Komuniti RTC Gopenguntuk dikemukakan kepada penaja.
viii. Pelajar yang telah diluluskan penangguhan pengajian tidak layak menggunakan a. sebarang kemudahan yang disediakan untuk pelajar oleh kolej komuniti.
31
ix. Penyataan di atas perlu dirujuk bersama Garis Panduan Pegawai Pengambilan Pelajar Kolej Komuniti edisi terkini.
B. Berhenti Pengajian
i. Pelajar boleh memohon untuk berhenti pengajian dengan mengemukakan permohonan menggunakan Borang Berhenti Pengajian dalam tempoh yang ditetapkan.
ii. Sekiranya pelajar mempunyai penaja, salinan surat kelulusan berhenti perlu dikemukakan kepada UPP untuk dikemukakan kepada penaja.
iii. Pelajar yang telah berhenti pengajian tidak layak menggunakan sebarang kemudahan iv. yang disediakan untuk pelajar oleh Kolej Komuniti.
v. Penyataan di atas perlu dirujuk bersama Garis Panduan Pegawai Pengambilan Pelajar Kolej Komuniti edisi terkini.
32
4.0 URUSAN LATIHAN INDUSTRI 4.1 Tempoh Latihan Industri
Tempoh LI memerlukan pelajar ditempatkan di industri yang bersesuaian untuk tempoh 1 semester (16 minggu / 24 minggu). Tempoh yang ditetapkan ini bagi memenuhi kriteria yang telah ditetapkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Agency – MQA).
4.2 Syarat Latihan Industri a. Syarat layak menjalani LI
•Pelajar perlu lulus semua kursus / modul; dan
•Bagi program Sijil Asas Kolej Komuniti, pelajar perlu lulus tapisan di peringkat kolej komuniti berdasarkan kriteria yang ditetapkan mengikut program.
b. Syarat lulus LI
•Menghadiri LI mengikut tempoh yang ditetapkan;
•Lulus penilaian LI daripada Penyelia Syarikat dan Pensyarah Penyelia berdasarkan kriteria penilaian yang telah ditetapkan;
•Melengkapkan dan menghantar Buku Laporan Harian LI; dan
•Sekiranya pelajar diberhentikan oleh majikan, pelajar tersebut akan dikira sebagai gagal dalam LI dan keputusan tidak boleh dipinda oleh Jawatankuasa Perhubungan dan LI Kolej Komuniti (JPLIKK).
4.3 Kredit dan Penilaian A. Kredit
LI membawa lapan (8) hingga 12 kredit mengikut keperluan program. Satu (1) bulan LI bersamaan dua (2) kredit. Kursus LI diambil kira dalam pengiraan jumlah kredit bergraduat tetapi tidak diambil kira dalam pengiraan HPNM.
B. Kriteria Penilaian Latihan Industri
33
Rajah 16: Kriteria Penilaian LI
Rajah 17: Gred Prestasi LI
Syarat minima bagi kelulusan LI adalah pada Gred D dengan nilai mata 1.00. Pelajar yang tidak mencapai kelulusan minima akan diberi keputusan gagal dan dikehendaki Mengulang Kursus (MK) LI pada semester berikutnya.
34
C. Proses Latihan Industri
Proses LI pelajar adalah merujuk kepada Rajah 16.
35
5.0 URUSAN PEPERIKSAAN 5.1 SISTEM GRED
a. Prestasi pelajar bagi sesuatu kursus akan dinyatakan dalam bentuk gred seperti Jadual 1.
MARKAH GRED NILAI MATA STATUS
90 – 100 A+ 4.00 Sangat Cemerlang 80 – 89 A 4.00 Cemerlang 75 – 79 A- 3.67 Kepujian 70 – 74 B+ 3.33 65 – 69 B 3.00 60 – 64 B- 2.67 Baik 55 – 59 C+ 2.33 50 – 54 C 2.00 47 – 49 C- 1.67 Lulus Bersyarat 44 – 46 D+ 1.33 40 – 43 D 1.00 0 – 39 F 0.00 Gagal Jadual 1
b. Pelajar yang mendapat Lulus Bersyarat (LB) perlu menebus kursus untuk mendapat HPNM bersamaan atau lebih 2.00 bagi tujuan penganugerahan sijil.
c. Pelajar yang tidak memenuhi keperluan penilaian dan peperiksaan dengan kebenaran atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan akan diberi gred TL (Tidak Lengkap).
d. Pelajar yang mendapat gred TL akan diberi gred baru setelah melengkapkan aktiviti penilaian dan peperiksaan yang diberikan dalam tempoh masa yang dibenarkan. e. Pelajar dibenarkan menebus gred (TG) sekali sahaja bagi kursus yang mendapat gred
Lulus Bersyarat untuk memastikan HPNM bersamaan atau lebih dari 2.00. f. Selain daripada gred tersebut, gred berikut juga digunakan:
TL (Tidak Lengkap).
o Gred ini diberikan kepada pelajar yang tidak dapat mengambil PA atau tidak dapat menyelesaikan Pentaksiran Berterusan(PB) sesuatu kursus kerana disahkan sakit atau alasan lain yang dibenarkan oleh kolej komuniti.
36
o Pelajar yang mendapat gred TL dikehendaki menduduki penilaian khas sebagai ganti PA semester atau menyiapkan kerja kursus berkenaan dalam tempoh yang ditetapkan.
o Pelajar yang mendapat gred TL akan diberi gred baru setelah melengkapkan aktiviti penilaian dan peperiksaan yang diberikan dalam tempoh yang dibenarkan.
Tarik Diri (TD)
o Gred ini diberi kepada pelajar yang menarik diri daripada sesuatu kursus yang didaftarnya.
g. Sistem penilaian Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi adalah berdasarkan kepada penilaian formatif dan sumatif prestasi pelajar di dalam sesuatu kursus dan diterjemahkan dalam bentuk Sistem Nilaian Mata.
h. Mengikut Sistem Nilaian Mata, skor atau mata bagi sesuatu kursus dibahagikan kepada beberapa kumpulan seperti di Jadual 1. Satu ukuran prestasi akan digunakan bagi menetapkan Purata Nilai Mata (PNM) atau “Grade Point Average” (GPA) dan juga “Cummulative Grade Point Average” (CGPA) di mana PNM dan HPNM dihitung seperti berikut:
i. Pengiraan PNM dan HPNM ditentukan mengikut kaedah seperti berikut:
5.2 STATUS PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR
a. Status pencapaian akademik pelajar ditentukan pada setiap semester / modul dengan menggunakan Purata Nilai Mata seperti dalam Jadual 2 berikut:
PENCAPAIAN STATUS AKADEMIK
3.67 - 4.00 Cemerlang
3.00 - < 3.67 Kepujian
2.00 - < 3.00 Baik
1.00 - < 2.00 Lulus Bersyarat
< 1.00 Gagal
PNM = Jumlah matakredit sesuatu semester Jumlah jam kredit sesuatu semester HPNM = Jumlah matakredit semua semester Jumlah jam kredit semua semester
37
b. Klasifikasi Status Keputusan Peperiksaan
c. TPA /TP boleh mencadangkan kepada Jawatankuasa Peperiksaan Kolej Komuniti Bagi pelajar yang mendapat PNM 1.00 - < 2.00 boleh:
meneruskan pengajian dengan mengambil tidak lebih daripada 13 kredit termasuk Mata Pelajaran Umum (MPU) pada semester berikutnya.
meneruskan pengajian dengan Tebus Gred (TG).
d. Pelajar yang mendapat status akademik LB sebanyak tiga (3) kali berturut-turut akan diberhentikan daripada pengajian program tersebut.
e. Memperbaiki pencapaian dan status akademik.
f. Pelajar diberi peluang memperbaiki gred kursus dengan syarat-syarat berikut:
BIL PNM HPNM STATUS TINDAKAN
1. LULUS (≥ 2.00) LULUS (≥ 2.00) Layak Naik Semester Seterusnya 2. LULUS BERSYARAT (LB) (≥ 1.00 – < 2.00) LULUS (≥ 2.00) Layak Naik Semester Seterusnya 3. LULUS (≥ 2.00) LULUS BERSYARAT (LB) (≥ 1.00 – < 2.00) Layak Naik Semester Seterusnya
Jam Kredit Maksima Yang Boleh Diambil Tetapi Tidak Melebihi 13 jam kredit. 4. LULUS BERSYARAT (LB) (≥ 1.00 – < 2.00 ) LULUS BERSYARAT (LB) (≥ 1.00 – < 2.00) Layak Naik Semester Seterusnya
Tidak Melebihi 13 Jam Kredit.
5. GAGAL (< 1.00) LULUS (≥ 2.00) Tidak Layak Naik
Semester Seterusnya
Mengulang Kursus Yang Gagal Sahaja.
6. GAGAL (< 1.00)
LULUS BERSYARAT (LB) (≥ 1.00 – <
2.00 )
Tidak Layak Naik Semester Seterusnya
Mengulang Kursus Yang Gagal Sahaja Dan Tidak Melebihi 13 Jam Kredit.
7. GAGAL (< 1.00) GAGAL (< 1.00) Tidak Layak Naik
Semester Seterusnya
Mengulang Semua Kursus Termasuk Kursus Yang Lulus Bersyarat.(Mengulang Semester)
38
Pembaikan gred hanya untuk kursus bergred “C-“ dan ke bawah dengan kebenaran TPA /TP jika kursus berkenaan ditawarkan pada semester berikutnya.
Pembaikan gred bagi sesuatu kursus hanya dibenarkan sekali sahaja kecuali kursus/ LA yang diperbaiki itu gagal.
Gred yang terkini akan menggantikan gred terdahulu dan diambil kira dalam pengiraan PNG dan PNGK.
Tempoh pengajian belum tamat. g. Pengumuman Keputusan Peperiksaan
Pegawai Peperiksaan akan mengumumkan keputusan peperiksaan bagi pihak
Jawatankuasa Peperiksaan Kolej Komuniti RTC Gopeng melalui hebahan elektronik sistem iStudent.
Slip keputusan peperiksaan boleh diperolehi di Unit Peperiksaan atau mencetak secara atas talian selepas pengumuman dibuat.
h. Rayuan Mengulang PB
Rayuan mengulang PB boleh dikemukakan dalam tempoh tujuh (7) hari selepas selesai aktiviti PB yang berkenaan.
i. Rayuan Keputusan Peperiksaan
Pelajar boleh membuat rayuan penyemakan semula skrip jawapan PA melalui TPA /TP dengan mengisi Borang Rayuan Semakan Semula Keputusan bagi mana-mana kursus dalam tempoh tujuh (7) hari selepas keputusan diumumkan atau mengikut tarikh yang ditetapkan oleh Kolej Komuniti.
Setiap rayuan hendaklah disertakan resit bayaran rayuan penyemakan.
Kadar bayaran rayuan penyemakan adalah sebanyak RM25.00 bagi setiap kursus. Semua pembayaran hendaklah dibuat dalam bentuk Kiriman Wang / Wang Pos atas nama Pengarah Kolej Komuniti.
5.3 PENGANUGERAHAN SIJIL KOLEJ KOMUNITI a. Anugerah Pengarah
Pelajar yang mendaftar semua kursus berdasarkan struktur program atau sekurang-sekurangnya 12 kredit dalam satu-satu semester dan mendapat PNM ≥ 3.67 akan memperolehi Anugerah Pengarah.
39
Catatan “Anugerah Pengarah” akan dipaparkan dalam slip keputusan pelajar. b. Sijil Kolej Komuniti (SKK)
Pelajar layak dianugerahkan Sijil atau Diploma Kolej Komuniti setelah syaratsyarat berikut dipenuhi:
o Telah lulus semua kursus / LA yang ditetapkan bagi setiap program; o Lulus LI
o PNGK ≥ 2.00;
o Tidak melebihi tempoh maksimum pengajian yang ditetapkan;
o Memenuhi syarat kemasukan program dan syarat-syarat lain yang ditetapkan; dan
o Diperakukan oleh Jawatankuasa Peperiksaan Pusat Kolej Komuniti. c. Pengeluaran transkrip
Transkrip pelajar dikeluarkan dalam tempoh 14 hari selepas pengumuman keputusan oleh Jawatankuasa Peperiksaan Pusat Kolej Komuniti.
5.4 SYARAT-SYARAT UNTUK MENDUDUKI PEPERIKSAAN
i. Pelajar hendaklah memenuhi syarat-syarat berikut sebelum dibenarkan menduduki sebarang peperiksaan:
a. Telah mendaftar semester / modul; b. Telah mendaftar kursus / LA;
c. Telah menghadiri 80% atau lebih jam pertemuan bagi jangka masa yang ditetapkan kecuali telah mendapat kebenaran Timbalan Pengarah Akademik (TPA) / Timbalan Pengarah (TP). Bagi pelajar yang sakit hendaklah mengemukakan Surat Akuan Doktor. Surat akuan doktor swasta adalah terhad kepada 2 hari berturut-turut dan tidak melebihi 8 hari setiap semester / modul; dan
d. Membawa kad pelajar dan slip menduduki peperiksaan. ii. Peratus kehadiran pelajar dikira seperti berikut:
% Kehadiran = Jumlah Hadir x 100 (Jumlah Patut Hadir)
40
5.5 KEHADIRAN SEMASA PEPERIKSAAN
i. Pelajar hendaklah hadir dan menduduki peperiksaan bagi mana-mana kursus / LA yang memerlukannya berbuat demikian kecuali:
a. Mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Pengarah Kolej Komuniti; atau b. Mempunyai alasan yang munasabah jika tidak hadir, dan pelajar itu hendaklah dengan seberapa segera memaklumkan secara bertulis kepada Pengarah Kolej Komuniti RTC Gopeng sebab ia tidak hadir dan mendapatkan kelulusan secara bertulis mengenainya.
ii. Pelajar yang ditahan daripada menduduki peperiksaan oleh Timbalan Pengarah Akademik (TPA) / Timbalan Pengarah (TP) boleh dimansuhkan keseluruhan markah penilaian bagi kursus / LA berkenaan.
iii. Pelajar yang tidak dapat menduduki peperiksaan akhir kerana disahkan sakit oleh Pegawai Perubatan hospital kerajaan; atau kematian ibu/bapa/penjaga/suami/ isteri/anak boleh diberikan peperiksaan khas dengan kelulusan Pengarah Kolej.
iv. Pelajar perlu mematuhi etika pemakaian yang ditetapkan oleh pihak Kolej Komuniti.
5.6 PELANGGARAN PERATURAN
5.6.1 Hukuman Melanggar Tatatertib Peperiksaan
Hukuman berikut diputuskan dan diperakui oleh Jawatankuasa Peperiksaan Kolej Komuniti.
i. Kes meniru, cubaan meniru atau memberi tiru dan kes-kes lainnya:
- DIMANSUHKAN keseluruhan penilaian pelajar bagi kursus / LA berkenaan. ii. Pemansuhan penilaian kursus / LA berkenaan bermakna gred yang telah diberi
kepada seseorang pelajar akan ditarik balik kerana didapati bersalah melanggar peraturan peperiksan ini. Pelajar tersebut akan diberi
Gred F (nilai mata = 0.00) 5.6.2 Rayuan Ke Atas Hukuman
Pelajar berhak mengemukakan rayuan melalui Pengarah Kolej Komuniti RTC Gopeng masing- masing untuk dipertimbangkan oleh Jawatankuasa Peperiksaan Pusat Kolej Komuniti RTC Gopeng dalam masa DUA (2) minggu dari tarikh surat hukuman.
SESI : ... MAKLUMAT PELAJAR TAMPAL GAMBAR DI SINI Nama
No. Pend. No. K.P.
Umur Jantina
Agama Bangsa
No. Tel (R) No. Tel (B)
Emel Facebook Alamat Surat Menyurat Alamat Rumah Sewa/Semasa (jika berbeza)
Status Perkahwinan Status OKU YA TIDAK
Penyakit Kronik
(Jika ada) Jenis OKU (Jika YA)
MAKLUMAT IBU/ BAPA/ PENJAGA/ WARIS
Nama Perhubungan
Pekerjaan Pendapatan RM
Alamat
No. Tel (R) No. Tel (B)
Nama Perhubungan
Pekerjaan Pendapatan RM
Alamat (jika berbeza)
No. Tel (R) No. Tel (B)
Bil. Tanggungan Ibu/ Bapa/ Penjaga ORANG
Pengesahan Pelajar :
Saya mengaku dan mengesahkan bahawa semua maklumat yang diberikan di atas adalah BENAR.
Tandatangan pelajar :
PENERAJU KOMUNITI BERILMU DAN BERKEMAHIRAN
Tel : 605-3571737 Faks : 605-3572098
Laman Web: kkrtcgopeng.mypolycc.edu.my/
Peti Surat 11, Kompleks RTC Perak, KM 16, Jalan Gopeng, Kawasan Perindustrian Gopeng 2, 31600 Gopeng,
PERAK.
BORANG PERMOHONAN CUTI PELAJAR
Timbalan Pengarah,
Kolej Komuniti RTC Gopeng,
Kementerian Pengajian Tinggi Tarikh:
Dengan segala hormatnya saya
... (No. Pendaftaran: ...) tidak menghadiri kuliah/ aktiviti Pembelajaran dan Pengajaran selama ... hari mulai ... hingga ... dengan sebab berikut:
…………... …………...
... Tarikh ... ( Tandatangan Pelajar )
Ulasan Pensyarah: Permohonan ini * Disokong / Tidak Disokong
... ...
... Tarikh : ... (Nama :)
Kelulusan TPA/TP:
Permohonan ini * diluluskan / tidak diluluskan dengan kehadiran tidak diambil kira.
... ...
...
( ) Tarikh : ... Timbalan Pengarah
Kolej Komuniti RTC Gopeng Kementerian Pengajian Tinggi
MAKLUMAT PELAJAR
Nama
No.K/P No. Telefon
No.Pend.
Alamat surat menyurat Program
Kod Prog
MAKLUMAT PENANGGUHAN PENGAJIAN
Penangguhan Ambilan:
Lapor Diri Semula Ambilan:
Sebab-sebab penangguhan pengajian.
(Sila sertakan surat/dokumen sokongan, jika ada)
Tarikh Tandatangan
Pelajar
PENGESAHAN IBUBAPA/PENJAGA
Tarikh Nama Tandatangan
ULASAN PENSYARAH KELAS / PENASIHAT AKADEMIK
Tarikh Tandatangan & Cop
ULASAN PEGAWAI / PENYELARAS PSIKOLOGI
Tarikh Tandatangan & Cop
SOKONGAN KETUA PROGRAM
Penangguhan pengajian DISOKONG / TIDAK DISOKONG
Permohonan pertukaran PROGRAM DILULUSKAN/ TIDAK DILULUSKAN
Tarikh Tandatangan & Cop
UNTUK TINDAKAN PEGAWAI PENGAMBILAN
Maklumat telah dimasukkan ke dalam pangkalan data
MAKLUMAT PELAJAR
Nama
No.K/P No. Telefon
No.Pend. Alamat surat menyurat Program Kod Prog
MAKLUMAT PENANGGUHAN PENGAJIAN
Penangguhan Ambilan:
Lapor Diri Semula Ambilan:
Sebab-sebab penangguhan pengajian. (Sila sertakan surat/dokumen sokongan, jika ada)
ULASAN PENSYARAH KELAS / PENASIHAT AKADEMIK
Tarikh Tandatangan & Cop
SOKONGAN KETUA PROGRAM
Penangguhan pengajian DISOKONG / TIDAK DISOKONG
Tarikh Tandatangan & Cop
KELULUSAN PENGARAH / TIMBALAN PENGARAH / TIMBALAN PENGARAH AKADEMIK KOLEJ KOMUNITI
Penangguhan pengajian DILULUSKAN / TIDAK DILULUSKAN
Tarikh Tandatangan & Cop
TINDAKAN PEGAWAI PENGAMBILAN
Maklumat telah dimasukkan ke dalam pangkalan data
Tarikh Tandatangan & Cop
Kesihatan
Masalah Kewangan
MAKLUMAT PELAJAR
Nama
No.K/P Semester/ modul
No.Pend. Alamat surat menyurat
Program
No. Telefon
MAKLUMAT PENANGGUHAN PENGAJIAN
Penangguhan Ambilan:
Lapor Diri Semula Ambilan:
Sebab-sebab penangguhan pengajian. (sila sertakan surat / dokumen sokongan, jika ada)
Tarikh Tandatangan
pemohon
ULASAN PEGAWAI PERHUBUNGAN DAN LATIHAN INDUSTRI
(Bagi pelajar sedang menjalani latihan industri)
(Sila sertakan lampiran sekiranya ruangan ini tidak mencukupi)
Tarikh Tandatangan & Cop
ULASAN PEGAWAI PEMBANGUNAN PELAJAR
(Sila sertakan lampiran sekiranya ruangan ini tidak mencukupi)
Kesihatan/ Disiplin Tatatertib/ Kes/ Polis Bantuan
Kewangan Ulasan
Tarikh Tandatangan & Cop Kesihatan
Masalah Kewangan
Tarikh Tandatangan & Cop
KELULUSAN PENGARAH / TIMBALAN PENGARAH / TIMBALAN PENGARAH AKADEMIK KOLEJ KOMUNITI
Permohonan penangguhan pengajian DILULUSKAN/ TIDAK DILULUSKAN
Tarikh Tandatangan & Cop
UNTUK TINDAKAN PEGAWAI PENGAMBILAN
Maklumat telah dimasukkan ke dalam pangkalan data
Tarikh Tandatangan & Cop
s.k.
1. Unit Pembangunan Pelajar 2. Unit Latihan Industri 3. Unit Peperiksaan
BORANG BERHENTI PENGAJIAN MAKLUMAT PELAJAR Nama No.K/P No.Pendaftaran Alamat Surat Menyurat No.Telefon Program
SEBAB-SEBAB MEMOHON BERHENTI PENGAJIAN
Kesihatan
Masalah Kewangan
Lain-lain (Nyatakan :………
Tarikh Tandatangan pemohon
PENGESAHAN IBUBAPA/PENJAGA
Tarikh Nama ibubapa /
penjaga Tandatangan
ULASAN PENSYARAH KELAS / PENASIHAT AKADEMIK
Tarikh Tandatangan & Cop
ULASAN PEGAWAI / PENYELARAS PSIKOLOGI
Tarikh Tandatangan & Cop
SOKONGAN KETUA PROGRAM
Penangguhan pengajian DISOKONG / TIDAK DISOKONG
Tarikh Tandatangan & Cop
UNTUK TINDAKAN PEGAWAI PENGAMBILAN
Maklumat telah dimasukkan ke dalam pangkalan data