• Tidak ada hasil yang ditemukan

Konsep Marifah Menurut Ahli Kalam dan Su

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Konsep Marifah Menurut Ahli Kalam dan Su"

Copied!
6
0
0

Teks penuh

(1)

1.1 PENGENALAN

Mengenal Allah merupakan suatu hal yang sangat penting dalam kehidupan setiap insan. Dengan mengenal Allah, seseorang akan lebih dapat mengenali dirinya sendiri. Dengan mengenal Allah, seseorang juga akan dapat memahami menegenai hakikat kewujudannya di dunia ini; untuk apa ia diciptakan, kemana arah dan tujuan hidupnya, serta tanggung jawab yang dipikulnya sebagai seorang insan di muka bumi. Dengan lebih mengenal Allah, seseorang itu juga akan memiliki keyakinan, hanya Allah lah yang Maha Pencipta, Maha Penguasa, Maha Pemelihara, Maha Pengatur dan lain sebagainya.

Sehinggakan seseorang yang mengenal Allah, seakan-akan ia sedang berjalan pada sebuah jalan yang terang, jelas dan lurus. Sebaliknya, tanpa pengenalan terhadap Allah, manusia akan dilanda kegelisahan dalam setiap langkah yang dilaluinya. Ia tidak akan dapat memahami hakikat kehidupannya, dari mana asal usulnya, kemana arah tujuannya dan lain sebagainya. Seakan akan ia sedang berjalan di sebuah jalan yang gelap dan tidak

berkesudahan. Inilah yang dinamakan sebagai Ma’rifah.

2.1 PERBAHASAN MENGENAI MA’RIFAH

2.1. 1 DEFINISI DAN TUJUAN MA’RIFAH

Secara etimologi, perkataan ma’rifah berasal dari kalimah arafa, ya’rifu, irfan, ma’rifah yang bermaksud pengetahuan atau pengalaman (IAIN Sumatera Utara, 1984). Dan dapat pula berarti pengetahuan tentang rahasia hakikat agama, yaitu ilmu yang lebih tinggi daripada ilmu yang biasa didapati oleh orang-orang pada umumnya (Jamil Saliba, 1979). Menurut Imam Al-Qusyairy pula, Ma’rifah memberikan ketenangan jiwa sebagaimana ilmu

pengetahuan memberikam ketenangan di dalam pemikiran. Barangsiapa yang meningkatkan ma’rifatnya, maka meningkat pula ketenangan hatinya (Mustofa, 1997).

(2)

2.2. JALAN UNTUK MENCAPAI MA’RIFAH

Jalan yang dapat digunakan untuk ma’rifat telah ada dalam diri manusia, iaitu qalb (hati). Bezanya qalb dengan akal ialah akal tidak mampu untuk memperoleh ilmu pengetahuan yang sebenarnya tentang Tuhan, sedangkan qalb boleh merungkai hakikat dari segala yang ada, dan jika dilimpahi cahaya Tuhan, mampu untuk mengetahui rahsiaNya (ibid).

Proses mencapainya qalb pada cahaya Tuhan ini ada hubungkaitnya dengan konsep takhalli, tahalli, dan tajalli. Takhalli bermaksud menjauhkan diri dari akhlak yang tercela dan perbuatan manusia melalui taubat. Tahalli pula bermaksud menghiasi diri dengan akhlak yang mulia melalui amal ibadah. Sedangkan tajalli adalah terbukanya hijab, sehingga menampakkan kekuasaan Tuhan (Mustafa Zahri, 1997). Bagi orang yang sudah mencapai Ma’rifah, dia sudah memperolehi hubungan secara langsung dengan sumber ilmu iaitu Allah. Dengan hati yang telah dilimpahi cahaya, dia diibaratkan seperti orang yang memiliki satelit yang mendapatkan langsung pengetahuan dari Allah SWT.

2.3. TOKOH YANG MENGEMBANGKAN MA’RIFAH

Sejarah mencatatkan dua orang tokoh yang memperkenalkan konsep ma’rifah ini, iaitu Al-Ghazali dan Zun al-Nun al-Misri. Al-Al-Ghazali; ataupun nama lengkapnya Abu Hamid Muhammad al-Ghazali lahir pada tahun 1059M di Ghazaleh; satu kota kecil terletak di berhampiran dengan Tus di Khurasan. Beliau pernah berguru bersama Imam Haramain al-Juwaini, Guru Besar di Madrasah al-Nizamiah Nisyafur. Setelah mempelajari ilmu agama, Al-Ghazali turut mempelajari bidang ilmu yang lain seperti teologi, sains, falsafah dan sebagainya, namun akhirnya beliau memilih tasawuf sebagai jalan hidup. Setelah

mengembara sebagai sufi selama beberapa tahun, beliau kembali ke Tus sekitar tahun 1105 M dan meninggal dunia di sana pada tahun 1111 M (Harun Nasution, 1983).

(3)

3.1 PERBEZAAN MA’RIFAH

3.1. MENURUT PANDANGAN AHLI SUFI

Menurut kata-kata ahli sufi, antara kaedah untuk mencapai ma’rifah adalah dengan membuka mata hati. Kalau mata yang ada di dalam hati sanubari manusia terbuka, maka penglihatan zahirnya tertutup, dan ketika itu yang dilihatnya hanyalah Allah. Mereka juga mendakwa bahawa ma’rifah adalah cermin. Apabila seorang yang arif melihat ke arah cermin maka apa yang dilihatnya hanyalah Allah.

Selain itu, mereka juga mengatakan bahawa orang-orang yang arif baik di waktu tidur dan bangunnya yang dilihat hanyalah Allah. Seterusnya, mereka memberikan analogi

seandainya ma’rifah itu bersifat materialistik, maka semua orang yang melihatnya akan mati kerana tidak tahan melihat kecantikan serta keindahannya. Dan semua cahaya akan menjadi gelap di samping cahaya keindahan yang gilang-gemilang (Nasution, 1983).

Rabi’ah al-Adawiyah, seorang tokoh sufi ketika hayatnya pernah ditanya: “apakah engkau melihat Tuhan yang kau sembah?” maka Rabi’ah menjawab: “Jika aku tidak melihat-Nya, maka aku tidak akan menyembah-Nya”. Rabi’ah sendiri berkata: “Buah dari ilmu ruhani adalah agar engkau palingkan mukamu dari makhluk agar engkau dapat memusatkan

perhatianmu hanya kepada Allah saja, kerana Ma’rifat itu mengenal Allah dengan sebaik-baiknya” (Zahiruddin Zabidi, 2010).

Al-Muhasibi, yang mana juga seorang ilmuan sufi sangat berhati-hati dalam

menjelaskan agama, dan tidak mendalami pengertian batin agama yang dapat mengaburkan pengertian lalu menyebabkan keraguan.al-Muhasibi mengatakan bahwa Ma’rifat harus ditempuh dengan tasawuf yang berlandaskan Assunah (Nasution). Beliau telah

membahagikan ma’rifah kepada empat tahap seperti berikut:

a) Taat: Kecintaan pertama kepada Allah adalah ketaatan, iaitu. Kecintaan pada Allah hanya dapat dibuktikan dengan pengabdian, bukan sekadar pengungkapan cinta semata.

(4)

hati dengan sinar. Kemudian sinar ini melimpah pada lidah dan anggota tubuh lainnya.

c) Perlakuan tubuh badan yang telah disinari oleh cahaya yang memenuhi hati merupakan tahap ma’rifah selajutnya. Tuhan menyingkapkan khazanah-khazanah terhadap orang yang telah menempuh kedua tahap diatas.

d) Tercapainya “fana” yang menyebabkan “baqa” (Ahmad Bahjat, 1999).

Zunnun Al-Misri berpendapat bahawa pengetahuan tentang Tuhan itu terbahagi kepada tiga iaitu pengetahuan awam, pengetahuan ulama dan seterusnya pengetahuan sufi. Pengetahuan awam bermaksud mengakui penyaksian bahawasanya Allah itu satu dengan perantara ucapan syahadat. Pengetahuan ulama pula bermaksud memberi penjelasan bahwa Tuhan satu menurut logik akal. Manakala pengetahuan sufi pula bermaksud memberi penjelasan bahawa Tuhan itu satu dengan perantaraan hati sanubari.

Menurut beliau, pengetahuan awam dan ulama belum dapat memberikan pengetahuan hakiki tentang Tuhan. Akan tetapi pengetahuan yang disebut ma’rifah adalah pengetahuan sufi. Ia dapat mengetahui hakikat Tuhan. Ma’rifah hanya dapat diperoleh pada kaum sufi yang sanggup melihat Tuhan melalui hati sanubarinya. Untuk memperoleh “ma’rifah” tentang Tuhan, Zunnun.Al-Misri mengatakan: “aku mengetahui Tuhan dengan Tuhan dan sekiranya tidak kerana Tuhan aku tak akan tahu Tuhan” (ibid). Pernyataan di atas

menggambarkan bahawa ma’rifah tidak diperoleh dengan begitu saja, akan tetapi ma’rifah adalah pemberian dari Tuhan. Ma’rifah bukanlah hasil pemikiran manusia tetapi bergantung kepada kehendak dan rahmat Tuhan. Ma’rifah adalah rahmat Tuhan kepada sufi yang sanggup menerimanya (Syihabuddin Omar, 1997).

3.2. MENURUT PANDANGAN AHLI KALAM

(5)

sia-sia sahaja pendidikan, luasnya pengetahuan serta pangkat yang ada bila semuanya tidak mendekatkan kita kepada Allah.

Kita wajib akui bahawa manusia di dunia ini bagaikantitik noktah di antara semua makhluk Allah. Namun, disebalik penciptaan manusia yang serba kekurangan tersembunyi rahsia kemuliaan Ilahi yang menjadikan kita manusia sebagai khalifah di muka bumi, lengkap dengan segala hak dan kewajipannya. Dengan kekuatan akalnya, manusia diberi kekuasaan oleh Allah SWT untuk menentukan pilihan-pilihan dalam usaha menjadi pemimpin yang berkualiti. Ini menunjukkan diciptakan manusia sebagai khalifah adalah ibarat seorang hamba yang dipercayakan untuk mengelola dan memelihara keserasian hidup di muka bumi. Demi memenuhi amanah tersebut hamba itu wajib berdisiplin dalam membuat laporan dan meminta petunjuk juga wajib memenuhi perintah dan menghindari setiap larangan dari tuannya.

Ciri-ciri orang yang ma'rifat adalah laa khaufun 'alaihim wa lahum yahzanuun, yang mana tidak merasa takut dan sedih dengan urusan duniawi. Oleh sebab itulah tahap ma'rifat kita dapat diukur secara individu. Bila mana kita selalu cemas dan takut kehilangan dunia, itu tandanya kita belum ma'rifat. Sebab, orang yang ma'rifat itu susah senangnya tidak diukur dari urusan kebendaan. Susah dan senang hidupnya diukur dari jaraknya dengan Allah. Maka refleksi diri kita, bagaimana kita dapat jadikan aktiviti harian mendekatkan diri serta taat kepada Allah (Abuddin Nata, 1996). Selain itu, diantara ciri-ciri orang yang ma'rifatullah adalah selalu menjaga kualiti ibadah. Dengan terjaganya ibadah akan mendatangkan tujuh keuntungan hidup iaitu hidup selalu berada di jalan yang benar, memiliki kekuatan untuk menghadapi pancaroba kehidupan, Allah akan memberikan ketenangan hidup, senantiasa bersikap optimis, dapat mengawal diri dari maksiat serta punya kemampuan untuk bertaubat, selalu ada dalam bimbingan dan pertolongan Allah, dan yang terakhir akan sentiasa yakin dan tepat dalam setiap keputusan (ibid).

4.1 KESIMPULAN

(6)

5.1 RUJUKAN

IAIN Sumatera Utara, Pengantar Ilmu Tasawuf, (Sumatera Utara,1983/1984), hlm.122. Jamil Saliba, Mu’jam al-Falsafi, Jilid II, (Beirut: Dar al-Kitab, 1979), hlm .72.

Mustofa, H.A. Akhlak Tasawuf, (Bandung: Pustaka Setia, 1997), hlm. 251.

Al-Kalabazi, al-Ta’arruf li Mazhab ahl al-Tasawwuf, (Mesir: Dar al-Qahirah, t.t.), hlm. 158-159.

Harun Nasution, Falsafah dan Mistisisme dalam Islam, (Jakarta: Bulan Bintang, 1983), cet.III, hlm.75.

Mustafa Zahri, Kunci Memahami Ilmu Tasawuf, (Surabaya: Bina Ilmu, 1995), cet.I, hlm.246. Hamka, Tasawuf Perkembangan dan Pemurniannya, (Jakarta: Pustaka Panjimas, 1984), cet. XI, hlm. 100.

Syihabuddin Umar, Awarif al-Ma’arif. (Bandung: Pustaka Hidayah, 1998), h. 107

Zahiruddin Zabidi. 2010. Rabiatul Adawiyyah: Perindu Pencinta Abadi. Kuala Lumpur: PTS Litera Sdn Bhd

Nasution, Harun, Islam Ditinjau dari Berbagai Aspeknya, Jilid II, Jakarta: Penerbit Universitas Indonesia, 2009, Cet. 5

Referensi

Dokumen terkait

✓ Melalui zoom guru memberi salam, mengecek keadaan peserta didik, dan mengkondisikan suasana belajar yang menyenangkan. ✓ Guru mengajak peserta didik berdoa untuk

Dengan metode ini perusahaan dapat menentukan besarnya persediaan simpanan (safety stock), pemesanan kembali (Reorder Point) untuk menghindari resiko kehabisan bahan

Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui apakah terdapat pengaruh pemberian metode resitasi terhadap kreativitas dan hasil belajar peserta didik fisika yang

ubudiyahnya kepada Allah subhanahu.. wa ta’ala membebaskannya dari kufur dan syirik. Inilah amal yang utama dan selainnya berada di bawahnya dalam keutamaan di sisi Allah

Gambar 1 Persentase penyakit hati yang diderita oleh subjek penelitian Total subjek dalam penelitian ini adalah seba- nyak 52 pasien dan hasil analisis data

Representasi model-model tersebut dapat membantu analisis dan pengamatan untuk mengambil asumsi-asumsi hasil kerja ANFIS seperti memahami dan membuat keputusan

masing-masing bagian merupakan salah satu usaha perusahaan dalam mengendalikan biaya, karena apabila ada biaya yang berlebihan maka kepala produksi atau kepala

Biji berbentuk bulat oval berwarna hitam dan pada umumya memiliki kulit biji yang tebal sehingga perbanyakan melalui biji dapat dilakukan dengan perlakuan benih melalui