• Tidak ada hasil yang ditemukan

Etika Hidupan Liar dan Kesedaran tentang

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Etika Hidupan Liar dan Kesedaran tentang"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

Etika Hidupan Liar dan Kesedaran tentang pemuliharaan

Hidupan Liar di Malaysia.

(Wildlife Ethics and The Attitude Toward Wildlife Conservation

In Malaysia.)

DISEDIAKAN

OLEH;-SHAH JAHAN BIN ASSANARKUTTY

Jabatan Sains Dan Teknologi

Fakulti Sains

Universiti Malaya

KERTAS CADANGAN

(2)

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

1.1 Pengenalan

3

1.2 Penyataan Masalah

4

1.3 Tujuan Kajian

4

1.4 Objektif kajian

5

1.5 Signifikan Kajian

6

1.6 Limitasi Kajian

6

1.7 Tinjauan Literatur

7

1.8 Metadologi kajian

8

1.9 Analisis data

12

Rujukan

(3)

KERTAS CADANGAN

Etika Hidupan Liar dan Kesedaran tentang pemuliharaan Hidupan Liar di Malaysia.

(Wildlife Ethics and The Attitude Toward Wildlife Conservation In Malaysia.)

1.1 Pengenalan

Kepupusan hidupan liar merupakan salah satu masalah akibat dari kurangnya pengetahuan tentang kepentingan hidupan liar dan pembangunan kawasan hutan untuk tujuan pembalakkan dan pertanian dalam skala yang besar yang mana mangakibatkan kemusnahan dan ancaman pada habitat hidupan liar. Kemusnahan hidupan liar dan biodiversity ini merupakan suatu kerugian yang besar kepada negara. Kesan dari pembangunan dan kemusnahan ini telah menjadikan kawasan atau ruang habitat hidupan liar menjadi semakin sempit. Akibat dari itu hidupan liar mula memasuki kawasan yang didominasi oleh manusia dan ini menimbulkan konflik diantara manusia dan hidupan liar. Maka dari itu satu langkah yang wajar adalah diperlukan untuk membendung kemusnahan hidupan liar ini daripada diancam oleh manusia. Pendidikan mengenai kehidupan liar dan etika terhadap hidupan liar yang mantap adalah amat penting dalam usaha untuk memulihara hidupan liar ini dalam bentuk yang mampan(sustainable).

(4)

pelajar sekolah di Malaysia serta mengenalpasti faktor-faktor yang boleh meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pemuliharan alam sekitar.

Proses ke arah pemuliharaan haiwan liar memerlukan penelitian yang tinggi. Hasil dari kajian diharapkan dapat memberi input kepada pengubal dasar kurikulum dan badan-badan NGO yang terlibat dalam pemuliharan hidupan liar mengenai pendekatan yang perlu di aplikasi untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan pemuliharan hidupan liar.

1.2 Penyataan Masalah

Kurang pengetahuan mengenai nilai hidupan liar dan pemuliharaan hidupan liar merupakan masalah utama dalam menangani isu kepupusan hidupan liar di Malaysia mahupun di tempat lain.

Tahap kesedaran mengenai pemuliharaan hidupan liar adalah amat kurang di kalangan masyarakat Malaysia. Kenyataan ini adalah berdasarkan kepada pengalaman dalam berinterasi dengan pelajar dan pendidik yang mana ramai dari golongan ini tidak tahu mengenai haiwan yang terancam (endangered spesies) dan nama haiwan yang menjadi endemik (endemic) di Malaysia .

1.3 Tujuan kajian

(5)

adakah terdapat hubungan antara jenis sekolah yang di hadiri oleh pelajar dengan etika terhadap hidupan liar.ekolah rendah.

Rasional disebalik pemilihan pelajar pada peringkat umur 7 tahun hingga 17 tahun ialah untuk melihay perkembangan pengetahuan pelajar dan tahap kesedaran mengenai pemuloharaan hidupan liar.

Kajian ini juga akan memperincikan bagaimana latar belakang keluarga, pengalaman lepas dengan haiwan, tempat asal samada luar bandar atau bandar dalam mempengaruhi sikap terhadap haiwan dan kesedaran mengenai kepentingan pemuliharan hidupan liar.

1.4 Objektif Kajian

Objektif dilihat dari perspektif umum dan khusus

1.4.1 Objektif Umum :

1. Mengenalpasti sikap pelajar terhadap hidupan liar dan kaedah pendidikan yang berkesan dalam meningkatkan pengetahuan dan kesedaran mengenai pemuliharaan hidupan liar di Malaysia.

1.4.2 Objektif Khusus :

1. Membandingkan sikap pelajar terhadap haiwan berdasarkan pengetahuan lampau,umur,jantina,taraf kehidupan dan tempat asal . 2. Mengkaji kaitan antara sikap pelajar terhadap haiwan liar dengan

kesedaran mengenai kepentingan pemuliharaan hidupan liar.

3. Mengenalpasti kaedah pendidikan yang sesuai dalam menimbulkan minat pelajar terhadap hidupan liar dan pemuliharaan.

(6)

1.5 Signifikan kajian

Kajian ini adalah penting kerana ia dapat ekstrak komponen pendidikan alam sekitar yang positif dalam melahirkan insan yang peka terhadap pemuliharaan hidupan liar.

1.6 Limitasi kajian

Kajian adalah terbatas berdasarkan kepada tiga aspek utama iaitu lokasi kajian, responden dan spesies haiwan liar yang dikaitkan dalam pembinaan instrumen untuk melihat pengetahuan pelajar.

1.7 Tinjauan Litreratur

Pendidikan alam sekitar membolehkan pelajar memahami kepentingan memasukkan haiwan sebagai satu satu aspek penilitian dalam mereka melihat alam ini. Menurut Morgan & Graman (1989), pendidikan mengenai kehidupan liar dapat memberi kesan positif dari segi pengetahuan , sikap, kesedaran dan tindakan seseorang terhadap kehidupan liar.

Attitude ataupaun sikap adalah suatu perkara yang melibatkan perasaan dan kepercayaan. Menurut La hart,1978,kedua-dua komponen ini iaitu perasaan dan kepercayaan adalah penting dalam membuat keputusan(decision making). Dari pandangan beliau kita dapat simpulkan bahwa kedua-dua komponen ini penting dalam persepsi seseorang mengenai alam sekitar mahupun kehidupan liar secara khususnya.

(7)

sesuatu kawasan kompnen hidupan liar yang ada dalam juga akan di ambil kira sebelum pelaksanaan sesuatu projek.

Suatu pendekatan mengenai proses pembelalajaran kanak-kanak sekolah mengenai kehidupan liar ini dapat menentukan sejauh mana pendidkan alam sekitar yang dijalakan dapat menghasilkan pelajar yang mempunyai sikap dan perassan yang baik terhadap kehidupan liar.

Kajian yang dijalankan oleh Westervelt dan llwellyn(1985), menujukkan responden yang terlibat dengan organisasi pencinta alam dan kehidupan liar serta yang suka menonton program televisyen yang berkaitan dengan haiwan mempunyai pengetahuan yang lebih mendalam mengenai haiwan liar berbanding golongan responden lain.Ini mungkin mununjukkan bahwa proses pembelajaran mengenai hidupan liar dalam habitatnya memberikan skor tahap pengetahuan mengenai hidupan liar lebih tinggi berbanding dengan pembelajaran mengenai hawain dalam bilik darjah atau eksperimen di makmal.

Shivers ( 1989 ) pula menyatakan bahawa pendidikan luar mengenai alam sekitar telah pun dijalankan sejak zaman kuno lagi, yang banyak melibatkan alam semula jadi. Penglibatan manusia dengan alam semula jadi tidak dapat dielakkan. Dalam proses pembelajaran melalui pendidikan luar, manusia mempelajari tentang alam semula jadi dan menghormati serta menyesuaikan diri demi mendapat kebaikan daripada aspek pembelajaran melalui pengalaman.

(8)

1.8 Metadologi kajian

1.8.1 Lokasi kajian

Kajain mengenai tahap kesedaran mengenai pemuliharaan hidupan liar dikalangan pelajar sekolah berdasarkan pengetahuan sedia ada akan di adakan di sekolah masing-masing.

Sekolah yang akan dipilih untuk kajian ini ialah di Jerantut Pahang dan Grik,Perak.Sekolah dipilh berdasarkan kedudukan sekolah berkenaan berdekataan dengan taman Negara Pahang dan Hutan Simpan Belum di Perak.pemilihan ini adaah penting kerana responden yang akan di kaji di kedua-dua kawasan ini sudah tentu mempunyai pengalam denganhidupan liar secara langsung atau tidak langsung.

1.8.2 Subjek Kajian

Responden dalam kajian ini terdiri daripada pelajar sekolah menengah dan pelajar kolej matrikulasi yang melibatkan pelajar dari kawasan luar bandar dan bandar.Manakala dari segi jantina pula, melibatkan pelajar lelaki dan perempuan .

1.8.3 Perolehan Data

Dalam kajian ini terdapat dua (2) bentuk kaedah pengumpulan data yang akan digunakan. Kaedah pengumpulan data itu ialah kaedah kualititatif dan juga kaedah kauntitatif. Kaedah yang akan diguanakn untuk memungut data adalah dengan dengan mentadbir soal selidik dan menjalankan temubual secara separa berstruktur.Kajian terdiri daripada jenis reka bentuk korelasi.Menurut Majid Konting(1990) ,kajian korelasi memberi penekanan kepada penentu sejauh mana pembolehubah dalam satu faktor seimbang dengan pembolehubah-pembolehubah dalam satu atau lebih faktor yang lain.

(9)

pembolehubah dan tidak menentukan jiuka pembolehubah A menyebabkan pembolehubah B.Reka bentuk ex-post facto jenis korelasi dipilih sebagai reka bentuk yang paling sesuai didalam kajian ini berdasarkan rasional yang telah diperjelas.Ia di gunakan untuk menentukan hubungan di antara pembolehubah bersandar iaitu sikap pelajar terhadap haiwan dengan pembolehubah tak bersandar iaitu pengetahuan yang diterima.

Instrumen kajian adalah terdiri daripada soal selidik dan bahan rangsang untuk melihat sikap pelajar terhadap hidupan liar dalam bentuk gambar atau lukisan..

a)Soal selidik

Dalam kajian ini, bentuk soal selidik berstruktur dan juga soal selidik tidak berstruktur akan dijadikan asas pembinaan soal selidik dalam kajian ini. Soal selidik berstruktur adalah bentuk soalan yang mudah sekali difahami dan mudah dijawab oleh responden. Responden hanya perlu menandakan jawapan yang disediakan dalam borang soal selidik. Manakala soal selidik tidak berstuktur pula adalah borang soal selidik yang jelas maksudnya dan responden mempunyai jawapan mengikut pemahaman dan juga pendapat masing-masing.

Soal selidik akan di tadbirkan kepada pelajar-pelajar di sekolah-sekolah menengah bandar dan luar bandar yang terpilih.

Borang soal selidik ini terdiri daripada tiga bahagian utama.

(10)

Bahagian B, berhubungkait dengan sikap pelajar terhadap haiwan domestik dan haiwan liar. Item-item ini disediakan dengan menggunakan skala likert 5 – poin.

Bahagian C, berkaitan dengan pemahaman pelajar terhadap hidupan liar terutama haiwan yang endemik di Malaysia.

Bahagian D, berkaitan dengan pengetahuan pelajar terhadap usaha pemuliharan haiwan liar.

b) Temubual

Instrumen temua bual akan cuba mendapatkan maklumat mengenai persepsi dan sikap pelajar terhadap hidupan liar . Temubual ini adalah untuk mengetahui lebih mendalam permasalahan kajian yang dijalankan yang mana merupakan salah satu kaedah kaulitatif. Dalam kajian ini, kaedah ini akan dilakukan ketika mendapatkan maklumat dari responden terutamanya dari pihak pengurusan pusat pemuliharan dan guru-guru yang terlibat dalam pengajaran bidang berkaitan alam sekitar dan hidupan liar. Penggunaan kaedah ini boleh membina hubungan yang baik dengan responden dan seterusnya responden tidak ragu-ragu untuk memberikan jawapan malahan juga memberikan idea-idea yang mungkin dapat membantu memantapkan lagi kajian ini.

1.9 Analisis Data

(11)
(12)

2.0 Anggaran Perbelanjaan;

Alat-Alat Kelengkapan. Perakam Suara untuk tujuan temuduga. RM 400.00

Kertas dan peralatan tulis. RM 500.00

Perjalanan untuk medapat maklumat asas kajian.

Ke pusat pendidikan alam sekitar di FRIM Sungai Buluh.

Ke Pusat pemuliharaan Gajah di Kuala Gandah Pahang.

Menghadiri program Menyertai program “Raptor Watch2007” di Tg Tuan Port Dickson melaka. kertas di 4th Inernational

Conference on Environmental Education

Kos pergi balik dari Kuala Lumpur ke Ahmadabad India pergi dan balik serta penghinapan dan sara diri.

RM 5000.00

Menghadiri ,International Conference on Teaching and Learning (ICTL 2007) di Puta Jaya..

hasil kajian dalam journal. RM 1000.00

Penghinapan. 1 bilik @ RM 60.00/malam X 20 malam RM 1200.00

Elaun Makan 20 X Rm20.00 RM 400.00

Percetakan(Soal Selidik) (10000 Keping @RM 0,05 /keping RM 500.00

(13)

Jumlah Keseluruhan RM 15900.00

Rujukan

Kellert,S.R. & Berry ,J.K.(1980). Knowledge ,Affection and Basic Attitudes toward animal in American society.Unites States Deparment of the Interior Fish and Wildlife service.

La Hart ,D.E.(1978) .The Influence of Knowlodge On Young People’s Perceptions About Wildlife.The florida State University , College of Education .

Westervelt,M.O.& Lewellyn, L.G.(1985).The Belief and Behaviours of Fifth and Sixth Grade Students Regarding Non-domestic animals. Unites States

Deparment of the Interior Fish and Wildlife service.

http://www.wwfmalaysia.org/

Referensi

Dokumen terkait

Namun begitu, bukan semua pesalah muda yang terlibat dalam kajian ini mempunyai konsep kendiri yang positif sebaliknya hasil kajian menunjukkan bahawa sejumlah 28.1% daripada

Bagi menilai keberkesanan keseluruhan program dakwah yang telah dijalankan oleh SPI JPS terhadap guru Pendidikan Islam, dapatan kajian menunjukkan daripada seramai 242

dijalankan dengan menggunakan kaedah rakaman penggunaan dan pemerhatian yang dibahagikan mengikut dua projek yang telah dipilih bersama dengan responden yang secara terlibat

Dalam kajian konteks di Malaysia, Fatin (2005) dalam kajiannya dengan bilangan responden seramai 389 orang mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam

Berdasarkan kajian kesusasteraan yang dijalankan terhadap kajian lampau dan model sedia ada, didapati aspek kesedaran keselamatan maklumat adalah penting dalam mengukur tahap

Kajian ini juga ditumpukan kepada staf akademik dan bukan akademik yang terlibat secara langsung dengan makmal atau bengkel kejuruteraan untuk menilai tahap kesedaran mereka

Analisis inferensi dalam kajian ini melibatkan ujian korelasi Pearson untuk mengenalpasti hubungan antara faktor dan MANOVA yang dijalankan bagi melihat perbezaan sub-dimensi kesedaran

Bagi zakat harta, jumlah responden yang membayar zakat harta adalah sangat kecil iaitu sebanyak 83 responden 25.6% daripada 324 responden yang terlibat, begitu juga dengan pemahaman