• Tidak ada hasil yang ditemukan

PENGLIBATAN AKTIVITI KOKURIKULUM DARI PE

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PENGLIBATAN AKTIVITI KOKURIKULUM DARI PE"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

PENGLIBATAN AKTIVITI KOKURIKULUM DARI PERSEPSI PELAJAR DI KOLEJ KOMUNITI HULU LANGAT

Oleh:

Yusmaria Binti Mohd Yusoff Nor Hidayah Binti Ahmad Damanhuri yusmaria10@gmail.com dayahuri@gmail.com

PENGENALAN

Pendidikan secara amnya ialah suatu proses yang membentuk kebolehan dan sikap manusia. Pendidikan boleh dibahagikan kepada pendidikan formal dan tidak formal. Pendidikan formal diperolehi daripada hasil pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas, manakala pendidikan tidak formal diterapkan apabila para pelajar terlibat di dalam aktiviti kokurikulum atau aktiviti luar kelas. Kenyataan ini disokong oleh Abdullah Sani Yahaya (2005) yang menyatakan bahawa kokurikulum ialah segala aktiviti kurikulum yang dilakukan di luar bilik darjah dan di luar waktu pelajaran formal. Aktiviti-aktiviti kokurikulum ini juga dianggap sebagai aktiviti atau program sokongan berfokuskan aktiviti bukan akademik. Tambahan pula, ia banyak membantu dalam membentuk sahsiah diri seorang pelajar seperti menghormati orang lain, sikap bekerjasama, dan kemahiran komunikasi. Malah ia juga merupakan gerak kerja yang bercorak pendidikan dan berupa pengalaman pembelajaran. Ini kerana memiliki ketrampilan akademik semata-mata bukan jaminan kepada graduan untuk mendapat pekerjaan akibat daripada persaingan sengit di dunia pasaran kerja hari ini (Azyani & Esa, 2012). ‘Soft skills’ sangat penting untuk membolehkan para pelajar bersaing untuk menempatkan diri di alam pekerjaan.

(2)

dengan memberikan tumpuan sepenuhnya dalam usaha membangunkan modal insan yang holistik, lengkap dengan pengetahuan dan kemahiran serta memiliki sikap, nilai dan etika yang positif melalui pendidikan, latihan dan pembelajaran sepanjang hayat.

Hasil dapatan Assain & Safar (2011) mendapati para graduan lemah dalam penguasaan bahasa Inggeris, berfikiran sempit, tiada ciri-ciri kepimpinan, semangat berpasukan dan tiada kemahiran berkomunikasi. Oleh itu,dengan melibatkan pelajar dalam aktiviti kokurikulum diharapkan dapat memberi nilai tambah dalam pembentukan sahsiah diri. Ini disokong oleh hasil dapatan kajian Haron et al(2010), melalui kegiatan kokurikulum yang dilaksanakan ia dapat meningkatkan disiplin pelajar, memupuk sikap positif, yakin diri dan berani.

Para pelajar Kolej Komuniti Hulu Langat (KKHL) terlibat secara aktif dengan pelbagai aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan disepanjang tahun. Kegiatan kokurikulum yang dimaksudkan disini berkaitan dengan kegiatan sukan, kelab/ persatuan dan pasukan unit beruniform. Kegiatan sukan yang dianjurkan kepada para pelajar kolej komuniti seperti dart, bola jaring, badminton, petanque, boling, dan sepak takraw. Kelab/ persatuan yang aktif di kolej komuniti seperti kelab pengguna, kelab keusahawanan, Br1sk, Stompers, dan kelab rekreasi. Oleh itu, penyelidikan ini akan melihat sejauh mana penglibatan pelajar dalam aktitiviti kokurikulum dapat membantu pembangunan modal insan yang berkualiti.

PENYATAAN MASALAH

(3)

diperolehi melalui pembelajaran formal di dalam kelas tetapi dapat dipupuk melalui aktiviti-aktiviti sampingan di kolej-kolej atau pun universiti.

Sirat et. al (2010) menyatakan pengangguran di Malaysia adalah disebabkan oleh sikap para graduan itu sendiri. Tiga sikap negatif yang perlu dihapuskan dalam diri para graduan adalah kurangnya inisiatif dalam mencari pekerjaan, terlalu mengharapkan peluang pekerjaan dari sektor kerajaan dan berpikiran negatif terhadap majikan. Oleh itu, menjadi tanggungjawab setiap institusi pendidikan untuk menerapkan sikap-sikap positif dalam diri setiap bakal graduan mereka. Bersikap positif bukan sahaja mampu mengubah seseorang individu bahkan membantu pembangunan ekonomi sesebuah negara.

Hasil kajian, Zainal Abidin. R, Esa. A & Wan Ahmad. W. M. R. (2008) mendapati sekolah sebagai medium yang sesuai untuk memainkan peranan penting dengan memberikan pendidikan secara tidak formal kepada komuniti setempat untuk membangunkan modal insan dalam komuniti setempat. Manakala A. Hassan. Z. (2007) dalam kajiannya menerangkan 18 strategi yang perlu dilaksanakan dalam usaha kearah pembangunan modal insan sektor pengajian tinggi yang berkualiti dan bertaraf dunia. Antara strategi yang telah dibincangkan dalam kajian tersebut adalah dengan menyemak semula kurikulum yang telah diaksanakan, membangunkan kemahiran insaniah, dan menyediakan modul keusahawanan.

(4)

tidak terlibat dalam aktiviti kokurikulum merasakan bahawa aktiviti kokurikulum hanya membuang masa pelajar, memerlukan peruntukkan kewangan yang banyak dan terlalu banyak komitmen diperlukan.

Dalam kajian ini, permasalahan yang ingin dikaji adalah melihat persepsi pelajar terhadap aktiviti luar bagi pembangunan diri dalam kalangan mereka. Ramai pihak beranggapan kegiatan kokurikulum tidak penting dan banyak membuang masa kerana ianya tidak dinilai sebagaimana aktiviti akademik dinilai.

METHODOLOGI

Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif yang mana borang soal selidik digunakan sebagai instrumen bagi pengumpulan data. Ia merupakan kaedah pengumpulan data secara formal dan lebih sistematik. Kumpulan sasaran yang akan dikaji adalah para pelajar Kolej Komuniti Hulu Langat . Oleh itu, Kaedah Persampelan Mudah telah digunakan dalam kajian ini, kerana ia merupakan kaedah yang paling sesuai. Ia merupakan pensampelan yang paling asas bagi memastikan setiap individu mempunyai peluang yang sama untuk diambil bagi mewakili populasi subjek yang dikaji.

SKOP

Kajian ini memfokuskan kepada para pelajar di Kolej Komuniti Hulu Langat yang terdiri daripada pelajar yang mengambil bidang penyejukan dan penyamanan udara (SPU), akauntansi (SAK) dan teknologi maklumat (SAP).

Antara aspek-aspek yang diambilkira dalam penyelidikan ini adalah berkaitan penglibatan pelajar dalam kelab dan persatuan, penglibatan pelajar terhadap aktiviti-aktiviti kolej, pelaksanaan aktiviti-aktiviti kokurikulum, sahsiah dan peribadi pelajar, sikap pelajar dalam kerja berpasukan dan kepimpinan pelajar.

ANALISIS DATA DAN PERBINCANGAN

(5)

Excel 2010. Secara keseluruhannya, analisis data menggunakan analisis deskriktif bagi mencari frekuensi, peratusan dan min. Jadual 1 digunakan bagi mentafsir nilai min berdasarkan skala likert sebagai menjawab setiap persoalan kajian yang telah diadaptasi daripada (Wiersma, 1995).

Julat Min Tahap Kekuatan

1.00 – 2.33 Rendah

2.34 – 3.67 Sederhana

3.68 – 5.00 Tinggi

Jadual 1

1(A) Latar Belakang Responden

Seramai 156 orang responden yang terdiri daripada pelajar Sijil Kolej Komuniti (SKK) di KKHL telah menjawab borang soal selidik yang telah diedarkan. Berikut adalah huraian analisis bagi latar belakang responden berdasarkan kandungan soal selidik yang telah diedarkan. Maklumat mengenai jantina, umur dan program pengajian atau kelas dilakukan untuk mengetahui latar belakang responden. Ini kerana kebanyakkan program SPU terdiri daripada pelajar lelaki manakala program yang lain terdapatnya pelajar perempuan dan lelaki.

(6)

121; 78% 35; 22%

Jantina responden

Lelaki Perempuan

Rajah 1: Bilangan responden mengikut jantina

Latar belakang jantina diperlukan bagi mengenalpasti golongan manakah yang lebih banyak terlibat dalam aktiviti kokurikulum. Rajah 1 mendapati kebanyakkan responden yang terlibat adalah terdiri daripada pelajar lelaki iaitu seramai 121 orang (78%) manakala pelajar perempuan hanya seramai 22 orang (22%). Ini menunjukkan bahawa pelajar lelaki adalah responden terbanyak untuk kajian ini. Walaubagaimanapun, program-program sepenuh masa yang ditawarkan oleh KKHL adalah bidang yang banyak diterokai oleh golongan pelajar lelaki.

(7)

<= 20 tahun 21-30 tahun 31-40 tahun > 40 tahun 0

20 40 60 80 100 120 140 160

<= 20 tahun; 135

21-30 tahun; 21

31-40 tahun; 0 > 40 tahun; 0

Umur

Umur

Rajah 2: Kategori umur responden

Menurut rajah 2 di atas, didapat seramai 135 orang pelajar adalah berumur kurang atau bersamaan dengan 20 tahun. Manakala 21 orang pula terdiri daripada kategori umur antara 21-30 tahun. Dapatan umur menunjukkan responden kajian terdiri daripada pelajar semester satu, dua, tiga dan empat yang berumur kurang daripada 30 tahun.

(8)

1B (a) Kategori Akademik

05 10 15 20 25 30 35 40

45 37 45 39

35

Kategori Akademik

Kategori Akademik

Rajah 3: Penglibatan Pelajar dalam aktiviti Kelab dan Persatuan (Akademik)

Rajah 3 menunjukkan bilangan penglibatan pelajar bagi kelab dan persatuan kategori akademik. Kelab Pengguna mencatatkan bilangan yang terbanyak ahlinya iaitu sebanyak 45 ahli berbanding Persatuan Pembimbing Rakan Siswa Siswi (PRISS) iaitu sebanyak 35 ahli. Ini berkemungkinan responden telah sedar akan hak-hak mereka sebagai pengguna dan pengetahuan yang diperolehi boleh digunakan dalam kehidupan seharian mereka. Walaubagaimanapun tidak kurang pula bagi persatuan PRISS. Ahli persatuan ini boleh menjadi seorang fasilitator yang bersikap terbuka, berempati dan menjadi pendengar yang baik serta berkeupayaan untuk membantu rakan.

(9)

Kelab Mendaki

Kelab Indoor Games 66

68 70 72 74 76 78 80 82 84

84

72

Kategori Sukan dan Rekreasi

Kategori Sukan dan Rekreasi

Rajah 4: Penglibatan Pelajar dalam aktiviti Kelab dan Persatuan (Sukan dan Rekreasi)

Rajah 4 menunjukkan bilangan penglibatan pelajar bagi kelab dan persatuan kategori Sukan dan Rekreasi. Kelab Mendaki mencatatkan bilangan yang terbanyak ahlinya iaitu sebanyak 84 ahli berbanding Kelab Indoor Games iaitu sebanyak 72 ahli. Dapatan menunjukkan pelajar lebih gemar kepada aktiviti yang diadakan diluar bilik iaitu aktiviti yang dapat menguji ketahanan jasmani mereka melalui pendakian Bukit Broga dan aktiviti lasak yang lain. Lebih-lebih lagi ahli Kelab Mendaki terdiri daripada pelajar lelaki.

2. ANALISIS SKOR MIN

(10)

Hasil Dapatan Analisis dalam Bahagian C N

o

Item Tahap Kekuatan

1 Saya selalu menyertai aktiviti sukan dan bukan sukan yang dianjurkan oleh kolej

3.46

2 Saya menyertai aktiviti kolej dengan rela hati dan kerana minat

3.81

3 Aktiviti sukan dan bukan sukan mampu menyemai nilai dan etika positif terhadap diri saya

3.94

4 Minat, bakat serta kemahiran yang saya ada dapat disalurkan melalui aktiviti kokurikulum

3.96

Purata Min 3.79

Jadual 2: Penglibatan Pelajar Terhadap Aktiviti Kolej

Berdasarkan Jadual 2, purata min secara keseluruhannya berada pada tahap kekuatan 3.79 iaitu tahap tinggi. Item yang mencatatkan tahap kekuatan paling tinggi adalah item 3 berbanding item 1. Ini menunjukkan bahawa melalui aktiviti kokurikulum, minat, bakat serta kemahiran para responden dapat disalurkan sepenuhnya bahkan aktiviti-aktiviti lain contohnya jika responden mempunyai bakat menyanyi mereka boleh membuat persembahan dalam pertandingan menyanyi lagu patriotik untuk sambutan Hari Kemerdekaan peringkat kolej dan sebagainya. Walaubagaimanapun, ada juga responden yang tidak berapa aktif serta jarang sekali menyertai mana-mana aktiviti diluar bilik darjah.

Hasil Dapatan Analisis Bahagian D N

o

Item Tahap Kekuatan

1 Program seperti ceramah motivasi dan kerohanian mampu

menjadikan saya seorang yang mempunyai keseimbangan rohani (sifat kejiwaan dan kebatinan yang baik)

3.87

2 Aktiviti kelab dan persatuan mampu memberi kecerdasan jasmani serta fizikal terhadap diri saya

4.11

3 Mampu membina emosi yang positif melalui semangat bekerjasama dalam pasukan

4.08

4 Pengalaman yang saya lalui mampu menjadikan saya bersikap progresif dan berdaya saing

4.10

(11)

Jadual 3: Pelaksanaan Aktiviti Kokurikulum

Jadual 3 menunjukkan hasil dapatan bagi pelaksanaan aktiviti kokurikulum. Item 2 iaitu aktiviti kelab dan persatuan mampu memberi kecerdasan jasmani serta fizikal terhadap diri responden mencatatkan skor min yang paling tinggi berbanding item 1. Hal ini menunjukkan bahawa aktiviti luar kelas dapat memberi ketahanan mental dan fizikal serta memberi peluang kepada mereka untuk mengamalkan gaya hidup aktif dan sihat. Purata min juga mencatatkan nilai tahap kekuatan dalam julat yang tinggi iaitu 4.04

Hasil Dapatan Analisis Bahagian E N

o

Item Tahap Kekuatan

1 Mampu meningkatkan disiplin diri serta membentuk akhlak mulia 3.92 2 Mampu menjadikan anggota badan saya sihat dan cerdas 4.17 3 Berupaya memperkembangkan kecerdasan emosi saya ke tahap

yang lebih matang

4.03

4 Mampu memberi tumpuan kepada daya berfikir secara kritis dan kreatif

4.03

Purata Min 4.04

Jadual 4: Sahsiah dan Peribadi Pelajar

Analisis daripada Jadual 4 memperlihatkan item ‘mampu menjadikan anggota badan saya sihat dan cerdas’ memperolehi julat min yang paling tinggi iaitu 4.17. Ini kerana responden sedar akan pengamalan hidup sihat yang akan membawa kepada kecerdasan mental dan fizikal. Manakala item ‘mampu meningkatkan disiplin diri serta membentuk akhlak mulia mencatat skor min yang paling rendah iaitu 3.92. Purata keseluruhan dalam bahagian ini adalah 4.04.

Hasil Dapatan Analisis Bahagian F N

o

Item Tahap Kekuatan

(12)

3 Melihat kepelbagaian kekuatan dalam kalangan ahli kumpulan sebagai kekuatan diri

4.02

4 Mampu memimpin kumpulan jika diperlukan 3.75

5 Mampu menjadikan matlamat kumpulan sebagai matlamat diri 3.93 6 Rasa bangga jika ahli kumpulan mencapai kejayaan 4.21

Purata Min 3.41

Jadual 5: Sikap Pelajar dalam Kerja Berkumpulan/Pasukan

Secara puratanya, skor min bagi Jadual 5 berada pada tahap kekuatan sederhana dengan nilai 3.41. Walaupun begitu, sikap responden yang mampu berbincang secara terbuka dengan ahli kumpulan memberi rekod skor min tertinggi sebanyak 4.30 jika dibandingkan dengan sikap pelajar dalam item 4 iaitu 3.75. Analisis ini menunjukkan para responden lebih bersikap terbuka apabila melibatkan aktiviti yang memerlukan mereka berdiskusi. Akan tetapi masih ramai lagi responden yang belum berkeyakinan untuk menjadi pemimpin sesebuah kumpulan jika diperlukan.

Hasil Dapatan Analisis Bahagian G N

o

Item Tahap Kekuatan

1 Mampu menilai dan menerima pendapat orang lain 3.94

2 Mampu menentukan perkara mana yang utama 3.95

3 Sentiasa melakukan yang terbaik untuk menyelesaikan tugas dan tanggungjawab

3.99

4 Mampu menilai kekuatan dan kelemahan diri 3.95

5 Berupaya menilai kesan daripada setiap tindakan dan keputusan yang dibuat

3.95

6 Mempunyai kemahiran mengawal tekanan dengan baik 3.86 7 Boleh bertoleransi dengan ahli kumpulan yang berbeza

pandangan

3.96

8 Berupaya menilai diri dan orang lain dengan baik 4.04

Purata Min 3.96

Jadual 6: Kepimpinan Pelajar

(13)

tentang kemahiran mengawal perasaan serta bersikap sabar. Secara keseluruhannya purata min bagi bahagian kepimpinan pelajar berada di tahap kekuatan tinggi iaitu 3.96.

KESIMPULAN DAN CADANGAN

KESIMPULAN

Secara amnya, jika dilihat purata min bagi setiap bahagian seperti dalam jadual 7, dapat digambarkan bahawa persepsi pelajar terhadap aktiviti kokurikulum berada dalam tahap kekuatan yang memberangsangkan kecuali tahap kekuatan dalam bahagian F iaitu sikap pelajar dalam kerja kumpulan atau pasukan berada dalam tahap kekuatan sederhana.

Bahagia n

Item Purata Min

C Penglibatan pelajar terhadap aktiviti kolej 3.79

D Pelaksanaan aktiviti kokurikulum 4.04

E Sahsiah dan peribadi pelajar 4.04

F Sikap pelajar dalam kerja berkumpulan atau pasukan 3.41

G Kepimpinan Pelajar 3.96

Jadual 7: Purata min yang mewakili setiap bahagian

Kesimpulannya, kajian ini mendapati bahawa para pelajar minat dan cenderung untuk melakukan atau terlibat secara aktif dalam kegiatan di luar bilik darjah seperti menyertai aktiviti sukan seperti pemainan badminton, dart, aerobic dance serta aktiviti yang berbentuk ilmiah seperti menyertai Bridge sukarelawan Brisk, kelab keusahawanan dan sebagainya. Oleh hal yang demikian, soal pembangunan modal insan dapat diterapkan dalam aktiviti seumpama ini bagi menjadikan para pelajar bukan sahaja aktif dalam bidang akademik, tetapi mempunyai kehidupan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek. Ini kerana kesemua bahagian soal selidik yang diedarkan kepada pelajar merangkumi empat perkara tersebut.

PENUTUP

(14)

bilik darjah dapat membantu para pelajar mempelajari soft skills seperti kemahiran berkomunikasi, bekerja dalam kumpulan dan berfikiran secara kritis dan kreatif akan membawa mereka kepada etika kerja yang berkualiti apabila mereka bekerja kelak. Melalui kajian yang telah dijalankan didapati para pelajar lebih banyak memberikan jawapan yang positif terhadap aktiviti kokurikulum. Ini bermakna persepsi pelajar terhadap aktiviti kokurikulum di KKHL lebih banyak memberi impak yang berguna bagi pembangunan diri mereka.

RUJUKAN

Abdullah Sani b. Yahaya (2005). “Mengurus Hal Ehwal Pelajar”. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Assain, F.A. & Safar, H.M. (2011). Penerapan Kemahiran Insaniah di Sekolah Menengah Teknik: Satu Analisis Perbandingan.

Baharom Mohamad & Mohamad Johdi Salleh (2009). Pembangunan Modal Insan Sebagai Satu Pelaburan Penting dalam Konteks Pembinaan Negara.”

Prosiding Seminar Pembangunan Modal Insan 2009, Tema: Kecemerlangan Modal Insan.

BERNAMA (Mei, 25 2014). Kadar Pengangguran Susut Kepada 3 Peratus.

http://www2.bharian.com.my/bharian/articles/Kadarpengangguransusutkepada 3peratus/Article/index_html. Dicapai pada 27 Julai 2014.

Datuk Dr. Zulkefli Bin A. Hassan (2007). “Isu dan Strategi ke arah Pembangunan Modal Insan Sektor Pengajian Tinggi Bertaraf Dunia.” Jurnal Pengurusan Awam.

Dr Sargit Gill (2006). “Hubungan Etnik di Malaysia ke arah Pembentukan Masyarakat Berintegrasi” dalam Dr. Zaid Ahmad, et al., Hubungan Etnik. Selangor: Oxford Fajar. h. 203.

(15)

“Pembangunan Modal Insan ke arah Meningkatkan Kualiti Hidup Masyarakat.” International Conference on Human Capital Development (ICONHCD 2009). Hassan Adnan, Raja Roslan Raja Abd. Rahman (2010). “ Keberkesanan Pelaksanaan Aktiviti Fizikal Terhadap Pembangunan Diri Pelajar: Satu Tinjauan.” Journal of Human Capital Development. Vol. 3, ms 119-132.

Hassan Adnan, Raja Roslan Raja Abd. Rahman (2010). “ Keberkesanan Pelaksanaan Aktiviti Fizikal Terhadap Pembangunan Diri Pelajar: Satu Tinjauan.” Journal of Human Capital Development. Vol. 3, ms 119-132. 19

Kassim Mansur, Gusni Saat & Said Effendi (2009). “Kajian Kes Pelabiran Pendidikan Modal Insan di Kalangan Suku Kaum Sama-Bajau di Kota Kinabalu: Halatuju dan Cabaran.” Jurnal Kemanusiaan Bil. 14.

Maisarah Ishak & Abdul Rahim Zumrah (2008). Pendidikan Asas Pembangunan Modal Insan. Prosiding PERKEM III, Jilid I, ms 327-331.

Mohd Fauzi Hamat & Mohd Khairul Naim Che Nordin (2012). “Tinjauan Kepentingan

Pembangunan Modal Insan Di Malaysia.” Jurnal Al- Tamadun Bil. 7(1), ms 75-89.

Mustapha Kamal Ahmad Kassim, Zahiah Haris@Harith & Abdullah Yusof (2010). “Pembangunan Modal Insan dan tamadun Islam dari Perspektif Pendidikan Guru.” Proceedings of the 4th International Conference on Teacher Education; Join Conference UPI & UPSI, Bandung Indonesia.

Noor Azyani A.Jalil & Ahmad Esa (2012). “Kemahiran Menyelesaikan Masalah Menerusi Aktiviti Kokurikulum (khidmat Masyarakat) Dalam Kalangan Pelajar UTHM.” Prosiding Seminar Pendidikan Pasca Ijazah dalam PTV kali ke-2.

(16)

Malaysia.” Prosiding Perkem VII, Jilid I, ms. 209-227. Perangkaan Tenaga Buruh, Malaysia (2014).

http://www.statistics.gov.my/portal/images/stories/files/LatestReleases/employ ment/2014/LF_Jan_2014BM.pdf. Dicapai pada 15 Ogos 2014.

Ramlan Bin Zainal Abidin, Dr. Ahmad Bin Esa & Prof. Dr. Wan Mohd Rashid Bin Wan Ahmad (2008). Pendidikan Sepanjang Hayat: Isu, Cabaran dan Peranan Sekolah Membangun modal Insan dalam Komuniti Setempat. Seminar Kebangsaan Pengurusan Pendidikan PKPGB 2008, UTHM.

Rosli Bin Zainuddin, Diana Binti Jais & Norizzati Binti Abd Latif (2013). “ Kupasan, Perbincangan dan Cadangan Pelaksaan Program di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam Menangani Akhlak dan Sikap Negatif Pelajar.” Diges PMS Bil. 4.

Referensi

Dokumen terkait

Dari hasil penelitian dan percobaan yang telah dilakukan terhadap 2 studi kasus, metode conformance checking pada process mining dapat digunakan untuk

(3) Hasil belajar pendidikan kewarganegaraan pada kelompok siswa dengan kecerdasan sosial tinggi yang menggunakan metode kolaboratif lebih baik dibandingkan dengan kelompok

Penelitian untuk menganalisis drag dan lift pada tiga variasi bentuk after body kapal selam mini telah dilakukan dengan menggunakan software ANSYS- CFX. Dari

Berdasarkan hasil analisis hubungan panjang bobot ikan belanak betina diperoleh nilai: W=0,0002L 2,43 , nilai koefisien korelasi yang diperoleh (r= 0.93) yang

Hasil penelitian menunjukkan bahwa layanan informasi dapat mengupayakan mengubah persepsi siswa terhadap Bimbingan Konseling dari yang kurang baik dan takut untuk datang sendiri

Mengingat masih banyaknya jenis rumput laut tidak popular yang belum banyak dimanfaatkan dan sering dengan kemajuan sains dan teknologi, pemanfaatan rumput laut

Junanda (2004) Model kinerja Treynor dan Jensen Tidak ada perbedaan antara return reksadana saham dengan return pasar (lHSG) untuk semua jenis reksadana saham Melakukan

Pada suhu beku dalam freezer surimi ikan mujair akan menjadi lebih awet karena mikroba tidak dapat tumbuh dan proses kimia dari enzim masih terus berlangsung dan