• Tidak ada hasil yang ditemukan

KOMPONEN : TEKNOLOGI PENDIDIKAN 1.1 Media Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "KOMPONEN : TEKNOLOGI PENDIDIKAN 1.1 Media Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran"

Copied!
39
0
0

Teks penuh

(1)

KOMPONEN : TEKNOLOGI PENDIDIKAN

1.1 Media Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Apakah Media?

Penyampai atau pembawa maklumat antara punca dengan penerima seperti filem,video,radio,gambar foto,risalah,poster dan sebagaimana. ( Heinich,Molenda, Russell,1981)

Apakah Pengajaran?

Pengajaran adalah proses yang beorentasikan maklamat yang dirancang terlebih dahulu. ( Romiszowaski,1988).

Pengajaran merupakan penyusunan dan pengumpulan maklumat untuk menghasilkan pembelajaran. ( Heinich,Molenda, Russell,1981)

1.1.1 Media Pengajaran

Membawa maksud sebagai peralatan atau perkaksan dan bahan ( perisian ) media yang telah dikenalpasti ( dipilih ), dibina atau dipinda untuk menyokong atau mengendalikan sendiri proses pengajaran dan pembelajaran ( Yusup,1992).

1.1.2 Pengkelasan Media

Terbahagi kepada DUA bahagian Media Cetak dan Media Bukan Cetak.

Media Pengajaran

Media Cetak Media Bukan Cetak

(2)
(3)

1.1.3 Latihan

1. Cuba fikirkan. Penggunaan media pengajaran amat penting pada masa kini dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam mencapai objektif pengajaran. Beri pandangan anda daripada pengalaman selama anda menjadi seorang guru di sekolah..

2. Di kelas anda mengajar, hampir semua murid tidak berminat mengikuti pengajaran anda dan ia lebih suka membuat kerja sendiri serta tidak memberi tindakbalas. Senaraikan media pengajaran yang sesuai untuk kumpulan murid ini dan berikan rasionalnya.

(4)

1.4 Prinsip Asas Grafik

Kejayaan sesuatu bahan bantu mengajar bukan unjuran lazimnya bergantung kepada kualiti dan keberkesanan hasil seni atau bahan grafik yang digunakan. Ia diperolehi melalui perancangan rapi yang merangkumi idea-idea yang teliti serta penggabungan pelbagai jenis teknik penghasilan grafik tertentu. Visual yang banyak menggunakan grafik seperti carta, graf, gambarajah, poster, kartun, lutsinar dan lain-lain bahan bantu mengajar.

1.4.1 Definisi grafik

Grafik adalah bahan yang dilukis sebagai karangan visual. Ia dapat memberi satu atau lebih keterangan visual. Perkataan grafik sebenarnya berasal dari perkataan Greek “graphikos” bererti lukisan. Graphier pula ialah perbuatan dan ertinya menulis dengan perkataan.

Grafik ialah kombinasi gambar-gambar, lambang-lambang, simbol-simbol, huruf, angka, perkataan, lukisan, lakaran yang dijadikan satu media untuk memberi konsep dan idea dari pengirim kepada sasarannya dalam proses menyampaikan maklumat.

1.4.2 Kepentingan Grafik Dalam Pendidikan

Grafik penting untuk menyediakan bahan-bahan pandangan (visual) yang sangat penting untuk menyampaikan sesuatu mesej tertentu dengan jelas.

1.4.3 Prinsip Penghasilan Grafik

 Perancangan

 Penyediaan ilustrasi

 Warna

 Huruf

 Persembahan

1.4.4 Perancangan

Sebelum sesuatu bahan visual dihasilkan, satu perancangan yang teliti perlu diadakan supaya visual yang dibuat itu menepati objektif yang hendak dicapai. Mulakan dengan lakaran kasar mengenai idea visual tersebut berdasarkan prinsip-prinsip rekabentuk.

(5)

1.4.4.1 Bahan yang sedia ada atau yang perlu disenaraikan seperti alat tulis

1.4.4.2 Tentukan objektif visual dan jumlah audien bagi menetukan kesesuaian dan mengelakkan pembaziran

1.4.4.3 Perlu tahu bentuk visual sama ada untuk tayangan (lutsinar, slaid, filem, video), bukan tayang (carta, buku, pena) atau pameran.(poster, lukisan)

1.4.5 Prinsip rekabentuk

Prinsip mudah

Hadkan perkataan-perkataan yang ditayangkan kepada 15 atau 20 patah perkataan sahaja dalam satu visual tayangan. Konsep yang hendak dipaparkan hendaklah mudah difahami oleh guru dan pelajar.

Lukisan hendaklah jelas dan terang. Garisan luar (outline) hendaklah dibuat dengan garisan tebal. Garisan yang tidak perlu harus ditinggalkan supaya tidak mengelirukan.

Pilih jenis penghurufan yang mudah dibaca.

Prinsip penyatuan

(6)

Elemen-elemen tersebut hendaklah saling lengkap melengkapi di antara satu dengan yang lain untuk mengukuhkan idea dasar yang hendak disampaikan.

Penyetuan dapat diperolehi dengan menggunakan anak panah, kotak, garisan, bentuk-bentuk tertentu, warna dan sebagainya.

Prinsip Penegasan

Tegaskan satu elemen atau idea sahaja yang boleh menjadi pusat minat dan pusat perhatian.

Gunakan warna, huruf tertentu, saiz, ruang untuk menegaskan idea tersebut.

Prinsip seimbang

(7)

visual dalam bentuk gubahan yang baik dan elok dipandang. Perimbanngan terdiri daripada perimbangan formal dan perimbangan tidak formal.

Latihan

Dengan ringkas nyatakan prinsip rekabentuk grafik yang perlu. Beri perhatian dalam membina carta dan poster

1.4.6 Keperluan visual untuk memenuhi prinsip rekabentuk

(8)

Fungsi garisan dalam rekabentuk adalah untuk menghubungkan elemen visual dan untuk menarahkan pemerhatian supaya melihat visual dengan urutan/sikuen tertentu.

Bentuk

Tiap pameran visual yang berkesan mengandungi bentuk kesluruhan sama ada bentuk nyata atau tidak. Bentuk membuat visual kelihatan menarik dan istimewa serta mengarahkan penonton dari satu elemen kepada satu elemen yang lain; gabungan elemen-elemen pada bentuk U atau S atau T atau Z atau O atau I

Ruang

Tujuan ruang digunakan ialah untuk menimbulkan rasa lapang atau selesa di antara elemem-elemen visual yang dipaparkan, serta membuat grafik kelihatan kemas dan terancang. Ruang kosong yang ditinggal disekeliling perkataan dan elemen visual lain untuk mengelakkan perasaan sesak di kalangan pemerhati.

Warna

(9)

Warna

Penggunaan warna-warna yang tertentu dalam sesuatu bahan visual akan dapat menimbulkan perasaan mood dan minat tertentu. Walaupun begitu penggunaan warna adalah tertakluk kepada prinsip-prinsip dan batasannya.

Tujuan penggunaan warna adalah untuk memudahkan atau meningkatkan kejelasan visual. Lazimnya perbezaan warna antara latar dengan warna pada visual akan menimbulkan kontras yang baik.

1.4.7 Panduan am mewarna

 Gunakan warna untuk mengasingkan dan menegaskan sesuatu elelmen tumpuan.

 Gunakan warna yang berharmoni seperti warna monokoromik, warna berhampiran atau warna penggenap.

 Gunakan warna supaya visual kelihatan mudah dilihat dan difahami.

 Rancangkan penggunaan warna untuk melahirkan kesan tertentu.

 Permukaan hitam akan kelihatan lebih jelas jika warna putih digunakan sebagai warna latar. Ini diikuti dengan warna merah, oren, hijau, biru, ungu dan kuning.

1.4.8 Skema warna

Warna diklasifikasikan ke dalam carta warna.

Kuning kuning-oren oren

Kuning-hijau merah-oren

Hijau merah

Biru-hijau merah-ungu

(10)

i. Skim warna monokromik

Warna monokromik berharmaoni adalah sangat popular. Ia terdiri dari satu warna yang muda membawa kepada warna tua. Contohnya: warna ungu muda hingga warna ungu-tua.

ii. Skim warna berhampiran

Warna berhampiran berharmoni terdiri daripada warna-warna yang berhampiran dalam carta warna. Contohnya warna hijau, hijau-biru dan biru; warna kuning, kuning oren dan oren.

iii. Skim warna penggenap

Warna penggenap berharmoni terdiri dari warna-warna yang bertentangan dalam carta warna. Contoh; warna kuning-oren digunakan bersama warna biru-ungu.

1.4.9 Alat mewarna

 Pena bermata felt

 Pensel warna, kapur warna, pastel dan krayon

 Cat air

 Cat sembur

 Kertas berwarna dan plastik berwarna

1.4.10 Penghurufan

Persembahan grafik huruf yang baik dan bermutu dapat menyampaikan mesej dengan lebih berkesan. Prinsip penghasilan huruf ialah saiiz huruf yang ditulis, jarak antara huruf dengan huruf, perkataan dengan perkataan dan baris dengan baris; kontras diantara huruf dengan warna latar; jenis atau bentuk huruf yang digunakan.

1.4.11 Saiz huruf

Huruf yang digunakan mestilah cukup besar (mengikut tahap) supaya dapat dibaca dengan baik.

Jarak dari visual Saiz minima huruf kecil

2,5 cm o.6 cm

5.0 cm 1.3 cm

10.0 cm 2.6 cm

(11)

1.4.12 Jarak huruf

Jarak antara huruf dengan huruf dan perkataan dengan perkataan mestilah sepadan dan sesuai agar huruf dan perkataan itu dapat dikenali serta boleh dibaca dengan mudah.

 Dekatkan huruf-huruf bulat (O,G,S,C)

 Jauhkan huruf-huruf lurus (E,H,L,M,N)

 Gabungkan jarak-jarak untuk huruf-huruf

 bercampur

 Tinggalkan jarak berzaiz M (besar) di antara

 perkataandengan perkataan

 Jarak di natara baris dengan baris mestilah

 kurang satu huruf O kecil.

1.4.13 Jenis huruf

Jenis huruf akan menetukan sama ada visual tersebut dapat dibaca denngan mudah atau tidak. Secara amnya, gunakan jenis huruf yang ringkas dan mudah seperti huruf san serif

( huruf blok), serif ( time roman), dokoratif ( huruf berbunga seperti dalam kad raya)

1.4.14 Cara menulis huruf / angka

i. Tulisan bebas

Huruf dan angka boleh dibuat dengan tulisan bebas dengan cepatnya, dengan menggunakan berus dan dakwat atau cat warna. Carta ini sentiasa digunakan untuk grfaik yang besar seperti carta dan poster.

ii. Huruf yang dipotong

(12)

iii. Huruf pindah kering (Dry transfer lettering)

Bahan pemindahan kering ini boleh dibeli dalam bentuk huruf, simbol, angka dalam berjenis-jenis saiz, bentuk dan warna. Saiz hurufnya ditetapkan dalam tiap-tiap kepingan mengikut pointnya. Saiz yang biasa dalam kepingan huruf pindah kering ialah 6 pt. hingga 192 pt.

iv. Huruf stensil

(13)

1.4.15 Cara membuat gambar

i. Menekap (tracing) (guna karbon pensil, kapur atau pastel, kedah tebuk. ii. Petak grid

iii. Pantograf iv. Episkop

v. Penyalinan gambar (fotostat) vi. Kaedah pengunjuran ( OHP, Slaid)

PERSEMBAHAN

Grafik yang telah siap dihasilkan perlulah disediakan untuk digunakan dalam bilik darjah. Kadang-kadang bahan visual yang dihasilkan itu adalah besar atau nipis. Ini akan merumitkan kerja guru semasa mempamerkan bahan-bahan itu kepada murid. Bahan-bahan visual itu juga disimpan untuk kegunaan pada masa-masa yang lain ataupun oleh guru-guru yang lain.

Kebanyakkan bahan-bahan bantuan jenis ini memang cepat menjadi kotor,mudah terkoyak atau rosak dan visual-visual yang ditampal mudah tanggal. Untuk mengatasi kelemahan-kelemahan ini tiga langkah boleh digunakan untuk menentukan bahan visual yang rtelah dihasilkan itu dapat digunakan atau disimpan dengan lebih mudah dan sempurna. Langkah-langkah itu ialah:

(14)

Anda perlu membuat bacaan tambahan untuk mendapat Maklumat yang terperinci untuk tajuk cara membuat gambar

Hasilkan bahan berbentuk carta dengan menggunakan prinsip rekabentuk grafik dan pilih warna yang sesuai untuk menegaskan sesuatu imej

1. Cuba anda analisiskan prinsip Grafik untuk menghasilkan bahan P&P daripada mana topik yang anda ajar.

(15)

KOMPONEN : TEKNOLOGI PENDIDIKAN 1.6 Jenis Dan Penggunaan Media Unjuran Definisi bahan tayangan

Media tayang atau media unjuran adalah peralatan elektrik yang dapat menayangkan atau mengunjurkan satu imej di atas sekeping skrin tayangan besar atau yang bersesuaian dengan peralatan tayang tersebut. Peralatan-peralatan elektrik yang lazim terdapat untu tujuan pendidikan termasuklah :

 Projektor Lutsinar

 Projektor Slaid

 Projektor legap

 Projektor LCD

1.6.1 Jenis-jenis projektor

i. Projektor lutsinar

Projektor lutsinar adalah merupakan sebuah alat pandang dengar yang boleh digunakan dalam keadaan bilik darjah biasa. Projektor ini merupakan satu alat bantuan mengajar dalam mencapai pengajaran yang lebih berkesan, di mana pelajar-pelajar akan menerima pembelajaran dengan cara meliat dan mendengar.

(16)

Panduan menggunakan ATL (alat tayang lutsianar)

 Pastiakan anda betul-betul memahami buatan/jenama dan fungsi bahagian-bahagian projektor yang anda gunakan. Ini mungkin berbeza antara satu alat dengan alat yang lain.

 Anda hendaklah belajar mengesan kerosakan pada mentol supaya boleh membaikinya sendiri. Berhati-hati apabila menggantikan mentol. Jangan sentuh dengan tangan yang tidak berlapi kerana mentol mudah rosak sebab kelembapan pada tangan.

 Bersihkan ATL sekali-sekala di bahagian dalam piring cermin dan les Fresnel.

 Pancarkan imej ke dinding atau kain putih jika tidak ada skrin.

 Suatu unit ATL yang bergerak hendaklah menggunakan troli supaya senang dipindah dari satu tempat ke tempat lain. Matikan suiz sebelum mengubah ATL.

 Untuk tayangan yang baik, perkara berikut hendaklah diperhatikan:

o Skrin 1.5 m lebar bagi bilik untuk 40 orang o Skrin tidak berkilat

o Mendapat sedikit cahaya

o Letakkan pada paras ketinggian 70 cm dari lantai

o Condongkan 45 darjah untuk elakkan kesan herotan (keystone) o Tegangkan skrin

o Jangan terlindung oleh pengguna supaya boleh dilihat oleh semua

pelajar.

o Semua tulisan dan lukisan mestilah mengikut saiz yang sesuai. o Gunakan penunjuk yang runcing dan lurus dan tunjukkan pada

sesuatu di atas transperansi dan bukannya pada imej di skrin.

1.6.2 Projektor slaid

(17)

1.6.3 Projektor legap

Projekter legap juga dikenali sebagai Episkop. Digunakan untuk mengunjurkan imej bahan-bahan 2D berbentuk legap. Melalui kaedah carta, gambar , gambarfoto atau bahan bercetak pada kertas atau kad boleh diunjurkan ke atas skrin. Bahan legap adalah bahan yang tidak ditembusi cahaya.

1.6.4 Projektor LCD

Singkatan bagi Liquid Crystal Display untuk memancar imej lebih besar daripada monitor untuk kegunaan audian secara berkumpulan.

Panel LCD disambung terus daripada komputer dan apa sahaja yang muncul pada skrin monitor akan dipancarkan ke skrin besar.

Ia juga boleh disambung terus dengan menggunakan peralatan lain seperti perakam

(18)

Ciri ciri Projektor LCD

Nama

Fungsi

Connector Ports Tempat sambungan punca punca AV yang ingin dipaparkan Projector Control

Panel

Panel kawalan fungsi/menu operasi projektor

Remote Control Receiver

Penerima isyarat daripada alat kawalan jauh projektor

Lens Focus Ring Cincin pemutar penyelaras lensa fokus Lens Zoom Ring Cincin pemutar penyelaras lensa zoom Elevator Foot

Button

Butang penyelars ketinggian kaki projektor

Lamp Monitor Penunjuk samada lampu dalam projector samada sedang

warming up , menyala atau cooling down

Operating Monitor Penunjuk samada dalam keadaan terpasang standby atau sedang menerima isyarat daripada alat kawalan jauh. Power Cord

Connector

Tempat menyambung wayar kuasa ke sumber elektrik

Power Switch Menghidup atau mematikan LCD

Pengoperasian Projektor LCD

 Tempatkan di atas permukaan yang rata dan kedudukan pada sudut yang tepat pada skin paparan

 Sambungkan kabel VGA LCD yang dibekalkan daripada soket LCD ke komputer.

 On kan LCD dan komputer

 Jika perlu install driver pada komputer yang digunakan untuk mendapat ketepatan imej yang dipancarkan.

 Laraskan ketinggian LCD dengan memusingkan butang kaki elevator yang terletak di bahagian depan.

(19)

Model LCD Dan Bahagian Utama

(20)

Penyambungan Projektor LCD ke VCD atau DVD , Kamera Video Dan Pembesar Suara Luaran

Panduan Penjagaan

 Selepaskan menekan butang Standby untuk memadamkan lampu projector , biarkan sekurang kurangnya 15 saat sebelum menekan butang Standby sekali lagi.

 Elakkan membuka dan menutup suis berulang kali semasa pengoperasian.

(21)

 Biarkan projector seketika untuk disejukkan sebelum mengangkatnya.

 Jangan didedahkan pada kelembapan dan habuk.

 Tangani dengan cermat dan jangan dijatuhkan kerana ia mengandungi komponen yang mudah pecah.

Latihan

1.9 jenis-jenis dan penggunaan papan pengajaran

Pengenalan

Papan unjuran adalah papan pengajaran yang digunakan secara langsung oeh guru

untukmenyampaikan pengajaran kepada murid. Biasanya papan unjuran terdapat dalam setiap bilik darjah secara kekal atau mudah alih.

Terdapat beberapa jenis papan unjuran:

1. Papan Tulis 2. Papan putih 3. Papan Magnetik 4. Papan Flip

5. Papan Pameran / Papan Kenyataan 6. Papan Flanel

7. Papan Gulung 8. Papan Slip 9. papan Elektronik

1. Cuba fikirkan , Anda mempunyai komputer dan LCD yang akan digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Senaraikan kelebihan dengan menggunakan media ini

2. Anda dikehendaki menggunakan LCD dan Komputer dalam pengajaran dan pembelajaran di mana kelas.

(22)

Papan Tulis

Para pendidik telah mengiktiraf papan kapur sebagai alat Bantu mengajar di dalam bilik darjah. Papan Tulis juga di kenali sebagai Papan Kapur, Papan Hitam, Papan Hijau serta digunakan sejak lama dahulu.

 Penggunaannya mudah kerana ia sentiasa berada dalam bilik dajah

 Penggunaannya tidak memerlukan bakat atau pealatanistimewa.

 Perubahan atau tambahan isi boleh dilakukan dengan cepat dan mudah.

 Mudah alih serta senang dipergunakan untuk pelbagai tujuan sampingan.

Papan Putih

Papan Putih adalah satu inovasi baru dalam teknologi papan tulis. Permukaan sekeping papan dilapik dengan satu lapisan enamel putih yang menjadi permukaan untuk ditulis dengan

menggunakan pena berisi dakwat khas yang mudah dipadamkan.

 Tidak ada habuk

 Mudah alih serta boleh di buat dalam pelbagai saiz.

 Mudah dicuci dengan menggunakan pemadam berkain lembut.

 Boleh dihasilkan sendiri.

Papan Magnetik

Papan Magnetik di perbuat daripada logam. Keping-keping magnet kecil akan melekat di atas permukaantersebut untuk melekatkan kertas atau kad visual di atas papan tersebut.

(23)

 Magnet dapat melekat bahan visual yang digunakan dengan baik dan mudah

 Kesan tarikan magnet tidak dipengaruhi oleh perubahan cuaca seperti angin dan hujan. Oleh yang demikian papan magnet boleh digunakan dalam banyak keadaan, tempat dan masa.

 Boleh digunakan untuk menunjukkan kesan-kesan perubahan atau pergerakan dengan mudah dan cepat, seperti mengaluh visual ketempat baru atau dapat tindan tindihkan visual-visual iu.

Papan Flip

Papan Flip boleh diperbuat daripada papan lapis dengan ukuran sederhana dan ianya perlu dibuat kaki untuk ianya berdiri secara sedikit condong kebelakang. Papan flip boleh dialihkan keperbagai sudut sama ada untuk pembelajaran dan pameran.

Kelebihan.

 Boleh mempamerkan berbagai poster atau visual yang telah dijilid.

 Papan Flip ini berbentuk mudah alih dan sangat sesuai untuk berlajar berkumpulan.

 Dapat menunjukan carta jenis bersiri dengan mudah.

Papan Pameran Papan Kenyataan

(24)

Kelebihan

 Sangant mudah untuk menyebarkan maklumat

 Senang ditampal maklumat

 Tidak memakan ruang

 Sangat mudah untuk mengantikan maklumat baru.

Papan Flanel

Papan flannel merupakan satu bentuk papan pengajaran yang agak popular di kalangan guru-guru sekolah rendah. Pada dasarnya, papan ini diperbuat daripada satu permukaan kain flannel, iaitu sebarang kain yang mempunyai permukaan berbulu kasar. Permukaan berbulu ini mempunyai satu keistimewaan, iaitu dua keeping kain flannel boleh bercantum apabila

dilekapkan, sifat istimewa ini dipergunakan untuk papan flannel. Kad-kad visual disediakan, dan secebis kain flannel ataupun kepingan bahan-bahan lain yang berbulu kasar digamkan pada bahagian belakang kad-kad tadi. Sekarang kad-kad visual itu bolehlah dilekapkan keatas permukaan papan flannel dengan mudah.

Kelebihan :

 Cerita atau tema dapat dipersembahkan sedikit demi sedikit.

 Sesuai untuk berbagai-bagai jenis tajuk dan subjek.

 Mudah disediakan, serta banyak jenis bahan boleh digunakan

 Perubahan atau perkembangan tajuk boleh dilakukan dengan serta merta melalui kaedah tindan tindih visual ataupun perubahan kedudukan visual tersebut.

 Menggalakkan pengelibatan murid sepenuhnya dalam tajuk yang disampaikan seperti aktiviti mencantum ayat, memadankan gambar, sesi bercerita dan sebagainya.

 Senang disimpan, dibawa atau digunakan.

(25)

Papan Gulung

Papan gulung adalah papan tulis yang dapat digulungkan untuk dibawa atau ndisimpan dan papan tersebut boleh dibentangkan semasa digunakan dalam bilik darjah. Papan gulung boleh diperbuat daripada

kepingan getah atau kertas rexine atau kain kanvas supaya papan ini boleh digulung.

Papan gulung mempunyai satu keistimewaan, iaitu bahan-bahan pengajaran guru boleh disediakan dengan terperici terlebih dahulu. Apabila sampai masanya guru hanya mempamerkan bahan-bahan tersebut kepada murid. Ini sangat berfaedah terutama kepada guru atau calon guru yang kurang mahir dalam bidang atau perinsip-perinsip tertentu, atau bahan tersebut memerlukan masa yang lama untuk disediakan.

Kelebihan;

 Mudah dibuat

 Mudah dibawa, digunakan atau disimpan

 Bahan-bahan pengajaran yang sukar boleh disediakan terlebih awal dengan baik dan sempurna.

 Sesuai untuk semua matapelajaran dan boleh digunakan di dalam atau diluar bilik darjah.

Papan Slip

Papan pengajaran jenis ini mempunyai kocek-kocek di mana kad visual atau kad huruf boleh diselitkan. Kocek-kocek itu mungkin diperbuat daripada jalur-jalur plastik jernih atau bahan-bahan lain.

Penggunaan papan selit hampir-hampir sama dengan papan flannel.

Kelebihan :

(26)

 Senang dibawa serta dapat digunakan di dalam atau di luar bilik darjah

 Visualnya senang, cepat serta mudah dibuat.

 Menggalakkan penglibatan murid dalam kelas.

1.10 Jenis dan Penggunaan Media bukan Unjuran

Bahan-bahan Dua Demensi

Bahan 2D atau dua demensi adalah bahan-bahan visual yang dilukis atau dicetak atau digambarfotokan di atas sekeping kertas atau permukaan rata.

Jenis-jenis bahan 2D yang dapat digunakan di dalam bilik darjah termasuklah:

a. Gambar b. Grafik c. Carta d. Peta e. Graf f. Poster g. Kad Imbasan h. Kad Gambar

Gambar atau gambar foto

(27)

Kelebihan Gambarfoto

a. Gambar boleh menerangkan dengan jelas konsep-konsepabstrak kepada ide-ide yang maujud dan formal.

b. Gambar mudah didapati dan mudah dihasilkan.

c. Tidak memerlukan peralatan khas untuk menggunakan gambar kecuali ianya terlalu kecil.

d. Penggunaan gambar foto boleh disesuaikan dengan semua peringkat pengajaran pembelajaran dari set induksi hingga ke penutup

e. Gambar dapat menunjukkan mengenai sesuatu benda atau keadaan yang baru kepada murid dengan jelas dan tepat.

Kelemahan Gambarfoto

a. Kadangkala ianya terlalu kecil untuk dilihat dengan baik oleh murid-murid dalam sesuatu bilik darjah yang besar.

b. Tidak dapat menunjukkan keadaan atau sifat sebenar ssuatu benda kerana gambar berbentuk dua demensi.

c. Kaku tiada pergerakan. Oleh itu, mungkin konsep sebenarnya bahan yang ditunjukkan tidak dapat sampai kepada murid dengan sepenuhnya.

d. Kadangkala gambar yang dipamerkan tidak mempunyai warna, maka penegasan kesahan tidak dapat dibuktikan

e. Gambar foto hanya menunjukkan satu sudut pandangan sahaja. Dengan itu mungkin murid tersilap membentuk konsep mengenai sesuatu benda.

Panduan Penggunaan Gambarfoto.

a. Untuk alat Bantu mengajar gunakan gambarfoto yang besar agar dapat dilihat dengan jelas oleh semua murid dalam kelas.

b. Semasa digunakan, letak gambarfoto di atas alas atau pemegang atau kaki atau diletakkan diatas papan kapur, supaya gambar foto berkedudukan tegap.

c. Hadkan jumlah gambarfoto yang bakal digunakan pada satu-satu masa. d. Gunakan satu gambar foto pada satu-satu ketika agar perhatian murid tidak

terganggu kerana terlalu banyak visual.

(28)

Gr afik

Grafik adalah gambar-gambar yang dilukis dalam bentu hitam puti atau berwarna warni. Semasa menggunakan grafik, guru haruslah berhati-hati kerana telah terbukti berlakunya perbezaan intepretasi mengenai masej yang ingin disampaikan oleh grafik tersebut. Setiap individu mempunyai pandangan dan intepretasi yang berlainan mengenai maksud sesuatu garfik yang dilihatnya. Keadaan ini menjadi dasar yang digunakan di dalam Ujian Warna ‘Rorschach Color Test’ oleh ahli-ahli psikologi untuk menguji personality seseorang.

Guru mestilah sentiasa memberi pandangan semasa grafik digunakan agar bahan tersebut boleh mencapai objektif yang diperlukan. Semakin rendah tahap penerimaan murid, semakin banyaklah panduan dan bimbingan yang diperlukan untuk memastikan mesej yang betul diterima daripada sebarang grafik yang digunakan.

Car ta

Carta pada amnya merupakan kumpulan gambar rajah yang menunjukkan acara-acara yang kompleks atau perkara-pekara yang telah berlaku dalam jangka masa tertentu. Carta selalunya mempunyai satu sifat utama, iaitu melibatkan gambaran satu proses ataupun alran perubahan sesuatu.

Sebelum carta dapat digunakan dengan sempurna di dalam bilik darjah, guru haruslah pastikan bahawa carta tersebut ada tujuan pengajaran yang jelas. Secara amnya, carta patut memberi satu konsep utama sahaja. Carta yang baik mesti dapat menyampaikan mesejnya melalui visual.

Jenis-jenis Car ta

(29)

 Carta Klasifikasi digunakan untuk mengkelaskan atau menunjukkan kategori bahan-bahan tertentu, peristiwa, sepsis dan taksonomi haiwan atau tumbuhan mengikut sifat, kumpulan dan sebagainya.

 Carta Masa menggambarkan hubungan masa dan peristiwa, berguna untuk meringkaskan masa satu siri peristiwa yang telah berlaku.

 Carta Jadual menunjukkan keterangan berdata atau bernilai yang memberi penjelasan mengenai masa dan waktu suatu perkara atau peristiwa akan berlaku

(30)

Graf

Graf adalah gambaran visual mengenai satu set nilai data yang dapat memberi penerangan boleh tampak mengenai hubungan dan perubahan-perubahan yang berlaku pada set data itu. Graf adalah satu pesembahan visual yang menarik dan berguna dalam pengajaran dan pembelajaran.

Terdapat empat jenis graf yang biasa digunakan. Pemilihan jenis graf untuk digunakan di dalam bilik darjah bergantung kepada dua factor penting;

 Kadar kesukaran fakta atau data yang hendak disampaikan

 Tahap fahaman atau penerima murid.

Agar pengunaan graf menjadi amat efektif, guru patutlah memilih jenis yang sesuai dengan keperluan factor-faktor di atas.

Jenis-jenis graf

Data-data ditukar menjadi blok atau selinder yang mempunyai nilai-nilai tertentu. Selalunya graf ini dilukis menegak, dimana skala menegak menunjukan perubahan kuantiti

Untuk pastikan tidak ada kekeliruan mesej berlaku, adalah baik jika ketebalan atau lebar blok yang dibuat itu dilukis dengan menggunakan sukatan unit yang serupa. Graf Bar adalah mudah dibaca dan amat sesuai untuk murid tahap rendah.

Graf Gambar atau Pictograf

(31)

Untuk pastikan tidak berlaku sebarang kekeliruan, adalah lebih baik andainya guru dapat menulis unit niali setiap gambar atau symbol yang digunkan itu dengan jelas dan nyata.

Graf Bulat atau Pie

Satu bulatan dilukis dan bulatan itu dibahagikan kepada beberapa bahagian atau segmen. Setiap satu segmen merupakan sebahagian ataupun peratus daripada nilai utama satu set data.

Graf jenis ini adalah mudah untuk diterjemahkan jika data atau nilai utamanya boleh difahami oleh murid-murid.

Gr af Gar isan

Graf ini merupakan graf yang paling tepat dan paling kompleks. Graf garis ditulis berpandukan kepada dua paksi bersudut tepat. Setiap paksi membawa skala-skala masing-masing. Titik-titik ditandakan mengikut kordinat pada satu set nilai data-data.

Kemudian titik-titik itu disambungkan dengan garis lurus atau garis lengkung.

(32)

Poster

Poster adalah satu lukisan atau cetakan yang mengabungkan penggunaan garisan-garisan, huruf-huruf serta warna-warna di dalam satu persembahan visual yang memaparkan satu atau lebih mesej-mesej tertentu. Kerap kali poster digunakan sebagai satu daya penarik kepada satu peristiwa atau acara yang bakal diadakan

Poster boleh digunakan dengan berkesan dalam bilik darjah kerana poster mempunyai bentuk yang dinamik dan berwarna dapat menarik perhatian serta boleh menyampaikan mesejnya dengan spontan. Guru haruslah berwaspada kerana sesuatu poster akan berakhir selepas sesuatu acara atau peristiwa telah berlaku. Poster tidak boleh dipamerkan terus menerus.

Kelebihan poster

a. Sebagai perangsang untuk menarik minat murid kepada satu topik baru atau satu kelas baru atau peristiwa sekolah tertentu.

b. Sebagai satu motivasi menggalakkan murid menghadiri aktiviti-aktiviti sekolah, perjumpaan GERKO, aktiviti Pusat Sumber, Kempen Gerakan Membaca dan lain-lain.

c. Sebagai peringatan keselamatan di dalam makmal atau bengkel atau situasi-situasi-situasi tertentu.

d. Sebagai promosi untuk memberi latihan atau membentuk amalan kesihatan yang baik atau sikap yang murni.

Bahan Tiga Dimensi

Bahan 3D atau Tiga Dimensi adalah bahan-bahan yang mempunyai bentuk serta menyerupai bahan yang sebenar. Banyak jenis bahan boleh didapati di dalam kumpulan ini.

Kelebihan Bahan 3D

a. Konsep yang betul dibina kerana murid boleh melihat benda yang sebenar.

b. Pembelajaran akan berlaku dengan lebih sempurna kerana murid dapat belajar daripada penggunaan bahan-bahan yang sebenar

c. Murid dapat memahami tentang sifat, binaan serta pergerakan sesuatu benda itu dengan lebih baik

d. Memberi pengalaman tentang keadaan sebenar sesuatu bahan atau benda itu. e. Menggalakkan murid membuat kajian lanjut mengenai sesuatu kejadian atau

hasilan.

f. Memberi lebih banyak peluang kepada murid berinteraksi diantara satu sama lain. g. Menimbulkan semangat ingin tahu yang akan membawa kepada konsep

pembelajaran melalui penyelidikan.

Bahan-bahan 3D yang digunakan oleh guru sebagai alat Bantu mengajar antara lain termasuklah :

 Realia

(33)

 Diorama

 Akuarium dan terrarium

 Boneka

 ‘Mobile

 Topeng

Realia

Realia adalah bahan-bahan yang sebenarnya dan ia boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti berikut:

(a) Realia Asli

Ini merupakan bahan hidup yang sebenarnya, dan masih hidup seperti cacing tanah, belalang dan sebagainya, ataupun bahan sebenarnya yang kaku (bukan hidup) seperti mesin, jentera dan lain-lain.

(b) Realia Awet

Bahan-bahan hidup yang telah diawet dan disimpan didalam bendalir kimia. Contoh, ikan dan serangga.

(c) Spesimen

Ini merupakan sample atau contoh hidupan yang dapat mewakili kumpulan hidup-hidupan tertentu yang mempunyai sifat-sifat atau cirri-ciri yang lazimnya terdapat pada kumpulan hidup tersebut. Biasanya spesimen didapati sebagai bentuk bahan awetan. Contohnya Kutu Daun dan udang.

(34)

Model

Model adalah binaan rupa bentuk bahan atau benda asal yang mungkin diperbuat daripada bahan keras seperti tanah liat, plastisin dan getah.

Beberapa pecahan jenis model:

(a) Model Berskala

Model berskala ialah model bahan yang diperbuat dalam saiz yang sama besar dengan benda asal ataupun dalam saiz yang lebih kecil

denganberpandukan kepada skala pembesaran atau pengecilan tertentu. Setiap bahagian yang dibuat menyerupai benda yang asal.

Contohnya keretapi dan kapal terbang.

(b) Model Olok-olok

Model olok-olok merupakan model yang diubahsuai daripada rupa bentuk benda yang sebenarnya, untuk menunjukan pergerakan atau perjalanan kerja pada benda asal itu. Biasanya model olok-olok ini dibuat lebih besar daripada keadaan asal tanpa menghiraukan skala pembesaran tertentu tetapi masih dapat menunjukkan keadaan asal yang sebenarnya.

(35)

(c) Model Keratan Rentas

Model besar yang menunjukkan keratan rentas pada satu bahagian tertentu pada satu benda, untuk memperlihatkan rupa bentuk bahagian dalam benda tersebut. Keratan rselalunya digunakan dengan lebih

meluas dalam matapelajaran Sains, Contoh keratan rentas daun atau kuli manusia

Dior ama

Diorama adalah satu persembahan pameran model-model yang disusun rapi supaya dapat menggambarkan keadaan atau rupa bentuk satu situasi pemandangan asal. Kebanyakan diorama dapat dilihat di dalam muzium yang mempamerkan pemandangan-pemandangan atau keadaan semasa zaman silam.

Guru boleh menggunakan diorama untuk pengajaran tertentu di dalam bilik darjah seperti matapelajaran Kajian Tempatan, Sains dan sebagainya.

(36)

Akuar ium dan Ter r ar ium

Akuarium ialah tempat untuk memelihara hidupan dalam air sementara Terrarium pula ialah tempat untuk memelihara hidupan kecil atas tanah.

Akuarium boleh disediakan dengan menggunakan bekas-bekas kaca ataupun balang-balang plastik. Ikan tropika boleh dipelihara didalam akuarium tersebut

Ter r ar ium

Terrarium boleh digunakan untuk memelihara haiwan-haiwan kecil seperti mengkarung, kura-kura kecil, katak dan reptilia-reptilia kecil yang tidak berbahaya. Kotak-kotak kecil bertutup boleh digunakan sebagai terrarium.

Boneka atau Patung

Boneka boleh digunakan sebagai alat Bantu mengajar yang berkesan terutama untuk pelajaran Bahasa atau Pendidikan Moral. Beberapa jenis boneka boleh dihasikan untuk kegunaan guru termasuklah

(a) Boneka sarung Tangan (b) Boneka Lidi

(37)

Boneka Sar ung Tangan

Sarung tangan boleh digubah menjadi badan dan anggota boneka. Semasa menggunakan boneka jenis ini jari dimasukkan ke dalam sarung tangan itu dan gerakkan untuk

menghidupkan anggota boneka.

Boneka Lidi

Boneka ini diperbuat daripada bahan yang keras atau tebal. Kemudian lidi panjang diletakkan pada badan boneka termasuk pada anggota-anggota tertentu yang bakal digerakkan semasa menggunakannya, boneka di julang pada lidi utama dan lidi-lidi yang lainnya digoyangkan untuk menggerakkan anggota bandan boneka tersebut.

Wayang Kulit

Rupa bentuk Boneka dilukis di atas kertas tebal, diwarnakan dan bentuknya di potong keluar. Lidi-lidi halus diletakkan pada tempat-tempat tertentu pada badan boneka itu. Semasa

(38)

Satu lagi cara persembahan wayang kulit ialah dengan menggunakan OHP sebagai sumber cahaya dan imej boneka akan terpapar di atas skrin.

Boneka Ber tali

Boneka Bertali atau ‘marionette’ diperbuat daripada bahan-bahan keras seperti papier mache, plaster-of-Paris atau kayu. Tali-tali halus disambungkan kepada bahagian-bahagian boneka yang boleh bergerak. Semasa digunakan, tali-tali itu ditarik-tarik untuk membuat anggota-anggota boneka tersebut bergerak.

Topeng

(39)

Latihan

Nyatakan jenis graf yang manakah anda akan gunakan bagi setiap situasi berikut:

Mengaitkan jualan keluaran kepada kertiga-tiga bahagian sesuatu syarikat bagi tempoh tahun.

Menunjukkan penggunaan tenaga berkadar dengan purata rumah bagi pemanasan dan untuk menjalankan mesin.

Memberi ilustrasi penggunaan minyak petrol dalam sesuatu negeri bagi suatu siri bulan yang panjang.

Membandingkan jumlah kalori yang ditemui dalam 10 makanan yang berlainan. Menunjukkan perubahan melampau dalam populasi spisies yang hampir pupus bagi

Gambar

Gambar Foto
grafik kelihatan kemas dan terancang. Ruang kosong yang ditinggal
Grafik yang telah siap dihasilkan perlulah disediakan untuk digunakan dalam bilik darjah
Gambar sama ada dalam bentuk hitam putih atau berwarna merupakan gambaran sebenar rupa bentuk manusia, tempat dan benda yang telah dirakamkan dengan kamera di atas kertas foto atau filem
+3

Referensi

Dokumen terkait

Hal tersebut menandakan bahwa dalam pengelolaan pembelajaran terdapat interaksi yang terjalin sehingga peserta didik dapat secara aktif mengembangkan kecakapannya

Begitu juga dalam permainan bolabasket membutuhkan kemampuan dasar fisik yang baik, tetapi tidak meninggalkan faktor-faktor yang lain Dikatakan oleh Harsono (1970: 23)

Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui pengaruh pemberian be- berapa level protein dalam ransum terhadap performa produksi telur ayam turunan pertama (FI)

dari anggota yang terpilih dengan seleksi ketat, dipimpin oleh moderat or terlatih yang menyediakan inform asi yang mendetail untuk memahami sebuah isu yang akan

Kebijakan puritanisme oleh sultan Aurangzeb dan pengislaman orang-orang Hindu secara paksa demi menjadikan tanah India sebagai negara Islam, dengan menyerang berbagai praktek

Müller'in yayımlamış olduğu Uigurica serisinin ikinci cildinin içindeki metinler arasında Türk sözünün geçtiğini ve burada bir kavim ismi değil, anlamı olan

Mencatat persediaan bahan Membayar bahan yang dibeli Membuat laporan persediaan bahan Faktur pembelian Mencatat transaksi pembelian bahan Membuat laporan transaksi pembelian

penambahan jumlah tenaga kerja namun bila dilihat dari segi biaya yang dikeluarkan, aktivitas pekerjaan dalam percepatan umur proyek dapat. mengeluarkan biaya yang lebih rendah