• Tidak ada hasil yang ditemukan

PERBANDINGAN KONSEP MANUSIA ANTARA CARL (1)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "PERBANDINGAN KONSEP MANUSIA ANTARA CARL (1)"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

ROSLEE AHMAD & MOHAMED SHARIF MUSTAFFA, Ph.D Jabatan Pendidikan Sosial, Fakulti Pendidikan,

Universiti Teknologi Malaysia, Skudai

SULAIMAN SHAKIB MOHD NOOR Pusat Pengajian Islam dan Pembangunan Sosial

Universiti Teknologi Malaysia, Skudai

ABSTRAK

Artikel ini akan membincangkan mengenai konsep manusia, perkembangan personaliti manusia, faktor-faktor yang mempengaruhi tingkahlaku manusia, latar belakang teori kaunseling berbanding konsep hisbah Al Ghazali,, pendekatan kaunseling yang digunakan dan pandangan kedua-dua tokoh tentang manusia yang sihat mental. daripada segi konsep manusia dapatlah dilihat bahawa kedua-duanya melihat manusia sebagai insan yang sempurna Dari segi perkembangan personaliti manusia itu pula bergantung pengalaman lepas, kendiri dan organisma menurut Rogers manakala Al Ghazali menyatakan perkembangan personaliti manusia itu melalui hidayah Allah, pendidikan dan ibadah. Dari segi faktor-faktor yang mempengaruhi tingkah laku manusia kedua-duanya mempunyai pandangan yang hampir sama cuma Al Ghazali menambah tentang peranan syaitan, hidayah dan faktor iman. Matlamat kaunseling juga ada

* Kertas kerja Peringkat Kebangsaan dibentangkan di Konvensyen PERKAMA ke XI

(2)

banyak persamaan iaitu bertujuan untuk membantu individu berinteraksi dengan orang lain dan bersyukur dalam hidup yang sederhana.

PENGENALAN

Seorang kaunselor profesional mestilah mendapat latihan secara formal yang diiktiraf oleh masyarakat dan undang-undang negaranya. Kaunselor pula adalah seorang yang membantu kliennya dengan nasihat, tunjukajar dan teguran-teguran tentang sikap, nilai dan tingkahlaku kliennya terhadap dirinya sendiri atau masyarakat disekitarnya. Kesedaran dan keinsafan kliennya akan menyebabkan kliennya segera berubah dan menjadi rasional semula Muhd Mansur (1986). Dalam menangani masalah yang melanda kliennya, seseorang kaunselor harus mempunyai kepakaran untuk melihat ke dalam diri kliennya tentang siapakah dirinya yang sebenar. Oleh itu artikel ini bertujuan untuk melihat konsep manusia itu sendiri dari pandangan Rogers dan Al Ghazali.

DEFINISI KONSEP MANUSIA

Menurut pandangan Teori evolusi yang dipelopori oleh Darwin (1809) menyatakan yang manusia itu berasal daripada haiwan yang terjadi akibat daripada evolusi alat tubuh yang mana dengan perkembangan yang bersahaja sampai kepada tingkat haiwan dan akhirnya wujudlah rupabentuk manusia itu sendiri. Manusia daripada sudut Islam pula berbeza daripada pandangan barat. Manusia adalah makhluk ciptaan Allah yang paling sempurna dan mempunyai kebesaran dan keistimewaannya sendiri Abduh (1969). Allah menjadikan manusia dengan memberikan kepadanya akal, naluri dan pancaindera supaya ia dapat menjadi khalifah untuk menghidup dan memakmurkan muka bumi.

“Sesungguhnya kami menjadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian”

(3)

Carl Rogers merupakan seorang psikoterapi daripada barat yang terkenal dengan teorinya Terapi Pusatan Klien dan telahpun menerbitkan bukunya yang pertama pada tahun 1952 berjudul “Client Centered Theraphy” manakala Al Ghazali pula adalah seorang tokoh falsafah Islam yang terkenal selepas

kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Dalam kitabnya yang terkenal ‘Ihya ulumuddin’ ada disebutkan ‘konsep hisbah’ yang menghampiri kaunseling. Jadi dalam artikel ini kita ingin melihat pandangan kedua-dua tokoh ini terhadap konsep manusia, faktor-faktor yang mempengaruhi tingkah laku manusia, latar belakang teori, pendekatan yang digunakan dan manusia yang sihat mentalnya.

PANDANGAN TERHADAP KONSEP MANUSIA

Rogers berpendapat manusia adalah sejenis makhluk yang positif, rasional dan realistik serta sentiasa bergerak maju menuju kearah kesempurnaan kendiri. Selain daripada itu sungguhpun manusia sentiasa bergerak menuju kearah kesempurnaan kendiri ada kalanya mereka tidak pasti tentang keupayaan dan potensi diri mereka dan dikala ini mereka akan menggunakan helah bela diri jika perlu dalam melindungi keperluan diri mereka. Helah bela diri yang keterlaluan akan menyebabkan keadaan jadi nagetif dalam diri mereka.

Untuk perkembangan personaliti manusia pula, Rogers berpendapat tiga faktor yang iaitu organisma, kendiri dan pengalaman lepas memainkan peranan yang penting. Organisma bermaksud individu itu dilihat secara menyeluruh dan aspek yang berfungsi seperti kognitif, afektif dan psikomotornya. Kendiri pula bermaksud organisma dinamik yang didalamnya mengandungi nilai dan matlamat yang mempengaruhi organisma tersebut bertingkahlaku. Nilai dan matlamat ini akan bertindak kearah nirwana kendiri manakala pengalaman lepas

(4)

daripada keadaan ataupun sifat bengis, menyakitkan dan keadaan yang tidak matang.

Al Ghazali pula berpendapat manusia itu sebagai bersifat kompleks, kebendaan ,

sayangkan dunia dan sukakan kecantikan. Selain daripada itu manusia dilihat daripada 3 sifat iaitu sifat kemalaikatan, kehaiwanan dan kesyaitanan. Sifat kesyaitanan akan membawa atau menjuruskan manusia itu ke kancah maksiat. Sifat kehaiwanan pula menunjukkan fungsi haiwan hidup untuk makan, tidur, bergaduh minum dan sebagainyaa dan sifat kemalaikatan pula jika berjaya menentang sifat kesyaitanan akan menyebabkan manusia itu tunduk dan sujud kepada perintah Allah. Bagi perkembangan personaliti manusia pula Al Ghazali berpendapat ianya akan diperolehi melalui hidayah Allah, pendidikan dan ibadah. Keadaan ini juga bergantung kepada faktor luaran dan dalaman diri manusia itu sendiri. Personaliti manusia pula hendaklah dirujuk kepada sifat-sifat kerohanian dan kejiwaan iaitu hati, roh, akal, jasad dan nafsu.

FAKTOR-FAKTOR MEMPENGARUHI TINGKAH LAKU MANUSIA

Bagi Rogers, kadangkala faktor positif yang diterima daripada orang lain boleh menimbulkan konflik dalam diri seseorang terutama apabila faktor baru tidak kongruen dengan faktor yang sedia ada dalam dirinya. Kebebasan membuat keputusan bertitik tolak daripada sikap terbuka pada diri mereka dan pengalaman mereka memainkan peranan secara menyeluruh.

(5)

LATARBELAKANG TEORI

Dalam Bukunya ‘Client Centered Theraphy’ Rogers menyatakan kaunseling memainkan peranan untuk membantu individu bersikap lebih terbuka terhadap pengalaman mereka dan seterusnya akan dapat menerima orang lain. Kaunseling akan menyorot ke dalam diri, memberi sokongan emosi dengan menyediakan klien emosi yang sihat, menerima dan mendengar apa yang diperkatakan oleh kliennya. Peranan kaunselor asdalah untuk menyedarkan kliennya dan membantu kliennya untuk mencari kelegaan atau kembali normal selepas sesi kaunseling. Rogers juga berpendapat manusia itu tidak boleh berserah kerana manusia itu mampu untuk menentukan masa depannya.

Matlamat kaunseling Rogers adalah untuk menjadikan individu itu diterima oleh orang lain dan menerima dirinya seadanya. Keadaan ini akan menyediakan diri klien bukan setakat menyelesaikan masalahnya pada masa itu sahaja tetapi pada masa yang akan datang juga. Klien boleh dipandukearah perasaan dan pemikiran mereka sendiri dan disediakan suasana untuk berkembang.

Menurut Rogers, ciri-ciri kaunselor yang unggul adalah mereka perlu bertindak sebagai pemudah cara melalui kebolehannya berempati dan mempunyai kemahiran untuk mewujudkan suasana yang teraputik. Kaunselor juga seharusnya mempunyai kebolehan untuk membantu klien menolak sifat defensif dalam kepelbagaian tingkahlakunya yang ada dalam dirinya. Selain daripada itukaunselor berkebolehan menyamatarafkan dirinya dengan kliennya dalam membantu kliennya menyelesaikan masalahnya dan akhirnya kaunselor perlu bertindak sebagai cermin dan bukan sebagai pendiagnosis masalah kliennya serta tidak memandang rendah terhadap kliennya.

(6)

sebagai agamanya. Konsep hisbah padanya adalah satu proses untuk membantu klien memahami dirinya agar bersikap lebih terbuka kepada pengalaman mereka dan dapat menerima pandangan orang lain. Perubahan pada diri klien akan menjadikan mereka manusia yang matang. Sementara itu

seorang kaunselor tidak boleh memaksakan pandangannya agar diikuti oleh kliennya.

Matlamat kaunseling menurut Al Ghazali adalah untuk memperkembangkan personaliti individu ke arah yang positif. Selain daripada itu juga ia bertujuan untuk membantu individu berinteraksi dengan masyarakat disekelilingnya melalui perkembangan konsep kendiri. Kaunselor juga perlu membekalkan pengalaman baru agar dapat digunakan oleh klien agar dapat membezakan diri mereka dengan orang lain. Kaunselor juga perlu membantu kliennya agar dapat berinteraksi dengan orang lain dan hidup dalam kesederhanaan dan menjadikan mereka sebagai khalifah Allah dimuka bumi ini.

Bagi ciri-ciri kaunselor yang unggul pula Al Ghazali berpendapat seseorang kaunselor itu mestilah beriman dan beribadat kepada Allah. Kaunselor itu juga mesti seorang yang berakhlak mulia, sedia bertolak ansur dan menerima pendapat orang lain, suka bergaul dan menenangkan mereka yang dilanda masalah, bersifat ikhlas, menepati janji dan berilmu dan boleh berkomunikasi dengan baik dan selalu memohon pertunjuk daripada Allah.

PENDEKATAN YANG DIGUNAKAN

Rogers menetapkan prinsip penerimaan tanpa syarat, perhubungan yang baik,

(7)

Bagi teknik yang gunakan pula, bagi Rogers penerimaan tanpa syarat adalah penting dalam membina perhubungan yang erat antara kaunselor dengan kliennya. Ini kerana dari sini nantilah klien akan dapat rasakan yang dirinya diterima dan akhirnya dengan mudah klien dapat menyatakan perasaan yang

sedang melandanya dengan tenang. Rogers juga menyatakan keperluan membina suasana yang tenang dan kefahaman kaunselor tentang masalah akan memberikan hubungan yang erat.

Dari segi perlaksanaan sesi pula, Rogers menyatakan keperluan setting yang baik, jarak duduk yang selesa antara kaunselor dengan kliennya maksudnya tidak terlalu jauh atau terlalu hampir dengan kliennya, keadaan bilik yang kedap bunyi, kontak mata, mencungkil rahsia dan sentuhan tubuh badan jika perlu.

Al Ghazali pula menggunakan pendekatan seperti nasihat dan pengajaran yang baik, menerima kliennya dengan ikhlas dan tidak memandang rendah kepada kliennya, ikhlas dan tidak buruk sangka terhadap kliennya, memberi simpati dan mendengar dengan teliti tentang apa yang hendak disampaikan oleh kliennya dan kaunseling individu yang halus dan kaunseling individu yang kasar terutama dalam menangani golongan yang murtad.

Sementara itu teknik yang Al Ghazali gunakan adalah dengan menggunakan pendekatan al Quran iaitu dengan menyeru manusia kepada 3 cara:-

a. cara berhikmah yang merangkumi keadilan, meolak kejahilan dengan meletakkan sesuatu pada tempatnya, berkata benar dan menegakkan kebenaran berpandukan hujah-hujah Al Quran.

b. Nasihat yang baik seperti dengan memberi ransangan yang baik untuk meninggalkan perkara yang buruk dan memberikan nasihat dengan

cara yang meyakinkan.

(8)

Dari segi perlaksanaan sesi pula, Al Ghazali juga menitikkan tentang pentingnya setting yang baik, keperluan membina perhubungan awal yang dipanggil ‘taaruf’, keadaan bilik yang tidak terlalu panas, jarak duduk yang tidak terlalu rapat. Al Ghazali juga melarang mambuka rahsia atau mencungkil rahsia bagi pasangan

yang telah berpisah, pertentangan mata antara orang yang bukan muhrim, keadaan bilik yang tidak bertutup rapat (boleh dilihat dna kalau boleh kaunselor dan klien daripada jantina yang sama.

MANUSIA YANG SIHAT MENTAL

Menurut Rogers manusia yang sihat mental adalah mereka yang cenderung kearah penyempurnaan kendiri dan dapat berkembang dengan baik dan dapat menerima sesuatu yang positif untuk diri mereka kearah matlamat penyempurnaan kendiri.

Manusia yang berfungsi sepenuhnya pula dalah organisma yang berubah ke hadapan mengikut situasi baru dengan cara yang memuaskan untuk menuju kearah penyempurnaan kendiri. Manusia seperti ini dapat dilihat apabila mereka dalam suasana yang kongruen dan harmoni antara kendirinya dengan pengalaman organismanya dan bukan orang yang sering mengherot-berotkan kenyataannya atau mereka yang bersifat defensif. Rogers juga menyatakan agar syaratkan penerimaan seseorang individu itu kerana ditakuti akan berlaku kefungsian terhad terhadap individu itu tadi.

(9)

Manusia yang berfungsi sepenuhnya pula adalahmereka yang memakmurkan muka bumi Allah dan beribadat kepadaNya melalui 3 cara iaitu:-

a. akidah iaitu kepercayaan kepada Allah dengan keyakinan yang teguh dan tauhid yang bersandarkan kepada Al Quran dan As Sunnah.

b. Syariah bermaksud menyatukan hubungan manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan Allah penciptanya.

c. Akhlak pula membicarakan tentang hati nurani manusia dan penghayatannya kepada ajaran agamanya.

KESIMPULAN

Jika dibandingkan pandangan kedua-dua tokoh ini daripada segi konsep manusia dapatlah dilihat bahawa kedua-duanya melihat manusia sebagai insan yang sempurna Dari segi perkembangan personaliti manusia itu pula bergantung pengalaman lepas, kendiri dan organisma menurut Rogers manakala Al Ghazali menyatakan perkembangan personaliti manusia itu melalui hidayah Allah, pendidikan dan ibadah.

Dari segi faktor-faktor yang mempengaruhi tingkah laku manusia kedua-duanya mempunyai pandangan yang hampir sama cuma Al Ghazali menambah tentang peranan syaitan, hidayah dan faktor iman.

Dari segi latar belakang teori masing-masing bersetuju dengan pendapat

(10)

Pendekatan yang digunakan juga hampir sama seperti mementingkan perhubungan awal dan penerimaan tanpa syarat cuma Al Ghazali berpendapat pendekatan yang kasar perlu digunakan bagi menangani mereka yang murtad. Dari segi perlaksanaan sesi Al Ghazali tidak membenarkan sentuhan tubuh

badan, bilik yang bertutup rapat, pertentangan mata, mencungkil rahsia pasangan yang berpisah dan menggalakkan kaunseling dari jantina yang sama.

Dari segi manusia yang sihat mental dan mereka yang berfungsi sepenuhnya keduanya bersetuju dengan pendapat manusia yang dapat menerima sesuatu dengan positif akan memperolehi penyempurnaan kendiri. Cuma Al Ghazali konsep hubungan manusia dengan manusia dan hubungan manusia dengan penciptanya.

Kesimpulannya pandangan kedua-dua tokoh adalah hampir sama cuma Al Ghazali mengajak mereka yang dilanda masalah untuk kembali kepada agamanya kerana disitu nanti mereka akan mendapat ketenangan.

RUJUKAN

Abduh, Sheikh Muhammad. 1969. Risalah Tauhid (Terjemahan). Jakarta: Bulan Bintang.

Al Ghazali. 1979. Akhlak dalam Islam. Terj. Abu Bakar Atjeh, Kota Bharu: Jabatan Agama Islam Kelantan.

Al Ghazali. 1979. Keajaiban Hati. Terj. Edisi Ke 2, Nurhikmah, Singapura:

Pustaka Nasional Pte Ltd.

Al Ghazali. 1979. Kimia Kebahagiaan. Terj. Abdul Majid Khatib, Kota Bharu: Pustaka Aman Press Sdn Bhd.

Al Ghazali. 1988. Ihya Ulumuddin. Terj. Ismail Yaakub, Singapura: Pustaka Nasional Pte Ltd.

(11)

Muhd Mansur Abdullah. 1986. Kaunseling. Teori, Proses dan Kaedah. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sd. Bhd.

Rogers, C.R. 1942. Counselling and Phychotheraphy, Boston: Houghton Mifflin.

Rogers, C.R 1951. Client Centered Theraphy, Boston: Houghton Mifflin.

Rogers, C.R 1961. On Becoming A Person. Boston: Houghton Mifflin.

Mohamed Sharif Mustaffa dan Roslee Ahmad. 2002. Peranan Kaunselor dalam Penerapan dan Pemupukan Nilai-Nilai Murni Melalui Program

Kaunseling Remaja di Sekolah. Satu Wadah Bersepadu. dlm. Wacana

Pendidikan dan Pembangunan Manusia. Fakulti Pendidikan UKM. Bangi, Selangor: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohamed Sharif Mustaffa, Roslee Ahmad dan Jamaluddin Ramli. 2002.

Bimbingan dan kaunseling Asas. Monograf. Edisi Pertama. Fakulti Pendidikan

UTM. Skudai. Johor: Universiti Teknologi Malaysia.

Mohamed Sharif Mustafffa dan Roslee Ahmad. (2002) Kaunseling Kerjaya dari Perspektif Islam.(8).

Rogers, C.R 1972. Becoming Partners, A Marriiage and Its Altervatives, New York: Delacorte.

Referensi

Dokumen terkait

(polycom, lifezise, dll) JAWAB: Menyambung jawaban atas pertanyaan ini sebelumnya, khusus untuk access point unifi, access point tersebut harus compatible dengan controller

Dari observasi di lapangan terlihat gejala-gejala atau indikasi bahwa mahasiswa UNP sebagai pengguna jasa perpustakaan cenderung belum merasakan eksistensi

Penerapan Sistem Manajemen Keselamatan (SMK) berdasarkan UU No. 22 tahun 2009 pasal 204 ayat 1 bahwa perusahaan angkutan umum wajib membuat, melaksanakan, dan

Implementasi Metode Pembelajaran Drill Sebagai Upaya Meningkatkan Aktivitas Dan Prestasi Belajar Mata Diklat Plc (Programmable Logic Control) Smk Muhammadiyah

 Klitoris merupakan alat reproduksi betina bagian luar yang homolog dengan gland penis pada hewan jantan yang terletak pada sisi ventral sekitar 1 cm dalam labia. Klitoris

Sebuah mobil ambulans menempuh jarak 10 km pada kecepatan 50 km/jam, Berapakah kecepatan (dalam km/jam) yang harus dicapai oleh ambulans tersebut agar total waktu tempuh

Sebagai bentuk saran kami selaku peneliti menyarakan agar pada penelitian berikutnya di lakukan penelitian pada kelompok kedua dan ketiga agar dapat diperoleh kesimpulan

All Rights Reserved... All