• Tidak ada hasil yang ditemukan

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MAJLIS DAN ACARA IPG KPM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MAJLIS DAN ACARA IPG KPM"

Copied!
17
0
0

Teks penuh

(1)

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN

MAJLIS DAN ACARA IPG KPM

Disediakan Oleh:

PUSAT PENYELIDIKAN, PEMBANGUNAN DAN INOVASI INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA

(2)

KANDUNGAN

MUKA SURAT

Pengenalan

2

Tujuan

2

Punca Kuasa/ Rujukan

3

Jenis-jenis Majlis

4

Jenis-jenis Acara

4

Penyelaras Majlis dan Acara IPGK

6

Pengurusan dan Publisiti Media

6

Kaedah Jemputan Tetamu

10

Proses Kerja

12

Carta Aliran Proses Kerja

15

(3)

1.0 PENGENALAN

Pelaksanaan majlis atau acara yang berkualiti bukan sahaja memberi

impak kepada imej Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan

Institut Pendidikan Guru Kampus (IPGK) tetapi juga kepada

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Majlis atau acara yang

dianjurkan oleh IPG KPM seperti seminar, persidangan, majlis

dialog/bual bicara, konvokesyen, lawatan tetamu kenamaan, majlis

penghargaan dan lain-lain banyak melibatkan tetamu kenamaan dan

jemputan dari dalam dan luar negara. Justeru, semua majlis atau acara

IPG KPM perlu dirancang rapi dan dilaksanakan dengan lebih

profesional agar ianya memberi impak yang positif kepada IPG KPM.

2.0 TUJUAN

Garis Panduan Pelaksanaan Majlis dan Acara ini bertujuan untuk:

2.1 memaklumkan ketetapan IPG KPM tentang dasar sesuatu majlis

dan acara yang dilaksanakan di peringkat IPG KPM;

2.2 menyediakan panduan mengenai pengurusan majlis dan acara di

peringkat IPG KPM;

2.3 menyediakan maklumat tentang perkara-perkara yang perlu

dipertimbangkan dan prosedur yang perlu dipatuhi apabila

merancang majlis atau acara IPG KPM.

(4)

3.0 PUNCA KUASA/ RUJUKAN

3.1 Berdasarkan cabutan Minit Mesyuarat Profesional Kementerian

Pendidikan Malaysia (MPKPM) Bil.04/2016, YBhg. Dato’ Sri Dr.

KPPM selaku Pengerusi Mesyuarat telah memutuskan di bawah

perkara Perutusan Pengerusi seperti berikut:

“semua undangan rasmi kepada menteri ke program yang dianjurkan

oleh bahagian/JPN hendaklah melalui pejabat KPPM terlebih dahulu,

juga hendaklah melalui SUSK/SUS seperti yang diputuskan dalam

MPKPM Bil.03/2016”.

“Laluan perintah (line of command) ini juga termasuk hal-hal lain seperti pengisian jawatan, penempatan murid di sekolah berasrama

penuh, juga daripada pihak luar berkaitan mempromosi produk dan

sebagainya”.

3.2 Surat Arahan Pegawai Pengawal Kementerian Pendidikan Malaysia

(Bagi tahun semasa, boleh dimuat turun di laman sesawang KPM )

3.3 Buku Panduan Pengurusan Majlis & Acara Edisi Pertama Tahun 2014, Jabatan Perdana Menteri

3.4 Lampiran 1

Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 1 Tahun 2014 bertarikh 6 Jun

(5)

3.5 Lampiran 2

Pekeliling Perbendaharaan mengenai Garis Panduan Perbelanjaan

Secara Berhemat Bagi Mengawal Perbelanjaan Awam P.B

3.1/2013

3.7 Lampiran 3

Panduan Penyediaan Kertas Cadangan dan Kertas Makluman Serta Pelaksanaan Keputusan Mesyuarat Profesional Kementerian Pelajaran Malaysia Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, KPM

4.0 JENIS-JENIS MAJLIS

4.1 Rasmi

Sesebuah majlis yang dianjurkan oleh Kerajaan Persekutuan atau

Kerajaan Negeri yang mendapat kelulusan peruntukan Kerajaan.

4.2 Rasmi dan Formal

Majlis/aktiviti yang sumber peruntukannya dari Kerajaan seperti

hari bekerja dari Isnin sehingga Jumaat di pejabat, di luar

pejabat, majlis penuh istiadat, majlis jamuan (malam atau hujung

minggu iaitu di luar waktu rasmi bekerja). Majlis yang

melibatkan pembesar Negara/Negeri dan menepati aspek

protokol secara penuh.

4.3 Rasmi dan Tidak Formal

Majlis/aktiviti yang sumber peruntukannya dari Kerajaan seperti

program turun padang, lawatan dan majlis perasmian. Terdapat

(6)

4.4 Tidak Rasmi

Merupakan majlis yang dianjurkan oleh Agensi-agensi

Kerajaan/swasta yang tidak melibatkan peruntukan Kerajaan

serta aspek protocol sepenuhnya.

4.5 Tidak Rasmi Tetapi Formal

Majlis/aktiviti yang sumber peruntukannya bukan dari Kerajaan

seperti individu atau pertubuhan/kelab. Majlis dihadiri oleh

orang-orang kenamaan daripada Senarai Keutamaan

Persekutuan dan Negeri (rujuk senarai yang terkini).

4.6 Separa Rasmi

Majlis/aktiviti seperti kejohanan sukan dan riadah di mana

sebahagian sumber peruntukan dari Kerajaan dan sebahagiannya

daripada sumbangan oleh wang kelab sukan atau pertubuhan

5.0 JENIS-JENIS ACARA

5.1 Dalaman

Acara dalaman lebih merujuk kepada penyertaan dalam kalangan

warga IPG KPM.

5.2 Luaran

Acara terbuka merujuk kepada skop pelibatan peserta yang tidak

terhad dalam kalangan warga IPG KPM, termasuk pelibatan

(7)

5.3 Kebangsaan

Acara peringkat kebangsaan memerlukan pelibatan atau

penyertaan dari pelbagai Negeri.

5.4 Antarabangsa

Acara peringkat antarabangsa biasanya melibatkan penyertaan

daripada beberapa Negara tertentu.

6.0 PENYELARAS MAJLIS DAN ACARA IPGK

6.1 Penyelaras tersebut bertindak sebagai pegawai penghubung

antara IPGK dan IPGM apabila terdapat sebarang urusan

berkaitan majlis atau acara yang dianjurkan di peringkat kampus

terutamanya yang melibatkan mana-mana kenamaan atau pihak

dari kementerian, agensi atau institusi dalam dan luar negara.

6.2 Surat pelantikan dikeluarkan oleh IPGM dan ditandatangani oleh

Rektor IPGM.

7.0 PENGURUSAN DAN PUBLISITI MEDIA

7.1 Majlis atau acara IPG KPM adakalanya memerlukan liputan pihak

media. Perhubungan, pengurusan dan publisiti media perlu

dirancang dan dilaksanakan dengan teliti. Kejayaan sesuatu

program anjuran IPG KPM turut diukur melalui publisiti media,

yang berfungsi menghebahkan sebarang majlis sama ada di

(8)

7.2 Oleh itu, sebarang majlis atau acara perlu dirancang dan kaedah

promosi bagi majlis dan acara seperti persidangan, bengkel,

seminar, lawatan kenamaan, syarahan awam, dan lain- lain yang

berkaitan. Selain daripada itu, kebenaran daripada pihak

Pengurusan Tertinggi KPM juga perlu diperolehi melalui Unit

Komunikasi Korporat KPM.

7.3 Perkara-perkara yang perlu diberi perhatian dalam

melaksanakan perhubungan media yang berkaitan dengan

sesuatu majlis dan acara:

7.3.1 Kenyataan Media (Press Release)

merupakan suatu kenyataan ringkas yang disediakan

untuk menyampaikan maklumat (mengenai aktiviti,

perkhidmatan, produk, pencapaian, individu dan

lain-lain) yang berguna, tepat dan menarik untuk sebaran

media.

7.3.2 Penyediaan Kenyataan Media

IPG KPM yang mengendalikan sebarang pengurusan

majlis dan aktiviti boleh mempromosikan maklumat

kepada media massa melalui kenyataan media, dengan

(9)

7.3.3 Jemputan Media

Penyelaras Majlis dan Acara IPGK perlu menghantar

maklumat mengenai sesuatu majlis atau aktiviti kepada

IPGM sebulan sebelum program bermula.

7.3.4 Penyediaan Press Kit

Press Kit perlu disediakan oleh pihak penganjur

mengandungi semua bahan seperti berikut:

a) Buku Atur Cara/ Buku Program/ Brosur/ Pamplet dan

lain- lain risalah yang mengandungi perjalanan dan

penerangan sesuatu majlis tersebut.

b) Salinan teks ucapan tetamu yang dijemput untuk

memberi ucapan seperti yang terkandung dalam atur

cara majlis.

c) Salinan teks ucapan menteri yang dijemput (sekiranya

berkaitan) press kit.

d) Pihak penganjur juga digalakkan untuk menyediakan

Press Release bagi program yang diadakan.

e) IPG KPM yang menganjurkan sesuatu majlis/acara di

digalakkan memasukkan risalah atau brosur mengenai

IPG KPM dalam kit tersebut.

f) Cenderahati kebiasaannya diberi kepada wakil media

yang membuat liputan dengan memasukkannya ke dalam

press kit (sekiranya perlu).

g) Menyediakan tag nama yang mengandungi tanda nama

"Press” kepada wakil media jika program tersebut berkaitan dengan bengkel atau seminar yang berlangsung

(10)

h) Press kit perlu diberi kepada semua wakil media sama

ada wartawan dan jurugambar akhbar, majalah,

televisyen, radio dan media alternatif.

7.3.5 Publisiti Media

Publisiti yang diberi oleh IPG KPM terbahagi kepada

empat situasi. Ianya penting bagi mengelak harapan

terlalu tinggi terhadap liputan media.

a) Program Yang Tidak Dihadiri Menteri

Luasnya liputan media (kehadiran wakil media) dalam

program anjuran IPG KPM bergantung kepada betapa

besarnya impak nilai berita sesuatu program tersebut.

b) Program Yang Dihadiri Menteri

Kehadiran ramai wakil media dalam sesuatu majlis

atau acara IPG KPM bukanlah ukuran pentingnya

majlis atau acara tersebut. Kehadiran wakil media

didorong oleh kehadiran Menteri atau Timbalan

Menteri yang lebih berminat untuk bertanya isu selain

daripada program yang dianjurkan.

c) Program Kerjasama Media (Penganjur Bersama)

Kerjasama IPG KPM dengan media selaku penganjur

bersama digalakkan kerana majlis/acara tersebut

(11)

kelemahan kaedah kerjasama ini ialah tiada wakil

media lain yang berminat untuk membuat liputan.

d) Sidang Akhbar (Press Conference)

Sidang Akhbar kebiasaannya dibuat sekiranya

terdapat sesuatu penjelasan isu atau pengumuman.

8.0 KAEDAH JEMPUTAN TETAMU

8.1 Kesesuaian kaedah jemputan adalah seperti berikut:

BIL TETAMU KEHORMAT KAEDAH JEMPUTAN

1 SPB Yang di-Pertuan Agong/ DYMM Raja/Permaisuri/ TYT Yang di-Pertuan Besar

Warkah Persilaan dibawa mengadap

2

TYT Yang di-Pertuan Negeri/ YAB Perdana Menteri/

YAB Timbalan Perdana Menteri/ YB Menteri

Surat Jemputan

3 YAB Menteri Besar/ Ketua Menteri

Surat/Kad Jemputan

4 Jemputan lain

Surat/Kad Jemputan Faks

E-mel Telefon

Sistem Pesanan Ringkas

(12)

8.2 Warkah Persilaan, Surat Jemputan atau Kad Jemputan perlu

ditandatangani seperti berikut:

BIL. TETAMU KEHORMAT/ VVIP/VIP

WARKAH PERSILAAN/

 SPB Yang di-Pertuan Agong  DYMM Raja/Permaisuri  TYT Yang di-Pertuan Negeri  YAB Perdana Menteri

 YAB Timbalan Perdana Menteri  YB Menteri-menteri Kabinet

Warkah Persilaan dan Surat Jemputan

ditandatangani oleh Menteri Pendidikan

2  Menteri Pendidikan Timbalan Menteri Pendidikan I  Timbalan Menteri Pendidikan II

Surat Jemputan ditandatangani oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.

3

 Ketua Setiausaha KPM

 Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.  YAB Menteri Besar

 YAB Ketua Menteri  Exco Negeri

 Agensi Luar

 Pengarah-pengarah Bahagian KPM

Surat/Kad Jemputan ditandatangani oleh Rektor IPGM.

(13)

8.3 Bagi penganjuran seminar antarabangsa atau jemputan penceramah

luar negara, Arahan Setiausaha Jemaah Menteri Bilangan 1 Tahun

2008 telah menjelaskan bahawa semua penganjuran seminar

antarabangsa perlu mendapatkan kelulusan Jemaah Menteri

manakala jemputan penceramah luar pula perlu mendapatkan

nasihat daripada Kementerian Luar Negeri (KLN) dan Kementerian

Dalam Negeri (KDN) serta agensi lain yang berkaitan.

9.0 PROSES KERJA

BIL PROSES

KERJA SENARAI SEMAK TINDAKAN

1 Merancang Majlis/ Acara

a) IPG KPM memohon kebenaran secara bertulis daripada Rektor IPGM untuk pelaksanaan majlis/ acara dengan menyertakan maklumat berkenaan majlis/ acara berkenaan.

b) Memastikan tarikh pelaksanaan majlis/acara berkenaan

dimasukkan dalam Takwim Perancangan Tahunan IPGM bagi semua Majlis yang melibatkan kenamaan negara, Menteri

Kabinet YB Menteri Pendidikan/ YB Timbalan Menteri/ KSU/ KPPM.

c) Mengenalpasti peruntukan/ sumber kewangan untuk melaksanakan majlis/acara. tahun semasa bagi pelaksanaan pada tahun berikutnya

Rujuk Lampiran 1

(14)

BIL PROSES

KERJA SENARAI SEMAK TINDAKAN

2 Menyediakan Kertas

Cadangan Pelaksanaan Majlis/ Acara

a) IPG KPM perlu menyediakan kertas cadangan bagi tujuan mendapatkan kebenaran melaksanakan majlis/ acara.

b) Bagi IPGK, kertas cadangan tersebut perlu dibentangkan dan mendapat kelulusan pengarah IPGK terlebih dahulu di

Mesyuarat Majlis Profesional, Pengurusan dan Pentadbiran (M3P) di peringkat kampus.

Rujuk Lampiran 3

bagi Format Kertas Cadangan

Penyelaras Majlis & Acara IPGK.

3 Mendapatkan Kelulusan Pelaksanaan Majlis/ Acara

a) Kertas cadangan pelaksanaan majlis/ acara berkenaan dihantar ke IPGM untuk semakan.

b) Kertas cadangan dibentangkan untuk kelulusan di mesyuarat peringkat IPGM (Mesyuarat Profesional IPGM/ Mesyuarat Pengurusan Pentadbiran IPGM/ Mesyuarat Pengurusan Pendidikan Guru atau mana-mana mesyuarat IPGM yang sesuai)

c) Sekiranya kertas cadangan tersebut perlu mendapatkan kelulusan pihak Pengurusan Tertinggi KPM mahu pun sehingga peringkat Jemaah

Menteri, prosedur

pembentangan dan kelulusan

IPGM

Pengarah Pusat/ Sektor/ Jabatan/ Unit IPGM atau wakil

Pengarah IPGK atau wakil IPGK

(15)

BIL PROSES

KERJA SENARAI SEMAK TINDAKAN

kertas cadangan berkenaan akan diuruskan oleh Pusat Penyelidikan, Pembangunan dan Inovasi (PPPI) IPGM.

4 Menyelaras Persediaan/ Pelaksanaan Majlis/Acara

a) Penyelaras Majlis dan Acara IPGK memastikan semua majlis yang dipersetujui untuk menjemput kehadiran kenamaan negara, diselaraskan bersama-sama IPGM.

b) Penyelaras Majlis dan Acara IPGK mengambil kira aspek protokol termasuklah susunan keutamaan, susunan tempat duduk, panggilan hormat, pengacaraan majlis, atur cara majlis, penyambut tetamu dan lain-lain yang berkaitan.

c) Penyelaras Majlis dan Acara IPGK memastikan urusan yang berkaitan dengan pihak media berjalan lancar (Pengurusan Publisiti dan Media)

d) Semua pihak yang terlibat di peringkat IPG KPM memastikan majlis/ acara berjalan lancar dan segala isu berkaitan diatasi dengan segera.

Penyelaras Majlis dan Acara IPGK

(16)

CARTA ALIRAN PROSEDUR KERJA

Tidak TAMAT

IPG KPM perlu menyediakan kertas cadangan bagi tujuan

mendapatkan kebenaran

melaksanakan majlis/ acara.

IPG KPM memohon

kebenaran secara bertulis

daripada Rektor IPGM untuk pelaksanaan majlis/ acara

dengan menyertakan

maklumat berkenaan majlis/ acara berkenaan.

Kertas cadangan dihantar ke IPGM untuk semakan.

Sekiranya perlu kelulusan pihak

Pengurusan Tertinggi KPM/

Jemaah Menteri:

 Prosedur pembentangan dan

kelulusan kertas cadangan

berkenaan akan diuruskan oleh

Pusat Penyelidikan,

Pembangunan dan Inovasi

(PPPI) IPGM.

dibentangkan dan mendapat

kelulusan Pengarah IPGK terlebih

dahulu di Mesyuarat Majlis

Profesional, Pengurusan dan

Pentadbiran (M3P) di peringkat kampus.

Pembentangan kertas cadangan untuk kelulusan di mesyuarat peringkat IPGM

Memastikan tarikh pelaksanaan majlis/acara tersebut dimasukkan

dalam Takwim Perancangan

(17)

10.0 RUMUSAN

10.1 Garis panduan ini perlu dibaca bersama-sama dengan Surat

Pekeliling dan Surat Arahan yang berkaitan dengan pelaksanaan

majlis dan acara.

10.2 Adalah diharapkan Garis Panduan ini dapat memberi panduan

kepada semua warga IPG KPM terutamanya dalam proses

mendapatkan kelulusan Pegawai Pengawal di samping

memudahkan kawalan peruntukan kewangan.

Referensi

Dokumen terkait