• Tidak ada hasil yang ditemukan

JEMAAH NAZIR DAN JAMINAN KUALITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2019

Membagikan "JEMAAH NAZIR DAN JAMINAN KUALITI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA"

Copied!
53
0
0

Teks penuh

(1)

0

INSTRUMEN SKPM 2010

VERSI OKTOBER 2013

(2)

DESKRIPSI SKORSKPM 2010

STANDARD 1 KEPIMPINAN DAN HALA TUJU

Aspek 1.1 Gaya Kepimpinan

Kriteria Kritikal Kepimpinan sekolah mengamalkan gaya kepimpinan berkesan untuk menggembleng tenaga warga sekolah ke arah pencapaian matlamat sekolah.

SKOR DESKRIPSI SKOR

SKOR 6

Untuk memperoleh skor 6, semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 5 perlu dipenuhi. Terdapat unsur inovasi/kreativiti/amalan terbaik yang diiktiraf atau

bolehdicontohi.Contohnya:

Pengetua/Guru Besarmendapatkan maklum balas tentang gaya kepimpinannya dan memanfaatkannya untuk penambahbaikan sepertimewujudkan peti cadangan, melalui media sosial(seperti facebook, WhatsApp dan lain-lain) atau cara lain.

atau inisiatif lain yang sesuai.

(Nyatakan inisiatif yang telah dilaksanakan sebagai Justifikasi Skor 6)

SKOR 5

Pengetua/Guru Besar mengamalkan gaya kepimpinan yang sesuai mengikut situasi.

Pengetua/Guru Besar bertindak secara proaktif untuk melaksanakan perubahan ke arah tindakan pembetulan/penambahbaikan.

 Pengetua/Guru Besar berintegriti dan bersikap profesional dalam melaksanakan hampir keseluruhan tindakannya.

 Pengetua/Guru Besar berpengetahuan luas untuk menjana idea yang bernas dan berkemahiran dalam memberi nasihat serta bimbingan.

 Pengetua/Guru Besar mengamalkan budaya berdayasaing yang menjadi ikutan warga sekolah dalam melaksanakan tugas.

 Pengetua/Guru Besar mendapat sokongan hampir keseluruhan warga sekolah.

SKOR 4 Semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 3 dipenuhi. Terdapat banyak kekuatan yang jelas tetapi belum mencapai keseluruhan deskripsi skor 5.

SKOR 3

Pengetua/Guru Besar mengamalkan gaya kepimpinan yang sesuai mengikut situasi.

 Pengetua/Guru Besar melaksanakan perubahan ke arah penambahbaikan apabila diarah.

 Pengetua/Guru Besar berintegriti dan bersikap profesional dalam melaksanakan kebanyakan

tindakannya.

 Pengetua/Guru Besar berpengetahuan dan berupaya memberi nasihat serta bimbingan dalam pengurusan rutin.

 Pengetua/Guru Besar mendapat sokongan kebanyakan warga sekolah.

SKOR 2 Mempunyai kekuatan yang memenuhi keperluan minimum tetapi masih belum mencapai

keseluruhan deskripsi skor 3.

SKOR 1

 Pengetua/Guru Besar kurang proaktifdalam melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya.

 Pengetua/Guru Besar kurang mampu melaksanakan perubahan ke arah penambahbaikan.

(3)

2

Aspek 1.2 Penetapan dan Pelaksanaan Hala Tuju

Kriteria Kritikal Kepimpinan sekolah memastikan visi dan misi sekolah menjadi hala tuju seluruh warga sekolah ke arah pencapaian matlamat dan objektif yang ditetapkan.

SKOR DESKRIPSI SKOR

SKOR 6

Untuk memperoleh skor 6, semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 5 perlu dipenuhi. Terdapat unsur inovasi/kreativiti/amalan terbaik yang diiktiraf atau

bolehdicontohi.Contohnya:

Pengetua/Guru Besar mempunyai sistem penyebaran visi, misi dan sasaran kepada ibu bapa dan komuniti secara berkesan dan berterusan melalui laman web sekolah/blog

sekolah/brosur/buletin/e-mel berkelompok/media sosial (seperti facebook, WhatsApp dan lain-lain) poster dan carta

atau inisiatif lain yang sesuai.

(Nyatakan inisiatif yang telah dilaksanakan sebagai Justifikasi Skor 6)

SKOR 5

 Pernyataan visi dan misi diperinci dengan jelas mengikut konteks sekolah.

 Pernyataan visi dan misi difahami oleh hampir keseluruhanwarga sekolah.

 Visi dan misi dijadikan asas, panduan dan rujukan untuk merancang dan melaksanakan

hampir keseluruhan program pemajuan sekolah.

 Visi dan misi menjadi hala tuju dalam menggerakkan warga sekolah untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh sebagai satu pasukan bagi mencapai matlamat sekolah.

SKOR 4 Semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 3 dipenuhi. Terdapat banyak kekuatan

yang jelas tetapi belum mencapai keseluruhan deskripsi skor 5.

SKOR 3

 Pernyataan visi dan misidiperincimengikut konteks sekolah.

 Pernyataan visi dan misi difahami oleh kebanyakan warga sekolah.

 Visi dan misi dijadikan asas, panduan dan rujukan untuk merancang dan melaksanakan

kebanyakan program pemajuan sekolah.

SKOR 2 Mempunyai kekuatan yang memenuhi keperluan minimum tetapi masih belum mencapai

keseluruhan deskripsi skor 3.

SKOR 1

 Pernyataan visi dan misi tidak diperincimengikut konteks sekolah.

 Pernyataan visi dan misi kurangdifahami oleh warga sekolah.

(4)

Aspek 1.3 Kemahiran Komunikasi

Kriteria Kritikal Kepimpinan sekolah mengamalkan komunikasi berkesan untuk perkongsian idea dan maklumat.

SKOR DESKRIPSI SKOR

SKOR 6

Untuk memperoleh skor 6, semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 5 perlu dipenuhi. Terdapat unsur inovasi/kreativiti/amalan terbaik yang diiktiraf atau

bolehdicontohi.Contohnya:

Pengetua/Guru Besar mewujudkan pelbagai kaedah yangberkesan dalam menyampaikan maklumat untuk tindakan warga sekolah sepertilaman web sekolah/blogsekolah/brosur/ buletin/e-mel berkelompok/ media sosial (seperti facebook, WhatsApp dan lain-lain).

atauinisiatif lain yang sesuai.

(Nyatakan inisiatif yang telah dilaksanakan sebagai Justifikasi Skor 6)

SKOR 5

 Pengetua/Guru Besar mengamalkan komunikasi pelbagai hala untuk berkongsi idea/maklumat dengan mengambil kira keperluan pihak yang berkepentingan untuk kemajuan sekolah.

 Pengetua/Guru Besar sedia mendengar dan memanfaatkan pandangan yang berbeza untuk kemajuan sekolah.

Hampir keseluruhan arahan yang disampaikan adalah jelas untuk membolehkan warga sekolah melaksanakan tugas.

 Komunikasi berkesan Pengetua/Guru Besar membolehkan warga sekolah mengetahui dan memahami perkembangan terkini di sekolah dan dalam pendidikan negara.

SKOR 4 Semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 3 dipenuhi. Terdapat banyak kekuatan

yang jelas tetapi belum mencapai keseluruhan deskripsi skor 5.

SKOR 3

 Pengetua/Guru Besar mengamalkan komunikasi pelbagai hala untuk berkongsi idea/maklumat untuk kemajuan sekolah.

 Pengetua/Guru Besar sedia mendengar tetapi kurang memanfaatkan pandangan yang berbeza.

Kebanyakan arahan yang disampaikan adalah jelas untuk membolehkan warga sekolah melaksanakan tugas.

 Komunikasi berkesan Pengetua/Guru Besar membolehkan warga sekolah mengetahui perkembangan terkini di sekolah dan dalam pendidikan negara.

SKOR 2 Mempunyai kekuatan yang memenuhi keperluan minimum tetapi masih belum mencapai

keseluruhan deskripsi skor 3.

SKOR 1

 Pengetua/Guru Besar mengamalkan komunikasi sehala.

 Kebanyakan keputusan dibuat oleh kepimpinan sekolah tanpa mengambil kira pandangan dan idea warga sekolah.

(5)

4

Aspek 1.4 Kemahiran Merancang

Kriteria Kritikal Kepimpinan sekolah menerajui penyediaan perancangan strategik (pelan strategik, taktikal, dan operasi) untuk mencapai matlamat dan objektif sekolah.

SKOR DESKRIPSI SKOR

SKOR 6

Untuk memperoleh skor 6, semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 5 perlu dipenuhi. Terdapat unsur inovasi/kreativiti/amalan terbaik yang diiktiraf atau

bolehdicontohi.Contohnya:

Pengetua/Guru Besar memanfaatkan teknologi terkiniseperti alat/peranti elektronikuntuk memantau penyediaan/pelaksanaan perancangan sekolah.

atau inisiatif lain yang sesuai.

(Nyatakan inisiatif yang telah dilaksanakan sebagai Justifikasi Skor 6)

SKOR 5

Pengetua/Guru Besar menerajui penyediaan perancangan strategik yang merangkumi bidang kurikulum, kokurikulum dan sukan, dan hal ehwal murid, kewangan, sumber manusia, kemudahan dan keperluan asas sekolah.

 Perancangan yang disediakan berasaskan analisis SWOT (strength, weakness, opportunity, threat) /alat analisis lain yang bersesuaianyang mengambil kira konteks sekolah.

 Sasaran ditetapkan berdasarkan TOV (Take Off Value), potensi murid, isu yang dikenal pasti dan sumber yang ada.

 Strategi yang dirangka membolehkan hampir keseluruhansasaran yang ditetapkan tercapai.

 Pemantauan dan penilaian dirancang bagi memastikan program dilaksanakan dengan berkesan.

SKOR 4 Semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 3 dipenuhi. Terdapat banyak kekuatan

yang jelas tetapi belum mencapai keseluruhan deskripsi skor 5.

SKOR 3

 Pengetua/Guru Besar menerajui penyediaan perancangan strategik yang merangkumi bidang kurikulum, kokurikulum dan sukan, dan hal ehwal murid.

 Perancangan yang disediakan berasaskan analisis SWOT (strength, weakness, opportunity, threat)/alat analisis lain yang bersesuaian.

 Sasaran ditetapkan berdasarkan TOV (Take Off Value) murid.

 Strategi yang dirangka membolehkan kebanyakansasaran yang ditetapkan tercapai.

 Pemantauan dan penilaian dirancang bagi memastikan program dilaksanakan.

SKOR 2 Mempunyai kekuatan yang memenuhi keperluan minimum tetapi masih belum mencapai

keseluruhan deskripsi skor 3.

SKOR 1

 Pengetua/Guru Besar kurang berperanan dalam menyediakan perancangan strategik sekolah.

 Perancangan yang disediakan tidak berasaskan analisis SWOT (strength, weakness, opportunity, threat)/alat analisis lain yang bersesuaian.

 Strategi yang dirangka kurang realistik untuk mencapai sasaran yang ditetapkan.

(6)

Aspek 1.5 Kemahiran Memotivasi dan Menggerakkan Warga Sekolah

Kriteria Kritikal Kepimpinan sekolah memotivasikan warga sekolah untuk meningkatkan kualiti kerja.

SKOR DESKRIPSI SKOR

SKOR 6

Untuk memperoleh skor 6, semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 5 perlu dipenuhi. Terdapat unsur inovasi/kreativiti/amalan terbaik yang diiktiraf atau

bolehdicontohi.Contohnya:

Pengetua/Guru Besar mempunyai kaedah yang berkesan dalam memotivasi dan menggerakkan warga sekolah seperti mengadakan ‘Hari Kualiti Sekolah’ untuk memberikan pengiktirafan (anugerah khas) kepada guru yang cemerlang.

atau inisiatif lain yang sesuai.

(Nyatakan inisiatif yang telah dilaksanakan sebagai Justifikasi Skor 6)

SKOR 5

 Pengetua/Guru Besar memberi sokongan, galakan dan pengiktirafan, memberi peluang memajukan diri, menjaga kebajikan dan keselamatan warga sekolah.

 Pengetua/Guru Besar menghadiri hampir keseluruhan aktiviti sekolah untuk memotivasikan warga sekolah dalam melaksanakan tugas.

 Pengetua/Guru Besar mempunyai panduan yang jelas untuk memberi pengiktirafan dengan mematuhi kriteria yang ditetapkan.

Hampir keseluruhan warga sekolah komited dalam melaksanakan tugas.

Hampir keseluruhan hasil kerja warga sekolah berkualiti dan dilaksanakan melalui permuafakatan dan budaya kerja sepasukan.

SKOR 4 Semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 3 dipenuhi. Terdapat banyak kekuatan

yang jelas tetapi belum mencapai keseluruhan deskripsi skor 5.

SKOR 3

 Pengetua/Guru Besar memberi sokongan, galakan dan pengiktirafan.

 Pengetua/Guru Besar menghadiri kebanyakan aktiviti sekolah.

Kebanyakan warga sekolah komited dalam melaksanakan tugas.

Kebanyakan hasil kerja warga sekolah berkualiti dan dilaksanakan melalui permuafakatan dan budaya kerja sepasukan.

SKOR 2 Mempunyai kekuatan yang memenuhi keperluan minimum tetapi masih belum mencapai

keseluruhan deskripsi skor 3.

SKOR 1

 Pengetua/Guru Besar kurang memberi sokongan, galakan dan pengiktirafan.

Sangat sedikitaktiviti sekolah dihadiri Pengetua/Guru Besar.

(7)

6

Aspek 1.6 Kemahiran Membuat Keputusan dan Menyelesaikan Masalah

Kriteria Kritikal Kepimpinan sekolah membuat keputusan dan menyelesaikan masalah untuk meningkatkan kualiti pengurusan sekolah.

SKOR DESKRIPSI SKOR

SKOR 6

Untuk memperoleh skor 6, semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 5 perlu dipenuhi. Terdapat unsur inovasi/kreativiti/amalan terbaik yang diiktiraf atau

bolehdicontohi.Contohnya:

Pengetua/Guru Besarberjaya mewujudkan kaedah yang berkesan seperti penubuhan panel akrab, rakan pembimbing, atau mentor mentee untuk menangani warga sekolah yang bermasalah (inovasi/kreativiti untuk mengatasi masalah).

atau inisiatif lain yang sesuai.

(Nyatakan inisiatif yang telah dilaksanakan sebagai Justifikasi Skor 6)

SKOR 5

Hampir keseluruhan keputusan dibuat dengan tepat, mengambil kira semua faktor yang berkaitan dan mematuhi peraturan/prosedur.

 Pengetua/Guru Besar membuat keputusan secara individu atau kolektif mengikut keperluan.

 Pengetua/Guru Besar berupaya mengenal pasti punca dan menyelesaikan masalah secara adil.

Hampir keseluruhan masalah dapat diselesaikan oleh Pengetua/Guru Besar.

SKOR 4 Semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 3 dipenuhi. Terdapat banyak kekuatan

yang jelas tetapi belum mencapai keseluruhan deskripsi skor 5.

SKOR 3

Kebanyakan keputusan dibuat dengan tepat, mengambil kira semua faktor yang berkaitan dan mematuhi peraturan/prosedur.

 Pengetua/Guru Besar membuat keputusan secara individu.

Kebanyakan masalah dapat diselesaikan oleh Pengetua/Guru Besar.

SKOR 2 Mempunyai kekuatan yang memenuhi keperluan minimum tetapi masih belum mencapai

keseluruhan deskripsi skor 3.

SKOR 1

Pengetua/Guru Besar kurang berupaya membuat keputusan.

(8)

Aspek 1.7 Kepimpinan Instruksional

Kriteria Kritikal Kepimpinan sekolah menerajui pelaksanaan kurikulum dan mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menggalakkan pemupukan budaya belajar.

SKOR DESKRIPSI SKOR

SKOR 6

Untuk memperoleh skor 6, semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 5 perlu dipenuhi. Terdapat unsur inovasi/kreativiti/amalan terbaik yang diiktiraf atau

bolehdicontohi.Contohnya:

Pengetua/Guru Besar menjadi pakar rujuk/penceramah/pembimbing dalam program peningkatan pendidikan di peringkat sekolah/daerah/negeri/kebangsaan.

atau inisiatif lain yang sesuai.

(Nyatakan inisiatif yang telah dilaksanakan sebagai Justifikasi Skor 6)

SKOR 5

Pengetua/Guru Besar menentukan matlamat dan ketetapan yang jelas dan berfokus mengenai pelaksanaan kurikulum.

 Pengetua/Guru Besar mengajar sejumlah waktu yang ditetapkan.

 Pengetua/Guru Besar mencerap PdP dan memastikan PdP semua guru dicerap dan maklum balas secara individu disampaikan.

 Pengetua/Guru Besar menyelia hasil kerja atau tugasan dan pencapaian murid secara sistematik dan berterusan.

 Pengetua/Guru Besar menyelia perancangan pengajaran dan hasil kerja hampir keseluruhan

guru berkaitan PdP secara tekal.

 Pengetua/Guru Besar mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif bagi menyokong PdP yang berkesan untuk meningkatkan pencapaian akademik dan sahsiah murid.

SKOR 4 Semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 3 dipenuhi. Terdapat banyak kekuatan

yang jelas tetapi belum mencapai keseluruhan deskripsi skor 5.

SKOR 3

 Pengetua/Guru Besar menentukan matlamat dan ketetapan mengenai pelaksanaan kurikulum.

 Pengetua/Guru Besar mengajar sejumlah waktu yang ditetapkan.

 Pengetua/Guru Besar mencerap PdP dan memastikan PdP semua guru dicerap.

 Pengetua/Guru Besar menyelia hasil kerja atau tugasan dan pencapaian murid.

 Pengetua/Guru Besar menyelia perancangan pengajaran dan hasil kerja kebanyakan guru berkaitan PdP.

 Pengetua/Guru Besar mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif bagi menyokong PdP.

SKOR 2 Mempunyai kekuatan yang memenuhi keperluan minimum tetapi masih belum mencapai

keseluruhan deskripsi skor 3.

SKOR 1

 Pengetua/Guru Besar kurang berusaha untuk menentukan matlamat dan ketetapan mengenai pelaksanaan kurikulum.

 Pengetua/Guru Besar tidak mengajar sejumlah waktu yang ditetapkan.

 Pengetua/Guru Besar tidak mencerap PdP.

 Pengetua/Guru Besar tidak menyelia hasil kerja atau tugasan dan pencapaian murid.

(9)

8

Aspek 1.8 Perkongsian Kepimpinan

Kriteria Kritikal Kepimpinan sekolah mewujudkan perkongsian tanggungjawab bagi memupuk kesedaran tanggungjawab bersama dalam mengurus sekolah.

SKOR DESKRIPSI SKOR

SKOR 6

Untuk memperoleh skor 6, semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 5 perlu dipenuhi. Terdapat unsur inovasi/kreativiti/amalan terbaik yang diiktiraf atau

bolehdicontohi.Contohnya:

Pengetua/Guru Besar memberi peluang dan membimbing secara sistematik kepimpinan pelbagai peringkat (Penolong Kanan, Guru Kanan Mata Pelajaran, Ketua Panitia, dan lain-lain) dan berjaya meningkatkan kecekapan dan kelancaran pengurusan sekolah yang berkesan.

atau inisiatif lain yang sesuai.

(Nyatakan inisiatif yang telah dilaksanakan sebagai Justifikasi Skor 6)

SKOR 5

Pengetua/Guru Besar menurunkan kuasa untuk membolehkan keputusan dan tindakan bagi aspek yang sesuai dibuat dengan cekap dan berkesan.

Hampir keseluruhan warga sekolah yang diberi tanggungjawab peka dan berkemahiran melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan untuk memajukan sekolah.

 Peluang untuk meningkatkan kecekapan memimpin wujud melalui pendedahan dan bimbingantermasuk latihan dalam perkhidmatan.

 Perkongsian kuasa yang diamalkan dapat meningkatkan kecekapan individu dan pengurusan sekolah.

 Sekolah beroperasi dengan lancarwalaupun semasa ketiadaan Pengetua/Guru Besar.

SKOR 4 Semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 3 dipenuhi. Terdapat banyak kekuatan

yang jelas tetapi belum mencapai keseluruhan deskripsi skor 5.

SKOR 3

 Pengetua/Guru Besar menurunkan kuasa untuk membolehkan keputusan dan tindakan bagi aspek yang sesuai dibuat.

Kebanyakan warga sekolah yang diberi tanggungjawab peka dan berkemahiran melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan untuk memajukan sekolah.

 Peluang untuk meningkatkan kecekapan memimpin wujud melalui program latihan dalam perkhidmatan.

 Sekolah beroperasi walaupun semasa ketiadaan Pengetua/Guru Besar.

SKOR 2 Mempunyai kekuatan yang memenuhi keperluan minimum tetapi masih belum mencapai

keseluruhan deskripsi skor 3.

SKOR 1

 Pengetua/Guru Besar tidak menurunkan kuasa bagi aspek pengurusan sekolah.

 Warga sekolah kurang diberi peluang dan latihan untuk meningkatkan kecekapan memimpin.

(10)

STANDARD 2 PENGURUSAN ORGANISASI

Aspek 2.1 Pengurusan Sumber Manusia

Kriteria Kritikal Sumber manusia diurus untuk meningkatkan kualiti kerja warga sekolah.

SKOR DESKRIPSI SKOR

SKOR 6

Untuk memperoleh skor 6, semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 5 perlu dipenuhi. Terdapat unsur inovasi/kreativiti/amalan terbaik yang diiktiraf atau

bolehdicontohi.Contohnya:

Pihak sekolah menggunakan data dan maklumat keseluruhan guru dan anggota kumpulan pelaksanadaripada sistem sedia ada/sistem tersendiri untuk mengagihkan tugas dan memberi pengiktirafan.

atau inisiatif lain yang sesuai.

(Nyatakan inisiatif yang telah dilaksanakan sebagai Justifikasi Skor 6)

SKOR 5

Potensi, kemahiran dan pengalaman hampir keseluruhanguru dan anggota kumpulan pelaksanadikenal pasti dan tugas diagihkan secara seimbang untuk meningkatkan kualiti kerja, memberi kepuasan dan keseronokan bekerja.

 Prestasi kerja guru dan anggota kumpulan pelaksana dinilai secara sistematik, adil dan telus.

 Hasil penilaian dimaklumkankepada guru dan anggota kumpulan pelaksana yang berkenaan untuk penambahbaikan.

 Program perkembangan stafdilaksanakan secara terancang dengan mengambil kira keperluan individu, kumpulandan sekolah dengan menggunakan khidmat kepakaran dalaman atau luaran secara berkesan.

SKOR 4 Semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 3 dipenuhi. Terdapat banyak kekuatan

yang jelas tetapi belum mencapai keseluruhan deskripsi skor 5.

SKOR 3

 Potensi, kemahiran dan pengalaman kebanyakan guru dan anggota kumpulan pelaksana dikenal pasti dan tugas diagihkan secara seimbang untuk meningkatkan kualiti kerja, memberi kepuasan dan keseronokan bekerja.

 Prestasi kerja guru dan anggota kumpulan pelaksana dinilai secara adil dan telus.

 Program perkembangan stafdilaksanakan.

SKOR 2 Mempunyai kekuatan yang memenuhi keperluan minimum tetapi masih belum mencapai

keseluruhan deskripsi skor 3.

SKOR 1

Potensi, kemahiran dan pengalaman sangat sedikit guru dan anggota kumpulan pelaksana dikenal pasti dan tugas diagihkan secara seimbang untuk meningkatkan kualiti kerja, memberi kepuasan dan keseronokan bekerja.

 Prestasi kerja guru dan anggota kumpulan pelaksana tidak dinilai secara adil dan telus.

(11)

10

Aspek 2.2 Pengurusan Prasarana

Kriteria Kritikal Kemudahan prasarana diurus untuk memastikan keselesaan dan keselamatan warga sekolah.

SKOR DESKRIPSI SKOR

SKOR 6

Untuk memperoleh skor 6, semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 5 perlu dipenuhi. Terdapat unsur inovasi/kreativiti/amalan terbaik yang diiktiraf atau

bolehdicontohi.Contohnya:

Pihak sekolah menyelenggarakemudahan asas dengan menggunakan kepakaran dalaman yang terdiri daripada guru/anggota kumpulan pelaksana/ibu bapa.

atau inisiatif lain yang sesuai.

(Nyatakan inisiatif yang telah dilaksanakan sebagai Justifikasi Skor 6)

SKOR 5

Hampir keseluruhan kemudahan fizikal dan kelengkapan asassekolah mencukupi dan disusun atur mengikut kesesuaian dan keperluan warga sekolah.

 Kemudahan fizikal dan kelengkapan asasdiperiksa dan diselenggara untuk memastikannya dalam keadaan selamat, berfungsi dan digunakan secara optimum oleh warga sekolah.

 Rekod penyelenggaraan kemas kini.

SKOR 4 Semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 3 dipenuhi. Terdapat banyak kekuatan

yang jelas tetapi belum mencapai keseluruhan deskripsi skor 5.

SKOR 3

Kebanyakan kemudahan fizikal dan kelengkapan asas sekolah mencukupi dan disusun atur mengikut kesesuaian dan keperluanwarga sekolah.

 Kemudahan fizikal dan kelengkapan asas diperiksa dan diselenggara untuk memastikannya dalam keadaan selamat, berfungsi dan digunakan oleh warga sekolah.

 Rekod penyelenggaraan disediakan.

SKOR 2 Mempunyai kekuatan yang memenuhi keperluan minimum tetapi masih belum mencapai

keseluruhan deskripsi skor 3.

SKOR 1

 Kemudahan fizikal dan kelengkapan asas tidak mencukupi dan sekolah tiada inisiatif yang jelas untuk mengatasi kekurangan tersebut.

(12)

Aspek 2.3 Pengurusan Kewangan dan Aset Alih Kerajaan (Harta Modal dan Inventori)

Kriteria Kritikal Kewangan dan aset alih kerajaan diurus untuk memastikan setiap perbelanjaan memberi pulangan yang optimum.

SKOR DESKRIPSI SKOR

SKOR 6

Untuk memperoleh skor 6, semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 5 perlu dipenuhi. Terdapat unsur inovasi/kreativiti/amalan terbaik yang diiktiraf atau

bolehdicontohi.Contohnya:

Pihak sekolah menerima anugerah dalam Pengurusan Kewangan daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)/Jabatan PendidikanNegeri (JPN)/Kementerian PendidikanMalaysia(KPM) atau Sekolah menerima Laporan Audit Tanpa Teguran (Taraf Baik atau Sangat Baik) dalam tempoh tiga tahun terkini.

atau inisiatif lain yang sesuai:

(Nyatakan inisiatif yang telah dilaksanakan sebagai Justifikasi Skor 6)

SKOR 5

Kewangan sekolah diurus dengan mematuhi peraturan kewangan yang berkuat kuasa.

 Perbelanjaan dirancang berdasarkan peruntukan.

 Peruntukan kewangan dimanfaatkan sepenuhnya.

 Sekolah menerima Laporan Audit Tanpa Teguran.

Hampir keseluruhan harta modal dan inventori diurus secara cekap dengan melaksanakan semakan stok, penyelenggaraan dan pelupusan.

 Perbelanjaan dikawal dan dipantau secara terancang bagi memastikan pulangan yang optimum.

SKOR 4 Semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 3 dipenuhi. Terdapat banyak kekuatan

yang jelas tetapi belum mencapai keseluruhan deskripsi skor 5.

SKOR 3

 Kewangan sekolah diurus dengan mematuhi peraturan kewangan yang berkuat kuasa.

 Perbelanjaan dirancang berdasarkan peruntukan.

 Sekolah menerima Laporan Audit Tanpa Teguran.

Kebanyakan harta modal dan inventori diurus secara cekap dengan melaksanakan semakan stok, penyelenggaraan dan pelupusan.

 Perbelanjaan dikawal dan dipantau.

SKOR 2 Mempunyai kekuatan yang memenuhi keperluan minimum tetapi masih belum mencapai

keseluruhan deskripsi skor 3.

SKOR 1

 Sekolah menerima Laporan Audit Berteguran.

Sangat sedikit harta modal dan inventori diurus secara cekap.

(13)

12

Aspek 2.4 Pengurusan Data dan Maklumat

Kriteria Kritikal Data dan maklumat diurus supaya mudah diakses dan dimanfaatkan.

SKOR DESKRIPSI SKOR

SKOR 6

Untuk memperoleh skor 6, semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 5 perlu dipenuhi. Terdapat unsur inovasi/kreativiti/amalan terbaik yang diiktiraf atau

bolehdicontohi.Contohnya:

Pihak sekolah mewujudkan sistemyang berkesan bagi mengumpul, menyimpan danmenyebar maklumat dengan cepat dan tepat serta mudah diakses pada bila-bila masa dikehendaki (contoh: laman web sekolah/blog sekolah/brosur/buletin/e-mel berkelompok/ media sosial).

atau inisiatif lain yang sesuai.

(Nyatakan inisiatif yang telah dilaksanakan sebagai Justifikasi Skor 6)

SKOR 5

Hampir keseluruhan data dan maklumat diperoleh dan disebar kepada warga sekolah.

Hampir keseluruhan data dan maklumat disimpan dengan kaedah yang sistematikdan sesuai.

Hampir keseluruhan data dan maklumat dikemas kini.

Hampir keseluruhan data dan maklumat mudah diakses dan dianalisis.

SKOR 4 Semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 3 dipenuhi. Terdapat banyak kekuatan

yang jelas tetapi belum mencapai keseluruhan deskripsi skor 5.

SKOR 3

Kebanyakan data dan maklumat diperoleh dan disebar kepada warga sekolah.

Kebanyakandata dan maklumat disimpan dengan kaedah yang sistematik.

Kebanyakan data dan maklumat dikemas kini.

SKOR 2 Mempunyai kekuatan yang memenuhi keperluan minimum tetapi masih belum mencapai

keseluruhan deskripsi skor 3.

SKOR 1

Sangat sedikit data dan maklumat diperoleh dan disebar kepada warga sekolah.

Sangat sedikit data dan maklumat disimpan dengan kaedah yang sistematik dan sesuai.

(14)

Aspek 2.5 Pengurusan Sumber Pendidikan dan Teknologi Maklumat Komunikasi (TMK)

Kriteria Kritikal Sumber pendidikan dan Teknologi Maklumat Komunikasi (TMK) diurus bagi menyokong peningkatan kualiti pembelajaran.

SKOR DESKRIPSI SKOR

SKOR 6

Untuk memperoleh skor 6, semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 5 perlu dipenuhi. Terdapat unsur inovasi/kreativiti/amalan terbaik yang diiktiraf atau

bolehdicontohi.Contohnya:

Semua sumber pendidikandan TMK disenaraikan/dikatalogmenggunakan teknologi terkini dan diurus dengan cekap, berkesan dan mudah diakses untuk penggunaan secara maksimum.

atau inisiatif lain yang sesuai.

(Nyatakan inisiatif yang telah dilaksanakan sebagai Justifikasi Skor 6)

SKOR 5

 Sumber pendidikan dan TMK yang pelbagai disediakan dengan mencukupi, terkini dan sesuai dengan keperluan pendidikan.

 Sumber pendidikandan TMK disimpan secara sistematik, mudah diakses dan diselenggara secara terancang.

 Kepimpinan sekolah melaksanakan pemantauan terhadap penggunaan sumber pendidikandan TMK secara terancang.

SKOR 4 Semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 3 dipenuhi. Terdapat banyak kekuatan yang jelas tetapi belum mencapai keseluruhan deskripsi skor 5.

SKOR 3

 Sumber pendidikan dan TMK yang pelbagai disediakan.

 Sumber pendidikandan TMK disimpan secara sistematik dan mudah diakses.

 Kepimpinan sekolah melaksanakan pemantauan terhadap penggunaan sumber pendidikandan TMK.

SKOR 2 Mempunyai kekuatan yang memenuhi keperluan minimum tetapi masih belum mencapai keseluruhan deskripsi skor 3.

SKOR 1

 Sumber pendidikan dan TMK yang disediakan tidak mencukupi dan tidak terkini.

 Sumber pendidikan dan TMK disimpan secara tidak sistematik dan sukar diakses.

(15)

14

Aspek 2.6 Iklim

Kriteria Kritikal Persekitaran dan suasana yang kondusif diwujudkan bagi memastikan kesejahteraan warga sekolah dalam melaksanakan tanggungjawab.

SKOR DESKRIPSI SKOR

SKOR 6

Untuk memperoleh skor 6, semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 5 perlu dipenuhi. Terdapat unsur inovasi/kreativiti/amalan terbaik yang diiktiraf atau

bolehdicontohi.Contohnya:

Pihak sekolah mempunyai inisiatif kendiri dalam mewujud dan mengekalkan persekitaran agar sentiasa kondusif atau menerima anugerah yang berkaitan daripada PPD/JPN/KPM.

atau inisiatif lain yang sesuai.

(Nyatakan inisiatif yang telah dilaksanakan sebagai Justifikasi Skor 6)

SKOR 5

 Suasana yang mesra dan harmoni diwujud dan dikekalkan untuk meningkatkan semangat bekerjadalam kalangan warga sekolah.

 Tanggungjawab dan tugas dilaksanakan olehhampirkeseluruhan warga sekolah dengan semangat kekitaan dan kerja sepasukan.

 Persekitaran fizikal yang ceria, selesa dan selamat mendorong hampir keseluruhan warga sekolah menjalankan tanggungjawab dengan bersungguh-sungguh.

 Suasana sekolah mendorong hampirkeseluruhan murid bersemangat untuk belajar.

Hampir keseluruhan warga sekolah berpuas hati dan berasa bangga terhadap sekolah.

SKOR 4 Semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 3 dipenuhi. Terdapat banyak kekuatan

yang jelas tetapi belum mencapai keseluruhan deskripsi skor 5.

SKOR 3

 Suasana yang mesra dan harmoni diwujudkan dalam kalangan warga sekolah.

 Tanggungjawab dan tugas dilaksanakan oleh kebanyakan warga sekolah dengan semangat kekitaan dan kerja sepasukan.

 Persekitaran fizikal yang ceria, selesa dan selamat mendorong kebanyakan warga sekolah menjalankan tanggungjawab dengan bersungguh-sungguh.

 Suasana sekolah mendorong kebanyakan murid bersemangat untuk belajar.

Kebanyakan warga sekolah berpuas hati dan berasa bangga terhadap sekolah.

SKOR 2 Mempunyai kekuatan yang memenuhi keperluan minimum tetapi masih belum mencapai

keseluruhan deskripsi skor 3.

SKOR 1

 Suasana kurang mesra dan harmoni dalam kalangan warga sekolah.

 Tanggungjawab dan tugas dilaksanakan oleh sangat sedikit warga sekolah dengan semangat kekitaan dan kerja sepasukan.

 Persekitaran fizikalkurang selesa dan kurang selamat untuk warga sekolah menjalankan tanggungjawab.

(16)

Aspek 2.7 Permuafakatan Strategik

Kriteria Kritikal Permuafakatan diwujudkan untuk memperoleh sumbangan dan sokongan pelbagai pihak bagi manfaat sekolah.

SKOR DESKRIPSI SKOR

SKOR 6

Untuk memperoleh skor 6, semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 5 perlu dipenuhi. Terdapat unsur inovasi/kreativiti/amalan terbaik yang diiktiraf atau

bolehdicontohi.Contohnya:

Ibu bapa, komuniti atau alumni memberi sumbangan secara berterusansama adadalambentuk sumbangan dana, peralatan atau kepakaran seperti mengajar dalam kelas tambahan, menjadi pembantu di kelas prasekolah dan jurulatih sukan yang membawa kejayaan kepada pihak sekolah.

atau inisiatif lain yang sesuai.

(Nyatakan inisiatif yang telah dilaksanakan sebagai Justifikasi Skor 6)

SKOR 5

 Hubungan erat dengan ibu bapa, komuniti atau alumni diwujudkan melalui pelbagai cara.

 Maklumat tentang program sekolah, pembangunan, pencapaian dan kejayaan sekolah dihebahkan untuk pengetahuan ibu bapa, komuniti atau alumni.

 Ibu bapa dan komuniti atau alumni memberi pelbagai bentuk sumbangan dan sokongan bagi menggerakkan program pendidikan sekolah ke arah kecemerlangan.

 Ibu bapa dan komuniti atau alumni berpuas hati dengan pencapaian dan kejayaan sekolah.

SKOR 4 Semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 3 dipenuhi. Terdapat banyak kekuatan

yang jelas tetapi belum mencapai keseluruhan deskripsi skor 5.

SKOR 3

 Hubungan erat dengan ibu bapa dan komuniti atau alumni diwujudkan.

 Maklumat tentang program sekolah, pencapaian dan kejayaan sekolah dihebahkan untuk pengetahuan ibu bapa.

 Ibu bapa memberi sumbangan dan sokongan bagi menggerakkan program pendidikan sekolah.

SKOR 2 Mempunyai kekuatan yang memenuhi keperluan minimum tetapi masih belum mencapai

keseluruhan deskripsi skor 3.

SKOR 1

 Hubungan erat dengan ibu bapa tidak diwujudkan.

 Maklumat tentang program sekolah, pencapaian dan kejayaan sekolah tidak dihebahkan untuk pengetahuan ibu bapa.

(17)

16

Aspek 2.8 Pengurusan Asrama

Kriteria Kritikal Asrama diurus untuk memastikan keselesaan, keselamatan dan perkembangan sahsiah murid.

SKOR DESKRIPSI SKOR

SKOR 6

Untuk memperoleh skor 6, semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 5 perlu dipenuhi. Terdapat unsur inovasi/kreativiti/amalan terbaik yang diiktiraf atau

bolehdicontohi.Contohnya:

Mengurus/menyelenggara/mengekalkan atau menerima anugerah pengurusan asrama peringkat negeri/kebangsaan.

atau inisiatif lain yang sesuai.

(Nyatakan inisiatif yang telah dilaksanakan sebagai Justifikasi Skor 6)

SKOR 5

Hampir keseluruhan kemudahan fizikal dan kelengkapan asas asrama sekolah mencukupi dan disusun atur mengikut kesesuaian dan keperluan.

 Kemudahan fizikal dan kelengkapan asas asrama diselenggara dengan cekap bagi memastikan keselesaan dan keselamatan murid.

 Maklumat tentang anggota kumpulan pelaksana, penghuni, kemudahan dan penyelenggaraan disediakan dengan lengkap.

 Peraturan asrama dihebahkan dan dikuatkuasakan.

 Aktiviti pembelajaran dan aktiviti sosial dirancang dan dilaksanakan dengan mengambil kira keperluan murid.

 Makanan yang disediakan mencukupi dan berkualiti serta diuruskan dengan mematuhi peraturan kesihatan.

 Pemantauan pengurusan asrama dilaksanakan secara terancang.

SKOR 4 Semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 3 dipenuhi. Terdapat banyak kekuatan yang

jelas tetapi belum mencapai keseluruhan deskripsi skor 5.

SKOR 3

Kebanyakankemudahan fizikal dan kelengkapan asas asrama sekolah mencukupidan disusun atur mengikut kesesuaian dan keperluan.

 Kemudahan fizikal dan kelengkapan asas asrama diselenggara.

 Maklumat tentang anggota kumpulan pelaksana dan penghuni disediakan dengan lengkap.

 Peraturan asrama dikuatkuasakan.

 Aktiviti pembelajaran dan aktiviti sosial dirancang dan dilaksanakan.

 Makanan yang disediakan mencukupi dan berkualiti serta diuruskan dengan mematuhi peraturan kesihatan.

 Pemantauan pengurusan asrama dilaksanakan.

SKOR 2 Mempunyai kekuatan yang memenuhi keperluan minimum tetapi masih belum mencapai keseluruhan

deskripsi skor 3.

SKOR 1

 Kemudahan fizikal dan kelengkapan asas asrama sekolah tidak mencukupi dan tidak diselenggara.

 Maklumat tentang anggota kumpulan pelaksana dan penghuni tidak disediakan.

 Penguatkuasaan peraturan asrama longgar.

(18)

STANDARD 3 PENGURUSAN KURIKULUM, KOKURIKULUM DAN SUKAN, DAN HAL EHWAL MURID

3.1 PENGURUSAN KURIKULUM

Aspek 3.1.1 Ketetapan Pelaksanaan Kurikulum

Kriteria Kritikal Ketetapan dibuat bagi memastikan kepatuhan dan keselarasan pelaksanaan kurikulum kebangsaan.

SKOR DESKRIPSI SKOR

SKOR 6

Untuk memperoleh skor 6, semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 5 perlu dipenuhi. Terdapat unsur inovasi/kreativiti/amalan terbaik yang diiktiraf atau

bolehdicontohi.Contohnya:

Kepatuhan kepada ketetapan pelaksanaan kurikulum secara berterusan berjaya membawa perubahan positif dan keselarasan dalam pelaksanaan kurikulum sekolah.

atau inisiatif lain yang sesuai.

(Nyatakan inisiatif yang telah dilaksanakan sebagai Justifikasi Skor 6)

SKOR 5

 Ketetapan berkaitan pelaksanaan kurikulum dibuat dengan mematuhi Akta Pendidikan, Peraturan Pendidikan, Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI), Surat Siaran, dasar-dasar KPM dan mengikut keperluan sekolah.

 Ketetapan berkaitanpelaksanaan kurikulum merangkumiperuntukan kewangan mata pelajaran, pentaksiran, latihan atau tugasan, pakej mata pelajaran yang ditawarkan mengikut keperluan dan sumber pendidikan dibuat dan dipatuhiuntuk memastikan pelaksanaan kurikulum yang berkesan.

Hampir keseluruhan ketetapan dinyatakan secara tersurat sebagai panduan pengurusan kurikulum.

SKOR 4 Semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 3 dipenuhi. Terdapat banyak kekuatan yang jelas tetapi belum mencapai keseluruhan deskripsi skor 5.

SKOR 3

 Ketetapan berkaitan pelaksanaan kurikulum dibuat dengan mematuhi Akta Pendidikan, Peraturan Pendidikan, SPI, Surat Siaran, dasar-dasar KPM dan mengikut keperluan sekolah.

 Ketetapan berkaitan pelaksanaan kurikulum dibuat dan dipatuhi.

Kebanyakan ketetapan dinyatakan secara tersurat sebagai panduan pengurusan kurikulum.

SKOR 2 Mempunyai kekuatan yang memenuhi keperluan minimum tetapi masih belum mencapai

keseluruhan deskripsi skor 3.

SKOR 1

 Ketetapan berkaitan pelaksanaan kurikulum yang dibuat tidak lengkap dan tidak mengikut keperluan sekolah.

(19)

18

Aspek 3.1.2 Pengurusan Mata Pelajaran

Kriteria Kritikal Mata pelajaran diurus untuk meningkatkan kualiti pembelajaran dan pengajaran.

SKOR DESKRIPSI SKOR

SKOR 6

Untuk memperoleh skor 6, semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 5 perlu dipenuhi. Terdapat unsur inovasi/kreativiti/amalan terbaik yang diiktiraf atau

bolehdicontohi.Contohnya:

Peranan panitia mata pelajaran yang berkesan membantu guru meningkatkan kualiti PdP dengan menggunakan pelbagaisumberpendidikan/kaedah seperti video e-guru, eduweb TV, Lesson Study.

atau inisiatif lain yang sesuai.

(Nyatakan inisiatif yang telah dilaksanakan sebagai Justifikasi Skor 6)

SKOR 5

Hampir keseluruhan ketetapan pelaksanaan kurikulum dilaksanakan oleh panitia mata pelajaran.

 Panitia mata pelajaran merancang dan melaksanakan program bagi meningkatkan kualiti pengajaran guru.

 Panitia mata pelajaran menggunakan peruntukan kewangan secara optimum untuk memastikan sumber pendidikan disedia dan digunakan dalam meningkatkan kualiti pembelajaran murid.

 Perkembangan prestasi murid dalam mata pelajaran serta status pelaksanaan program panitia dipantau, dinilai, dilapor dan dibincangkan.

 Kekuatan dan kelemahan pelaksanaan PdP dikenal pasti.

SKOR 4 Semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 3 dipenuhi. Terdapat banyak kekuatan

yang jelas tetapi belum mencapai keseluruhan deskripsi skor 5.

SKOR 3

Kebanyakan ketetapan pelaksanaan kurikulum dilaksanakan oleh panitia mata pelajaran.

 Panitia mata pelajaran merancang dan melaksanakan program bagi meningkatkan kualiti pengajaran guru.

 Panitia mata pelajaran menggunakan peruntukan kewangan untuk memastikan sumber pendidikan disedia dan digunakan dalam meningkatkan kualiti pembelajaran murid.

 Perkembangan prestasi murid dalam mata pelajaran serta status pelaksanaan program panitia dilapor.

SKOR 2 Mempunyai kekuatan yang memenuhi keperluan minimum tetapi masih belum mencapai

keseluruhan deskripsi skor 3.

SKOR 1

 Panitia mata pelajaran tidak merancang program bagi meningkatkan kualiti pengajaran guru.

 Panitia mata pelajaran tidak menggunakan peruntukan kewangan untuk memastikan sumber pendidikan disedia dan digunakan dalam meningkatkan kualiti pembelajaran murid.

(20)

Aspek 3.1.3 Pengurusan Program Peningkatan Pencapaian Murid

Kriteria Kritikal Program peningkatan pencapaian murid diurus untuk menyokong peningkatan prestasi murid.

SKOR DESKRIPSI SKOR

SKOR 6

Untuk memperoleh skor 6, semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 5 perlu dipenuhi. Terdapat unsur inovasi/kreativiti/amalan terbaik yang diiktiraf atau

bolehdicontohi.Contohnya:

Program peningkatan akademikdilaksanakan secara berjadual/terancang dengan mengambil kira tahap keupayaan dan masalah pembelajaran murid sehingga berjaya menunjukkan impak positif dalam pembelajaran murid.

atau inisiatif lain yang sesuai.

(Nyatakan inisiatif yang telah dilaksanakan sebagai Justifikasi Skor 6)

SKOR 5

 Program/aktiviti kurikulum dirancang dan dilaksanakan untuk hampir keseluruhan mata pelajaran dan melibatkan murid di semua tahun atau tingkatan.

 Pelaksanaan program/aktiviti mengambil kira isu pembelajaran dan menjurus ke arah peningkatan ilmu, kemahiran serta pemupukan nilai dalam kalangan murid.

 Program/aktiviti yang dilaksanakan sesuai dengan keperluan murid.

 Pemantauanprogram/aktiviti dilaksanakan secara terancang.

 Program/aktiviti yang dilaksanakanmeningkatkan prestasi hampir keseluruhanmurid/mata pelajaran.

SKOR 4 Semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 3 dipenuhi. Terdapat banyak kekuatan

yang jelas tetapi belum mencapai keseluruhan deskripsi skor 5.

SKOR 3

 Program/aktiviti kurikulum dirancang dan dilaksanakan untuk kebanyakan mata pelajaran dan melibatkan murid di semua tahun atau tingkatan.

 Program/aktiviti dilaksanakan.

 Pemantauanprogram/aktiviti dilaksanakan.

 Program/aktiviti yang dilaksanakan meningkatkan prestasi kebanyakan murid/mata pelajaran.

SKOR 2 Mempunyai kekuatan yang memenuhi keperluan minimum tetapi masih belum mencapai

keseluruhan deskripsi skor 3.

SKOR 1

 Program/aktiviti kurikulum dilaksanakan secara ad hoc dan melibatkan murid tertentu sahaja.

 Program/aktiviti kurikulum tidak dirancang.

 Pemantauan program/aktiviti tidak dilaksanakan.

(21)

20

Aspek 3.1.4 Jadual Waktu

Kriteria Kritikal Jadual waktu diurus bagi membolehkan pembelajaran dan pengajaran dilaksanakan dengan teratur.

SKOR DESKRIPSI SKOR

SKOR 6

Untuk memperoleh skor 6, semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 5 perlu dipenuhi. Terdapat unsur inovasi/kreativiti/amalan terbaik yang diiktiraf atau

bolehdicontohi.Contohnya:

Pihak pentadbirmemastikan pematuhan jadual waktu yang ditetapkan dengan menggunakan jadual waktu yang dimuat naik melalui teknologi terkini/alat/peranti elektronik seperti telefon pintar, tablet dan lain-lain.

atau inisiatif lain yang sesuai.

(Nyatakan inisiatif yang telah dilaksanakan sebagai Justifikasi Skor 6)

SKOR 5

Jadual waktu yang disediakan mematuhi peraturan pendidikan dan SPI yang berkuat kuasa serta mengambil kira kemudahan premis.

 Jadual Waktu Induk, Jadual Waktu Persendirian Guru, Jadual Waktu Kelas, Jadual Waktu Guru Ganti dan Jadual Waktu Penggunaan Bilik Khas disediakan dengan lengkap.

 Penyusunan waktu pengajaran yang sesuai dengan sesuatu mata pelajaran membolehkan masa PdP dimanfaatkan secara optimum.

 Jadual waktu disusun semula dengan segera apabila terdapat pertukaran guru atau keperluan tertentu.

 Jadual waktu yang ditetapkan dipatuhi sepenuhnya supaya masa instruksional dapat dimanfaatkan.

SKOR 4 Semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 3 dipenuhi. Terdapat banyak kekuatan

yang jelas tetapi belum mencapai keseluruhan deskripsi skor 5.

SKOR 3

 Jadual waktu yang disediakan mematuhi peraturan pendidikan dan SPI yang berkuat kuasa.

 Jadual Waktu Induk, Jadual Waktu Persendirian Guru, Jadual Waktu Kelas, Jadual Waktu Ganti dan Jadual Waktu Penggunaan Bilik Khas disediakan.

 Penyusunan waktu pengajaran yang sesuai dengan sesuatu mata pelajaran membolehkan masa PdP dimanfaatkan.

 Jadual waktu yang ditetapkan dipatuhi sepenuhnya.

SKOR 2 Mempunyai kekuatan yang memenuhi keperluan minimum tetapi masih belum mencapai

keseluruhan deskripsi skor 3.

SKOR 1

Jadual waktu yang disediakan tidak mematuhi peraturan pendidikan dan SPI yang berkuat kuasa.

 Jadual waktu yang disediakan tidak lengkap dan tidak terkini.

(22)

Aspek 3.1.5 Pengurusan Pentaksiran

Kriteria Kritikal Pentaksiran diurus untuk mengesan pencapaian dan masalah pembelajaran murid.

SKOR DESKRIPSI SKOR

SKOR 6

Untuk memperoleh skor 6, semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 5 perlu dipenuhi. Terdapat unsur inovasi/kreativiti/amalan terbaik yang diiktiraf atau

bolehdicontohi.Contohnya:

Hasil Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR)/Penilaian Kendalian Sekolah Menengah (PKSM)/Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) direkodkan dengan telus dan kemas kini mengikut panduandalam Sistem Analisa Peperiksaan Sekolah (SAPS)/Sistem Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS)dan data tersebut dianalisis sertadigunakan untuk tindakan pembetulan/penambahbaikan.

atau inisiatif lain yang sesuai.

(Nyatakan inisiatif yang telah dilaksanakan sebagai Justifikasi Skor 6)

SKOR 5

 Pentaksiran dilaksanakan secara terancang dengan mematuhi SPI dan dokumen berkaitan PBS.

Instrumen PBS disediakan dengan mematuhi prinsip pentaksiran, Dokumen Standard Kurikulum (DSK)dan Dokumen Standard Prestasi (DSP) dansoalan PKSR/PKSM disediakan berasaskan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU).

Peraturan Penskoran PBS disediakan dengan tepat.

Evidens terkini disimpan dengan lengkap dalam Fail Perkembangan Murid.

Evidens terbaik disimpan dengan lengkap dalam Fail Showcase.

Hasil PKSR/PKSM/PBSdirekodkan dengan kemas kini.

Jawatankuasa PBS merancang dan melaksanakan program bagi meningkatkan kualiti pelaksanaan pentaksiran.

Aktiviti Penjaminan Kualiti iaitu Pementoran, Penyelarasan, Pemantauan dan Pengesanan dijalankan dengan terancang.

 Keputusan pentaksiran dianalisis bagi mengesan pencapaian, mengenal pasti isu, kekuatan dan kelemahan murid.

SKOR 4 Semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 3 dipenuhi. Terdapat banyak kekuatan

yang jelas tetapi belum mencapai keseluruhan deskripsi skor 5.

SKOR 3

 Pentaksiran dilaksanakan secara terancang.

Instrumen PBS disediakandansoalan PKSR/PKSM disediakan.

Peraturan Penskoran PBS disediakan dengan tepat.

Evidens disimpan dalam Fail Perkembangan Murid.

Evidens terbaik disimpan dalam Fail Showcase.

Hasil PKSR/PKSM/PBSdirekodkan.

Jawatankuasa PBS merancang dan melaksanakan program bagi meningkatkan kualiti pelaksanaan pentaksiran.

Aktiviti Penjaminan Kualiti iaitu Pementoran/Penyelarasan/Pemantauan/Pengesanan dijalankan.

 Keputusan pentaksiran dianalisis bagi mengesan pencapaian.

SKOR 2 Mempunyai kekuatan yang memenuhi keperluan minimum tetapi masih belum mencapai

keseluruhan deskripsi skor 3.

SKOR 1

 Pentaksiran dilaksanakan secara tidak terancang.

 Hasil PKSR/PKSM/PBStidakdirekodkan.

(23)

22

3.2 PENGURUSAN KOKURIKULUM DAN SUKAN

Aspek 3.2.1 Ketetapan Pelaksanaan Kokurikulum dan Sukan

Kriteria Kritikal Ketetapan dibuat bagi memastikan kepatuhan dan keselarasan pelaksanaan kokurikulum dan sukan.

SKOR DESKRIPSI SKOR

SKOR 6

Untuk memperoleh skor 6, semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 5 perlu dipenuhi. Terdapat unsur inovasi/kreativiti/amalan terbaik yang diiktiraf atau

bolehdicontohi.Contohnya:

Kepatuhan kepadaketetapan pelaksanaan kokurikulum dan sukan secara berterusan berjaya membawa perubahan positif dan keselarasan dalam pelaksanaan kokurikulum dan sukan sekolah.

atau inisiatif lain yang sesuai.

(Nyatakan inisiatif yang telah dilaksanakan sebagai Justifikasi Skor 6)

SKOR 5

 Ketetapan berkaitan pelaksanaan kokurikulum dan sukan dibuat dengan mematuhi Akta Pendidikan, Peraturan Pendidikan, SPI, Surat Siaran, Panduan Pengurusan PBS, dasar-dasar KPM dan mengikut keperluan sekolah.

 Ketetapan berkaitan pelaksanaan kokurikulum dan sukanmerangkumipemilihan guru penasihat/jurulatih, pendaftaran, perjawatan murid, kekerapan dan masa perjumpaan, perlembagaan, sukatan, mekanisme pemantauan, keselamatan, penilaian, pengiktirafan dan penghargaan dibuat dan dipatuhi untuk memastikan kegiatan kokurikulum dan sukan dilaksanakan secara berkesan.

Hampir keseluruhanketetapan tersebut dinyatakan secara tersurat dengan kemas kini sebagai panduan pengurusan kokurikulum dan sukan.

SKOR 4 Semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 3 dipenuhi. Terdapat banyak kekuatan

yang jelas tetapi belum mencapai keseluruhan deskripsi skor 5.

SKOR 3

 Ketetapan berkaitan pelaksanaan kokurikulum dan sukan dibuat dengan mematuhi Akta Pendidikan, Peraturan Pendidikan, SPI, Surat Siaran, Panduan Pengurusan PBS, dasar-dasar KPM dan mengikut keperluan sekolah.

 Ketetapan berkaitan pelaksanaankokurikulum dan sukan dibuat dan dipatuhi.

Kebanyakanketetapan tersebut dinyatakan secara tersurat sebagai panduan pengurusan kokurikulum dan sukan.

SKOR 2 Mempunyai kekuatan yang memenuhi keperluan minimum tetapi masih belum mencapai keseluruhan deskripsi skor 3.

(24)

Aspek 3.2.2 Pengurusan Kelab dan Persatuan

Kriteria Kritikal Kelab dan Persatuan diurus untuk memastikan penglibatan murid secara menyeluruh dan sebagai pengukuhan terhadap pembelajaran di bilik darjah.

SKOR DESKRIPSI SKOR

SKOR 6

Untuk memperoleh skor 6, semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 5 perlu dipenuhi. Terdapat unsur inovasi/kreativiti/amalan terbaik yang diiktiraf atau

bolehdicontohi.Contohnya:

Pihak sekolah menggunakan khidmat kepakaran ibu bapa/komuniti setempat secara berterusan untuk meningkatkan kehadiran dan kualiti kemahiran belajar murid.

atau inisiatif lain yang sesuai.

(Nyatakan inisiatif yang telah dilaksanakan sebagai Justifikasi Skor 6)

SKOR 5

Hampir keseluruhan ketetapan pelaksanaan kokurikulum dan sukan dilaksanakan oleh Kelab dan Persatuan.

 Kelab dan Persatuan menggunakan kurikulum/panduan pelaksanaan, dan rancangan aktiviti tahunan yang disediakan.

 Aktiviti Kelab dan Persatuan dirancang dan dilaksanakan berdasarkan matlamat, objektif persatuan dan keupayaan murid bagi mengukuh dan meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari.

 Aktiviti yang dilaksanakan menarik dan mampu meningkatkan kehadiran murid dalam aktiviti kokurikulum.

 Aspek keselamatan murid diberi keutamaan semasa melaksanakan aktiviti.

 Peralatan dan kemudahan asas dimanfaatkan secara optimum.

 Pemantauan aktiviti dilaksanakan secara terancang.

 Rekod kehadiran, penglibatan, penyertaan dan pencapaian/prestasi murid disediakan dengan kemas kini.

Evidens kehadiran, penglibatan, penyertaan dan pencapaian/prestasi murid disediakan dengan kemas kinidandisimpan di dalam Fail Perkembangan Murid.

Skor direkodkan dalam SPPBS.

SKOR 4 Semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 3 dipenuhi. Terdapat banyak kekuatan

yang jelas tetapi belum mencapai keseluruhan deskripsi skor 5.

SKOR 3

Kebanyakan ketetapan pelaksanaan kokurikulum dan sukan dilaksanakan oleh Kelab dan Persatuan.

 Aktiviti Kelab dan Persatuan dirancang dan dilaksanakan.

 Aspek keselamatan murid diberi keutamaan semasa melaksanakan aktiviti.

 Peralatan dan kemudahan asas dimanfaatkan.

 Pemantauan aktiviti dilaksanakan.

 Rekod kehadiran, penglibatan, penyertaan dan pencapaian/prestasi murid disediakan.

Evidenskehadiran, penglibatan,penyertaan dan pencapaian/prestasi murid disediakan dandisimpan di dalam Fail Perkembangan Murid.

Skor direkodkan dalam SPPBS.

SKOR 2 Mempunyai kekuatan yang memenuhi keperluan minimum tetapi masih belum mencapai

keseluruhan deskripsi skor 3.

SKOR 1

 Aspek keselamatan murid tidak diberi keutamaan semasa melaksanakan aktiviti.

 Aktiviti Kelab dan Persatuan tidak dilaksanakan.

 Peralatan dan kemudahan asas tidak dimanfaatkan.

 Rekod/evidenskehadiran, penglibatan, penyertaan dan pencapaian/prestasi murid tidak disediakan.

(25)

24

Aspek 3.2.3 Pengurusan Badan Beruniform

Kriteria Kritikal Badan Beruniform diurus untuk memastikan penglibatan murid secara menyeluruh dan sebagai pengukuhan terhadap pembangunan perwatakan murid dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial.

SKOR DESKRIPSI SKOR

SKOR 6

Untuk memperoleh skor 6, semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 5 perlu dipenuhi. Terdapat unsur inovasi/kreativiti/amalan terbaik yang diiktiraf atau

bolehdicontohi.Contohnya:

Pihak sekolah menggunakan khidmat kepakaran ibu bapa/komuniti setempat secara berterusan untuk meningkatkan kehadiran dan kualiti kemahiran belajar murid.

atau inisiatif lain yang sesuai.

(Nyatakan inisiatif yang telah dilaksanakan sebagai Justifikasi Skor 6)

SKOR 5

Hampir keseluruhan ketetapan pelaksanaan kokurikulum dilaksanakan oleh Badan Beruniform.

 Badan Beruniform menggunakankurikulum/panduan pelaksanaan dan rancangan aktiviti tahunan yang disediakan.

 Aktiviti Badan Beruniform dirancang dan dilaksanakan berdasarkan matlamat, objektif persatuan dan keupayaan murid bagi mengukuh dan meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari.

 Aktiviti yang dilaksanakan menarik dan mampu meningkatkan kehadiran murid dalam aktiviti kokurikulum.

 Aspek keselamatan murid diberi keutamaan semasa melaksanakan aktiviti.

 Peralatan dan kemudahan asas dimanfaatkan secara optimum.

 Pemantauan aktiviti dilaksanakan secara terancang.

 Rekod kehadiran, penglibatan, penyertaan dan pencapaian/prestasi murid disediakan dengan kemas kini.

Evidens kehadiran, penglibatan, penyertaan dan pencapaian/prestasi murid disediakan dengan kemas kinidandisimpan di dalam Fail Perkembangan Murid.

Skor direkodkan dalam SPPBS.

SKOR 4 Semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 3 dipenuhi. Terdapat banyak kekuatan

yang jelas tetapi belum mencapai keseluruhan deskripsi skor 5.

SKOR 3

Kebanyakan ketetapan pelaksanaan kokurikulum dilaksanakan oleh Badan Beruniform.

 Aktiviti Badan Beruniform dirancang dan dilaksanakan.

 Aspek keselamatan murid diberi keutamaan semasa melaksanakan aktiviti.

 Peralatan dan kemudahan asas dimanfaatkan .

 Pemantauan aktiviti dilaksanakan .

 Rekod kehadiran, penglibatan, penyertaan dan pencapaian/prestasi murid disediakan.

Evidenskehadiran, penglibatan, penyertaan dan pencapaian/prestasi murid disediakan dandisimpan di dalam Fail Perkembangan Murid.

Skor direkodkan dalam SPPBS.

SKOR 2 Mempunyai kekuatan yang memenuhi keperluan minimum tetapi masih belum mencapai

keseluruhan deskripsi skor 3.

SKOR 1

Sangat sedikit ketetapan pelaksanaan kokurikulum dilaksanakan oleh Badan Beruniform.

 Aktiviti Badan Beruniform tidak dilaksanakan.

 Aspek keselamatan murid tidak diberi keutamaan semasa melaksanakan aktiviti.

 Peralatan dan kemudahan asas tidak dimanfaatkan .

 Pemantauan aktiviti tidak dilaksanakan .

(26)

Aspek 3.2.4 Pengurusan Kelab Sukan dan Permainan

Kriteria Kritikal

Kelab Sukan dan Permainan Diurus Untuk Memastikan Penglibatan Murid Secara Menyeluruh Dan Sebagai Pengukuhan Terhadap Pengetahuan, Kemahiran Dan Pembangunan Sahsiah Murid.

SKOR DESKRIPSI SKOR

SKOR 6

Untuk memperoleh skor 6, semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 5 perlu dipenuhi. Terdapat unsur inovasi/kreativiti/amalan terbaik yang diiktiraf atau

bolehdicontohi.Contohnya:

Pihak sekolah menggunakan khidmat kepakaran ibu bapa/komuniti setempat secara berterusan dalam program kelab sukan dan permainan untuk meningkatkan kehadiran murid dan mengukuhkan pengetahuan, kemahiran serta pembangunan sahsiah murid.

atau inisiatif lain yang sesuai.

(Nyatakan inisiatif yang telah dilaksanakan sebagai Justifikasi Skor 6)

SKOR 5

Hampir keseluruhan ketetapan pelaksanaan kokurikulum dan sukan dilaksanakan oleh kelab sukan dan permainan.

 Kelab sukan dan permainan menggunakan kurikulum/panduan pelaksanaan, dan rancangan aktiviti tahunan yang disediakan.

 Penyertaan murid dalam kelab sukan dan permainan berdasarkan bakat, minat dan potensi.

 Aktiviti kelab sukan dan permainan dirancang dengan mengambil kira aspek pengetahuan, kemahiran dan pembangunan sahsiah murid serta dilaksanakan sepanjang tahun persekolahan.

 Aspek keselamatan murid diberi keutamaan semasa melaksanakan aktiviti.

 Peralatan dan kemudahan asas dimanfaatkan secara optimum.

 Pemantauan aktiviti dilaksanakan secara terancang.

 Rekod kehadiran, penglibatan, penyertaan dan pencapaian/prestasi murid disediakan dengan kemas kini.

Evidens kehadiran, penglibatan, penyertaan dan pencapaian/prestasi murid disediakan dengan kemas kinidandisimpan di dalam Fail Perkembangan Murid.

Skor direkodkan dalam SPPBS.

SKOR 4 Semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 3 dipenuhi. Terdapat banyak kekuatan

yang jelas tetapi belum mencapai keseluruhan deskripsi skor 5.

SKOR 3

Kebanyakan ketetapan pelaksanaan kokurikulum dan sukan dilaksanakan oleh kelab sukan dan permainan.

 Aktiviti kelab sukan dan permainan dirancang dan dilaksanakan sepanjang tahun persekolahan.

 Aspek keselamatan murid diberi keutamaan semasa melaksanakan aktiviti.

 Peralatan dan kemudahan asas dimanfaatkan.

 Pemantauan aktiviti dilaksanakan.

 Rekod kehadiran, penglibatan, penyertaan dan pencapaian/prestasi murid disediakan.

Evidenskehadiran, penglibatan, penyertaan dan pencapaian/prestasi murid disediakan dandisimpan di dalam Fail Perkembangan Murid.

Skor direkodkan dalam SPPBS.

SKOR 2 Mempunyai kekuatan yang memenuhi keperluan minimum tetapi masih belum mencapai

keseluruhan deskripsi skor 3.

SKOR 1

Sangat sedikit ketetapan pelaksanaan kokurikulum dan sukan dilaksanakan oleh kelab sukan dan permainan.

 Aktiviti kelab sukan dan permainan tidak dirancang.

 Aspek keselamatan murid tidak diberi keutamaan semasa melaksanakan aktiviti.

 Peralatan dan kemudahan asas tidak dimanfaatkan.

 Pemantauan aktiviti tidak dilaksanakan.

(27)

26

Aspek 3.2.5 Pengurusan Sukan Untuk Semua dan Sukan Untuk Kecemerlangan

Kriteria Kritikal

Program sukan untuk semua dan sukan untuk kecemerlangan diurus untuk menggalakkan penglibatan murid secara menyeluruh dan memperkembangkan potensi serta bakat murid ke arah peningkatan pencapaian sukan sekolah.

SKOR DESKRIPSI SKOR

SKOR 6

Untuk memperoleh skor 6, semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 5 perlu dipenuhi. Terdapat unsur inovasi/kreativiti/amalan terbaik yang diiktiraf atau

bolehdicontohi.Contohnya:

Pihak sekolah berjaya meningkatkanperatusan penglibatan murid yang tinggi dalam program sukan dan melahirkan pemain/pasukan sekolah yang menyerlah.

atau inisiatif lain yang sesuai.

(Nyatakan inisiatif yang telah dilaksanakan sebagai Justifikasi Skor 6)

SKOR 5

Hampir keseluruhan ketetapan pelaksanaan kokurikulum dan sukan dilaksanakan dalam sukan untuk semua dan sukan untuk kecemerlangan.

Hampir keseluruhan aktiviti sukan iaitu sukan dan permainan, merentas desa, sukantara, kejohanan olahraga tahunan dan kem sukan dilaksanakandenganberpandukan kurikulum/panduan pelaksanaan dan rancangan aktiviti tahunan.

Hampir keseluruhan aktiviti yang dilaksanakan menarik, menyeronokkan, memberi pendedahan kemahiran asas dan meningkatkan sosialisasi dalam kalangan murid.

Hampir keseluruhan program sukan untuk semua dirancang dan dilaksanakan sepanjang tahun.

 Program kecemerlangan untuk pasukan sekolah dan pelapis dirancang dan dilaksanakan.

 Pemantauan program sukan untuk semua dilaksanakan secara terancang.

 Aspek keselamatan murid diberi keutamaan semasa melaksanakan program sukan untuk semua.

 Rekod kehadiran, penglibatan, penyertaan dan pencapaian/prestasi murid disediakan dengan kemas kini.

Evidens kehadiran, penglibatan, penyertaan dan pencapaian/prestasi murid disediakan dengan kemas kinidandisimpan di dalam Fail Perkembangan Murid.

Skor direkodkan dalam SPPBS.

SKOR 4 Semua kekuatan yang dihuraikan dalam deskripsi skor 3 dipenuhi. Terdapat banyak kekuatan yang

jelas tetapi belum mencapai keseluruhan deskripsi skor 5.

SKOR 3

Kebanyakan ketetapan pelaksanaan kokurikulum dan sukandilaksanakan dalam sukan untuk semua dan sukan untuk kecemerlangan.

Kebanyakan aktiviti sukan iaitu sukan dan permainan, merentas desa, sukantara, kejohanan olahraga tahunan dan kem sukan dilaksanakan.

Kebanyakan aktiviti yang dilaksanakan menarik, menyeronokkan, memberi pendedahan kemahiran asas dan meningkatkan sosialisasi dalam kalangan murid.

Kebanyakan program sukan untuk semua dirancang dan dilaksanakan.

 Pemantauan program sukan untuk semua dilaksanakan.

 Aspek keselamatan murid diberi keutamaan semasa melaksanakan program sukan untuk semua.

 Rekod kehadiran, penglibatan, penyertaan dan pencapaian/prestasi murid disediakan.

Evidenskehadiran, penglibatan, penyertaan dan pencapaian/prestasi murid disediakan dandisimpan di dalam Fail Perkembangan Murid.

Skor direkodkan dalam SPPBS.

SKOR 2 Mempunyai kekuatan yang memenuhi keperluan minimum tetapi masih belum mencapai keseluruhan

deskripsi skor 3.

SKOR 1

Sangat sedikit ketetapan pelaksanaan kokurikulum dan sukan dilaksanakan dalam sukan untuk semua dan sukan untuk kecemerlangan.

Sangat sedikit aktiviti sukaniaitusukan dan permainan, merentas desa, sukantara, kejohanan olahraga tahunan dan kem sukan dilaksanakan.

Sangat sedikit program sukan untuk semua dilaksanakan.

 Pemantauan program sukan untuk semua tidak dilaksanakan.

 Aspek keselamatan murid tidak diberi keutamaan semasa melaksanakan program sukan untuk semua.

Referensi

Dokumen terkait