• Tidak ada hasil yang ditemukan

Komunikasi Dakwah Orang Asli Analisis La

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "Komunikasi Dakwah Orang Asli Analisis La"

Copied!
21
0
0

Teks penuh

(1)

Komunikasi Dakwah Orang Asli

Muhamad Faisal Ashaar

i

, Mohd Har

fi

z Hamzah,

Abdul Ghafar Don, Razaleigh Kawangit &

Anuar Puteh

Pengenalan

(2)

JADUAL 10.1: Taburan kajian mengikut tahun

Jumlah kajian Tahun

2 1987-1989

1 1990-1994

2 1995-1999

8 2000-2004

15 2005-2011

Jadual 10.1 menunjukkan sebelum tahun 2000 penyelidikan di dalam bidang ini tidak begitu rancak. Hanya terdapat satu LI sahaja yang ditulis pada tahun 1980-an dan empat LI pada 90-an manakala selebihnya iaitu sebanyak 23 LI pada tahun 2000 ke atas. Ini menandakan bahawa kajian berkaitan Orang Asli ditumpukan dengan lebih serius sejak 2000 khususnya selepas 2005 di mana terdapat 15 LI yang telah ditulis. Untuk tahun 2011 dan ke atas, dijangkakan kajian berkenaan dengan Orang Asli akan lebih meningkat. Ini berikutan dengan penubuhan Pusat Kajian Kecemerlangan Orang Asli dan peribumi (PRIBUMI) pada 2010. Objektif utama kepada penubuhan pusat ini ialah untuk mengoptimumkan potensi sumber pakar dan kepakaran universiti dalam bidang berkaitan dakwah masyarakat Orang Asli dan Peribumi. Ia telah diletakkan di bawah naungan Fakulti Pengajian Islam, UKM yang kebanyakan penyelidik terdiri dari pensyarah Jabatan Pengajian Dakwah dan Kepimpinan (JPDK).

(3)

Penulisan ini menumpukan kepada analisis dari aspek komunikasi dakwah yang membincangkan tiga perkara iaitu dari aspek kajian metode dakwah, kajian memahami fenomena dan kajian penilaian terhadap usaha dakwah.

Komunikasi Dakwah

Komunikasi dakwah ialah suatu bidang yang meneliti usaha dakwah yang berkesan dan terancang bagi mencapai matlamat dan objektif tertentu yang sesuai dengan kelompok sasaran dan kemampuan

pendakwah yang terhad (Bambang 2010). Ia berbeza dengan ‘ilmu

dakwah’ yang lebih tertumpu kepada cara menyampaikan mesej Islam

(al-Bayanuni 1999). Tumpuan utama di dalam ‘ilmu dakwah’ ialah

tentang prinsip dan halatuju dakwah itu sendiri yang hanya boleh bersumberkan di dalam al-Quran dan sebagaimana yang ditunjukkan oleh para Rasul terdahulu (Zaydan 1996). Maka memahami prinsip, hala tuju dan cabaran dakwah yang dihadapi oleh para Rasul memerlukan kajian yang bersifat kualitatif sebagaimana yang telah dijalankan oleh para sarjana Islam (al-Rawi 1991). Walau bagaimanapun, usaha dakwah itu tidak cukup dengan memahami prinsip, hala tuju dan cabarannya sahaja, tetapi ia mestilah boleh dikaji aspek pelaksanaannya pada masa kini dengan menggunakan pelbagai kaedah dan wasilah. Paling penting lagi ialah, usaha dakwah yang dilakukan itu boleh dinilai keberkesanannya untuk memastikan usaha yang terbaik dapat dilakukan.

(4)

yang menggabungkan aspek teori, pelaksanaan dan penilaian usaha dakwah yang telah dilakukan.

Muhamad Faisal & Razaleigh (2011) telah mencadangkan tiga skop kajian di dalam komunikasi dakwah iaitu kajian keberkesanan metode dakwah, kajian yang meneliti fenomena kehidupan sosial dan kajian yang menilai kejayaan gerak kerja dakwah. Skop kajian yang pertama meliputi manhaj dan pendekatan dakwah yang sesuai termasuk pengurusan organisasi yang menjadi pelaksana kepada dakwah itu sendiri. Manhaj ialah perancangan dakwah dalam tempoh tertentu bagi mencapai matlamat yang disesuaikan dengan latar belakang kelompok sasaran manakala pendekatan pula ialah aspek pelaksanaan kepada manhaj dakwah itu. Skop kajian yang kedua ialah usaha memahami fenomena sosial berkenaan Orang Asli dari aspek budaya, pemikiran dan persepsi yang perlu untuk diteliti bagi membangunkan metode atau pendekatan yang terbaik untuk menyampaikan dakwah kepada mereka. Manakala skop kajian yang ketiga ialah penilaian tentang kejayaan dan pencapaian usaha dakwah yang telah dilakukan terhadap Orang Asli oleh organisasi mahu pun individu.

Menerusi tiga skop komunikasi dakwah Orang Asli, analisis yang dibuat terhadap semua LI meneliti kekuatan dan kelemahan dalam semua kajian itu yang boleh dijadikan panduan untuk meneroka kajian baru pada masa akan datang. Dengan penelitian sebegini, ia turut boleh merangka perancangan penyelidikan dakwah Orang Asli pada masa akan datang. Analisis dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu berdasarkan kepada bidang komunikasi dakwah seperti yang dinyatakan.

Kajian Keberkesanan Metode Dakwah

(5)

sarjana ialah ketidak kesepakatan mereka di dalam mendefinisikannya.

Namun perselisihan itu hanyalah dari sudut istilah sahaja, bukan dari sudut kandungannya.

Bagi mengharmonikan perbezaan semua pandangan itu, terdapat tiga perkara yang perlu ada dalam sesuatu usaha dakwah. Pertama, ialah perancangan dakwah berdasarkan kepada matlamat yang boleh dicapai dalam sesuatu tempoh berdasarkan kesesuaiannya dengan latar belakang kelompok sasaran. Ia boleh dinamakan dengan manhaj iaitu penentuan hala tuju dan pencapaian yang perlu dicapai dalam dakwah yang akan menjawab persoalan “apa, siapa dan kenapa?”. Kedua ialah aspek konsep dan pelaksanaan aktiviti untuk mencapai matlamat sepertimana yang telah digariskan oleh manhaj. Aspek yang kedua ini dinamakan dengan uslub yang merujuk kepada kaedah untuk melaksanakan kerja-kerja dakwah dan percubaan menjawab persoalan tentang “bagaimana?”. Ketiga ialah aspek teknikal bagi melaksanakan aktiviti tersebut. Ia dinamakan dengan wasilah yang merujuk kepada kesesuaian penggunaan peralatan dan medium termasuk organisasi yang digunakan bagi melaksanakan gerak kerja dakwah yang menjawab persoalan “cara mana?”. Tuntasnya, menurut Ab. Aziz (1997), dakwah dapat difahami bukan sekadar laungan yang tidak menentu, tetapi ia merupakan seruan yang terancang. Seruan yang terancang memerlukan suatu metode yang tersusun dan jelas matlamatnya.

Di dalam aspek keberkesanan metode dakwah ini, terdapat 15 LI yang menumpukan kepada aspek ini seperti yang dipaparkan di dalam Jadual 10.2. Ini menandakan bahawa aspek metode merupakan aspek yang diberikan perhatian yang sewajarnya.

(6)

JADUAL 10.2: Senarai LI yang berkaitan dengan keberkesanan metode dakwah

Bil Pengkaji Metode Dakwah Tahun

1. Nor Hasnah bt Hamali

Masyarakat Orang Asli Di Daerah Temerloh Pahang: Kajian Terhadap Perkembangan Islam Dan Masalah-Masalah Yang Dihadapi

1993

2. Zamaksyari b. Abd Ghani

Cawangan Dakwah Khas Orang Asli: Aktiviti-Aktiviti Dalam Mengembangkan Dakwah Islamiah

1998

3. Che Azimah Hamzah

Peranan Masyarakat Melayu Berjiran Dengan Orang Asli Dalam Konteks Dakwah Islamliyah. Tinjauan Di kampung Paya Perak, Temerloh, Pahang

1998

4. Nor Suhaila bt Hashim

Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Jerantut: Satu Kajian Dari Aspek Organisasi dan Peranannya Dalam Penyebaran Dakwah

2001

5. Noresah bt Mohd @ Abdullah

Pengurusan Dakwah Terhadap Pelajar-Pelajar Orang Asli: Tinjauan Di Asrama Darul Falah, PERKIM.

2002

6. Wan Noraini bt Wan

Pendekatan Dakwah Kepada Orang Asli:Kajian di Jabatan Agama Islam Pahang

2002

7. Norhazani bt Ahmad

Pendekatan Program Dakwah Terhadap Orang Asli: Kajian di Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan

2003

8. Che Norasuati bt Che Dollah

Pengurusan Dakwah Kepada Orang Asli: Kajian di Majlis Agama Islam Kelantan

2003

9. Faizah bt Hamzah

Metodologi Dakwah Kepada Orang Asli: Satu Kajian di Jabatan Agama Islam Johor

2003

10. Siti Munirah bt Hassan

Dakwah dan Pembangunan Masyarakat Orang Asli di Kampung Tekir Negeri Sembilan

(7)

11. Azlizam b Abd Aziz

Strategi Dakwah Masyarakat Orang Asli di Daerah Petaling, Selangor

2007

12. Siti Noor Fazilah bt Mohd Noor

Metodologi Dakwah Perdana Darul Makmur Terhadap Masyarakat Orang Asli

2009

13. Fadilah bt Wahab

Pendekatan Dakwah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Sembilan Terhadap Masyarakat Orang Asli

2010

14. Ummu Syafiqah bt Said

Metodologi Dakwah Terhadap Orang Asli Di Terengganu: Kajian di Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu

2010

15. Syafiqah bt Hassan

Dakwah Dalam Kalangan Masyarakat Orang Asli Kampung Pasir Salam: Kajian Peranan Jabatan Agama Johor

2011

Terdapat lapan LI yang dilakukan secara terfokus kepada aspek tertentu di dalam kajian metode dakwah seperti yang disenaraikan dalam Jadual 10.3. Semua LI yang dilakukan itu tertumpu kepada aspek metode dakwah dan aplikasinya manakala lokasi kajiannya berbeza antara satu sama lain.

(8)

JADUAL 10.3: Tumpuan Kajian LI

Bil Pengkaji Tahun Tumpuan kajian

1 Zamaksyari b.

2002 Pendekatan Dakwah Kepada Orang Asli

3 Norhazani bt Ahmad

2003 Pendekatan Program Dakwah Terhadap Orang Asli

4 Faizah bt Hamzah

2009 Metodologi Dakwah Kepada Orang Asli

5 Azlizam b Abd Aziz

2007 Strategi Dakwah Masyarakat Orang Asli

6 Siti Noor Fazilah bt Mohd Noor

2010 Metodologi Dakwah Perdana Darul Makmur

7 Ummu

Syafiqah bt

Said

2010 Metodologi Dakwah Terhadap Orang Asli

8 Fadilah bt Wahab

2010 Pendekatan Dakwah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Sembilan

(9)

Manakala Fadilah (2010) pula mengkategorikan pelaksanaan metode kepada tiga iaitu pendidikan, kebajikan dan pembangunan ekonomi. Fazilah (2009) pula mengecilkan skop kajian yang telah dilakukan oleh Noraini (2002) dengan membincangkan metode dakwah melalui “Dakwah Perdana Darul Makmur” yang dilaksanakan oleh Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP).

Berdasarkan dapatan ini, dapat dinyatakan bahawa kajian metode dakwah pada tahap awal hanya membincangkan metode dakwah dengan meletakkan sebanyak mana aktiviti dan program yang dilaksanakan untuk tujuan dakwah kepada Orang Asli. Pada tahap seterusnya, pelaksanaan metode dakwah telah dibincangkan mengikut kategori yang sesuai dan tidak hanya dibincangkan secara rawak. Secara amnya, perbincangan dalam aspek metode dakwah ini dibahaskan secara berbeza-beza sekalipun aktiviti dan program yang dinyatakan dalam kesemua kajian adalah hampir sama. Ia hanya disesuaikan mengikut kategori yang diletakkan. Bagi kajian Fazilah (2009), sekalipun cuba untuk mengecilkan skop perbincangan mengenai metode dakwah melalui DPPM, namun perbincangannya tidak banyak berbeza dengan kajian Noraini (2002) sekalipun jarak masa antara kedua-dua kajian adalah tujuh tahun.

Sekalipun LI ini membincangkan metode dakwah Orang Asli secara mendasar, namun penelitian yang lebih terperinci dapat dibahas dengan melihat kesesuaian uslub yang digunakan serta kesan-kesannya. Banyak LI hanya mengkaji tentang cara “apa” yang hendak digunakan dalam berdakwah, tetapi kurang memberi penekanan tentang “bagaimana” untuk mengetuk hati mad’u dengan menggunakan cara “apa” itu. Seperti uslub meraikan hari kebesaran dalam Islam. Apakah rasionalnya uslub ini dilaksanakan dan sejauh mana uslub ini dapat memberi kesan terhadap Orang Asli sama ada mereka dapat lebih memahami tentang hari kebesaran dalam Islam dan lebih tertarik kepada Islam. Selain itu, kajian juga meneliti tentang bagaimana metode dakwah yang dilaksanakan dapat memberi kesan

sama ada mampu untuk memberi Orang Asli berfikir tentang Islam,

(10)

Terdapat tujuh LI yang dapat dikategorikan sebagai kajian am yang merangkumi pengurusan, peranan, perkembangan dakwah seperti dalam Jadual 10.4 di bawah.

JADUAL 10.4: Tumpuan Kajian LI Am

Bil Pengkaji Tahun Tumpuan kajian Jenis 1 Syafiqah bt

Hassan

2011 Kajian Peranan Jabatan Agama Johor

Peranan

2 Nor Suhaila bt Hashim

2001 Kajian Dari Aspek Organisasi dan Peranan

Jadual 10.4 menjelaskan kategori LI yang bersifat am iaitu yang tidak dapat diletakkan dalam kategori yang lain. Analisis mendapati metode dakwah turut dibincangkan di dalam LI di atas tetapi dibicarakan secara umum. Contohnya, Azimah (1998) telah mengkaji peranan masyarakat Melayu yang berjiran dengan Orang Asli. Manakala,

Suhaila (2001) dan Syafiqah (2011) telah mengkaji peranan Jabatan

(11)

Asli. Peranan utama masyarakat Melayu dan organisasi ini adalah untuk menyampaikan dakwah kepada masyarakat Orang Asli. Dalam aspek perkembangan pula, kajian telah dilakukan oleh Hasnah (1993) dan Munirah (2007) yang mengkaji tentang perkembangan Islam dalam kalangan masyarakat Orang Asli serta masalah-masalah yang mereka hadapi. Dalam aspek pengurusan, kajian telah dilakukan oleh Noresah (2002) yang mengkaji pengurusan dakwah di ASDAF dan Norasuati (2003) yang mengkaji pengurusan dakwah di Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK). Kesemua penulisan ini, sekalipun tidak meletakkan metode dakwah sebagai matlamat utama, tetapi masih tetap membahaskannya di dalam penulisan masing-masing. Ini kerana, metode dakwah amat terkait rapat dengan perbincangan tersebut. Peranan untuk menyampaikan dakwah sukar untuk terlaksana tanpa disertakan dengan metode dakwah yang sesuai. Begitu juga dakwah akan sukar untuk dikembangkan dan dibangunkan serta pengurusan tidak akan sempurna tanpa adanya metode dakwah yang terancang. Dari aspek yang lain pula, LI yang dilakukan dengan skop tajuk yang sangat luas tidak sesuai untuk dilakukan dalam kajian di peringkat ijazah pertama.

Berdasarkan kepada pembahagian metode dakwah yang dibahagikan kepada manhaj, uslub dan wasilah, LI boleh dibahagikan kepada dua; yang pertama ialah manhaj dan uslub manakala yang kedua ialah wasilah. Kedua-dua manhaj dan uslub ini digabungkan dalam satu kategori kerana keduanya saling berkaitan rapat. Manhaj ialah perancangan dakwah dalam tempoh tertentu bagi mencapai matlamat tertentu yang disesuaikan dengan latar belakang kelompok sasaran. Manakala uslub pula ialah aspek pendekatan pelaksanaan kepada manhaj dakwah itu. Kesemua 15 LI ini telah mengkaji tentang manhaj dan uslub baik secara umum mahupun secara khusus. Analisis mendapati 8 daripada 15 buah penulisan ilmiah telah mengkaji berkenaan metode dakwah secara mendasar atau khusus. Mereka adalah Zamaksyari (1998), Noraini (2002), Norhazani (2003), Faizah

(2003), Azlizam (2007), Fazilah (2009), Ummu Syafiqah (2010) dan Syafiqah (2011). Manakala selebihnya membincangkannya secara

(12)

Daripada 15 buah penulisan ini juga, hanya satu LI sahaja yang menggunakan metode kajian berbentuk kuantitatif iaitu Fadilah (2010). Manakala 14 buah LI lain menggunakan metode kajian dengan reka bentuk kualitatif. Fadilah (2010) dalam hasil kajiannya mendapati bahawa terdapat tiga bahagian metode dakwah yang dilaksanakan oleh JHEOA, Negeri Sembilan iaitu metode dakwah melalui pendidikan, kebajikan dan pembangunan ekonomi. Dakwah melalui pendidikan adalah seperti kelas bimbingan Fardu Ain, majlis pengenalan program al-Quran, kursus kemahiran bersuci dan bersolat dan dermasiswa untuk pelajar anak mualaf. Dakwah melalui kebajikan pula adalah seperti solat berjemaah, program dakwah dan ziarah, sambutan hari kebesaran Islam, majlis berbuka puasa, gotong royong dan program kunjungan budaya. Manakala pendekatan dari sudut pembangunan ekonomi pula dapat dilihat melalui program bimbingan usahawan dan program pembinaan ruang niaga untuk Orang Asli. Berdasarkan metode tersebut, satu kaji selidik telah di edar kepada 20 orang responden daripada masyarakat Orang Asli untuk mengkaji sejauh mana penerimaan mereka terhadap metode tersebut. Hasil dapatan kajian menunjukkan masyarakat Orang Asli lebih mendapat kefahaman tentang Islam melalui program-program dakwah yang dijalankan oleh JHEOA. Masyarakat Orang Asli juga berasa senang dengan JHEOA kerana bantuan yang telah dihulurkan oleh organisasi ini kepada mereka.

(13)

Internet sebagai medium dakwah Orang Asli masih belum mendapat tempat untuk dijadikan sebagai kajian.

Organisasi dakwah sebagai badan pelaksana dakwah Orang Asli perlu dilihat sebagai suatu wasilah untuk menyampaikan dakwah. Ini berasaskan kepada organisasi dalam konteks komunikasi dilihat sebagai badan yang mempunyai kumpulan-kumpulan dan juga individu yang bekerjasama bagi mencapai matlamat (Mohd Yusof, 2005). Justeru, dalam usaha menyampaikan dakwah kepada Orang Asli, medium terbesar yang digunakan adalah melalui organisasi-organisasi. Melalui organisasi-organisasi tersebut, kegiatan dakwah dapat disusun secara sistematik. Justeru, medium organisasi dianggap paling sesuai untuk menjalankan dakwah kepada masyarakat Orang Asli berbanding medium lain. Tambahan pula, lokasi kediaman mereka yang setempat, yang memudahkan pendekatan organisasi dalam menjalankan usaha dakwah. Dakwah kepada Orang Asli biasanya dilaksanakan secara jama’ie berbanding secara fardi. Terdapat 10 kajian yang dilakukan berkaitan dengan organisasi dakwah seperti yang dinyatakan dalam Jadual 10.5.

Di dalam Jadual 10.5, terdapat banyak jabatan agama telah dijadikan sebagai subjek kajian meliputi negeri Pahang, Negeri Sembilan, Kelantan, Johor dan Terengganu. Walau bagaimanapun, kajian ini tidak menganalisis dapatan setiap dari hasil LI berkenaan. Sekiranya dapatan kajian mendapati bahawa pendekatan yang dilakukan adalah sama, maka kajian tentang organisasi ini tidak wajar lagi untuk diteruskan melainkan sekiranya ada sebarang keistimewaan pendekatan organisasi yang ingin dikaji.

(14)

JADUAL 10.5: LI yang berkaitan organisasi

Bil Pengkaji Tahun Organisasi

1. Zamaksyari b. Abd Ghani

1998 Cawangan Dakwah Khas Orang Asli

2. Nor Suhaila bt Hashim

2001 Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Jerantut

3. Noresah bt Mohd @ Abdullah

2002 Asrama Darul Falah, PERKIM

4. Wan Noraini bt Wan

2002 Jabatan Agama Islam Pahang

5. Norhazani bt Ahmad

2003 Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan 6. Che Norasuati bt

Che Dollah

2003 Majlis Agama Islam Kelantan

7. Faizah bt Hamzah 2003 Jabatan Agama Islam Johor 8. Fadilah bt Wahab 2010 Jabatan Hal Ehwal Orang Asli

Negeri Sembilan 9. Ummu Syafiqah

bt Said

2010 Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu

10. Syafiqah bt Hassan

2011 Jabatan Agama Islam Johor

Kesimpulannya, kajian berkaitan keberkesanan metode ini telah banyak dikaji oleh pengkaji yang terdahulu tetapi merujuk kepada skop yang lebih kecil. Kajian berkenaan wasilah dakwah amat kurang diberi penekanan berbanding kajian berkenaan manhaj dan uslub dakwah. Selain itu, dalam kajian metode dakwah ini hanya menumpukan kepada aspek dakwah secara jamai’e, tetapi tiada kajian berkenaan metode dakwah yang dilaksanakan secara fardi.

Kajian Memahami Fenomena Sosial

(15)

pesakitnya sebelum memberikan rawatan yang sesuai. Dari sudut komunikasi dakwah, memahami fenomena sosial amat penting bagi membolehkan pendakwah merancang metodologi yang bagaimana seharusnya digunakan terhadap golongan yang telah disasarkan itu. Ia tidak sekadar melaksanakan dakwah secara membuta tuli tanpa mengenali sasaran yang mahu diseru kepada Islam.

Berdasarkan 28 LI, terdapat 11 buah LI yang mengkaji dan membincangkan fenomena sosial dalam kalangan masyarakat Orang Asli seperti di dalam Jadual 10.6.

(16)

JADUAL 10.6: Senarai LI Berkenaan Fenomena Sosial

Bil Pengkaji Tahun Fenomena Sosial Jenis 1 Zainal Abidin

Shafii 2003 Budaya Orang Asli Malaysia

Budaya dan

2010 Pengetahuan dan Sikap Orang Asli Kuala

2011 Murtad di Johor Bharu Masalah

(17)

Hasil pemerhatian terhadap LI seperti dalam Jadual 10.6, perbincangan berkenaan fenomena sosial banyak ditumpukan kepada budaya hidup Orang Asli serta tahap penghayatan dan kefahaman mereka terhadap agama Islam. 7 daripada 11 kajian membincangkan cara hidup Orang Asli baik dari cara menyambut perayaan, pantang larang, adat-adat serta apa yang diwarisi daripada nenek moyang mereka. Aspek lain yang dilihat adalah tentang sejauh mana ke semua budaya tersebut menepati kehendak Islam. Hal ini dapat diperhatikan dalam tiga LI iaitu yang ditulis oleh Zainal (1990), Zaki (2003) dan Rohaya (2007). Berbeza dengan Ridzuan (2011) yang mengkaji sebuah masyarakat yang telah diasimilasikan dengan penduduk Islam, tetapi masih mempunyai kepercayaan warisan. Kepercayaan ini tidak dikaji sama ada ia bertepatan atau tidak dengan akidah umat Islam, tetapi kajiannya telah menganalisis cara kepercayaan ini membentuk perasaan harmoni antara masyarakat tersebut dengan masyarakat lain. Memahami selok-belok budaya Orang Asli adalah penting kerana tidak semua budaya itu harus dihapuskan dan ditolak dengan sewenang-wenangnya. Islam berlaku adil terhadap budaya-budaya ini. Sekiranya terdapat penyelewengan dari sudut akidah Islam, maka ianya perlu diperbetulkan oleh pendakwah.

Begitu juga dari sudut kefahaman dan penghayatan masyarakat Orang Asli, pendakwah perlu menilai tahap kefahaman dan penghayatan mereka ini dan seterusnya mengisi kelompangan dan kekosongan yang telah dikenal pasti dengan melalui wasilah dan uslub yang bersesuaian.

Johara (2003), Ismail (2010) dan Rafiqah (2011) menumpukan kajian

mereka dalam aspek kefahaman dan juga penghayatan yang dimiliki oleh Orang Asli. Kajian mereka hanya memfokuskan tahap kefahaman dan penghayatan Orang Asli terhadap agama Islam. Namun begitu, kajian yang dilakukan itu tanpa ada satu piawaian yang jelas dan selaras dalam mengukur tahap-tahap tersebut.

(18)

untuk mengkaji fenomena murtad yang berlaku dalam kalangan masyarakat Orang Asli. Fenomena ini tidak seharusnya dipandang mudah oleh pendakwah sekalipun kebanyakan mereka ini hidup tanpa anutan agama yang benar-benar jitu. Kajian persepsi pula tidak hanya melihat tentang bagaimana Orang Asli berpersepsi terhadap agama Islam, tetapi kajian dalam konteks ini juga telah melihat bagaimana persepsi mereka yang menjalankan usaha dakwah itu sendiri. Ini dapat dilihat melalui penulisan Hamizah (2011) yang menilai bagaimana etika kakitangan JHEOA bekerja dan ini menimbulkan satu persepsi sama ada positif atau negatif terhadap usaha dakwah Orang Asli.

Kajian berkenaan fenomena sosial ini membolehkan pendakwah mendapatkan cara yang berkesan untuk mengatasi masalah yang membelenggu Orang Asli. Oleh kerana Islam datang sebagai agama dan cara hidup yang perlu mengubah cara hidup mereka yang sedia ada kepada cara hidup yang betul, maka suatu kajian yang mendasar perlu dilakukan. Matlamat kajian bukan sahaja untuk memahami budaya mereka, tetapi juga mencari cara bagaimana untuk menembusi tembok budaya mereka agar mereka dapat menerima budaya yang dibawa oleh Islam. Untuk mengukur tahap kefahaman dan penghayatan Orang Asli terhadap Islam, satu piawaian khas perlu dibina untuk mengukur tahap agar status mualaf tidak berlanjutan berpuluh tahun. Kajian bersifat

tindakan juga perlu difikirkan agar penambahbaikan terhadap usaha

dapat dilakukan dengan jayanya.

Kajian Penilaian Terhadap Usaha Dakwah

(19)

pengkaji tersebut adalah Norasuati (2003), Fariza (2008), Fazilah (2009) dan Fadilah (2010).

Bagi Norasuati (2003) dan Fadilah (2010), kajian mereka tertumpu kepada dua organisasi iaitu MAIK dan JHEOA Negeri Sembilan. Berdasarkan medium ini, pelbagai pendekatan telah digunakan bagi tujuan dakwah Orang Asli sebagaimana yang telah dibincangkan pada bab yang lepas. Rentetan dari itu, pendekatan atau metodologi yang telah dilaksanakan oleh mereka membuahkan hasil yang positif. Oleh kerana itu, pendakwah perlu menilai dan mengambil iktibar dari kejayaan-kejayaan tersebut dan diadaptasikan secara optimum.

JADUAL 10.7: Senarai Kajian Penilaian Terhadap Usaha Dakwah

Bil Pengkaji Tahun Tajuk

1 Che Norasuati bt Che Dollah

2003 Pengurusan Dakwah Kepada Orang Asli: Kajian di Majlis Agama Islam Kelantan

2 Fariza bt Abd Aziz

2008 Keberkesanan Dakwah Orang Asli Di Negeri Pahang.

3 Siti Noor Fazilah bt Mohd Noor

2009 Metodologi Dakwah Perdana Darul Makmur Terhadap Masyarakat Orang Asli

4 Fadilah bt Wahab 2010 Pendekatan Dakwah Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Negeri Sembilan Terhadap Masyarakat Orang Asli

Manakala Fazilah (2009) pula mengkaji berkenaan program Dakwah Perdana Darul Makmur (DPRM). Merujuk kepada skop kejayaan dalam usaha-usaha dakwah, DPRM mampu menjadi contoh kepada program besar yang bertaraf tinggi. Ini kerana ia diletakkan sebagai program pada peringkat negeri dan dianjurkan dengan kerjasama pelbagai organisasi bagi menjayakan program tersebut. Berdasarkan objektif dan hasil kajian yang telah dibincangkan dalam kajian Fazilah

(2009) ini, maka ia boleh diklasifikasikan di dalam skop yang ketiga

(20)

Fariza (2008) pula secara jelas berdasarkan tajuk kajiannya menggambarkan tentang keberkesanan di dalam usaha dakwah terhadap masyarakat Orang Asli di negeri Pahang. Hasil kajiannya mendapati bahawa kejayaan dalam dakwah terhadap Orang Asli di negeri Pahang dapat dibahagikan kepada 4 aspek iaitu pendidikan, ekonomi, sosial dan kebajikan. Tambahan itu, kejayaan yang dicapai sdalam usaha dakwah di Pahang adalah kerana banyaknya organisasi yang menjadi medium kepada usaha ini. Antara organisasi tersebut adalah JAIP, JHEOA Pahang, PETAMA dan PERKIM.

Sungguhpun terdapat usaha yang membuat penilaian terhadap usaha yang dilakukan, tetapi kajian yang dijalankan itu tidak mempunyai satu kayu ukur yang tepat untuk menilai sesuatu kejayaan usaha dakwah. Ia mungkin disebabkan kajian tersebut dilakukan di peringkat sarjana muda yang tentunya metode dan kajian literatur tidak mendalam.

Dakwah kepada masyarakat Orang Asli semakin berkembang dan menunjukkan respons yang positif. Dengan usaha-usaha yang telah dilaksanakan, dakwah Islam mampu untuk sampai kepada masyarakat ini sekalipun suatu ketika dahulu mereka ini seakan terasing dari masyarakat luar. Perkembangan positif ini perlu dikaji tentang bagaimana manhaj, uslub dan wasilah yang digunakan sehingga mencapai kejayaan pada hari ini. Bukan sekadar membincangkan metode apa yang digunakan, tetapi apa yang lebih penting bagaimana metode yang telah digunakan itu mencapai kejayaan dan mampu untuk dijadikan contoh untuk pendakwah yang akan datang. Bagi menghadapi dakwah kontemporari, satu model atau teori dakwah terhadap Orang Asli perlu diwujudkan agar ianya dapat dijadikan sebagai garis panduan dalam menyampaikan dakwah kepada masyarakat ini.

Kesimpulan

(21)

kepada uslub dakwah berbanding wasilah dakwah. Dalam usaha merangka dan merancang strategi dakwah yang lebih ampuh, laras bahasa budaya Orang Asli dan pemikiran mereka perlu lebih difahami oleh para pendakwah. Justeru, kajian berkaitan fenomena sosial perlu diseimbangkan dengan kajian metode keberkesanan dakwah bagi memperoleh kefahaman yang mendalam tentang kehidupan orang Asli dari sudut psikologi, sosiologi dan sosiobudaya.

Muhamad Faisal Ashaari, Mohd Harfiz Hamzah, Abd Ghafar Don, Razaleigh Kawangit@Muhammad, Anuar Puteh. 2014. Komunikasi Dakwah Orang Asli: Analisis Latihan Ilmiah di JPDK. Dlm. Siti Rugayah Tibek, Fariza Md. Sham, & Muhammad Hilmi Jalil (pnyt.). Pembangunan Dakwah Muallaf, hlm. 106-126. Bangi: Institut Islam Hadhari, UKM.

Referensi

Dokumen terkait

Sehingga dari hasil uji statistik tersebut menunjukkan bahwa H0 ditolak dan H1 diterima atau dengan kata lain terdapat pengaruh latihan ROM aktif terhadap

Pada masa lalu pemeliharaan menjadi suatu persoalan yang besar dalam manajemen operasi karena diperlukan adanya reliability dari peralatan dalam suatu proses

1. 13 Tahun 2003, tenaga kerja adalah setiap orang yang mampu melakukan pekerjaan guna menghasilkan barang dan jasa, baik untuk memenuhi kebutuhan sendiri maupun

Mempengaruhi masyarakat ini bisa dengan memberikan motivasi, sosialisasi dan pengawasan pada saat pelaksanaan kegiatan Pembangunan Desa.Tujuan penelitian ini adalah untuk

Beberapa Tuduhan Para Pemberontak terhadap Hadhrat ‘Utsman (ra) dan Klarifikasi beliau Hudhur ayyadahuLlahu bersabda bahwa Hadhrat ‘Utsman (ra) menjelaskan kesalahan dan

Semakin tinggi konsentrasi ragi tape dalam fermentasi pengolahan tape sukun akan meningkatkan kadar air, kadar asam (pH lebih rendah), dan tekstur (tektur tape sangat

Apabila seseorang dilarang meminjamkan uang dengan bunga yang tinggi, maka secara rasional lebih baik ia meminjamkannya kepada kalangan menengah dan

Bab I membahas latar belakang permasalahan, rumusan masalah, tujuan yang hendak dicapai, ruang lingkup kajian, sumber data serta sistematika penyajian.. BAB II