• Tidak ada hasil yang ditemukan

FINAL ANALISIS dan DATA MIGRASI

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "FINAL ANALISIS dan DATA MIGRASI"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

14. PENGHIJRAH YANG INGIN KEKAL BEKERJA DI MALAYSIA

PENGHIJRAH YANG INGIN KEKAL BEKERJA DI MALAYSIA

NEGARA ASAL

JANTINA YA TIDAK JUMLAH PERATUS

INDONESIA LELAKI

JUMLAH 60 45 105 100

(2)

perempuan yang berasal dari Indonesia yang mencatatkan bilangan responden yang paling tinggi iaitu seramai 21 orang dengan peratusan sebanyak 20%. Bilangan responden yang paling sedikit tidak ingin kekal bekerja di Malaysia bersal dari lain-lain. Penghijrah lelaki dan perempuan yang berasal dari lain-lain mencatatkan jumlah bilangan yang sama iaitu hanya seorang sahaja yang tidak ingin kekal bekerja di Malaysia. Antara factor-faktor yang menyebabkan penghijrah ingin kekal bekerja di Malaysia ialah kemudahan pengangkutan, gaji lumayan, kemudahan tempat tinggal, ingin menjalankan perniagaan dan mengikut kawan atau saudara-mara untuk berhijrah.

(3)

INDONESIA BANGLADESH NEPAL LAIN-LAIN

TIDAK PENTING INDONESIA BANGLADESH NEPAL LAIN-LAIN

26

INDONESIA BANGLADESH NEPAL LAIN-LAIN

7

INDONESIA BANGLADESH NEPAL LAIN-LAIN

(4)

Dalam jadual di atas menunjukkan faktor yang menyebabkan pekerja asing ingin kekal untuk bekerja di Malaysia. Faktor pertama yang menyebabkan pekerja asing ingin kekal bekerja di Malaysia ialah kemudahan pengangkutan. Seramai 19 orang pekerja Indonesia menyatakan bahawa kemudahan pengangkutan di Malaysia adalah neutral dan diikuti oleh pekerja Bangladesh juga yang menyatakan yang sama iaitu neutral dan menunjukkan seramai 7 orang. Kemudahan pengangkutan di Malaysia sangat penting dan menyebabkan pekerja asing ingin kekal bekerja di Malaysia disokong oleh 9 orang pekerja Indonesia dan 2 orang pekerja Bangladesh dan Nepal diikuti hanya seorang sahaja dari pekerja lain-lain negara. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa kemudahan pengangkutan di Malaysia tidak begitu penting bagi pekerja-pekerja asing kerana kemudahan pengangkutan di negara asal mereka hampir sama dengan di Malaysia. Kebanyakan pekerja asing yang berhijrah ke negara yang ingin dituju, mereka akan melihat dan mempertimbangkan beberapa faktor dan salah satunya adalah faktor kemudahan pengangkutan. Faktor ini boleh menjadi faktor penarik kepada pekerja asing untuk berhijrah dan terus kekal bekerja di Malaysia. Kemudahan pengangkutan ini akan memudahkan pergerakan pekerja asing untuk melakukan tugas harian mereka seperti pergi ke kerja, mencari keperluan harian, bersosial bersama rakan-rakan dan sebagainya.

(5)

yang berhijrah ke Malaysia ekoran daripada peluang pekerjaan yang jauh lebih banyak disediakan berbanding dengan di Negara asal. Peluang pekerjaan yang banyak di Malaysia telah memberikan gaji yang lumayan setaraf dengan pekerjaan yang dilakukan. Hal ini telah menyebabkan pekerja Indonesia berhijrah ke Malaysia. Tawaran gaji yang lumayan antara punca utama pekerja asing tanpa izin (PATI) membanjiri Malaysia. Lubuk pekerjaan sangat banyak di Malaysia dan gaji pekerja asing tinggi terutamanya di kawasan Cameron highland mereka berpeluang untuk meraih pendapatan di antara RM 1000 hingga RM 2000 sebulan. Pekerja asing sangat suka bekerja sebagai pekebun di Cameron Highland malah ada di antara mereka yang menggalakkan kawan mereka untuk bekerja di Cameron Highland. (SINAR HARIAN, 2014).

Berdasarkan jadual di atas, jadual telah menunjukkan bahawa pekerja Indonesia seramai 18 orang berasa neutral tentang kemudahan tempat tinggal menyebabkan pekerja Indonesia kekal bekerja di Malaysia. Tetapi seramai 11 orang pekerja Indonesia berpendapat bahawa kemudahan tempat tinggal penting untuk mereka berfikir dan membuat keputusan untuk mereka kekal bekerja di Malaysia. Pekerja Bangladesh seramai 7 orang berfikir kemudahan tempat tinggal penting dan seramai 3 orang berfikir neutral tentang kemudahan tempat tinggal akan mempengaruhi pekerja asing kekal bekerja di Malaysia. Majikan mempunyai peranan yang penting untuk menyediakan tempat tinggal bagi pekerja asing yang bekerja di Malaysia disebabkan oleh memudahkan pekerja asing untuk pergi ke tempat kerja dan urusan hal-hal peribadi mereka. Bukan itu sahaja, kawan-kawan dan keluarga juga memainkan peranan penting kerana mereka banyak membantu pekerja asing yang baru tiba ke Malaysia dengan menyediakan tempat tinggal. Bantuan keluarga dan rakan-rakan dapat dikaitkan dengan teori rangkaian iaitu penghijrah yang Berjaya dalam sesuatu penghijrahan adalah disebabkan oleh bantuan daripada keluarga dan rakan-rakan.

(6)

seorang sahaja yang menyatakan tidak penting menjalankan perniagaan di Malaysia. Pekerja asing yang berhijrah ke Malaysia bukan untuk menjalankan perniagaan kerana mereka sendiri tidak berkemampuan dan hanya berhijrah untuk mendapatkan pendapatan yang lebih untuk menampung keluarga mereka di Negara asal. Walaupun ada juga menjalankan perniagaan di Malaysia dan dijadikan sebagai pekerjaan utama mereka tetapi bilangan hanya sedikit sahaja. Jika ingin menjalankan perniagaan memerlukan modal yang besar dan mereka kena berfikir risiko dan masa hadapan sama ada memberikan keuntungan atau sebaliknya.

(7)

16.

INDONESIA BANGLADESH NEPAL LAIN-LAIN

(8)

I ND

INDONESIA BANGLADESH NEPAL LAIN-LAIN

0

SUKAR MENDAPATKAN KEMUDAHAN PENGANGKUTAN

SANGAT PENTING PENTING

NEUTRAL KURANG PENTING

TIDAK PENTING

INDONESIA BANGLADESH NEPAL LAIN-LAIN

0

HANYA MENGIKUT TEMPOH KONTRAK KERJA YANG DITETAPKAN

SANGAT PENTING PENTING NEUTRAL KURANG PENTING TIDAK PENTING

(9)

Seramai 14 orang dari pekerja Indonesia beranggapan bahawa mereka berasa neutral dengan kesukaran mencari tempat tinggal menyebabkan mereka tidak mahu kekal bekerja di Malaysia. Bukan itu sahaja, seramai 7 orang dari pekerja Indonesia dan 4 orang dari pekerja Bangladesh berasa penting tentang kesukaran mencari tempat tinggal. Penghijrah yang ingin dating ke Malaysia, perkara pertama yang mereka akan fikir ialah tempat tinggal. Jika sukar untuk mencari tempat tinggal di Negara yang ingin dituju, penghijrah tidak akan berhijrah ke Negara itu apatah lagi mahu bekerja di sana. Tempat tinggal memainkan peranan penting dan mempengaruhi keputusan seseorang untuk berhijrah ke destinasi baru.

Berdasarkan jadual di atas, jelas menunjukkan bahawa pekerja asing hanya menjadikan Negara Malaysia sebagai Negara persinggahan untuk menimba pengalaman dan mempelajari kemahiran-kemahiran tertentu. Malaysia dijadikan sebagai batu loncatan untuk mereka menjadi pekerja yang professional dalam segala bidang pekerjaan seperti dalam sektorpembinaan, pembuatan dan perkhidmatan. Seramai 15 orang pekerja Indonesia dan 3 orang pekerja Bangladesh serta 2 orang pekerja Nepal dan diikuti oleh seorang sahaja pekerja dari Negara lain-lain yang berhijrah ke Malaysia untuk mencari pengalaman kerja bukan berkeinginan untuk kekal bekerja di Malaysia. Dalam teori neo-klasik, manusia akan berpindah ke tempat di mana wujudnya peluang bukan sahaja dalam bentuk upah malah peluang dalam bentuk meningkatkan kemahiran sama ada dari segi pendidikan, pengalaman, latihan dan kemahiran bertutur dalam bahasa asing.

Seramai 20 orang pekerja Indonesia tidak mementingkan kesukaran mendapatkan kemudahan pengangkutan di Malaysia. Kesukaran mendapatkan kemudahan pengangkutan bukan factor yang utama yang menyebabkan pekerja asing tidak mahu kekal bekerja di Malaysia. Kebanyakan pekerja asing mendapat kemudahan tempat tinggal yang disediakan oleh majikan, keluarga atau rakan-rakan. Tempat tinggal yang disediakan sangat hamper dengan kawasan tempat mereka bekerja. Hal ini menyebabkan kemudahan pengangkutan tidak begitu penting bagi pekerja asing.

(10)

Malaysia dengan menggunakan permit untuk bekerja dalam tempoh masa yang ditetapkan. Mereka akan menyambung semula kontrak jika mereka mahu bekerja semula atau mereka akan kembali semula ke Negara asal selepas tamat kontrak bekerja.

(11)

INDONESIA

KEINGINAN UNTUK MENJADI WARGANEGARA MALAYSIA

NEGARA ASAL JANTINA YA TIDAK JUMLAH PERATUS

(%)

LAIN - LAIN LELAKI PEREMPUAN

JUMLAH 38 67 105 100

(12)

Kebanyakan golongan penghijrah dilihat mahu menjadi warganegara ialah warga Indonesia. Aspek persamaan bahasa dan budaya yang diamalkan sejak trun-temurun malahan keturunan serumpun menarik keinginan warga Indonesia untuk menjadi warganegara Malaysia. Kepelbagaian budaya, agama dan bangsa yang unik menjadikan rakyat Malaysia terbuka dan boleh menerima serta hidup dalam suasana harmoni dengan masyarakat Negara lain dan menjadikan ramai warga asing senang dan selesa untuk bermastautin di Malaysia. Kira-kira 2.5 hingga 3 juta pekerja asing di Malaysia dengan 70% terdiri daripada warga Indonesia yang berhijrah dan bekerja di Malaysia. (ASTRO AWANI, 2013).

Bagaimanapun, terdapat juga sebahagian daripda responden tidak mahu menjadi warganegara dan mahu pulang ke Negara asal. Salah satu motif asal pekerja asing Bangladesh adalah sebagai ‘target saver’ ataupun pekerja kontrak. Mereka akan mengumpul wang yang banyak dan secepat yang mungkin supaya dapat pulang ke Negara asal dengan modal yang mencukupi untuk memulakan hidup baru. Perkara ini juga sama terjadi kepada pekerja Indonesia yang hanya bekerja di Malaysia dalam tempoh masa yang tertentu dan hanya bekerja untuk mengumpul duit dan mengirimkan duit ke Negara asal. Mereka bukan bekerja untuk menjadi warganegara Malaysia. Ada juga sesetengah pekerja asing yang menjadikan Malaysia sebagai tempat untuk menjalankan latihan menjadi orang gaji yang professional. Mereka akan bekerja dan akan berhenti untuk bekerja di Negara-negara maju seperti Amerika, Dubai dan sebagainya untuk menjadi tukang gaji yang professional.

Warga Indonesia Mesti Patuhi Syarat Pekerjaan di Malaysia. 14 Februari 2013.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/warga-indonesia-mesti-patuhi-syarat-pekerjaan-di-malaysia-7283. (Diakses pada 9 December 2015)

Gaji Menarik, Faktor Pati Tertarik. 10 Disember 2014.

Referensi

Dokumen terkait

hasil batu bata press ke tempat penjemuran, dalam proses ini dilakukan satu orang pekerja yang sama pada tahap satu

Hasil penelitian yang membahas tentang pengaruh pendidikan, SDM/ Kemampuan, jenis kelamin, lama bekerja dan usia terhadap pendapatan pekerja Manding menunjukkan

Patronase korporasi melahirkan orang-orang yang ―dipelihara‖, apakah secara langsung sebagai pekerja atau dalam konteks kendali organisasi birokrasi profesional. Dalam

Dengan kata lain, terlepas dari anak berasal dari rumah tangga migran atau pernah memiliki riwayat migrasi, baik itu yang ikut migrasi bersama orang tua dan