• Tidak ada hasil yang ditemukan

TOPIK 4 REKA BENTUK VISUAL

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "TOPIK 4 REKA BENTUK VISUAL"

Copied!
20
0
0

Teks penuh

(1)

TOPIK 4

REKA BENTUK VISUAL

PENGENALAN

Visual ialah alat komunikasi yang dapat menyediakan rujukan konkrit yang lebih baik daripada pernyataan secara lisan atau bertulis. Ini bermakna fungsi utama visual adalah untuk meningkatkan komunikasi dalam pengajaran. Justeru, peranan visual dalam pembelajaran adalah amat penting. Namun, sebahagian besar daripada kejayaan kerana bahan visual, adalah berdasarkan kualiti yang ada pada visual tersebut. Ini hasil daripada perancangan yang rapi dan kesesuaian teknik yang digunakan. Dalam topik ini, terdapat perbincangan tentang objektif penggunaan visual dalam pengajaran, elemen dan prinsip reka bentuk visual.

OBJEKTIF

Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1. menghuraikan kepentingan visual dalam pengajaran;

2. membezakan antara prinsip dengan elemen reka bentuk visual;

3. menghuraikan kepentingan setiap elemen dan prinsip reka bentuk visual;

4. menghuraikan komponen dan fungsi warna;

5. menghuraikan keluarga huruf dan faktor pemilihan huruf; dan

(2)
(3)

4.1

KONSEP DAN FUNGSI VISUAL

Visual boleh didapati dalam tiga bentuk, iaitu fotografik, elektronik dan grafik. Fotografik dan video (sebagai satu contoh bahan elektronik), menyediakan ilustrasi melalui gambar, sejenis visual yang mewakili realiti dalam keadaan yang paling realistik, iaitu menyerupai sesuatu subjek atau situasi yang sebenar.

Bahangrafik pula menyediakan ilustrasi secara artistik atau simbolik dan ia terdiri daripada dua kategori visual iaitu:

Visual analogik menerangkan sesuatu konsep dengan menunjukkan sesuatu simbol yang dianggap dapat mewakili konsep tersebut. Sebagai contoh, sebuah kartun dilukis bagi mewakili peristiwa sel darah putih menyerang bakteria. Di sini, setiap karektor kartun dilukis menyamai konsep asal.

Visual organisasi merangkumi carta aliran graf, peta, carta kategori dan sebagainya.

Ketiga-tiga bentuk visual yang disebutkan boleh berdiri sendirian atau secara kombinasi.

Seperti yang dinyatakan tadi, visual mempunyai fungsi yang amat penting dalam komunikasi. Namun, fungsi ini hanya berperanan jika visual itu mempunyai ciri-ciri berikut:

mudah, jelas dibaca dan difahami;

mesej dapat ditafsir tanpa terlalu bersusah payah. Jika terlalu senang, pelajar mungkin tidak meneliti visual dengan terperinci. Mereka juga mudah merasa jemu. Jika terlalu sukar, pelajar akan rasa kecewa dan bosan;

mendorong interaksi yang aktif antara pelajar, guru dan maksud yang terdapat dalam visual; dan

membantu memfokuskan perhatian kepada maksud yang terdapat dalam visual.

Bagaimanakah semua ciri ini dapat dipenuhi? Jawapannya ialah dengan mempelajari reka bentuk visual.

(4)

4.2

ELEMEN REKA BENTUK VISUAL

Elemen grafik bermakna bahan-bahan asas yang digunakan untuk membentuk sesuatu komposisi visual; sama seperti rumah yang dibentuk daripada bahan-bahan asas seperti kayu, simen, paku dan sebagainya. Rajah 4.1 menunjukkan 5 elemen grafik:

4.2.1 Ruang

Ruang adalah keluasan yang disediakan bagi sesuatu visual, sama ada sebesar kertas A4, kertas manila mahupun seluas padang bola. Tanpa satu ruang, sesuatu visual tidak boleh dihasilkan. Ruang perlu digunakan dengan saksama supaya reka bentuk menarik dipandang. Ruang terbahagi kepada dua jenis:

• Ruang Positif – Ruang yang digunakan.

• Ruang Negatif – Ruang yang kosong.

(5)

Ruang positif boleh dibina dengan menggunakan garis, bentuk, tekstur dan warna. Namun, jika ruang dipenuhi hanya dengan ruang positif, komposisi visual yang dihasilkan akan kelihatan semak. Sebaliknya, jika terlalu sedikit digunakan atau terlalu banyak ruang negatif, visual yang dihasilkan kelihatan kosong dan tidak bermaya. Ini bermakna, ruang perlu digunakan secara seimbang antara positif dan negatif agar sesuatu komposisi visual kelihatan cantik dan menarik.

4.2.2 Garisan

Garis adalah satu elemen yang paling ringkas dan amat mustahak. Tanpanya tidak akan wujud gambaran objek, manusia, suasana dan lain-lain lagi. Ia boleh didapati dalam bentuk

dua dimensi dan tiga dimensi. Garis dua dimensi adalah seperti lakaran pensil, manakala garis tiga dimensi, adalah seperti tali. Fungsi garis ialah:

(a) Menunjukkan pergerakan dan arah atau aliran, seperti aliran sungai, tiupan angin, arah larian dan lain-lain.

(b) Menunjukkan suasana aman atau ganas seperti letupan.

(6)

(d) Menunjukkan kekusutan.

(e) Melukis objek atau benda.

(f) Menghubungkan antara satu elemen dengan elemen yang lain.

4.2.3 Permukaan

Sesuatu permukaan boleh dirawat dengan memberi warna dan tekstur. Permukaan yang kasar atau licin akan memberi kesan ke atas rupa garisan yang dibuat di atasnya. Jika anda membuat garisan di permukaan papan hijau dan di papan putih, perbezaan ini dapat dilihat dengan jelas. Garis, warna dan tekstur yang berbeza memberi kesan yang tertentu ke atas permukaan. Kesemuanya perlu disatukan dengan wajar supaya permukaan kelihatan menarik.

4.2.4 Bentuk Dua Dimensi

(7)

(a) Bentuk geometri.

(c) Bentuk gambaran.

Contohnya, seperti lukisan di bawah ini yang menggunakan bayang untuk menunjukkan dimensi ketebalan.

(b) Bentuk abstrak.

Bentuk tiga dimensi sebenar adalah bahan sebenar yang mempunyai dimensi panjang, lebar dan tinggi seperti kerusi, meja dan sebagainya.

Bentuk tiga dimensi tiruan pula adalah bentuk dua dimensi yang kelihatan seolah-olah mempunyai dimensi panjang, lebar dan tinggi atau tebal seperti gambar foto dan lukisan yang diberi bayang (shade).

4.2.5 Bentuk Tiga Dimensi

(8)

4.3

PRINSIP REKA BENTUK VISUAL

Prinsip visual berkaitan dengan kaedah atau cara menggunakan elemen-elemen grafik supaya visual yang dihasilkan menarik dan berkesan. Prinsip ini tidak harus dilihat sebagai suatu peraturan yang rigid, namun pengetahuan tentangnya dapat memandu kita dalam menghasilkan sesuatu rekaan yang baik. Prinsip visual dibincangkan dalam pelbagai cara, khususnya dari sudut istilah yang digunakan. Namun, intipatinya tidak jauh berbeza.

Bagi modul ini, enam prinsip grafik akan dibincangkan iaitu:

• simplisiti;

Tulisan yang ditulis seperti ukiran kerawang memang cantik dipandang. Akan tetapi, jika tujuan ukiran adalah supaya mesej mudah dibaca dan difahami, tulisan ini tidak sesuai digunakan kerana ia sukar dibaca. Simplisiti bermaksud sesuatu rekaan haruslah memungkinkan kefahaman yang cepat dan jelas. Cara yang terbaik ialah dengan mempersembahkan satu perkara pada satu masa. Gambar di bawah menunjukkan konsep ini.

4.3.2 Dominan

Dominan boleh disama ertikan dengan pusat penumpuan atau minat. Dalam sesuatu rekaan visual, objek atau item utama (key elements) mestilah ditonjolkan agar dapat dilihat dan dibaca maksudnya oleh penonton/pembaca dengan mudah. Item utama ini mestilah menguasai item-item lain yang menyokongnya.

Latihan 4.1

(9)

Terdapat pelbagai cara untuk mencapai dominan. Antaranya ialah:

(a) Menggunakan Peraturan Satu Pertiga (Rule of Third). Peraturan Satu Pertiga berdasarkan kajian bagaimana manusia menyaring (scan) sesuatu visual. Daripada kajian itu, didapati perhatian tertumpu lebih di sudut atas kiri daripada tempat-tempat lain. Rajah 4.2 berikut menunjukkan perkara ini.

(b) Warna dan bentuk yang kontras.

(c) Saiz yang lebih besar.

(d) Menggunakan anak panah yang menunjuk ke arah item utama.

(e) Menggunakan garis-garis yang menunjuk ke arah item utama.

(f) Mewujudkan gerakan dalam rekaan visual seperti pergerakan cecair, guli atau kipas.

(g) Menggunakan lampu atau cahaya yang memancar.

Contoh konsep dominan dapat dilihat dalam gambar di bawah ini:

41% 20%

25% 14%

Rajah 4.2: Peraturan satu pertiga (Rule of Third)

4.3.3 Pola Latihan 4.2

(10)

Secara ringkas, pola bermakna penyusunan elemen-elemen visual bagi menarik dan mengekalkan perhatian penonton/pembaca serta memandu penonton/pembaca melihat maksud yang terkandung dalam visual. Gambar di bawah menggunakan garis-garis bayangan pokok untuk menarik mata meninjau jauh ke dalam gambar.

Perlu diingatkan bahawa bukan hanya ilustrasi atau gambar rajah yang harus disusun; huruf dan perkataan juga perlu disusun kerana ia adalah sebahagian daripada pola.

4.3.4 Seimbang

Setiap benda dalam dunia ini perlu seimbang. Sesuatu yang tidak seimbang akan tumbang. Begitu juga dalam rekaan sesuatu visual; ia juga perlu seimbang, jika tidak ia juga akan turut tumbang, iaitu rekaannya nampak janggal dan tidak menarik. Justeru, elemen grafik disusun supaya beratnya seimbang dalam setiap bahagian reka bentuk, tidak kira sama ada antara bahagian kiri dengan kanan ataupun atas dengan bawah. Dengan cara ini, mata rasa selesa memandang. Terdapat dua jenis seimbang:

• Seimbang formal.

• Seimbang tidak formal.

(a) Seimbang formal bermakna pembahagian yang sama bahagi (bisymmetrical) antara dua bahagian visual; sama ada bahagian kiri dengan kanan atau bahagian atas dengan bawah. Jika digambarkan, ia bagaikan satu jongkang-jongkit yang mempunyai bebanan yang sama jenis dan beratnya di kedua-dua belah papan jongkang-jongkit ini. Satu contoh seimbang formal adalah seperti berikut:

Terdapat beberapa jenis pola yang boleh digunakan dalam rekaan visual, iaitu:

(a) Pola mengikut bentuk geometri, seperti bulat, tiga segi dll.

(11)

Seimbang formal mudah dicapai, kesannya masih menarik walaupun agak kurang dinamik jika dibandingkan dengan seimbang tidak formal.

(b) Seimbang tidak formal bermakna pembahagian yang tidak sama rata (asymmetrical) antara item kiri dengan kanan atau atas dengan bawah sesuatu rekaan visual. Jika digambarkan, ia bagaikan satu jongkang-jongkit yang masih seimbang tetapi bebanan yang ada di kiri kanan papan jongkang-jongkit, bukan daripada jenis atau bahan yang sama, cuma beratnya sahaja. Contohnya seimbang tidak formal adalah seperti berikut:

(12)

Konsep variasi boleh dilihat dalam gambar-gambar berikut:

4.3.6 Harmoni

Suasana harmoni memang mententeramkan hati dan perasaan. Bayangkan ketika berada di pantai pada waktu senja. Warna langit yang jingga begitu harmonis dengan deruan ombak dan lambaian lembut daun kelapa. Kesemuanya bagaikan bersatu menyambut senja yang datang.

Begitulah halnya dengan rekaan grafik. Kesemua elemen perlu menunjukkan kesinambungan idea atau buah fikiran. Ini membolehkan mata dan fikiran penonton/pembaca mengikuti perkembangan keseluruhan visual.

(13)

Untuk memahami seluruh prinsip ini, anda perlu membiasakan penglihatan dengan rekaan yang ada di sekitar anda. Aktiviti ini adalah latihan yang asas ke arah pembinaan visual yang baik.

Pilih beberapa keping gambar atau rekaan visual kesukaan anda. Kaji prinsip grafik yang digunakan dan mengapa ia digunakan.

Latihan 4.3

Pilih daripada senarai berikut, jelaskan yang manakah elemen dan prinsip grafik.

(a) Bentuk abstrak:

(b) Keseimbangan:

(c) Harmoni:

(d) Garis:

(e) Pola:

Justeru harmoni memberikan rasa yakin dan pasti kepada penonton/pembaca kerana mereka dapat melihat hubungan antara elemen-elemen, arah aliran persembahan, perspektif dan kesatuan mesej. Contoh berikut menunjukkan konsep harmoni bagi komputer yang sakit berbanding yang sihat.

4.4

WARNA

(14)

Biru + Kuning = Hijau Merah + Biru = Ungu Kuning + Merah = Jingga

(iii) Warna Pertengahan

Warna pertengahan ialah campuran warna sekunder dengan warna utama yang terletak bersebelahannya. Warna ini dinamakan menurut warna ibu bapanya seperti biru ungu, kuning hijau dan lain-lain.

(iv) Warna Tertiar

Warna ini dihasilkan dengan mencampurkan dua warna sekunder. Contohnya, campuran warna oren dan ungu menghasilkan warna merah kecoklatan yang digelar oleh sebahagian pereka sebagai russet. Warna ini lebih lembut dan cantik. Kelainannya dapat menghilangkan kebosanan, terutamanya apabila warna utama dan sekunder yang tepu digunakan secara berterusan.

Rajah 4.4: Bahagian warna dan sifat-sifatnya

(a) Hiu (hue) digunakan untuk menjelaskan warna yang khusus seperti merah, biru dan sebagainya.

(b) Valiu pula menjelaskan sejauh mana gelap atau cerahnya sesuatu warna itu kelihatan. Warna putih adalah warna yang paling cerah. Ini bermakna, warna putih mempunyai sifat valiu yang tertinggi dalam semua warna. Warna kuning pula adalah warna yang paling cerah dalam kumpulan warna kromatik.

(c) Kroma (chroma atau intensity) digunakan untuk menjelaskan intensiti atau kekuatan sesuatu warna. Misalnya, warna merah cerah adalah lebih kuat merahnya daripada merah pucat. Semakin banyak bahan asing dicampurkan dalam sesuatu pigmen warna, semakin berkurangan intensiti warna tersebut.

(d) Pigmen adalah bahan yang memberi warna kepada sesuatu objek. Pigmen warna terdiri daripada empat jenis, iaitu:

(i) Warna Utama

Warna utama ialah warna asas. Ia tidak boleh dihasilkan dengan campuran warna-warna lain. Warna tersebut ialah biru, kuning dan merah.

(ii) Warna Sekunder

(15)

4.4.1 Pemilihan Warna

Warna dipilih berdasarkan fungsinya. Terdapat empat fungsi warna, iaitu untuk:

(a) Membuat Penegasan dan Mewujudkan Tumpuan

Bagi menjayakan fungsi ini, warna-warna yang digunakan haruslah dapat menegaskan sesuatu elemen supaya perhatian penonton dapat ditumpukan ke arahnya. Penegasan dapat dicapai dengan menggunakan warna yang berbeza. Misalnya, jika sesuatu elemen yang berwarna terang hendak ditonjolkan, maka warna latar belakangnya mestilah pudar atau malap. Selalunya, warna utama digunakan dalam membuat penegasan. Bagaimanapun, warna sekunder seperti hijau dan jingga juga boleh digunakan.

Penggunaan warna yang kontras antara latar belakang dengan subjek juga dapat menimbulkan kesan penegasan. Warna kontras juga dikenali sebagai warna penggenap. Warna-warna tersebut terletak bertentangan di atas roda warna seperti warna merah dan hijau atau warna biru dan kuning.

Sila lihat Jadual 4.1 yang menunjukkan pemilihan warna bagi latar belakang dan latar depan.

Jadual 4.1: Kombinasi Warna yang Berkesan

Latar Belakang Latar Depan, Imej dan Teks Highlights

Putih Biru gelap Merah, oren

Kelabu cerah Biru, hijau, hitam Merah

Biru muda Biru gelap, hijau gelap Merah, oren

Kuning muda Ungu, coklat Merah

(b) Memudahkan Sesuatu Item Dilihat

Warna ungu adalah warna yang paling kurang jelas dilihat daripada warna-warna lain atau warna yang paling rendah nilainya. Warna kuning pula adalah paling terang dan jelas kelihatan. Perbandingan warna-warna lain dengan warna ungu adalah seperti dalam jadual berikut:

Kuning 12 kali lebih jelas daripada ungu

Oren 9 kali lebih jelas daripada ungu

Hijau 7 kali lebih jelas daripada ungu

Merah 5 kali lebih jelas daripada ungu

Biru 3 kali lebih jelas daripada ungu

(16)

(d) Melahirkan Kesan Tertentu

Selain daripada pembahagian warna yang telah diterangkan tadi, warna juga dibahagikan berdasarkan kesannya. Terdapat tiga kategori warna dalam bahagian ini seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.5.

(i) Warna Panas

Warna panas terdiri daripada warna merah, jingga dan kuning. Warna-warna ini digolongkan sebagai warna panas kerana ia dikaitkan dengan matahari dan api. Warna-warna panas ini menimbulkan kesan kedekatan, kegarangan dan kekuatan. Ia seringkali digunakan dalam karya yang bertemakan perayaan atau kemeriahan.

(ii) Warna Sejuk

Warna sejuk terdiri daripada warna-warna biru, ungu dan hijau. Warna-warna ini dikaitkan dengan warna langit, tumbuhan, laut dan air. Warna sejuk yang dikaitkan dengan alam mewujudkan suasana kelembutan, kedamaian dan kesayuan.

(iii) Warna Psikologi

Terdapat satu kumpulan warna lagi, iaitu warna psikologi. Warna juga dipengaruhi oleh budaya masyarakat setempat. Misalnya, Tahun Baru Cina biasanya digambarkan dalam warna merah. Dalam konteks ini, pereka perlulah sensitif dengan maksud warna tersebut supaya ciptaannya tidak menimbulkan kegelisahan dan syak wasangka.

Rajah 4.5: Kategori warna

Cuba gunakan warna-warna analogus untuk membingkaikan sesuatu gambar dan lihat kesannya.

(c) Mewujudkan Perasaan Harmoni

Ini dapat dilakukan dengan menggunakan warna-warna analogus, iaitu warna-warna yang terletak berhampiran dalam roda warna seperti warna kuning, kuning hijau, hijau atau warna merah, merah ungu dan ungu. Penggunaan gabungan warna ini menimbulkan perasaan selesa dan tenteram.

(17)

Latihan 4.4

Apakah komposisi warna yang menghasilkan warna-warna tersebut?

(a) Warna utama:

(b) Warna sekunder:

(c) Warna pertengahan:

(d) Warna tertiar:

Terdapat juga warna yang maksudnya telah diterima secara umum bagi sesuatu bidang pengetahuan. Misalnya, dalam bidang sains, warna biru melambangkan warna darah beroksigen, berbeza dengan bidang geografi, warna biru melambangkan sungai dan laut.

4.5

HURUF

Setiap visual biasanya tidak hanya dipenuhi dengan gambar dan lukisan. Bagi memantapkan maksud, elemen verbal seperti perkataan dan ayat disatukan. Pakar dalam bidang ini berpendapat bahawa penggunaan tajuk, soalan dan lain-lain perkataan akan dapat meningkatkan keberkesanan sesuatu paparan visual. Selain itu, perkataan juga dapat menarik perhatian dan mengelakkan sesuatu visual disalahtafsir.

Dalam penggunaan huruf, terdapat tujuh perkara yang perlu diberi pertimbangan, iaitu:

• stail huruf;

• bilangan stail huruf;

• huruf besar dan huruf kecil;

• warna huruf;

• saiz huruf;

• jarak antara huruf; dan

• jarak antara baris.

4.5.1 Stail Huruf

(18)

Berdasarkan kefahaman anda, apakah kelebihan dan kelemahan setiap jenis huruf tersebut?

(b) Huruf Gotik

Huruf gotik mempunyai strok yang sama seluruhnya dan tidak mempunyai serif. Huruf ini paling banyak digunakan dalam reka bentuk visual kerana sifatnya yang “bold” sesuai untuk pelbagai bentuk mesej. Ia juga digunakan dalam penerbitan buku.

(c) Huruf Sambung atau Cursive

Huruf ini biasanya dikenali sebagai tulisan tangan kerana setiap hurufnya ditulis bersambung-sambung. Strok huruf ini pelbagai – nipis, tebal, licin, kasar dan sebagainya. Oleh kerana huruf ini bersambung-sambung, ia tidak digunakan dengan banyak kerana ia akan menyukarkan pembacaan. Dengan penggunaan yang terhad, visual yang dihasilkan akan kelihatan cantik dan berseni lebih-lebih lagi jika ia disatukan dengan mesej yang berbentuk hiburan, perayaan dan sebagainya.

(d) Huruf Teks

Huruf teks kelihatan antik dan cantik, tetapi ia sukar dibaca. Biasanya ia digunakan pada visual yang bertemakan cerita lama.

(e) Huruf Novelti

Huruf ini digunakan untuk mendapatkan kesan yang berlainan daripada semua huruf di atas. Fungsinya yang utama ialah untuk menarik perhatian. Huruf ini digunakan dalam kadar yang paling sedikit seperti hanya satu atau dua huruf sahaja yang dilukis menyerupai tumbuhan, haiwan, awan larat dan sebagainya.

Berikut adalah contoh huruf daripada setiap keluarga.

4.5.2 Bilangan Stail Huruf

Bagi memastikan visual yang dihasilkan kelihatan menarik, elak daripada menggunakan terlalu banyak stail huruf. Jangan melebihi tiga stail. Pastikan juga, stail huruf bersesuaian dengan mesej.

4.5.3 Huruf Besar dan Huruf Kecil

(19)

4.5.4 Warna Huruf

Warna huruf turut menyumbang kepada mesej yang hendak disampaikan. Justeru, pemilihan warna huruf perlu diberi perhatian serius. Pernah seorang pelajar menggunakan huruf berwarna hijau untuk tajuk, “Aku terpenjara”. Warna hijau yang menjadi simbol kesegaran dan kesuburan tentunya tidak sesuai dengan mood yang sedih dan merana.

4.5.5 Saiz Huruf

Persoalan tentang berapa besar saiz huruf yang hendak digunakan boleh dijawab berdasarkan satu prinsip yang mudah iaitu, huruf mesti boleh dibaca dalam satu jarak tertentu. Rajah 4.6 menunjukkan hubungan antara jarak dan saiz huruf.

Bagaimanapun, formula ini adalah ukuran yang minimum bagi penglihatan yang normal. Andainya, kalangan penonton terdiri daripada orang tua dan mereka yang mempunyai masalah penglihatan, saiz huruf perlu dibesarkan. Perlu juga diingatkan agar tinggi huruf perlu diseimbangkan dengan ketebalan huruf agar ia kelihatan seimbang dan cantik.

4.5.6 Jarak antara Huruf

Huruf perlu dijarakkan dalam keadaan yang seimbang; tidak terlalu jauh dan tidak terlalu rapat. Namun, huruf tidak dijarakkan dengan menggunakan ukuran biasa seperti menggunakan unit inci, tetapi ia bergantung semata-mata kepada ketajaman penglihatan. Ertinya, huruf dijarakkan menurut keselesaan penglihatan.

Rajah 4.6: Saiz huruf

(20)

RUMUSAN

Topik ini telah membincangkan hampir kesemua aspek dalam reka bentuk visual. Dengan pengetahuan ini, anda dapat menghasilkan pelbagai jenis visual yang berkualiti serta memberi kesan yang mendalam kepada pelajar. Visual yang berkualiti ini akan turut menyemai nilai estetika di kalangan pelajar dan ini akan menimbulkan disiplin yang positif kepada mereka.

GLOSARI

Garis – Garis adalah elemen yang paling mustahak yang boleh

mewujudkan gambaran objek, manusia, suasana dan lain lain lagi. Garis boleh wujud dalam dua atau tiga dimensi.

Ruang – Ruang adalah keluasan yang disediakan bagi sesuatu visual, sama ada sebesar kertas A4, kertas manila mahupun seluas padang bola.

Visual – Sesuatu bahan yang boleh dilihat dengan kaca mata.

Visual analogik – Ia menerangkan sesuatu konsep dengan menunjukkan sesuatu simbol yang dianggap dapat mewakili konsep tersebut.

Visual organisasi – Visual jenis ini merangkumi carta aliran graf, peta, carta categori dan sebagianya.

UJIAN 1

Visual memainkan peranan yang amat penting dalam komunikasi. Huraikan ciri-ciri yang boleh menghidupkan komunikasi.

UJIAN 2

Prinsip visual berperanan menghasilkan sesuatu produk yang menarik dan berkesan. Huraikan tiga unsur penting dalam prinsip tersebut.

Pilih beberapa poster yang anda gemari. Kaji huruf yang digunakan dan cuba fikirkan mengapa huruf sedemikian digunakan.

4.5.7 Jarak antara Baris

Gambar

grafik yang digunakan dan mengapa ia digunakan.

Referensi

Dokumen terkait

b. Aspergillus flavus merupakan jenis jamur yang diduga mengkontaminasi saus tomat jajanan salome yang dijual di Taman Nostalgia Kota Kupang. Identifikasi Aspergillus flavus

Bab IV berisi analisis dan pembahasan mengenai representasi isu budaya dalam kartun “Pr buat Presiden” karya Benny Rachmadi yang dikaji dengan pendekatan budaya yang

Gedung H, Kampus Sekaran-Gunungpati, Semarang 50229 Telepon: (024)

Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui hubungan beban kerja perawat dengan angka kejadian low back pain pada perawat di lingkup kerja ruang operasi RSUD Kota

pemrograman OOP baik dari sisi user dengan menggunakan pemrograman Java atau dari sisi server dengan menggunakan pemrograman PHP sangatlah membantu dalam proses

Disini kami De nature indonesia akan memperkenalkan pada anda obat herbal yang sudah terbukti manjur, aman tanpa efeksamping untuk mengobati penyakit sipilis dan

Misalnya penumpang pesawat dari luar negeri yang turun di Terminal 2 Bandara Narita dan ingin menuju Kota Tokyo dapat berjalan menuju Narita Airport Terminal 2·3 Station jika

Berdasarkan hasil penelitian dapat disimpulkan bahwa terdapat hubungan negatif yang tidak bermakna antara derajat keparahan sirosis hati menurut klasifikasi Child kelas B