• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sumber Maklumat dan Pengurusan Sumber

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Sumber Maklumat dan Pengurusan Sumber"

Copied!
10
0
0

Teks penuh

(1)

Tajuk 5

Sumber Maklumat dan Pengurusan Sumber

Sinopsis

Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi maklumat untuk mendapat sumber maklumat secara atas talian. Pelajar juga didedahkan dengan laman-laman web untuk diases bagi mendapatkan maklumat untuk bahan bacaan seperti jurnal, buku dan sebagainya. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan latihan dan senarai bahan rujukan.

Hasil Pembelajaran

Setelah selesai mengikuti modul ini, diharap anda dapat:

1. Merancang pengajaran dengan menggunakan pelbagai sumber dalam persekitaran teknologi.

2. Mengaplikasi dan mengintegrasikan teknologi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

5.1 e-Sumber

Pengenalan

E-sumber ialah suatu kemudahan untuk mendapatkan bahan bacaan melalui internet. Pengguna bebas melayari internet ke perpustakaan yang menyediakan perkhidmatan digital diseluruh negara tanpa had untuk mendapatkan artikel, jurnal, kajian-kajian dan buku-buku rujukan. Sebagai seorang pelajar e-sumber merupakan satu alternatif untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam menyediakan tugasan.

5.1.1 Perpustakaan Digital

Perpustakaan Digital merupakan perpustakaan yang menggunakan talian internet sepenuhnya dalam proses meminjam dan memuat turun bahan-bahan bacaan. Pelbagai definisi yang diberikan terhadap Perpustakaan Digital dan di antaranya ialah perpustakaan digital merupakan satu pusat yang menyediakan koleksi bercetak yang telah didigitasikan dan maklumat dalam bentuk digital serta perkhidmatan yang disediakan bagi membolehkannya diakses oleh pengguna.

(2)

perkhidmatan dan kemudahan untuk menyebar, menyimpan data dan maklumat agar ia dapat digunakan oleh komuniti masyarakat secara ekonomi dan mudah.

Contoh Perpustakaan Digital

5.1.1.1 Faktor-Faktor Keperluan Perpustakaan Digital a. Akses Bahan Perpustakaan

Bahan bacaan seperti buku, jurnal dan artikel boleh dilayari dan dimuat turun tanpa mengeluarkan kos yang tinggi untuk membelinya. Dengan menggunakan pangkalan data, bahan bacaan dapat dikongsi oleh pengguna pada masa yang sama.

Pengguna masa kini boleh membuat pencarian sesuatu bahan bacaan tanpa perlu pergi ke perpustakaan untuk mendapatnya dan ini menjimatkan masa, kos dan tenaga.

b. Ledakan Maklumat

Perkembangan teknologi internetmemperlihatkan kemunculan pelbagai kegiatan online atau electronic seperti e-goverment,

e-education, e-learning, e-perolehan, e-library dan sebagainya. Perkembangan pesat ini tidak memungkinkan sesebuah perpustakaan

(3)

mampu untuk menyimpan kesemua maklumat dan bahan terbitan yang ada di dunia. Maka ujudnya perkhidmatan pinjaman antara perpustakaan dan pembekalan dokumen. Konsep perpustakaan berubah dari user oriented menjadi user satisfaction oriented, kecenderungan untuk memberikan kepuasan pengguna lebih diutamakan.

c. Kos Teknologi Yang Rendah

Menjimat kos ruang untuk menyimpan bahan bercetak atau bahan bukan bercetak, kos tenaga staf untuk peminjaman, pemulangan dan penyusunan bahan di rak dan kos perbelanjaan untuk pemeliharaan dan pemulihan jangka panjang.

d. Keperluan Generasi Kini

Kemudahan hyperlink memudahkan pengguna membaca setiap skrin dan antara skrin.

5.1.2 e-Jurnal

Jurnal elektronik, juga dikenali sebagai ejournals, e-jurnal, dan siri elektronik, jurnal ilmiah atau majalah intelek yang boleh diakses melalui penghantaran elektronik. Kebiasaanya ianya diterbitkan di Web. e-Jurnal adalah satu bentuk khusus dokumen elektronik yang menyediakan bahan untuk penyelidikan dan kajian akademik, dan ianya diformatkan dalam bentuk jurnal artikel dan jurnal bercetak tradisional. Jurnal elektronik banyak disiarkan dalam bentuk HTML atau format PDF, tetapi ada yang boleh didapati hanya dalam salah satu daripada dua format.

(4)

Contoh Laman Web e-Jurnal Luar Negara

(5)

5.2 Sistem Pengurusan Perpustakaan

Sistem Pengurusan Perpustakaan merupakan sistem yang digunakan di semua perpustakaan untuk memudah urus tadbir, pencarian bahan bacaan seperi jurnal, kajian, artikel, keratan akhbar dan sebagainya. Untuk memudahkan urusan pencarian bahan terdapat pelbagai perisian yang digunakan dan di antaranya seperti Sistem Elmu, OPAC dan sebagainya seperti contoh di bawah.

5.2.1 Sistem Elmu

Sistem Elmu adalah suatu sistem yang digunakan pakai hampir ke semua perpustakaan di Malaysia. Elmu (Intergated Library Management Utilities) berfungsi untuk melaksanakan tugasan perpustakaan dengan berkesan. Di dalam sistem ELMU ini terdapat pangkalan data yang dikenali sebagai OPAC (Online Public Access Catalog) yang bermatlamat memudahkan pengguna untuk membuat pencarian bahan di dalam simpanan sesuatu perpustakaan dengan cepat, mudah dan tepat.

5.2.2 OPAC

OPAC adalah singkatan untuk “Online Public Access Catalog” dan merupakan katalog paling terkini dan kebanyakan perpustakaan pada hari ini menggunakan untuk menggantikan katalog manual mereka. Maklumat boleh dicari menggunakan pangkalan data komputer. Contoh OPAC adalah ILMU yang digunakan menyeluruh di semua perpustakaan UiTM.

Dalam sesetengah katalog, nama orang dipiwaikan, contoh., nama orang sentiasa di (katalog dan) disusun dalam bentuk piwaian, sungguhpun ia kelihatan berlainan pada bahan perpustakaan. piwaian ini dicapai melalui proses kawalan pihak berkuasa. Kelebihan kawalan pihak berkuasa adalah ia mudah menjawap soalan 2 (karya mana sesetengah pengarang dimiliki perpustakaan?). Sebaliknya, ia lebih sukar untuk menjawap soalan 1 (adakah perpustakaan memiliki bahan khusus tertentu?) jika bahan tersebut mengeja pengarang dalam variasi tertentu. Bagi pengkatalog, ia mencetus terlalu banyak kerja bagi memeriksa samaada Smith, J. adalah Smith, John atau Smith, Jack.

Bagi sesetengah karya, judul juga boleh dipiwaikan. Istilah teknikal bagi ini adalah jadual seragam. Sebagai contoh, terjemahan dan suntingan semula kadang-kala disusun di bawah judul asal mereka. Dalam banyak katalog, bahagian kitab Injil disusun semula di bawah nama piwaian buku yang mengandunginya. Drama oleh William Shakespeare merupakan satu lagi contoh yang sering dipetik dalam peranan yang dimainkan oleh judul seragam dalam katalog perpustakaan.

(6)

Banyak kerumitan mengenai susunan abjad kemasukan timbul. Sebagai contoh:

Sesetengah bahasa menggunakan kebiasaan susunan yang berbeza dari bahasa katalog. Sebagai contoh, sesetengah katalog bahasa Belanda menyusun IJ sebagai Y. Patutkah katalong Inggeris mengikut sama? Dan patutkah katalog Belanda menyusun perkataan bukan Belanda dalam cara yang sama?

Sesetengah judul memiliki nombor, sebagai contoh 2001: A Space Odyssey. Patutkah ia disusun sebagai nomboratau seperti di eja sebagai Two thousand and one?

Honoré de Balzac / de Balzac, Honoré / Balzac, Honoré de? José Ortega y

Gasset / Ortega y Gasset, José / Gasset, José Ortega y?

Dalam katalog subjek, seseorang perlu memutuskan cara bagaimana sistem pengelasan perpustakaan digunakan. Pengkatalog akan memilih judul subjek bagi bibliograf dan nombor pengelasan unik (kadang-kala dikenali sebagai "nombor panggian") yang digunakan bukan sahaja bagi mengenal pasti tetapi juga bagi tujuan meletak di para, meletak buku yang sama subjek berhampiran, yang membantu tinjauan oleh pengguna perpustakaan, yang sering kali mengambil kelebihan ketenangan ("serendipity") dalam proses pencarian mereka.

(7)

Contoh Sistem Pengurusan Perpustakaan Sebuah Universiti Tempatan

(8)

5.3 Institusi Sumber

5.3.1 Bahagian Teknologi Pendidikan

1. Merancang, melaksana, memantau, menilai dan mengurus keperluan dasar teknologi pendidikan.

2. Merancang dan menyelaras inisiatif ICT dalam

pendidikan serta menyedia, melaksana dan memantau

perkhidmatan sokongan ICT untuk pengajaran dan pembelajaran. 3. Merancang, menyelaras, melaksanakan, memantau dan menilai

pembestarian sekolah.

4. Merancang, menyedia, menerbit dan menerbit bahan pengajaran dan pembelajaran dalam pelbagai media.

5. Merancang, mengurus, menyelaras dan melaksanakan program literasi maklumat dan teknologi pendidikan serta pembangunan Pusat Sumber Sekolah.

6. Menyebar dan membudaya penggunaan bahan sokongan pengurusan pendidikan serta pengajaran dan pembelajaran yang diterbitkan melalui pelbagai pelantar.

7. Melaksanakan, memantau dan menilai penggunaan teknologi pendidikan dalam pengajaran, pembelajaran dan pengurusan sekolah.

8. Menyediakan perkhidmatan kepakaran dan nasihat bagi

mempertingkatkan inovasi dan kreativiti teknologi pendidikan di sekolah.

5.3.2 Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri

BTPN lahir sejajar dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk meningkatkan mutu pendidikan melalui pembaharuan dan perubahan khususnya dalam bidang teknologi. Penubuhan BTPN dan rangkaian Pusat Kegiatan Guru (PKG) masing-masing serta Pusat Sumber Sekolah (PSS) adalah untuk membantu sekolah khusus di dalam peningkatan kecemerlangan melalui penggunaan teknologi pendidikan

Fungsi Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri

1. Memberi khidmat kepakaran teknologi pendidikan di sekolah; 2. Menyedia dan menerbitkan bahan pelbagai media;

3. Mempromosi dan menyiarkan bahan pelbagai media yang diterbitkan; 4. Mengurus dan memberi khidmat bantu Pusat Sumber di sekolah; 5. Mengurus pelaksanaan program ICT di sekolah;

(9)

6. Mengumpul data asas teknologi pendidikan bagi tujuan penilaian, pembangunan dan pelaksanaan dasar;

7. Memberi perkhidmatan Meja Bantuan Aras 2 kepada sekolah; dan 8. Mengurus semua urusan berkaitan perolehan kerajaan mengikut

prinsip-prinsip perolehan.

RUJUKAN

Noriati A. Rashid, et. al. (2009). Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. Kuala Lumpur. Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Norazah Mohd Nordin & Mohamed Amin Embi (2008). Pengintegrasian ICT dalam Pendidikan: Penyelidikan, Amalan dan Aplikasi. Selangor Darul Ehsan. Karisma Publications Sdn. Bhd.

PORTFOLIO

Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan diserahkan kepada pensyarah dalam bentuk ‘soft’ dan ‘hard’ copy.

LAMAN WEB

www.e-journals.org/ www.jksm.gov.my/.../index.php?...sistem-penguru... www.u-library.gov.my/

http://www.moe.edu.my/btp

http://ms.wikipedia.org/wiki/Pusat_Kegiatan_Guru

http://pkgsentul.blogspot.com/

TUGASAN TERARAH

1. Terangkan dan jelaskan fungsi BTPN dan PKG di sesebuah negeri dalam membantu guru untuk mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran.

2. Bincangkan sejauhmanakah kesedarandalam kalangan guru tentang kepelbagaian sumber maklumat seperti yang dinyatakan dalam modul ini mampu menyokong perancangan sesuatu pengajaran yang berkesan.

(10)

IKON

Rehat Perbincangan Bahan Bacaan Buku Rujukan Latihan Membuat Nota Senarai Semakan Layari Internet Panduan Pengguna Mengumpul Maklumat Tutorial Memikir Tamat

Referensi

Dokumen terkait

Puji syukur saya panjatkan kepada Tuhan yang Maha Esa atas karunia dan rahmat- Nya, penulis dapat menyelesaikan skripsi yang berjudul “ IDENTIFIKASI UPAYA-

Adapun alasan peneliti memilih medan makna verba berjalan pada masyarakat Melayu Ngabang karena pertama, dilihat dari sisi pembentukan kata BMDN berbeda dengan bahasa

(1) Prekursor sebagaimana dimaksud dalam Pasal 2 hanya dapat diimpor oleh perusahaan yang telah mendapat penunjukan sebagai IP Prekursor Farmasi (Industri Farmasi) atau

Robbins, (1996) Kepemimpinan transformasional pada prinsipnya memotivasi bawahan untuk berbuat lebih baik dari apa yang biasa dilakukan, dengan kata lain dapat

menelusuri sikap terhadap cinta dan keyakinan seseorang menjalani relasi intim (Yang, Mak, Ho, & Chidgey, 2017). Tipe cinta ini tidak terbatas pada perasaan

dilakukan pengambilan data primer dengan melakukan pengamatan langsung di terminal Alang-alang lebar. Ini dilakukan/diamati terhadap kendaraan masuk dan keluar dari

intrusion detektion system (IDS) dengan mengunakan Base ( Basic Analysis And Security Engine ) dan sensor Snort pada server data Badan Penanggulangan Bencana Daerah Provinsi

Pada penelitian ini menggunakan dua variabel, yaitu penyesuaian diri siswa.. sebagai variabel Y dan motivasi berprestasi sebagai variabel