• Tidak ada hasil yang ditemukan

SISTEM KESELAMATAN ASET MOHD KUFAISAL BIN MOHD SIDIK

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "SISTEM KESELAMATAN ASET MOHD KUFAISAL BIN MOHD SIDIK"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

SISTEM KESELAMATAN ASET

MOHD KUFAISAL BIN MOHD SIDIK

Laporan projek ini dikemukakan

sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains (Sains Komputer)

Fakulti Sains Komputer dan Sistem Maklumat Universiti Teknologi Malaysia

(2)

PSZ 19:16 (Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL : ________________________________________________________________________ SESI PENGAJIAN : 2009/2010

Saya _________________________________________________________________________

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi.

4. ** Sila tandakan ( √ )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

_____________________ ______________________

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap :

E-4-7, PANGSAPURI PERMAI, EN. NOH BIN ABD. SAMAD

JALAN LANDAI PERMAI, Nama Penyelia

57100 SUNGAI BESI, KUALA LUMPUR.

Tarikh : 12 MEI 2009 Tarikh : 12 MEI 2009 CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan sekali surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara Penyelidikan, atau disertai bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

MOHD KUFAISAL BIN MOHD SIDIK SISTEM KESELAMATAN ASET

(3)

“Saya akui bahawasanya tesis yang bertajuk Sistem Keselamatan Aset merupakan hasil karya saya sendiri kecuali rujukan yang telah dinyatakan sumbernya.”

Tandatangan : ……... Nama : MOHD KUFAISAL BIN MOHD SIDIK Tarikh : 12 MEI 2009

(4)

“Saya akui bahawasanya saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains (Sains Komputer).”

Tandatangan : ……….. Nama Penyelia : EN. NOH BIN ABD. SAMAD Tarikh : 12 MEI 2009

(5)

PENGHARGAAN

Segala puji-pujian bagi Allah s.w.t. kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, Projek Sarjana Muda yang bertajuk Sistem Keselamatan Aset dapat diselesaikan dengan sempurna dan jayanya.

Di kesempatan ini, setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada penyelia , En. Noh bin Abd. Samad atas segala bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan sepanjang perlaksanaan projek ini.

Ribuan terima kasih kepada semua pensyarah yang tidak jemu-jemu memberikan nasihat terutama kepada Cik Hazinah binti Kutty Mammi, Dr. Shukor bin Abd. Razak dan Dr. Norafida binti Ithnin. Terima kasih juga kepada pensyarah-pensyarah lain yang banyak membantu dalam perlaksanaan projek ini.

Buat ayah dan ibu serta keluarga yang tersayang, jutaan terima kasih yang tidak terhingga atas segala sokongan dan dorongan yang telah diberikan selama ini. Tidak dilupakan kepada rakan-rakan yang sentiasa memberi tunjuk ajar, nasihat dan kritikan yang membina.

Terima kasih buat sesiapa yang membantu samada secara nyata dan tidak nyata dalam penyiapan projek ini. Semoga Allah s.w.t. akan membalas segala jasa yang dicurahkan biarpun dari sekecil-kecil zarah sehingga ke besar-besar dunia. Semoga mendapat keberkatan dunia dan akhirat.

(6)

ABSTRAK

Kehilangan aset peribadi di kampus kerap kali berlaku dan memberikan kesan yang besar terhadap perancangan kewangan pelajar. Sistem Keselamatan Aset merupakan sistem pemantauan aset dan pengesanan bagi kecurian aset yang berlaku yang dapat membantu masalah yang berlaku di kalangan pelajar-pelajar kampus. Sistem ini dapat diimplimentasikan di dalam kawasan yang sentiasa dikawal oleh pengawal keselamatan contohnya di universiti, industri dan kawasan perumahan. Bagi projek ini, sistem ini diimplementasikan di kampus Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Sistem Keselamatan Aset telah menggunakan teknologi Radio Frequency Identification (RFID) sebagai alat pengesanan yang menggunakan frekuensi radio dalam teknik pengesanannya. Jenis tag RFID yang digunakan adalah tag pasif manakala pembaca RFID yang digunakan adalah pembaca statik yang memerlukan dua jenis pembaca yang berjarak 5 sentimeter dan 5 meter. Sistem ini juga menggunakan kamera web sebagai bantuan pengesanan dalam penangkapan gambar setiap akses yang melalui sistem. Teknik Model Rapid Prototyping digunakan sebagai metodologi pembangunan bagi Sistem Keselamatan Aset. Perisian yang digunakan dalam membangunkan sistem ini adalah dengan menggunakan dua jenis bahasa pengaturcaraan iaitu Visual Basic.NET (VB.NET) dan Active Server Page.NET (ASP.NET). Terhasilnya Sistem Keselamatan Aset telah menunjukkan keberkesanan membantu pengawal keselamatan dalam mencegah kecurian sebelum dan semasa kejadian berlaku.

(7)

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

PENGAKUAN ii DEDIKASI iii PENGHARGAAN iv ABSTRAK v ABSTRACT vi KANDUNGAN vii SENARAI JADUAL xi

SENARAI RAJAH xii

SENARAI SINGKATAN xv

SENARAI ISTILAH xvi

SENARAI LAMPIRAN xvii

1 PENGENALAN

1.1 Pengenalan Kepada Projek 1

1.2 Latar Belakang Masalah 2

1.3 Kepentingan Projek 4 1.4 Matlamat Projek 4 1.5 Objektif Projek 5 1.6 Skop Projek 5 1.7 Kesimpulan 6 2 KAJIAN LITERATUR 2.1 Pengenalan 7

(8)

2.2.1 Sistem Laluan Utama UTM 8 2.2.2 RFID Asset Tracking & Monitoring System 10 2.2.3 Sistem Akses Palang Keselamatan Automatik 11 2.2.4 Intelligent CCTV Management System 12

2.3 Analisis Sistem Sedia Ada 15

2.4 Aplikasi Penggunaan Teknologi RFID 17

2.4.1 Tag RFID 19

2.4.2 Pembaca RFID 27

2.4.3 Kelebihan RFID Berbanding Kod Bar 28

2.5 Analisis Pembangunan Sistem 29

2.6 Teknik Dan Kaedah Penyelesaian Masalah 31 2.6.1 Jenis Teknologi RFID Yang Digunakan 31

2.6.2 Pangkalan Data 31

2.6.3 Perisian 32

2.7 Kesimpulan 33

3 METODOLOGI

3.1 Pengenalan 34

3.2 Metodologi Pembangunan Sistem 35

3.3 Justifikasi Pemilihan Metodologi 37 3.4 Kitar Hayat Pembangunan Sistem Keselamatan Aset 38

3.4.1 Fasa Perancangan 38

3.4.2 Fasa Analisis dan Rekabentuk 38

3.4.3 Fasa Pembangunan 39

3.4.4 Fasa Pemansuhan 39

3.5 Analisis Keperluan Sistem 40

3.6 Keperluan Perkakasan 40

3.6.1 Justifikasi Pemilihan Perkakasan 40

3.7 Keperluan Perisian 41

3.7.1 Justifikasi Pemilihan Perisian 41

3.8 Kesimpulan 42

4 ANALISIS DAN REKABENTUK

(9)

4.2 Rekabentuk Senibina Sistem 44

4.3 Rekabentuk Aliran Proses 47

4.4 Rekabentuk Antaramuka Pengguna 51

4.4.1 Lakaran Rekabentuk Antaramuka Pengguna 51

4.4.2 Rekabentuk Antaramuka Pentadbir 54

4.4.3 Antaramuka Pelajar 58

4.4.4 Antaramuka Pengawal Keselamatan 62 4.4.5 Antaramuka Penolong Pengurus Asrama 65 4.4.6 Antaramuka Sistem Pemantau 67

4.5 Rekabentuk Pangkalan Data 68

4.6 Kesimpulan 68

5 IMPLIMENTASI DAN PENGUJIAN

5.1 Pengenalan 69

5.2 Implimentasi 69

5.2.1 Modul Integrasi Pangkalan Data 70

5.2.2 Modul Pendaftaran 71

5.2.3 Modul Login 73

5.2.4 Modul Pengemaskinian 75

5.2.5 Modul Semak Permohonan 76

5.2.6 Modul Aduan 77

5.2.7 Modul Pemantauan 78

5.2.8 Modul Respon Pengesan 79

5.2.9 Modul Pengesan Kecurian 80

5.2.10 Modul Carian 81

5.2.11 Modul Pengesahan 84

5.2.12 Modul Pemberian Pelekat 85 5.2.13 Implementasi dalam Pengintegrasian Modul-Modul 87

5.3 Pengujian 88

5.3.1 Pengujian Ralat Sistem 88

5.3.2 Pengujian Modul 90

6 PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN

(10)

6.2 Pencapaian 93

6.3 Kekangan Dan Cabaran 94

6.4 Cadangan Penambahbaikan Pada Masa Hadapan 95

6.5 Harapan 95

6.6 Rumusan 96

RUJUKAN 97

(11)

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Pengenalan Kepada Projek

Teknologi semakin berkembang menerajui zaman. Pelbagai alatan-alatan yang canggih dicipta bagi memenuhi keperluan manusia yang mementingkan kemudahan untuk menikmati kehidupan. Tidak hairanlah jika keselamatan juga menjadi suatu keperluan manusia pada era ini. Keselamatan sangat penting untuk seseorang manusia agar mereka berada dalam keadaan yang selesa dan tenteram.

Kepentingan keselamatan kepada manusia dapat dibuktikan dengan wujudnya sistem-sistem dalam membantu manusia jika mendapat sesuatu ancaman. Contohnya di Malaysia, khidmat pasukan Polis DiRaja Malaysia, Pasukan Bomba, Angkatan Tentera Malaysia dan lain-lain adalah berfungsi bagi membantu masyarakatnya apabila mendapat ancaman iaitu kecurian, rompakan, ragut, kebakaran dan sebagainya. Kecurian dan kehilangan aset peribadi adalah salah satu isu keselamatan yang patut dilihat sebagai perkara yang serius.

Aset peribadi yang dimaksudkan seperti komputer peribadi, komputer riba, telefon bimbit dan kenderaan. Kecurian ataupun kehilangan aset yang berlaku terhadap seseorang individu tentunya mengundang musibah untuk mencari ganti aset-aset yang hilang tersebut. Pihak keselamatan yang berkenaan juga mengalami masalah dalam membuat penyiasatan secara lebih terperinci terhadap kes tersebut.

(12)

Dengan adanya Sistem Keselamatan Aset, masalah keselamatan tersebut dapat dikurangkan. Sistem ini menggunakan teknologi Radio Frequency Identification (RFID) sebagai alat pengesan aset. Sistem ini direka khas untuk kegunaan universiti-universiti yang mempunyai banyak takrifan aset peribadi bagi pelajar dan juga staf. Sistem ini juga dapat diubahsuai untuk kegunaan pemantauan keluar masuk aset universiti yang digunakan ataupun dipinjam. Sistem ini dapat diaplikasikan di tempat-tempat lain yang juga memerlukan pemantauan aset untuk dijadikan sebagai rekod tanpa perlu menggunakan cara manual. Apabila sesuatu aset itu melepasi laluan yang mempunyai sistem ini, sistem ini akan merekodkan setiap individu dan aset yang dibawa.

Apabila suatu kes kecurian aset dilaporkan, sistem ini akan terus menyemak data terkini dalam rekod untuk mengenal pasti hari, masa dan individu yang membawanya. Jika individu tersebut disyaki, tindakan selanjutnya akan diambil. Jika tidak, sistem akan berada dalam keadaan pengawasan. Alat pengesan akan memberikan amaran kepada pihak keselamatan ataupun pengawal yang bertugas apabila aset yang ditakrifkan dalam rekod aset kecurian melepasi laluan yang mempunyai Sistem Keselamatan Aset.

Laporan dan aduan dapat dilakukan terus ke bahagian keselamatan ataupun dengan menggunakan aplikasi yang disediakan di internet. Dengan adanya Sistem Keselamatan Aset, jenayah dapat dikurangkan dan keselamatan dapat ditingkatkan untuk kesejahteraan sejagat.

1.2 Latar Belakang Masalah

Kes kecurian di dalam kampus Universiti Teknologi Malaysia (UTM) semakin menjadi-jadi. Pelbagai usaha universiti dalam membanteras hal ini daripada terus menjadi lebih kronik. Tetapi walaubagaimanapun, kes-kes seperti ini tetap berlaku dan membebankan pihak yang terlibat. Walaupun kes kecurian ini telah dibuat laporan kepada pihak keselamatan UTM namun laporan tersebut hanya akan dijadikan rekod simpanan sahaja sebagai memenuhi syarat dan peraturan. Siasatan

(13)

hanya dapat dilakukan secara rambang dan sukar untuk mendapatkan suspek yang dapat membantu menyelesaikan kes seperti ini. Tanpa bukti yang kukuh, dakwaan tidak dapat dilakukan.

Penambahan pengawal keselamatan dalam UTM mungkin akan meningkatkan kecekapan dalam pengawalan tetapi kos penggajian pekerja juga akan meningkat. Kawalan juga sukar dilakukan oleh pengawal keselamatan apabila tiba waktu kemuncak iaitu waktu penghuni kampus keluar dan masuk dengan kerapnya. Pemeriksaan akan dilakukan dengan kadar yang segera dan kemungkinan besar telah melepaskan penjenayah dan aset yang dicuri dengan sewenang-wenangnya. Walaupun kebanyakan tempat melakukan pengawasan menggunakan kamera litar tertutup, tetapi kes-kes kecurian terus berlaku dan tiada suspek yang tepat untuk dilakukan siasatan lanjut.

Sistem laluan utama UTM juga hanya menggunakan kaedah manual untuk mengenal pasti antara pelajar dan staf atau sebaliknya. Kaedah ini selamat jika UTM mempunyai kawasan yang kecil dan tidak mempunyai bilangan pelajar dan staf yang ramai.

Penggunaan buku rekod untuk merekodkan setiap rekod juga akan menimbulkan masalah dari segi memerlukan ruang yang besar untuk penyimpanan. Kebanyakan buku rekod ditulis menggunakan tangan dan kemungkinan tulisan yang ditulis oleh pengawal keselamatan yang bertugas tidak jelas.

Masalah-masalah tersebut dapat diselesaikan dengan menggunakan teknologi yang sedia ada. Teknologi yang digunakan adalah RFID. Teknologi RFID dapat melakukan tugas-tugas manusia dalam mengenal pasti identiti dengan cepat dan mudah. Pengenalan aset juga dapat dikenal pasti tanpa perlu membuka but kenderaan dan mengecam kenderaan.

(14)

1.3 Kepentingan Projek

Keperluan manusia dalam memerlukan keselamatan semakin meningkat. Boleh dikatakan setiap sesuatu itu perlukan sistem keselamatan yang tertentu. Oleh sebab itu, projek ini dihasilkan untuk memenuhi keperluan tersebut. Lebih-lebih lagi jika aset yang menjadi kepunyaan seseorang itu mempunyai nilai yang tinggi dan sukar mendapat gantinya.

Projek ini dihasilkan juga atas sebab kebimbangan terhadap kes kecurian yang semakin meruncing. Perkara ini perlu dibendung supaya tidak berleluasa dan menjadi teladan yang tidak baik kepada masyarakat lain. Projek yang dihasilkan ini juga dapat membantu pihak keselamatan sesuatu organisasi untuk menyelesaikan kes-kes kehilangan dan kecurian yang berlaku.

Dengan terhasilnya projek ini, rekod dapat disimpan dengan menggunakan pangkalan data yang menjimatkan ruang dan masa. Pengurusan data menjadi semakin mudah. Pengawal keselamatan tidak memerlukan banyak masa untuk memeriksa setiap kenderaan yang keluar masuk.

Dengan bantuan teknologi RFID, Sistem Keselamatan Aset ini mempunyai banyak kelebihan berbanding sistem yang sedia ada yang kebanyakan menggunakan teknik-teknik manual dalam pemeriksaan keselamatan.

1.4 Matlamat Projek

Matlamat projek ini adalah menyediakan kehidupan yang selamat dan selesa tanpa ancaman kecurian serta sebagai perintis kepada teknologi-teknologi alatan pengesan untuk membantu penciptaan sistem keselamatan yang lebih dipercayai dan efisyen.

(15)

1.5 Objektif Projek

Objektif projek ini seperti yang dinyatakan di bawah:

i. Membangunkan sebuah sistem keselamatan bagi membantu penyiasatan suatu kes kecurian dan kehilangan yang berlaku.

ii. Dapat membantu tugas pengawal keselamatan dalam melakukan pemantauan kenderaan keluar masuk di laluan utama dan memudahkan operasi dijalankan.

iii. Memudahkan pengurusan mendaftarkan aset yang menggunakan sistem berkomputer dengan teknologi RFID.

iv. Membantu pelajar dalam membuat pendaftaran barangan dan kenderaan serta membuat aduan secara atas talian.

1.6 Skop Projek

Skop perlaksanaan projek adalah seperti berikut:

i. Sistem ini dapat digunakan oleh pengguna yang berdaftar sahaja.

ii. Pengguna sistem terdiri daripada 4 jenis pengguna iaitu pentadbir, pengawal keselamatan, penolong pengurus asrama dan pelajar UTM.

iii. Sistem ini terhad kepada pengesanan 4 jenis aset iaitu kereta, motosikal, komputer meja dan komputer riba yang dilekatkan dengan tag RFID yang berdaftar dengan sistem.

iv. Sistem yang dihasilkan berasaskan web dan aplikasi standalone untuk penggunaan yang berbeza.

(16)

1.7 Kesimpulan

Manusia perlu dilindungi untuk menjadikan kehidupan berada dalam keadaan yang aman dan dihindari daripada ancaman. Sehubungan dengan itu, tidak hairanlah sistem keselamatan amat diperlukan bagi menjamin hidup yang lebih berkualiti. Dengan penghasilan projek ini, diharapkan dapat mengubah nilai kehidupan kepada kualiti keselamatan yang tinggi. Bab seterusnya akan memperihalkan tentang kajian literatur yang dilakukan bagi projek ini. Ia akan menunjukkan perbezaan sistem yang sedia ada dengan sistem yang dibangunkan ini. Teknologi-teknologi yang terlibat dalam pembangunan sistem juga akan diceritakan dengan lebih terperinci.

Referensi

Dokumen terkait

bahwa mahasiswa sangat respon dengan LKS yang dikembangkan, dimana mahasiswa menilai bahwa LKS dapat membantu mereka dalam belajar dengan pendekatan problem based

Kemudian pada siklus II, meningkat sebesar 10% menjadi 90% (sangat baik).. Peningkatan keaktifan peserta didik melalui penerapan model pembelajaran kooperatif tipe snowball

Mengingat terjadinya pergeseran definisi matematika, pembelajarannya, dan tujuan pembelajaran matematika tersebut, sebagai akibat dari perubahan kebutuhan siswa akan

Impor digunakan sebagai substitusi jika terdapat penurunan produksi pangan, sehingga kemandirian pangan ditandai oleh impor pangan utama di bawah 10% dari kebutuhan pangan

Persyaratan dan metode untuk menentukan f ya dijabarkan sebagai berikut: a Untuk komponen struktur tekan yang menerima beban aksial dan komponen struktur lentur dengan nilai 

berdiameter 200-300 nm dan bersifat monodispers. Hal ini diduga akibat dari penggunaan konsentrasi monomer yang masih rendah. Oleh karena itu, pada penelitian ini

Setelah terbentuk Analysis Services Project, lanjutkan dengan membuat Data Source, fungsi Data Source adalah sebagai sumber data yang akan digunakan untuk melakukan analisis

1) Tidak terhubungnya jaringan internet ke komputer membuat siswa tidak dapat mengakses web pembelajaran secara bersamaan. 2) Untuk penugasan di luar kelas, siswa kesulitan