• Tidak ada hasil yang ditemukan

Terima Kasih. Seorang guru itu adalah orang yang berani mengajar dengan tidak berhenti belajar JILID 10, NO 1 EDISI (JAN - APRIL)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2022

Membagikan "Terima Kasih. Seorang guru itu adalah orang yang berani mengajar dengan tidak berhenti belajar JILID 10, NO 1 EDISI (JAN - APRIL)"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

JILID 10, NO 1 EDISI (JAN - APRIL)

(1) SRI UMMAH AR-RAUDHAH. (2) SRI UMMAH DAMAI. (3) SRI UMMAH AN-NUR. (4) SRI UMMAH AL-EHSAN. (5) SRI UMMAH AL-MADANI. (6) SRI UMMAH AL-IKHWAN. (7) SRI UMMAH AL-KAUTHAR. (8) SRI UMMAH AL-IKHLAS. (9) SRI

UMMAH AL-ABRAR. (10) SRI UMMAH HASANAH. (11) SRI UMMAH AL-AMIRIN. (12) SRI UMMAH AS-SOBAH. (13) SRI UMMAH BANGI3.

Tahun 2020 genaplah usia Tahfiz Ummah ABIM 35 tahun.

Dalam tempoh 35 tahun Tahfiz berhadapan dengan berbagai suka duka dalam perjalanannya untuk mendidik pengajian asas Al-Qur’an dan agama anak bangsa di Bandar Baru Bangi.

Alhamdulillah kita bersyukur dengan kejayaan yang dapat dicapai oleh pelajar dari sudut kecemerlangan pencapaian peperiksaan dan penghayatan hidup

beragama. Demikian juga para guru dan pentadbir yang menggunakan seluruh keupayaan mereka untuk menjadikan Tahfiz ini institusi yang terbaik dan terbilang di Hulu Langat ini.

Syukur alhamdulillah Allah telah memakbulkan harapan kita semua dan memberi kejayaan sepenuhnya dalam bidang ilmu serta sokongan yang sungguh menggalakkan daripada masyarakat

setempat.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang menyumbang kepada kejayaan cemerlang yang dapat kita capai, khususnya para guru, para pentadbir, lembaga pengarah dan masyarakat setempat yang sentiasa menyokong program Tahfiz ini.

                       

Dr. Abdul Halim Muhammad dilahirkan di kampung Telok Panji, Kota Baharu, Kelantan pada 11 disember 1945. Ibunya bernama Mek Wok binti Awang Long (rahimahallah) dan bapanya bernama Muhammad bin Musa (rahimahullah). Kedua – dua ibu bapa adalah buta huruf, tetapi tidak buta Quran, dan menghayati asas –asas agama dalam kehidupan harian mereka. Bagi mendapatkan perbelanjaan sara hidup, Ibunya menoreh getah peninggalan pusaka keluarga dan bapanya pula bekerja memanjat pokok kelapa untuk mendapat nira bagi membuat manisan. Pada musim menanam padi pula, mereka mengusahakan penanaman padi dari bendang pen- inggalan pusaka keluarga mereka.

Dr. Abdul Halim mempunyai empat orang adik beradik termasuk beliau iaitu Muhd Uthman bin Muhammad (rahimahul- lah), Kalthum binti Muhammad (rahimahallah) dan Rafeah binti Muhammad.

Dr. Abdul Halim menerima pendidikan rendah di sekolah Melayu

Rambutan Rendang, Kota Baharu Kelantan pada tahun 1950 sehingga 1956, manakala Sekolah Menengah di Maahad Muhammadi pada tahun 1958 sehingga 1965. Kemudian diperingkat tinggi sambung ke Kolej Islam Melayu pada tahun 1966 selama 1 tahun, kemudian sambung ke Universiti Al – Azhar di Mesir pada tahun 1967 sehingga 1972. Selepas tamat pengajian B.A di Al – Azhar dalam bidang Syariah dan Undang – undang, beliau menyambung pengajian peringakat PHD di St.

Andrews University, Scatlond pada tahun 1974 sehingga 1977 dalam bidang Syariah Islam (Usul Fiqh).

Pendidikan Biodata

SELAMAT HARI GURU

Kegigihanmu dalam mendidik tidak akan kami lupakan

Terima Kasih

Seorang guru itu adalah orang yang berani mengajar dengan tidak berhenti belajar Seorang guru itu adalah orang yang berani

mengajar dengan tidak berhenti belajar

(2)

USRAH MEMBINA INSAN

YANG DINAMIK

USRAH

‘Usrah’ bukan suatu yang asing dalam masyarakat di Malaysia, yang dulunya diamalkan oleh kelompok-kelompok tertentu sahaja.

Kini ia sudah menjadi wahana perbincangan ilmu yang umum di radio, tv dan media sosial malahan topik-topik perbincangannya amat dekat dengan hati nurani para pecinta ilmu dan terkadang merentas seluruh disiplin ilmu, membuatkan ia ditunggu-tunggu siarannya saban waktu.

Di dalam pendidikan dan tarbiah gerakan ABIM, usrah men- jadi agenda utama bagi membudaya ilmu, mengukuh ukhwah dan mem- bentuk tasawwur Islam yang menyeluruh kepada pimpinan dan ahli lalu ia diagendakan menjadi rutin ahli setiap minggu, sehingga terasa kosong dan rindu jika seseorang tidak dapat hadiri usrah mingguan- nya kerana ia sudah menjadi budaya pada ahli gerakan ABIM (yang kini bergabung bersama PKPIM, ABIM dan WADAH=WAP). Pada Mereka, Usrah tidak memerlukan mereka tetapi merekalah yang memerlukan Usrah kerana Usrah mengeratkan ukhwah, menambah ilmu, membuka ufuk pemikiran, mengaktifkan minda seperti dapat melaksanakan zikir Ma'thurat bersama, solat jamaah bersama, makan bersama, bersedekah bersama, membincang isu umat bersama, pendek kata agenda gerakan kebanyakkannya dicetuskan dan diputuskan di dalam halaqah usrah.

Pada generasi awal gerakan WAP ini, Usrah amat bermakna bagi mereka, ianya sumber inspirasi, sumber kekuatan, sumber pemikiran, sumber amalan dan lain - lain sumber. Hebatnya penangan dan impak dari perlaksanaan Usrah, hatta pembinaan sekolah - sekolah ABIM di seluruh negara diputuskan di dalam usrah masing-masing.

Itulah sedikit sedutan dari impak usrah yang pernah menghasilkan manfaat yang besar buat umat.

Perlaksanaan Usrah adalah pembudayaan ilmu. Apabila ilmu sudah terbudaya, kreativiti dan innovasi akan bercambah dengan sendirinya kerana tabiat ilmu sentiasa membawa kepada peruba- han dan tidak akan bermanfaat ilmu jika ia tidak membawa kepada

kata seorang pujangga:

"Barang siapa yang berhenti- membaca (mencari ilmu) maka takbirlah padanya empat kali".

Seolah-olah mengishtiharkan kematiannya jika hidupnya tiada lagi penambahan ilmu.

Kerana Islam sendiri adalah agama ilmu, ayat pertama yang diturunkan pun "iqra'" ia adalah ayat perintah membaca secara berterusan, agar pintu ilmu sentiasa diterokai, dicari, dikaji dan diamalkan dari hasil ilmu tersebut.

Maka Usrah adalah proses menggerakkan seruan Allah taala melalui lafaz "Iqra'", menggalakkan perkembangan ilmu, perkongsian maklumat, dilaksanakan secara bersama agar berlaku saling dokong mendokong antara ahli usrah. Ini akan menyemarakkan ilmu dalam kalangan ahli usrah, meningkatkan kreativiti, menambah wawasan dan inovasi, akhirnya apabila ia dilaksanakan akan melahirkan insan

yang dinamik, serba berpengetahuan, serba berhikmah.

Di sinilah akan terserlah keunikan, akan dilihat gemilang dan terbilang seperti wawasan yang digariskan oleh Yayasan Takmir Pendidikan (YTP).

Oleh itu kita menyeru agar

perlaksanaan usrah dapat dimanfaatkan sebaik mungkin, dihayati, diterokai, dikembangkan agar menjadi sumber kekuatan dan inspirasi kepada semua ahli dan manfaatnya dapat dirasai oleh umat yang berada di sekitar.

perubahan pada pemiliknya.

Para sahabat Nabi SAW membesar dalam suasana kehidupan badawi nomadi yang sudah berkembang ratusan tahun sebelum kedatangan Islam, kehidupan mereka hanya berkisar dalam dunia ternakan, pertanian dan perniagaan yang tidak membawa impak apa-apa pada tamadun kemanusiaan, hinggakan kerajaan besar ketika itu Parsi dan Rom tidak berhajat menakluk semenanjung tanah arab khususnya tanah Mekah dan Madinah kerana tiada tarikan dan kekayaan yang boleh dikaut dari penaklukan tersebut. Tanah yang kontang, masyarakat yang nomadi lebih banyak dari yang madani, itu gambaran masyarakat arab sebelum Islam tetapi dengan kedatangan Islam, dengan turunnya kitab segala ilmu Al-Quran, dibaca, dibudayakan dan diamalkan, mereka berubah 360 darjah dari wajah asal mereka, tanah kontang mereka yang tiada impak ketamadunan berubah menjadi Kiblat Alam ini.

Ini semua berpunca dari ilmu, pembudayaan dan perlaksanaan, perjalanan sejarah, perjalanan hidup dan perjalanan sesebuah tamadun

akan berlaku perubahan dengan ilmu pengetahuan. Sebab itulah kita amat

mementingkan usrah kerana ia mengembangkan ilmu dan mem- budayakannya dengan ilmu manusia menjadi lebih dinamik, lebih berkreativiti, lebih berinovasi dan ia amat menguntungkan umat manusia. Berbeza dengan manusia yang pasif dan tidak dinamik, hanya hidup untuk dirinya, cukup makanan, pakaian dan tempat tinggalnya, cukuplah keperluan hidupnya, tiada apa lagi yang difikirkan kecuali untuk difikirkan kecuali untuk menambah keperluan tersebut sahaja dan itu tidak jauh bezanya dengan kehidupan haiwan.

Itu bezanya manusia berilmu dengan manusia yang tidak berilmu, Allah taala berfirman: Katakan Ya Muhammad, adakah sama orang-orang yang mengetahui (ber- ilmu) dengan orang-orang yang tidak mengetahui (berilmu)? QS : Az-Zumar: 9.

Ust. Mohd Naim bin Mohd Noor.

Pengarah Kaderisasi dan Jaringan YTP

(3)

Rabu 19 Febuari 2020, bertempat di Yayasan Takmir Pendidikan (YTP) Seksyen 7 Bandar Baru Bangi telah diadakan bengkel pentaksiran subjek Sirah SPRA 2020. Bengkel ini telah dihadiri oleh guru-guru sirah tahun 5 dari sekolah-sekolah ABIM seluruh Malaysia termasuklah 18 orang guru dari Kelas Tahfiz Ummah.

Mulai tahun 2020 peperiksaan bertulis bagi mata pelajaran Sirah tidak lagi dilaksanakan dan diganti dengan pentaksiran. Oleh kerana itu, inisiatif

pihak YTP telah mengadakan bengkel untuk mengukuhkan lagi kefahaman guru dalam pelaksanaan

pentaksiran tersebut sebagai lanjutan daripada bengkel pengenalan dan penerangan kali pertama yang telah diadakan pada bulan November 2019 lepas. Bengkel tersebut telah diberi pendedahan oleh Puan Hjh.

Rohana binti Kamaruddin (Pengarah Strategik &

Research and Development) tentang kaedah pelaksanaan pentaksiran mata pelajaran Sirah.

Pentaksiran Sirah ini bertujuan membentuk sahsiah murid-murid dari sirah Rasulullah SAW melalui akhlaknya dan mengambil ikhtibar agar boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian yang berterusan sesuai dengan pendidikan Al-Hikmah yang telah diterapkan oleh pihak YTP kepada seluruh sekolah- sekolah ABIM. Harapan besar kepada guru-guru agar dapat bersama-sama menjayakan pentaksiran ini demi memperoleh peribadi baik anak murid terhadap masyarakat dan agama. InsyaAllah.

BENGKEL PENTAKSIRAN

SIRAH SPRA 2020

Sahabat:

... Kau adalah teman-teman, ... Kau adalah teman bicara,

Mari kita bicara tentang keikhlasan dan kejujuran;

Mari kita bicara tentang kebaikan dan kemanfaatan;

Mari kita nyah bicara keburukan, kemaksiatan, caci maki dan umpat nista;

Mari kita elakkan perpecahan, pergaduhan dan mencipta musuh sesama kita.

Sahabat:

Mari kita melihat kebenaran, menjulang kemuliaan, kedamaian dan kesatuan serta perpaduan;

Mari kita junjung tinggi syariat Ilahi dan kesyumulan Islam dalam pegangan tauhid, amalan syariat dan akhlak peradaban mulia dalam kehidupan berbaki usia ini;

Mari kita bersihkan hati dan persepsi dari dendam kesumat, hasad dengki dan permusuhan.

Mari kita rungkai kegelisahan, kekeliruan dan kecelaruan;

Sahabat:

Mari kita bina dan perkukuhkan ukhuwwah dan mahabbah sesama kita dengan penuh kasih sayang, Mawaddah wa Rahmah.

SAJAK: SAHABAT

31012018

Nukilan: Haji Mat Radzi bin Haji Mat Ali Pengarah Jakim Cawangan Sabah PERHAPS Membakut Sabah

Dia seorang guru tua sebuah sekolah terdidik dalam negeri tanpa berjela ijazah penunggu setia sekolah desa

bukan cuma ganjaran upah

tidak juga mengharap kemilau gelar dan anugerah

sekadar kerelaannya menggengam suatu amanah

Yang mengangkat harga diri dan maruah dengan berbekalkan keyakinan dan hikmah

dengan keikhlasan had dan pasrah dengan tidak mengenal jemu dan penat lelah

yang diperkirakan kepuasan diri memba- ngun ummah

berlandas paksi yang jelas dalam tuju arah.

Dia seorang guru pengganti ayah ibu, Dia seorang guru pembentuk generasi baru,

Dia seorang guru pembina insan sepadu, Dia seorang guru pewaris tamadun ilmu yang terus hidup sepanjang waktu diimbau berbunyi dilihat bertemu

SAJAK: DIA SEORANG GURU

Ismail Haji Adnan 1989

(4)

KTU PEMBINA GENERASI KHAYRA UMMAH

Misi pertama KTU adalah membangunkan kurikulum tarbiyyah yang lengkap dan seimbang di peringkat umur 7-12 tahun dalam membina generasi khayra ummah.

Khayra Ummah bermaksud sebaik-baik umat yang memberi faedah kepada manusia dan beriman kepada Allah SWT. Dengan itu, pelajar kelahiran KTU diberi didikan berkonsepkan 5M dalam mempelajari Al-Qur’an iaitu membaca, menghafal, menulis, memahami dan menghayati.

Sambutan baik telah diberikan oleh penduduk di sekitar Bandar Baru Bangi dengan mendaftarkan anak mereka di KTU pada 30 & 31 Disember 2019 untuk kemasukan belajar pada tahun 2020. Bilangan terkumpul pelajar baru & lama telah dicatat seramai 2306 orang. Sesi pendaftaran pada tahun ini telah diperkenalkan aplikasi Yuran.my kepada ibu bapa/penjaga sebagai alat kemudahan untuk membayar secara on-line seiring dengan peredaran arus teknologi kini.

HARI PENDAFTARAN

Februari, 21-23 2020 telah berjalan Kem Asas Qiyadah Kepimpinan Sekolah ABIM 2020 bertempat di Kem Yayasan Basmi Kemiskinan, Kuala Kubu Bharu. Kem ini diadakan adalah bertujuan untuk mendedahkan kepada murid tentang tugas dan tanggungjawab yang telah diamanahkan kepada mereka. Ianya juga telah melibatkan 5 buah sekolah di bawah pengelolaan ABIM. Program ini bermula dengan taklimat dari pihak pengurusan serta fasilitator setelah ke tempat program diadakan. Murid-murid didedahkan dengan tugasan dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sepanjang program ini berlangsung. KTU menghantar 14 orang murid dan 2 orang guru pengiring. Kemudiannya program ini berakhir dengan majlis penutup dan penyampaian sijil penyertaan kepada murid-murid dan guru pengiring. Setelah itu, murid-murid dibawa ke surau yang berhampiran untuk menunaikan solat Zohor sebelum pulang. Murid-murid dan guru-guru dari Kelas Tahfiz Ummah telah selamat sampai ke perkarangan pejabat sekolah tepat jam 5.00 petang.

KEM AQSA

SIDANG PENGARANG Ketua Pengarang Sarimah Mat Sabu Penasihat

Dr, Hj Wan Fuad Wan Hassan

Ketua Pengarang

Salihaton Rapeah Sharudin Norazela Mat Jamil

Fadlina Kamis Atifah Mohd Nor Rossidah Napi

Nur Ain Nadhira Mohd Amir

Editor Pereka Grafik :

Siti Nur Khadijah Md Yusoff

(5)

P E N D I D I K A N

Pada tahun 1977, Dr. Abdul Halim telah kembali ke Malaysia dan berkhidmat di Universiti Kebangsaan Malaysia di Fakulti Pengajian Islam pada 1977 – 1985. Beliau mengajar dalam bidang Syariah dan pelbagai cabang ilmu, muamalat, jenayah dan usul fiqh. Kemudian tahun 1986 berkhidmat di Fakulti Undang – Undang. Tamat perkhidmatan pada tahun 2000 dan kontrak 10 tahun tamat 2009. Semasa berkhidmat di UKM, Dr. Abdul Halim terlibat juga dengan NGO Islam Angkatan Belia Islam Malaysia, bermula pada tahun 1980, di lantik sebagai yang dipertua ABIM Hulu Langat. Kemudian berpindah jawatan sebagai ketua BIRO Pendidikan. Semasa meme- gang portfolio ini beliau telah mewu- judkan satu jawatan kuasa untuk melaksanakan program pendidikan dalam ABIM dan menerbitkan Jurnal Pendidikan Islam yang ulung. Maka pada tahun 80 - an dan 90 – an, program Taski, Tahfiz, diikuti dengan SRI dan SEMI. Dr Abdul Halim semasa memegang portfolio ini banyak terlibat dengan penubuhan Taski dan Tahfiz. Kurikulum Taski peringkat awal menekankan pen- genalan Al –quran dan hafazan beberapa surah Quran.Selain dari- pada pendedahan kemahiran menu- lis dan membaca rumi dan jawi serta doa – doa dan adab – adab harian.

Alhamdulillah, kesan daripada pen- didikan Taski ini membawa anak – anak mampu membaca dan menulis serta dapat menghafaz beberapa surah Al – Quran, doa – doa harian dan adab – adab islamik. Kemudian selain daripada itu beliau membawa pendekatan baru dalam pengajian Al – quran untuk pelajar – pelajar Tahfiz yang mengikuti kelas Tahfiz ABIM dari kalangan pelajar yang berumur 7 tahun sehingga 12 tahun secara sambilan selama tiga jam, pagi atau petang bagi pelajar- pelajar yang mengikuti pelajaran rasmi di Sekolah Rendah. Pengajian Al – quran di tahfiz ini menekankan lima kemahi- ran iaitu membaca, menulis, mengh- afaz, dan menghayati Al – quran (5M). Pengajian Al – quran merupa- kan subjek utama, selain itu terdapat subjek – subjekk lain berkaitan Pendidikan

Tokoh yang terpilih pada kali ini ialah Pn Hajah Radziah Binti Haji Mohamad Salleh. Beliau telah dilahirkan pada 26hb September 1964 di Kampung Sungai Limau, Ijok,

Batu Kurau, Taiping Perak.

Merupakan puteri sulung kepada pasangan Pn Zaiton binti Man dan Haji Mohamad Salleh bin Lebai Kechik. Beliau dibesarkan dalam keluarga penoreh getah dan pesawah padi bersama dengan dua orang lagi adik-adiknya.

Latar Belakang

Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bagan Baru, Ijok, Batu Kurau sehingga tamat persekolahan darjah 6. Beliau sangat aktif dalam sukan balapan dan pernah mewakili sekolah ke peringkat Daerah Selama. Seterusnya beliau meyambung persekolan di peringkat menengah rendah sebagai perintis Sekolah Menengah Rendah Redang Panjang, Ijok. Sepanjang 3 tahun di sekolah ini, beliau merupakan seorang pelajar yang sangat aktif dalam aktiviti-aktiviti persatuan.

Beliau merupakan pelajar terbaik SRP tahun 1979.

Pada tahun 1980 beliau menyambung persekolan di tingkatan 4 dalam bidang Sains di Sekolah Menengah Dato' Haji Hussein Selama, Perak selama 2 tahun.

Selepas mendapat keputusan SPM beliau telah ditawarkan menyambung pelajaran di Kolej Matrikulasi Sains Perak, Ipoh. Beliau telah berjaya menamatkan kursus matrikulasi ini dalam masa setahun sahaja.

Kemudian beliau di tawarkan melanjutkan pelajaran dalam bidang Biologi di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi mulai sesi 83/84.

Beliau juga bertuah kerana telah terpilih sebagai penerima Biasiswa

Kerajaan Negeri Perak sepanjang pengajiannya di UKM. Semasa di

universiti, beliau sangat aktif dalam aktiviti persatuan dan mengikuti usrah diperingkat KAMSIS. Beliau pernah menyandang jawatan Ketua Bahagian Hal Ehwal Wanita Persatuan Mahasiswa Sains UKM.

Alhamdulillah setelah 4 tahun di UKM beliau telah di anugerahkan Ijazah Sarjana Muda Sains (Genetik).

KERJAYA

Selepas menamat pengajian, beliau telah bekerja sementara sebagai guru kelas tuisyen secara sambilan di Pusat Tuisyen di jalan Reko Kajang. Kemudian beliau diterima berkhidmat sebagai pengasuh sementara di Pusat Pen- jagaan Kanak-kanak dibawah kelo- laan HELWA ABIM Bangi. Pada masa ini beliau turut aktif dalam aktiviti HELWA ABIM Bangi.

Takdir Allah, tidak lama selepas itu terdapat kekosongan jawatan guru fardhu ain di Kelas Tahfiz ABIM di Teras Jernang. Oleh kerana minat dan cita-citanya untuk menjadi pendidik, beliau memohon jawatan tersebut. Alhamdulillah permohonan beliau telah diterima.

Selepas 3 tahun berkhidmat di sini, beliau telah berpindah ke Kelas Tahfiz ABIM di Bandar Baru Bangi sebagai Penyelia. Subhanallah 2 tahun memegang amanah sebagai penyelia sangat mengujakan apabila semua yang dirancang telah terlaksana dengan jayanya.

Walaupun beliau mengambil keputusan untuk menamatkan perkhidmatannya selepas itu.

Kerjaya pendidik beliau di sambung lagi bila diterima sebagai Guru Sains di Maktab Yayasan Pelajaran MARA (MYPM) Bangi pada tahun 1993. Selepas MYPM di naik taraf kepada Kolej Yayasan Pelajaran MARA (KYPM) beliau telah dilantik sebagai Pensyarah untuk Program Matrikulasi UKM, Program Matrikulasi UPM dan Program Matri-

kulasi KPM.

Apabila kolej di "rebranding"

kepada Kolej Poly Tech MARA (KPTM) Bangi, beliau telah terpilih sebagai Pensyarah Matematik untuk Program Pra Diploma, Diploma Pen-

Pengurusan Perniagaan serta Di- ploma Perakaunan dengan usahasa- ma UiTM. Beliau masih lagi mengajar subjek Business Mathematics apabila KPTM menawarkan program sendiri iaitu Diploma Pengu- rusan Perniagaan, Diploma Perakaunan dan Diploma Keusaha- wanan.

Pada Oktober 2018 beliau telah memilih untuk menamatkan perkhidmatannya sebagai pendidik setelah menabur bakti selama 25 tahun kepada anak bangsa

KELUARGA

Alhamdulillah pada tanggal 20hb November 1987 beliau telah menamatkan zaman bujangnya.

Beliau telah dilamar dan dijabkabulkan dengan jejaka pilihan

hatinya Mat Radzi bin Mat Ali yang berasal dari Kampung Tebuk, Trong,

Perak. Pasangannya juga merupakan graduan Universiti Kebangsaan Malaysia dan berkhidmat di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia. Selepas berkahwin mereka menetap di Bandar Baru Bangi. Tuan Haji Mat Radzi bin Haji Mat Ali juga merupakan mantan YDP ABIM Bangi.

Alhamdulillah hasil perkahwinan ini mereka telah dikurniakan 7 orang cahaya mata iaitu 5 lelaki dan 2 perempuan.

Setelah melayari bahtera ru- mahtangga bersama-sama selama 30 tahun, suami beliau telah kembali ke rahmatullah pada 18.3.2018 di Kota Kinabalu Sabah ketika sedang berkhidmat sebagai Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Cawangan Sabah.

Kini beliau tinggal bersama 3

orang anaknya yang belum berkahwin. Sementara 4 orang anaknya telah berkahwin dan beliau telah dikuniakan Allah 4 orang cucu, seorang perempuan dan 3 lelaki.

Hjh Radziah Hj Mohamad Salleh

“PENDIDIKAN ADALAH SENJATA PALING AMPUH

UNTUK MENGUBAH DUNIA”

Nelson Mandela

(6)

REHLAH NABAWIYYAH

Pada 29/2/2020 KTU telah mengadakan lawatan sambil belajar (usrah gabungan) bersama kakitangan pentadbiran, guru – guru dan sebahagian murid – murid ke Rehlah Nabawiyyah, Shah Alam, Selangor. Seramai 72 orang staf dan guru, 21 orang murid dan 2 orang kanak – kanak yang menyertai program. Objektif utama rehlah ini adalah untuk mendekatkan rasa kecintaan kepada Rasulullah, memartabatkan Al – Quran dan mengeratkan hubungan silaturrahim. Lawatan ini juga merupakan sambungan daripada lawatan ke Nasyrul Al-Quran pada tahun lepas.

Rehlah Nabawiyyah berkisar tentang sirah perjalanan hidup Rasulullah SAW bermula dari baginda dilahirkan sehingga Nabi wafat. Dalam galeri Rehlah Nabawiyyah ada 2 tingkat dan mempunyai 24 segmen.

Terdapat replika Masjid Nabawi, Replika rumah Rasulullah, Replika Gua Hira’, Replika Gua Thur, Hologram Kaabah, Video kelahiran Rasulullah, Video Isra’ Mikraj dan sebagainya.

Galeri pameran Mushaf Al – Quran di Yayasan Restu pula adalah penyalinan Al – Quran menggunakan tangan dimana penulisnya terdiri daripada anak jati melayu. Di

dalam galeri Nur Fatimah dipamerkan manuskrip Al – Quran original salinan tangan. Peluang keemasan ini

tidak disia-siakan oleh semua ahli rombongan kerana dapat menghayati kisah hidup Rasulullah SAW dan mengambil pengajaran daripadanya, Insha Allah.





Pada 1 Februari 2020 bertempat di Bilik Kuliah Cerna Minda Sdn. Bhd. Jalan Medan Seksyen 9, seramai lebih kurang 60 orang guru KTU yang terlibat dengan pengurusan transit telah mengikuti Kursus Latihan Pengendalian Makanan. Kursus tersebut dibawah anjuran Cerna Minda Sdn. Bhd. yang dikendalikan oleh Encik Abdul Sattar Bin Sulaiman merupakan individu yang mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Memberi pendedahan dan kesedaran pada guru KTU mengenai aspek kebersihan dan keselamatan makanan.

Mengetahui kepentingan amalan kebersihan diri dan tabiat yang baik semasa mengendalikan makanan.

Mempelajari cara mengendali makanan dengan selamat dan cara menyimpan makanan yang betul.

Dapat memahami isu-isu punca keracunan makanan.

Mempelajari cara pencegahan pencemaran makanan dan keracunan makanan.

OBJEKTIF

Hasil daripada kursus tersebut guru dapat memahami bahawa kebersihan makanan bermula daripada diri pengendali makanan itu sendiri. Kursus

ini dapat memberi banyak manfaat dalam menjalankan perkhidmatan transit di premis KTU.

Majoriti guru-guru berpuas hati dengan kursus tersebut dan akan mempraktikkan dengan sebaik mungkin.

(7)

https://www.facebook.com/ktubbbb/ http://tafhim.com.my/KTU/ [email protected]

Mesyuarat Agung:

LANTIKAN BARU AJK KKSK

Kelab Kebajikan Staf KTU (KKSK) adalah sebuah kelab yang bertanggung jawab menjaga dan memberi kebajikan kepada warga kerja KTU.

Pada 26 Disember 2019 telah diadakan mesyuarat agung KKSK dengan agenda pembubaran ahli jawatankuasa lama dan melantik ahli baru bagi sesi 2020. Encik Ahmad Faharuddin bin Abdul Aziz selaku pengerusi KKSK sejak tahun 2014 telah memberikan ucapan penghargaan dan harapan kepada lantikan ajk baru. Bagi AJK KKSK yang lama telah diberi sijil penghargaan atas sumbangan

bakti yang telah diberikan kepada KKSK. Mesyuarat dipengurusi oleh Ust Hamizan

F05885

SIRI TAJUK TARIKH

Sahsiah Guru

Rekod Kedatangan Murid Peraturan Am

Bengkel BBM Jadual Waktu Pengurusan Kelas

3 Tafaqquh Subjek 18.01.2020

Sukatan Tahunan

Rancangan Pengajaran Mingguan (RPM) Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

5 Kaedah Bacaan ‘Qiraati’ 12.02.2020 6 Kaedah Ejaan Jawi Baru 26.02.2020 7 Kaedah Penulisan Khat 04.03.2020 8 Kaedah PdPc Berkesan 11.03.2020

9 Psikologi Pendidikan PKP

10 Strategi Koperat YTP PKP

*PKP: Perintah Kawalan Pergerakan (virus berjangkit covid -19).

1 08.01.2020

2 11.01.2020

4 22.01.2020

Jadual Kursus Asas Perguruan 2020

Setiap tahun guru-guru baru KTU akan diberi kursus asas perguruan bagi peringkat tahfiz. Guru- guru baru ini akan diberi pendedahan tentang pengajaran dan pembelejaran didalam kelas.

KURSUS ASAS PERGURUAN 2020

KURSUS PENTAKSIRAN IHAB (JAIS) PERGURUAN 2020

Sabtu ,15 Febuari 2020 telah diadakan dua kursus yang berbeza bertempat di dewan surau Al-Kauthar yang telah dihadiri oleh semua guru sebagai pengetahuan asas tentang IHAB.

IHAB adalah akronim dari perkataan Integrated Holistic Assessment Board yang diperkenalkan oleh JAIS kepada seluruh sekolah agama negeri Selangor. Program IHAB ini adalah bertujuan untuk menilai sejauh mana pencapaian murid dalam sahsiah dan kehidupan harian.Ia dinilai dari segi:

• Ko-kurikulum

• Sahsiah

• Pentaksiran sekolah dan bilik darjah (tahun 4, 5 & 6) Dalam kursus ini guru-guru telah diberi penerangan oleh Ustaz Jahidi bin Chamari (Penyelia Kanan, bahagian Pendidikan Islam JAIS) bagaimana pelaksanaan IHAB sebagai maklumat asas yang perlu dilaksanakan oleh guru kepada anak murid.

Referensi

Dokumen terkait

Sebelum pembuatan model finansial dan simulasi perusahaan, data yang dibutuhkan sebagai input dari model tersebut adalah data mengenai data historis nilai tukar,

Pada penelitian ini dilakukan ekstrak terhadap bahan alam kulit jeruk dan mangga sebagai penghambat laju korosi pada baja karbon API 5L Gr B dalam media air laut buatan.. Latar

Az eredmények alapján elmondható, hogy az emberi tényező több dimenzióban is megjelenik a társadalmi vállalkozások sikeres működése feltételeként.. Ezek közül

Pertanyaan mengenai hal kenapa garis begitu dihasratkan untuk menjadi dasar konsep dalam berkarya pada Tugas Akhir ini, karena menurut penulis garis merupakan

PENGARUH DANA PIHAK KETIGA (DPK), CAPITAL ADEQUACY RATIO (CAR), NON PERFORMING LOAN (NPL), BIAYA OPERASIONAL PENDAPATAN OPERASIONAL (BOPO), RETURN ON ASSET (ROA), DAN

Pemanfaatan limbah fly ash dari pabrik minyak nabati sebagai bahan subtitusi semen dalam pembuatan batako telah dilakukan untuk mengatasi permasalahan lingkungan.. Fly

Dari kutipan di atas, dapat dipahami bahwa amanat yang terkandung dalam novel Ada Surga di Rumahmu karya Oka Aurora adalah pesan untuk berbakti kepada orang

Pada tahun 1993 standar pelayanan rumah sakit yang terdiri dari 20 kegiatan.. pelayanan dan standar pelayanan medik ditetapkan berlaku di seluruh rumah