TERMA DAN SYARAT KEMPEN PAYROLL4U FY2022
Terma Dan Syarat Kempen Payroll4u FY2022 Kempen
1. Kempen Payroll4u FY2022 (“Kempen”) dianjurkan oleh Maybank Islamic Berhad (No.
Pendaftaran 200701029411)(“Maybank Islamic”) adalah tertakluk kepada kepada Terma dan Syarat yang berikut.
2. Dengan menyertai Kempen ini, Pelanggan Yang Layak (seperti yang ditakrifkan dalam fasal 4 di bawah) dengan ini bersetuju untuk mematuhi Terma dan Syarat ini dan segala keputusan yang dibuat oleh Maybank Islamic berkaitan dengan kempen ini adalah muktamad dan terikat dengannya.
Tempoh Kempen
3. Kempen ini berlangsung dari 17 Januari 2022 hingga 31 December 2022, (kedua-dua tarikh adalah termasuk)(“Tempoh Kempen”).
Kriteria Kelayakan
4. Kempen ini adalah terbuka kepada:
i) Semua Pelanggan Baharu Maybank Islamic Payroll (Warganegara Malaysia dan Bukan Warganegara Malaysia) daripada pemegang akaun Maybank2u Biz (M2uBiz), Maybank2U (M2U) dan/atau Maybank2e.net Sistem Pengurusan Wang Tunai Wilayah (M2e) di bawah segmen Perusahaan Kecil dan Sederhana (“PKS”) dan Perbankan Perniagaan (“PP”) yang terdiri daripada pemilikan tunggal, perkongsian, syarikat sendirian berhad, pertubuhan dan badan profesional; dan
ii) Pelanggan Maybank Islamic Sedia Ada (Warganega Malaysia dan Bukan Warganegara Malaysia) yang berdaftar dari tahun 2020, 2021 dan 2022 dengan Maybank Islamic Payroll di bawah Segmen PKS dan PP serta kekal aktif dengan menjalankan urus niaga pembayaran gaji pada setiap bulan;
(Kemudian dari ini dirujuk sebagai “Pelanggan Yang Layak”).
5. Pelanggan Maybank Islamic Payroll ialah pelanggan yang menggunakan salah satu sistem/akaun berikut – Maybank2uBiz (M2UBiz), Maybank2uBiz (M2UBiz) Bayaran Pukal, Maybank2u Biz (M2UBiz) Pindahan Tunggal, Sistem Kredit Auto Maybank (MAS) (Sedia Ada), Maybank2E Sistem Pengurusan Tunai Wilayah (M2E) RCMS dan Maybank2U (M2U).
6. Menjadi kemestian bagi Pelanggan Yang Layak untuk melanggan dan menggunakan sistem Maybank Islamic Payroll (perkara (i) di bawah) dan melakukan yang berikut (perkara (ii) di bawah) sepanjang Tempoh Kempen:
i) Melanggan: Majikan muat turun dan mengisi borang permohonan Maybank Islamic Payroll di
https://www.maybank2u.com.my/iwovresources/pdf/business/Maybank2uBiz/M2 UBIZ _MAS-AppForm-edit.pdf bagi Maybank2uBiz (M2UBiz) Bayaran Pukal
manakala bagi Maybank2E Sistem Pengurusan Tunai Wilayah (M2E) RCMS, e-melkan ke [email protected] untuk pemprosesan.
TERMA DAN SYARAT KEMPEN PAYROLL4U FY2022 ii) Menjalankan Urus Niaga Gaji:
a) Majikan yang mendaftar masuk ke MAS, M2uBiz Pembayaran Pukal dan/atau M2e dan menjalankan urus niaga gaji bulanan pada setiap bulan sepanjang Tempoh Kempen akan dinggap sebagai pembayaran gaji aktif ATAU;
b) Majikan yang mendaftar masuk ke Maybank2uBiz (M2UBiz) Pindahan Tunggal dan Maybank2u (M2U) serta menjalankan urus niaga gaji yang melebihi daripada RM1,000 pada setiap bulan ke akaun pihak ketiga (individu) sepanjang Tempoh Kempen akan dianggap sebagai pembayaran gaji aktif.
iii) Pelanggan Yang Layak:
a) Yang memenuhi syarat-syarat di fasal 6(i) dan 6(ii) di atas akan menyertai Kempen ini secara automatik.
b) Tidak berhak untuk memenangi Hadiah Utama dan Hadiah Suku Tahunan sekiranya Pelanggan Yang Layak gagal melaksanakan transaksi penggajian untuk mana-mana bulan dalam Tempoh Kempen.
7. Produk yang layak untuk menyertai kempen (selepas ini dirujuk sebagai “Akaun penyertaan”) i) SME First Account-i¹
ii) SME First Investment Account-i2
iii) Premier Mudarabah Account-i for SME/BB2 iv) Basic Current Account-ifor SME¹
v) Current Account-i¹
¹Dilindungi oleh PIDM setakat RM250,000 bagi setiap pendeposit. 2Tidak dilindungi oleh PIDM.
8. Hadiah, Ganjaran & Kelayakan serta Prosedur
Jenis Kelayakan dan Prosedur
Ganjaran Pertama:
Hadiah Utama
i) Pelanggan Yang Layak mesti memastikan pembayaran gaji aktif pada setiap bulan (lihat fasal 6(ii) di atas) dan mengekalkan pertumbuhan bulanan Baki Harian Purata (“BHP”) sebanyak RM100,000 sepanjang keseluruhan Tempoh Kempen.
ii) Pelanggan perlu mengekalkan Baki Akhir Bulan (“BAB”) sebanyak RM100,000 sepanjang keseluruhan Tempoh Kempen.
Kategori Ganjaran Jumlah Pemenang Hadiah
Hadiah Utama 1 Pelanggan PKS* 1 unit Toyota Hilux 1 Pelanggan PP** 1 unit Toyota Hilux
*PKS: Syarikat dengan Perolehan Jualan Tahunan Perniagaan bersamaan atau kurang daripada RM25 juta.
**PP: Syarikat dengan Perolehan Jualan Tahunan Perniagaan melebihi RM25 juta.
TERMA DAN SYARAT KEMPEN PAYROLL4U FY2022
iii) Baki Purata Harian:
= Jumlah Baki Akhir Harian bagi 1−bulan dalam Akaun Penyertaan Bilangan hari dalam sebulan
iv) Pemilihan pemenang akan dilakukan dengan menggunakan Program Perambangan Maybank berdasarkan penyertaan berikut: -
Jadual 1: Kriteria Penyertaan
Kriteria Penyertaan Bil. Penyertaan (Islamik) Membuka Akaun Semasa-i Perniagaan Baharu 15 Penyertaan Membuka Akaun Semasa-i Perniagaan Baharu
melalui M2U 15 Penyertaan
Mendaftar M2Ubiz & M2e 15 Penyertaan Mendaftar & mengaktifkan M2Ubiz Pembayaran
Pukal dan M2E 15 Penyertaan
Menggunakan urus niaga pembayaran gaji -
M2Ubiz, pembayaran pukal & M2E Payroll 30 Penyertaan Menggunakan Maybank Islamic sebagai jurubank
utama 15 Penyertaan
Setiap pertambahan bagi pertumbuhan BPH
sebanyak RM100,000 30 Penyertaan
Pembiayaan / Titik Jualan Pedagang 30 Penyertaan Kad Komersial Maybank Islamic / Banca /
Perdagangan / Sewa Beli Patuh Syariah 15 Penyertaan Muat Turun Aplikasi M2UBiz dan menjalankan urus
niaga pembayaran gaji 15 Penyertaan
Mendaftar QRPay Pedagang dan aktif dengan >5
urus niaga setiap bulan 15 Penyertaan
Syarat Tambahan:
i) Pelanggan Yang Layak boleh memenangi Ganjaran pertama DAN Ganjaran kedua.
ii) Menjadi keperluan mandatori bagi Pelanggan Yang Layak untuk menggunakan secara aktif (lihat fasal 6(ii) di atas) M2UBiz Bayaran Pukal, M2UBiz Pindahan Tunggal, M2E/RCMS, MAS dan/atau M2U Peribadi secara berturut-turut pada setiap bulan bagi urus niaga Maybank Islamic Payroll.
TERMA DAN SYARAT KEMPEN PAYROLL4U FY2022
iii) Pelanggan Yang Layak perlu kekal aktif (lihat fasal 6(ii) di atas) sepanjang sepanjang Tempoh Kempen dan mencatatkan pertumbuhan Deposit yang positif (melalui peningkatan amaun deposit dalam akaun), yang akan dikira pada penghujung Tempoh Kempen.
iv) Pelanggan Yang Layak yang telah memilih Maybank Islamic sebagai jurubank utama mereka (iaitu untuk menjalankan urus niaga pembayaran bagi bil utiliti dan badan berkanun pada setiap bulan) akan memperoleh penyertaan tambahan.
v) Pemenang yang berpotensi bagi Hadiah Utama akan disenarai pendek secara dalaman melalui program “Pemilihan Rawak” janaan komputer yang memilih secara rawak pemenang dalam senarai pendek (“Pemenang dalam Senarai Pendek”) dan pemenang layak mendapat lebih daripada satu (1) Hadiah sepanjang keseluruhan Tempoh Kempen.
Ganjaran Kedua:
Hadiah Suku Tahunan
i) Pelanggan Yang Layak perlu memastikan pembayaran gaji aktif pada setiap bulan (lihat fasal 6(ii) di atas) dan mengekalkan pertumbuhan bulanan Baki Harian Purata (“BHP”) sebanyak RM100,000 sepanjang keseluruhan Tempoh Kempen.
ii) Pelanggan Yang Layak juga perlu mengekalkan Baki Akhir Bulan (“BAB”) sebanyak RM100,000 sepanjang keseluruhan Tempoh Kempen.
Kategori Ganjaran Bilangan Pemenang Hadiah
Suku Pertama 10 pemenang RM3,000 setiap satu
Suku Kedua 10 pemenang RM3,000 setiap satu
Suku Ketiga 10 pemenang RM3,000 setiap satu
Suku Keempat 10 pemenang RM3,000 setiap satu
iii) Baki Purata Harian:
= Jumlah 1−bulan Baki Purata Harian di dalam Akaun Penyertaan Jumlah hari di dalam 1 bulan
iv) Pemilihan pemenang akan dilakukan dengan menggunakan Program Perambangan Maybank berdasarkan kriteria penyertaan di Jadual 1 di atas.
Syarat Tambahan:
i) Pelanggan Yang Layak boleh memenangi Ganjaran pertama DAN Ganjaran kedua.
ii) Menjadi keperluan mandatori bagi Pelanggan Yang Layak untuk menggunakan secara aktif (lihat fasal 6(ii) di atas) M2UBiz Bayaran Pukal, M2UBiz Pindahan Tunggal, M2E/RCMS, MAS dan/atau M2U Peribadi secara berturut-turut pada setiap bulan bagi urus niaga pembayaran gaji.
TERMA DAN SYARAT KEMPEN PAYROLL4U FY2022
9. Pemenang Suku Tahunan akan dimaklumkan menerusi panggilan telefon daripada cawangan Maybank/Maybank Islamic berkaitan dan pemberian Hadiah adalah dalam tempoh sembilan puluh (90) hari kalendar selepas cawangan Maybank/Maybank Islamic berkaitan melengkapkan kitaran frekuensi Hadiah (“tempoh).
Untuk Hadiah Utama, pemenang akan dimaklumkan menerusi panggilan telefon selepas Tempoh Kempen tamat (31 Disember 2022).
10. Adalah menjadi tanggungjawab setiap pemenang untuk mengemaskini nombor telefon bimbit yang didaftarkan dengan Maybank Islamic untuk tujuan ini. Maybank Islamic tidak akan bertanggungjawab sekiranya pemenang tidak dapat dihubungi seperti yang didaftarkan bersama Maybank Islamic selepas tiga (3) kali percubaan berterusan telah dibuat.
iii) Pelanggan Yang Layak perlu kekal aktif (lihat fasal 6(ii) sepanjang Tempoh Kempen dan mencatatkan pertumbuhan Deposit yang positif (melalui peningkatan amaun deposit dalam akaun), di mana ia akan dikira pada penghujung Tempoh Kempen.
iv) Pelanggan Yang Layak yang telah memilih Maybank Islamic sebagai jurubank Utama (iaitu untuk menjalankan urus niaga pembayaran bagi bil utiliti dan badan berkanun pada setiap bulan) akan memperoleh penyertaan tambahan.
v) Pemenang yang berpotensi bagi Hadiah Suku Tahunan akan disenarai pendek dalaman melalui program “Pemilihan Rawak” janaan komputer yang memilih secara rawak pemenang dalam senarai pendek (“Pemenang dalam Senarai Pendek”) dan pemenang layak mendapat lebih daripada satu (1) hadiah sepanjang keseluruhan Tempoh Kempen.
Faedah
Tambahan i) Penepian Fi Promosi untuk 6 bulan bagi M2UBiz pembayaran pukal dan M2e RCMS di mana Pelanggan Yang Layak mesti melakukan transaksi penggajian bermula kali pertama pendaftaran/onboard untuk menikmati pengecualian ini.
o Note: Fi Pengecualian M2e RCMS berdasarkan Keperluan Pukal Tunai.
ii) Titik Jualan Pedagang dengan penepian fi 3 bulan bagi Sewaan Terminal Kad POS dan Pelanggan Yang Layak perlu berdaftar sepanjang Tempoh Kempen.
iii) Kad Kredit Komersial dengan Penepian Fi Tahunan selama 1 tahun tertakluk kepada semakan kredibiliti kredit Pelanggan yang Layak.
iv) Kad Debit Korporat Maybank Islamic untuk pelanggan M2UBiz sebagai mod pembayaran alternatif kepada Agensi Kerajaan dan Badan Berkanun. Kad tersebut tidak menawarkan fi tahunan dan fi urus niaga kepada pelanggan M2UBiz.
TERMA DAN SYARAT KEMPEN PAYROLL4U FY2022
11. Semua Hadiah-hadiah tidak boleh dipindah milik atau ditukar dengan wang tunai atau barangan dan tertakluk kepada Terma dan Syarat ini. Maybank Islamic berhak untuk mengganti Hadiah tersebut dengan item lain yang mempunyai nilai yang sama mengikut budi bicara kami serta bergantung kepada ketersediaan stok.
12. Kesemua Pemenang akan diumumkan oleh Maybank Islamic melalui Maybank2u (www.maybank2u.com.my). Adalah menjadi tanggungjawab setiap pemenang untuk menyemak laman web Maybank2u. Oleh itu, sebarang Hadiah-hadiah yang tidak dituntut oleh pemenang-pemenang dalam tempoh tiga (3) bulan daripada tarikh pengumuman, Hadiah- hadiah tersebut akan dianggap sebagai terbatal dan sebarang bantahan/rayuan oleh pemenang tidak akan dilayan sama sekali.
13. Maybank Islamic bukan merupakan pembekal Hadiah Utama dan oleh itu tiada jaminan atau perlambangan kepada kualiti, kebolehdagangan dan/atau kesesuaian untuk tujuan pemberian Hadiah dan tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kecacatan atau sebarang kerugian atau kerosakan lain yang mungkin dialami berkaitan dengan Hadiah Utama.
Sebarang pertikaian berkenaan Hadiah yang diberikan oleh pembekal haruslah diselesaikan secara langsung di-antara Pelanggan Yang Layak dan pembekal.
14. Gambar-gambar Hadiah yang diilustrasikan (jika ada) dalam iklan, promosi dan bahan-bahan publisiti lain berkaitan dengan Kempen ini, adalah untuk tujuan rujukan sahaja dan spesifikasi Hadiah mungkin berbeza.
Terma dan Syarat Am
15. Maybank Islamic tidak akan bertanggungjawab atau bertanggungan berkaitan dengan apa jua kegagalan teknikal, campur tangan, gangguan dan/atau kesilapan elektronik atau manusia dalam pentadbiran dan/atau pemprosesan urus niaga yang dijalankan melalui aplikasi Maybank2u (M2U), Maybank2uBiz (M2UBiz), Maybank2uBiz (M2UBiz) Pembayaran Pukal, Maybank2u Biz (M2UBiz) Pindahan tunggal, Sistem Kredit Auto Maybank (MAS) dan Maybank2E Sistem Pengurusan Tunai Wilayah (M2E) RCMS, dengan syarat hal ini tidak berpunca daripada Maybank Islamic.
16. Maybank Islamic berhak untuk menarik balik, membatalkan, menggantung, melanjutkan, atau menamatkan Kempen ini lebih awal secara keseluruhannya atau sebahagiannya dan berhak mengubah dari mana-mana Terma dan Syarat ini, dari masa ke masa dengan memberi notis sekurang-kurangnya minimum dua puluh satu (21) hari kalendar sebelum tarikh kuat kuasa pelaksanaan. Pemberitahuan berkenaan akan dilaksanakan melalui laman web Maybank2u (www.maybank2u.com.my) dan/atau melalui kaedah komunikasi lain yang dianggap sesuai oleh Maybank Islamic. Pelanggan Yang Layak bertanggungjawab untuk mengambil tahu atau mendapatkan mana-mana notis tersebut yang disiarkan secara sah.
17. Untuk mengelakkan keraguan, sebarang pindaan, pemendekkan, pembatalan, penggantungan atau penamatan Kempen ini oleh Maybank Islamic tidak akan melayakkan mana-mana Pelanggan Yang Layak atau mana-mana orang lain jua kepada sebarang tuntutan atau pampasan terhadap Maybank Islamic bagi sebarang kerugian atau kerosakan yang ditanggung atau dialami sebagai akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada sebarang pindaan, pemendekkan, pembatalan, penggantungan atau penamatan.
TERMA DAN SYARAT KEMPEN PAYROLL4U FY2022
18. Maybank Islamic dan pegawai, pengkhidmat, pekerja, wakil dan/atau ejennya (termasuk tanpa had, mana-mana penyedia perkhidmatan pihak ketiga yang dilantik oleh Maybank/Maybank Islamic bagi tujuan Kempen ini) tidak akan bertanggungan terhadap Pelanggan Yang Layak dalam Kempen ini bagi apa-apa kerugian atau kerosakan secara langsung, tidak langsung, khas atau turutan (termasuk tetapi tidak terhad kepada kehilangan pendapatan, keuntungan atau nama baik) yang timbul daripada atau berhubung dengan Kempen ini melainkan disebabkan oleh apa-apa kecuaian atau peninggalan melampau oleh Maybank Islamic.
19. Maybank Islamic tidak akan bertanggungjawab dan/atau bertanggungan terhadap apa-apa kerugian yang ditanggung oleh Pelanggan Yang Layak yang disebabkan secara langsung, atau tidak langsung oleh penyertaan Pelanggan yang Layak dalam Kempen ini atau selainnya.
Selain itu, Maybank Islamic tidak akan bertanggungan terhadap apa-apa kemungkiran obligasinya di bawah Kempen ini yang disebabkan oleh peristiwa ‘force majeure’ yang termasuk tetapi tidak terhad kepada bencana alam, peperangan, rusuhan, sekatan masuk, tindakan industri, kebakaran, banjir, kemarau, ribut, atau apa-apa kejadian yang di luar kawalan yang munasabah oleh Maybank Islamic.
20. Terma dan Syarat hendaklah dikawal oleh undang-undang Malaysia dan tertakluk kepada bidang kuasa eksklusif Mahkamah di Malaysia.
21. Maybank Islamic berhak mengikut budi bicaranya untuk melucutkan/membatalkan/menolak kelayakan mana-mana Pelanggan Yang Layak yang tidak mematuhi Terma dan Syarat dan/atau didapati atau disyaki mengganggu Kempen ini dan/atau proses atau pengendalian Kempen ini. Gangguan merangkumi aktiviti fraud yang melibatkan apa-apa tindakan dusta dan/atau perdayaan dan/atau penipuan berkaitan dengan Kempen.
22. Sebarang pindaan (dari mana-mana Terma dan Syarat) adalah terikat dan terpakai ke atas Pelanggan Yang Layak (melalui sebarang pemberitahuan yang dipaparkan di laman web Maybank2u). Pelanggan Yang Layak dialu-alukan untuk meminta penjelasan daripada Maybank Islamic sekiranya mana-mana Terma dan Syarat tidak difahami sepenuhnya.
23. Dengan menyertai Kempen ini, Pelanggan Yang Layak bersetuju dan mengizinkan untuk membenarkan data peribadinya dikumpul, diproses dan digunakan oleh oleh Maybank Islamic menurut Notis Privasi Kumpulan Maybank, yang boleh disemak di www.maybank2u.com.my (“Notis Privasi Kumpulan Maybank”).
TERMA DAN SYARAT KEMPEN PAYROLL4U FY2022
24. Sebagai tambahan, dan tanpa menyentuh terma dalam Notis Privasi Kumpulan Maybank, Pelanggan yang Layak bersetuju dan mengizinkan data peribadi atau maklumatnya dikumpul, diproses dan digunakan oleh Maybank Islamic untuk:
i) tujuan Kempen ini; dan
ii) aktiviti pemasaran dan promosi yang dijalankan oleh Maybank Islamic, termasuk tetapi tidak terhad kepada apa-apa bentuk media dan bahan pengiklanan atau publisiti, seperti rakaman audio dan/atau visual yang disiarkan melalui akhbar, rangkaian televisyen, stesen radio atau media dalam talian dan media digital serta dalam Internet.
iii) Aktiviti pemasaran dan promosi, termasuk tetapi tidak terhad kepada penggunaan dan/atau penerbitan apa-apa butiran yang diberikan dan/atau berhubung dengan penyertaan, bahan temu bual, serta respons dan gambar foto yang berkaitan. Dalam hal ini, setiap Pelanggan Yang Layak bersetuju untuk bekerjasama dan menyertai semua aktiviti pengiklanan dan publisiti Maybank Islamic yang berkaitan dengan Kempen ini.
25. Untuk maklumat, pertanyaan, maklum balas, dan/atau aduan berkaitan dengan Kempen ini, sila hubungi talian Khidmat Pelanggan Maybank di talian 1 300 88 6688 atau +603 7844 3696.
Sebagai alternative untuk mendapatkan maklum balas dan/atau aduan, Pelanggan Yang Layak boleh memilih untuk menghantar e-mel kepada Maybank Islamic melalui borang maklum balas yang terdapat di laman web Maybank2u (www.maybank2u.com.my).
26. Sekiranya terdapat apa-apa ketaktekalan Terma dan Syarat antara versi Bahasa Inggeris dengan Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris hendaklah digunakan.