• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pembangunan Pembelajaran Berasaskan Masalah untuk Projek Pelajar Tahun Akhir di Politeknik: Kawalan Mesin Rumput Melalui Bluetooth.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Pembangunan Pembelajaran Berasaskan Masalah untuk Projek Pelajar Tahun Akhir di Politeknik: Kawalan Mesin Rumput Melalui Bluetooth."

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

__________

* Corresponding author. Tel.: +60125160557; Fax: +60-5455540.

E-mail address: mdzizan@gmail.com

Pembangunan Pembelajaran Berasaskan Masalah untuk Projek Pelajar Tahun Akhir di Politeknik:

Kawalan Mesin Rumput Melalui Bluetooth.

Mohamad Azizan Bin Kamaruddin

a

, Adi Firdaus Bin Hat

b

, Muhammad Arieef Bin Hussain

c

aJabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Ungku Omar, Malaysia

bJabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Ungku Omar, Malaysia

c Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Ungku Omar, Malaysia

Abstract: Pembangunan projek ini adalah bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar berkenaan aplikasi teknologi terbaharu berkaitan bidang robotik. Ianya seiring dengan pembangunan revolusi industri 4.0 di mana pelajar jurusan kejuruteraan mekanikal perlu menguasai ilmu instrumen dan perisian sebagai ilmu tambahan untuk menukar jentera pengawalan mekanikal kepada pengawalan secara robotik. Rujuk silang berbeza ilmu pengetahuan di luar konteks silibus kini merupakan keperluan utama untuk melengkapkan diri pelajar pada era revolusi industri 4.0. Kaedah pembelajaran berasaskan masalah (PBM) merupakan medium utama ke arah pembangunan pemikiran kritis pelajar dan lebih penting ialah pembelajaran merentasi pelbagai disiplin ilmu dan kemahiran. Adaptasi model - model keadah pembelajaran berasaskan masalah ternyata amat membantu pelajar-pelajar menghasilkan inovasi produk yang merangkumkan kepelbagaian ilmu pengetahuan dan kemahiran.

Secara tidak langsung kemahiran soft skill pelajar dapat dibentuk melalui sifat -sifat ketrampilan, kebertanggungjawaban dan keberanian untuk menyuarakan pandangan serta idea di samping sifat toleransi sesama ahli kumpulan dalam menerima pendapat yang pelbagai. Aplikasi serta pengamalan kaedah ini amat bertepatan sekali dengan konsep pembelajaran sepanjang hayat yang telah lama dijadikan sebagai prinsip pengajian di Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia. Terhasilnya produk inovasi ini membuktikan bahawa pelajar berkemampuan untuk melaksanakan pembelajaran secara kendiri dengan panduan dan penyeliaan secara minima daripada pensyarah.

Kata Kunci: Pembelajaran Berasaskan Masalah, Pembelajaran kendiri, Inovasi.

1. PENDAHULUAN

Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) secara ringkasnya dapat didefinisikan sebagai kaedah instruksional yang menggerakkan pelajar belajar dengan mencipta satu kehendak untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang sahih.

Sepanjang proses penyelesaian berlangsung, pelajar akan membina pengetahuan dan meningkatkan kemahiran menyelesaikan masalah termasuk kemahiran pembelajaran kendiri di dalam mencari solusi kepada masalah tersebut (Hung et.al, 2008).

Phungsuk et.al. (2017) menyatakan bahawa, PBM merupakan satu kaedah pedagogi yang berpusatkan kepada pelajar mengenai sesuatu subjek di mana

mereka berusaha untuk mencari penyelesaian kepada satu masalah yang terbuka. Kaedah pembelajaran berasaskan masalah kemungkinan merupakan kaedah pedagogi paling inovatif pernah dilaksanakan di dalam pendidikan.

Keberkesanannya di dalam membantu penyelesaian masalah pelajar dan pembelajaran kendiri telah dilaporkan secara meluas di dalam pengajian perubatan (Barrows dan Tamblyn, 1980; Schmidt, 1983). Pembelajaran berasaskan masalah juga sangat popular merentasi disiplin di peringkat pengajian tinggi (Barrows, 2000; Dochy et.al; 2003;

Gallagher et.al, 1992; Hmelo-Silver, 2004; Hmelo et.al, 2000; Torp dan Sage,2002; Williams dan Hmelo, 1998). Semenjak ia mula diperkenalkan

(2)

beberapa dekad lalu, PBM menjadi kaedah pengajaran prominen di sekolah perubatan dan program berkaitan sains kesihatan di seluruh dunia termasuk Amerika Utara, Belanda, England, Jerman, Australia, New Zealand dan India (Hung et.al.,2008).PBM telah diaplikasikan secara global di pelbagai di sekolah professional (Boud dan Feletti, 1991; Gijselaers et.al., 1995; Wilkerson dan Gijselaers, 1996) seperti senibina (Donaldson, 1989;

Maitland., 1998), kejururawatan (Hmelo, 1998) dan pengajian kejuruteraan (Cawley, 1989) serta lain- lain bidang professional.

Projek pelajar tahun akhir adalah salah satu aktiviti yang dijalankan oleh Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Ungku Omar di mana setiap pelajar yang berada pada semester lima perlu menyediakan satu kajian ataupun produk bertemakan inovasi. Medium ini adalah merangkumi bidang kepakaran masing-masing. Bagi mengikuti perkembangan teknologi terkini, Unit Projek Jabatan Kejuruteraan Mekanikal telah menetapkan beberapa tema bagi projek pelajar sebagai sebagai salah satu kriteria yang perlu dipenuhi. Antara salah satu kriteria yang ditetapkan adalah pelajar perlu mengaplikasikan teknologi berkaitan revolusi industri 4.0.

Seiring dengan itu, projek berkaitan pembelajaran berasaskan masalah diadaptasikan dalam pemilihan tajuk projek pelajar sebagai salah satu garis panduan untuk pemilihan tajuk projek. Melalui kaedah ini pelajar dapat mengenal pasti masalah yang timbul dalam kehidupan harian mereka dengan lebih mudah. Ianya membantu pelajar oleh kerana kebanyakan pelajar yang berada pada semester lima politeknik belum mendapat pendedahan dalam industri.

Sejarah pembelajaran berasaskan masalah bermula di Universiti McMaster di mana ia digambarkan sebagai satu pendekatan pedagogi yang menggunakan kes-kes dan masalah yang ada sebagai asas untuk mendapatkan objektif pembelajaran yang diinginkan (Walsh. 2005). Zieber P. (2006), menerangkan dapatan beliau bahawa pembelajaran berasaskan masalah adalah salah satu kurikulum dan instruksional yang memastikan pelajar untuk bekerja secara kolaboratif dalam satu kumpulan mengandungi 5 hingga 10 orang pelajar untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dalam dunia sebenar. Beliau juga menyatakan pelajar perlu menghayati secara mendalam masalah yang dihadapi, pelajar juga menentukan apa yang mereka tahu dan menentukan apakah kemahiran

yang mereka ada untuk menguruskan situasi yang dihadapi secara efektif.

Selari dengan kaedah pendidikan terkini, kaedah ini digunakai pada projek pelajar semester akhir di mana pelajar Politeknik Ungku Omar boleh memilih masalah yang ditemui dan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang mereka ada berkaitan bidang mekanikal. Ianya diangap sesuai bagi mengelakkan pelajar dibebankan kerana akses terhadap masalah di sekeliling lebih mudah di dapati berbanding masalah yang terdapat di industri di sebabkan kekangan pergerakkan pelajar dan kerja sama dengan industri yang memakan masa lebih lama untuk dijalankan.

2. RASIONAL

Pembangunan projek ini sesuai diadaptasi dalam projek akhir pelajar disebabkan oleh beberapa perkara. Kaedah ini dapat mencapai objektif subjek Projek 1 dan Projek 2 di mana pelajar perlu menunjukkan kaedah penyelesaian yang sesuai dan kreatif bagi masalah yang dihadapi, pelajar juga perlu merancang pelan yang sesuai untuk mencapai objektif projek masing-masing dan pelajar boleh menerangkan kerja yang dilakukan dan menjawab soalan yang diajukan (Silibus DJJ 50193, 2019).

Fakta ini disokong oleh Barrows dan Tamblyn, (1980), yang menyatakan “apabila kita menyelesaikan masalah yang kita hadapi setiap hari, pembelajaran akan berlaku”. Fenomena ini berlaku kerana, ontologi pelajar itu sendiri yang mewakili pemahaman mereka (Hung et.al, 2008).

Projek ini juga dapat mengatasi masalah yang dihadapi oleh pelajar seperti kekangan kewangan.

Dengan mengadaptasi masalah di sekeliling, kos bagi pembangunan projek pelajar dapat dikurangkan berbanding kos projek lain yang berasaskan masalah di industri. Penggunaan alatan ataupun bahan yang sedia ada di politeknik secara tidak langsung memberikan penjimatan kepada pelajar. Pelajar hanya perlu mengaplikasikan inovasi terhadap produk yang sedia ada dengan penambahan komponen yang minimum bagi memperbaharui produk tersebut.

Walaupun dengan menggunakan produk asas seperti penggunaan mesin rumput sebagai kajian kes, pelajar dapat menggunakan ilmu serta pengetahuan berkenaan teknologi terkini (robotik) dalam membina projek inovasi mereka. Hasil kerja pelajar yang menggunapakai bahan yang sedia ada juga dianggap sebagai satu cara pelajar berfikir secara kreatif bagi mengurangkan kos perbelanjaan mereka untuk mencapai objektif subjek ini.

(3)

Penggunaan alatan elektronik yang sedia ada di pasaran juga membantu pelajar mengurangkan masa menunggu sekaligus melancarkan proses pembangunan produk.

3. METODOLOGI

Hung et.al. (2008) menyatakan, kebiasaanya proses pembelajaran berasaskan PBM dilaksanakan berdasarkan langkah-langkah berikut;

• Pelajar didalam kumpulan berlima atau berlapan di berikan cabaran melalui satu penyataan masalah. Mereka dikehendaki untuk mendefinisikan masalah tersebut dengan mengesetkan matlamat pembelajaran dengan mengenalpasti apa pengetahuan yang telah diperolehi, apa hipotesis dan sangkaan yang boleh mereka fikirkan, apa yang perlu mereka pelajari di dalam memperolehi kefahaman dimensi masalah tersebut dan apa aktiviti pembelajaran yang diperlukan serta siapa yang akan melaksanakannya.

• Semasa proses pembelajaran kendiri, pelajar perlu menyelesaikan tugasan pembelajaran mereka. Mereka mengumpul dan mengkaji sumber pengetahuan yang diperolehi dan menyiapkan laporan kepada ahli kumpulan.

• Pelajar berkongsi hasil pembelajaran mereka bersama ahli kumpulan dan meneliti kembali masalah itu bersama- sama, membina hipotesis tambahan dan menyingkirkan maklumat tidak berkaitan berdasarkan pembelajaran mereka.

• Di penghujung tempoh pembelajaran, pelajar akan merumuskan dan mengintergrasikan apa yang telah pelajari.

Bagi membolehkan pelajar menjadi seorang penyelesai masalah yang efektif, pelajar itu perlu mempunyai kemahiran analitikal, pemikiran kreatif dan metakognitif (Hung et.al. 2008). Newell dan Simon, (1972) berkata, penilaian maklumat melibatkan kemahiran pemikiran kritis dan refleksi kepada penyelesaian masalah memerlukan kemahiran metakognitif. Drummond-Young dan Mohide (2001) telah menyenaraikan lapan (8) langkah kitaran penyelesaian masalah dalam bidang pembelajaran kejururawatan. (1) Mengkaji

jangkaan hasil pembelajaran, (2) menentukan isi kandungan, (3) menentukan keutamaan isu kesihatan dan bangunkan masalah, (4) bangunkan bahan-bahan tambahan, (5) dapatkan hasil penilaian maklum balas, (6) ujipandu masalah, (7) ulangkaji dan kemaskini masalah dan (8) intergrasikan masalah tersebut dalam kurikulum.

Phungsuk et.al. (2017) memetik Hung (2006) yang memperkenalkan kaedah 3C3R iaitu sebuah kerangka konseptual di dalam mereka bentuk masalah di dalam PBM.

Rajah 3.1 menerangkan hubung kait setiap elemen masalah yang boleh dibina dalam penyelesaian PBM. Antara kaedah pelaksanaan PBM yang dicadangkan oleh Nurtanto et.el.

(2020), ialah susunan carta alir mudah yang menggambarkan proses pembelajaran PBM itu sendiri. Proses ini merupakan kaedah timbal balik yang menghubungkait setiap elemen maklumat dan pembelajaran itu secara terus menerus dan saling berkaitan.

Gambarajah 3.1: Kerangka Model Konseptual 3C3R oleh Hung (2006)

Gambarajah 3.2: Model pembelajaran PBM.

Nurtanto et.al. (2020).

Maka bagi tujuan pelaksanaan projek pelajar ini, secara amnya kesemua model-model ini digunakan pakai dan dipraktikkan dan disesuaikan dengan situasi dan ruang lingkup pengajian kejuruteraan Mekanikal.

(4)

3.1 Mengenalpasti Masalah

Proses mengenal pasti masalah dijalankan melalui perbincangan pelajar bersama pensyarah mengenai keperluan yang ada untuk menghasilkan produk yang ingin diinovasikan.

Gallgher et.al (1992), menegaskan meningkatkan kemahiran penyelesaian masalah adalah satu kemestian di dalam PBM. Selain itu, objektif dan skop projek ditetapkan sebagai garis panduan kepada pelajar dalam menjalankan projek. Buku Panduan Projek Pelajar (2016) menyatakan penyataan masalah merujuk kepada sesuatu isu/

masalah yang memerlukan penyelesaian berpandukan latar belakang kajian. Ia menghuraikan masalah yang ingin diatasi serta sumbangan dapatan kajian untuk menyelesaikan masalah tersebut sama ada secara menyeluruh atau sebahagiannya.

3.2 Mengenalpasti Proses Aliran Litar Mesin Rumput Kawalan Melalui Bluetooth.

Proses mengenal pasti litar kawalan dimulakan dengan memahami konsep mekanisma aplikasi kawalan berasaskan Android. Sasmal A. et al.

(2015) menerangkan secara umumnya aplikasi android mempunyai keupayaan untuk mengawal sebarang bentuk alatan elektrik tanpa menggunakan wayar melalui Bluetooth.

Mekanisma kawalannya berpusat kepada proses putus dan sambung litar kepada alatan elektrik.

Ianya menekankan pembentukan litar kawalan secara maya untuk memberi pengalaman kepada pengguna sepertimana mereka menghidupkan dan mematikan alatan elektrik. Mekanisma ini dapat diringkaskan seperti gambarajah 3.3.

Gambarajah 3.3: Mekanisma Kawalan

Menggunakan Perisian Android. Sasmal A. et.al.

(2015)

Melalui mekanisma kawalan ini, dapat difahami bahawa peranti Android memancarkan algoritma

tertentu dan diterima oleh modul Bluetooth.

Seterusnya aturan kerja dihantar kepada peranti kawalan dan disampaikan kepada alatan elektrik.

Cabaran yang diberikan kepada pelajar adalah untuk menghasilkan modul kawalan yang mengandungi peranti elektronik bagi menjalankan penggerak seterusnya mengoperasikan mesin rumput secara kawalan jauh. Penyambungan setiap modul haruslah menepati piawaian yang ditetapkan bagi memastikan sistem kawalan dapat beroperasi dengan baik. Pemilihan setiap geganti juga perlu mengikuti spesifikasi yang tepat memandangkan terdapat pelbagai jenis modul di pasaran dengan kapasiti yang berbeza bergantung kepada beban yang ditanggung.

3.3 Modul Bluetooth

Modul Bluetooth adalah satu peranti yang membolehkan litar kawalan menerima arahan daripada telefon bimbit pengguna. Ianya penting sebagai perantaraan antara pengguna dan mesin rumput kawalan jauh. Pelajar telah memilih untuk menggunakan modul Bluetooth model HC- 06. Pemilihan peranti ini adalah berdasarkan cara yang mudah untuk menghasilkan hubungan Bluetooth dengan telefon bimbit tanpa menggunakan wayar. Ianya mempunyai keupayaan untuk mengubah ruang modulasi antara 2Mbps hingga 3 Mbps dan dibina bersama 2.4GHz antena di mana pengguna tidak perlu untuk menggunakan antena tambahan pada peranti. Gambarajah 3.4 menunjukkan model HC-06 modul Bluetooth yang digunakan.

Gambarajah 3.4: Modul Bluetooth HC-06.

3.4 Modul Kawalan.

Modul kawalan berfungsi sebagai pusat pengumpulan dan penghantaran data yang diterima dan dihantar. Piyare R. & Tazil M.

(2011) menerangkan bahawa modul kawalan yang digunakan dalam mekanisma kawalan jenis ini perlu mempunyai kemampuan untuk menjalinkan hubungan secara terus dengan telefon mudah alih melalui Bluetooth dan ia

(5)

akan mengawal dengan cara memberi denyutan arahan kepada suis peranti mikro. Modul kawalan ini juga boleh diaturcara secara jauh tanpa menggunakan sebarang wayar.

Arahan kerja yang diterima melalui telefon bimbit akan dikumpulkan dan dihantar kepada modul kawalan yang akan beroperasi mengikut tetapan yang disediakan. Peranti kawalan Arduino Uno telah dipilih oleh pelajar bagi menjalankan tugas kawalan sistem. Peranti ini adalah sejenis alat kawalan mikro berkapasiti ATmega328 (datasheet). Ianya mempunyai 14 digital pin masukan/keluaran di mana 6 pin boleh digunakan sebagai keluaran PWM. Punca kuasa peranti ini boleh menggunakan 12V bateri.

Gambarajah 3.5 menunjukkan contoh peranti Adruino UNO yang digunakan.

Gambarajah 3.5: Peranti Aduino UNO.

3.5 Modul Geganti

Menurut Swain M. K. et.al. (2017) peranti geganti membolehkan pengguna untuk menyambung atau memutuskan litar menggunakan beza upaya mahupun arus elektrik yang lebih besar daripada kapasiti yang boleh ditanggung oleh peranti Adruino. Geganti menyediakan pengasingan antara litar voltan rendah pada bahagian Adruino dan litar voltan tinggi yang mengawal penggerak. Projek ini menggunakan peranti berkapasiti 5V 2-saluran.

Setiap saluran pada papan antara muka ini memerlukan arus masukan sebanyak 12 hingga 20mA untuk beroperasi. Penggunaannya membolehkan pengguna mengguna pelbagai peralatan yang menggunakan arus tinggi. Ia dilengkapi dengan geganti arus tinggi yang boleh beroperasi pada arus terus 250V dengan kadar alir 10A ataupun arus terus 30V dengan kadar alir 10A.

Alat ini mempunyai pemuka standard yang boleh dikawal secara terus oleh pengawal mikro.

Gambarajah 3.6 menunjukkan peranti modul geganti yang digunakan.

Gambarajah 3.6: Modul Geganti 2 saluran 5V.

3.6 Proses Pemasangan dan Pembangunan Produk.

Setelah proses pemilihan peranti, proses pemasangan pada mesin rumput dijalankan.

Penambahan komponen elektronik dan mekanikal pada produk sedia ada adalah berdasarkan beban yang ditanggung semasa pengoperasian dan juga faktor pengurangan kos dititikberatkan.

Penggunaan bahan kitar semula digalakkan kepada pelajar. Setelah proses pemasangan selesai, tumpuan diberikan kepada proses pengekodan pada modul kawalan.

4. TETAPAN ARAHAN DAN UJI PANDU

Proses seterusnya melibatkan penetapan kod pada perisian dan memastikan kod yang dihasilkan mencapai makna arahan. Ianya dapat diketahui dengan melihat pada tindak balas peranti setelah kod dimasukan. Kemudian uji pandu dilakukan untuk memastikan setiap komponen mekanikal dapat bergerak dan tiada sebarang konflik yang berlaku. Akhir sekali ujian operasi dilakukan untuk menguji keberkesanan produk dalam melakukan kerja.

4.1 Pengekodan Pada Modul Kawalan Adruino Uno

Proses pengekodan dijalankan menggunakan perisian Adruino Software (IDE) di mana ia adalah perisian dari sumber terbuka yang boleh didapati secara percuma, perisian ini mampu menulis kod dan memuatnaik kod tersebut pada modul kawalan.

Ia boleh diakses menggunakan Windows, Mac OS X dan Linux. Persekitaran kod ditulis menggunakan skrip Java dan pemprosesan kod boleh dilakukan oleh semua jenis perisian sumber terbuka yang ada.

Perisian IDE ini juga boleh digunakan pada semua jenis papan kawalan Adruino. Contoh kod yang dihasilkan bagi pengoperasian produk ditunjukkan pada gambarajah 4.1.

(6)

Gambarajah 4.1: Contoh kod operasi Adruino Uno.

4.2 Penetapan Aplikasi Andriod

Tujuan penetapan pada aplikasi Android adalah untuk mengawal produk secara tanpa wayar dengan cara mewujudkan papan pemuka pada telefon bimbit sebagai alat kawalan. Aplikasi ini boleh dimuat turun melalui Google Play secara percuma. Tanpa perisian ini, modul kawalan tidak dapat mengenal pasti sumber arahan yang hendak diterima.

4.3 Ujipandu Produk

Ujipandu dilakukan untuk mengetahui prestasi setiap komponen dan keberkesanan kod yang ditetapkan. Ujian pada litar elektronik dijalankan bagi memasti setiap pendawaian adalah betul dan pemacu boleh beroperasi dengan kuasa yang diberikan oleh bateri. Pada proses penetapan kod, setiap pemacu diberikan nama yang berlainan untuk memudahkan proses pengekodan.

Percubaan pertama adalah dengan memberi arahan dengan menggunakan perisian Andriod pada telefon bimbit dan melihat tindak balas pada setiap pemacu. Setelah dipastikan setiap kod yang ditetapkan dengan betul dan pemacu boleh beroperasi dengan baik, ujian dilakukan bagi memastikan keberkesanan mesin rumput menjalankan kerja. Hasil ujian mendapati mesin pemotong rumput dapat beroperasi dengan baik dengan meninggalkan potongan pada rumput sebanyak 2 inci.

Ujian jarak perhubungan antara telefon bimbit dengan mesin pemotong rumput mendapati ia mampu menjangkau sehingga 50 meter radius.

Pergerakkan yang mampu dikawal adalah pergerakkan ke hadapan, belakang, kiri dan kanan.

Manakala halaju mesin rumput tidak dapat dikawal berikutan kapasiti modul geganti yang tidak dapat mengawal jumlah arus yang dihantar kepada motor elektrik. Penggunaan aplikasi Andriod juga membolehkan mesin pemotong rumput dapat dikawal oleh telefon bimbit yang berlainan setelah penyelarasan pada perisian dan modul kawalan dilakukan. Gambarajah 4.2 menunjukkan produk mesin rumput yang telah dihasilkan.

Gambarajah 4.2: Mesin Rumput Kawalan Bluetooth.

5. KESIMPULAN

Kesimpulan yang dapat diambil daripada pembangunan pembelajaran berdasarkan masalah ini adalah pelajar mampu untuk menghasilkan inovasi menggunakan teknologi yang terkini walaupun untuk menyelesaikan masalah di sekeliling mereka. Amalan atau cara pembelajaran yang merentas ruang lingkup silibus yang diajar membolehkan mereka menerokai cabang ilmu baru.

Ini bersesuaian dengan penyataan oleh Hung et.al.

(2008), PBM mampu memberikan impak positif dalam membina keupayaan pelajar mengaplikasikan pengetahuan asas kepada multi disiplin di dalam menyelesaikan masalah dalam situasi sebenar mahupon situasi professional. Ini pastinya memerlukan satu kaedah pembelajaran yang mampu menggerakkan pelajar untuk mencari dan menerobos pengetahuan secara kemahuan mandiri.

Penggunaan peralatan seperti modul kawalan Adruino Uno dan modul kawalan geganti sebelum ini hanya difokuskan kepada penyelesaian masalah berkaitan industri yang sukar difahami oleh pelajar kerana pendedahan yang kurang pada alam pekerjaan. Dengan adanya projek ini sebagai contoh, ia dapat membuka mata pelajar bahawa penggunaan peralatan seperti ini tidak semestinya

(7)

tertumpu kepada sektor industri. Lebih banyak penggunaan teknologi robotik yang dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian mereka.

Ternyata hasil penyelidikan daripada pelajar menunjukkan bahawa teknologi terkini boleh diperolehi pelajar dengan menggunakan kaedah pembelajaran kendiri dengan panduan daripada pensyarah masing-masing. Ianya mencapai salah satu objektif yang ditetapkan pada subjek Projek 2 ini. Kaedah cuba jaya juga digunakan oleh pelajar semasa proses pendawaian dan pemasangan alat.

Ini menunjukkan dengan pengetahuan yang asas pada teknologi ini, pelajar dapat mengembangkan lagi ilmu dan kemahiran semasa menjalankan projek.

Penggunaan bahan terpakai juga mampu membangunkan daya kretiviti pelajar disamping menjimatkan kos. Kaedah ini bertepatan dengan prinsip pembangunan secara mampan di mana pelajar mampu memberi nafas baru pada bahan- bahan terpakai. Namun, setiap pemilihan bahan haruslah dipantau untuk memastikan ciri-ciri keselamatan dapat dicapai dan tidak membahayakan pelajar terutama pada bahagian mekanikal yang bergerak. Ianya dapat dilakukan dengan pemantauan secara berkala oleh pensyarah.

Hasil pengujian prototaip menunjukkan mesin pemotong rumput ini dapat dikawal pada jarak 50 meter radius dan menghasilkan pemotongan rumput setinggi 2 inci. Mesin ini juga mampu dikawal pergerakkannya dengan empat cara iaitu arah hadapan, belakang, kiri dan kanan.

Pemasangan pendawaian pada setiap modul memerlukan pengetahuan asas bagi memastikan sistem yang dihasilkan dapat berjalan dengan baik.

Proses pengekodan juga lebih mudah dilakukan dan difahami dengan adanya perisian dari sumber terbuka yang boleh didapati secara percuma.

6. RUJUKAN

Barrows, H.S and Tamblyn, R.M. (1980). Problem Based Learning: An Approach to Medical Education. New York: Springer.

Barrows, H.S. (2000). Problem-Based Learning Applied to Medical Education. Springfield, IL:

Southern Illinois University School of Medicine.

Buku Panduan Projek Pelajar (Program Diploma) (2016). Politeknik Malaysia, Kementerian Pendidikan Tinggi.

Boud, D and Feletti, G., Eds. (1991). The Challenge of Problem-based Learning. New York: St.Martins’s Press.

Cawley, P. (1998). The introduction ofa problem- based option into a conventional engineering degree course. Stud.higher Educ., 14, 83-95.

Dochy, F., Segers, M. Van Den Bossche, P. and Gijbels, D. (2003). Effects on problem-based learning: a meta-analysis. Learn.Instruct. 13, 533-568.

Donaldson, R. (1989). A good start in architecture.

In Problem-Based Learning: The Newcastle Worksyop, edited by B. Willis, pp.44-53.

Newcastle, Australia: University of Newcastle.

Drummond-Young, M. and Mohide, E.A. (2001).

Developing problems for use in problem- based learning. In Transforming Nursing Education Through Problem-Based Learning.

Edited by E.Rideout, pp.165-191. Boston, MA: Jones and Bartlett.

Em M. Pijl Zieber (2006). History, Philosophy and Critiscsms of Problem Based Learning in Adult Education. Univesity of Calgary.

Hung W. (2006). The 3C3R model: A Conceptual Framework for designing problems in PBL.

Interdisp. J. Problem-Based Learn. 1(1), 55- 77.

Hung W., David H. Jonasen & R.Liu (2008).

Handbook of Research on Educational Communication and Technology; Problem Based; Problem Based

Learning. Routledge Handbooks Online. eBook ISBN: 9780203880869

Gallagher, S.A., Stepien, W.J, and Rosenthal, H.

(1992). The effects of problem-based learning on problem solving. Gifted Child Q., 36(4), 195-200.

Gijselaers, W.H., Templaar, D.T., Keizer, P.K., Blommaert, J.M., Bernard, E.M. and Kasper, H., Eds. (1995). Educational Innovation in Economics and Business Administration: The Case of Problem-Based Learning. Norwell, MA: Kluwer.

Gunupur, Odisha, India. International journal of Application or Innovation in Engineering &

Management (IJAIEM) Vol 6. Issue 2 ISSN: 2319- 4847.

Hmelo, C.E. (1998). Problem-based learning: effect on the early acquisition of cognitive skill in medicine. J.Learn. Sci., 7(2), 173-208.

Hmelo, C.E., Holton, D.L., and kolodner, J.L. (2000).

Designing to leraning about complex systems.

J.Learn. Sci., 9, 247-298.

(8)

Hmelo-Silver, C.E. (2004). Problem-based learning:

what and how do students learn? Educ.

Physchol. Rev., 16(3), 235-266.

Maitland, B. (1998). Problem-based learning for an architecture degree. In The Challenge of problem-Based Learning, 2nd ed., edited by D.Boud and G. Felletti, pp211-217. London:

Kogan Page.

Newell, A. and Simon, H.A. (1972). Human Problem Solving. Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall.

Nurtanto M., Fawaid M. and Sofyan H. (2020).

Problem Based Learning (PBL) in Industry 4.0:

Improving Learning Quality through Character- Bsed Literacy Learning and Life Career Skill (LL- LCS). J.Phys.: Conf.Ser.1573(2020)012006.

Phungsuk.R, Virijavejakul. C.and Ratanolarn. T., (2017). Development of a problem-based learning model via a virtual learning environment. Kasetart Journal of Social Science.

38 (2017) 297-306.

Piyare R. & Tazil M. (2011). Bluetooth Based Home Automation System Using Cell Phone.

Department of Electrical & Electronics Engineering, Fiji National University.

Sasmal A., Palit A., Majumder A., Bhowmik D, Chanda S. & Bandyopadhyay (2015). Andriod Based Bluetooth Appliance Control Mechanism.

Supreme Knowledge Foundation Group of Institution, Mankundu, West Bengal, India. ISSN:

2230-7109.

Silibus DJJ50193 (2019). Poject 2. Department of Polytechnic and Community College Eeducation, Ministry of Education Malaysia.

Schmidt, H.G. (1983). Problem-based learning:

Rationale and description. Med.Educ. 17, 11-16.

Swain M. K., Mahato S., Verma R. K. & Mahto K. D.

(2017). Home Automation Using Adruino Uno.

Torp, L. and Sage, S. (2002). Problems as possibilities:

Problem-Based Learning for K-12 Education, 2nd Ed., Alexandria, VA: Association for Supervision and Curricullum Development.

Walsh A. (2005). The Tutor in Problem Based Learning: a Novice’s Guide. McMaster University.

Williams, S.M and Hmelo, C.E. (1998). Guest editors’

introduction. J.Learn.Sci, 7(3/4), 256-270.

Wilkerson, L. and Gijselaers, H., Eds. (1996).

Bringing

Problem-Based Learning to Higher Education:

Theory and Practice, New Directions for Teaching

and Learning, No.68. San Franscisco, CA: Jossey- Bass.

Zieber P. (2006). History, Philosophy and Critism of Problem Based Learning in Adult Education.

Referensi

Dokumen terkait

Dari hasil penelitian yang telah dilakukan mengenai isolasi dan uji aktivitas ekstrak kasar enzim lipase dari kecambah biji karet dapat disimpulkan sebagai berikut

Hont Hontrollah k rollah keamana eamanan dari has n dari hasil tulan il tulangan 7a gan 7ang dipak ng dipakai 7an ai 7ang berkai g berkaitan deng tan dengan an momen ren$ana (r

Hal tersebut dapat diketahui berdasarkan hasil analisis data yang menunjukkan bahwa kualitas layanan berpengaruh signifikan positif terhadap kepuasan pelanggan dan kepuasan

Struktur konstruksi desain bangunan penunjang selain kuat juga harus memperhitungkan aspek estetika pada desain fasad dan juga kemudahan dalam penggunaan material teknologi

Pengukuran dan analisis konsentrasi kadar protein dalam larutan dilakukan dengan menggunakan prinsip absorbansi dan transmisi cahaya yang merupakan dasar dalam penentuan

Az AKI Statisztikai Osztályának jelentése szerint Magyarországon végeztek a cukorrépa vetéssel, 15 161 hektáron került répamag a földbe (2014: 15 003 hektár). A reál

Besarnya Pajak Penghasilan yang wajib dibayar sendiri oleh orang pribadi dan badan atau yang dipotong atau dipungut oleh bendaharawan atau pejabat yang berwenang