www.ums.edu.my/fpsk/ +6088-320000
Samb. : 611001/611101 [email protected]
SARJANA MUDA DOKTOR PERUBATAN
BPKP KOD PROGRAM PENGKHUSUSAN
HM00 / UH6721001 Doktor Perubatan
www.ums.edu.my/fpsk/ +6088-320000
Samb. : 611001/611101 [email protected]
MT10104 PEMBANGUNAN DIRI DAN PROFESION PERUBATAN
Kursus ini mendidik pelajar tentang perkembangan perubatan secara umum dan secara khusus di Malaysia. Pelajar akan didedahkan dengan akta perubatan dan etika dalam profesion ini. Mereka akan dilatih tentang sifat - sifat doktor yang baik dan kaedah hubungan doktor-pesakit. Kursus akan menekankan kaedah berkomunikasi yang betul dengan pesakit dan pelanggan perubatan, kaedah kaunseling dan pendidikan kesihatan. Mereka juga perlu dilengkapkan dengan kemahiran pembelajaran kendiri dan bersistem, bekerja dalam kumpulan, menguruskan masa dengan betul, berupaya mengatasi stres, bertutur dengan baik dan diplomasi serta penguasaan ilmu melalui teknologi maklumat. Untuk memahami masyarakat dan pesakit dengan lebih baik maka isu budaya, sensitiviti, perubatan etnik akan dibincangkan.
Pengenalan awal kepada perubatan dan pesakit akan dilaksanakan melalui penguasaan terminologi perubatan, berinteraksi dengan pesakit dan komuniti, memahami peranan sakit (sick-role) dan kemahiran mengendalikan alatan perubatan.
Rujukan
Krug RS. & Cass AR. 1995. Behavioral Sciences. 4th Edition. Springer-Verlag. Tucker P. & Krug RS. 1996. Behavioral Science. USA: Lippincott-Raven Publ.
Wallace PM. & Goldstein JH. 1996. Introduction to Psychology. 4th Edition. McGraw-Hill Education (ISE Editions).
Philipchalk RP. & McConnell JV. 1994. Understanding Human Behavior. 8th Edition. Harcourt College Publisher. Nietzel MT., Bernstein DA, Milich R & Kramer G. 2002. Introduction to Clinical Psychology. 6th Edition. Prentice Hall.
MT10204 PENYIASATAN SAINTIFIK BERASASKAN BUKTI
Kursus ini mendidik pelajar tentang kaedah menjalankan suatu penyiasatan saintifik dengan berasaskan bukti- bukti yang ada. Ini termasuk kaedah membaca dan menilai laporan kesihatan dan jurnal, kaedah membentuk suatu cadangan kajian menggunakan asas statistik dan epidemiologi. Ini termasuk membentuk kemahiran memilih rekabentuk kajian yang betul, mengira sampel kajian, menjalankan kajian, menganalisa dan membuat tafsiran. Seterusnya pelajar perlu menyediakan laporan dan membentangkan hasilnya. Pelajar akan didedahkan dengan penganalisaan data menggunakan SPSS. Aplikasi kajian dalam penyiasatan wabak akan ditunjukkan.
www.ums.edu.my/fpsk/ +6088-320000
Samb. : 611001/611101 [email protected] Rujukan
Gordis L. 2004. Epidemiology. 3rd Edition. WB Saunders.
Ilienfeld DE, Stolley PD, Abraham M. 1994. Foundations of Epidemiology. 3rd Edition. Oxford University Press. McDowell I & Newell C. 1996. Measuring Health: a Guide to rating Scales and Questionnaire. 2nd Edition. Oxford University Press.
Osman Ali. 1997. Kaedah Epidemiologi. DBP.
Md. Idris Mohd Noor.1997. Asas Statistik & Penyelidikan Perubatan. DBP.
Beaglehole R, Bonita R & Kjellström, T. 1993. Basic Epidemiology. 1st Edition. World Health Organisation. Shott S. 1990.
Statistics for Health Professionals. WB Saunders.
MT10302 PEMBANGUNAN PROFESIONAL BERTERUSAN
Kursus Pembangunan Profesional Berterusan bertujuan untuk menyemai satu budaya pembelajaran berterusan dalam menimba ilmu sekaligus menambahkan keyakinan diri dan memperbaiki kemahiran kendiri.
Pembelajaran berterusan dan peningkatan kemahiran adalah merupakan teras pada setiap pengamal perubatan untuk lebih berjaya. Pengetahuan tambahan ini boleh membantu individu tersebut dalam peningkatan kerjaya mereka. Setiap doktor perlu senantiasa berpengetahuan selaras dengan perkembangan terkini dalam kerjanya seharian. Seorang doktor perlu mengambil bahagian dalam aktiviti pendidikan yang mana ia boleh memperkembangkan kompetensi dan persembahanannya dalam melakukan tugasnya seharian. Pembangunan Profesional Berterusan khususnya:
➢ Untuk pencapaian dan mengekalkan sijil dan kelayakan yang dihormati
➢ Untuk menambahbaik pengetahuan dan kemahiran yang sedia ada
➢ Untuk meningkatkan kepuasan berkerja dengan pengetahuan dan kemahiran praktikal yang terkini
➢ Untuk meningkat daya keyakinan dan motivasi.
Rujukan
Davis, D.A., Davis, D., Barnes, B.E., and Fox, R.D. (2003). The Continuing Professional Development of Physicians: From Research to Practice, AMA Bookstore.
While, R., & Attwood, M. (2000). Professional Development: A Guide for General Practice. Blackwell Publishing. Shone,
www.ums.edu.my/fpsk/ +6088-320000
Samb. : 611001/611101 [email protected] A., and Parry, B. (2004). Successful Event Management: A Practical Handbook. 2nd Edition. Cengage
Learning EMEA. Farmer, J.C. (2004). Fundamentals of Disaster Management: A Handbook for Medical Professionals. 2nd Edition. Society of Critical Care Medicine.
Busalacchi, S.J., Flock, S.L., & Kleine, W. (2008). White Coat Wisdom: Extraordinary Doctors Talk About WhatThey Do, How They Got There and Why Medicine Is So Much. More Than a Job. White Coat Wisdom.
MT10402 PROGRAM PERKONGSIAN UNIVERSITI–KELUARGA (PUPUK)
Program ini adalah program perkongsian pelajar dengan keluarga yang berada di kawasan luar Bandar Sabah selama 5 tahun atau sepanjang pengajian doktor perubatan. Dalam tempoh ini, pelajar akan disatukan dalam sebuah keluarga sebagai unit asas dalam komuniti. Para pelajar akan memantau keluarga tersebut dan menghargai peranan keluarga dalam kesejahteraan masyarakat. Pelbagai aspek pengembangan keluarga dapat dikaji sepanjang program ini.
Penilaian ke atas program ini dilakukan berdasarkan laporan tahunan dan laporan presentasi pada penghujung program ini.
MM10102 KEMAHIRAN ASAS KLINIKAL DAN PERTOLONGAN CEMAS
Kursus ini menekankan pembentukan kemahiran dalam melakukan pemeriksaan klinikal yang asas seperti pengukuran tekanan darah, mengukur berat dan tinggi, mengira denyutan jantung dan kadar pernafasan, memeriksa deria dengan alatan yang asas dan sebagainya. Ia juga akan melatih pelajar untuk menjalankan pertolongan cemas yang asas.
Rujukan
Colquhoun MC, Handley AJ & Evans TR. 2004. ABC of Resuscitation. 4th Edition. Bmj Publishing Group. Edwards J & Munro CRW. 1995. Macleod’s Clinical Examination. 9th Edition. WB Saunders.
Swash M. 2002. Hutchinson’s Clinical Methods. 21st Edition. WB Saunders.
Talley NJ & O’Connor S. 2001. Clinical Examination : A Systematic Guide to Physical Diagnosis.Edition. Blackwell Science.
www.ums.edu.my/fpsk/ +6088-320000
Samb. : 611001/611101 [email protected]
MM10208 STRUKTUR, FUNGSI DAN METABOLISMA TUBUH MANUSIA 1
Kursus ini merangkumi ceramah mengenai anatomi kasar dan histologi sistem tubuh manusia. Ia menekankan kajian sel dan komponen fungsinya, tisu badan dan setiap sistem organ dalam badan seperti sistem muskuloskeletal, kardiovaskular, hemopoetik dan pernafasan. Genetik dan biologi molekul dan penerapan pengetahuan ini kepada amalan klinikal akan diliputi melalui seminar dan Instruksi Berbantukan Komputer (CAI).
Rujukan
Tortora GJ, Derrickson BH. 2017. Principles of Anatomy and Physiology. Global edition. John Wiley & Sons.
Moore KL, Dalley AF & Agur AMR. 2018. Clinically oriented Anatomy. 8th edition. Lippincott Williams Wilkins.
Drake RL, Vogl AW, Mitchell AWM. 2019. Gray's Anatomy for Students. 4th edition. Elsevier.
Sadler, TW. Langman's Medical Embryology. 2019. 14th edition. Wolters Kluwer.
Mescher AL. 2018. Junqueira's Basic Histology: Text and Atlas. 15th edition. Lange Netter FH. 2018. Atlas of Human Anatomy. 7th edition. Elsevier.
Eroschenko VP. 2017. Fiore's Atlas of Histology with Functional Correlations.13th Edition. Lippincott Williams & Wilkins.
Guyton & Hall 2016. Textbook of Medical Physiology. 13th edition. John E Hall. Elsevier.
Barrett KE, Barman SM, Boitano S, Brooks H. 2016. Ganong’s Review of Medical Physiology. 25th edition. Lange Medical Books/McGraw-Hill.
Lieberman MA, Peet A. 2018. Marks’ Basic Medical Biochemistry: A Clinical Approach, 5th Edition. Lippincott Williams &
Wilkins.
MM10308 STRUKTUR, FUNGSI DAN METABOLISMA TUBUH MANUSIA 2
Ini adalah kesinambungan dari kursus sebelumnya MM10208. Program pembelajaran pengajaran yang disusun dengan baik dirancang untuk sepanjang tempoh tersebut, para pelajar harus menghadiri kuliah, melakukan praktikal, dan secara aktif mengambil bahagian dalam perbincangan kumpulan kecil, pakej pembelajaran kendiri, sesi pembelajaran berasaskan masalah, arahan berbantukan komputer, sesi penyelesaian masalah, seminar dan modul kajian khas. Pada akhir modul ini pelajar akan mengetahui, memahami dan dapat menerangkan struktur, fungsi, dan metabolisme sistem gastrointestinal, genitouriner, pembiakan, endokrin dan neuron tubuh manusia, peranan sistem ini dalam
www.ums.edu.my/fpsk/ +6088-320000
Samb. : 611001/611101 [email protected]
penyelenggaraan homeostasis, keperluan nutrien mereka, fungsi biokimia tertentu dan penglibatan dalam pergantian dan metabolisme ubat.
Rujukan
Tortora GJ, Derrickson BH. 2017. Principles of Anatomy and Physiology. Global edition. John Wiley & Sons.
Moore KL, Dalley AF & Agur AMR. 2018. Clinically oriented Anatomy. 8th edition. Lippincott Williams Wilkins.
Drake RL, Vogl AW, Mitchell AWM. 2019. Gray's Anatomy for Students. 4th edition. Elsevier.
Sadler, TW. Langman's Medical Embryology. 2019. 14th edition. Wolters Kluwer.
Mescher AL. 2018. Junqueira's Basic Histology: Text and Atlas. 15th edition. Lange Netter FH. 2018. Atlas of Human Anatomy. 7th edition. Elsevier.
Eroschenko VP. 2017. Fiore's Atlas of Histology with Functional Correlations.13th Edition. Lippincott Williams & Wilkins.
Guyton & Hall 2016. Textbook of Medical Physiology. 13th edition. John E Hall. Elsevier.
Barrett KE, Barman SM, Boitano S, Brooks H. 2016. Ganong’s Review of Medical Physiology. 25th edition. Lange Medical Books/McGraw-Hill.
Lieberman MA, Peet A. 2018. Marks’ Basic Medical Biochemistry: A Clinical Approach, 5th Edition. Lippincott Williams &
Wilkins.
MM10402 TINDAKBALAS TUBUH TERHADAP INJURI
Kursus ini membincangkan tindak balas badan terhadap kecederaan, termasuk agen penyebabnya, reaksi seperti keradangan dan reaksi imun, dan hasilnya, termasuk kematian sel, nekrosis, pembaikan tisu, proses penyembuhan. Ia juga membincangkan gangguan hemodinamik dan perkembangan tisu yang tidak normal termasuk tumor jinak dan malignan.
Rujukan
Kumar V, Abbas AK, Aster JC. 2017. Robbins Basic Pathology. 9th edition. Elsevier Saundaers.
Harsh Mohan. 2016. The Cocise Textbook of Pathology. 7th edition. Jaypee publishers.
Thomson & Cotton RE. 2017. Lecture Note on Pathology. London. Blackwell Scientific Publication.
www.ums.edu.my/fpsk/ +6088-320000
Samb. : 611001/611101 [email protected]
Braum, Carie A. 2016. Pathophysiology: Functional Alterations in Human Health. Philadelphia. Lippincott Williams &
Williams.
Paul Bass, Norman Carr & Clair du Baulay. 2016. Pathology: Master Medicine. Edinburgh. Churchill Livingstone.
MM10506 AGEN PENYAKIT
Kursus ini membincangkan agen-agen penyakit samada mikroorganisma, parasit dan faktor risiko penyakit. Ciri- ciri mikroorganisma akan dibincangkan termasuk struktur, kepatogenan, kevirulenan dan keimunogenan. Kaedah mengenalpasti kumpulan agen akan dilatih secara visual dan amali. Agen fisikal seperti haba, sejuk, bahan kimia (termasuk dadah) akan dibincangkan.
Rujukan
Roitt IM & Delves PJ. 2001. Roitt’s Essential Immunology. 10th Edition. Blackwell Science.
Beaver PC & Jung RC. 1985. Animal Agents and Vectors of Human Disease. 5th Edition. Lea & Febiger. Beaver PC. 1984.
Clinical Parasitology. 9th Edition. Lea & Febiger.
Brooks GF, Butel JS & Morse SA. 2004. Jawetz, Melnick & Adelberg’s Medical Microbiology. 23rd Edition McGraw-Hill/Appleton & Lange.
Eastwood M. 2003. Principles of Human Nutrition. 2nd Edition. Blackwell Science.
MM20102 PERUBATAN DAN MASYARAKAT
Kursus ini membincangkan tentang pola penyakit di Malaysia dan strategi yang diambil kerajaan untuk membendung masalah penyakit tersebut. Pelajar akan didedahkan dengan data-data kesihatan terutama data morbiditi dan mortaliti, kaedah melaraskan data dan tafsiran data-data tersebut. Konsep asas pencegahan akan dibincangkan dan akan digunakan dalam membincangkan kaedah pencegahan penyakit berjangkit dan tidak berjangkit. Ini termasuk aktiviti promosi kesihatan, perlindungan khusus, diagnosis awal, rawatan dan pemulihan untuk penyakit atau faktor risiko yang berkaitan dengan alam sekitar, pekerjaan dan gaya hidup individu.
www.ums.edu.my/fpsk/ +6088-320000
Samb. : 611001/611101 [email protected] Rujukan
Jekel JF, Katz DL & Elmore JG. 2001. Epidemiology, Biostatistics, and Preventive Medicine. 2nd Edition. WB Saunders.
Lucas AO & Gilles HM. 1990. A New Short Textbook of Preventive Medicine for the Tropics. 3rd Edition.Arnold. Cassens BJ. 1992. NMS Preventive Medicine and Public Health. 2nd Edition. Lippincott Williams & Wilkins.
Burton LE. 1980. Public Health and Community Medicine. 3rd Edition. Lippincott Williams & Wilkins.
Phoon WO & Chen PCY. 1986. Textbook of Community Medicine in South-east Asia. 1st Edition. John Wiley & Sons.
MM20205 INFEKSI DAN KEKURANGAN NUTRIEN
Kursus ini mengkaji penyakit yang diakibatkan oleh mikroorganisma dan kekurangan nutrien. Ini termasuk penyakit yang perlu dinotifikasikan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia. Penekanan diberikan kepada penyakit yang menjadi masalah kesihatan awam. Penyakit kekurangan nutrien seperti penyakit kekurangan protein tenaga, kekurangan mikronutrien akan dibincangkan. Perbincangan akan meliputi organ / tisu yang terlibat, patogenesis, diagnosis, penyiasatan makmal dan rawatan. Pencegahan kecelaruan klinikal ini juga akan dibincangkan.
Rujukan
Eastwood M. 2003. Principles of Human Nutrition. 2nd Edition. Blackwell Science.
Chilvers ER, Colledge NR, Hunter JAA, Haslett C & Boon NA. 2003. Davidson’s Principles and Practice of Medicine. 19th Edition. Churchill Livingstone.
Kumar P & Clark M. 2002. Clinical Medicine. 5th Edition. WB Saunders.
Robbins SL, Cotran RS & Kumar V. 2004. Pathologic Basis of Disease. 7th edition. Igaku-shoin.
MM20305 SISTEM KARDIORESPIRATORI
Kursus ini mengkaji kecelaruan klinikal (clinical disorder) akibat perubahan abnormal dari struktur, fungsi dan biokimia jantung, salur darah, paru-paru dan salur pernafasan. Kecelaruan klinikal yang akan dibincangkan bagi sistem kardiovaskular termasuk kecelaruan ritma jantung, kegagalan jantung, penyakit injap jantung, penyakit infeksi jantung seperti penyakit reumatik dan endokarditis infektif, penyakit jantung iskemia seperti angina pektoris dan infak endokardium, hipertensi, penyakit miokardium dan perikardium, arteriosklerosis dan sebagainya. Untuk sistem respiratori penyakit alah seperti asma, bronkitis kronik, emfisema, bronkiektasis, kanser paru-paru, pneumokoniosis
www.ums.edu.my/fpsk/ +6088-320000
Samb. : 611001/611101 [email protected]
akan dibincangkan. Perbincangan akan meliputi organ / tisu yang terlibat, patogenesis, diagnosis, penyiasatan makmal dan rawatan. Pencegahan kecelaruan klinikal ini juga akan dibincangkan.
Rujukan
Chilvers ER, Colledge NR, Hunter JAA, Haslett C & Boon NA. 2003. Davidson’s Principles and Practice of Medicine. 19th Edition. Churchill Livingstone.
Longmore M, Wilkinson I & Torok E. 2002. Oxford Handbook of Clinical Medicine. 5th Edition. Oxford University Press.
Robbins SL, Cotran RS & Kumar V. 2004. Pathologic Basis of Disease. 7th edition. Igaku-shoin.
MM20405 SISTEM MUSKULOSKELETAL DAN KULIT
Kursus ini mengkaji kecelaruan klinikal (clinical disorder) akibat perubahan abnormal dari struktur, fungsi dan biokimia tulang, otot, sendi dan kulit. Kecelaruan klinikal yang akan dibincang termasuk rheumatoid arthritis, gout, SLE, skleroderma, osteoarthritis, osteomyelitis, kanser, psoriasis dan lain-lain. Perbincangan akan meliputi organ / tisu yang terlibat, patogenesis, diagnosis, penyiasatan makmal dan rawatan. Pencegahan kecelaruan klinikal ini juga akan dibincangkan.
Rujukan
Chilvers ER, Colledge NR, Hunter JAA, Haslett C & Boon NA. 2003. Davidson’s Principles and Practice ofMedicine. 19th Edition. Churchill Livingstone.
Longmore M, Wilkinson I & Torok E. 2002. Oxford Handbook of Clinical Medicine. 5th Edition. Oxford University Press.
Cotran RS, Kumar V, Collins T & Robbins SL. 1999. Robbins Pathologic Basis of Disease. 6th Edition. WB Saunders
MM20505 SISTEM GASTROUSUS, BILIARI DAN RENAL
Kursus ini mengkaji kecelaruan klinikal (clinical disorder) akibat perubahan abnormal dari struktur, fungsi dan biokimia gastrousus, hepar dan ginjal. Kecelaruan klinikal yang akan dibincang termasuk keabnormalan esophagus, kanser esophagus, ulser peptic, gastritis, kanser gaster, penyakit pancreas, infeksi hepar, sirosi hepar, penyakit akut abdomen, ulcerative colitis, kanser kolon dan rectum dan sebagainya. Penyakit ginjal seperti glomerulonephritis, infeksi
www.ums.edu.my/fpsk/ +6088-320000
Samb. : 611001/611101 [email protected]
salur urinary, kegagalan ginjal, calculus dan sebagainya akan dibincang. Perbincangan akan meliputi organ / tisu yang terlibat, patogenesis, diagnosis, penyiasatan makmal dan rawatan. Pencegahan kecelaruan klinikal ini juga akan dibincangkan.
Rujukan
Chilvers ER, Colledge NR, Hunter JAA, Haslett C & Boon NA. 2003. Davidson’s Principles and Practice of Medicine. 19 Edition. Churchill Livingstone.
MM20605 SISTEM DARAH, LIMFATIK, ENDOKRIN DAN IMUNITI
Kursus ini mengkaji kecelaruan klinikal (clinical disorder) akibat perubahan abnormal dari struktur, fungsi dan biokimia darah, organ pembentuk darah, limfatik dan komponen sistem imun. Kec elaruan klinikal yang akan dibincang termasuk anemia, leukemia, thalassemia, limfoma, hemofilia dan keabnormalan sistem imun. Perbincangan akan meliputi organ / tisu yang terlibat, patogenesis, diagnosis, penyiasatan makmal dan rawatan. Pencegahan kecelaruan klinikal ini juga akan dibincangkan.
Rujukan
Kumar V, Abbas AK, Fausto N, Aster JC (2015)Robbins and Cotrans Pathologic Basis Of Disease. 9th Edition.
Mohan H (2014) Textbook of Pathology. 6th Edition.
Colledge NR, Walker BR, Ralston SH (2014) Davidson's Principles and Practice Of Medicine.23rd edition.
Hoffbrand AV, Moss PAH (2015) Essential Haematology. 7th edition.
Rang HP, Ritter JM (2015) Rang and Dale's Pharmacology. 8th edition.
MM20705 SISTEM SARAF DAN KESIHATAN MENTAL
Kursus ini mengkaji kecelaruan klinikal (clinical disorder) akibat perubahan abnormal dari struktur, fungsi dan biokimia.
Kecelaruan klinikal yang akan dibincangkan termasuk infeksi otak, meninges dan korda spina, penyakit demyelinating, kecelaruan sitem ekstrapiramidal, kecelaruan saraf periferi, penyakit degenerative dan tumor otak. Kursus juga akan membincangkan masalah mental seperti neuroses, kecelaruan personaliti, ketagihan, psikosis dan
www.ums.edu.my/fpsk/ +6088-320000
Samb. : 611001/611101 [email protected]
sebagainya. Perbincangan akan meliputi perubahan morfologi, patogenesis, diagnosis, penyiasatan makmal dan rawatan.
Pencegahan kecelaruan klinikal ini juga akan dibincangkan.
Rujukan
Kumar V, Abbas A.K, Fausto N, Aster J.C., 2014. Robbins and Cotran Pathologic Basis of Disease. 9th Edition. Elsevier Saunders
Mohan H, 2015. Text book of Pathology, 7th edition, Jaypee publishers
Colledge N R, Walker B R, Ralston S H, 2018. Davidson’s Principles and Practice of Medicine.23rd Edition. Churchill Livingstone, Elsevier.
Rang, H.P., Dale, M.M. et al. (2016). Rang & Dale's Pharmacology, 8th Edition, Elsevier Churchill Livingstone, London.
Semple D, Smyth R, Jonathan B, Darjee R, McIntosh A. Oxford Handbook of Psychiatry.Third edition, 2015.
Sadock BJ, Sadock VA. Kaplan and Sadock's Concise Textbook of Psychiatry. 4rd Edition, 2014.
Ganong’s Review of Medical Physiology 25rd Edition, 2015 (International Edition) McGraw Hill Lange Katzung BG (2012). Basic and Clinical Pharmacology, 12th Edition, McGraw-Hill, USA
Bennett PN, Brown MJ, Sharma HP (2012). Clinical Pharmacology, 11th Edition,Elsevier Churchill Livingstone, London
MM20802 EPIDEMIOLOGI DALAM PRAKTIS KLINIKAL
Kursus ini akan membincangkan kegunaan epidemiologi dalam kerja klinikal seperti kaedah membuat keputusan dan diagnosis, validiti ujian diagnostik dan saringan, menentukan prognosis penyakit dan komplians rawatan.
Pelajar dikehendaki menyediakan proposal penyelidikan klinikal yang akan dilaksanakan di tahun klinikal.
Rujukan
Sackett DL, Haynes RB, Tugwell P & Guyatt GH. 1991. Clinical Epidemiology: A Basic Science for Clinical Medicine. 2 Edition. Lippincott Williams & Wilkins.
Fletcher RH, Fletcher SW & Wagner EH. 1995. Clinical epidemiology: The essentials. 3rd Edition. Lippincott Williams & Wilkins.
Gordis L. 2004. Epidemiology. 3rd Edition. WB Saunders.
www.ums.edu.my/fpsk/ +6088-320000
Samb. : 611001/611101 [email protected]
MM30104 PENGENALAN PERUBATAN KLINIKAL, RADIOLOGI DAN TERAPEUTIK
Pelajar akan didedahkan dengan kuliah dalam radiologi dan terapeutik. Pelajar akan dibahagikan kepada kumpulan kecil dan dialokasi kepada staf klinikal di hospital Queen Elizabeth dengan objektif khusus tentang bagaimana mengambil sejarah klinikal yang baik dan langkah asas untuk pemeriksaan fizikal.
Rujukan
Swash M. 2002. Hutchinson’s Clinical Methods. 21st Edition. WB Saunders.
Bongard FS & Sue DY. 2002. Current Critical Care Diagnosis & Treatment. 2nd Edition. McGraw-Hill/ Appleton & Lange.
Chilvers ER, Colledge NR, Hunter JAA, Haslett C & Boon NA. 2003. Davidson’s Principles and Practice of Medicine. 19th Edition. Churchill Livingstone.
Talley NJ & O’Connor S. 2001. Examination Medicine: A Guide to Physician Training. 1st Edition. MacLennan & Petty Party.
Talley NJ & O’Connor S. 2001. Clinical Examination: A Systematic Guide to Physical Diagnosis.Edition. Blackwell Science.
MM30209 POSTING PERUBATAN JUNIOR
Posting ini memberikan peluang untuk pelajar membentuk kemahiran klinikal, pengetahuan dan sikap profesionalisma dalam bidang perubatan melalui sesi amali di wad, klinik pesakit luar, bilik kecemasan dan rumah pesakit. Kursus akan menyediakan rangka kerja pengajaran pada penyakit yang lazim dan kuliah, seminar atau tutoran dalam aspek sains makmal yang berkaitan. Pelajar akan ditempatkan di Jabatan Perubatan disepanjang kursus.
Rujukan
Swash M. 2002. Hutchinson’s Clinical Methods. 21st Edition. WB Saunders.
Talley NJ & O’Connor S. 2001. Clinical Examination: A Systematic Guide to Physical Diagnosis.Edition. Blackwell Science.
www.ums.edu.my/fpsk/ +6088-320000
Samb. : 611001/611101 [email protected]
Chilvers ER, Colledge NR, Hunter JAA, Haslett C & Boon NA. 2003. Davidson’s Principles and Practice of Medicine. 19th Edition. Churchill Livingstone.
Kumar P & Clark M. 2002. Clinical Medicine. 5th Edition. WB Saunders.
Kasper DL, Braunwald E, Fauci A, Hauser S, Longo D & Jameson JL. 2004. Harrison’s Principles of Internal Medicine. 16th Edition. McGraw-Hill.
Professional. Rubenstein D, Wayne D & Bradley J. 2002. Lecture Notes on Clinical Medicine. 6th Edition. Blackwell Science.
MM30309 POSTING SURGERI JUNIOR
Posting akan memberi peluang kepada pelajar untuk membentuk kemahiran klinikal, pengetahuan dan sikap melalui sesi amali di wad, klinik pesakit luar, di bilik kecemasan dan dewan bedah. Kursus akan menyediakan rangka kerja pengajaran didaktik pada masalah surgeri yang lazim dan kuliah, seminar atau tutoran dalam aspek sains makmal yang berkaitan.
Pelajar akan ditempatkan di Jabatan Surgeri di sepanjang kursus.
Rujukan
Ellis H, Calne RY & Watson CJE. 2002. Lecture Notes on General Surgery. 10th Edition. Blackwell Science. Russell RCG, Williams NS & Bulstrode CJK. 2004. Bailey & Love’s Short Practice of Surgery. 24th Edition. Arnold.
Bradbury AW, Forsythe JLR & Garden OJ. 2002. Principles and Practice of Surgery. 4th Edition. Churchill Livingstone.
Browse NL & Browse DJ. 1997. An Introduction to the Symptoms and Signs of Surgical Disease.3rd Edition. Arnold International Student Edition.
Talley NJ & O’Connor S. 2001. Clinical Examination: A Systematic Guide to Physical Diagnosis.Edition. Blackwell Science.
MM30409 POSTING OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI JUNIOR
Posting akan memberi peluang kepada pelajar untuk membentuk kemahiran klinikal, pengetahuan dan sikap melalui sesi amali di wad, bilik bersalin, klinik pesakit luar, di bilik kecemasan dan dewan bedah. Kursus akan menyediakan rangka kerja pengajaran didaktik pada masalah obstetrik dan ginekologi yang lazim dan kuliah, seminar atau tutoran dalam aspek sains makmal yang berkaitan. Pelajar akan ditempatkan di Jabatan obstetrik dan ginekologi di sepanjang kursus.
www.ums.edu.my/fpsk/ +6088-320000
Samb. : 611001/611101 [email protected] Rujukan
Hanretty K, Ramsden I & Callander R. 2003. Obstetrics Illustrated. 6th Edition. Churchill Livingstone.
Hart DM, Norman J, Callander R & Ramsden I. 2000. Gynaecology Illustrated. 5th Edition. Churchill Livingstone.
Charmberlain G & Steer P. 2002. Turnbull’s Obstetrics. 3rd Edition. Churchill Livingstone.
Campbell S, Clayton SG & Lees C. 2000. Obstetrics by Ten Teachers. 17th Edition. Arnold.
Collier JAB, Longmore M, Scally P, Colier J & Longmore JM. 2003. Oxford Handbook of Clinical Specialties. 6th Edition. Oxford University Press.
MM40108 POSTING PEDIATRIK
Posting ini memberikan peluang untuk pelajar membentuk kemahiran klinikal, pengetahuan dan sikap profesionalisma melalui sesi amali di wad pediatrik, klinik pesakit luar, bilik kecemasan dan rumah pesakit. Kursus akan menyediakan rangka kerja pengajaran didaktik pada penyakit yang lazim di kalangan kanak-kanak dan kuliah, seminar atau tutoran dalam aspek sains makmal yang berkaitan. Pelajar akan ditempatkan di Jabatan Pediatrik di sepanjang kursus.
Rujukan
Illustrated Textbook of Paediatrics, Tom Lissauer and Clayden, 3rd edition, 2007 Mosby.
Essential Paediatrics, Hull D & Johnston DI, 4th edition,1999, Churchiil Livingstone.
Paediatric Protocols for Malaysian Hospital, Hussain Iman B. Muhammad Ismail, Ng Hoong Phak, Ministry of Health, Malaysia, 1st edition, 2005.
Management of the Child with a serious infection or severe malnutrition, Department of child &
adolescent Health & Development, WHO 2000.
Paediatric Refresher Coruse 2001, Department of Paediatrics, Queen Elizabeth Hospital, Kota Kinabalu Pediatric Problems in Tropical Countries, Robison M J, & Lee El
Tutorials in Paediatric Differential Diagnosis, edition,David J Field, David Isaacs & John Stroobant. 2005. Elsevier Churchill Livingstone.
www.ums.edu.my/fpsk/ +6088-320000
Samb. : 611001/611101 [email protected]
MM40308 POSTING PERUBATAN KOMUNITI
Program pendidikan yang berasaskan komuniti merupakan teras kepada program perubatan di UMS. Posting ini akan mendedahkan pelajar kepada suasana sebenar pesakit dalam masyarakat. UMS memilih Kudat untuk menjalankan program ini. Pelajar akan dikehendaki menjalankan survei kesihatan, menjalankan program intervensi komuniti dan mengkaji peristiwa kesihatan dalam keluarga.
Rujukan
James F. McKenzie, Robert R. Pinger, and Jerome E. Kotecki, Introduction to Community Health 2007, Jones & Bartlett Publishers, Inc.; 6th edition
Jeff Conant & Pam Fadem, A Community Guide to Environmental Health, Hesperian Publishing, 2008 Sunderlal, Textbook of Community Medicine (Preventive & Social Medicine), CBS Publishers & Distributors 2007
Leon Gordis, Epidemiology: with STUDENT CONSULT Online Access, 2008 , Saunders; 4th edition JudithGreen, Nicki Thorogood, Qualitative Methods for Health Research, 2009, London School of Hygiene & Tropical Medicine, 2nd edition.
Ann Aschengrau, George R Seage III, Essentials of Epidemiology in Public Health, 2003, Jones & BartlettPublishers, US edition
William J Ray, Methods toward a Science of Behaviour & Experience, 2006 Thomson Wadsworth, USA, 8th edition Carole Lium Edelman and Carol Lynn Mandle, Health Promotion Throughout the Life Span, 2005, Elsevier/Mosby;
6th edition
MM40408 POSTING PSIKIATRI
Posting ini akan diajar selama 7 minggu dan ditempatkan di Hospital Mesra Bukit Padang dan Hospital Umum Queen Elizabeth sepanjang kursus. Posting ini memberikan peluang kepada pelajar untuk membentuk kemahiran klinikal, pengetahuan dan sikap profesionalisma dalam bidang psikiatri. Kursus ini akan menekankan kemahiran yang penting dalam semua bidang perubatan, terutamanya kemahiran komunikasi dan kemampuan untuk menilai. Pelajar akan diberikan siri kuliah bermula pada awal tahun, untuk memberikan pengetahuan yang diperlukan. Pengetahuan dapat dibina dengan meluangkan masa di wad dan klinik di Hospital Mesra Bukit Padang. Sesi amali di wad akan digunakan
www.ums.edu.my/fpsk/ +6088-320000
Samb. : 611001/611101 [email protected]
untuk meningkatkan kemahiran komunikasi. Sesi pembentangan kes secara berkala dan sesi Problem Based Learning (PBL) akan digunakan untuk meningkatkan penyelesaian masalah. Seminar dan kumpulan perbincangan akan digunakan untuk membina pengetahuan dan membolehkan pelajar menilai sikap mereka sendiri bagi menangani masalah kesihatan mental.
Rujukan
American Psychiatric Association (2015). Diagnostic and Statistic Manual of Mental Disorder. Fifth edition. Washington DC: American Psychiatric Association.
Ganti, L., Kaufman, M. S., & Blitzstein, S. M. (2018). First Aid for the Psychiatry Clerkship, Fifth Edition. McGraw-Hill Education.
Harrison, P., Cowen, P., Burns, T., & Fazel, M. (2018). Shorter Oxford Textbook of Psychiatry, Seventh edition. Oxford University Press.
Sadock, B. J., Ahmad, S., & Sadock, V. A. (2018). Kaplan and Sadock's Pocket Handbook of Clinical Psychiatry, Sixth Edition. Lippincott Williams and Wilkins.
MM40508 POSTING ORTOPEDIK
Posting ini memberikan peluang untuk pelajar membentuk kemahiran klinikal, pengetahuan dan sikap profesionalisma berkaitan dengan sistem muskuloskeletal, trauma melalui sesi amali di wad, klinik pesakit luar dan bilik kecemasan.
Kursus juga akan menyediakan rangka kerja pengajaran dalam bidang penyakit muskuloskeletal dan trauma yang lazim, tutoran dalam aspek sains makmal yang berkaitan. Pelajar akan ditempatkan di Jabatan Orthopedik di sepanjang kursus.
Rujukan
Apley’s System of Orthopaedics and fracture (8th edition) by Louis Solomon, Davic Warwick and Selvadurai Nagayan.
Review of Orthopaedics by Mark D. Miller, 3rd Edition. Orthopaedic examination by Ronald Mc Rae ( Churchill Livingstone 2nd edition) Wheeler’s textbook of orthopaedic.
Roger Dee, 2003. Principles of Orthopeadic Practice by (2nd Edition).
Solomon L, Warwick DJ & Nayagam S. 2004. Apley’s Concise System of Orthopaedics & Fractures. 3rd Edition. Arnold.
www.ums.edu.my/fpsk/ +6088-320000
Samb. : 611001/611101 [email protected]
MM40608 POSTING PENGKHUSUSAN BERGABUNG
Posting mengandungi pendedahan pelajar terhadap disiplin telinga-hidung-tekak (ENT), Oftalmologi, Anestesiologi dan lanjutan kursus asas radiologi.
Rujukan
Dhillon RS & East CA. 1999. Ear, Nose, and Throat, and Head and Neck Surgery: An Illustrated Colour Text. 2nd Edition.
Churchill Livingstone.
O’Donoghue GM, Narula AA & Bates GJ. 1999. Clinical ENT: An Illustrated Textbook. 2nd Edition. Singular. James B, Chew C, Bron A & Bron AJ. 2003. Lecture Notes on Ophthalmology. 9th Edition. Blackwell Science.
Kanski JJ & Menin J. 2003. Clinical Ophthalmology: A Systematic Approach. 5th Edition. Butterworth- Heinemann. Duker JS & Yanoff M. 2003. Ophthalmology. 2nd Edition. Mosby.
Bongard FS & Sue DY. 2002. Current Critical Care Diagnosis & Treatment. 2nd Edition. McGraw-Hill/ Appleton & Lange.
Saia DA. 2003. Appleton and Lange Review for the Radiography Exam. 5th Edition. McGraw-Hill Professional.
Ouellette H & Tetreault P. 2000. Clinical Radiology Made Ridiculously Simple. 1st Edition. MedMaster.
MM40708 POSTING PERUBATAN KELUARGA DAN HOSPITAL DAERAH
Posting selama 7 minggu ini pelajar akan didedahkan dengan pelbagai aspek penjagaan kesihatan primer dalam praktis perubatan keluarga (2 minggu) dan Klinik kesihatan (2 minggu) serta penjagaan peringkat sekunder di hospital daerah (2 minggu). Kebanyakan kawasan di Sabah, penyampaian penjagaan primer dan sekunder sering wujud bersama. Sepanjang posting ini, pelajar akan ditempatkan di Praktis Keluarga Perubatan yang diikitiraf dan di Klinik Kesihatan di sekitar Kota Kinabalu (Luyang, Penampang, Putatan atau Tuaran). Mereka dijangkakan akan mempelajari signifikasi penjagaan primer dalam kesihatan dan kesakitan. Pelajar akan melihat masalah penjagaan kesihatan yang lazim berlaku dengan sendiri dan di samping itu ia akan membangunkan pengetahuan, kemahiran, nilai- nilai dan perilaku yang sesuai untuk pendekatan holistik kepada penjagaan kesihatan. Untuk “attachment” bagi hospital daerah, pelajar dikehendaki untuk berinteraksi dengan kakitangan Hospital Daerah dan mengambil bahagian dalam penjagaan rutin yang dilakukan di hospital tersebut. Tugas-tugas termasuk “clerking” semua
www.ums.edu.my/fpsk/ +6088-320000
Samb. : 611001/611101 [email protected]
pesakit daripada kemasukan untuk discaj, melakukan prosedur-prosedur kecil di bawah pengawasan, membantu dalam Bilik Bedah, Jabatan kemalangan dan kecemasan dan di mana sesuai, dalam wad bersalin. Melalui pendedahan ini, dijangkakan ia boleh memberikan pendedahan dari impak persekitaran dari segi sosial dan ekonomi kepada status kesihatan komuniti kepada para pelajar. FPSK telah memilih Hospital Duchess of Kent, Hospital Kinabatangan dan beberapa pusat kesihatan di sekitar Kota Kinabalu untuk program ini.
Rujukan
General Practice, John Murtagh 4th edition (2007), McGraw Hill.
Sarawak Handbook of Medical Emergencies, Soo, Lau, and Chew, 2nd edition, (2005), C.E. Publishing Practice Tips, John Murtagh 4th edition (2008), McGraw Hill
Patient Education, John Murtagh, 4th edition (2008), McGraw Hill
Essentials of Family Medicine, Sloan, Slatt, Ebell, Jacques and Smith, 5th edition (2008), Lippincott Williams & Wilkins Kementerian Kesihatan Malaysia website – Clinical Practice Guidelines
MM40802 POSTING FORENSIK
Posting ini akan memberi peluang pelajar melihat pemeriksaan post-mortem yang dijalankan di hospital. Ia akan membolehkan pelajar memahami subjek medical jurisprudence dengan merujuk khusus kepada undang- undang perubatan di Malaysia.
Rujukan
Shepherd R & Simpson K. 2003. Simpson’s Forensic Medicine. 12th Edition. Arnold. Dix J. 1999. Color Atlas ofForensic Pathology. 1st Edition. CRC Press.
Di Maio VJM & Di Maio D. 2001. Forensic Pathology. 2nd Edition. CRC Press.
MM50106 POSTING ELEKTIF
Posting ini memberi peluang pelajar sekali lagi meluaskan persepsi mereka tentang praktis perubatan. Maka pelajar dijangka akan menjalankan posting ini diluar UMS. Ia mungkin tempatan, wilayah atau antarabangsa. Penempatan minima adalah 4 minggu. Pemilihan tajuk dan aktiviti ditentukan bersama antara pelajar dan penyelia pelajar.
www.ums.edu.my/fpsk/ +6088-320000
Samb. : 611001/611101 [email protected]
MM50110 POSTING PERUBATAN SENIOR
Posting ini akan dijalankan selama 10 minggu bagi pelajar tahun 5 dalam bidang perubatan am dan kepakaran adalah seperti kardiologi, pernafasan, neurologi, nefrologi, gastroenterologi, hematologi, endokrinologi, reumatologi, onkologi dan penyakit berjangkit. Pelajar diberi peluang untuk mengembangkan lagi kemahiran, pemeriksaan dan pengurusan pesakit. Pelajar diharapkan dapat menggunakan maklumat klinikal yang diperolehi untuk membuat rumusan hipotesis diagnostik dan pengembangan kemahiran menyelesaikan masalah. Pengajaran di wad, tutorial berdasarkan kes dan pembentangan kes pelajar akan digunakan untuk program ini.
Rujukan
Prescribed Textbooks and Guidelines
Davidson’s Principles and practice of Medicine 23rd edition. 2018
Harrison’s Principles of Internal Medicine, McGraw-Hill Education-Europe 20th edition
Oxford Textbook of Medicine; Edited by David A. Warrell, Timothy M. Cox, and John D. Firth 2018
David E. T, J.Murray Longmore and R.A.Hope, Oxford textbook of clinical medicine, 10thedition, Oxford University press.
Douglas, Graham, Nicol, E. Fiona, and Colin Robertson. Macleod’s Clinical Examination, 2013.
Glynn, Michael, W. M. Drake, and Robert Hutchison, eds. Hutchison’s Clinical Methods: An Integrated Approach to Clinical Practice. 23rd ed. Edinburgh: Elsevier, 2012.
Kumar, Parveen J., and Michael L. Clark, eds. Kumar & Clark’s Clinical Medicine. 8th ed. Edinburgh: Saunders Elsevier, 2012.
Longo, Dan L., ed. Harrison’s Principles of Internal Medicine. 18th ed. New York: McGraw-Hill, 2012.
Talley, Nicholas Joseph, and Simon O’Connor. Clinical Examination: A Systematic Guide to Physical Diagnosis, 2014.
Walker, Brian R., Nicki R. Colledge, Stuart Ralston, and Ian D. Penman, eds. Davidson’s Principles and Practice of Medicine. 22nd edition. Edinburgh: Churchill Livingstone/Elsevier, 2014.
Barbara Aehlert, Pocket Reference for ECGs Made Easy. 5th Edition. 2013.
Clinical Practice Guidelines in Ministry of Health, Malaysia. (website : www.moh.gov.sg)
www.ums.edu.my/fpsk/ +6088-320000
Samb. : 611001/611101 [email protected]
MM50210 POSTING SURGERI SENIOR
Posting akan dilaksanakan selama 10 minggu dan disediakan untuk pelajar mempelajari seni bedah dengan harapan dapat menaikkan minat pelajar untuk menjalani latihan di peringkat pascasiswazah pada masa hadapan. Kursus ini menekankan pendekatan klinikal untuk pengajaran (pesakit luar, bedside, ward rounds, operating theatre) dengan beranggapan bahawa mereka telah melengkapkan komponen teori dalam rotasi sebelumnya. Pengajaran didaktik akan diminimakan sedangkan pembelajaran motivasi kendiri digalakkan. Pelajar akan didedahkan dengan pembedahan umum dan tambahan kepada kepakaran sub-pembedahan penting semasa rotasi ini (Bedah Saraf, Pembedahan Uro, Pembedahan Vaskular, Pembedahan Payudara dan Endokrin, Pembedahan Pediatrik)
Rujukan
Bailey and Love’s Short Practice of Surgery, 27th Edition 2018. CRC Press - Taylor and Francis Group.
Browse’s Introduction to The Symptoms and Signs of Surgical Disease, 5th Edition 2014. CRC Press - Taylor and Francis Group.
Browse’s Introduction to The Investigation and Management of Surgical Disease, 4th Edition 2010. CRC Press - Taylor and Francis Group.
Hamilton Bailey’s Demonstration of Physical signs in Clinical Surgery, 19th Edition 2016.
Lecture Notes: General Surgery, 13th Edition 2015, Wiley - Blackwell.
Current Surgical Diagnosis and Treatment, 15th Edition 2020, McGraw-Hill/Lange.
The Washington Manual of Surgery, 8th Edition 2020,Wolters Kluwer. Mary E.Klingensmith, Paul E. Wise, Cathleen M.
Courtney, Kerri A. Ohman, Matthew R. Schill, Jennifer Yu. 2020.
Terengganu NEUROSURGERY handbook. 2016 Nujaimin Udin, Sarah Atiqah Mohd Zamri, Amal Medik Pub.Ent.
MM50310 POSTING OBSTETRIK DAN GINEKOLOGI SENIOR
Pada akhir kursus ini, pelajar akan dapat:
1. Huraian tentang pengetahuan asas sains dan klinikal yang mencukupi dalam keadaan obstetrik dan ginekologi yang lazim.
2. Melakukan kemahiran klinikal standard, pemeriksaan fizikal dan prosedur dalam keadaan obstetrik dan ginekologi yang lazim.
www.ums.edu.my/fpsk/ +6088-320000
Samb. : 611001/611101 [email protected]
3. Mencadangkan perancangan tentang diagnosis dan pengurusan untuk pesakit dengan keadaan obstetrik dan ginekologi yang lazim.
4. Berkomunikasi secara berkesan dengan rakan sekerja, pesakit, saudara dan kakitangan hospital.
5. Menunjukkan profesionalisme dan etika semasa mendekati pesakit dan keluarga.
Rujukan
Obstetrics by Ten Teachers (July 7, 2017), 20th edition. Edited by Louise C. Kenny and Jenny Myers, CRC Press, Taylor and Francis Group.
Gynaecology by Ten Teachers (July 7, 2017), 20th edition. Edited by Helen Bickerstaff and Louise C.Kenny, CRC Press, Taylor and Francis Group.
Essential Obstetrics and Gynaecology (26th August, 2013), 5th Edition. Edited by E. Malcom Symonds, Ian Symonds, Sabaratnam Arulkumaran, Churchill Livingstone.
Handbook of Obstetric Medicine (2015), 5th edition. Edited by Catherine Nelson-Piercy, CRC Press, Taylor and Francis Group.
Obstetrics and Gynaecology: An Evidence-based Text for MRCOG (May 25, 2016), 3rd edition. Edited by David M. Luesley, Mark D Kilby, CRC Press, Taylor and Francis Group.
Dewhurst’s Textbook of Obstetrics & Gynaecology (2018) 9th edition. Editor-In-Chief by D.Keith Edmonds MB, ChB, FRCOG, FRANZCOG, Wiley Blackwell"
Williams Obstetrics (2018) 25th edition. Edited by F. Gary Cunningham, Kenneth J. Leveno, Steven L. Bloom, Jodi S.
Dashe, Barbara L. Hoffman, Brain M. Casey, Catherine Y. Spong. McGraw Hill Education.
Williams Gynaecology (2020) 4th edition .Edited by Barbara L. Hoffman, John O. Schorge, Karen D. Bradshaw, Lisa M.
Halvorson, Cherine A. Hamid, Marlene M. Corton, Joseph I. Schaffer. McGraw Hill Education.
MM50510 POSTING PEDIATRIK SENIOR
Posting selama 8 minggu dalam peadiatrik dan neonatologi bertujuan untuk membiasakan pelajar dengan kemahiran yang terlibat dalam resuscitasi neonatal dan asas menyelamatkan peadiatrik “peadiatric basic life support, PBLS” dan
“advanced peadiatric life support(APLS)”. Mereka juga didedahkan kepada perubatan, fisiologikal, ekonomi dan aspek etika dalam penjagaan moden peadiatrik dan neonatal. Sebagai tambahan, mereka juga dikehendaki untuk
www.ums.edu.my/fpsk/ +6088-320000
Samb. : 611001/611101 [email protected]
berkomunikasi dengan ibubapa dan penjaga yang telah mengalami kecelakaan dan kesusahan dengan anak-anak mereka. Semasa posting ini juga, pelajar akan mempelajari kaedah-kaedah memeriksa pediatrik dan bayi yang baru lahir serta teknik-teknik resuscitasi neonatal, PBLS dan APLS. Mereka juga dijangkakan boleh memberikan kaunseling kepada para ibubapa dan penjaga yang memerlukan penjagaan rapi atau intensif bagi neonatal dan pediatrik.
Rujukan
Paediatric Protocols for Malaysian Hospitals, Hussain Iman B. Muhammad Ismail, Ng Hoong Phak, Ministry of Health, Malaysia, 1st edition, 2005
Management Of The Child With A Serious Infection Or Severe Malnutrition, Department Of Child & Adolescent Health & Development, WHO 2000
Paediatric Refresher Course 2001, Department of Paediatrics, Queen Elizabeth Hospital, Kota Kinabalu Clinical Practice Guidelines, Ministry of Health Malaysia Website
MM50405 POSTING “SHADOW HOUSE OFFICER”
Semasa posting ini pelajar akan diberi peluang untuk berfungsi sebagai houseman dalam 4 posting utama iaitu perubatan, surgeri, obstetrik dan ginekologi dan Pediatrik. Masa juga diberikan untuk pelajar menyiapkan kajian PUPUK sebelum dinilai. Pelajar dijangka untuk membuat “on-call” seperti juga pegawai houseman yang lain.