COMPETENCY 2 : SISTEM SALIRAN KUMBAHAN Pemasangan Paip Saliran
Mencerunkan dasar Parit
Saluran sanitasi biasanya dipasang dibawah permukaan tanah. Oleitu parit sementara perlu digali dan parit ini mesti dicerunkan. Kecerunannya bergantung kepada saiz paip.
Kaedah biasa yang digunakan untuk mencerunkan dasar parit adalah : a) Penggunaan ROD ARAS
b) Penggunaan timbang air dan kayu lurus A) PENGGUNAAN ROD ARAS
Kerja penggalian peparit biasanya dimulakan dari hujung yang cetek
- Gali parit sepanjang 4 meter dan pacak pancang pertama didasar tercetek. - Pancang kedua jaraknya 3 meter dari yang pertama dan araskan mengguna
kayu lurus dan timbang air
- Benamkan pancang B2 75mm lebih rendah dari B utk cerun 1:40 atau 50mm untuk cerun 1:60
- Dirikan rel aras diatas pancang A. ketinggian rel hendaklah sama dengan Rod Aras yang akan digunakan.
KUMBAHAN B) MENCERUN DASAR MENGGUNA TIMBANG AIR
- Kerja ini dilakukan dengan menggunakan timbang air dan kayu lurus 3m panjang. Kayu itu diserongkan sedikit mengikut kecerunan parit yang ditetapkan.
- Setelah parit digali, maka dasarnya diuji menggunakan tolok serong yang disediakan bersama dengan alat timbang air.
- Dasar parit biasanya diletakkan dengan pasir bertujuan untuk memudahkan kerja pengarasan dasar.
Menguji Pemasangan Saliran
Paip saliran yang dipasang perlulah diuji untuk menjamin keberkesanannya. Tiga jenis ujian yang dijalankan untuk pemasangan paip saliran iaitu ;
a) Ujian kekedapan b) Ujian Kelurusan
Untuk menguji samada ianya kedap air dan kedap udara. Cara pengujiannya ialah dengan
i) Ujian tekanan air hujung rendah disumbat dan hujung tinggi di tambah paip selekoh dan lurus menjadi tegak. Air diisi dalam paip tegak hingga penuh dan dibiar sejam dan diukur paRAS air didalamnya. Jika penurunan yang amat ketara maka ternyata terdapat kebocoran pada saluran
tersebut
ii) Ujian tekanan atau ujian udara – kedua-dua hujung perlu disumbat dengan kemas. Kemudian pam yang mempunyai tolok tekanan digunakan untuk mengepam angin kedalam saluran. Tetapkan tekanan selama 5-10 minit. Jika dail tolok menunjuk penurunan 25/100 maka ianya baik.
iii) Ujian Asap – Prosedurnya sama dengan ujian angin, Cuma kesan asap akan kelihatan keluar dari saluran sekiranya terdapat kebocoran. UJIAN KELURUSAN
Ujian ini untuk memastikan kelurusan bahagian dalam saluran dengan
menggunakan cermin dan cahaya lampu suluh atau api. Jika hujung saluran dapat dilihat dengan jelas dan bulatan hujung jauh denagan hujung dekat adalah sepusat, maka luruslah saluran tersebut. Melalui ujian ini dapat dilihat jika terdapat
sambungan mortar berlebihan pada sendi sambungan paip saluran. UJIAN KELICINAN DAN KELANCARAN
Biasanya dilakukan dengan menggunakan bebola bersaizpusat lebih kecil dari sais paip. Bola akan bergolek tanpa sekatan disepanjang saluran dalam tempoh yang ditetapkan bergantung kepada kecuraman saliran.
KUMBAHAN
COMPETENCY 3 : SISTEM KUMBAHAN (Septik Tank)
TANGKI SEPTIK
Tangki septic merupakan struktur yang dibina didalam tanah untuk merawat kumbahan.
Tangki septic banyak digunakan di rumah kediaman, bangunan sekolah , hotel dan pejabat.
Funsi tangki septic ialah untuk mengumpul sisa air dan najis dari tandas supaya menjalani proses tindakbalas biokimia secara anaerob. Microorganisma dalam tangki akan menguraikan najis pepejal yang terdapat pada lapisan skam. Najis yang telah diuraikan akan mendap ke bawah menjadi Enap cemar.
Saiz tangki septic bergantung kepada bilangan pengguna bangunan dan pada kebiasaan rekabentuknya ialah empat segi dengan ukuran panjangnya adalah 3 kali ukuran lebar.
Tangki septic boleh dibuat dari bata, konkrit, plastic serta gentian kaca (fibre glas).
Air sisa kumbahan disalur keluar dari rumah kediaman seperti najis, sisa makanan dari sinki dapur serta air mandian dan basuhan. Kotoran ini mengandungi berjuta organisma yang dipanggil BAKTERIA .
Sanitasi merupakan cara untuk mencegah sentuhan
manusia
daripada bahaya bahan buangan
untuk mempromosikan
kesihatan
. Bahaya ini mungkin sama ada dari segi fizikal, mikrobiologi
dan agen-agen kimia bagi penyakit berkenaan. Bahan buangan yang boleh menyebabkan
masalah kesihatan adalah terdiri daripada tahi manusia atau binatang, sisa bahan buangan
pepejal, air bahan buangan domestik (kumbahan, urin, bahan buangan mandian atau cucian),
bahan buangan industri dan bahan buangan pertanian. Cara pencegahan bersih boleh
dilakukan dengan menggunakan penyelesaian kejuruteraan (contohnya rawatan kumbahan dan
sisa cecair buangan), teknologi mudah (contohnya tandas, tangki septik), atau amalan
kebersihan peribadi (contohnya membasuh tangan dengan sabun).
(sumber :
http://ms.wikipedia.org/wiki/Sanitasi
Dalam satu tangki najis, proses penghapusan dan pembersihan bergantung kepada dua jenis bakteria iaiitu :
a) Bakteria jenis Anaerobik
Bakteria jenis ini tidak memerlukan oksigen dan mampu untuk hidup didalam gelap dan kekurangan udara. Bakteria ini bertugas menghancurkan dan menguraikan ketulan najis didalam tangki septik.
b) Bakteria jenis Aerobik
Bakteria jenis ini memerlukan oksigen untuk hidup dan membiak. Ia berada diruang udara dan diatas lapisan tanah. Bakteria ini bertanggungjawab menjalankan proses pembersihan air yang melalui ruang penapis.
Sebaik sahaja najis pepejal memasuki tangki, bakteria anaerobik bekerja menguraikannya dan sebahagiannya akan menjadi keladak yang akan timbul dipermukaan air, berkumpul menjadi lapisan sekam. Lapisan sekam ini mustahak dijaga dan tidak diganggu kerana ia penting dalam proses penghapusan najis. Oleh kerana bakteria jenis anaerobik hidup di tempat yang tiada udara maka lapisan sekam merupakan penyekat kepada udara dan cahaya untuk melindungi bakteria jenis anaerobik terus bekerja dan hidup.
KUMBAHAN Merupakan bilik kecil yang dibina dibawah permukaan tanah. Dinding dan lantainya diperkukuhkan agar kedap air. Tanpa air yang cukup, proses penguraian organan tidak dapat berjalan sempurna.
Saiz tangki bergantung kepada bilangan pengguna. Tangki sekurang-kurangnya mampu menyimpan 2.3m3 air. Ukuran panjang tangki biasanya dibuat 3 kali ukuran
lebarnya. Manakala kedalaman tangki diantara 1.2 hingga 1.8 meter. Ruang antara permukaan air dengan penutup tangki lebih kurang 300mm.
Lantai tangki dibuat sedikit mencuram agar dapat mengumpulkan keladak berat bagi memudahkan kerja pembersihan. Permukaan dinding dalam tangki hendaklah dilepa licin dan kemas agar tiada resapan air berlaku.
RUANG PENAPISAN
Air yang keluar dari ruang septik masih lagi kotor dan keruh serta berbahaya
kepada kesihatan. Sebelum disalur keluar, ia perlu ditapis dahulu supaya lebih suci, jernih dan tidak berbau. Penapis biasanya dibuat dengan gabungan pecahan batu-bata, batu hangus, pasir dan sebagainya yang dicampur dalam pelbagai saiz. Penapis biasanya dibuat sekurang-kurangnya 1.35 m dalam dibawah permukaan tanah