2007
ANALISIS SWOT TERHADAP PENGURUSAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH
Zainal Abidin bin Saad, Che Mas binti Saud, Azizah binti Sarkowi, Nur Nabilah binti Modh Basri, Zakirah Imana Ho binti Abdullah & Norzaini Hayati binti Baharudin
[email protected], [email protected], [email protected], [email protected], [email protected]
Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman Abstrak
Analisis SWOT (KLAP) adalah teknik yang selalu digunakan dalam pengurusan strategic untuk mempertingkat kecemerlangan organisasi. Analisis ini terdiri daripada empat kuadran iaitustrength(S)/kekuatan(K),weakness(W)/kelemahan(L),opportunity (O)/peluang(P) danthreat (T)/ancaman(A).Status pelaksanaan kokurikulum sekolah sebagai sebahagian daripada Kurikulum Kebangsaan, maka pelaksanaan kokurikulum di sekolah adalah wajib berdasarkan Seksyen 18, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550). Berdasarkan surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985 KP(BS)8591/Jld. 11(29) bertarikh 2hb. Januari 1985 merujuk subperkara 5.2, menyatakan penyertaan semua guru dikehendaki bagi memastikan keberkesanan gerak kerja kokurikulum di sekolah.Hal ini menujukkan keberkesanaan kegiatan kokurikulum di sekolah terletak kepada kebijaksanaan guru-guru. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman atau cabaran yang dihadapi oleh pelaksana aktiviti kokurikulum disekolah melalui analisis SWOT. Kajian ini dilaksanakan di 15 buah sekolah di negeri Kedah dan Perlis. Sampel kajian berbentuk sampel bertujuan. Dapatan kajian menunjukkan penggunaan teknik analisis ini memberi kejayaan kepada proses dan pelaksanan aktiviti kokurikulum di sekolah. Keberkesanan paling tinggi adalah dalam pengurusan kewangan. Semua persatuan memberi impak penyelesaian masalah kewangan. Melalui hasil analisis ini juga terdapat kesan penerapan nilai moral yang tinggi seperti tidak membazir, guna tenaga penuh, kerjasama masyarakat setempat dan penyelesaian masalah terhadap isu mencapai 90 peratus kejayaan. Melalui temu bual guru-guru juga memberi keseronokan dan keyakinan diri tinggi terhadap pelaksanaan aktiviti kokurikulum di sekolah. Oleh itu guru-guru berpendapat mereka perlu melatih pelajar menggunakan analisis SWOT dalam proses pelaksanaan mengurus sebarang aktiviti dalam berpesatuan. Komitmen yang padu perlu ditingkatkan demi kecemerlangan pendidikan di Malaysia.
Kata Kunci: SWOT, berkesan , aktiviti kokurikulum sekolah.
1.0 PENDAHULUAN
Kementerian Pendidikan (1989), menyatakan gerak kerja ko-kurikulum adalah gerak kerja yang bercorak pendidikan dan menyediakan pengalaman pengalaman pembelajaran. Gerak kerja kokurikulum yang merupakan sebahagian daripada kurikulum sekolah dan penglibatan setiap pelajar adalah perlu. Mengikut Md. Idris Mansor (1985), kokurikulum adalah satu bidang pelajaran yang berasaskan pelbagai gerak kerja terancang dan perlu dilakukan dalam masa persekolahan. Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979 menyatakan bahawa semua pelajar hendaklah digalakkan mengambil bahagian yang lebih aktif dalam aktiviti kokurikulum. Hal ini selaras dengan kenyataan Kurikulum Kebangsaan iaitu:
“Kurikulum kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan, untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi JERIS”
2008
Hal ini seiring dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 -2025 mensasarkan peningkatan kualiti pendidikan Negara dalam tempoh 13 tahun melalui pelaksanaan tranformasi pendidikan secara menyeluruh. Hal ini juga demi menunaikan hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk meletakkan Negara dalam kelompok sepertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa seperti TIMSS dan PISA dalam tempoh 15 tahun.
2.0 PERNYATAAN MASALAH
Pengurusan kokurikulum yang berkesan perlu untuk kejayaan sesebuah sekolah dalam melahirkan insan yang seimbang berdasarkan Falsafah pendidikan Kebangsaan. Kepentingan ini dilahirkan oleh KPM melalui PIPP (2013-2025) dengan penyataan bahawa program dan inisiatif yang membangunkan komponen bukan akademik dilaksanakan di dalam bilik darjah dan menerusi pelbagai aktiviti sukan dan kokurikulum selepas waktu sekolah. Peraturan 4 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan ( Persatuan Sekolah ) 1998 seperti yang dimaktubkan dalam Warta Kerajaan P.U (A) 196 bertarikh 21 Mei 1998 menegaskan bahawa Guru Besar atau Pengetua, hendaklah menubuhkan persatuan sekolah dari kategori yang berikut:-
1. Mata pelajaran yang diajar di sekolah sebagaimana yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997,
2. Hobi dan rekreasi; 3. Sukan dan permainan; 4. Badan beruniform; atau
5. Apa-apa persatuan lain yang diluluskan oleh pendaftar
Melalui PIPP juga pemimpin sekolah mendapat sokongan dan sumber yang mereka perlukan bagi memacu sekolah dengan berkesan. Menurut Rangkuti dan Freddy (2000), analisis SWOTadalah proses mengenal pasti faktor dalaman dan luaran yang mempengaruhi sesuatu perlaksanaan oleh organisasi. Hal ini berkait tapat dengan peranan pemimpin sekolah akan menikmati persekitaran bekerja yang lebih baik dan ganjaran berasaskan prestasi. Beban pentadbiran pula dikurangkan supaya mereka boleh menumpukan tenaga kepada kepimpinan instruksional. Peminpin sekolah, dan menjalankan tugas sebagai pembimbing dan juru latih untuk membina keupayaan kakitangan sekolah masing.Hal ini adalah penting bagi mencapai enam aspirasi murid dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 bagi melahirkan modal insan yang holistik seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
2.1 Objektif Kajian
Kajian yang dijalankan mempunyai objektif seperti berikut
1.
Mengenal pasti kekuatan (S) pengurusan kewangan dan pengurusan aktiviti melalui analisis SWOT dalam kokurikulum di sekolah.2.
Mengenal pasti kelemahan (W) pengurusan kewangan dan pengurusan aktiviti melalui analisis SWOT dalam kokurikulum di sekolah.3.
Mengenal pastiPeluang (O) pengurusan kewangan dan pengurusan aktiviti melalui analisis SWOT dalam kokurikulum di sekolah.4.
Mengenal pasti Ancaman (O) pengurusan kewangan dan pengurusan aktiviti melalui analisis SWOT dalam kokurikulum di sekolah.2.2 Soalan Kajian
1.
Apakah kekuatan (S) pengurusan kewangan dan pengurusan aktiviti melalui analisis SWOT dalam kokurikulum di sekolah.2009
2.
Apakah kelemahan (W) pengurusan kewangan dan pengurusan aktiviti melalui analisis SWOT dalam kokurikulum di sekolah.3.
Apakah peluang (O) pengurusan kewangan dan pengurusan aktiviti melalui analisis SWOT dalam kokurikulum di sekolah.4.
Apakah kelemahan (W) pengurusan kewangan dan pengurusan aktiviti melalui analisis SWOT dalam kokurikulum di sekolah.5.
Apakah kelebihan pelaksanaan analisis SWOT dalam pengurusan kokurikulum di sekolah.3.0 METODOLOGI KAJIAN
Kaedah kuantitatif iaitu temu bual telah dilaksanakan. Kombinasi kualitatif dan kuantitatif merupakan kaedah terbaik dalam melaksanakan kajian berdasarkan pendapat Newman (1990) dan Creswell (2012). Hal ini membolehkan banyak maklumat dikumpulkan dalam satu-satu masa. Dimensi Pembelajaran Marzano (1992) membolehkan seseorang lebih memahami kemahiran berfikir diri sendiri serta kelemahan dan kekuatan diri.
Menurut Creswell (2012) populasi kajianbermaksud satu kumpulan individu yang mewakili kriteria yang samadengan tujuan kajian yang dijalankan. Mereka akan dikenalpasti antarakelompok yang hendak dikaji dan seterusnya digunakan oleh penyelidik bagi mendapat dan mengumpul data untuk tujuan penganalisisan kajian. Sasaran populasi penyelidik dalam kajian ini ialah guru-guru penasihat dalam kegiatan kokurikulum di sekolah.
Setiap kajian ada limitasinya. Kajian ini dijalankan dilaksanakan di dua buah sekolah menengah dan 13 buah di sekolah rendah yang setiap guru penasihat persatuan di sekolah telah mengikuti kursus pelaksanaan analisis SWOT. Pengetahuan yang diberikan membantu guru-guru mengaplikasikan teknik ini secara berkesan untuk tindakan penambahbaikan pelaksanaan persatuan di sekolah. Sampel bertujuan seramai 15 daripada 15 buah sekolah telah mengaplikasikan analisis SWOT dan 10 orang guru yang berpengalaman mengajar lebih 10 tahun telah ditemu bual.
Analisis data menggunakan peratusan dan bilangan item berkaitan pengurusan yang dinyatakan dalam borang analisis SWOT. Analisa untuk kekuatan (S) pengurusan kewangan dikategorikan kepada lima item dan aktiviti dikategorikan kepada tujuh item. Dalam anlisis untuk Kelemahan (W) dianalisa untuklima item pengurusan kewangan dan enam item dalam aktiviti. Untuk analisa Peluang (O) lima item dikategorikan dalam pengurusan kewangan dan lima item dalam kategori aktiviti. Bagi analisa Ancaman (T) hanya tiga item dikategorikan dalam pengurusan kewangan dan enam item dalam kategori pengurusan aktiviti. Manakala dalam analisa Peluang empat item dokategorikan dalam pengurusan kewangan dan lima item dalam kategori pengurusan aktiviti. Kajian ini menggunakan analisa deskriptif dan temu bual. Kaedah temu bual telah dilaksanakan kepada 10 orang guru tentang kekuatan, kelemahan dan cadangan penambahbaikan.
4.0 DAPATAN KAJIAN
Bilangan sekolah yang terlibat dalam kajian ini ialah 15 buah sekolah, iaitu lapan buah sekolah dalam negeri Kedah dan tujuh buah sekolah dalam negeri Perlis. Responden kajian terdiri daripada majoriti perempuan iaitu dengan jumlah 11 orang iaitu 73 peratus dan selebihnya lelaki berjumlah 4 orang mewakili 27 peratus. Responden dikehendaki melaksanakan analisia terhadap
2010
satu sahaja kegiatan kokurikum yang terdapat di sekolah tempat mengajar. Hasilnya terdapat satu pasukan beruniform iaitu pengakap, dua persatuan bahasa Inggeris, satu persatuan bahasa Melayu, tiga kelab dan lapan persatuan.
Berdasarkan Jadual 1, hasil analisis SWOT dari aspek kekuatan pengurusan kokurikulum menunjukkan bilangan item pilihan tertinggi hingga terendah ialah peruntukan kewangan dalaman mencukupi melalui aktiviti jualan, guru mempunyai pengalaman pengurusan kewangan yang berkesan, penggunaan sumber kewangan sangat minimum, mendapat penajaan daripada pihak luar dan pengurusan sistem fail kewangan yang sistematik.
Jadual 1 Kekuatan (S): Peratus Item Pengurusan Kewangan dalam kokurikulum di sekolah
Bil. Item Berkaitan Bilangan Peratus
1 Peruntukan kewangan dalaman mencukupi melalui aktiviti jualan 7 46.66 2 Guru mempunyai pengalaman pengurusan kewangan yang berkesan 6 39.99
3 Penggunaan sumber kewangan sangat minimum 3 19.99
4 Mendapat penajaan daripada pihak luar 2 13.33
5 Pengurusan sistem fail kewangan yang sistematik 1 6.66
Berdasarkan Jadual 2, hasil analisis SWOT kekuatan (S) dalampengurusan aktiviti mengikut jumlah item yang dinyatakan menunjukkan keputusan yang sama dalam pengurusan menyelitkan unsur kewangan dan mengguna kemudahan sedia ada di sekolah iaitu masing-masing 53.28 peratus. Item kerjasama berpasukan dalam kalangan guru menjadi pilihan tujuh buah sekolah 46.62 peratus. Bagi item mengadakan perancangan aktiviti yang rapi mempunyai 39.96.Latar belakang guru pemimpin aktif mempunyai 33.33 peratus pilihansementara item guru mempunyai kepakaran pengendalikan aktiviti dan item 100 peratus guru melibatkan diri dalam aktiviti menmpunyai aalisis peratus yang sama iaitu 26.64 peratus
Jadual 2 Kekuatan (S): Peratus Item Pengurusan Aktiviti dalam kokurikulum di sekolah
Bil. Item Berkaitan Bilangan Peratus
1 Pengurusan menyelitkan unsur kewangan. 8 53.28
2 Mengguna kemudahan sedia ada di sekolah. 8 53.28
3 Kerjasama berpasukan dalam kalangan guru. 7 46.62
4 Mengadakan perancangan aktiviti yang rapi. 6 39.96
5 Latar belakang guru pemimpin aktif. 5 33.33
6 Guru mempunyai kepakaran pengendalikan aktiviti. 4 26.64
7 100 peratus guru melibatkan diri dalam aktiviti 4 26.64
Berdasarkan Jadual 3, hasil analisis SWOT kelemahan(W) dalam pengurusan kewangan menunjukkan keputusan bagi item sumber kewangan terhad iaitu menjadi pilihan lapan daripada 15 sekolah dengan 53.28 peratus diikuti guru tidak proaktif menjana kewangan dan tiada kolaborasi dengan pihak luar masing-masing mempunyai dapatan sama iaitu dengan 39.96 peratus.Bagi item pengurusan kewangan lemah ialah 33.33 peratus dan untuk item kos untuk melaksanakan sesuatu program tinggi ialah berjumlah 4 iaitu 26.64 peratus.
2011
Jadual 3 Kelemahan (W): Peratus Item Pengurusan Kewangan dalam kokurikulum di sekolah
Bil. Item Berkaitan Bilangan Peratus
1 Sumber kewangan terhad 8 53.28
2 Guru tidak proaktif menjana kewangan 6 39.96
3 Tiada kolaborasi dengan pihak luar 6 39.96
4 Pengurusan kewangan lemah 5 33.33
5 Kos untuk melaksanakan sesuatu program tinggi 4 26.64
Berdasarkan Jadual 4, hasil analisis SWOT kelemahan (W) dalam pengurusan aktiviti menunjukkan keputusan bagi item kehadiran pelajar dalam aktiviti kehadiran pelajar sedikit dalm aktiviti iaitu sebanyak 46.62 peratus.Item kurang kerjasama ibu-bapa dalam aktiviti mempunyai dapatan 39.99 peratus diikuti 33.33 peratus dapatan dalam item guru tidak mempunyai pengalaman melaksanakan aktiviti.Item kurang kemudahan jika pelajar ramai, pengurusan masa beraktiviti terhad dan tiada kawasan yang sesuai jika aktiviti dilaksana di luar bilik darjah mempunyai dapatan peratus yang sama iaitu 19.99 peratus.
Jadual 4 Kelemahan (W): Peratus Item Pengurusan Aktiviti dalam kokurikulum di sekolah
Bil. Item Berkaitan Bilangan Peratus
1 Kehadiran pelajar sedikit dalam aktiviti. 7 46.62
2 Kurang kerjasama ibu-bapa dalam aktiviti. 6 39.99
3 Guru tidak mempunyai pengalaman melaksanakan aktiviti. 5 33.33
4 Kurang kemudahan jika pelajar ramai 3 19.99
5 Pengurusan masa beraktiviti terhad. 3 19.99
6 tiada kawasan yang sesuai 3 19.99
Berdasarkan Jadual 5, hasil analisis SWOT peluang(O) dalam pengurusan kewangan menunjukkan keputusan bagi item sumber kewangan derma PIBG dan menjana kewangan sendiri menunjukkan peratusan yang paling tinggi untuk analisis peluang iaitu 53.28 peratus. Hal ini menunjukkan guru-guru pengurus kokurikulum mempunyai keyakinan untuk membimbing pelajar ke arah menjadi usahawan disamping pendapat Mohd Ayop Abd. Razid (2015) mengatakan bahawa PIBG berperanan sebagai rakan kongsi sekolah untuk membantu pembangunan serta kemajuan sekolah dan pelajar. Walaupun ada peluang mengharap kutipan daripada ahli iaitu 46.62 peratus menunjukkan tidak semua guru mengharap yuran pelajar untk melaksanakan aktiviti dan guru juga berhasrat memberi peluang kepada pihak luar untuk menyumbang kepada kelancaran pelaksanaan aktiviti kokurikuum di sekolah. Hasil dapatan menunjukkan guru yang proaktif ada yang berdaya usaha bersama murid mendapat peluang bertanding keperingkat antarbangsa dan memenangi hadiah untuk disumbang dalam dana persatuan iaitu terdapat di dua buah sekolah.
Jadual 5Peluang (O): Peratus Item Pengurusan Kewangan dalam kokurikulum di sekolah
Bil. Item Berkaitan Bilangan Peratus
1 Sumbangan kewangan derma dari PIBG 8 53.28
2 Menjana kewangan sendiri 8 53.28
3 Kutipan yuran daripada ahli 7 46.62
2012
5 Hadiah kemenangan 2 13.32
Berdasarkan Jadual 6, hasil analisis SWOTPeluang (O)dalam pengurusan aktiviti menunjukkan peratus sokongan daripada pihak sekolah tinggi aiatu 79.92 peratus diikuti peluang untuk guru fokus kepada persatuan yang diminati murid dngan 66.66 peratus. Bagi analisis item peluang menyertai aktiviti peringkat lebih tinggi, sumbangan kepakaran pihak luar dan meningkatkan imej sekolah mempunyai dapatan yang sama iaitu 46.62 peratus.
Jadual 6Peluang (O): Peratus Item Pengurusan Aktiviti dalam kokurikulum di sekolah
Bil. Item Bilangan Peratus
1 Sokongan daripada pihak sekolah. 12 79.92
2 Aktiviti diminati murid. 9 66.66
3 Membuka peluang menyertai aktiviti peringkat lebih tinggi. 7 46.62
4 Sumbangan kepakaran pihak luar 7 46.62
5 Meningkatkan imej sekolah. 7
46.62
Berdasarkan Jadual 7, hasil analisis SWOTAncaman (T)) dalam pengurusan kewangan menunjukkan keputusan bagi item berkaitan ancaman hanya terdapat 3 sekolah sahaja yang berkaitan dengan ibu- bapa tidak mampu membayar yuran yang tinggi dan dapatan analisis untuk item sumbangan kewangan terhad iaitu 19.99 peratus. Gangguan cuaca juga disenaraikan sebagai ancaman iaitu sebanyak 19.99 peratus
Jadual 7Ancaman (T): Peratus Item Pengurusan Kewangan dalam kokurikulum di sekolah
Bil. Item Berkaitan Bilangan Peratus
1 Ibu-bapa tidak mampu membayar yuran yang tinggi 3 19.99
2 Sumbangan bantuan kewangan terhad 3 19.99
3 Gangguan Cuaca 3 19.99
Berdasarkan Jadual 8, hasil analisis SWOTAncaman (T)dalam pengurusan aktiviti menunjukkan item bagi komitmen pihak pengurusan sekolah ikut keperluan, Kesesuaian tempat beraktiviti, jadual kelas padat kesuntukan masa aktiviti mempunyai dapatan analisis ancaman yang sama dan agak rendah iaitu 26.64 peratus. Komitmen ibu-bapa dan komitmen murid mempunyai dapatan analisis yang sama iaitu 10.99 peratus sementara ancaman terendah ialah pengetahuan pihak pengurusan terhadap aktiviti yang sukar iaitu 13.32 peratus. Hal berkaitan cuaca juga diutarakan oleh Wan Syamsul Almy (2017) iaitu ancaman bukan sahaja datang dari cuaca hujan yang berlaku, kadang kala banjir yang diluar jangkaan semua menyebabkan semua aktiviti terhenti dengan serta merta. Kesedaran incaman ini membolehkan para guru melaksanakan perancangan awal untuk menghadami situsi tersebut.
Jadual 8 Ancaman (T): Peratus Item Pengurusan Aktiviti dalam kokurikulum di sekolah
Bil. Item Berkaitan Bilangan Peratus
1 Komitmen pihak pengurusan sekolah ikut keperluan. 4 26.64
2 Kesesuaian tempat beraktiviti. 4 26.64
3 Jadual kelas padat kesuntukan masa beraktiviti. 4 26.64
4 Komitmen ibu bapa 3 19.99
5 Komitmen murid. 3 19.99
2013
Hasil temubual terhadap kekuatan pelaksanaan kokurikulum disekolah, guru-guru berpendapat kejayaan pelaksanaan majoriti terletak kepada komitmen guru-guru yang sanggup memberi masa yang banyak terhadap pelaksanaan aktiviti. Hal ini dijelaskan oleh pendapat Mohamad Najib Abdul Ghafar & Jamaliah Jalaludin(2015)bahawa bilangan guru penasihat yang komitmen pada tanggungjawab mampu mempengaruhi kejayaan sesebuah kelab.Majoriti guru berpendapat kos untuk sesuatu aktiviti agak seperti menyertai pertandingan peringkat antarabangsa oleh SASBAN (persatuan kugiran) melibatkan puluhan ribu ringgit. Hampir Semua guru berpendapat melalui analis SWOT dapat mengenalpasti secara lebih jelas kekuatan dan kelemahan serta penambahbaikan yang boleh diambil oleh sesebuah sekolah.
Pendapat guru setelah diberi analogi bahawa terdapat kelemahan dalam pelaksanaan aktiviti dalam kokurikulum, mereka berpendapat maslah kewangan boleh diatasi dengan membudayakan kemahiran keusahawanan dalam kalangan pelajar, melibatkan agensi luar dalam aktiviti kokurikulum dan setiap diaktiviti dilaksanakan secara kolaborasi antara persatuan, antara sekolah dan antara zon. Semua guru yang ditemubual berpendapat mereka tidak mempunyai masalah kewangan dalam melaksanakan sebarang aktiviti kokurikulum. Para guru juga berpendapat pelajar dapat menerapkan nilai-nilai murni dan disiplin yang tinggi melalui kegiatan kokurikulum. 5.0 KESIMPULAN DAN PERBINCANGAN
Pembelajaran abad ke-21 perlu dikembangkan agar kualiti pendidikan di Malaysia selari dengan kualiti pendidikan bertaraf dunia. Pelaksanaan Analisi SWOT amat releven kerana kelebihan aspek pengamalan lepas dalam pengajaran dapat memberi kesan positif kepada pencapaian pelajar (Nessel & Graham, 2007; Edwards & Briers, 2000). Hasil analisis item soalan ini boleh dijadikan panduan rujukan untuk penilaian dalam melaksanakan sesuatu persatuan, kelab, pasukan pakaian seragam agar pelaksanaan dapat meningkatkan imej sekolah seterusnya melahirkan generasi yang cemerlang. Melalui pelaksanaan kokurikulum dapat menjana kemahiran insaniah pelajar agar berupaya berdaya saing dalam era globalisasi.
Rujukan
A. W. Steiss. (2003). Strategic management and for public and non-profit organization (Public Admistration And Public Policy). Routledge.
Ab. Alim Abd Rahim (1999). “Pengurusan Kokurikulum.” Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn Bhd. Abdul Rahman Aroff dan Zakaria Kasa. (1987). Falsafah dan konsep pendidikan. Petaling Jaya:
Fajar Bakti.Bahagian Sekolah Sekolah
Ahmad Esa, Jailani Mohd Yunus, dan Noraini Kaprawi (2004). “Peranan Kokurikulum dalam Pembangunan Kemahiran Generik” Jurnal Sains Sosial. KUiTTHO: Jilid 2. Bil 1. hlm 1-7.
Bahagian Perancangan Pelajaran KPM. (1980). Buku panduan pengurusan gerak kerja kokurikulum sekolah menengah. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Chua Yan Piaw (2006), Kaedah penyelidikan: kaedah dan statistik penyelidikan. Kuala Lumpur: Mc. Graw Hill Sdn. Bhd.
Creswell, J. W. (2008). Education research: Planning, conducting, and evaluating quantitative and qualitative research (4th.ed.). United States of America: Pearson International Edition.
Creswell, J. W. (2012). Education Research: Planning: conducting, and evaluating quantitative and qualitative research (4th.ed.). United States of America: Pearson International Edition.
2014
Hussein Mahmood. (1993). Kepimpinan dan keberkesanan sekolah. KualaLumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2012). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia
KPM. (2007). Memperkasa kepimpinan instruksional di sekolah. Kuala Lumpur: KPMCampell, Kurikulum & Dewan Bahasa dan Pustaka.
Lim Feng Nii. (2016). Pengurusan Kewangan Persatuan. Muat turun pada 15 Februari, 2018 dari https://www.scribd.com/doc/177513649/3-Pengurusan-Kewangan-Persatuan
Mohd Ayop Abd. Razid. (2015). Peranan PIBG semakin mencabar. Muat turun pada 14 Mac 2018 dari http://www.utusan.com.my/rencana/peranan-PIBG-semakin-mencabar-1.93043 Mohd Salleh Lebar. (2000). Pentadbiran Pendidikan & Pendidikan Di Malaysia. Petaling Jaya:
Addison Wesley Logmans Malaysia Sdn Bhd.
Mohd Tahir, L. & Othman, O. (2010). Keperluan aktiviti kokurikulum (Beruniform)Multimedia Sdn. Bhd.
Roiamah Basri. Penubuhan dan pengurusan Kokurikulum. Muat turun pada 14 Mac 2018 di https://www.slideshare.net/roiamah/penubuhan-dan-pengurusan-kelab-persatuan-unit-beruniform
Sharifah Alawiyah Al Sagoff (1983). Ilmu pendidikan pedagogi. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia
Sistem guru online. Himpunan Pekeliling Ikhtisas Penubuhan Kelab dan Persatuan Sekolah. Muat turun pada 13 Mac 2018 dari https://www.sistemguruonline.my/2018/01/himpunan- pekeliling-ikhtisas-penubuhan-kelab-dan-persatuan-sekolah.html
Soaib Asimiran. (2003). Pengurusan Kewangan Dalam Pendidikan. Dalam Kepimpinan Pendidikan: Satu langkah ke hadapan, hlm. 78-89. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia
Vasudevant,T.A.,(1987). Kegiatan Kokurikulum Penyeliaan dan Pentadbiran. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti
Wan Suhaimi Wan Setapa. (2017). Pengurusan kewangan. Muat turun pada 20 Februari 2018 dari https://www.slideshare.net/wansuhaimiwansetapa/pengurusan- kewangan-70653227 York: Marcel Dekker.
Zaidatol Akmaliah Lope Pihie. (2011). Transformasi Kepimpinan Pendidikan: cabaran dan hala tuju. Penerbit UPM Serdang, Selangor.