• Tidak ada hasil yang ditemukan

Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan (1986)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Pedoman Ejaan Jawi Yang Disempurnakan (1986)"

Copied!
27
0
0

Teks penuh

(1)

c c c c !"# $%%$&

' ($%" )

* +,#',,,# c ' Y Y

$!-Tujuan kertas ini ialah:

i) Untuk menyampaikan maklumat terakhir tentang perkembangan sistem

ejaan Jawi yang rasmi, iaitu @

@ tahun 1986, yang dirumuskan oleh Dewan Bahasa dan

Pustaka berdasarkan keputusan Konvensyen Tulisan Jawi tahun 1984.

Y

º! - + + -

º.1- Tujuan Penyempurnaan Ejaan Ja wi:

Penyempurnaan sistem ejaan Jawi bertujuan yang berikut: i) Untuk mewujudkan satu sistem tulisan dan ejaan Jawi yang

kemaskini yang sekaligus menyelaraskan pelbagai kaedah ejaan Jawi yang tidak seragam dalam penggunaan (sebelum tahun 1986).

(2)

ii) Untuk membaiki atau membetulkan beberapa kelemahan atau kekurangan yang terdapat dalam sistem ejaan Jawi lama yang sedang digunakan, iaitu Sistem Ejaan Jawi Za'ba.

iii) Untuk memodenkan sistem ejaan Jawi (selaras dengan perkembangan ejaan Rumi) supaya dapat diperl uas dan

dipertingkatkan penggunaannya menjadi wahana penulisan bahasa Melayu moden, tanpa menghapuskan ciri -ciri khusus sejarah dan budayanya, bagi menghadapi perkembangan bahasa, bangsa dan

negara dalam merealisasikan wawasan tahun º º dan seterusnya.

º.º- Langkah-langkah Penyempurnaan Ejaan Jawi (1981 -1989).

Dua usaha penting pada peringkat awal penyempurnaan sistem tulisan dan ejaan Jawi ialah usaha yang dibuat oleh Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Diraja Johor (P.Bm.P.B) yang menerbitkan sistem ejaan

Jawi pada tahun 1937 ($)

dan usaha yang dibuat oleh Allahyarham

Zainal Abidin bin Ahmad (seterusnya disebut Za'ba) pada tahun 1939. Tulisan Jawi yang terpakai di sektor pendidikan dan dalam pelbagai urusan sejak awal abad ini hingga tahun 1986 ialah Sistem Ejaan Jawi Za'ba (seterusnya disebut Jawi Za'ba) yang diasaskan pada tahun 1939 (º)

itu.

Selepas itu, usaha untuk meneliti dan menyempurnakan ejaan Jawi tidak berlaku sehingga akhir tahun 197 -an, kecuali oleh pihak swasta

seperti Penerbit i. Dalam dekad 198 -an, antara usaha

yang diambil untuk menyempurnakan sistem ejaan Jawi diperturunkan di bawah.

i) Pada tahun 1981, Jawatankuasa Mengkaji Penggunaan Bahasa Malaysia (yang dilantik oleh Y.B. Menteri Pendidikan) telah memperakukan supaya "Sistem Ejaan Jawi yang ada sekarang hendaklah dikaji semula dan diperkemas. Sebuah buku Daftar Ejaan Rumi-Jawi yang lengkap hendaklah diusaha dan diterbitkan dengan segera". (.)

ii) Untuk melaksanakan perakuan tersebut, Dewan Bahasa dan Pustaka telah melantik sebuah Jawatankuasa Mengkaji Semula Sistem Ejaan Jawi pada bulan Februari tahun 1983 (seterusnya disebut Jawatankuasa Ejaan Jawi DBP). Jawatankuasa tersebut dianggotai oleh pakar-pakar sistem ejaan Jawi yang mewakili Pusat Perkembangan Kurikulum, Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia,

(3)

dan Pusat-pusat Pengajian Tinggi Tempatan (/)

. Bidang Tugas

Jawatankuasa ini ialah membuat kajian semula terhadap Sistem

Ejaan Jawi Za'ba (@ i @ @

i tahun 1941, dani

!tahun 1949), Sistem Ejaan Jawi Dian i(0)dan

sistem ejaan Jawi yang digunakan dalam penerbitan-penerbitan

Syarikat Utusan Melayu Sdn. Berhad ( )

, serta beberapa penerbitan

Jawi yang lain.

iii) Hasil kajian Jawatankuasa Ejaan Jawi DBP (1983) itu

dibentangkan dalam Konvensyen Tulisan Jawi (Anjuran Yayasan Islam Terengganu, dan Dewan Bahasa dan Pustaka) yang diadakan pada 9-11 April 1984 di Terengganu. Konve nsyen ini dihadiri oleh 15 orang pakar tentang ejaan Jawi, termasuk mereka yang fasih dalam bahasa Arab dan ahli agama Islam, yang terdiri daripada wakil-wakil jabatan kerajaan, pusat pengajian tinggi, institusi dan badan sukarela di seluruh negara, serta beberapa perwakilan rasmi dari negara Indonesia, Brunei Darussalam, Singapura, dan

Thailand (1)

.

iv) Cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Ejaan Jawi DBP telah diterima dengan baik oleh peserta Konvensyen di Terengganu itu. Hasilnya telah dirumuskan dan disusun oleh D ewan Bahasa dan Pustaka dalam tahun 1985, dan diterbitkan pada tahun 1986 dalam

bentuk buku berjudul @

(")

(seterusnya disebut @ ).

v) Dalam tahun 1987, Jawatankuasa Ejaan Jawi DBP telah mengadakan pertemuan dan menerima pandangan darip ada

beberapa orang pakar serta bersetuju membuat sedikit pembaikan ke

atas rumusan yang terkandung dalam @ tahun 1986 itu.

Kemudian, naskhah pedoman tersebut diperkemas dan diterbitkan

sebagai edisi kedua dengan judul @ (%)yang sama pada tahun

1987.

vi) Dengan berdasarkan @ (1987) itu, Dewan Bahasa dan

Pustaka telah menyusun ! ($2)yang pertama

kali diterbitkan pada tahun 1988. Senarai kata masukan adalah

berdasarkan senarai kata masukan dalam buku !

(4)

vii) ! (1988) ini telah diterima dengan pelbagai

reaksi oleh pengguna kerana terdapat beberapa banyak kesalahan pengejaan kata. Berdasarkan pandangan beberapa orang pakar, daftar ini telah disemak semula dan diterbitkan cetakan kedua pada

tahun 1989 ($º)

. Dalam cetakan kedua ini, terdapat pembetulan

terhadap beberapa perkataan yang dicetak salah atau kurang tepat pengejaannya dalam cetakan pertama, terutama perkataan pinjaman dan serapan daripada bahasa Arab. Buku cetakan kedua tahun 1989 ini memansuhkan penggunaan buku cetakan pertama tahun 1988. Beberapa kesalahan pengejaan kata yang masih terdapat di

dalamnya akan dibetulkan supaya sesuai dengan @ .

viii) Kini, Dewan Bahasa dan Pustaka sedang menyus un edisi

kedua ! . Daftar ini akan mengandungi

semua kata dasar dan kata terbitan yang terdapat dalam

perbendaharaan kata bahasa Melayu umum dewasa ini. Dengan terbitnya daftar ini kelak, maka cara pengejaan kata dalam tulisan Jawi bagi semua bentuk kata dasar dan kata terbitan umum dapat diselesaikan dan disebarkan.

Y

.&3!45'+ ' ($%" )&

3.1- Dasar penyempurnaan ejaan jawi: Dasar penyempurnaan ejaan Jawi tahun 1986 cukup jelas, iaitu mewujudkan sistem ejaan Jawi untuk keperluan masa kini dan keperluan masa depan dengan berlandaskan sistem ejaan Jawi yang sedang digunakan. Dengan itu, landasan yang digunakan bagi usaha penyempurnaan ejaan Jawi ialah Ja wi Za'ba (1941, 1949). Proses penyempurnaan terhadap Jawi Za'ba itu

dilakukan dengan lima kegiatan atau perkara ($.)

, iaitu (i)

mengekalkan yang sudah kemas, (ii) melengkapkan yang kurang, (iii) mengadakan yang tiada, (iv) menjelaskan yang kabur, dan (v)

mengemaskan yang longgar.

3.º- Dengan landasan yang demikian, rumusan yang dibuat oleh

Jawatankuasa Ejaan Jawi DBP sebagaimana yang diterima oleh Konvensyen Tulisan Jawi (1984) itu "bukanlah menghasilkan sesuatu sistem ejaan Jawi yang baru yang sama sekali menyimpang darip ada sistem ejaan sekarang, yakni yang disusun oleh Almarhum Zainal Abidin bin Ahmad (Za'ba). Sebaliknya yang dihasilkan hanyalah Sistem Ejaan Jawi Za'ba yang diperkemas dan dinyatakan semula dengan perkataan baru". (Kertas Kerja 1984, hlm. 1).

(5)

3.3- Sebagai kesimpulannya, apabila diteliti @ dengan saksama,

ternyatalah kepada kita dua kumpulan maklumat yang baru di dalamnya, iaitu maklumat yang tidak terdapat dalam Jawi Za'ba.

Maklumat yang dimaksudkan itu ialah kaedah atau aturan yang berupa "pembaikan" dan kaedah atau aturan yang berupa "tambahan" kepada Jawi Za'ba. Kedua-dua aspek "pembaikan" dan "tambahan" ini

disifatkan sebagai kebaikan-kebaikan @ yang disimpulkan

sebagai melebihi sistem ejaan lama.

3.4- Dalam kertas kerja ini, kami akan menampilk an kaedah atau aturan yang berupa "pembaikan" dan "tambahan" yang menjadikan Jawi

Za'ba itu lebih sempurna sebagaimana yang termaktub dalam @ .

Perkara ini dilihat dari sudut sistem huruf sebagai sistem bagi lambang bunyi atau lambang fonem, dan bukan huruf sebagai ejaan atau tulisan semata-mata. Contoh-contoh ejaan lama yang disenaraikan di sini boleh berupa ejaan Jawi Za'ba atau ejaan yang tidak disenaraikan

dalam i !Za'ba tahun 1949 tetapi

digunakan sebagai ejaan Jawi Lama.

Y

/& 6 &

Dalam @ , huruf Jawi lebih lengkap untuk melambangkan semua

fonem atau bunyi Melayu jati dan bunyi atau fonem pinjaman yang ada dalam bahasa Melayu moden kini. Kesemuanya terdapat 37 huruf; iaitu, semua 3 huruf daripada tulisan Arab klasik dan tujuh yang disesuaikan bentuknya daripada huruf Arab. Ini lebih lengkap daripada Jawi Za'ba; malah, lebih kaya daripada huruf Arab sendiri.

4.1- Pelambangan Konsonan.

Kesemua fonem konsonan jati dan fonem pinjaman yang terdapat dalam bahasa Melayu moden kini dapat dilambangkan oleh huruf

-huruf Jawi dalam @ , iaitu hampir kesemuanya dengan

pelambangan satu lawan satu antara huruf dengan fonem atau bunyi. Perinciannya:

i) Tiga belas konsonan jati Melayu dilambangkan de ngan 13 huruf daripada bahasa Arab, iaitu [b] ba, [t] ta dan ta marbutah, [d] da, [k] kaf, [s] sin, [h] ha (simpul), [j] jim, [l] lam, [r] ra, [m] mim, [n] nun, [w] wau dan [y] ya. Ini sama dengan Jawi Za'ba.

(6)

ii) Lima bunyi konsonan jati dilambangkan denga n huruf Arab yang diubahsuai tanda titiknya, iaitu [p] pa, [g] ga, [c] ca, [ny] nya dan [ng] nga. Ini sama dengan Jawi Za'ba.

iii) Bunyi konsonan jati Melayu hentian glotis [?] dilambangkan dengan huruf hamzah (di awal) atau huruf qaf (di akhir). Ini pembaikan kepada Jawi Za'ba / Lama.

Perinciannya:

a) Menggunakan huruf ( ϕ ) sahaja sebagai lambang bagi bunyi hentian glotis di akhir kata jati bahasa Melayu. Dalam Jawi Za'ba / Lama, terdapat tiga huruf yang biasa digunakan sebagai

lambang hentian glotis penutup suku kata atau di akhir kata, iaitu huruf qaf, kaf dan hamzah yang ketiga -tiganya digunakan tanpa aturan yang tertentu -- seolah-olah konsonan hentian glotis itu mempunyai tiga nilai bunyi yang berbeza. Huruf qaf dipilih kerana sudah banyak penggunaann ya dalam Jawi Lama. Tidak ada kekecualian dalam aturan ini.

Contohnya:

ÿ Y Y @ Y

Y ϕ ΩϭΏ ϕ ΩϭΏ

Y ϙϱ΃ Ώ ϕ ϱ˯΍ Ώ

Y ˯ ϭϙϭ̣ ϕ ϭϙϭ̣

Berikutan aturan itu, huruf kaf digunakan sebagai lambang bagi konsonan [k] (bukan hentian glotis, tetapi plosif lelangit lembut tak bersuara) di akhir kata bahasa Inggeris dan bahasa -bahasa Eropah yang lain. Manakala huruf hamzah (yang melambangkan hentian glotis) hanya terdapat di akhir kata pinjaman daripada bahasa Arab, di samping penggunaan huruf kaf dan qaf bagi kata -kata tertentu.

Dengan aturan baru dalam @ ini, dapat dikenal dengan

mudah asal sesuatu kata (etimologi) dalam bahasa Melayu dengan cuma melihat kepada huruf akhir kata tersebut sama ada kaf atau qaf atau hamzah. Ini suatu kebaikan bagi kaedah

(7)

b) Menggunakan huruf hamzah sebagai lambang hentian glotis Melayu yang membuka suku kata kedua yang bermula denga n vokal (yakni, khusus bagi hamzah di antara kata sendi [di dan ke] atau awalan [di-, ke- dan se-] dengan kata dasar yang bermula dengan vokal). Contoh:

ÿ Y Y @ Y YY ƒ΃ Ω ƒ˯΍ Ω c YY ƒ΃ ϙ ƒ˯΍ ϙ Y ϱƒ΃ Ω ϱƒ˯ ΍ Ω c Y ϥ΃ϡ ̱΃ϙ ϥ˯΍ ϡ ΍̱˯΍ ϙ Y ϡ ΍̱΃ƒ ϡ ΍̱˯ ΍ƒ

Hamzah diletakkan di tengah baris, dan bukan di atas alif atau di bawah alif atau di atas garis dasar. Ini pembaikan terhadap Jawi Za'ba/Lama.

iv) Empat belas fonem atau bunyi konsonan Arab yang diterima menjadi bunyi pinjaman dalam bahasa Melayu ialah yang

dilambangkan dengan huruf tha, ha, kha, zal, zai, syin, sod, dod, to, zo, ain, ghain, fa, dan qaf. Huruf zai, syin dan fa digunakan juga untuk melambangkan bunyi daripada bahasa Inggeris dan Eropah [z], [sy] dan [f] satu per satu. Semua kata daripada bahasa Arab yang mengandungi huruf-huruf ini diterima dan dikekalkan huruf dan bentuk ejaan katanya dalam bahasa Melayu, kecuali beberapa kata yang disesuaikan ejaannya (hurufnya) dan bentuknya dengan kaedah sebutan Melayu jati. Ini sama dengan Jawi Za'ba/Lama.

v) Fonem [v] pinjaman daripada bahasa Inggeris dilambangkan dengan huruf baru va, iaitu wau bertitik di atas ( ̫ ). Ini tambahan kepada

Jawi Za'ba. Huruf baru Ô ini dicipta sebagai padanan bagi huruf

rumi [v] untuk menulis atau mengeja kata daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah lain yang menggunakan aksara Latin yang mengandungi huruf tersebut. Jawi Za'ba/Lama menggunakan sama ada huruf ba atau wau atau fa tanpa aturan yang jelas. Contoh:

(8)

Y ΍ƒϱ ϭ ΍ ƒϱ ̫

Yϱ ϱƒΏϱ ϥ ϭ ϱ ϱϱƒ̫ϱ ϥ ϭ ΍

Y ϑϱƒ Ώƒ ϑϱƒ̫Ώϭƒ

vi) Semua huruf Jawi yang berasal daripada tulisan bahasa Arab

digunakan dalam @ . Ini menjadikan tulisan Jawi memiliki

sistem abjad dan sistem huruf yang lebih lengkap daripada abjad dan sistem huruf Rumi. Sehinggakan, apabila semua huruf Jawi tersebut diperlukan padanannya dalam ejaan Rumi, maka terpaksalah

disediakan huruf-huruf Rumi yang sesuai yang dapat melambangkan kesemua bunyi Arab yang disusun menurut kaedah transliterasi yang berbeza daripada huruf Rumi biasa, seperti [s] bagi sod, bagi

menuliskan atau mengeja istilah agama Islam. Kaedah huruf Rumi

transliterasi ini dapat juga dilihat dalam buku @ "

#$%& #!($/)tahun 1984.

4.º- Pelambangan Vokal:

i) Enam fonem vokal Melayu dalam @ dilambangkan dengan

tiga huruf Jawi seperti dalam Jawi Za'ba, iaitu alif, wau, dan ya. Dalam sistem Jawi, tidak dibezakan nilai panjang atau pendek bunyi vokal seperti yang terdapat dalam sistem bunyi vokal bahasa Arab. Ini memperkemaskan Jawi Za'ba/Lama. Perincian:

a) Vokal [a] dilambangkan dengan alif jika di awal kata dasar atau pada suku kata terbuka.

b) Alif yang melambangkan vokal pepet (iaitu sama ada sebagai satu suku kata atau sebagai permulaan suku kata) hanya hadir di kedudukan awal kata dasar.

c) Vokal [i] dan [e] dilambangkan dengan huruf ya pada semua suku kata terbuka atau suku kata tertutup, tetapi dilambangkan dengan alif-ya apabila di awal kata dasar.

d) Vokal [u] dan [o] dilambangkan dengan huruf wau pada semua suku kata terbuka atau suku kata tertutup, tetapi dilambangkan dengan alif-wau apabila di awal kata dasar.

e) Vokal [a] dan pepet tidak dilambangkan dengan alif jika terletak dalam suku kata tertutup (pola KVK).

(9)

ii) Huruf ya tanpa titik (alif maqsurah), iaitu ϯ , diterima

dalam @ menjadi huruf yang berbeza fungsinya daripada huruf

ya biasa ϱ (ya bertitik). Ya tanpa titik ini diberi satu fungsi

tambahan, iaitu sebagai padanan bagi huruf [e] yang melambangkan bunyi pepet pada akhir perkataan, khususnya yang terdapat pada akhiran -isme dan -ase dalam kata pinjaman daripada bahasa Inggeris. Ini tambahan kepada Jawi Za'ba/Lama.

Contoh: ÿ Y Y @ Y ÿ Yϡ ίϱ ϝ ϥϭϱƒ΍ ϯϡƒϱϝ΍ ϥϭϱƒ΍ á Y ϡί ϱϝ ΍ϱΩ ϱ΍ ϯϡƒϱϝ΍ ϱΩ ϱ΍ Y ƒϱϝ ϱϡ ΍ ϯƒ΍ ϝϱϡ ΍ Y ƒϱ̣ϱϝ ϯƒ΍ ̣ϱ ϝ

Fungsi tambahan ya tanpa titik dalam @ ini sama sekali tidak

menjejaskan fungsinya yang sedia sebagai alif maqsurah yang diterima dalam kata pinjaman daripada bahasa Arab seperti ϩϝϝ΍

ϯϝ΍ω (Allah Taala) dan ϯƒϭ ϡ (Musa).

Dengan ini, huruf ya tanpa titik dalam @ melambangkan dua

fonem vokal: (i) Sebagai lambang vokal [a] panjang di akhir kata pinjaman daripada bahasa Arab dan (ii) sebagai lambang vokal pepet di akhir kata pinjaman daripada bahasa Inggeris.

4.3- Pelambangan Diftong:

i) Dua daripada tiga bunyi diftong dalam bahasa Melayu

dilambangkan dengan huruf baru dalam @ , Diftong [ai]

dilambangkan dengan alif-ya; diftong [au] dilambangkan dengan alif-wau. Ini memperkemas aturan dalam Jawi Za'ba/Lama. Diftong [oi] ditulis dengan huruf wau-ya. Perincian:

a) Dalam Jawi Lama, diftong [ai] menggunakan huruf ya yang digunakan juga bagi vokal [i] dan [e]. Ini menyebabkan huruf ya boleh dibaca sebagai vokal atau diftong dalam kata yang

homografik sifatnya. Dengan menggunakan alif -ya sebagai lambang diftong [ai], kita mengurangkan fungsi huruf ya, ia itu

(10)

daripada empat bunyi -- konsonan [y], vokal [i], vokal [e], dan diftong [ai] -- kepada tiga sahaja, iaitu cuma bagi lambang vokal dan konsonan. Dengan ini juga, dibezakan dengan jelas homograf yang mengandungi diftong [ai] daripada yang mengandungi vok al [i] atau [e]. Contoh:

ÿ Y Y Y

Y ϱ ̣ ϱ΍ ̣

Y ϱ ̣ ϱ ̣

c Y ϱϝϭϙ ϱ΍ ϝϭϙ

c Y Y ϱϝϭϙ ϱϝϭϙ

b) Begitu juga, dalam Jawi Lama, diftong [au] menggunakan huruf wau yang digunakan juga bagi vokal [u] dan [o]. Ini

menyebabkan huruf wau boleh dibaca sebagai vokal atau diftong dalam kata yang homografik bentuknya. Dengan menggunakan alif-wau sebagai lambang diftong [au], kita juga mengurangkan fungsi huruf wau, iaitu daripada empat bunyi -- konsonan [w], vokal [u], vokal [o], dan diftong [au] -- kepada tiga sahaja, iaitu cuma sebagai lambang bagi vokal dan konsonan. Dengan ini juga, dapatlah kita bezakan homograf yang mengandungi diftong [au] daripada yang mengandungi vokal [u] atau [o] dengan jelas. Contoh: ÿ Y Y Y Y ϡ ϝϭ ̣ ϭ΍ ̣ϡϝ Y ϭ̣ϡ ϝ ϭ̣ϡ ϝ c Y ϭ ϝ ϱϙ ϭ ΍ ϝϱϙ cY ϭ ϝ ϱϙ ϭ ϝ ϱϙ

Menggunakan bentuk ejaan yang berlainan bagi dua kata yang sebutan dan maknanya berbeza tentulah lebih mudah daripada hendak menentukan sebutan dan makna bagi kata homograf

dengan semata-mata berdasarkan penggunaan dalam konteks ayat.

(11)

0&

c'-@ menyelaraskan dan mengurangkan penggunaan aturan yang

berbagai-bagai atau yang banyak bagi mengeja kata -kata dalam sesuatu kategori pola ejaan yang sama yang terdapat dalam Jawi Za' ba/Lama. 5.1- Ejaan Kata Ekasuku:

@ memperkenalkan aturan ejaan kata ekasuku yang berpola

KVK yang mudah berbanding dengan ejaan Jawi Za'ba/Lama. Perincian:

i) Semua kata ekasuku tertutup dengan vokal [a] dieja dengan huruf alif, iaitu bagi semua kata Melayu Jati dan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa lain, kecuali daripada bahasa Arab. Ini menyelaraskan aturan Jawi Za'ba/Lama. Dalam Eja an Jawi Lama, ada kata yang menggunakan alif, ada kata yang tanpa alif. Contoh: Wang ̭΍ϭ , dan ϥ΍Ω , jam ϡ ΍Ν , dam ϡ΍Ω (sejenis

permainan), kad Ω ΍ϙ , plat ΍ ϝ̣ .

ii) Semua kata ekasuku yang berasal daripada bahasa Arab dikekalkan bentuknya yang asal: Sama ada dengan huruf vokal atau tanpa huruf

vokal. Contoh: Sah Ρ ι , dam ϡΩ , mad Ωϡ , khas ι΍Υ , hal ϝ΍Ρ ,

bab Ώ΍Ώ .

Dengan ini, berertilah bahawa semua kata ekasuku tertutup ditulis dengan huruf vokal, kecuali bagi beberapa kata tertentu daripada

bahasa Arab dan beberapa kata Melayu ejaan klasik sahaja ($0)

. Aturan

ini diperlukan kerana sudah banyak terdapat kata ekasuku daripada bahasa asing, terutama daripada bahasa Inggeris, yang dipinjam ke

dalam bahasa Melayu ($ )

. Kata-kata tersebut perlu diperlihatkan

bentuk visualnya dalam ejaan Jawi yang seharusnya sejajar cara pelambangan vokalnya dengan bentuk visual dalam ejaan rumi.

Y

5.º- Ejaan Kata Dasar Dua Suku Kata:

Perkara pokok yang menarik perhatian kita dalam sistem ejaan Jawi ialah tentang penggunaan huruf vokal alif, wau dan ya dalam kata dasar dua suku kata, tertutup atau terbuka, yang pelbagai ragamnya dalam ejaan Za'ba/Lama. Yang menjadi masalah pokok yang

(12)

memperlihatkan ketidakseragaman itu ialah kata yang mengandungi vokal [a]; ada yang menggunakan huruf alif, ada yang tidak.

Walaupun, jika diteliti dengan saksama, Jawi Za'ba/Lama itu bersistem atau berperaturan, tetapi sistem atau peraturan itu terlalu banyak ragamnya dan banyak pula mengandungi kekecualian yang berbagai-bagai. Ini semua menjadi beban bagi ingatan dalam proses pembelajaran Jawi dan, akibatnya, pengguna yang tidak peka kerap membuat kesalahan mengeja huruf vokal tersebut.

Sistem yang dirumuskan dalam @ memperlihatkan aturan yang

lebih sederhana bentuknya, lebih sera gam sifatnya, lebih mudah

dimengerti, dan lebih senang menulisnya atau menggunakannya. Kami akan mempamerkan beberapa pembaikan atau penambahan yang dilakukan terhadap ejaan Jawi Za'ba/Lama itu sekadarnya, iaitu

berdasarkan jenis vokal (keenam-enam vokal) di kedua-dua suku kata yang terlibat, dan beberapa kriteria yang lain.

5.º.1- Ejaan Kata Dasar Berpola KV-KV

Dalam @ dirumuskan lima aturan pengejaan kata dasar

yang berpola KV-KV ini. Perincian:

i) Apabila KV-KV itu [Ka-Ka], huruf alif digunakan di kedua-dua suku kata sekiranya suku kata kekedua-dua bermula dengan huruf dal, ra, lam, wau atau nga. Ini sama dengan Jawi Za'ba, iaitu ejaan menurut kaedah dal -ra-lam-wau-nga.

ii) Apabila KV-KV itu [Ka-Ka] juga, huruf alif digunakan di suku kata pertama sahaja sekiranya suku kata kedua tidak bermula dengan huruf konsonan dal, ra, lam, wau atau nga. Ini sama dengan Jawi Za'ba, iaitu lanjutan daripada kaedah dal -ra-lam-wau-nga.

iii) Apabila KV-KV itu bukan [Ka-Ka] (iaitu gabungan vokal berpola [a-i], [a-u], [i-a], [i-i], [i-u], [e-a], [e-o], a], i], [u-u], [o-a], [o-e] atau [o-o]), maka huruf vokal (alif, wau atau ya) digunakan dikedua-dua suku kata terbuka itu. Ini

menyelaraskan dan mempermudah pelbagai aturan yang terdapat dalam Jawi Za'ba/Lama.

iv) Apabila KV-KV itu [KV-ka] atau [KV-ga], iaitu suku kata kedua berupa konsonan kaf atau ga, maka huruf vokal (alif,

(13)

wau atau ya) digunakan di suku kata yang pertama sahaja. Ini sama dengan ejaan Jawi Za'ba/Lama, iaitu ejaan menurut kaedah ka-ga.

v) Apabila KV-KV itu terdiri daripada suku kata pertama dengan vokal pepet, maka huruf vokal (alif, wau atau ya) digunakan di suku kata kedua sahaja. Ini sama dengan ejaan Za'ba/Lama.

5.º.º- Ejaan Kata Dasar Berpola KVK -KV:

Dalam @ dirumuskan lima aturan pengejaan kata das ar

yang berpola KVK-KV. Perincian:

i) Apabila KVK-KV itu mengandungi vokal pepet di suku kata pertama, maka huruf vokal (alif, wau atau ya) digunakan di suku kata kedua sahaja. Ini menyelaraskan atau

menyeragamkan aturan ejaan Jawi Za'ba/Lama.

ii) Apabila KVK-KV itu [KaK-ka] atau [KaK-ga] (iaitu suku kata kedua mengandungi huruf konsonan kaf atau ga), maka huruf vokal tidak digunakan di kedua -dua suku kata. Ini menyeragamkan ejaan Jawi Lama.

iii) Apabila KVK-KV itu bukan [KaK-ka] atau [KaK-ga] (iaitu gabungan vokal berpola [a-a], [a-i] atau [a-u] dengan

konsonan di suku kata kedua bukan kaf atau ga), maka huruf vokal (alif, wau atau ya) digunakan di suku kata kedua sahaja. Ini menyeragamkan ejaan Jawi Lama.

iv) Apabila KVK-KV itu [KVK-ka] atau [KVK-ga] (iaitu suku kata kedua mengandungi konsonan kaf atau ga) dengan vokal [i], [e], [u] atau [o] di suku kata pertama, maka huruf vokal (wau atau ya) digunakan di suku kata pertama sahaja. Ini sama dengan Jawi Za'ba/Lama.

v) Apabila KVK-KV itu bukan [KVK-ka] atau [KVK-ga] (iaitu gabungan vokal berpola [i-a], [i-i], [i-u], [e-a], [e-o], a], [u-i], [u-u], [o-a], [o-e] atau [o-o]), maka huruf vokal (alif, wau atau ya) digunakan di kedua -dua suku kata. Ini menyelaraskan dan mempermudah pelbagai aturan yang terdapat d alam Jawi Za'ba/Lama.

(14)

5.º.3- Ejaan Kata Dasar Berpola V-VK, V-KVK, VK dan

KV-KVK:

Sejumlah enam aturan pengejaan kata dasar yang berpola KV

-KVK dirumuskan dalam @ . Perincian:

i) Bagi pola V-KVK, huruf vokal (alif, alif-wau atau alif-ya) digunakan di suku kata pertama sahaja sebagai pemula kata. Ini sama dengan ejaan Jawi Za'ba.

ii) Apabila KV-KVK mengandungi vokal [a] di suku kata kedua, huruf vokal digunakan di suku kata pertama sahaja sekiranya vokal yang pertama bukan pepet. Ini sama dengan ejaan Jawi Za'ba.

iii) Apabila KV-KVK itu [Ke-KaK], huruf vokal (alif) tidak digunakan di kedua-dua suku kata. Ini sama dengan Jawi Za'ba. iv) Apabila KV-KVK mengandungi vokal pepet di suku kata

pertama, huruf vokal (wau atau ya) digunakan di suku kata kedua sahaja sekiranya vokal di suku kata kedua ini bukan [a]. Ini sama dengan Jawi Za'ba.

v) Huruf vokal digunakan di kedua -dua suku kata KV-KVK bagi pola yang berikut: [a-i], [a-u], [e-e], [e-o], [i-i], [i-u], e], [o-o], [u-i] dan [u-u]. Ini menyelaraskan beberapa pengejaan kata dalam Jawi Za'ba/Lama.

vi) Huruf vokal digunakan di kedua -dua suku kata yang berpola KV-VK (iaitu urutan dua vokal di tengah kata dasar).

5.º.4- Ejaan Kata Dasar Berpola VK-KVK dan KVK-KVK:

Dalam @ dirumuskan sejumlah empat aturan pengejaan

kata dasar yang berpola VK -KVK dan KVK-KVK. Perincian: i) Huruf vokal tidak digunakan di kedua -dua suku KVK-KVK apabila kedua-duanya mengandungi sama ada vokal [a] atau pepet. Ini sama dengan Jawi Za'ba.

ii) Apabila vokal [a] atau pepet terdapat di suku kata kedua sahaja, huruf vokal (wau atau ya) hanya digunakan di suku kata pertama (iaitu pola [i-a], [e-a], [u-a] dan [o-a]).

(15)

iii) Apabila vokal [a] atau pepet terdapat di suku kata pertama sahaja, huruf vokal (wau atau ya) hanya digunakan di suku kata kedua (iaitu pola [a-i], [a-e], [a-u], [a-o], [pepet-i] dan [pepet-u]).

iv) Apabila kata yang berpola KVK -KVK tidak mengandungi vokal [a] atau pepet, maka huruf vokal (wau atau ya)

digunakan di kedua-dua suku kata tertutup itu (iaitu pola [e-e], [e-o], [o-e], [o-o], [i-i], [i-u], [u-i] dan [u-u]).

v) Bagi pola VK-KVK, huruf vokal (alif, alif-wau atau alif-ya) digunakan di suku kata pertama sahaja sebagai pembuka kata sekiranya suku kata kedua mengandungi vokal [a] atau pepet. Ini menyelaraskan pengejaan beberapa kata dalam Jawi Za'ba. vi) Huruf vokal digunakan di kedua -dua suku kata VK-KVK

sekiranya kata tersebut tidak mengandungi vokal [a] atau pepet. Ini menyelaraskan pengejaan beberapa kata dalam Jawi Za'ba.

Y

5.3- Penghindaran Bentuk Homograf:

Pengejaan kata dasar dwisuku dalam @ telah menampilkan dua

rumusan yang memberi manfaat kepada sistem ejaan Jawi ini dan penggunanya dari segi mengurangkan bentuk homograf dengan tujuan untuk menghindarkan kekeliruan bacaan dan pengenalan makna kata. Dua rumusan tersebut ialah (i) penghapusan homograf yang

mempertentangkan vokal [a] dengan pepet; dan (ii) penghapusan homograf yang mempertentangkan vokal [i] atau [e] dengan diftong [ai], serta yang mempertentangkan vokal [u] atau [o] dengan diftong [au].

i) Untuk penjelasan tentang diftong, lihat bahagian Pelambangan

Diftong. Homograf dihapuskan bagi membezakan bunyi diftong [ai] dan [au] dengan bunyi vokal [i] atau [e] dan [u] atau [o].

Ditetapkan diftong dieja dengan alif -ya [ai] dan alif-wau [au] yang dibezakan daripada vokal ya [i] atau [e] dan wau [u] atau [o].

Contohnya: Homograf yang dieja ϱ ϝϭ̱ bagi dandieja

semula menjadi: ϱ ϝϭ̱ = guli

(16)

ϱ ΍ ϝϭ̱ = gulai

ii) Homograf dikurangkan dengan cara membezakan ejaan bagi kata yang berlainan maknanya, iaitu khusus bagi kasus homograf yang mempertentangkan vokal [a] dengan vokal pepet. Contohnya:

Homograf ϕϱ ϥ ϝ bagi dan dieja semula menjadi:

ϕϱϥ ΍ ϝ = lantik ϕϱ ϥ ϝ = lentik

Pengemasan yang dibuat ialah dengan menggunakan huruf alif sebagai lambang bagi vokal [a] di suku kata tertutup untuk membezakannya

daripada vokal pepet yang tidak dilambangkan dengan huruf ($1)

.

Y

5.4- Rumusan Pengejaan Kata Dasar Dwisuku:

Daripada perincian tentang aturan penulisan huruf vokal dalam kata dasar dua suku kata yang dipaparkan di atas itu dapatlah diringkaskan sistem pelambangan vokal dan penggunaan huruf vokal Jawi pada kata dasar dwisuku terbuka dan tertutup itu kepada kaedah yang berikut:

i) Vokal [a] dilambangkan dengan alif di semua suku kata terbuka, kecuali suku kata akhir dengan kaf atau ga, dan suku kata akhi r terbuka menurut kaedah dal-ra-lam-wau-nga. Vokal [a] tidak dilambangkan dengan huruf di semua suku kata tertutup, kecuali apabila membuka kata atau membuka suku kata, dan dilambangkan dengan alif dalam suku kata tertutup untuk membezakannya

daripada pepet bagi kasus homograf dalam ejaan Jawi Za'ba. ii) Vokal pepet tidak dilambangkan dengan huruf di semua posisi

tengah terbuka atau di suku kata tertutup. Vokal pepet hanya dilambangkan dengan alif apabila membuka kata, dan

dilambangkan dengan ya tanpa titik apabila mengakhiri kata. iii) Vokal [i], [e], [u] dan [o] perlu dilambangkan dengan huruf vokal

di semua suku kata terbuka atau tertutup. Huruf yang digunakan ialah wau, ya, alif-wau, alif-ya atau alif-hamzah menurut

(17)

iv) Kaedah-kaedah yang disebut pada (i) hingga (iii) di atas

merupakan rumusan perkaedahan dalam @ yang

menggantikan kepelbagaian aturan dan kaedah yang terdapat dalam ejaan Jawi Za'ba. Rumusan ini dengan sendirinya melupuskan aturan-aturan yang pelbagai dalam kaedah ejaan Jawi Lama itu. Dengan ini, tidaklah terpakai lagi aturan -aturan yang terbukti telah begitu banyak menjadikan sistem ejaan Jawi Lama lebih rumit dan membebankan ingatan. Antara kaedah lama yang dikekalkan

dalam @ ialah kaedah dal-lam-ra-wau-nga bagi pola [Ka-Ka]

dan kaedah ka-ga bagi semua pola suku kata. Antara kaedah yang lupus itu termasuklah aturan-aturan (i) dal-ra-lam-wau-nga dengan ba, ta; (ii) dal-ra-lam-wau-nga dengan ra, sim, ya; (iii) pola KVr-KV dengan ta, ga, nun; dan KVr-KVm -KVr-KV dengan ba; (iv) pola Kur -KVr-KV dengan ba, jim; (v) pola Ker-KV dengan ta, jim, ba, ca; dan (vi) pola KuK-KuK menjadi [KK-KuK].

Y

5.5- Ejaan Kata Dasar Tiga Suku Kata atau Lebih:

i) Sebagaimana yang telah dijelaskan dalam @ , kaedah

pengejaan kata dasar tiga suku kata atau lebih tidak berbeza dengan kaedah dalam ejaan Jawi Za'ba/Lama. Kaedah yang digunakan ialah dengan menetapkan bahawa aturan penggunaan huruf vokal pada dua suku kata yang terakhir perlulah selaras dengan aturan bagi kata dasar dua suku kata. Penggunaan huruf pada suku kata yang lain harus terikat kepada ejaan yang telah ada.

ii) Yang perlu diperkemas ialah pengejaan semula beberapa kata tertentu supaya sesuai dengan keseluruhan sistem penggunaan huruf vokal bagi kata dasar dua suku kata. Bagi kasus tiga suku kata, buka semua mesti ditulis tanpa huruf vokal di suku kata pertama; pola [Ki-Ka-Ka] atau [Ku-Ka-Ka], sekadar contoh, lebih baik dieja semula dengan huruf ya atau wau di suku kata pertama (kecuali, semestinya, kata pinjaman daripada bahasa Arab).

Y

&c

-Pada umumnya, rumusan yang dibuat dalam @ tentang penulisan

kata berimbuhan atau kata terbitan adalah sama dengan yang terdapat dalam ejaan Jawi Za'ba. Pembaikan atau pengemasan yang ketara

(18)

dalam @ ialah tentang penulisan awalan ' dan dan kata

depan dan 'serta akhiran dan yang sering menimbulkan

masalah dalam ejaan Jawi Lama.

i) Awalan (huruf dal), (huruf kaf) dan (huruf sin) serta kata

depan (huruf dal) dan (huruf kaf) perlu dirangkaikan dengan kata

dasar seperti merangkaikan awalan dengan kata dasar dalam ejaan Rumi. Dalam hal ini, bagi kata dasar yang bermula dengan vokal, penyebatian atau perangkaian antara awalan dengan kata dasar diperlihatkan dalam bentuk sisipan huruf hamzah selepas huruf alif. Tujuannya untuk mengelakkan kekeliruan pembacaan. Ini memperkemas aturan ejaan Jawi Za'ba. Contoh:

c Y YY c Y YY ƒ΍ ¢Y ƒ˯΍ Ω ¢YY ƒ΍ ¢Y ϱƒ˯ ΍ Ω ¢Y ΍΍ ϭ΍ ¢ Y ΍ ΍ ϭ ˯΍ ϙ ¢ Y Y ϩΩ ϥϱ΍ ¢Y ϩ Ωϥϱ˯ ΍ƒ ¢ Y ϩΩ ϥϱ΍ ¢Y ϥϩΩϥ ϱ˯΍ϙ ¢ Y

ii) Ejaan kata terbitan dengan akhiran < -an> : Dikurangkan aturannya daripada empat cara yang dalam ejaan Jawi Lama kepada tiga cara sahaja, iaitu dengan menggunakan akhiran (a) hamzah -nun atau (b) alif-nun, atau (c) alif-nun, bergantung kepada jenis huruf akhir pada akhir kata dasar yang ditetapkan. Dengan ini, ejaan kata dasar tidak berubah apabila menjadi kata yang berimbuhan. Dalam ejaan lama, ejaan kata dasar berubah apabila menerima akhiran sehingga menyebabkan wujud dua bentuk ejaan bagi sesuatu kata dasar. Perincian:

a) Akhiran hamzah-nun ditambah selepas alif di akhir kata dasar. Contoh: cela ΍ ϝ̧ menjadi celaan ϥ΃ ϝ̧ .

b) Akhiran alif-nun ditambah selepas wau di akhir kata dasar. Contoh:

Buru ϭϭΏ menjadi buruan ϥ ΍ ϭϭΏ .

c) Akhiran nun ditambah selepas ya dan semua konsonan yang lain.

Contoh: tari ϱ΍ menjadi tarian ϥ ϱ΍ ; surat ϭƒ menjadi

(19)

1&

-Dalam @ terdapat beberapa aturan mengeja yang lain lagi yang

bertujuan membaiki dan mengemaskan sistem ejaan Jawi Lama. i) Dalam penulisan kata pinjaman daripada bahasa Inggeris, aturan

pengejaan gugus konsonan diadakan yang bertujuan memudahkan pembacaan dan penyebutan, terutama istilah pinjaman daripada bahasa Inggeris. Gugus konsonan di akhir kata ditulis dengan memisahk an

huruf yang bergugus itu. Contohnya: Teks ƒ ϙϱ .

ii) Pengejaan kata ulang diselaraskan menjadi dua cara supaya tidak salah baca, iaitu (i) menggunakan tanda angka dua bagi menulis ulangan keseluruhan kata, dan (ii) menggunakan tanda sempang ( -) apabila

mengulang sebahagian kata ($")

.

iii) @ memantapkan aturan ejaan kata pinjaman dan serapan daripada

bahasa Arab yang dikategorikan kepada penggunaannya dalam konteks agama dan bukan agama. Ini sama dengan ejaan Jawi Za'ba. Perincian:

a) Kata-kata istilah agama Islam dieja seperti bentuk asalnya (dalam ejaan Arab).

b) Kata-kata serapan daripada bahasa Arab yang sudah lama digunakan sebagai kata umum dalam bahasa Melayu dieja seperti ejaan bahasa Melayu.

iv) Satu rumusan yang agak menarik perhatian kita dalam @ ialah

tentang penulisan huruf singkatan. Pedoman ini menetapkan penulisan singkatan dalam huruf Jawi yang didapati selaras dengan cara

menulisnya dalam ejaan Rumi dari segi penggunaan tanda titik, tetapi singkatan yang digunakan ialah huruf -huruf dalam abjad Jawi, dan bukan nama huruf-huruf tersebut.

v) Ciri khusus dalam @ ialah pengekalan aturan -aturan ejaan lama

dan pengejaan beberapa kata yang sudah mantap penggunaannya. Kata -kata tersebut ialah -kata--kata yang asalnya dieja menurut kaedah

baris ($%)

.

"& (Y Y

)-8.1- @ sudah disebarkan kepada masyarakat umum sejak tahun 1986

(20)

dalam majalah-majalah keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka, dan

ceramah yang diadakan untuk tujuan penyebaran. Akhbar ^

i juga turut menerbitkan tulisan yang

menjelaskan @ secara bersiri walaupun akhbar tersebut belum

menggunakan sistem baru ini secara menyeluruh. Dewan Bahasa dan

Pustaka terus menyebarkan maklumat tentang@ ini apabila

diperlukan oleh masyarakat.

8.º- Dewan Bahasa dan Pustaka tidak terlibat dengan perancangan dan

kawalan pelaksanaan penggunaan @ di sektor pendidikan kerana

perkara ini terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Pendidikan Malaysia sendiri. Dewan Bahasa dan Pustaka juga bukanlah pihak yang secara tidak langsung bertanggungjawab melaksanakan

penggunaan @ dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah

atau maktab perguruan.

8.3- Pada umumnya, tugas dan tanggungjawab DBP dalam pembinaan dan pengembangan ejaan Jawi adalah, antara lain, seperti yang berikut:

i) DBP bertanggungjawab menyediakan pedoman @ dan

menerbitkannya untuk kegunaan masyarakat.

ii) DBP bertanggungjawab memantapkan pedoman tersebut dari semasa ke semasa supaya sesuai dengan perkembangan bahasa Melayu, perkembangan Ilmu, dan perkembangan sistem

pendidikan yang maju.

iii) DBP menerbitkan buku-buku yang dalam tulisan Jawi dengan

menggunakan @ . Buku-buku yang diterbitkan ialah buku

agama, dan akan menerbitkan beberapa buku umum dan buku kanak-kanak.

iv) DBP mengadakan kegiatan penyebaran maklumat

tentang @ untuk masyarakat, serta membantu pengguna

mempelajarinya dan menyebarkan penggunaannya.

8.4- Kerjasama DBP dengan pihak pelaksana @ di sektor pendidikan:

i) Semenjak @ diterbit dan disebarkan pada tahun 1986, tidak

ada masalah besar yang dihadapi oleh DBP berkaitan dengan pedoman tersebut. Hanya dalam tahun 1991 ini sahaja baru timbul masalah yang agak besar apabila Maktab Perguruan Islam

(21)

ii) Usaha untuk menyelesaikan masalah yang dibangkitkan oleh Maktab Perguruan Islam dibuat dengan mengadakan mes yuarat

khas di DBP pada º4 Julai 1991. Mesyuarat tersebut dihadiri oleh

DBP dan hampir semua pihak di Kementerian Pendidikan

Malaysia yang bertanggungjawab melaksanakan penggunaan ejaan Jawi di sekolah dan maktab perguruan, iaitu Bahagian Pendidikan Guru, Bahagian Pendidikan Islam, Pusat Perkembangan

Kurikulum, dan Maktab Perguruan Islam. Setelah membahaskan masalah yang dikemukakan oleh Maktab Perguruan Islam, mesyuarat merumuskan empat perkara sebagai persetujuan bersama (seperti di perenggan 8.5 di bawah).

8.5- Keputusan Mesyuarat pada º4 Julai 1991 di DBP tentang pelaksanaan

penggunaan @ di sektor pendidikan (dipetik sepenuhnya

daripada Minit Mesyuarat yang berkenaan):

"5.1- Semua Bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia yang terlibat secara langsung dalam pelaksanaan penggunaan ejaan

Jawi bersetuju melaksanakan penggunaan @

yang dirumuskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (Pedoman 1986, Daftar 1989). Bahagian -bahagian yang terlibat itu ialah Bahagian Pendidikan Islam, Bahagian

Pendidikan Guru, dan Pusat Perkembangan Kurikulum. Oleh sebab itu, Maktab Perguruan Islam juga bersetuju mematuhi dan

akan melaksanakan @

ini dalam pengajaran dan pembelajaran di maktab tersebut."

"5.º- Dipersetujui supaya kaedah mengajar di Maktab Perguruan

Islam, khususnya, diubahsuai supaya dapat menyampaikan

pedoman @ ."

"5.3- Dipersetujui bahawa cadangan untuk meneliti semula beberapa

aturan tertentu dalam @

dengan tujuan memantapkannya akan dibuat secara berasingan. Dewan Bahasa dan Pustaka akan

mengadakan kegiatan ini setelah mendapat maklumat yang lengkap daripada pihak-pihak yang ingin mencadangkan pemantapan pedoman tersebut. Perkara ini tidak ada

hubungannya dengan persetujuan untuk melaksanakan @

(22)

"5.4- Dewan Bahasa dan Pustaka akan menulis satu kertas ringkas

tentang latar belakang, kaedah dan penjelasan tentang@

untuk diedarkan dalam

mesyuarat Jawatankuasa Pusat Kurikulum yang akan bersidang pada 14 Ogos 1991 yang akan datang."

%&c

-Ringkasan daripada kertas kerja ini bermaksud yang berikut:

i) Masalah yang ditimbulkan tentang ejaan Jawi baru-baru ini ialah masalah "pelaksanaan" di sektor pendidikan dan bukan masalah "isi"

pedoman @ . Masalah tersebut timbul kerana pihak Maktab

Perguruan Islam menolak @ sebagai pedoman Jawi yang sah untuk

digunakan di maktab tersebut, sedangkan pihak-pihak pelaksana yang lain di Kementerian Pendidikan telah menerima, menggunakan dan

menyebarkan @ itu.

ii) @ dipersetujui sebagai pedoman yang lebih sempurna berbanding

dengan sistem ejaan Jawi yang lama. Kebenaran tentang pe rkara ini akan diperoleh apabila falsafah dan matlamat penyempurnaan sistem tersebut difahami sebenar-benarnya, dan apabila setiap aturan yang terkandung di dalamnya difahami secara keseluruhannya, bukan secara berpecah-pecah.

iii) DBP berpendapat, sesuatu sistem ejaan memerlukan masa yang lama sebelum dapat digunakan dengan baik dan sebelum sistem itu sendiri mantap. Pemantapan akan berlaku dalam proses penggunaannya. Perkara ini telah dibuktikan dengan sistem ejaan Rumi. Pelaksana dan pengguna harus bersikap terbuka dan mencari kaedah untuk memahami dan menggunakan sesuatu yang baru yang dipersetujui sebagai kaedah yang lebih baik daripada yang lama.

Y

$2&5-1. Merujuk kepada persefahaman yang dibuat dalam mesyuarat di DBP

pada º4 Julai 1991, khususnya tentang perkara 5.3 petikan minit

mesyuarat tersebut, kami ingin mengemukakan beberapa perkara yang

bersabit dengan kaedah-kaedah dalam @ yang telah dikenal pasti

(23)

Hujah-hujah tentang betapa perlunya kaedah-kaedah tersebut ditinjau semula untuk tujuan pemantapan tidaklah hendak kami sebut di sini secara khusus, tetapi kami suka mencadangkan supaya perkara tersebut dibahaskan oleh sebuah Jawatankuasa Tetap Ejaan Jawi yang ditubuh khusus dengan fungsi untuk berusaha memelihara, membina dan mengembangkan penggunaan tulisan Jawi di Malaysia. Untuk tujuan ini, diperturunkan kaedah-kaedah tersebut:

i) Memperkemas aturan penulisan huruf hamzah supaya huruf hamzah menepati kedudukannya dan fungsinya se bagai lambang bunyi

hentian glotis. [Rujuk @ , perenggan II, 4. a, b, c, d; III. 4. iii. 7.

iii. v. vi. vii.].

ii) Mengkaji semula penggunaan huruf dan cara penulisan singkatan

dan akronim dalam Jawi. [Rujuk @ , perenggan III. 9.].

iii) Memperkemas cara penulisan huruf gugus konsonan di akhir kata atau akhir suku kata supaya lebih memantapkan bentuknya.

iv) Mengkaji semula kaedah yang boleh digunakan bagi meyakinkan pengguna tulisan Jawi bahawa pemilihan huruf qaf adalah paling sesuai sebagai lambang bagi bunyi hentian glotis di akhir kata -kata Melayu jati.

v) Mengkaji semula pengejaan kata yang sudah disenaraikan dengan tujuan untuk mensahihkannya dan mengurangkan kategori kata yang dikecualikan daripada kaedah.

vi) Mengkaji dengan teliti untuk mengadakan peraturan penulisan kata majmuk dalam sistem ejaan Jawi.

vii) Memantapkan beberapa aspek kaedah penulisan kata terbitan dengan awalan.

º. Mengusulkan supaya pihakpihak yang berkuasa kerajaan dan pihak

-pihak lain yang berkenaan atau berkepentingan m engambil langkah melaksanakan Keputusan-keputusan dan Usul-usul Kongres Tulisan Jawi tahun 1984 yang belum dilaksanakan.

(24)

3-1. Antara penerbitan tentang ejaan Jawi yang diusahakan oleh Major Dato'

Mohd. Said Sulaiman ialah buku @# @((@((

'Singapura, 1937.

º. Sistem Ejaan Jawi Za'ba dapat dilihat dalam dua buah buku yang menjadi

asas pedoman yang digunakan begitu meluas: (i) @ i

@ @ i 'tahun 1941. (Kami menggunakan

edisi terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, cetakan keempat, 1958.) dan

(ii) i !'Tanjong Malim: Pejabat Karang

Mengarang, Sultan Idris Training College, cetakan pertama, 1949.

3. ) i @ i' 198º.

Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia, hlm. 131.

4. Jawatankuasa Ejaan Jawi Dewan Bahasa dan Pustaka dipengerusikan oleh Tuan Haji Hamdan bin Haji Abdul Rahman. Ahli -ahlinya ialah: Prof. Madya Tuan Haji Amat Juhari bin Moain, Tuan Haji Muhammad Bukhar i bin Lubis, Tuan Haji Abdul Razak bin Abdul Hamid, Encik Arbak bin Othman, Encik Awang Muhammad bin Amin, dan Puan Aminah binti Haji Harun.

5. i ialah majalah bulanan yang diterbitkan oleh

Syarikat Dian Sdn. Bhd. Kota Bharu Kelantan se jak tahun 1961. Edisi Jawi menggunakan sistem ejaan yang memperkenalkan penggunaan huruf vokal alif, ya dan wau pada pola -pola tertentu sebagai pembaikan dan tambahan kepada sistem ejaan Jawi Za'ba.

6. Terutamanya akhbar ^i dan majalah ^*%.

7. Lihat: Keputusan-Keputusan dan Usul-Usul Konvensyen Tulisan Jawi, 9-11 April 1984, Kuala Terengganu.

8. @ ' 1986. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka, cetakan pertama, 36 hlm.

9. @ '1987. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka, cetakan pertama edisi kedua, 35 hlm. Buku edisi kedua ini memansuhkan buku edisi pertama tahun 1986.

(25)

1 . ! '1988. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka, cetakan pertama 198 hlm.

11. !i'1988. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka, cetakan pertama edisi kedua, 4 1 hlm.

1º. ! '1989. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka, cetakan kedua, 198 hlm.

13. Lihat: Kertas Kerja Jawatankuasa Ejaan Jawi Dewan Bahasa dan Pustaka, Konvensyen Tulisan Jawi, 9-11 April 1984, hlm. 1.

14. @ " #$%& #!'1984. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka, cetakan pertama, º hlm.; cetakan kedua,

1988.

15. Setakat ini, ! (1989) menyenaraikan satu kata

sahaja dengan ejaan klasik tanpa huruf alif, iaitu ̭ϱ (yang). Kata nyah ϩ ̟ sepatutnya dieja dengan alif ( ϩ ΍ϱ ). Antara kata-kata lain yang dieja semula dengan sisipan alif termasuklah bam, ban, cat, das, gam, rak, ram, ran, rap, sang, tar dan tas. Kata-kata daripada bahasa Arab tanpa alif yang dikekalkan termasuklah had, haj, hak, khat, saf, sah dan syak.

16. ! (1989) menyenaraikan hampir 8 kata ekasuku

tertutup yang memiliki vokal [a]. Daripadanya, terdapat sejumlah º6 kata

daripada bahasa Inggeris, termasuk kata ekasuku yang menggunakan gugus konsonan. Ejaan Jawi bagi kata-kata daripada bahasa Inggeris ini semuanya ditulis dengan huruf alif, termasuk kata yang sudah lama terserap yang dieja tanpa alif dalam Jawi Za'ba/Lama.

17. !idan !

menyenaraikan lebih kurang 4 pasangan kata yang berpola KVK -KVK yang mempertentangkan vokal [a] dengan vokal pepet di suku kata pertama. Dalam ejaan Rumi, tidak wujud homograf bagi kasus ini. Jumlah sebesar ini akan memberikan semacam kekacauan dalam sistem Jawi sekiranya homograf bagi kasus ini dibiarkan kekal.

18. Rumusan Konvensyen Tulisan Rumi 1984 menetapkan supaya tidak menggunakan angka dua Ara b ( ˻ ) bagi penulisan kata ulang, sebaliknya menggunakan tanda sempang seperti dalam ejaan Rumi. Tetapi,

Jawatankuasa Ejaan Jawi DBP, atas nasihat para pakar, menerima

(26)

menerima penggunaan tanda sempang bagi menulis kata ulang berimbuhan.

Rumusan ini dimaktubkan dalam @ (1987).

19. Setakat ini, ! (1989) telah menyenaraikan

kata-kata yang berikut yang diterima sebagai bentuk ejaan tradisi yang

sahih: ''% '''''''''' '

.

ϱ

ƒ

ϥ˯ ΍ ϡ Ω̣

Ω ϙϱ ϙ ϱ

Ω ϥϱ΍ ϱ΍ ϱϙ ϡ ϱϝ ϱΩ ϙΝ ϙϡ Ω ̣

ϱΏ Ω΍ ̣΍

Y

Beberapa kata yang lain telah dieja semula menurut peraturan yang ti dak dikecualikan.

Y

7

Amat Juhari Moain, "Sistem Ejaan Jawi yang disempurnakan",

'Julai 1991, hlm. 6 8-6º4.

Amat Juhari Moain, 1991, @ +,- $

'Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka (akan terbit).

Awang Mohamad Amin, 1983, "Satu Kajian terhadap Kaedah Ejaan Jawi Za'ba", projek kajian Bahagian Penyelidikan, Dewan Bahasa dan Pustaka (tidak terbit).

!i'1988. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka, cetakan pertama edisi kedua.

! '1988. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,

cetakan pertama.

! '1989. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,

cetakan kedua.

Jawatankuasa Ejaan Jawi Dewan Bahasa dan Pustaka, "Sistem Baru Ejaan Jawi Bahasa Melayu", kertas kerja Konvensyen Tulisan Jawi, 9 -11 April 1984, Kuala Terengganu.

Kaedah Penyelarasan Ejaan Jawi, 1991, teks kajian Maktab Perguruan Islam (tidak terbit).

(27)

Konvensyen Tulisan Jawi, 9-11 April 1984, Kuala Terengganu, kertas -kertas kerja dan "Keputusan-keputusan dan Usul-usul".

@ ' 1986. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka, cetakan pertama.

@ ' 1987. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka, cetakan pertama edisi kedua.

@ " #$%& #!'1988. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka, cetakan kedua.

Zainal-'Abidin bin Ahmad, 1949, Daftar Ejaan Melayu (Jawi -Rumi), Tanjong Malim: Pejabat Karang Mengarang, Sultan Idris Training College, cetakan pertama, Singapura.

Zainal-'Abidin bin Ahmad, 1958. Pelita Bahasa Melayu Penggal I (Permulaan Nahu Melayu). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, cetakan keempat.

ID/- JAWI- 9

1 November 1991.

Referensi

Dokumen terkait

Adapun untuk kredit UMKM pada bank umum, hingga triwulan II-2011, kredit yang disalurkan tercatat sebesar Rp1.72 triliun atau mengambil pangsa sebesar 41,56% dari total

Tipe foto ini memiliki adrenalin tinggi yang baru yang dapat memiliki kesenangan dari pengambilan gambar dari diri sendiri dengan cara yang khas dalam lingkungan yang paling

Namun demikian, tidak serta merta dengan adanya pertimbangan hakim dalam putusan tersebut, maka terhadap Notaris/PPAT dapat dijadikan tersangka dan dihadapkan di depan

Selain itu perekonomian masyarakat Gresik dan Sidoarjo banyak ditopang dari sektor Usaha Kecil dan Menengah, diantaranya yaitu Industri Songkok, Pengrajin Tas,

Terdapat kesamaan antara keduanya yaitu dapat dilihat dari hasil uji deskriptif yang memperoleh hasil bahwa semua indikator dari dimensi- dimensi baik variabel budaya

• Pasien yang memenuhi kriteria eksklusi tidak disertakan dalam penelitian • Penderita dinilai berdasarkan skor Kalesaran dan Skor Alvarado. • Sampel darah diambil sebelum

Hasil penelitian lain yang dilakukan di India oleh Istiaq dkk., (2007) menunjukkan bahwa dari 11 burung Lonchura punctulata yang ditangkap hanya 1 individu positif terinfeksi

Ejaan bagi kata pinjaman daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain dibuat mengikut peraturan penyesuaian huruf-huruf yang terdapat dalam perkataan bahasa