• Tidak ada hasil yang ditemukan

Unit 9 SISTEM EJAAN BAHASA MELAYU

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Unit 9 SISTEM EJAAN BAHASA MELAYU"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

176

Unit 9

SISTEM EJAAN BAHASA MELAYU

Pengenalan

Fokus huraian bab ini adalah tentang pedoman ejaan rumi bahasa Melayu dan sistem keselarasan huruf vokal. Di samping itu, anda akan ditemukan juga dengan beberapa pola kekecualian kepada keselarasan huruf vokal dalam bahasa Melayu.

Tahukah Anda Tentang Sistem Ejaan Bahasa Melayu?

Sistem Ejaan Baharu Bahasa Melayu bermaksud Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu, iaitu sistem ejaan baharu yang dipersetujui bersama oleh Kerajaan Malaysia dan Pemerintah Republik Indonesia serentak pada 16 Ogos, 1972. Sistem ejaan Rumi yang dilaksanakan pada tahun 1972 itu ialah hasil kesepakatan Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia bagi pihak kerajaan Malaysia dan pemerintah Republik Indonesia. Badan yang ditugaskan menyusun pedoman ejaan Rumi di Malaysia ialah Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia yang dilantik oleh Menteri Pendidikan Malaysia, dan jawatankuasa ini diletak di bawah Dewan Bahasa dan Pustaka (Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia, 1987: v).

Menurut Abdul Hamid Mahmood (2010: 120) sejarah awal penggunaan tulisan Rumi Bahasa Melayu dilakukan oleh pedagang, pengembara dan penjelajah dari Eropah ke Nusantara secara

HASIL PEMBELAJARAN

Setelah selesai membaca unit ini, anda semestinya dapat:

1. mengenal pasti pedoman ejaan rumi bahasa Melayu.

2. menjelaskan sistem keselarasan huruf vokal dan pola kekecualian kepada keselarasan huruf vokal.

(2)

177 perseorangan. Mereka tertarik dengan tatabahasa bahasa Melayu dan mula membuat penulisan tentang bahasa Melayu dengan menggunakan huruf-huruf Rumi Latin. Huruf Rumi Latin yang mula-mula digunakan untuk menulis bahasa Melayu ditemui dalam senarai pelayaran Pigafetta dari Itali pada tahun 1522. Bermula dalam abad ke-16 itu, bahasa Melayu terus ditulis dengan huruf Rumi oleh pedagang, pengembara dan penjelajah dan juga sarjana dari Eropah. Namun demikian, hasil usaha mereka itu, dalam banyak hal, tidak begitu sempurna dan banyak pula terdapat kesilapan.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan Sistem Ejaan Baharu Bahasa Melayu?

Tahukah Anda Sejarah Ejaan Rumi Di Indonesia?

Sejarah Ejaan Rumi di Indonesia bermula apabila kedatangan bangsa Belanda ke Timur pada abad ke-17. Mereka telah menulis bahasa Indonesia dengan tulisan Rumi. Menurut Abdul Hamid Mahmood (ibid) kedatangan bangsa Belanda ke Timur telah menjadikan tulisan Rumi mula mendapat asas dalam ejaan Rumi Bahasa Indonesia.

1. Bilakah Sistem Ejaan Rumi di Indonesia bermula?

Tahukah Anda Sejarah Ejaan Rumi Di Malaysia?

Sejarah Ejaan Rumi di Malaysia hampir sama dengan apa yang berlaku di Indonesia, iaitu hasil kedatangan orang Eropah ke Timur, khususnya orang Inggeris. Orang Inggeris mula berminat terhadap bahasa Melayu dan telah mengasaskan beberapa kaedah ejaan Rumi bagi bahasa

(3)

178 Melayu di Tanah Melayu, iaitu pada abad ke-17 hingga akhir abad ke-19 (ibid: 121).

Antara sistem Ejaan Rumi yang disusun oleh orang Inggeris sebelum abad ke-20 termasuklah Ejaan Rumi Thomas Bowrey (1701), Ejaan Rumi J. Howison (1800), Ejaan Rumi William Marsden (1812), Ejaan Rumi Negeri-negeri Selat (1878), Ejaan Rumi Swettenham (1881) dan Ejaan Rumi Maxwell (1882). Kesemua ejaan Rumi tersebut berpedomankan kaedah transliterasi huruf Jawi kepada Rumi (Ismail Dahaman, 1992: 43).

1. Nyatakan sejarah Ejaan Rumi di Malaysia?

Bilakah Perancangan Ejaan Rumi Di Tanah Melayu?

Di Tanah Melayu, perancangan ejaan Rumi yang pertama bermula pada tahun 1902. Perancangan ini berpunca apabila kerajaan Negeri-negeri Melayu Bersekutu menubuhkan sebuah jawatankuasa ejaan yang diketuai oleh R. J. Wilkinson. Jawatankuasa itu telah menghasilkan Ejaan Wilkinson yang dikenali sebagai Romanised Malay Spelling yang diterbitkan dalam bulan Oktober, 1904 (ibid).

Ejaan Wilkinson ini digunakan secara rasmi di semua sekolah umum di Tanah Melayu. Ejaan ini sama dengan ejaan yang digunakan dalam semua kamus dan penerbitan karangan Wilkinson sendiri yang dihasilkan dari tahun 1901 hingga akhir tahun 1940-an. Antaranya ialah Kamus Jawi- Melayu-Inggeris (1903).

1. Apakah punca perancangan Ejaan Rumi di Malaysia?

Tahukah Anda Perkembangan Sistem Ejaan Rumi?

Sistem Ejaan Rumi mengalami perkembangan dan pemantapan seiring dengan perkembangan bahasa Melayu dalam pendidikan, iaitu apabila

(4)

179 Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) memperkembangnya. Hal ini terbukti apabila beberapa buah buku yang diterbitkan dalam tulisan Rumi yang berasaskan ejaan Wilkinson telah disusun dan diterbitkan oleh beberapa orang tokoh bahasa dan pendidik dari SITC. Antaranya ialah buku yang berjudul Mithal Huruf Rumi Bagi Darjah Satu (1920), Kitab Loghat Melayu (1921) susunan R.O. Windstedr dan Ibrahim Dato’ Muda Linggi, Kitab Pelita Mengarang (Rumi) (1923) susunan O.T. Dussek, dan Kitab Kumpulan Nama Melayu (1924) susunan Ibrahim Dato’ Muda Linggi.

Sistem Ejaan yang terkenal selepas Wilkinson ialah Sistem Ejaan Rumi Za’ba yang dihasilkan dari SITC juga. Sistem Ejaan Za’ba ini telah disusun dan diperkemas dalam beberapa tahun dan termuat dalam beberapa buah buku pedoman bahasa terbitan Pejabat Karang Mengarang,SITC, terutamanya dalam (i) Ilmu Bahasa Melayu Penggal 1 (1926), (ii) Pelita Bahasa Melayu Penggal 1 (1941), dan (iii) Daftar Ejaan Melayu (Jawi-Rumi) (1949), dengan judul Petua-petua Ejaan Rumi yang semua dikarang oleh Za’ba. Sistem Ejaan Za’ba telah digunakan sebagai Ejaan Sekolah yang sebenarnya dan sebagai ejaan rasmi kerajaan sehingga digantikan dengan Sisten Ejaan Rumi Baharu Bahasa Malaysia yang dirasmikan penggunaannya pada 16 Ogos, 1972.

Selain Sistem Ejaan Za’ba, terdapat juga beberapa sistem ejaan Rumi yang lain yang digunakan di Tanah Melayu dan Singapura sebelum tahun 1967, iaitu (i) Ejaan Fajar Asia, iaitu ejaan Rumi yang digunakan dalam majalah Fajar Asia yang diterbitkan di Singapura pada zaman pendudukan Jepun 1942-1945. Ejaan Fajar Asia ini berbeza sedikit dengan Ejaan Za’ba: Ejaan Fajar Asia ini kemudiannya digunakan oleh Asas 50 sebagai ejaan rasmi mereka (ibid).

Dalam tahun 1956, sistem ejaan Melayu telah dibincangkan dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu yang Ketiga. Ini kali pertama soalan ejaan Rumi mendapat perhatian yang serius. Beberapa pembaharuan yang agak radikal telah dibuat. Usaha-usaha Kongres itu mendapat perhatian kerajaan, dan dalam tahun 1957 sebuah jawatankuasa Ejaan telah dibentuk oleh kerajaan untuk:

1. “Memeriksa dan menimbangkan ketetapan yang telah diambil dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu III (1956)

(5)

180 berkenaan dengan ejaan Rumi dan penyatuannya dengan ejaan bahasa Indonesia, mendatangkan shor2 bagi satu chara Ejaan Kebangsaan rumi yang tetap.

2. Mendatangkan shor2 berkenaan dengan masa dan chara2 bagi pelaksanaan ejaan yang baharu itu”.

Pada 17 April 1959 tercapailah suatu perjanjian persahabatan antara Malaysia (dahulunya Persekutuan Tanah Melayu) dengan negara Republik Indonesia. Hasil daripada perjanjian persahabatan itu membawa kepada satu pertemuan antara Jawatankuasa Ejaan Rumi Persekutuan Tanah Melayu yang diketuai oleh Tuan Syed Nasir bin Ismail dengan Panitia Pelaksanaan Kerjasama Bahasa Melayu-Bahasa Indonesia yang dipimpin oleh Dr. Slametmuljana di Jakarta pada 4 hingga 7 Disember 1959. Pertemuan ini telah menghasilkan Ejaan Malindo yang mengikut perancangan, akan dirasmikan pelaksanaannya itu tidak dapat dilakukan hinggalah menjelang tahun 1966 apabila kerajaan Malaysia membentuk sebuah jawatankuasa Bahasa/Ejaan yang diketuai oleh Tuan Syed Nasir bin Ismail. Tugas jawatankuasa ini adalah untuk:

1. Mengadakan rundingan dengan Jawatankuasa Bahasa pemerintah Indonesia dengan maksud bagi mencapai

persetujuan yang seluas-luasnya di dalam penggunaan dan perkembangan bahasa Melayu-Indonesia dan untuk memenuhi maksud tersebut supaya mendapat persetujuan dalam lapangan.

2. Bahasa dalam jangka panjang.

3. Pertukaran bahan-bahan berkenaan dengan bahasa.

4. Soal pemakaian istilah-istilah.

5. Meneruskan usaha Jawatankuasa Ejaan di bawah Pengerusinya. Tuan Syed Nasir bin Ismail, yang telah bertanggungjawab mencapai keputusan dalam masalah Ejaan dengan pihak Indonesia.

(Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia, 1975: xi) Pada tanggal 7 September 1966 satu pertemuan antara Jawatankuasa Bahasa/Ejaan Malaysia dengan satu rombongan

(6)

181 kebudayaan dari Indonesia yang diketuai oleh Kolonel Wahyu Sukatjo diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur.

Dalam pertemuan itu kedua-dua pihak bersetuju mengesyorkan kerajaan masing-masing supaya EJAAN MALINDO yang dipersetujui pada tahun 1959 itu dilaksanakan segera. Di samping itu juga, kedua-dua pihak bersetuju untuk mengadakan kerjasama yang lebih erat dalam usaha untuk menyamakan penggunaan istilah-istilah bahasa Malaysia dengan bahasa Indonesia. Selanjutnya, pada 20 hingga 25 September 1966, satu lagi perundingan telah diadakan di Jakarta, dan hasilnya kedua-dua pihak Malaysia dan Indonesia telah mencapai persetujuan untuk mengkaji semula ejaan baharu itu mengenai beberapa masalah dasar yang penting. Akhirnya, kedua- dua buah negara bersetuju untuk memperbaiki ejaan masing-masing bagi mencapai keseragaman atas dasar-dasar yang berikut:

1. Kemajuan ilmu pengetahuan dan perkembangan konsep ilmiah, terutama dalam bidang ilmu bahasa yang baik.

2. Kekurangan-kekurangan yang masih terdapat pada ejaan sekarang, dalam hal mencerminkan kesanggupan bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia.

3. Perlunya usaha kodifikasi dalam pemakaian huruf dan tanda baca, yang dapat berlaku untuk kedua-dua negara Malaysia dan negara Indonesia.

4. Peranan yang akan dimainkan oleh bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia di Asia Tenggara dan di seluruh dunia.

5. Pentingnya pengajaran membaca dan menulis.

Dalam usaha memperbaiki sistem ejaan itu Jawatankuasa di kedua- dua buah negara harus juga mengambil kira perkara-perkara seperti berikut:

1. Dari segi teknis – iaitu menggunakan satu huruf bagi melambangkan satu fonem.

2. Dari segi praktis – iaitu boleh digunakan dengan mudah sesuai dari segi mesin taip dan mesin cetak.

(7)

182 3. Dari segi ilmiah – iaitu sistem ejaan itu hendaklah menunjukkan satu hasil kajian yang ilmiah yang boleh digunakan dengan baik dalam kemajuan bahasa dan ilmu.

Dengan berdasarkan pertimbangan-pertimbangan tersebut, Jawatankuasa Ejaan/Bahasa Melayu Malaysia dan Team Ahli Bahasa KOTI dari Indonesia telah mengadakan perundingan di Dewan Bahasa dan Pustaka di Kuala Lumpur selama beberapa hari dan telah mencapai persetujuan mengadakan satu sistem ejaan bersama antara Malaysia dan Indonesia. Ejaan baharu yang diputuskan itu harus ilmiah, ekonomis dan praktis, iaitu sesuai digunakan di kedua-dua buah negara Malaysia dan Indonesia.

Pada tanggal 23 Mei 1972, satu kenyataan bersama telah ditandatangi oleh Menteri Pendidikan Malaysia, Dato’ Husssein Onn, dengan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia, Bapak Mashuri. Kedua-dua negara Malaysia dan Indonesia kemudiannya melaksanakan Sistem Ejaan Bahasa Malaysia yang disempurnakan itu pada 16 Ogos 1972.

Walaupun sistem ejaan bersama yang baharu itu telah digunakan secara rasmi di Malaysia dan negara Indonesia, namun beberapa perkara kecil mengenai ejaan tersebut dirasakan perlu diselesaikan dengan segera. Beberapa masalah kecil mengenai ejaan itu telah dibincangkan dan diselesaikan bersama oleh jawatankuasa yang dibentuk dikenal dengan nama Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia. Majlis yang dianggotai bersama oleh Jawatankuasa Tetap Dewan Bahasa dan Pustaka, Tuan Haji Sujak bin Rahim, dan Panitia Pengembangan Bahasa Indonesia yang diketuai oleh Dr Amran Halim, telah mengadakan lima persidangan. Dalam Persidangan Kelima, Majlis ini yang diadakan di Johor Bahru pada 2 hingga 4 Disember 1974, telah bersetuju untuk mengeluarkan pedoman umum ejaan yang lebih lengkap bagi kegunaan kedua-dua buah negara. Kedua-dua belah pihak bersetuju menerbitkan versi yang sesuai dengan negara masing-masing.

Pada 5 Disember 1974, telah diterbitkan Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia untuk kegunaan umum, dan dengan ini wujudlah sistem ejaan baharu Bahasa Malaysia-Indonesia seperti yang digunakan hari ini.

(Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia, 1974)

(8)

183 1. Jelaskan perkembangan ejaan Rumi di Malaysia?

Tahukah Anda Pedoman Ejaan Rumi Bahasa Melayu?

Bahagian ini membincangkan hal tentang Pedoman Ejaan Rumi Bahasa Melayu.

Abjad dan Huruf

Sistem Ejaan Baharu Bahasa Melayu yang diselaraskan dengan sistem ejaan Bahasa Indonesia menggunakan sebanyak 26 huruf abjad tulisan Rumi. Huruf-huruf abjad tersebut adalah seperti yang berikut:

Huruf sebutan perkataan

Aa e anak

Bb bi burung

Cc si cawan

Dd di darah

Ee i ekor

Ff ef filem

Gg ji gigi

Hh ec hati

Ii ai ibu

Jj je jam

Kk ke kuda

Ll el lari

Mm em malam

Nn en nasi

Oo o orang

Pp pi pintu

Qq kiu Quran

Rr ar rambut

(9)

184

Ss es sikat

Tt ti tikus

Uu yu ular

Vv vi vokal

Ww dabliu wang

Xx eks xenon

Yy wai yuran

Zz zek zarah

Huruf Vokal

Terdapat sebanyak enam vokal atau bunyi vokal standard dalam bahasa Melayu. Huruf-huruf yang melambangkan pemakaiannya adalah seperti yang berikut :

huruf di depan di tengah di belakang

a api tali kita

e (i) e pepet emak kena sosiolisme (ii) e taling ela petak tauge

i itu tidur padi

o oleh kota pidato

u ular kuda satu

1. Berapakah jumlah huruf vokal asli dalam bahasa Melayu?

Huruf Diftong

Dalam bahasa Melayu terdapat tiga jenis diftong, iaitu ai, au dan oi.

Contoh pemakaiannya adalah seperti yang berikut :

(10)

185 Diftong di depan di tengah di belakang ai aising ghairah lambai

au aurat saudara surau

oi oidium boikot amboi

Huruf Konsonan

Dalam bahasa Melayu terdapat sebanyak 26 huruf konsonan. Daripada 26 konsonan tersebut lima daripadanya memakai huruf gabungan, iaitu gh, kh, ng, ny dan sy. Yang berikut diberikan contoh pemakaian konsonan tersebut di dalam perkataan:

Huruf konsonan di depan di tengah di belakang

b batu sabut adab

c cakap baca mac

d dapur budak abad

f fikir tafsir maaf

g guru tiga beg

gh ghaib maghrib mubaligh

h hari saham buah

j jalan hajat kolej

k kami paksa adik

kh khusus tarikh

l langsat bila halal

m makan lama kelam

n nama senak ikan

ng angin nganga pening

ny nyala banyak

p payung tempat lesap

q Quran wuquf buraq

r ratah perit biar

s sakit pisah tempis

sy syarat isytihar Quraisy

(11)

186

t tapis petir pelat

v vitamin universiti

w wanita bawa

y yakin sayang

z (i) z zaman lazat lafaz

(ii) x xenon

Huruf Yang Diperkenalkan

Daripada 26 huruf yang diperkenalkan dalam sistem ejaan bahasa Melayu terdapat tiga huruf yang diperkenalkan supaya digunakan secara tetap, iaitu q, v dan x.

i. Huruf q digunakan sebagai padanan kepada huruf Jawi qaf ( ق ) untuk mengeja kata istilah agama atau kata mengenai agama yang berasal daripada bahasa Arab. Contohnya:

Quran

qadak dan qadar wuquf

ii. Huruf v digunakan untuk mengeja kata pinjaman daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa asing yang lain di pangkal kata atau di pangkal suku kata. Contohnya:

vitamin subversif resolusi novel vokal universiti

Huruf ve yang hadir di akhir ditukar menjadi f. Contohnya:

active jadi aktif passive jadi pasif negatif jadi negatif

iii. Huruf x hanya ditukar pada pangkal kata istilah khusus yang tidak ditukar menjadi z. Contohnya:

(12)

187 xeromorph jadi xeromorf

xenon jadi xenon xanthate jadi xantat

1. Berapakah huruf konsonan asli bahasa Melayu?

Sistem Keselarasan Huruf Vokal

Keselarasan vokal bermaksud kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan di antara huruf vokal pada suku kata praakhir dengan huruf vokal pada suku kata akhir tertutup.

(i) Keselarasan antara dua huruf vokal pada kata dasar.

(ii) Kata dasar hendaklah berakhir dengan suku kata tertutup.

(iii) Bagi kata yang mengandungi suku kata lebih daripada dua, yang terlibat dengan sistem keselarasan huruf vokal hanyalah dua suku kata terakhir sahaja.

1. Jelaskan sistem keselarasan huruf vokal bahasa Melayu?

Pola Keselarasan Huruf Vokal

Dalam Sistem Ejaan Baharu Bahasa Melayu, terdapat sebanyak 18 pola keselarasan vokal mengikut sistem ejaan baru bahasa Melayu, iaitu:

Suku Kata Suku Kata Contoh

Praakhir Akhir Tertutup Penggunaan

a a asal talak halaman

a i alih tarik parit

(13)

188

a u asuh datuk baruh

e (pepet) a emas kelam selam

e (pepet) i betik ketil lebih e (pepet) u belut telur perut (taling) a elak dewan perang e (taling) e (taling) belek gelek leceh e (taling) o elok belok telor i a bilah kilang selinap

i i intip pilih sisih

i u pikul ribut tidur

o a otak borang sekolah

o e (taling) oleh boleh celoteh

o o obor borong kelompok

u a ulat bulat ketupat u i ulit kulit putih

u u untuk buluh seluruh

Pola Kekecualian Kepada Keselarasan Huruf Vokal

Kekecualian keselarasan vokal berlaku pada kata-kata asing, khususnya bahasa-bahasa di Nusantara dan bahasa Inggeris. Prinsip kekecualian vokal sama dengan prinsip keselarasan huruf vokal. Pola-pola kekecualian yang dimaksudkan adalah seperti berikut:

Pola Contoh Contoh

Vokal Bahasa Nusantara Bahasa Inggeris a-e taling aneh kaget pamer kabaret panel a-o calon lapor perabot atom faktor

(14)

189 e pepet – e taling gembleng

e pepet – o bendok jempol gabenor interkom

i-e taling imlek simen tiket

i-o ijon pilon diftong transistor u-e taling tulen ulet subjek dokumen u-o bunglon lelucon kupon konduktor

a-e pepet pakem teater

e taling - i hipotesis objektif

e taling-u petroleum spektrum

e pepet – e pepet demdem pepet

i-e pepet iseng artikel filem

o-i fosil hipokrit

o-u bonus forum

u-e pepet lumer skuter

1. Berapakah jumlah pola kekecualian kepada keselarasan huruf vokal dalam bahasa Melayu?

Penyesuaian Huruf Ejaan Kata Pinjaman

Ejaan bagi kata pinjaman daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain dibuat mengikut peraturan penyesuaian huruf-huruf yang terdapat dalam perkataan bahasa Inggeris atau bahasa asing disesuaikan ejaannya dengan huruf mengikut ejaan bahasa Melayu. Yang berikut diberikan contoh-contoh perkataan bahasa Inggeris dan bahasa asing yang disesuaikan ejaannya mengikut ejaan bahasa Melayu:

Perubahan huruf

Bahasa Bahasa Bahasa Bahasa Inggeris Melayu Inggeris Melayu

abstact abstrak a a

plate plat

(15)

190

aerial aerial ae ac

aerograph aerograf

aesthetics estetika ae e haematite hematit

Bentuk Ejaan Tampak

Sistem Ejaan Baharu Bahasa Melayu berlandaskan bentuk tampak atau bentuk visual. Maksudnya ejaan bagi perkataan asing yang dipinjam daripada bahasa asing itu dieja mengikut bentuk tampak, iaitu hampir sama dengan ejaan yang ditetapkan. Contohnya:

Bahasa Bahasa

Inggeris Melayu

atom jadi atom bukan atum

block jadi blok bukan belok

Bonus jadi bonus bukan bonos

Carbon jadi karbon bukan kaban

1. Apakah yang dimaksudkan dengan bentuk ejaan tampak dalam bahasa Melayu?

Kekecualian Bagi Ejaan Yang Sudah Lama

Sistem Ejaan Baharu Bahasa Melayu membenarkan beberapa kekecualian daripada peraturan yang ditetapkan. Kekecualian ini diberikan kepada perkataan-perkataan Inggeris atau asing yang sudah lama digunakan dalam Bahasa Melayu, iaitu perkataan-perkataan yang sudah sebati pemakaiannya dalam bahasa Melayu. Contohnya:

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu class kelas bukan klas club kelab bukan kalb, klub

(16)

191 custom kastam bukan kustom

driver drebar bukan driver, driber

1. Senaraikan sekurang-kurangnya 10 perkataan Inggeris yang sudah sebati dengan bahasa Melayu?

Rujukan

Abdul Hamid Mahmood (1995). Ejaan bahasa Melayu terkini. Masa Enterprise.

Abdul Hamid Mahmood (2002). Guru dan bahasa Melayu. Kuala Lumpur: City Reprographic Services.

Abdul Hamid Mahmood dan Nurfarah Lo Abdullah (2007). Linguistik fonetik dan fonologi bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Aslita Sdn.

Bhd.

Abdul Hamid Mahmood (2010). Menguasai bahasa Melayu tinggi. Kuala Lumpur: Aslita Sdn. Bhd.

Referensi

Dokumen terkait

Penggunaan Huruf Vokal WÉw dan YÉ’ dalam Ejaan Jawi Bagi KPA Perbezaan Ejaan antara Tulisan Arab dan Jawi bagi Kata Pinjaman Contoh Perkataan yang Mempunyai Sebutan yang Hampir

Perbandingan bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Thai dilihat daripada aspek tujuan penggunaan, perbezaan penutur mengikut gender (jika wujud) dan hukum bahasa yang

Penelitian ini bertujuan untuk mendeskripsikan: (1) bentuk kesalahan penggunaan pedoman ejaan bahasa Indonesia (PUEBI) yang meliputi kesalahan huruf, kata, tanda baca, kata

menyoroti penggunaan Ejaan Bahasa Indonesia (EBI) yang dibatasi pada pemakaian huruf, penulisan kata, dan pemakaian tanda baca dalam karangan deskripsi siswa yang dikaji

sebutan Melayu seperti sesetengah perkataan yang menggunakan huruf Arab, misalnya kata serapan daripada bahasa Parsi dieja mengikut sistem bunyi atau sistem ejaan bahasa sumber.

Ejaan ini menggantikan ejaan sebelumnya, Ejaan Republik atau Ejaan Soewandi.Ejaan adalah seperangkat aturan tentang cara menuliskan bahasa dengan menggunakan huruf, Kata,

Walau bagaimanapun, terdapat juga huruf Rumi yang tidak digunakan dalam perkataan bahasa Melayu iaitu huruf [v] dan [x] kerana kedua-dua huruf ini biasanya digunakan pada

Jika dibuka halaman demi halaman buku Pedoman Umum Ejaan Bahasa Indonesia yang Disempurnakan, dijelaskan bahwa huruf kapital atau huruf besar dipakai sebagai huruf pertama kata pada