• Tidak ada hasil yang ditemukan

SISTEM EJAAN RUMI BAHARU BAHASA MELAYU

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "SISTEM EJAAN RUMI BAHARU BAHASA MELAYU"

Copied!
20
0
0

Teks penuh

(1)

SISTEM EJAAN RUMI BAHARU

BAHASA MELAYU

Penulisan Kata Dasar

Kata dasar ditulis sebagai satu perkataan, iaitu dipisahkan daripada kata yang lain, contohnya:

i. Keputusan itu adalah tidak adil. ii. Pekerja tanpa izin itu telah pulang. iii. Sungai itu agak dalam.

Penulisan Kata Terbitan

Kata terbitan atau kata turunan ialah kata dasar yang berimbuhan ( sama ada

imbuhan awalan, akhiran, sisipan, apitan) atau kata dasar yang ditulis serangkai dengan bentuk kata yang lain.

(2)

2

Penulisan Kata Terbitan yang Berawalan

Imbuhan Kata Kata Terbitan Awalan Dasar

Anti karat antikarat

Auto graf autograf

Dwi bahasa dwibahasa

Juru mudi jurumudi

Poli klinik poliklinik

Pra sekolah prasekolah

Pro kerajaan prokerajaan

Sub kategori subkategori

Swa daya swadaya

Tata susila tatasusila

(3)

Bagaimanapun, bentuk awalan yang boleh ditulis secara terpisah daripada kata dasar hanya bagi tiga penggunaan yang berikut: 1. Awalan maha ditulis terpisah daripada kata

dasar atau bentuk dasar selepasnya yang bermula dengan huruf besar yang

menunjukkan kata ganti nama Allah atau nama khas yang lain. Contohnya:

Allah Yang Maha Esa

2. Bentuk terikat seperti anti, pro, dan kontra

dapat ditulis secara terpisah, iaitu sebagai kata bebas, contohnya:

bersikap anti pro dan kontra

(4)

4 3. Tanda sempang ( - ) perlu digunakan apabila

awalan se- diimbuhkan pada kata nama khas yang bermula dengan huruf besar, contohnya: se-Nusantara

se-Malaysia

Penulisan Kata Terbitan yang Berakhiran

Kata terbitan yang berakhiran ditulis seperti yang berikut:

Akhiran Kata Kata Terbitan Dasar

-an minum minuman

-ah ustaz ustazah

-isme ego egoisme

-kan masuk masukkan

-man budi budiman

-nita biduan biduanita

(5)

Penulisan Kata Terbitan yang Berapitan

Kata terbitan yang berapitan ditulis seperti yang berikut:

Apitan Kata Dasar Kata Terbitan

ber4an anggap beranggapan ber4kan dasar berdasarkan di4i iring diiringi

di4kan umum diumumkan diper4kan tingkat dipertingkatkan

ke4an sejuk kesejukan

me4i kirim mengirimi

me4kan hadiah menghadiahkan memper4i isteri memperisteri

memper..kan hamba memperhambakan

pe4an rasa perasaan

penge..an had pengehadan ter..kan kata terkatakan

(6)

Penulisan Kata Terbitan yang Bersisipan

Kata terbitan bersisipan ditulis seperti yang berikut:

Sisipan Kata Dasar Kata Terbitan

-el- tunjuk telunjuk -em- kuning kemuning -er- gigi gerigi

-in- sambung sinambung

Penulisan Kata Sendi Nama

Kata sendi nama (kata depan) di- dan ke-ditulis terpisah dengan kata yang diimbuhkan

dengannya.

1. Kata sendi nama di- dan ke- ditulis secara terpisah daripada kata nama yang

menunjukkan arah atau yang menunjukkan kedudukan sesuatu kata nama yang ada selepasnya, contohnya:

(7)

i. Pakaiannya tersusun di atas meja itu. ii. Mereka berlayar menuju ke selatan.

2. Kata sendi nama di- dan ke- ditulis terpisah daripada kata nama umum yang terdapat selepasnya, contohnya:

i. Pak Ali bekerja di bangunan KL Sentral.

ii. Pelajar itu berbasikal ke sekolah setiap hari. 3. Kata sendi nama di- dan ke- ditulis secara

terpisah daripada kata bilangan atau kata yang menunjukkan jumlah sebagai kata bantu

tempat atau kata nama umum, misalnya: i. Banjir petang semalam berlaku di enam kawasan sahaja.

(8)

8 4. Kata sendi nama di- dan ke- ditulis secara

terpisah daripada kata nama tempat atau nama khas, contohnya:

i. Adiknya tinggal di Kajang.

ii. Mereka membuat lawatan ke Afrika Selatan. Penulisan Kata Ganti Singkat (Klitik)

Dalam bahasa Melayu, ada empat kata ganti singkat, iaitu kau, ku, mu, dan nya.

Kata ganti singkat kau dan ku sebagai awalan penanda pasif ditulis serangkai dengan kata dasar yang mengikutinya, contohnya:

kaulihat kuamati kautulis kubaca kaubisik kudengar kauberi kuterima

(9)

Kata ganti singkat ku, mu, dan nya sebagai unsur akhiran ditulis serangkai dengan kata dasar atau bentuk dasar yang mendahuluinya, contohnya: kasihku kasihmu kasihnya

rinduku rindumu rindunya temanku temanmu temannya

Bagaimanapun, kata ganti singkat ku, mu, dan

nya yang berfungsi sebagai kata ganti nama bagi

Allah menggunakan huruf besar sebagai huruf pertama, dan dihubungkan dengan kata yang ada sebelumnya dengan menggunakan tanda

sempang, contohnya:

i. Adakah mereka berdoa kepada-Ku? ii. Ya, Tuhanku, bimbinglah hamba-Mu ini! iii. Semoga kita mendapat rahmat-Nya,

(10)

10

Penulisan Partikel

Dalam bahasa Melayu, ada empat partikel yang digunakan, iaitu lah, tah, kah, dan pun.

Dalam Sistem Ejaaan Rumi Baharu, partikel lah,

tah, dan kah ditulis serangkai dengan kata dasar

yang terletak di hadapannya, contohnya:

Ejaan Lama Ejaan Baharu

ada-lah adalah

bimbing-lah bimbinglah

siapa-kah siapakah

bila-kah bilakah

apa-tah apatah

Partikel pun pula ditulis dengan dua cara, iaitu ditulis serangkai atau ditulis secara terpisah.

(11)

1. Kata pun yang berfungsi sebagai kata tugas yang bererti juga, ditulis secara terpisah. Contohnya:

i. Apa-apa pun yang dimakannya, dia tetap kurus.

ii. Pakaiannya pun tidak terurus.

2. Ada 13 pun yang telah ditetapkan untuk ditulis secara serangkai, iaitu:

adapun ataupun andaipun bagaimanapun biarpun kalaupun kendatipun lagipun mahupun meskipun sekalipun sungguhpun walaupun

(12)

12

Penulisan Kata Ganda (Kata Ulang)

Kata ganda dalam Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu kini ditulis sepenuhnya dengan menggunakan tanda sempang. Kata ulang

yang ditulis menggunakan tanda sempang , termasuklah kata ulang semu, kata ulang jamak, kata ulang berentak, dan kata ulang berimbuhan.

Penulisan Kata Ulang Semu:

anai-anai biri-biri hati-hati kuda-kuda kupu-kupu labah-labah labi-labi tupai-tupai

(13)

2. Penulisan Kata Ulang Jamak

jawatan-jawatan borang-borang projek-projek dewan-dewan program-program aktiviti-aktiviti

3. Penulisan Kata Ulang Berentak

bolak-balik gerak-geri mundar-mandir lauk-pauk kuih-muih ramah-tamah serba-serbi kucar-kacir

4. Penulisan Kata Ulang Berimbuhan

keanak-anakan akhir-akhirnya bersiar-siar segala-galanya karang-mengarang menulis-nulis

(14)

14

Penulisan Gabungan Kata

1. Ada tiga jenis gabungan kata yang unsur-unsurnya ditulis secara terpisah.

i. Kata bebas yang membentuk rangkai kata umum, rangkai kata istilah khusus, dan kata majmuk ditulis secara terpisah:

air hujah duta besar balai raya jalan raya bom tangan luar biasa model linear garis lintang tengah hari nasi minyak

ii. Gabungan kata yang dihasilkan daripada hubungan parataksis atau rangkai kata setara ditulis secara terpisah:

hidup mati adik kakak

ibu bapa miskin kaya

(15)

iii. Gabungan kata yang merupakan simpulan bahasa ditulis secara terpisah:

buah hati hati batu bulan madu pilih kasih darah muda tangkai jering 2. Kata ulang bagi gabungan kata yang ditulis

secara terpisah dibentuk dengan hanya

mengulangi kata nama yang diterangkan (kata nama pertama), bukannya seluruh rangkai kata berkenaan:

Bentuk Dasar Bentuk Berulang balai raya balai-balai raya guru besar guru-guru besar kapal laut kapal-kapal laut kertas kerja kertas-kertas kerja

(16)

16 3. Ada beberapa kaedah untuk menentukan

penulisan gabungan kata yang serangkai dan bentuk ulangannya.

i. Rangkai kata umum yang ditulis terpisah, ermasuklah istilah khusus dan kata majmuk, rangkai kata setara, dan simpulan bahasa yang menerima imbuhan apitan, ditulis secara serangkai:

ambil alih jadi pengambilalihan anak emas menganakemaskan lipat ganda melipatgandakan tidak adil ketidakadilan

ii. Dalam Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu telah ditetapkan sejumlah kata

tertentu yang boleh ditulis secara serangkai, dikenali sebagai bentuk yang mantap:

antarabangsa pesuruhjaya bumiputera setiausaha jawatankuasa sukarela kakitangan suruhanjaya kerjasama warganegara tanggungjawab olahraga matahari tandatangan

(17)

iii. Pengulangan gabungan kata yang ditulis serangkai:

jawatankuasa jadi jawatankuasa- jawatankuasa

pesuruhjaya pesuruhjaya-pesuruh- jaya

tanggungjawab tanggungjawab- tanggungjawab iv. Gabungan kata yang ditulis serangkai

menjadi dasar untuk membentuk kata terbitan:

setiausaha jadi kesetiausahaan

tanggungjawab penanggungjawaban warganegara kewarganegaraaan tandatangan menandatangani

(18)

18

Penggunaan Tanda Sempang ( - )

Dalam Sistem Ejaan Rumi Baharu Bahasa Melayu, tanda sempang digunakan untuk: i. menulis semua jenis kata ulang (kata

ganda):

bukit-bukau gunung-ganang sekolah-sekolah kekuning-kuningan cita-cita keanak-anakan ii. memisahkan suku kata yang tercerai oleh

penggantian baris:

Kertas ini bertujuan untuk mendapatkan per- timbangan pihak Fakulti.

(19)

iii. memperjelas ungkapan:

ber-evolusi ber-revolusi

iv. merangkaikan huruf kecil dengan huruf besar pada kata yang sama:

anti-Amerika hamba-Mu ISBN-nya pro-Malaysia

v. merangkaikan ke- dengan angka untuk penulisan nombor ordinal:

ke-24 ( kedua puluh empat)

ke-125 ( keseratus dua puluh lima)

vi. merangkaikan angka yang menunjukkan tahun dengan akhiran –an:

(20)

20 vii. Menyatakan hubungan antara kata pada

rangkai kata setara tertentu atau rangkai kata istilah:

alat-pandang dengar mesin-ketam roda-gigi

Referensi

Dokumen terkait

1.1.1 Mendengar, mengenal, menyebut dan mengenal pasti perbezaan sebutan perkataan, rangkai kata, istilah dan ungkapan dalam pelbagai ujaran dengan betul dan

2.2 Membaca untuk memahami makna perkataan, rangkai kata, istilah, serta maksud ungkapan dan ayat dalam pelbagai bahan. 2.2.2 Membaca untuk memahami dan menaakul maklumat

Mulai dari hari dan saat ini, marilah kita isytiharkan keseluruh negara bahawa sistem ejaan baru kita yang telah disempurnakan dengan kata muafakat antara dua negara yang berjiran

Jawapan juga menggunakan pelbagai ayat yang gramatis, penggunaan imbuhan dan kosa kata yang ditulis dalam karangan adalah meluas.. Terdapat sedikit kesalahan tanda baca

Kata sendi nama `di' digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat dan ditulis terpisah daripada kata nama atau frasa nama yang -mengikutinya. Ibunya