• Tidak ada hasil yang ditemukan

213709393 Laporan Amali Fasa Bulan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "213709393 Laporan Amali Fasa Bulan"

Copied!
23
0
0

Teks penuh

(1)

LAPORAN AMALI

LOKASI : KAMPUNG SRI LUKUT, KAHANG, KLUANG, JOHOR

PENGENALAN

Bulan yang beredar mengelilingi Bumi ialah sebuah satelit semula jadi dan kelima terbesar dalam Sistem Suria. Bulan mempunyai garis-pusat 3480 km, iaitu satu perempat saiz Bumi. Ia berputar mengelilingi Bumi dalam masa 27 hari dari jarak kejauhan 384 000 km atas paksi yang condong sedikit. Sambil mengelilingi Bumi, Bulan berputar atas paksinya sendiri dengan kelajuan yang sama. Ini menyebabkan permukaan Bulan yang sama menghadap Bumi.

Persamaan masa putaran Bulan atas paksinya dan masa yang diambilnya mengelilingi Bumi adalah disebabkan oleh bentuk Bulan yang tidak begitu bulat dan juga agak memanjang. Tarikan graviti Bumi mempengaruhi putaran Bulan atas paksinya dan memaksa paksi Bulan menyusun selari mengikut arahan Bumi-Bulan.

Disebabkan putarannya mengelilingi Bumi, Bulan sentiasa bertukar kedudukan berbanding arah Bumi-Matahari. Oleh yang demikian, bahagian cerahnya bertukar berbanding arah Bumi-Bulan. Ini menyebabkan dalam bulan Lunar, bentuk Bulan bertukar dalam siri fasa-fasanya. Sebagai contoh, bila Bulan betul-betul berada diantara Matahari dan Bumi, bulan tersebut tidak akan kelihatan, fasa ini dipanggil bulan baru. Sebaliknya pula, bila Bulan berada diarah bertentangan, iaitu Bumi berada diantara Matahari dan Bulan, fasa bulan purnama akan terjadi.

(2)

FASA BULAN

Fasa bulan merujuk kepada keadaan bentuk bulan yang terang yang dapat dilihat dari Bumi. Fasa Bulan berubah mengikut kitarannya apabila Bulan mengelilingi Bumi, mengikut perubahan kedudukan Bumi, Bulan dan Matahari. Separuh dari permukaan Bulan sentiasa diterangi oleh cahaya Matahari kecuali ketika berlaku gerhana Bulan. Ini kerana Bulan tidak mengeluarkan cahayanya sendiri seperti Matahari. Cahaya yang kelihatan pada Bulan adalah cahaya Matahari yang dipantulkan oleh Bulan ke Bumi. Bahagian yang terkena cahaya Matahari inilah yang dapat dilihat pada waktu malam.. Fenomena ini boleh di fahami melalui gambarajah 1 di bawah.

Gambarajah 1 : Bulan memantulkan cahaya dari Matahari ke Bumi

Untuk melengakapkan satu siri fasa Bulan akan mengambil masa lebih kurang 29.5 hari yang mana setiap malam bentuk Bulan yang dapat dilihat dari Bumi akan sentiasa berubah-ubah.

(3)

Terdapat empat fasa utama Bulan yang bermula dengan anak Bulan, Bulan separa, Bulan Purnama dan Bulan Separa Lama seperti yang di tunjukkan dalam gambarajah 2 di bawah.

Gambarajah 2 : 4 Fasa Bulan Utama

Fasa Bulan penuh adalah bermula dari Anak bulan, Bulan Sabit, Bulan Separa, Purnama Baru, Bulan Purnama, Purnama Lama, Bulan Separa Lama dan Bulan Sabit Lama. Gamarajah di bawah adalah bentuk Bulan mengikut fasa penuh.

C ah ay a M at ah ar i Anak Bulan Bulan Separa Bulan Purnama

Bulan Separa Lama

C ah ay a M at ah ar i Anak Bulan Bulan Separa Bulan Purnama

Bulan Separa Lama Bulan Sabit

Purnama Baru

Purnama Lama

Bulan Sabit Lama

(4)

PENGARUH BULAN DALAM KEHIDUPAN MANUSIA

Dengan wujudnya Bulan di langit serta kitaran fasanya telah menjadikan Bulan sebagai pengaruh penting dalam kehidupan manusia dan fenomena semula jadi Bumi seperti pasang surut air laut.

BULAN SEBAGAI TAKWIM KALENDAR ISLAM

Kalendar Islam atau dikenali sebagai takwim Hijrah atau Takwim Islam pula adalah Kalendar Lunar digunakan di kebanyakan negara Islam untuk menentukan hari kebesaran Islam. Kalendar ini berdasarkan bulan dan mempunyai kira-kira 354 hari setahun. Dalam takwim Hijrah, ada 12 bulan iaitu Muharam, Safar, Rabiulawal, Rabiulakhir, Jamadilawal, Jamadilakhir, Rejab, Syaaban, Ramadan, Syawal, Zulkaedah dan Zulhijah. Setiap bulan mengandungi 29 atau 30 hari, tetapi lazimnya tidak dalam turutan yang tetap.

Secara tradisinya, hari pertama setiap bulan akan bermula selepas anak bulan (hilal) kelihatan ketika matahari terbenam. Jika hilal tidak kelihatan selepas 29 hari pada bulan itu, sama ada dilindungi awan atau langit di ufuk barat terlalu terang apabila bulan terbenam, maka, hari itu dikira sebagai hari yang ke-30. Pencerapan atau rukyah itu haruslah dilakukan oleh orang yang dipercayai dan dan mengakuinya di hadapan pemimpin negara.

Dikatakan bahawa orang yang mula-mula menamakan bulan-bulan ini ialah Kab ibn Murrah, datuk kelima Rasullullah SAW. Peristiwa ketika pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab adalah titik tolak perubahan takwim hijrah yang mana Khalifah Umar mengumpulkan beberapa orang sahabat pada hari Rabu 20 Jamadilakhir tahun 17 Hijrah bagi menentukan tarikh yang patut diambil sebagai permulaan tahun Islam.

Dalam perbincangan itu, pendapat 'Ali ibn Abi Talib diterima dengan mengemukakan cadangan supaya menjadikan Hijrah Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke Madinah sebagai permulaan tahun Islam. Mereka juga bersetuju dengan pandangan Uthman menjadikan Muharam sebagai bulan pertama dalam sejarah Islam.

Orang Arab menganggap permulaan hari ialah selepas jatuh matahari dan berterusan sehingga jatuh matahari berikutnya, oleh itu malam mendahului siang. Tetapi hari menurut syarak yang diberi definisi oleh fuqaha' dimulai dengan terbit fajar sadiq sehingga jatuh matahari. Pada zaman sekarang,

(5)

menurut orang Eropah, hari dimulai pada tengah malam dan berterusan sehingga tengah malam berikutnya.

KALENDAR CINA

Kalendar Cina pula mengikut kalendar lunisolar, iaitu sama jenis dengan takwim Ibrani dan kalendar Hindu, yang menggabungkan unsur takwim qamari dengan kalendar solar.

Di negara China sekarang, kalendar Gregorian digunakan untuk kebanyakan kegiatan harian, namun kalendar Cina masih digunakan untuk menanda perayaan orang Cina tradisi seperti Tahun Baru Cina, perayaan Duan Wu dan Perayaan Kuih Bulan.

Sesetengah masyarakat Cina di seluruh dunia percaya dalam bidang astrologi. Mereka menggunakan kalendar ini untuk memilih tarikh sesuai melangsungkan perkahwinan atau merasmikan pembukaan bangunan baru.

Oleh kerana setiap bulan mengikuti satu kitaran bulan, kalendar ini juga digunakan untuk menentukan fasa kitaran bulan. Di China, kalendar tradisional ini dikenali sebagai ‘kalendar pertanian’ manakala kalendar Gregorian dikenali sebagai ‘kalendar umum’ atau ‘kalendar Barat’.

(6)

PENGARUH BULAN DALAM FENOMENA AIR PASANG

Air pasang surut terjadi akibat dari graviti bulan, matahari dan putaran bumi. Ketiga tiga faktor ini menyebabkan laut mengalami pasang dan surut setiap hari. Ada sesetengah tempat mengalami dua kali air pasang dan dua kali air surut. Manakala tempat tempat lain mengalami sekali air pasang dan surut sahaja. Pantai yang menghadap sumatera mengalami dua kali pasang dan surut dan pantai timur dan Borneo mengalami sekali sahaja.

Bahagian-bahagian bumi yang berhadapan dengan bulan akan mengalami air pasang. Ini menyebabkan gravity yang menarik air laut ke atas. Graviti matahari turut mempengaruhi air pasang, tetapi disebabkan jarak bumi dan matahari lebih jauh, kesannya lebih kecil. Walaubagaimanapun jika kedudukan bulan dan matahari selari, iaitu ketika bulan penuh dan anak bulan, air pasang akan lebih tinggi. Fenomena yang berlaku setiap 2 minggu ini dikenali sebagai spring tide.

Bumi

Bulan

Tarikan

Graviti

Paras Air Laut

Air Pasang Kecil Air Pasang Besar Air Surut

Gambarajah 4 : Fenomena Air Pasang Surut

Gambarajah 5:

Jadual air pasang surut yang digunakan oleh nelayan dan pemancing.

(7)

LAPORAN AMALI PRAKTIKAL 2 ( FASA BULAN) BERDASARKAN PEMERHATIAN SELAMA 2 MINGGU LOKASI l KAMPUNG SRI LUKUT, KAHANG, KLUANG, JOHOR.

TARIKH /

HARI

GAMBAR / BENTUK BULAN

PENERANGAN

(1) 02 MAC 2014

AHAD 01 Jamadil Awal

1435H

Fasa Bulan : Anak Bulan Masa : 07.45 malam Cuaca : Cerah

Lokasi : Arah barat dari lokasi rumah (2) 03 MAC 2014 ISNIN 02 Jamadil Awal 1435H

Fasa Bulan : Bulan Sabit Baru Masa : 08.00 malam

Cuaca : Cerah

Lokasi : Arah barat dari lokasi rumah (3) 04 MAC 2014 SELASA 03 Jamadil Awal 1435H

Fasa Bulan : Bulan Sabit Baru Masa : 09.30 malam

Cuaca : Cerah

(8)

TARIKH /

HARI

GAMBAR / BENTUK BULAN

PENERANGAN

(4) 05 MAC 2014

RABU 04 Jamadil Awal

1435H

Fasa Bulan : Bulan Sabit Baru Masa : 10.06 malam

Cuaca : Cerah

Lokasi : Arah barat dari lokasi rumah

(5) 06 MAC 2014

KHAMIS 05 Jamadil Awal

1435H

Fasa Bulan : Bulan Sabit Baru Masa : 10.45 malam

Cuaca : Cerah

Lokasi : Arah barat dari lokasi rumah

(6) 07 MAC 2014

JUMAAT 06 Jamadil Awal

1435H

Fasa Bulan : Bulan Sabit Baru Masa : 10.22 malam

Cuaca : Cerah

Lokasi : Arah barat dari lokasi rumah

(7) 08 MAC 2014

SABTU 07 Jamadil Awal

1435H

Fasa Bulan : Bulan Separa Masa : 10.26 malam Cuaca : Cerah

(9)

TARIKH /

HARI

GAMBAR / BENTUK BULAN

PENERANGAN

(8) 09 MAC 2014

AHAD 08 Jamadil Awal

1435H

Fasa Bulan : Bulan Separa Masa : 10.51 malam Cuaca : Cerah

Lokasi : Arah barat dari lokasi rumah

(9) 10 MAC 2014

ISNIN 09 Jamadil Awal

1435H

Fasa Bulan : Bulan Separa Masa : 11.07 malam Cuaca : Cerah

Lokasi : Tengah langit dari lokasi rumah (10) 11 MAC 2014 SELASA 10 Jamadil Awal 1435H

Fasa Bulan : Bulan Separa Masa : 11.07 malam Cuaca : Cerah

Lokasi : Tengah langit dari lokasi rumah (11) 12 MAC 2014 RABU 11 Jamadil Awal 1435H

Fasa Bulan : Bulan Purnama Baru Masa : 09.51 malam

Cuaca : Cerah

Lokasi : Tengah langit dari lokasi rumah

(10)

TARIKH /

HARI

GAMBAR / BENTUK BULAN

PENERANGAN

(12) 13 MAC 2014

KHAMIS 12 Jamadil Awal

1435H

Fasa Bulan : Bulan Purnama Baru Masa : 10.33 malam

Cuaca : Cerah

Lokasi : Tengah langit dari lokasi rumah (13) 14 MAC 2014 JUMAAT 13 Jamadil Awal 1435H

Fasa Bulan : Bulan Purnama Baru Masa : 11.59 malam

Cuaca : Cerah

Lokasi : Tengah langit dari lokasi rumah (14) 15 MAC 2014 SABTU 14 Jamadil Awal 1435H

Fasa Bulan : Bulan Purnama Baru Masa : 12.00 tengah malam Cuaca : Cerah

Lokasi : Tengah langit dari lokasi rumah (15) 16 MAC 2014 AHAD 15 Jamadil Awal 1435H

Fasa Bulan : Bulan Purnama Masa : 10.24 malam

Cuaca : Cerah

Lokasi : Tengah langit dari lokasi rumah

(11)

UNJURAN AZIMUTH

(1) FASA ANAK BULAN

(2) FASA BULAN SABIT BARU

Timur Barat

Timur Barat

(12)

(3) FASA BULAN SABIT BARU

(4) FASA BULAN SABIT BARU

Timur Barat

Timur Barat

(13)

(5) FASA BULAN SABIT BARU

(6) FASA BULAN SABIT BARU

Timur Barat

Timur Barat

(14)

(7) FASA BULAN SEPARA

(8) FASA BULAN SEPARA

Timur Barat

Timur Barat

(15)

(9) FASA BULAN SEPARA

(10) FASA BULAN SEPARA

Timur Barat

Timur Barat

(16)

(11) FASA BULAN SEPARA

(12) FASA PURNAMA BARU

Timur Barat

Timur Barat

(17)

(13) FASA PURNAMA BARU

(14) FASA PURNAMA BARU

Timur Barat

Timur Barat

(18)

(15) FASA PURNAMA BARU

(16) FASA BULAN PURNAMA

Timur Barat

Timur Barat

(19)

KRONOLOGI DAN REFLEKSI AMALI PRAKTIKAL 2

Sebelum memulakan amali praktikal mengenai fasa-fasa Bulan ini, saya terlebih dahulu membuat sedikit kajian dari pelbagai sumber bahan bacaan samada dari buku atau laman web untuk mengetahui dan memahami mengenai pergerakkan Bulan dan Bumi yang seterusnya boleh mempengaruhi bentuk Bulan pada setiap malam yang di namakan sebagai fasa-fasa Bulan. Saya juga mencari maklumat mengenai teknik dan cara yang yang sesuai untuk mengambil gambar Bulan agar bentuk Bulan akan jelas kelihatan. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kualiti gambar bulan yang mana antaranya ialah jenis kamera yang digunakan, waktu yang sesuai, cuaca dan juga keadaan langit.

FAKTOR KAMERA

Saya telah cuba menggunakan kamera telefon pintar yang yang bersaiz 8 mega pixel, namun begitu, kualiti gambarnya agak mengecewakan seperti di bawah.

Ketika gambar ini diambil, Bulan sedang melalui fasa Bulan sabit. Kualiti gambar langsung tidak menunjukkan bentuk Bulan sabit yang sebenar. Oleh itu, saya telah menggunakan kamera DSLR Nikon D5100 dengan lensa bersain 18mm-200mm. Dengan menggunakan fokus dan kualiti imej yang sesuai, saya telah dapat mengambil gambar bulan yang sesuai dengan kehendak amali ini.

(20)

Gambar di atas adalah gambar yang diambil dengan menggunakan DSLR Nikon D5100. Begitu ketara perbezaan gambar dengan menggunakan kamera telefon pintar dan kamera DSLR.

FAKTOR WAKTU

Oleh kerana fasa Bulan yang ingin saya cerap adalah fasa Bulan di awal Bulan yang mana jika mengikut kalendar Islam, awal bulan Jamadil Awal bersamaan dengan 2 Mac 2014. Jika mengikut bacaan yang telah saya buat, anak Bulan akan terbit di bahagian barat Bumi. Oleh itu, dengan menggunakan kompas, saya telah menentukan arah mata angin.

Mengikut maklumat yang saya baca, anak bulan akan terbit apabila masuk waktu Maghrib dan akan hilang sebelum masuk waktu Isyak. Jangkamasa yang pendek ini perlu saya gunakan sebaik mungkin agar gambar anak Bulan dapat saya ambil. Namun begitu, ternyata, untuk mengambil gambar anak Bulan, kamera DSLR yang saya gunakan tidak sesuai, begitu juga dengan lokasi saya mengambil gambar tersebut.

Tiada penampakkan bentuk Bulan dalam gambar di atas yang mana jika mengikut bahan bacaan, anak bulan hanya dapat di lihat dengan menggunakan teleskop di lokasi-lokasi yang tertentu sahaja sama seperti lokasi melihat anak Bulan semasa menentukan tarikh bulan Ramadhan dan tarikh hari raya oleh JAKIM dan juga ahli – ahli falak nya.

(21)

Seterusnya, pada hari kedua, barulah bentuk Bulan sabit akan kelihatan. Namun begitu, jangkamasanya juga tidak lama.

FAKTOR CUACA DAN LANGIT

Kebetulan, Malaysia mengalami musim kemarau sejak dari bulan Januari lagi, jadi cuaca begini amat sesuai untuk saya mengambil gambar Bulan yang mana pada waktu malamnya langit kurang berawan. Faktor cuaca dan keadaan langit ini juga antara faktor yang boleh menjejaskan kualiti gambar bulan.

Sepanjang 2 minggu atau lebih tepat selama 15 hari saya berusaha untuk mencerap gambar-gambar Bulan ini yang masa antara masa yang sesuai bagi Bulan sabit adalah antara dari waktu Maghrib sehingga sebelum Isyak atau pun antara jam 7.00 malam sehingga 8.00 malam. Selepas itu bulan akan hilang. Sehingga hari ke-7 hingga hari ke-16, waktu yang sesuai adalah antara jam 9.00 malam sehingga jam 12.00 tengah malam bergantung pada keadaan langit dan cuaca.

(22)

Akhirnya, setelah cukup 16 hari, barulah saya dapat melihat perubahan-perubahan bentuk Bulan yang di namakan sebagai fasa-fasa Bulan. Perubahan kedudukan ketika melihat Bulan juga mempengaruhi bentuk dan saiz Bulan yang di lihat. Hal ini disebabkan oleh fenomena Bumi berputar dan juga pergerakkan Bulan mengelilingi Bumi.

HARI 1 2 3 4 BENTUK BULAN HARI 5 6 7 8 BENTUK BULAN HARI 9 10 11 12 BENTUK BULAN HARI 13 14 15 BENTUK BULAN

Gambar di atas adalah gambar fasa Bulan peringkat pertama yang telah saya ambil yang bermula dari 2 Mac 2014 sehingga 16 Mac 2014 atau bersamaa dengan 1 Jamadil Awal 1435H sehingga 15 Jamadil Awal 1435H.

(23)

BIBLIOGRAFI

(n.d.). Retrieved Mac Friday, 2014, from falak-online: http://www.falak-online.net/portalfalak/content/10/2/2009/keadaan-fasa-fasa-bulan

(n.d.). Retrieved Mac Friday, 2014, from Moon phases for Johor Bahru, Malaysia: http://www.timeanddate.com/calendar/moonphases.html

Lisa Miles, A. S. (2007). Buku Lengkap Astronomi dan Angkasa . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pasang Laut. (n.d.). Retrieved Mac Friday, 2014, from Table Pasang Surut:

http://www.pasanglaut.com/as/malaysia/klang

Stannard, R. (2003). Alam Semesta Panduan Mengenalinya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

wikipedia. (n.d.). Retrieved Mac Friday, 2014, from http://en.wikipedia.org/wiki/Azimuth

wikipedia. (n.d.). Retrieved Mac Friday, 2014, from http://ms.wikipedia.org/wiki/Bulan_%28satelit

%29

Gambar

Gambar di atas adalah gambar yang diambil dengan menggunakan DSLR Nikon D5100. Begitu ketara perbezaan gambar dengan menggunakan kamera telefon pintar dan kamera DSLR.
Gambar di atas adalah gambar fasa Bulan  peringkat pertama yang telah saya ambil yang bermula dari 2 Mac 2014 sehingga 16 Mac 2014 atau bersamaa dengan 1 Jamadil Awal 1435H sehingga 15 Jamadil Awal 1435H.

Referensi

Dokumen terkait

Floyd-Warshall merupakan salah satu algoritma yang dapat digunakan sebagai metode pencarian path terpendek yang diterapkan pada aplikasi permainan Help Your Mom.. Algoritma

Dalam pengambilan keputusan investasi dalam saham, investor selalu dihadapkan pada permasalahan apakah tingkat permintaan yang diharapkan investor (required of return)

Berikut ini kami sajikan data yang kami peroleh dari survei kecepatan sesaat di simpang bundaran ruas jalan Perintis Kemerdekaan.. Dari diagram kecepatan sesaat

Hasil penelitian ini adalah anak terlantar di Kota Surabaya memiliki kondisi sosial ekonomi direpresentasi kondisi perekonomian yang miskin, pendidikan rendah,

Teknik pengambilan sampel menggunakan salah satu metode Non Probability Sampling , yaitu Convenience Sampling , di mana anggota populasi dapat dengan mudah dipilih

Dengan harga ini, harga gas hulu (upstream) bias ditekan hingga mencapai US$ 4 /mmbtu, lebih rendah daripada harga gas hulu yang ditetapkan pemerintah sebesar US$ 6/mmbtu.

Pada DBD terjadi perembesan plasma yang ditandai dengan hemokonstentrasi (peningkatan hematokrit) atau penumpukan cairan di rongga tubuh.. Sindrom renjatan

Dalam penelitian ini, akan dilakukan pembobotan kriteria mana yang lebih penting dari kriteria lainnya dan perangkingan karyawan dengan metode Analytical Hierarchi