• Tidak ada hasil yang ditemukan

KETEPATAN TAKWIM HIJRI MALAYSIA BERDASARKAN CERAPAN FASA BULAN PURNAMA [THE ACCURACY OF TAKWIM HIJRI MALAYSIAN BASED ON FULL MOON PHASE OBSERVATIONS]

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "KETEPATAN TAKWIM HIJRI MALAYSIA BERDASARKAN CERAPAN FASA BULAN PURNAMA [THE ACCURACY OF TAKWIM HIJRI MALAYSIAN BASED ON FULL MOON PHASE OBSERVATIONS]"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

12

KETEPATAN TAKWIM HIJRI MALAYSIA BERDASARKAN CERAPAN

FASA BULAN PURNAMA

[THE ACCURACY OF TAKWIM HIJRI MALAYSIAN BASED ON FULL

MOON PHASE OBSERVATIONS]

1AKMAL AISHAH RAHIMI

aqmal.ishah@gmail.com

*1BAHARRUDIN ZAINAL

baharzai@unisza.edu.my

Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin, Kampus Gong Badak, 21300 Kuala Nerus, Terengganu, MALAYSIA

ABSTRACT

The beginning of the month for the Hijri calendar begins when the Moon appears or uses the method of hisab. In context Hijri calendar in Malaysia, determination for the crescent moon by the imkannur

rukyah. According to this method, the beginning of the Hijri month begins when the Moon exists and

visible. Based on this justification the date of the new Hijri month was arranged. One of the main features of the Islamic calendar, including the Hijri calendar, is that the calendar period must same with the Moon phase. Therefore, the accuracy of the sighting crescent moon criterion can be tested by the Moon phase. For this purpose, the test can be done by comparing the phases of the Moon with the Hijri calendar. By observation the phases of the Moon phases on the dates near the full moon, on the 12th, 13th, 14th, 15th and 16th nights, the accuracy of the Moon phase with the Hijri date is analyzed. The analysis was performed by comparing the sunset with the rising Moon, as well as the percentage of phases of the Moon captured in photography. This information matches the Hijri calendar to find out the accuracy of the Moon phase with the Hijri calendar. The results show that, based on the date of the Malaysia Hijri calendar, the full moon phase occurs partly on the 14th night of the 15th day and the rest on the 15th night of the 16th day.

Keywords: Calendar Hijri, Moon Phase, Full Moon

ABSTRAK

Awal bulan bagi takwim Hijri dimulakan apabila Anak Bulan kelihatan atau menggunakan kaedah hisab. Dalam konteks penggunaan takwim Hijri di Malaysia, penetapan awal bulan adalah dengan kaedah imkannur rukyah. Berdasarkan kaedah ini, awal bulan Hijri dimulai apabila Anak Bulan ada dan boleh kelihatan. Berasaskan justifikasi ini tarikh awal bulan Hijri disusun. Salah satu ciri utama takwim kamariah, termasuk takwim Hijri ialah tarikh takwim mesti bersamaan dengan fasa Bulan. Justeru, ketepatan penggunaan kriteria kenampakan Anak Bulan boleh diuji dengan fasa Bulan. Untuk tujuan ini, ujian boleh dilakukan dengan membandingkan fasa Bulan dengan takwim Hijri.

(2)

13

Dengan melakukan cerapan fasa Bulan secara fotografi pada tarikh berhampiran purnama iaitu pada malam ke-12, ke-13, ke-14, ke-15 dan ke-16, ketepatan fasa Bulan dengan tarikh Hijri dianalisis. Analisis dilakukan melalui perbandingan di antara Matahari terbenam dengan Bulan terbit, serta peratusan fasa Bulan yang dirakamkan secara fotografi. Maklumat ini dipadankan dengan takwim Hijri untuk mengetahui ketepatan fasa Bulan dengan takwim Hijri. Hasil kajian menunjukkan, berdasarkan tarikh takwim Hijri Malaysia, fasa Bulan purnama berlaku sebahagiannya pada 14 malam 15 hari bulan dan sebahagian lagi pada 15 malam 16 hari bulan.

Kata Kunci: Takwim Hijri, fasa Bulan, purnama

PENDAHULUAN

Bulan beredar pada satahnya sambil mengelilingi Bumi mengambil tempoh masa selama 29.530589 hari. Peredaran ini memberi kesan kepada perubahan fasa Bulan yang bermula dengan proses ijtimak diikuti fasa Anak Bulan. Selepas tujuh hari menjadi fasa suku muda, seterusnya pada hari ke–14 atau 15 menjadi fasa Bulan purnama. Selepas tujuh hari purnama, Bulan berada pada fasa suku tua dan selanjutnya Bulan sekali lagi berada pada kedudukan ijtimak, bagi menandakan kitaran fasa Bulan berikutnya. Apabila perubahan fasa Bulan di cerap berulang kali, masyarakat terawal menggunakannya sebagai rujukan takwim. Antara takwim yang menggunakan asas pergerakan takwim kamariah ialah takwim Hijri. Hari baharu bagi takwim Hijri bermula berdasarkan beberapa fenomena fasa Bulan iaitu waktu ijtimak, kewujudan Anak Bulan atas ufuk dan kenampakan Anak Bulan. Di Malaysia, penentuan awal Bulan menggunakan kaedah rukyah dan hisab dengan syarat kenampakan Anak Bulan (imkanur rukyah). Oleh sebab takwim Hijri menggunakan fenomena fasa Bulan, tarikh takwim perlu berpadanan dengan fasa Bulan. Walau bagaimanapun disebabkan terdapat pelbagai kriteria kenampakan Anak Bulan dalam astronomi maka susunan takwim juga akan berbeza mengikut kriteria yang digunakan. Misalnya kriteria purba dalam Ilyas (1997), King (1987), dan kriteria moden dalam Ilyas (1997), Baharrudin (2005), Zambri (2015), Odeh (2004) dan Yallop (1998). Justeru, penggunaan sesuatu kriteria ini akan mempengaruhi tarikh Hijri terhadap yang disusun. Begitu juga di Malaysia, ketepatan takwim berdasarkan kriteria yang digunakan boleh disemak menggunakan fasa Bulan. Kajian dalam kertas kerja ini akan menilai kesan kriteria yang digunakan di Malaysia terhadap tarikh Bulan purnama.

SOROTAN LITERATUR

Kecenderungan kajian berkaitan takwim lebih fokus pada kajian ketepatan kriteria kenampakan Anak Bulan, menggunakan parameter baharu dan penggunaan media fotografi baharu seperti Charge Couple Device (CCD), pengimejan dan astronomi. Sebaliknya belum ditemui kajian yang mengaitkan tarikh Hijri dengan fasa Bulan purnama.

Dalam kemajuan penggunaan takwim Hijri, Malaysia telah mencapai kemajuan yang baik semenjak penggunaan kriteria yang diperkenalkan oleh Resolusi Istanbul pada tahun 1978. Amalan Malaysia berdasarkan penggunaan kriteria kenampakan Anak Bulan di Malaysia adalah melalui persetujuan oleh Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat yang ke 125 pada 14 Oktober 1982 yang telah dicadangkan oleh Jawatankuasa menetapkan awal puasa dan Hari Raya Puasa (JMAPH) yang telah dilantik oleh Majlis Raja-Raja, sebagaimana berikut:

(3)

14

“Anak Bulan Ramadhan dan Syawal, kiranya tidak kelihatan kerana terlindung oleh keadaan cuaca, padahalnya mengikut ahli falak, Anak Bulan itu tetap ada dan boleh nampak, maka kiraan ahli-ahli falak boleh digunakan.”

Pada tahun 1991, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang dikenali dahulu sebagai Bahagian Agama Hal Ehwal Islam (BAHIES) telah mencadangkan penggunaan syarat baharu dengan melakukan kajian semula syarat kenampakan Anak Bulan di Indonesia dan Malaysia. Kriteria kenampakan Anak Bulan yang digunakan di Malaysia adalah:

a) Ketika Matahari terbenam, ketinggian Bulan tidak kurang daripada 2˚ dan b) Jarak lengkung bulan-matahari tidak kurang daripada 3˚

atau

Ketika Bulan terbenam, umur Bulan tidak kurang daripada 8 jam.

Kriteria ini diperoleh daripada laporan kajian jawatankuasa kajian semula awal Ramadhan dan Syawal. Oleh itu, kriteria ini digunakan untuk menyusun takwim sehingga sekarang (BAHIES, 1991). Kajian ketepatan imkanur rukyah di Malaysia yang dilakukan oleh Saiful Anwar, et,al.(2015) dengan menilai semula penggunaan kriteria Imkanur rukyah bagi penetapan awal bulan Ramadan dan Syawal. Data kenampakan Anak Bulan diperoleh dari Pejabat Penyimpan Mohor Raja-Raja (PPMBRR) yang mengandungi tarikh melihat Anak Bulan, tempat cerapan, keputusan cerapan, tarikh 1 Ramadan atau Syawal dan kaedah penetapan rukyah atau hisab. Data yang diperoleh melibatkan tarikh 1 Ramadan dan 1 Syawal mulai tahun 1972M/1392H hingga 2010M/1431H sebanyak 80 data. Analisis data kenampakan Anak Bulan bermula dari tahun 1992 sehingga 2010 sebanyak 40 data. Beberapa data yang mempunyai maklumat tempat cerapan di Teluk Kemang, Negeri Sembilan dan beberapa data yang tidak mempunyai maklumat tempat cerapan menggunakan titik rujukan di Tanjung Chincin, Langkawi. Dalam kajian ini menggunakan perisian Moon Calculator 6.0 untuk mendapatkan nilai bagi parameter seperti ketinggian hilal di atas ufuk, jarak lengkung Bulan dengan Matahari dan umur Anak Bulan. Hasil kajian ini mendapati bulan Ramadan di Malaysia adalah lebih banyak 30 hari berbanding 29 hari jika menggunakan kaedah rukyah semata-mata kerana pengaruh faktor cuaca dan keadaan tempatan di Malaysia. Justeru, penggunaan kriteria imkanur rukyah didapati adalah relevan.

Kajian yang sama juga yang dilakukan oleh Baharrudin (2005) mengenai penilaian semula dari sudut kriteria kenampakan Anak Bulan di Malaysia. Kajian ini menggunakan kajian lapangan untuk mengkaji hubungan antara kecerahan langit dan kenampakan Anak Bulan. Data cerapan yang dikutip sepanjang kajian mulai tahun 1997 hingga 1999 di lokasi Pusat Falak Syeikh Tahir dan data sedia ada mulai tahun 1976 hingga 1997 daripada rekod Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), JAKIM, PPMBRR, Jabatan Agama Islam Negeri dan Balai Cerap KUSZA. Kajian ini melakukan eksperimen yang menggunakan instrumen untuk mengutip data iaitu teodolit model Kern DKM2-A, teleskop, kamera SLR dan fotometer SSP-3 bagi mengukur kecerahan langit. Dapatan kajian ini beliau mendapati rekod kenampakan Anak Bulan di Malaysia lebih tinggi berbanding dengan kriteria yang digunakan ketika itu. Pengkaji juga mencadangkan kriteria kenampakan Anak Bulan iaitu tinggi Bulan 5.5°, jarak Bulan dengan Matahari 9.5° dan waktu kenampakan pertama berlaku ketika Matahari berada 3° di bawah ufuk. Walau bagaimanapun kajian ini didapati hanya mengkaji takwim mengenai kriteria kenampakan Anak Bulan yang digunakan di Malaysia tidak berdasarkan ketepatan fasa Bulan sepanjang bulan.

Selain itu, kajian yang dilakukan oleh Zambri, etl. (2015) juga untuk menilai semula kriteria kenampakan Anak Bulan di Malaysia. Analisis kajian perbandingan kriteria sedia ada altitud 2° dan

(4)

15

Elongasi 3° atau 8 jam dengan kriteria altitud 3° dan Elongasi 5° kriteria yang dicadangkan oleh pengkaji. Kalendar Hijri yang digunakan bermula pada 1421H-1472H/2001M-2050M dengan menggunakan perisian Moon Calculator 6.0 untuk menjana kalendar, manakala bagi menentukan tarikh tertentu pengkaji menggunakan Date Calculator. Lokasi kajian pengkaji ialah titik rujukan Tanjung Chincin, Pulau Langkawi, Kedah. Hasil kajian, pengkaji mendapati bahawa kriteria sedia ada mempunyai hasil data yang negatif yang memungkinkan Anak Bulan sukar dilihat berbanding dengan kriteria yang dicadangkan memungkinkan anak Bulan boleh dilihat kerana wujudnya ketidaksepadanan antara parameter Bulan yang digunakan oleh kriteria imkanur rukyah. Walau bagaimanapun, kajian ini tidak melibatkan tarikh hanya perbandingan kriteria sahaja.

Selanjutnya terdapat kajian yang membentuk kalendar Islam berdasarkan fasa Bulan oleh Wahyuni, etl. (2019) yang bertajuk Modelling of Islamic Calendar System based on Moon Phase. Kajian ini dilakukan untuk membina semula kalendar Islam yang berasaskan fasa Bulan. Wahyuni membina kalendar Wada versi kalendar Julian berdasarkan fungsi tempoh fasa Bulan sinodik. Data yang digunakan sebagai rujukan untuk membina fungsi menggunakan senarai tempoh sinodik data Bulan yang bermula pada bulan September 1924 hingga Julai 2005 dalam kalendar Gregorian. Pengkaji mencari perbezaan masa antara dua titik ijtimak yang bersebelahan antara satu sama lain untuk menentukan bilangan hari dalam setiap Bulan. Analisis data kajian ini menggunakan kaedah numerikal untuk menunjukkan data tempoh Bulan sinodik. Hasil kajian mendapati pembinaan kalendar Wada terdapat ralat pada bilangan hari dalam kalendar Islam yang dibuat dengan panjang asal setiap bulan dalam kalendar Islam. Kesalahan yang berlaku pada setiap bulan dalam kalendar Islam adalah jumlah kesilapan pada bulan sebelumnya.

Seterusnya mengenai astro fotografi pula, Mahamarowi (2017) mendefinisikan astro fotografi sebagai aplikasi fotografi dalam bidang astronomi. Beliau menjelaskan astro fotografi satu kombinasi seni dan sains. Seni memerlukan kepada kaedah dan latihan manakala sains memerlukan kefahaman fungsi alatan kamera.

Terdapat kajian cerapan Anak Bulan yang menggunakan peralatan astronomi dan teknik pengimejan untuk mendapatkan imej yang jelas seperti dalam kajian Nurul Kausar Nizam, et.al, (2014), Mohammaddin Abdul Niri, et.al, (2016) dan Ammar (2017). Kajian yang dilakukan Nurul Kausar Nizam, et.al, (2014) memfokuskan kesan terhadap hukum ithibat kenampakan Anak Bulan di Malaysia menggunakan teleskop. Dapatan kajian mendapati Anak Bulan menepati tuntutan syarak dan imkanur rukyah. Pengkaji juga mencadangkan syarat tertentu bagi kaedah penggunaan teleskop dengan kamera jika saiz Anak Bulan kecil dan keadaan kecerahan langit. Manakala kajian Mohammaddin Abdul Niri, et.al, (2016) pula mengkaji kesan penggunaan hitungan astronomi dan alatan moden dalam menentukan Anak Bulan di Malaysia. Kajian ini melakukan perbandingan data cerapan Anak Bulan sepanjang tahun 1431H/2010M berdasarkan kaedah perlaksanaan menentukan Anak Bulan menggunakan kaedah rukyah dengan bantuan peralatan, hisab dan istikmal. Data kenampakan Anak Bulan diperoleh melalui sumber sekunder. Hasil kajian mendapati kaedah rukyah dengan peralatan dan kaedah istikmal tidak banyak perbezaan kecuali pada bulan tertentu. Cerapan Anak Bulan yang menggunakan alatan astronomi adalah positif berbanding jika dilakukan dengan mata kasar sahaja. Kaedah rukyah dengan alatan astronomi dan kaedah hisab berperanan sebagai alat pengesah kesaksian. Di samping itu, kajian oleh Ammar (2017) membincangkan teknik pengimejan menggunakan CCD dalam pengimejan Anak Bulan selepas dan sebelum ijtimak. Kajian ini menggunakan kaedah cerapan di lokasi yang berlainan. Peralatan yang digunakan dalam kajian ini adalah kamera CCD, teleskop Takashi TOA-150 dan Solar Lunt. Manakala data fizikal Anak Bulan

(5)

16

diperoleh menggunakan Mooncalc dan teknik pengimejan Bulan menggunakan proses MaximDL. Hasil kajian yang dilakukan berjaya merekod satu Bulan sabit tua dan satu Bulan sabit muda. Walau bagaimanapun, kajian menggunakan peralatan astronomi kebanyakannya digunakan dalam penentuan awal Bulan walaupun kajian ini tidak berkaitan dengan fasa purnama tetapi penggunaan alat bantu astronomi boleh digunakan dalam cerapan fasa Bulan lain.

Bagi kajian penggunaan takwim dan masyarakat, persepsi masyarakat Terengganu yang dikaji oleh Hamizah (2015) yang bertajuk Pelaksanaan Takwim Hijri Terengganu; Persepsi Masyarakat Dalam Aspek Sains, Sosiobudaya dan Agama Di Kuala Terengganu. Kajian ini membincangkan pandangan masyarakat setempat terhadap penggunaan takwim Hijri merangkumi soal kekerapan dan kefahaman mereka terhadap beberapa unsur falak. Seramai 384 orang diberikan sampel soal selidik dengan menggunakan kaedah temu bual tidak berstruktur dan pengumpulan data berbentuk dokumen. Hasil kajian beliau mendapati penggunaan masyarakat dan kefahaman masyarakat tentang ilmu falak adalah sederhana. Walau bagaimanapun, kedua-dua kajian ini hanya memfokuskan kepada pengetahuan ilmu falak.

Kesimpulannya, berdasarkan sorotan literatur, kajian ketepatan tarikh dengan Bulan purnama belum pernah dikaji kerana kebanyakan kajian menumpukan kriteria kenampakan Anak Bulan dan kaedah cerapan Anak Bulan. Kajian penulis memfokuskan kepada ketepatan tarikh Hijri berdasarkan cerapan Bulan purnama walau bagaimanapun kajian kriteria dan teknik cerapan boleh dijadikan panduan.

METODOLOGI Pengenalan

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti tahap ketepatan fasa Bulan Purnama dengan ketepatan takwim Hijri Malaysia. Oleh itu, kajian ini memerlukan kepada pengumpulan data dan analisis data yang sistematik. Kajian ini mengutip data takwim dan melakukan kaedah cerapan fasa Bulan. Beberapa kaedah kutipan data dilakukan untuk mengumpul data. Pertama menggunakan kaedah analisis teks untuk memperoleh maklumat yang berkaitan dengan tajuk kajian seperti teori dan kajian lepas. Kedua, kaedah cerapan menggunakan peralatan seperti kamera untuk mendapatkan imej fasa Bulan.

Beberapa persediaan dilakukan untuk mengutip data dari perisian dengan mengenal pasti parameter yang diperlukan seperti lokasi, tarikh, waktu Matahari terbenam, waktu Bulan terbit dan peratus cahaya Bulan. Bagi tarikh Hijri pula diperoleh melalui laman sesawang JAKIM dari tahun 2017 hingga 2018. Kalendar JAKIM mengandungi hari, tarikh Hijri dan Masihi serta bulan Hijri dan bulan Masihi.

Kajian ini menggunakan peralatan kamera DSLR jenis D3100 dengan saiz lensa 70-300mm. Selain itu, aksesori yang digunakan adalah kabel pengatup kamera dan tripod. Kajian ini menggunakan kaedah cerapan yang mudah, dikenali sebagai teknik kamera tripod. Cerapan Bulan dilakukan pada sebelum berlaku purnama, ketika dan selepas purnama di Kuala Terengganu. Mendiri siap peralatan cerapan hanya meletakkan kamera di atas tripod, kemudian menghalakan kamera ke arah Bulan. Seterusnya menetapkan aturan dedahan cahaya yang sesuai dan memfokuskan kamera. Dengan lensa 300 mm, saiz Bulan yang dirakam tidak terlalu kecil. Rajah 1 menunjukkan panjang

(6)

17

telephoto yang memberikan saiz Bulan dirakam berbeza. Untuk kajian ini memadai menggunakan saiz lensa 70-300mm bagi mendapatkan bentuk bulat Bulan.

(Sumber: Google: https://www.flickr.com/photos/jlbaynard/3435703824) Rajah 1: Imej Bulan dengan saiz lensa yang berbeza

Kamera Digital Single Lense Reflex (DSLR) adalah kamera digital yang mempunyai fungsi kamera yang boleh dikawal dan diubah secara manual seperti ISO, shutter speed dan aperture. Kamera ini sesuai digunakan untuk tujuan astro fotografi. Kelebihan kamera digital yang mempunyai skrin memudahkan objek dirakam dapat dilihat semula. Kamera jenis DSLR juga mempunyai fungsi menukar lensa iaitu lensa boleh diganti dengan pelbagai jenis lensa mengikut keadaan foto yang dikehendaki.

Lensa adalah cermin bukaan kanta dan mempunyai pelbagai jenis saiz lensa bergantung kepada keperluan jurukamera. Panjang lensa berdasarkan panjang fokal dalam bentuk milimeter. Dalam astro fotografi, semua jenis lensa boleh digunakan untuk merakam landskap langit yang berlatarkan bintang-bintang dan Bulan. Untuk fotografi yang memerlukan ciri-ciri objek lebih jelas memerlukan jenis lensa telefoto yang boleh zoom sejauh mungkin seperti Bulan kerana lensa telefoto memberikan pandangan yang sempit tetapi akan membesarkan objek yang jauh dan menghampiri objek. Contoh saiz lensa telefoto 70-200mm dan 70-300mm.

Selain itu, data yang diperoleh dalam kajian ini daripada data cerapan dan sedia ada. Perolehan data adalah seperti berikut:

Jadual 1: Input data pra cerapan

Bil. Data persediaan Data perisian skymap pro 8

Data cerapan Analisis

1. Lokasi Waktu Matahari

terbenam

Imej fasa Bulan purnama

Tarikh purnama dicerap

2. Tarikh Waktu Bulan terbit

3. Peratus cahaya Bulan

Maklumat tarikh Hijri dan Masihi diperoleh daripada kalendar JAKIM melalui laman sesawang JAKIM. Bagi waktu Matahari terbenam, waktu Bulan terbit dan peratusan cahaya Bulan, maklumat diperoleh menggunakan perisian Skymap Pro 8.

(7)

18

DATA DAN PERBINCANGAN Pengenalan

Kertas kerja ini memaparkan data Bulan purnama dari tahun 1438H (2017) sehingga 1439H (2018). Kajian ini menggunakan analisis teks, data sedia ada dan kaedah cerapan untuk mengutip data. Aktiviti cerapan yang direkodkan dari tahun 1438H (2017) sehingga 1439H (2018) seperti berikut:

Jadual 2: Jadual aktiviti cerapan bermula membuat cerapan bagi tahun 1438H (2017) sehingga 1439H (2018)

Bil. Bulan Hijri Tarikh mula Fotografi

Bil. Hari 1 Syawal 1438H 6 Julai 2017 4 2 Zulkaedah 1438H 6 Ogos 2017 3 3 Zulhijjah1438H 6 September 2017 3 4 Muharram,1439H 4 Oktober 2017 3 5 Safar 1439H 4 November 2017 3 6 Rabiulawal 1439H 3 Disember 2017 1 7 Rabiulakhir 1439H 3 Januari 2018 3 8 Jamadilawal 1439H 31 Januari 2018 3 9 Jamadilakhir 1439H 2 Mac 2018 1 10 Rejab 1439H 31 Mac 2018 3 11 Syaaban 1439H 30 April 2018 3 12 Ramadhan 1439H 30 May 2018 3 13 Syawal 1439H 28 Jun 2018 3 14 Zulkaedah 1439H 28 Julai 2018 3 15 Zulhijjah 1439H 26 Ogos 2018 3

Dalam Jadual 2, mengandungi aktiviti fotografi cerapan Bulan purnama pada setiap bulan Hijri mulai tarikh 6 julai 2017. Cerapan direkodkan berdasarkan tarikh mula cerapan. Dalam kajian ini, menggunakan kamera DSLR model Nikon jenis D3100 dengan lensa 70-300mm untuk merekod imej bentuk Bulan. Selain itu, aksesori tambahan yang digunakan adalah tripod dan alat kawalan pengatup kamera. Pengutipan data cerapan dilakukan antara satu hari setengah hingga dua hari pada setiap bulan Hijri, bagi julat umur Bulan ±36 jam dari waktu berlakunya fasa purnama, di Kuala Terengganu. Berdasarkan jadual 2, data cerapan yang berjaya merekodkan imej Bulan sebanyak 42 cerapan fotografi. Cerapan yang tidak dapat direkod disebabkan halangan seperti berawan, mendung, jerebu dan hujan.

Setelah memperoleh data cerapan, data pemerhatian yang digunakan untuk mengenal pasti fasa Bulan mengikut tarikh direkodkan dalam bentuk jadual pada jadual 3 daripada tahun 1438H (2017M) hingga 1439H (2018M).

(8)

19

Jadual 3: Peratus Fasa Bulan Mengikut Tarikh

Bil. Nama Bulan Tarikh

Hijri/Masihi Waktu Matahari terbenam Waktu Bulan terbit Purata terbit Bulan (minit) Peratusan cahaya Bulan 6.7.2017 12 19.21 17.06 47 93.3% 7.7.2017 13 19.21 17.53 48 97.2% 8.7.2017 14 19.21 18.41 41 99.4% 9.7.2017 15 19.21 19.30 45 99.9% 5.8.2017 12 19.20 17.25 49 94.9% 6.8.2017 13 19.20 18.14 48 98.3% 7.8.2017 14 19.20 19.02 47 99.9% 8.8.2017 15 19.20 19.49 48 99.5% 3.9.2017 12 19.11 16.55 48 91.7% 4.9.2017 13 19.10 17.43 48 96.4% 5.9.2017 14 19.10 18.31 47 99.2% 6.9.2017 15 19.10 19.18 48 99.9% 3.10.2017 12 18.57 17.09 48 93.6% 4.10.2017 13 18.57 17.57 48 97.8% 5.10.2017 14 18.57 18.45 50 99.8% 6.10.2017 15 18.56 19.35 49 99.3% 1.11.2017 12 18.49 16.33 59 90.0% 2.11.2017 13 18.49 17.22 51 95.5% 3.11.2017 14 18.49 18.13 53 99% 4.11.2017 15 18.49 19.06 54 99.7% 1.12.2017 12 18.53 16.49 55 92.8% 2.12.2017 13 18.53 17.44 58 97.7% 3.12.2017 14 18.53 18.42 62 99.8% 4.12.2017 15 18.54 19.44 58 98.9% 31.12.2017 12 19.06 17.21 62 95.8 % 1.1.2018 13 19.07 18.23 64 99.3% 2.1.2018 14 19.07 19.27 64 99.8% 3.1.2018 15 19.08 20.31 63 97.2% 29.1.2018 12 19.18 17.05 62 94.6% 30.1.2018 13 19.18 18.07 63 100% 31.1.2018 14 19.18 19.10 60 98.8% 1.2.2018 15 19.19 20.10 62 94.9% 28.2.2018 12 19.20 17.51 48 96.6%

(9)

20 Jamadilakhir 1439H (Ijtimak: 2 Mac 2018) 1.3.2018 13 19.20 18.49 55 97.5% 2.3.2018 14 19.20 19.44 52 99.8% 3.3.2018 15 19.20 20.36 52 99.2% 30.3.2018 12 19.17 18.25 51 98.5% 31.3.2018 13 19.16.59 19.16.43 50 99.9% 1.4.2018 14 19.16 20.06 50 98.8% 2.4.2018 15 19.16 20.56 50 95.5% 28.4.2018 12 19.14 17.58 49 97.1% 29.4.2018 13 19.14 18.47 49 99.4% 30.4.2018 14 19.14 19.36 49 99.6% 1.5.2018 15 19.14 20.25 49 97.7% 28.5.2018 12 19.17 18.20 49 98.5% 29.5.2018 13 19.17 19.09 49 99.8% 30.5.2018 14 19.17 19.58 49 99.2% 31.5.2018 15 19.17 20.47 49 96.7% 26.6.2018 12 19.23 17.54 49 97.1% 27.6.2018 13 19.23 18.43 49 99.4% 28.6.2018 14 19.23 19.32 48 99.9% 29.6.2018 15 19.24 20.20 49 98.6% 25.7.2018 12 19.25 17.28 49 94.9% 26.7.2018 13 19.25 18.17 47 98.3% 27.7.2018 14 19.25 19.04 46 99.9% 28.7.2018 15 19.25 19.50 47 99.7% 24.8.2018 12 19.17 17.48 45 96.3% 25.8.2018 13 19.17 18.33 44 99% 26.8.2018 14 19.17.00 19.17.17 43 100% 27.8.2018 15 19.16 20.00 44 99.1% Purata 51

Dalam jadual ini mengandungi nama bulan Hijri, tarikh Hijri dan Masihi, waktu Matahari terbenam, waktu Bulan terbit, purata terbit Bulan dan peratusan cahaya Bulan berdasarkan fasa Bulan hampir purnama, ketika purnama dan selepas purnama.

Maklumat waktu Matahari terbenam dan waktu Bulan terbit yang diperoleh dapat mengenal pasti waktu Matahari terbenam dahulu sebelum Bulan terbit atau Bulan terbit dahulu sebelum Matahari terbenam. Bagi waktu Bulan terbit, data Bulan terbit hanya dikutip pada hari ke-12, 13, 14 dan 15. Hasil purata keseluruhan Bulan terbit adalah 51 minit dan dapat dilihat Bulan terbit mengambil masa 44 minit paling rendah pada bulan Zulhijjah 1439H dan paling tinggi 63 minit pada bulan Rabiulakhir 1439H. Seterusnya peratusan cahaya Bulan pula, misalnya bulan Syawal 1438H, nilai cahaya 93.3% sebelum purnama, 97.2% dan 99.4% hampir purnama dan 99.7% purnama. Nilai peratusan cahaya Bulan menunjukkan jika tinggi peratus cahaya adalah Bulan purnama dan jika nilai peratus cahaya minima menunjukkan sama ada Bulan sebelum purnama atau selepas purnama. Kesempurnaan bentuk Bulan bergantung kepada cahaya. Berikut, imej Bulan yang dirakamkan ketika purnama digambarkan pada rajah 2 mengikut bulan Hijri dengan waktu berlaku purnama.

(10)

21

Rajah 2: Jadual fasa Bulan dengan waktu purnama Syawal 1438H 12.07 tengahari Zulkaedah 1438H 02.11 pagi Zulhijjah 1438H 15.03 petang Muharam 1439H 02.41 pagi Safar 1439H 13.23 petang Rabiulawal 1439H 23.46 malam Rabiulakhir 1439H 10.25 pagi Jamadilawal 1439H 21.27 malam Jamadilakhir 1439H 08.52 pagi Rejab 1439H 20.37 malam Syaaban 1439H 08.59 pagi Ramadhan 1439H 22.20 malam 14 Syawal 1439H 12.54 tengahari Zulkaedah 1439H 04.20 pagi Zulhijjah 1439H 19.57 malam Rajah 2 menunjukkan cerapan imej Bulan purnama yang menggunakan kamera DSLR. Hasil cerapan yang diperoleh menunjukkan keadaan Bulan yang berbeza setiap bulan. Dalam fasa purnama telah berlaku fenomena gerhana Bulan iaitu pada bulan Zulkaedah 1438H, Jamadilawal 1439H dan pada bulan Zulkaedah 1439H. Terdapat dua jenis gerhana Bulan yang berlaku iaitu gerhana Bulan separa pada bulan Zulkaedah 1438H dan gerhana Bulan penuh yang menunjukkan perubahan warna Bulan menjadi warna merah namun begitu pada bulan Jamadilawal 1439H imej Bulan tidak dapat dirakam sehingga kemuncak gerhana penuh berlaku kerana faktor cuaca. Seterusnya, imej Bulan yang diperoleh diproses untuk mendapatkan imej yang lebih jelas dengan menggunakan perisian Microsoft office 2010. Proses imej ini untuk mengurangkan warna gelap dan menambah kecerahan gambar. Seterusnya, analisis tarikh cerapan dengan tarikh takwim dilakukan untuk mengetahui kekerapan fasa purnama berlaku di Malaysia.

Jadual 4: Analisis tarikh cerapan dengan tarikh takwim

Bil. Nama bulan Islam Tarikh cerapan Tarikh takwim

1 Syawal 1438H 15 malam 16 9 Julai 2017 = 15 syawal 1438H

2 Zulkaedah 1438H 15 malam 16 8 Ogos 2017 = 15 Zulkaedah 1438H

3 Zulhijjah 1438H 15 malam 16 6 September 2017 = 15 Zulhijjah 1438H

(11)

22

5 Safar 1439H 15 malam 16 4 November 2017= 15 Safar 1439H

6 Rabiulawal 1439H 14 malam 15 3 Disember 2017 = 14 Rabiulawal 1439H

7 Rabiulakhir 1439H 14 malam 15 2 Januari 2018 = 14 Rabiualakhir 1439H 8 Jamadilawal 1439H 14 malam 15 31 Januari 2018 = 14 Jamadilawal 1439H

9 Jamadilakhir 1439H 14 malam 15 2 Mac 2018 = 14 Jamadilakhir 1439H

10 Rejab 1439H 13 malam 14 31 Mac 2018 = 13 Rejab 1439H

11 Syabaan 1439H 14 malam 15 30 April 2018 = 14 Syaaban 2019H

12 Ramadhan 1439H 13 malam 14 29 Mei 2018 = 13 Ramadhan 2019H

13 Syawal 1439H 14 malam 15 28 Jun 2018 = 14 Syawal 1439H

14 Zulkaedah 1439H 14 malam 15 27 Julai 2018 = 14 Zulkaedah 1439H

15 Zulhijjah 1439H 14 malam 15 26 Ogos 2018 = 14 Zulhijjah 1439H

Jadual 4 menunjukkan tarikh cerapan dan tarikh takwim daripada Syawal 1438H sehingga Zulhijjah 1439H. Berdasarkan jadual di atas menunjukkan 13 malam 14 mempunyai dua kali tarikh cerapan dan sebanyak lapan kali tarikh cerapan pada 14 malam 15. Manakala pada 15 malam 16 sebanyak lima kali. Hasil kajian mendapati sepuluh bulan Hijri yang menepati takwim Hijri dan lima lagi bulan Hijri menunjukkan ketidaksepadanan takwim Hijri. Kebiasaannya Bulan Purnama berlaku pada malam ke-14 dan 15 berdasarkan tempoh umur Bulan. Tarikh Bulan Purnama yang tidak sepadan kebanyakannya berlaku pada hari ke-15 malam 16.

KESIMPULAN

Kajian ini merumuskan kriteria Anak Bulan perlu lebih tinggi untuk membolehkan tarikh fasa purnama berlaku lewat dan sebaliknya jika kriteria direndahkan, tarikh purnama akan berlaku awal. Kriteria Anak Bulan dengan tarikh Hijri mestilah sepadan dengan perubahan fasa Bulan kerana kesepadanannya menentukan ketepatan tarikh Hijri. Begitu juga fasa Bulan purnama dengan tarikh Hijri perlulah tepat yang mana fasa Bulan purnama berlaku pada pertengahan bulan Hijri iaitu pada malam ke-15 Hijri. Jika fasa Bulan purnama berlaku selepas malam keenam belas bermakna tarikh Hijri kurang tepat. Hasil analisis mendapati terdapat Bulan purnama yang berlaku pada 15 malam 16 menunjukkan kerana permulaan awal Bulan yang tidak tepat dan lewat. Seterusnya kajian mendapati purata Bulan terbit dilihat mengambil masa selama 44 minit paling cepat dan 63 minit paling lama untuk terbit berbanding purata 51 minit sehari. Justeru, Bulan purnama boleh digunakan sebagai semakan takwim Hijri terutama dalam penentuan awal Bulan baharu.

RUJUKAN

Baharrudin Zainal. (2003). Ilmu Falak Teori, Praktik dan Hitungan. Kuala Terengganu: Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin.

Baharrudin Zainal. (2005). Kriteria Kenampakan Anak Bulan Di Malaysia. (eds. 2), Kuala Terengganu: Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin.

BAHIES. (1991). Laporan Kajian Jawatankuasa Kajian Semula Penentuan Awal Ramadhan dan Syawal. Laporan dalam Laporan Kajian Jawatankuasa Kajian Semula Penentuan Awal

(12)

23

Ramadhan dan Syawal, Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHIES), Jabatan Perdana Menteri, Kuala Lumpur, Oktober 1991.

B. E Schaefer. (1992). The Length Of The Lunar Month. Journal For The History Of Astronomy, Archaeoastronomy, 23, pp. 32-42.

Grego, Peter. (2015). Moon Observer’s Guide. (eds. 2), United States: Firefly Books.

Hartmann, William K. (1987). Astronomy The Cosmic Journey. (eds.) United States: Wadsworth Publishing.

Ilyas, M. (1997). Sistem Kalendar Islam Dari Perspektif Astronomi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Langford, Micheal. (1984). The Step-By-Step Guide To Photography. New York.

Mahamarowi Omar. (2017). Astronomi Dan Astrofotografi. (eds. 2), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Mohd Ammar Musa, Nazhatulshima Ahmad, Mohd Zambri Zainuddin & Nurulhuda Ahmad Zaki. (2017). Teknik Pengimejan Anak Bulan Selepas Dan Sebelum Ijtimak Menggunakan Kamera Charge Couple Device (CCD). Jurnal falak, 3, pp. 55-90.

Mohammaddin Abdul Niri, Mohd Saiful Anwar Mohd Nawawi, Khadijah Ismail, Raihana Abdul Wahab & Nurul Huda Ahmad Zaki. (2012). Kesan Penggunaan Hitungan Astronomi Dan Alatan Moden Dalam Cerapan Hilal Di Malaysia: Satu Penelitian. Jurnal Fiqh, 9, pp. 45-64. Mohd Saiful Anwar Mohd Nawawi, Mohammaddin Abdul Niri, Saadan Man, Khadher Ahmad,

Mohd Zambri Zainuddin. (2015). Relevensi Penggunaan Kriteria Imkanurrukyah dalam Penentuan Awal Bulan Ramadan dan Syawal di Malaysia. Jurnal falak, 1. pp. 99-120. Mohd Zambri Zainuddin, Mohd Saiful Anwar Mohd Nawawi, Saadan Man, Mohammaddin Abdul

Niri. (2015). Analisis Perbandingan Unjuran Kalendar Berdasarkan Kriteria Altitud 2° dan Elongasi 3° atau 8 jam dengan Kriteria Altitud 3° dan Elongasi 5°. Jurnal falak, 1. pp. 1-42. Nurul Kausar Nizam, Mohd Saiful Anwar Mohd Nawawi, Mohammaddin Abdul Niri, Saadan Man

& Mohd Zambri Zainuddin. (2014). Penggunaan Teleskop: Kesan Terhadap Hukum Ithbat Kenampakan Anak Bulan Di Malaysia. Jurnal Fiqh, 11. pp. 55-74.

R Wahyuni, G M Issaac, G Rachmaputri & I Muctadi-Alamsyah. (2019). Modelling Of Islamic Calendar System Based On Moon Phase. Jurnal of Physics: Confs. Series 1127, The 6th

International Conference on Mathematics and Natural Sciences, 2019.

Sharifah Hamizah Syed Omar. (2015). Pelaksanaan Takwim Hijri Terengganu Persepsi Masyarakat Dalam Aspek Sains, Sosiobudaya Dan Agama Di Kuala Terengganu. Tesis Sarjana, Fakulti Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu.

Referensi

Dokumen terkait

Pada kelompok tikus wistar dengan pemberian margarin selama 28 hari dan dilanjutkan dengan pemberian, ekstrak kunyit selama 7 hari, menunjukan gambaran mikroskopik aorta tampak

Hardenability curves for steel grade EN-90MnCrV8 after gas end quenching (with different cooling parameters) and standard Jominy testing with distribution of: a) hardness vs...

1) Participation in decision making adalah partisipasi masyarakat dalam proses pembuatan keputusan dan kebijakan organisasi. Partisipasi dalam bentuk ini berupa pemberian

Dalam hal ini, Majelis Taklim memiliki peran besar baik dalam bantuan sosial maupun yang berkaitan dengan kegiatan, pendidikan, kesehatan dan peningkatan

Teknik pengambilan sampel menggunakan salah satu metode Non Probability Sampling , yaitu Convenience Sampling , di mana anggota populasi dapat dengan mudah dipilih

Seperti yang kami sampaikan sebelumnya, tampaknya jelang pengumuman final KPU, pelaku pasar mulai mencoba untuk tenang menanggapinya dan mengesampingkan ekspektasi

merupakan suatu sistem informasi yang diharapkan dapat membantu dosen dan bagian kepegawaian di STT Telematika Telkom Purwokerto dalam melakukan pengelolaan data yang