Memorandum Pendidikan
Berkenaan Dengan
DRAF RANCANGAN TEMPATAN DAERAH JOHOR BAHRU 2020
Dikemukakan Oleh
Persatuan Pengurus Dan Guru Sekolah Cina Negeri Johor
Jawatan Kuasa Pengurusan Hal-Ehwal Pendidikan Persekutuan Tiong-Hua Johor Bahru Jawatan Kuasa Pembangunan Sekolah-Sekolah Rendah Cina Johor Bahru
Jawatan Kuasa Pembangunan Sekolah-Sekolah Rendah Cina Kulai
Dikemukakan Kepada Majlis Bandaraya Johor Bahru Majlis Perbandaran Johor Bahru Tengah
Majlis Perbandaran Kulai
Pihak Berkuasa Tempatan Pasir Gudang Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor
Jabatan Pelajaran Negeri Johor
18 November 2005
KANDUNGAN
(1) Pendahuluan 1
(2) Masalah Kekurangan SJKC dan Tren Pertambahan Murid 1
1. Zon Johor Bahru 2
2. Zon Kulai 4
3. Daerah Johor Bahru 5
(3) Tren Pertambahan Penduduk dan Projek Pembinaan Sekolah 6
(4) Cadangan Penyelesaian 11
1. Menggubal Sistem Pembinaan Sekolah Komuniti Untuk Kesemua Aliran Sekolah 11 2. Keperluan Untuk Membina SJKC Yang Mencukupi 15
(5) Penutup 17
Senarai Jadual
Jadual 1: Kekurangan, keperluan dan pembekalan SJKC di Daerah Johor Bahru, 2000-2020
2
Jadual 2: Tren pertambahan dan kesesakan murid di Zon Johor Bahru, 1987-2004 3 Jadual 3 Tren pertambahan dan kesesakan murid di Zon Kulai, 1999-2003 4 Jadual 4: Bilangan sekolah, murid, guru dan kelas bagi setiap aliran sekolah rendah di
Daerah Johor Bahru, 2001
5
Jadual 5: Keadaan asas bagi setiap aliran sekolah rendah di Zon Johor Bahru, 2001 5 Jadual 6: Garis panduan perancangan sekolah rendah 5 Jadual 7: Keadaan asas bagi setiap aliran sekolah rendah di Zon Kulai, 2001 6 Jadual 8: Keadaan asas bagi setiap aliran sekolah rendah di Daerah Johor Bahru, 2001 6 Jadual 9: Pertambahan dan peratusan penduduk Cina di Daerah Johor Bahru, 1991-2020 7 Jadual 10: Pertambahan dan peratusan penduduk Cina di Negeri Johor, 1970-2020 7 Jadual 11: Bilangan sekolah rendah dan murid mengikut aliran di Negeri Johor, 1970-2005 8 Jadual 12: Penambahan sekolah rendah baru di Negeri Johor dan Daerah Johor Bahru,
2006-2020
8
Jadual 13: Kos pembinaan dan bilangan sekolah rendah baru mengikut kawasan dan fasa pelaksanaan bagi tahun 2006-2020
10
Jadual 14: Garis panduan perancangan sekolah rendah 11 Jadual 15: Keperluan bilangan dan jenis sekolah di sesuatu kawasan komuniti 13 Jadual 16: Cadangan pembinaan 12 buah SJKC baru di Daerah Johor Bahru, 2006-2010 16
Senarai Rajah
Rajah 1: Jarak dan masa perjalanan di antara rumah kediaman dan sekolah 12
Rajah 2: Perancangan sekolah komuniti 12
Senarai Lampiran
Lampiran 1: Tren pertambahan bilangan murid SJKC di Zon Johor Bahru, 1987-2004 18 Lampiran 2: Struktur penduduk Negeri Johor, 1970-2002 19 Lampiran 3: Tren pertambahan penduduk mengikut daerah di Negeri Johor, 1991-2020 19 Lampiran 4: Struktur penduduk mengikut daerah di Negeri Johor, 1991 19 Lampiran 5: Struktur penduduk mengikut daerah di Negeri Johor, 2000 20 Lampiran 6: Pengaruh Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 terhadap bilangan sekolah
bagi setiap aliran sekolah rendah di seluruh negara, 1980-2005
20
Memorandum Pendidikan
Berkenaan Dengan
Draf Rancangan Tempatan Daerah Johor Bahru 2020
Dikemukakan Oleh
Persatuan Pengurus Dan Guru Sekolah Cina Negeri Johor
Jawatan Kuasa Pengurusan Hal-Ehwal Pendidikan Persekutuan Tiong-Hua Johor Bahru Jawatan Kuasa Pembangunan Sekolah-Sekolah Rendah Cina Johor Bahru
Jawatan Kuasa Pembangunan Sekolah-Sekolah Rendah Cina Kulai
18 November 2005
Dengan tulus ikhlasnya kami mengemukakan memorandum pendidikan ini bagi menyuarakan masalah kesesakan murid dan kekurangan sekolah rendah Cina (Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, SJKC) yang berlaku di Daerah Johor Bahru bersama dengan cadangan penyelesaian masalah tersebut. Kami berharap kerajaan dan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan di pelbagai peringkat dapat memberi perhatian ke atas perkara tersebut dan mengambil tindakan untuk merancang dan membina SJKC baru yang mencukupi untuk memenuhi keperluan pendidikan rakyat terhadap SJKC dan menyelesaikan masalah pendidikan dan kehidupan harian yang rakyat hadapi selama ini.
(1). Pendahuluan
Daerah Johor Bahru merupakan satu kawasan yang berpenduduk ramai, mempunyai kadar urbanisasi yang tinggi dan mengalami pembangunan ekonomi yang pesat di negeri Johor. Sejak 20 tahun kebelakangan ini, keperluan pendidikan di kalangan rakyat terhadap setiap aliran sekolah semakin bertambah dengan cepatnya susulan daripada pertambahan pendudukan dan perkembangan peluang pendidikan.
Daerah Johor Bahru merupakan satu kawasan yang menghadapi masalah kesesakan murid dan kekurangan SJKC. Penduduknya bertambah dengan cepatnya. Ini disusuli dengan pertambahan murid tetapi masalah kesesakan murid dan kekurangan SJKC masih berpanjangan dan tidak diatasi. SJKC yang sedia ada tidak dapat menampung keperluan murid yang semakin bertambah ramainya, malah sekolah yang mempunyai keluasan tanah yang kecil pula mengalami masalah kesesakan murid yang serius. Ini mengakibatkan ramai murid-murid baru tidak dapat memasuki SJKC dan seterusnya kehilangan peluang dan hak belajar di SJKC, atau terpaksa pergi ke SJKC yang terletak jauh dari rumah kediamannya. Ini membawa banyak masalah yang pada asalnya dapat dielakkan daripada berlaku di samping menimbulkan banyak masalah dalam kehidupan harian ibu bapa dan murid-murid.
(2). Masalah Kekurangan SJKC dan Tren Pertambahan Murid
Pada masa ini, Daerah Johor Bahru mengalami masalah kesesakan murid dan kekurangan SJKC
yang serius. Mengikut statistik penduduk tahun 2000 dan piawaian perancangan sekolah yang
dikeluarkan oleh kerajaan, dianggarkan Daerah Johor Bahru memerlukan 57 buah SJKC tetapi
hanya disediakan 32 buah SJKC sahaja, iaitu masih kekurangan 25 buah SJKC. Pada tahun 2004, Daerah Johor Bahru hanya mempunyai 36 buah SJKC sahaja selepas pemindahan 2 buah SJKC
1ke daerah ini dan penubuhan 2 buah SJKC yang baru
2tetapi ia masih kekurangan 21 buah SJKC.
Susulan daripada pertambahan penduduk dan murid secara mendadak, ditambah pula jika kerajaan tidak membina SJKC baru yang mencukupi, maka masalah kesesakan murid dan kekurangan SJKC akan menjadi lebih serius lagi. Sehingga tahun 2020, Daerah Johor Bahru akan kekurangan 65 buah SJKC (sila rujuk Jadual 1). Ini akan mengakibatkan ramai murid-murid kehilangan peluang dan hak belajar di SJKC. Kejadian tersebut tentu akan menyebabkan rakyat merungut dan berasa tidak senang hati.
Jadual 1: Kekurangan, keperluan dan pembekalan SJKC di Daerah Johor Bahru, 2000-2020
Tahun Keperluan Pembekalan Kekurangan
2000 57 32 − 25
2010 77 36 − 41
2020 101 36 − 65
Nota:
(1) Pada tahun 2000, Daerah Johor Bahru mempunyai 32 buah SJKC, iaitu Zon Johor Bahru 20 buah dan Zon Kulai 12 buah.
Pada tahun 2004, Daerah Johor Bahru mempunyai 36 buah SJKC, iaitu Zon Johor Bahru 22 buah dan Zon Kulai 14 buah.
(2) Memorandum ini membahagikan kawasan Daerah Johor Bahru kepada Zon Johor Bahru dan Zon Kulai.
1. Zon Johor Bahru
Pada tahun 1987, Zon Johor Bahru mempunyai 19,134 orang murid SJKC dan bertambah kepada 38,210 orang, 43,146 orang dan 45,341 orang pada tahun 2000, 2003 dan 2004. Bilangan murid SJKC bertambah dengan pesatnya iaitu sebanyak 26 ribu orang atau 137% dari tahun 1987 hingga tahun 2004 dengan kadar pertumbuhan purata sebanyak 8.1% setahun, tetapi hanya bertambah 2 buah SJKC sahaja
3(Jadual 2). Sebahagian murid yang tidak dapat memasuki SJKC akibat kesesakan murid dan kekurangan atau ketiadaan SJKC di kawasan kediaman mereka. Ibu bapa terpaksa menghantar anak mereka ke SJKC yang agak jauh. Keadaan ini bukan sahaja membawa masalah dan keletihan dalam perjalanan berulang-alik, malah membawa kepada kerugian masa dan wang serta bertambahnya kesesakan lalulintas dan kos sosial.
Sesetengah SJKC terpaksa membina bangunan tambahan dan menambah bilik darjah, bilangan kelas dan murid bagi meringankan masalah kekurangan tempat belajar yang semakin serius.
Sungguhpun sekolah tersebut menampung 2 ribu hingga 5 ribu orang murid, ia tetap tidak mampu memenuhi keperluan yang semakin meningkat. Ini memburukkan lagi masalah kesesakan murid. Selain itu, pengurangan tanah lapang sekolah juga menghadkan ruang aktiviti murid-murid. Keadaan ini seharusnya diperbaiki dan diatasi dengan secepat mungkin.
Zon Johor Bahru mempunyai 22 buah SJKC pada tahun 2004. Antaranya, terdapat 11 buah SJKC masing-masing mempunyai 2 ribu hingga 5 ribu orang murid. Terdapat juga 4 buah SJKC yang mempunyai 1 ribu hingga 2 ribu orang murid. Selain itu, sejumlah 7 buah SJKC mempunyai 300 hingga seribu orang murid.
1
Iaitu SJKC Nam Heng dan SJKC Woon Hwa. SJKC Nam Heng ditubuh pada tahun 1954 dan dipindah dari Daerah Kota Tinggi ke Daerah Johor Bahru dan membuka sekolah pada tahun 2001. SJKC Woon Hwa ditubuh pada tahun 1938 dan dipindah dari Daerah Kluang ke Daerah Johor Bahru dan membuka sekolah pada tahun 2002.
2
Iaitu SJKC Johor Jaya dan SJKC Kulai Besar. SJKC Johor Jaya ditubuh pada tahun 2002. SJKC Kulai Besar pula ditubuh pada tahun 2001.
3