• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB 4 KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN. Berdasarkan kepada borang soalselidik yang diperolehi semula, didapati bahawa

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "BAB 4 KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN. Berdasarkan kepada borang soalselidik yang diperolehi semula, didapati bahawa"

Copied!
35
0
0

Teks penuh

(1)

BAB 4

KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN

Berdasarkan kepada borang soalselidik yang diperolehi semula, didapati bahawa responden telah menjawab soalan yang dikemukakan dengan baik. Seterusnya, borang-borang soalselidik yang diperolehi telah dikumpulkan untuk dianalisa dengan menggunakan perisian SPSS.

4.1 Keputusan

Sebanyak 375 borang soalselidik telah diedarkan kepada wartawan dan daripada jumlah tersebut sebanyak 210 borang soalselidik (56%) telah dipulangkan kembali.

Namun begitu, peratus sebenar berdasarkan populasi wartawan yang berjumlah 560 orang, sebanyak 37.5% dicapai. Ini melebihi sasaran penyelidik yang mensasarkan 35 peratus responden sahaja.

Jadual 4: Populasi wartawan di setiap jabatan, jumlah minimum sampel yang diperlukan dan juga jumlah sebenar responden yang diperolehi.

Jabatan Populasi wartawan Sampel yang diperlukan Jumlah yang diperolehi Peratus (%) NST / NSUNT 172 (31%) 61 (31%) 64 30.5 MM / SUM 80 (14%) 27 (14%) 32 15.2 BH / BM 169 (30%) 59 (30%) 62 29.5 HM / MA 71 (13%) 25 (13%) 24 11.4 BT 51 (9%) 18 (9%) 16 7.6 ITP 17 (3%) 6 (3%) 12 5.7 Jumlah 560 (100%) 196 (100%) 210 100.0 Jadual di atas menunjukkan jumlah populasi wartawan dengan jumlah responden yang

(2)

sejumlah 37.5% responden (210 orang) daripada 560 orang wartawan di Balai Berita Kuala Lumpur. Baki sebanyak 165 soalselidik gagal diperolehi semula disebabkan oleh beberapa masalah yang dihadapi oleh penyelidik seperti yang dinyatakan di bawah tajuk Pungutan.

4.1.1 Bahagian A – Profil Demografi

Soal selidik ini dimulakan dengan Profil Demografi di mana terdapat 8 soalan yang merangkumi:

a) Jabatan responden;

b) Unit (Desk) responden ditempatkan;

c) Jawatan yang dipegang semasa soalselidik ini dijalankan; d) Keturunan responden;

e) Umur responden ketika menjawab soalselidik; f) Jantina responden;

g) Tahap pendidikan responden; dan

h) Jumlah tahun perkhidmatan mereka di syarikat The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad. (NSTP)

4.1.1.1 Jabatan

Jadual 5: Taburan responden mengikut jabatan, N = 210 Jabatan Frekuensi Peratus (%)

NST 64 30.5 BH 62 29.5 MM 32 15.2 HM 24 11.4 BT 16 7.6 ITP 12 5.7 Jumlah 210 100.0

(3)

Jadual 5 di atas menunjukkan daripada 210 responden yang menjawab soalselidik ini, 30.5% (64 responden) adalah daripada jabatan New Straits Times diikuti Jabatan Berita Harian dengan 29.5% (62 responden), Jabatan Malay Mail 15.2% (32 responden) , Jabatan Harian Metro 11.4% (24 responden) manakala Business Times dan ITP dengan 7.6% (16 responden) dan 5.7% (12 responden).

4.1.1.2 Unit

Jadual 6: Taburan mengikut meja (unit), N = 210

Unit Frekuensi Peratus (%)

Berita 85 40.5 Sukan 16 7.6 Hiburan 24 11.4 Rencana 16 7.6 Komputer 1 0.5 Jenayah 7 3.3 Pendidikan 7 3.3 Luar negara 2 1.0

Wanita / “Life & Times” 11 5.2

Kesusasteraan 3 1.4 Ekonomi 9 4.3 Joran / Sisipan 4 1.9 Korporat 7 3.3 Tidak menjawab 18 8.6 Jumlah 210 100.0

Bagi pertanyaan mengenai unit mereka ditempatkan, didapati hanya 192 daripada 210 responden menjawab. Jadual 6 di atas menunjukkan wartawan di unit berita adalah responden yang paling banyak menjawab soalselidik ini dengan 40.5% (85 responden) diikuti dengan wartawan di unit hiburan yang berjumlah 11.4% ataupun 24 responden. Jumlah terkecil adalah wartawan di unit komputer dengan 0.5% (seorang responden) sahaja.

(4)

4.1.1.3 Jawatan

Soalan ketiga di bahagian profil adalah mengenai jawatan yang dipegang oleh responden.

Jadual 7: Taburan mengikut jawatan, N = 210

Jawatan Frekuensi Peratus (%)

Pemberita 130 61.9 Pembantu Penyunting 39 18.6 Penyunting 20 9.5 Penulis Khas 10 4.8 Lain-lain 8 3.8 Tidak menjawab 3 1.4 Jumlah 210 100.0

Sebanyak 1.4% (3 responden) tidak menjawab soalan ini dan ini menjadikan jumlah yang menjawab hanya 98.6% (207 responden) sahaja. Jadual 7 menunjukkan pemberita adalah responden utama iaitu sebanyak 61.9% (130 orang responden), manakala 3.8% (8 responden) daripada lain-lain jawatan.

4.1.1.4 Keturunan

Di dalam Profil Demografi ini juga, penyelidik ingin mengetahui keturunan responden yang menjawab soal selidik ini.

Jadual 8: Taburan mengikut keturunan, N = 210

Keturunan Frekuensi Peratus (%)

Melayu 139 66.2 Cina 27 12.9 India 24 11.4 Lain-lain 15 7.1 Tidak menjawab 5 2.4 Jumlah 210 100.0

Jadual 8 menunjukkan hanya 97.6% (205 responden) yang menjawab, di mana responden berketurunan Melayu adalah peratus tertinggi yang menjawab iaitu 66.2%

(5)

(139 responden) manakala lain-lain keturunan memberikan peratus yang terendah dengan 7.1% (15 responden).

4.1.1.5 Umur dan jantina

Daripada 210 responden, Jadual 9 menunjukkan purata umur di antara 30 hingga ke 39 tahun adalah responden yang paling ramai menjawab soalselidik ini dengan 39% (82 responden), manakala responden terendah merangkumi umur kurang daripada 20 tahun dan juga 50 tahun ke atas dengan kedua-dua kategori ini diwakili dengan 1.9% (4 responden) sahaja.

Jadual 9: Taburan mengikut umur responden semasa menjawab soalselidik, N = 210

Umur Frekuensi Peratus (%)

Kurang daripada 20 4 1.9 20 – 29 81 38.6 30 – 39 82 39.0 40 – 49 39 18.6 50 dan ke atas 4 1.9 Jumlah 210 100.0

Seterusnya bagi pecahan responden mengikut jantina pula, 52.9% (111 responden) adalah lelaki, 45.7% (96 responden) wanita manakala 1.4% (3 responden) tidak menjawab.

4.1.1.6 Tahap pendidikan

Jadual 10 menunjukkan lebih separuh daripada responden menpunyai ijazah dengan diwakili oleh 56.7% (119 responden) manakala 2.9% (6 responden) mempunyai ijazah sarjana. Hanya 1% (2 responden) tidak menjawab soalan ini.

(6)

Jadual 10: Taburan mengikut tahap pendidikan responden, N = 210 Tahap pendidikan Frekuensi Peratus (%)

Menengah 36 17.1 Sijil/Diploma 47 22.4 Ijazah 119 56.7 Ijazah Sarjana 6 2.9 Tidak menjawab 2 1.0 Jumlah 210 100.0 4.1.1.7 Jangkamasa perkhidmatan

Soalan akhir di bahagian profil demografi responden ialah mengenai jangkamasa mereka berkhidmat.

Jadual 11: Taburan tahun berkhidmat responden, N = 210 Tahun berkhidmat Frekuensi Peratus (%)

2 Tahun dan kurang 52 24.8

3 – 5 Tahun 36 17.1

6 – 10 Tahun 61 29.0

11 - 20 Tahun 39 18.6

Lebih 20 Tahun 22 10.5

Jumlah 210 100.0

Kesemua 210 responden menjawab soalan ini. Jadual menunjukkan bilangan responden tertinggi adalah daripada kakitangan yang telah berkhidmat di antara 6 hingga 10 tahun iaitu sebanyak 29% (61 responden), diikuti kakitangan yang baru berkhidmat iaitu di antara 2 tahun dan ke bawah dengan 24.8% (52 responden). Kategori perkhidmatan lebih daripada 20 tahun adalah responden terkurang iaitu dengan 10.5% (22 responden) sahaja.

(7)

4.1.2 Bahagian B – Tujuan melawat Pusat Sumber

Soalan pertama di dalam soalselidik ini adalah untuk mengetahui tujuan wartawan ke Pusat Sumber. Responden telah diberi pelbagai pilihan jawapan di mana mereka boleh menanda lebih daripada satu jawapan.

Jadual 12: Tujuan ke Pusat Sumber, N = 210 (Soalan 1)

Tujuan ke Pusat Sumber Frekuensi Peratus (%)

Mendapatkan gambar foto 165 78.6

Bahan latar belakang 152 72.4

Maklumat spesifik 130 61.9

Memeriksa fakta 114 54.3

Maklumat umum 85 40.5

Lain-lain 16 7.6

Jadual 12 di atas menunjukkan peratus tertinggi wartawan ke Pusat Sumber adalah bagi tujuan mendapatkan gambar foto iaitu sebanyak 78.6% (165 responden) manakala 7.6% (16 responden) menjawab bagi lain-lain tujuan.

Kajian mengikut jawatan pula mendapati wartawan berjawatan Penulis Khas merupakan peratus tertinggi menggunakannya (90%), diikuti dengan Pembantu Editor dengan 84.6% dan pemberita dengan 78.5%.

4.1.3 Bahagian C – Penggunaan Pusat Sumber 4.1.3.1 Sumber bacaan

Soalan 2 adalah untuk mengetahui mengenai bahan bacaan yang digunakan oleh responden.

(8)

Jadual 13: Sumber bacaan yang digunakan, N = 210 (Soalan 2) Sumber bacaan Frekuensi Peratus (%)

Keratan akhbar 135 64.3

Akhbar 115 54.8

Akhbar bertarikh belakang 157 74.8

Buku rujukan 73 34.8

Buku 64 30.5

Majalah 71 33.8

Majalah bertarikh belakang 50 23.8

Lain-lain 14 6.7

Responden telah dibenarkan menanda lebih daripada satu jawapan bagi persoalan ini. Jadual 13 menunjukkan 74.8% (157 responden) lebih gemar menggunakan akhbar bertarikh belakang (back issue of newspaper) diikuti dengan keratan akhbar sebanyak 64.3% (135 responden), akhbar (current issue of newspapers) digunakan oleh 54.8% (115 responden), 6.7% (14 responden) menjawab lain-lain bahan sebagai sumber bacaan mereka.

Kajian juga mendapati bagi penggunaan akhbar bertarikh belakang, wartawan berjawatan Penulis Khas merupakan peratus tertinggi menggunakannya iaitu dengan 90% diikuti dengan Penyunting dengan 80% dan Pemberita dengan 76.2%.

(9)

4.1.3.2 Kekerapan penggunaan Pusat Sumber

Jadual 14: Kekerapan wartawan menggunakan Pusat Sumber, N = 210

Kekerapan Frekuensi Peratus (%)

Lebih dari sekali sehari 19 9.0

Sekali sehari 15 7.1

Dua kali atau lebih seminggu 80 38.1

Sekali seminggu 23 11.0

Sekali atau dua kali dalam sebulan 40 19.0

Lain-lain 27 12.9

Tidak menjawab 6 2.9

Jumlah 210 100.0

Bagi kekerapan menggunakan Pusat Sumber, Jadual 14 di atas menunjukkan kekerapan tertinggi adalah bagi penggunaan dua kali atau lebih di dalam seminggu dengan 38.1% (80 responden) menjawabnya. Hanya 7.1% (15 responden) menggunakan Pusat Sumber setiap hari manakala 2.9% (6 responden) tidak menjawab.

Tabulasi silang mengikut jawatan mendapati 60% daripada keseluruhan wartawan berjawatan Penulis Khas didapati menggunakan Pusat Sumber dua kali atau lebih di dalam seminggu dan ini merupakan peratus tertinggi di kalangan wartawan manakala bagi lain-lain jawatan hanya 14.3%.

(10)

4.1.3.3 Masa lawatan

Jadual 15: Masa yang dihabiskan oleh wartawan di Pusat Sumber pada setiap lawatan, N = 210

Masa Frekuensi Peratus (%)

Kurang daripada 15 minit 57 27.1

15 - 30 minit 100 47.6 30 minit – 1 jam 35 16.7 1 – 2 jam 15 7.1 2 – 4 jam 1 0.5 Tidak menjawab 2 1.0 Jumlah 210 100.0

Wartawan juga ditanya mengenai masa yang dihabiskan di Pusat Sumber bagi setiap lawatan mereka. Berdasarkan Jadual 15, purata masa tertinggi dihabiskan di Pusat Sumber adalah di antara 15 hingga ke 30 minit iaitu dengan 47.6% (100 responden) manakala 0.5% (seorang responden) menghabiskan 2 hingga 4 jam bagi setiap lawatan mereka. Hanya 2 responden tidak menjawab soalan ini.

Berdasarkan kepada jadual tersebut, dapat dilihat bahawa 91.4% (192 responden) menghabiskan satu jam atau kurang bagi setiap lawatan mereka ke Pusat Sumber. Satu sebab mungkin kerana bidang tugas mereka yang sentiasa mengejar masa yang tidak memungkinkan mereka menghabiskan masa yang lebih lama di Pusat Sumber.

4.1.3.4 Bantuan pencarian maklumat

Jadual 16: Siapa yang membantu di dalam mendapatkan maklumat, N = 210 Frekuensi Peratus (%)

Sendiri 19 9.0

Kakitangan Pusat Sumber 77 36.7

Kedua-dua di atas 113 53.8

Tidak menjawab 1 0.5

(11)

Bagi mengetahui sama ada wartawan disediakan satu perkhidmatan yang cekap di dalam proses mendapatkan kembali maklumat, mereka telah ditanya bagaimana mereka mendapatkan maklumat yang mereka perlukan. Jadual 16 menunjukkan hanya 9.0% (19 responden) mencari sendiri maklumat yang mereka perlukan, 36.7% (77 responden) meminta kakitangan Pusat Sumber mendapatkan maklumat yang diperlukan manakala 53.8% (113 responden) mencari maklumat bersama dengan kakitangan Pusat Sumber. Seorang responden tidak menjawab.

4.1.3.5 Orientasi perpustakaan

Jadual 17: Sama ada wartawan pernah menerima orientasi perpustakaan, N = 210 Frekuensi Peratus (%)

Ya 11 5.2

Tidak 197 93.8

Tidak menjawab 2 1.0

Jumlah 210 100.0

Soalan 6 adalah bagi mengetahui sama ada responden pernah mendapat pendidikan penggunaan Pusat Sumber daripada kakitangan Pusat Sumber. Jadual 17 menunjukkan 93.8% (197 responden) menjawab mereka tidak pernah menerima sebarang tunjuk ajar mengenai cara menggunakan Pusat Sumber. Hanya 1% (2 responden) tidak menjawab soalan ini.

(12)

4.1.3.6 Tujuan mendapatkan maklumat

Jadual 18: Tujuan mereka mendapatkan maklumat, N = 210

Tujuan Frekuensi Peratus (%)

Menulis rencana 110 52.4

Menulis artikel 128 61.0

Pengetahuan am 80 38.1

Menulis ruangan (column) 44 21.0

Menulis berita 103 49.0

Menyunting berita 42 20.0

Profil personaliti 68 32.4

Menulis editorial 21 10.0

Jadual 18 di atas jelas menunjukkan bahawa kebanyakan maklumat yang diperolehi di Pusat Sumber digunakan untuk menulis artikel iaitu sebanyak 61.0% diikuti dengan menulis rencana sebanyak 52.4%. Seterusnya maklumat yang diperolehi itu juga digunakan untuk menulis berita iaitu sebanyak 49%. Penggunaan terendah adalah bagi menulis editorial iaitu hanya 10%.

Melalui Jadual 18 itu juga dapat dilihat bahawa kerja-kerja penyuntingan hanya melibatkan 20% ataupun 42 responden sahaja. Ini mungkin disebabkan jumlah golongan ini (penyunting dan pembantu penyunting) tidak ramai yang menjawab soalselidik ini iaitu hanya 28.5% (59 responden) sahaja.

Melalui tabulasi silang berdasarkan jawatan, didapati Penyunting merupakan wartawan yang paling tinggi menggunakan maklumat yang mereka perolehi bagi menulis rencana iaitu dengan 55% daripada jumlah keseluruhan penyunting yang menjawab soalselidik ini diikuti dengan Pemberita dengan 20%. Peratusan terendah diperolehi daripada Penulis Khas iaitu 10% sahaja.

(13)

4.1.3.7 Penggunaan keratan akhbar

Soalan 8 a) adalah mengenai kekerapan wartawan menggunakan keratan akhbar berdasarkan beberapa kategori (Jadual 19)

a) Tajuk Perkara

Berdasarkan Jadual 19 di atas, didapati peratus kekerapan tertinggi bagi penggunaan keratan akhbar bagi kategori Tajuk Perkara adalah bagi penggunaan kurang daripada 5 kali seminggu iaitu dengan 20.5% manakala kekerapan terendah pula adalah 5.2% bagi penggunaan sekali di dalam 2 minggu. Sebanyak 28.1% tidak pernah menggunakan keratan akhbar kategori ini.

b) Negara

Kekerapan rujukan menggunakan keratan akhbar berdasarkan Negara pula didapati kekerapan penggunaan tertinggi adalah sebanyak 20% bagi penggunaan kurang daripada sekali di dalam sebulan, manakala peratus terendah adalah 3.3% bagi penggunaan sekali di dalam 2 minggu. Lebih daripada separuh responden iaitu 54.8% tidak pernah menggunakan keratan akhbar kategori ini.

c) Ruangan (Columns)

Bagi kekerapan rujukan terhadap keratan akhbar kategori Ruangan ini didapati kekerapan rujukan tertinggi adalah bagi penggunaan kurang daripada sekali di dalam sebulan dengan 17.6%, sementara peratus kekerapan terendah pula adalah 4.8% bagi penggunaan sekali di dalam 2 minggu. Setengah daripada responden iaitu 50.5% mengatakan bahawa mereka tidak pernah menggunakan kategori ini.

(14)
(15)

d) Personaliti

Jadual 19 di atas menunjukkan 22.9% (48 responden) mengatakan bahawa mereka menggunakan kategori ini kurang daripada sekali di dalam sebulan manakala 6.7% (14 responden) menggunakannya setiap hari. Responden yang tidak pernah menggunakan kategori ini pula adalah sebanyak 25.7% (54 responden). Berdasarkan kenyataan di atas, dilihat sebanyak 51.4% (108 responden) menggunakan kategori ini di dalam sebulan.

e) Sukan

Kategori ini hanya menyaksikan peratus penggunaan tertinggi adalah pada penggunaan kurang daripada sekali di dalam sebulan iaitu dengan hanya 11.9% manakala peratus penggunaan terendah adalah 1.9% bagi penggunaan sekali di dalam seminggu. Peratus responden yang tidak menggunakan kategori ini adalah tinggi iaitu 69% daripada 210 responden.

f) Grafik

Keratan akhbar berdasarkan kategori Grafik juga amat kurang digunakan oleh wartawan. Daripada 210 responden, hanya 30% (63 responden) sahaja yang menggunakannya manakala 70% (147 responden) lagi tidak pernah menggunakan keratan akhbar tersebut. Penggunaan kurang daripada sekali di dalam sebulan adalah kekerapan yang paling tinggi iaitu dengan 17.6% manakala kekerapan terendah adalah penggunaan sekali di dalam seminggu iaitu dengan 0.5%.

(16)

g) Jadual

Kategori ini juga amat kurang digunakan oleh wartawan dengan hanya 27.1% (57 responden) sahaja yang menggunakannya sama ada setiap hari hingga ke kurang daripada sekali di dalam sebulan. Jadual 19 menunjukkan kekerapan tertinggi adalah bagi penggunaan kurang daripada sekali di dalam sebulan iaitu dengan 16.7%, manakala 0.5% (seorang responden) menggunakannya setiap hari.

h) Carta

18.1% (38 responden) mengatakan mereka menggunakan kategori ini kurang daripada sekali di dalam sebulan sementara 0.5% (seorang responden) menggunakannya setiap hari. Jumlah keseluruhan responden yang menggunakan kategori ini hanyalah 28.1% (59 responden) sahaja manakala 71.9% (151 responden) adalah sebaliknya.

Berdasarkan Jadual 19, didapati di dalam jangkamasa 1 bulan, keratan akhbar berdasarkan tajuk perkara adalah yang paling kerap digunakan iaitu dengan 60% (126 responden) berbanding keratan akhbar berdasarkan carta yang hanya digunakan oleh 10.1% (21 responden) sahaja.

4.1.3.8 Penggunaan akhbar yang dijilid/dipamerkan

Soalan 8 b) pula adalah mengenai kekerapan responden menggunakan akhbar yang telah dijilidkan dan juga akhbar yang dipamerkan sebelum ia dijilidkan.

(17)

a) Kekerapan penggunaan akhbar yang telah dijilidkan

Berdasarkan Jadual 20, penggunaan yang tertinggi adalah kurang daripada sekali di dalam sebulan iaitu sebanyak 28.6% (60 responden) manakala penggunaan yang terendah adalah bagi kategori setiap hari iaitu hanya 3.8% (8 responden). Responden yang tidak pernah menggunakan akhbar yang telah dijilid pula adalah sebanyak 31.9% (67 responden)

b) Kekerapan penggunaan akhbar yang dipamerkan (display copy)

Akhbar yang dipamerkan ini adalah akhbar yang disediakan oleh pihak Pusat Sumber sebagai bahan bacaan (reading copy) kepada pengguna Pusat Sumber. Ia biasanya dipamerkan bagi tempoh satu bulan di atas rak khas. Jadual 20 di atas menunjukkan bahawa ia kerap digunakan oleh responden dengan 76.7% (161 responden) pernah menggunakannya. Penggunaan tertinggi adalah bagi kurang daripada lima kali seminggu iaitu sebanyak 22.9% (48 responden) manakala penggunaan terendah adalah 5.7% (12 responden) bagi kategori sekali di dalam sebulan. Sebanyak 23.3% (49 responden) menjawab mereka tidak pernah menggunakannya.

Syarikat NSTP memberikan akhbar secara percuma kepada kakitangannya dan ini adalah kemungkinan mereka tidak pernah menggunakannya. Ia juga mungkin disebabkan setiap jabatan pengarang mempunyai koleksi akhbar yang dipamerkan mereka sendiri.

(18)
(19)

4.1.3.9 Kekerapan penggunaan bahan bukan bercetak a) Peta

Daripada Jadual 21, didapati tiada responden yang menggunakan peta setiap hari. Peratus penggunaan terendah adalah bagi kategori sekali di dalam 2 minggu iaitu dengan 1% (2 responden) sementara peratus penggunaan tertinggi adalah bagi kategori kurang daripada sekali di dalam sebulan dengan 21% (44 responden). Sebanyak 68.1% (143 responden) didapati tidak pernah menggunakan peta sebagai sumber maklumat mereka.

b) Fotografi

Foto didapati antara sumber yang paling kerap digunakan oleh wartawan. Melalui Jadual 21, hanya 16.2% (34 responden) sahaja yang tidak pernah menggunakan fotografi. Penggunaan tertinggi adalah bagi penggunaan kurang daripada 5 kali di dalam seminggu iaitu sebanyak 25.7% (54 responden) manakala penggunaan terendah adalah 9% (19 responden) bagi kategori penggunaan sekali di dalam 2 minggu.

c) Logo

Daripada 210 responden yang menjawab, 68.1% (143 responden) tidak pernah menggunakan logo sebagai sumber maklumat mereka. Peratus penggunaan tertinggi adalah 19% bagi kategori kurang daripada sekali di dalam sebulan, manakala peratus terendah adalah 0.5% bagi kategori 5 kali di dalam seminggu.

(20)

d) Negatif

Jadual 18 mengatakan kategori kurang sekali di dalam sebulan adalah peratus penggunaan tertinggi dengan 22.4% (47 responden) daripada keseluruhan 210 responden. Peratus penggunaan terendah pula ialah 1.4% (3 responden) bagi kategori penggunaan setiap hari. Sebanyak 41% (86 responden) tidak pernah menggunakan nagatif sebagai sumber maklumat mereka.

e) Slaid / Transperensi

Bagi penggunaan Slaid / Transparensi, didapati daripada 210 responden yang menjawab hampir 3 per empat (71 %) responden mengatakan mereka tidak pernah menggunakan slaid/transparensi sebagai sumber maklumat mereka. 18.1% (38 responden) mengatakan mereka menggunakannya kurang daripada sekali di dalam sebulan manakala 0.5% menggunakannya setiap hari.

Berdasarkan Jadual 21, jelas dilihat fotografi adalah bahan bukan bercetak yang paling kerap digunakan. Di dalam tempoh sebulan, kekerapan penggunaan fotografi adalah 72.3% manakala kekerapan terendah adalah bagi bahan slaid / tranparensi yang hanya 10.9% sahaja.

(21)

4.1.3.10 Penggunaan di Unit Buku

Jadual 22 di atas menunjukkan buku dan buku rujukan adalah bahan utama yang dirujuk atau dipinjam daripada Unit Buku ini dengan 40.5% (85 responden) bagi buku dan 38.6% (81 responden) bagi buku rujukan. CD-ROM adalah sumber maklumat yang amat kurang dipinjam atau dirujuk oleh wartawan dengan hanya 0.5% atau seorang responden sahaja menggunakannya.

Jadual 22: Bahan yang selalu dirujuk atau pinjam di Unit Buku, N = 210 Frekuensi Peratus (%)

Buku 85 40.5

Laporan tahunan syarikat 30 14.3

Undang-undang 35 16.7 Risalah 19 9.0 CD-ROM 1 0.5 Kertas persidangan 23 11.0 Majalah 62 29.5 Buku rujukan 81 38.6

Soalan 11 adalah mengenai tujuan utama responden menggunakan Unit Buku ini dan hasilnya dipaparkan dalam Jadual 23..

Jadual 23: Tujuan utama responden ke Unit Buku, N = 210 Frekuensi Peratus (%)

Rujukan cepat 67 31.9

Mencari bahan bagi menyiapkan tugasan

76 36.2

Memenuhi keperluan diri sendiri 19 9.0 Bacaan riadah 9 4.3 Lain-lain 1 0.5 Tidak menjawab 38 18.1 Jumlah 210 100.0

Hanya 81.9% (172 responden) sahaja yang menjawab soalan berkenaan tujuan utama mereka ke Unit Buku ini. Bagi soalan ini, responden telah diminta memberikan satu

(22)

jawapan sahaja dan berdasarkan jadual di atas, didapati 36.2% (76 responden) menyatakan tujuan utama mereka ke unit ini adalah mencari bahan bagi menyiapkan tugasan mereka, sementara 31.9% (67 responden) mengatakan tujuan utama mereka adalah bagi membuat rujukan cepat seperti menggunakan kamus, almanaks dan daftar ejaan baru. 0.5% atau seorang responden memberikan lain-lain jawapan manakala sejumlah 18.1% (38 responden) tidak memberikan jawapan bagi soalan ini.

4.1.3.11 NSTP e-Media (sebelum ini dikenali sebagai NSTP Online)

Responden telah ditanya mengenai kekerapan penggunaan NSTP e-Media yang disediakan di Pusat Sumber. Berdasarkan daripada Jadual 24 di atas, didapati peratus penggunaan yang paling tinggi ialah bagi kategori setiap hari iaitu dengan 23.8% (50 responden), manakala peratus penggunaan terendah ialah bagi kategori sekali di dalam 2 minggu dan sekali sebulan dengan hanya 3.3% bagi setiap kategori. 46.7% (98 responden) mengatakan bahawa mereka tidak pernah menggunakan NSTP e-Emedia di Pusat Sumber sementara 1% (2 responden) tidak menjawab.

Jadual 24: Kekerapan penggunaan NSTP e-Media di Pusat Sumber, N = 210 (Soalan 12)

Kekerapan Frekuensi Peratus (%)

Setiap hari 50 23.8

Kurang drp 5 kali seminggu 22 10.5

Sekali seminggu 8 3.8

Sekali di dalam 2 minggu 7 3.3

Sekali sebulan 7 3.3

Kurang drp sekali di dlm sebulan 16 7.6

Tidak pernah guna 98 46.7

Tidak menjawab 2 1.0

(23)

Seterusnya untuk soalan 13, responden yang tidak pernah menggunakan NSTP e-Media di Pusat Sumber telah ditanya sama ada mereka mengaksesnya di komputer peribadi mereka sendiri yang terdapat di jabatan masing-masing ataupun tidak. Didapati 97% (95 responden) mengatakan ya, manakala baki sebanyak 3% (3 responden) tidak pernah menggunakannya.

4.1.4 BAHAGIAN D: KETERKINIAN / KEPUASAN PENGGUNA

Responden juga diminta menilai koleksi yang terdapat di Pusat Sumber mengikut keterkinian bahan. Jadual 25 menunjukkan penilaian responden terhadap koleksi yang terdapat di Pusat Sumber.

a) Keratan akhbar

Hanya 85.7% (180 responden) telah menjawab mengenai tahap kekinian keratan akhbar di Pusat Sumber. 30% (63 responden) daripada keseluruhan 210 responden mengatakan keratan akhbar berada di tahap terkini, manakala 8.1% (17 responden) mengatakan sebaliknya.

b) Jurnal

Bagi jurnal pula, 36.7% (77 responden) memberikan tiada komen sebagai jawapan mereka, 30% (63 responden) memberikan jawapan `average’ manakala 5.7% (12 responden) mengatakan jurnal yang terdapat di Pusat Sumber adalah tidak terkini. Sebanyak 20.5% (43 responden) tidak menjawab.

(24)
(25)

c) Buku

Tiada komen adalah peratus tertinggi jawapan dengan 30.5% (64 responden) sementara peratus jawapan terendah adalah 4.3% (9 responden) bagi jawapan Terkini. Hanya 79% (166 responden) menjawab soalan ini.

d) Logo

Bagi Logo pula, peratus tertinggi jawapan yang diberi adalah bagi kategori Tiada komen iaitu dengan 47.6% (100 responden) manakala peratus terendah adalah 2.9% (6 responden) dengan memberikan jawapan Terkini.

e) Peta

Responden juga telah diminta untuk memberikan penilaian mereka terhadap koleksi peta yang terdapat di Pusat Sumber. Peratus jawapan tertinggi yang diperolehi ialah Tiada komen iaitu 47.6% (100 responden). Namun begitu 22.4% (47 responden) memberikan jawapan `average’ terhadap koleksi ini manakala peratus terendah ialah 3.3% (7 responden) yang memberikan jawapan koleksi peta adalah Terkini. Sebanyak 21.4% (45 responden) tidak memberikan jawapan mereka.

f) Slaid / Transparensi

Tidak ramai responden yang memberikan penilaian yang berguna terhadap koleksi ini, di mana 48.6% (102 responden) memberikan jawapan Tiada komen sebagai peratus tertinggi jawapan. Peratus terendah adalah 4.3% (9 responden) yang

(26)

mengatakan koleksi Slaid / Transparensi yang terdapat di Pusat Sumber adalah Terkini. Daripada 210 responden, hanya 77.1% (162 responden) sahaja yang menjawab manakala 22.9% (48 responden) tidak memberikan jawapan mereka.

g) Negatif

Tiada komen adalah peratus tertinggi jawapan iaitu 30.5% (64 responden) apabila responden diminta membuat penilaian terhadap koleksi negatif yang terdapat di Pusat Sumber. Jawapan Terkini dan `average’ memberikan peratus 21.9 (46 reponden) bagi kedua-dua jawapan tersebut, manakala peratus terendah pula adalah 2.4% (5 responden) yang memberikan jawapan Tidak terkini terhadap koleksi negatif yang terdapat di Pusat Sumber. Sebanyak 23.3% (49 responden) tidak memberikan jawapan mereka.

h) Fotografi

Koleksi fotografi telah dipecahkan mengikut beberapa kategori: i. Personaliti

Fotografi-personaliti ini bermaksud, gambar-gambar individu sama ada ianya ahli politik, artis ataupun tokoh-tokoh terkenal. Bagi koleksi ini pula, peratus tertinggi mengatakan koleksi Fotografi-personaliti adalah `average’ iaitu dengan 37.1% (78 responden), manakala peratus terendah pula adalah bagi Terkini dan Tiada komen dengan kedua-duanya memberikan jawapan 17.1% (36 responden). Sebanyak 11% (23 responden) tidak menjawab.

(27)

ii. Perkara

Fotografi-perkara adalah gambar foto sesuatu perkara seperti kejadian jenayah, gambar bangunan, suasana sesuatu perayaan dan sebagainya. Koleksi Fotografi-perkara pula, peratus tertinggi adalah bagi jawapan `average’ iaitu dengan 31.9% (67 responden), manakala peratus terendah pula ialah 13.8% (29 responden) yang memberikan jawapan Terkini bagi koleksi tersebut. Hanya 81% (170 responden) daripada 210 responden yang menjawab soalan ini.

iii. Sukan

sukan ialah gambar sesuatu acara sukan. Bagi kategori Fotografi-sukan, 37.1% (78 responden) memberikan jawapan Tiada komen bagi persoalan mengenai penilaian mereka terhadap koleksi ini di Pusat Sumber. Jawapan ini adalah peratus tertinggi responden, 24.3% (51 responden ) mengatakan `average’ manakala peratus terendah responden ialah 5.7% (12 responden) yang memberikan jawapan Tidak terkini. Sebanyak 22.4% (47 responden) tidak menjawab.

iv. Syarikat

Fotografi-syarikat ialah gambar sesebuah syarikat sama ada bangunan syarikat tersebut, aktiviti pekerjaan di syarikat tersebut, acara perjanjian persefahaman melibatkan syarikat dan sebagainya. Tiada komen adalah peratus tertinggi jawapan iaitu dengan 38.1% (80 responden). 21.9% (46 responden) mengatakan koleksi ini adalah `average’ manakala peratus terendah iaitu sebanyak 6.2% (13 responden) mengatakan koleksi ini adalah Terkini. Responden yang tidak menjawab adalah sebanyak 22.9% (48 responden).

(28)

v. Negara

Fotografi-negara ialah gambar foto sesebuah negara dan ia adalah seperti pusat pelancongan negara tersebut, bandar yang terkenal dan sebagainya. Bagi fotografi-negara ini 35.2% (74 responden) memberikan jawapan Tiada komen sementara 25.7% (54 responden) mengatakan koleksi fotografi-negara adalah `average’ manakala peratus terendah adalah 6.2% (13 responden) yang mengatakan koleksi ini adalah Terkini. 24.8% (52 responden) daripada keseluruhan 210 responden tidak menjawab.

Kajian di atas menunjukkan 30% (63 responden) mengatakan keratan akhbar adalah koleksi yang terkini manakala 18.6% (39 responden) mengatakan buku adalah koleksi yang tidak terkini di Pusat Sumber

Seterusnya responden telah ditanya sama ada koleksi yang terdapat di Pusat Sumber ini memenuhi keperluan mereka. (Jadual 26)

Jadual 26: Adakah koleksi di Pusat Sumber memenuhi keperluan, N = 210 Frekuensi Peratus (%) Ya 62 29.5 Tidak 7 3.3 Sebahagian sahaja 124 59.0 Tidak menjawab 17 8.1 Jumlah 210 100.0

Apabila ditanya sama ada koleksi yang terdapat di Pusat Sumber memenuhi keperluan maklumat mereka, 59% (124 responden) mengatakan koleksi yang ada hanya memenuhi sebahagian sahaja keperluan maklumat mereka, manakala 29.5% (62 responden) mengatakan koleksi yang ada memenuhi keperluan maklumat mereka. Hanya 3.3% (7 responden) mengatakan koleksi yang ada tidak memenuhi keperluan

(29)

maklumat mereka. Namun begitu 8.1% (17 responden) tidak memberikan jawapan mereka.

4.1.5 BAHAGIAN E – KUALITI PERKHIDMATAN DI MEJA PERTANYAAN Kualiti perkhidmatan di Meja Pertanyaan turut ditanya bagi mendapatkan maklumbalas daripada responden. Soalan 16 telah dibahagi kepada 2 bahagian iaitu: a) Kesediaan membantu (Helpfulness)

b) Kepantasan perkhidmatan

Jadual 27: Kualiti perkhidmatan berdasarkan Kesediaan Membantu, N = 210

Jawapan Frekuensi Peratus (%)

Amat bersedia membantu 78 37.1

Sedia membantu 103 49.0

Biasa `average’ 23 11.0

Tidak membantu - -

Tidak menjawab 6 2.9

Jumlah 210 100.0

Jadual 27 di atas menunjukkan kualiti perkhidmatan berdasarkan kesudian membantu (helpfulness) yang diberikan oleh kakitangan di Meja Pertanyaan Pusat Sumber di mana 49% (103 responden) mengatakan kakitangan di bahagian ini Sedia membantu pengguna Pusat Sumber manakala peratus terendah pula adalah bagi kategori `average’ iaitu dengan 11% (23 responden). Perlu dinyatakan tidak seorang responden pun yang memberikan jawapan Tidak membantu bagi soalan ini manakala 2.9% (6 responden) tidak memberikan jawapan mereka.

(30)

Jadual 28: Kualiti perkhidmatan berdasarkan kepantasan, N = 210 Jawapan Frekuensi Peratus (%)

Sangat pantas 39 18.6 Pantas 100 47.6 Biasa `average’ 57 27.1 Perlahan 7 3.3 Sangat perlahan - - Tidak menjawab 7 3.3 Jumlah 210 100.0

Jadual 28 menunjukkan 47.6% (100 responden) mengatakan Pantas bagi perkhidmatan yang diberikan dan ianya juga adalah peratus tertinggi bagi kualiti perkhidmatan berdasarkan kepantasan ini. Sementara peratus terendah pula ialah 3.3% (7 responden) iaitu bagi jawapan perlahan. Tiada responden yang memberikan jawapan Sangat perlahan bagi persoalan ini, manakala 3.3% (7 responden) tidak menyatakan jawapan mereka.

4.1.6 BAHAGIAN F – PENGGUNAAN SUMBER-SUMBER LAIN

Responden juga telah ditanya sama ada mereka ada menggunakan sumber lain selain daripada Pusat Sumber bagi memenuhi maklumat mereka.

Jadual 29: Adakah responden menggunakan sumber lain bagi memenuhi keperluan maklumat, N = 210 (Soalan 17)

Jawapan Frekuensi Peratus (%)

Ya 193 91.9

Tidak 13 6.2

Tidak menjawab 4 1.9

Jumlah 210 100.0

Jadual 29 di atas menunjukkan 91.9% (193 responden) mengatakan mereka ada menggunakan sumber lain bagi memenuhi keperluan maklumat mereka manakala

(31)

6.2% (13 responden) mengatakan mereka tidak menggunakan sumber lain selain daripada Pusat Sumber syarikat. Sebanyak 1.9% (4 responden) tidak menjawab. Seterusnya bagi responden yang menjawab `Ya’ bagi Soalan 17, mereka telah diminta untuk menyatakan sumber tersebut.

Jadual 30: Pernyataan sumber yang digunakan, N = .193 (Soalan 18)

Sumber Frekuensi Peratus (%)

Internet 186 96.4

Koleksi peribadi 108 56.0

Berbincang bersama rakan wartawan 129 67.0

Pusat Sumber lain 21 11.0

Responden telah diberi pelbagai pilihan jawapan bagi menyatakan sumber lain yang digunakan selain Pusat Sumber. Jadual 30 menunjukkan, daripada 193 responden yang menjawab `Ya’ bagi soalan 17, 96.4% (186 responden) menggunakan Internet sebagai medium selain Pusat Sumber, manakala hanya 11% (21 responden) sahaja yang menggunakan Pusat Sumber / Perpustakaan lain sebagai medium selain daripada Pusat Sumber syarikat.

4.1.7 BAHAGIAN G – KOMEN DAN CADANGAN

Responden diminta memberikan komen dan cadangan mereka bagi membantu Pusat Sumber memperbaiki perkhidmatan yang diberikan kepada pengguna.

Daripada 210 responden hanya 49.5% (104 responden) sahaja yang memberikan komen dan cadangan bagi mempertingkatkan lagi perkhidmatan di Pusat Sumber syarikat ini. Di antara komen dan cadangan yang diterima ialah:

(32)

1. Perkhidmatan di Meja Pertanyaan

a) Perkhidmatan mestilah pantas dan tepat. Ini kerana wartawan selalunya memerlukan maklumat dengan kadar yang pantas dan tepat bagi mengejar masa menyiapkan tugasan mereka.

b) Kakitangan yang bertugas di Meja Pertanyaan dan Rujukan ini mestilah sentiasa mesra pengguna.

c) Kakitangan mestilah sentiasa bersedia membantu pengguna bukannya sebaliknya dengan memberikan jawapan `Tidak tahu’ atau sebagainya. Kakitangan yang mahir adalah diperlukan di bahagian ini kerana ia mencerminkan keseluruhan perkhidmatan di Pusat Sumber.

d) Mesin salinan yang ada mestilah sentiasa boleh digunakan bagi memudahkan pengguna membuat salinan. Mesin salinan yang ada sekarang kerap rosak dan ini sedikit sebanyak menyusahkan pengguna.

e) Kakitangan mestilah sentiasa ada di tempat mereka terutama di waktu makan tengah hari. Kadangkala kakitangan tidak ada di tempat mereka bagi membantu pengguna yang terpaksa menunggu mereka.

f) Perlunya perkhidmatan pinjaman antara perpustakaan (Inter-Library Loan) bagi bahan yang tidak ada di Pusat Sumber.

g) Banyakkan langganan akhbar seperti akhbar Harakah, Keadilan dan lain-lain akhbar politik bagi memudahkan wartawan membuat rujukan, Responden juga mencadangkan ditambahkan langganan akhbar luar negara.

(33)

i) Perbanyakkan perkhidmatan atas talian seperti langganan terhadap pangkalan data undang-undang (online legislation database) tidak hanya NSTP e-Media sahaja.

j) Letakkan akhbar harian syarikat lain (The Star dan Utusan Malaysia) di rak bacaan bukannya di dalam laci. Hanya dikeluarkan atas permintaan (available upon request).

2. Perkhidmatan di Unit Buku

a) Tambah koleksi yang terdapat di Unit ini sama ada ianya buku, buku rujukan, majalah, jurnal, peta dan lain-lain. Responden juga telah mencadangkan dibanyakkan buku-buku bukan ilmiah seperti buku-buku fiksyen dan bukan fiksyen di Pusat Sumber bagi menarik minat kakitangan syarikat di bahagian lain dan Pusat Sumber tidak hanya menjadi tumpuan kalangan wartawan sahaja. Kepelbagaian majalah adalah perlu seperti langganan majalah mengenai fesyen, makanan, wanita, dan majalah berpengetahuan am seperti majalah National Geographic, Reader’s Digest, Asiaweek, Nesweek dan lain-lain adalah dicadangkan.

b) Perbanyakkan buku dan buku rujukan yang berkaitan dengan media massa dan juga teknologi maklumat.

c) Responden juga telah meminta unit ini dibuka mengikut masa operasi Pusat Sumber bukannya dibuka dari pukul 9 pagi dan ditutup pada pukul 6 petang. Responden juga meminta unit ini tidak ditutup pada hari minggu dan kelepasan am.

(34)

d) Kemaskinikan susunan terhadap akhbar berjilid (bound volume). Kadangkala ia tidak disusun mengikut susunan dan ia menyukarkan pengguna. e) Berikan judul dan isi kandungan sesuatu bahan baru di Pusat Sumber kepada kakitangan syarikat. Dengan penggunaan komputer yang meluas di kalangan kakitangan syarikat ini, adalah mudah bagi pihak Pusat Sumber untuk menghantar mel elektronik kepada mereka. Kemudahan mel elektronik ini juga dapat memberitahu mengenai apa sahaja perkembangan yang berlaku kepada Pusat Sumber ini.

3. Unit Keratan dan Foto

a) Perbaiki sistem menyimpan dan dapatan kembali gambar foto dan negatif. Kadangkala gambar foto yang diperlukan tidak ada, lambat dipulangkan ataupun hilang.

b) Adakan perkhidmatan gambar foto di atas talian bagi memudahkan pengguna mencari foto tanpa perlu ke Pusat Sumber. Dengan cara ini juga sesuatu foto itu dapat digunakan oleh lebih daripada seorang pada suatu masa.

c) Kelasifikasi gambar foto dan negatif kepada lebih bahagian. Kadangkala sesuatu gambar foto dan negatif boleh dimasukkan kepada pelbagai topik dan ini perlu dilihat dengan lebih teliti oleh unit ini. Ini juga berlaku kepada keratan akhbar. Kadangkala sesuatu artikel boleh dimasukkan kepada beberapa kategori tetapi ia hanya dikategorikan kepada satu tajuk sahaja dan ini menyukarkan pengguna. Ini berlaku kepada keratan sebelum NSTP e-Media diperkenalkan.

(35)

d) Koleksi dan skop gambar foto diperluaskan. Gambar foto lama tidak dibuang tetapi di simpan melalui suatu pangkalan data (sebagaimana NSTP e-Media).

Antara komen dan cadangan lain

4. Pusat Sumber ini dibuka 24 jam bagi menampung keperluan wartawan.

5. Ruang bacaan ditambah. Ini adalah kerana ruang bacaan yang ada di ruang utama Pusat Sumber adalah kecil dengan hanya 2 meja pembaca sahaja.

6. Adakan orientasi perpustakaan kepada pengguna Pusat Sumber bagi memudahkan mereka menggunakan Pusat Sumber.

7. Lebihkan penggunaan teknologi maklumat. Pusat Sumber dicadangkan menempatkan lebih banyak komputer yang boleh mengakses ke Internet.

Referensi

Dokumen terkait

Peneliti membuat skala kepribadian narsisistik dengan menggunakan ciri-ciri kepribadian narsisistik menurut Sedikides, Gregg, Rudich dan Rusbult yaitu suka meminta

Pas foto 4x6 (Iatar belakang warna merah) sebanyak 3 lembar , dengan ketentuan bagi pria berpakaian sipil lengkap (menggunakan jas dan berdasi ) sedangkan bagi

Disisi lain Clara Ika Sari Budhayanti,dkk (2008) menyebut bahwa formulasi model merupakan penterjemahan dari masalah ke dalam persamaan atau pertidaksamaan matematik

Dari pemaparan diatas maka penulis menyimpulkan bahwa manajemen komunikasi adalah proses timbak balik pertukaran informasi yang telah melalui proses

Kesimpulan: Penatalaksanaan fisioterapi menggunakan Neuro Development Treatment (NDT) pada kondisi Cerebral Palsy Spastic Athetoid Quadriplegi dalam mengontrol tingkat

Assessment Center bertujuan untuk mengidenfikasi kebutuhan pengembangan sumber daya manusia agar siap menghadapi tugas-tugas yang akan diberikan ke depan serta digunakan untuk

Dari berbagai definisi yang telah dikemukakan sebelumnya maka dapat ditarik kesimpulan bahwa industri adalah kegiatan ekonomi dalam mengolah atau memproses serta