• Tidak ada hasil yang ditemukan

Sejarah Melayu atau sulalatus salatin...cnck

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Sejarah Melayu atau sulalatus salatin...cnck"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

Ahli-ahli sejarah professional enggan mengguna teks klasik Melayu tradisional kerana isi kandungannya termasuk mitos, khayalan dan legenda. Sejauhmanakah anda bersetuju dengan komen tersebut dengan merujuk teks-teks tertentu.

Para Sejarawan moden seperti J.C.Bottoms, R.O Wistedt dan sebagainya telah menolak dan enggan menggunakan teks klasik Melayu kerana kandungannya termasuk mitos, khayalan dan lagenda. Istilah sejarah moden barat lebih menjurus kepada pendapat R.G.Collingwood yang telah menyatakan semua sejarah adalah sejarah pemikiran yang harus bersifat objektif, humanistik, rasional.1 Mitos ialah cerita rakyat

yang mempunyai unsur keajaiban, unsur luar biasa pada manusia dan makhluk-makhluk lain. Manakala lagenda adalah unsur-unsur keistimewaan seseorang tokoh seperti ketangkasan, ketebalan, kekuatan dan sebagainya.2 Melalui pendirian inilah karya tradisional telah ditolak.

Berdasarkan isu ini saya akan membahaskan berdasarkan teks Klasik Sejarah Melayu .Jelasnya, Sejarah Melayu memang mempunyai unsur-unsur ini.

Sejarah Melayu ditulis oleh Tun Sri Lanang (TSL) atau nama sebenarnya Tun Muhammad. Beliau adalah bendahara kerajaan Johor-1Muhd Yusof Hashim, Ilmu Sejarah : Falsafah, Pengertian dan Kaedah, ( Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa dan Pustaka, 1997), ms. 8.

2 Ali Ahmad, Karya-Karya Sestera bercorak Sejarah, ( Selangor : Ampang Press, 1987), ms

(2)

Riau. Pada abad ke-20, Abdullah Munshi telah menukar judul karya kepada Sejarah Melayu. Terdapat 29 buah ras khas Sejarah Melayu yang mempunyai pelbagai versi yang telah disalin dari teks asalnya. Sejarah Melayu adalah bercorak prosa-riwayat yang merangkumi kisah raja Melaka dari sebelum penubuhan Melaka sekitar 1400 sehingga penyerangan Portugis di Melaka pada 1511.

Memang diakui bahawa SM itu mempunyai banyak kelemahan tetapi patut dilihat sebagai sesuatu yang tidak dapat dielakkan kerana dihasilkan mengikut cara yang sesuai dengan kehendak zaman dan masyarakatnya. Daripada beberapa pandangan diatas, Saya berpegang teguh bahawa SM memang mempunyai banyak kelemahan tetapi pada bahagian-bahagian tertentu, SM masih boleh digunakan sebagai sumber sejarah. Seperti yang telah dikatakan oleh seorang sarjana, , jika kita pandai memilih mana bahan yang berupa fantasi dan mana bahan yang berupa fakta, tentu sekali SM amat berguna dari segi sejarah.3 Maka, penggunaan SM secara berhati-hati dan digandingkan

dengan sumber lain boleh digunakan sebagai sumber sejarah.

SM memang tidak dapat diterima sebagai sejarah dalam pensejarahan moden kerana:

3 Abu Hassan Sham, Beberapa Aspek Dari Sejarah Melayu, ( Kuala Lumpur: Utusan Publications

(3)

Pertama, Sejarah Melayu mempunyai unsur mitos, khayalan dan lagenda sekadar untuk membina karisma kesultanan melayu melaka . Hal ini diakui oleh Yusof Iskandar.4 Cerita-cerita mitos ini dapat dilihat dalam 3

perkara iaitu berhubung asal-usul raja, pembukaan negeri dan mitos kedatangan agama Islam. Contohnya Pengislaman Raja Kecil Besar dikatakan dari mimpinya bertemu Nabi Muhammad s.a.w dan Nabi sendiri mengislamkannya tetapi dari sudut sejarah pula berbeza. Menurut catatan Tome Pires, Barbossa dan Valentijin mendapati kedatangan islam bukannya melalui mimpi tetapi melalui perkahwinan antara Raja Melaka dengan Puteri Pasai beragama Islam.5 Kisah ini jelas berunsur

mitos dan mitos ini sengaja di ada-adakan oleh Tun Sri Lanang untuk membina karisma, kebesaran, keistimewaan , keunggulan nenek moyang raja-raja Melaka. Oleh itu, Jelas membuktikan Sejarah Melayu ditulis sekadar untuk meningkatkan institusi raja-raja diperkuatkan dengan konsep ‘daulat dan derhaka’ tanpa meletakkan asas kebenaran yang sepatutnya. Unsur dongengan ini jelas terpesong daripada penulisan sejarah yang dianjurkan oleh Collingwood iaitu ‘ kerasionalan’ dan ‘kemanusiaan’.6

4 Abd.Rahman Kaeh, Sejarah Melayu: Satu perbicaraan Kritis dari pelbagai bidang, (Kuala

Lumpur : Heinemann Edicational Book,1974), ms.45.

5 Mustafa Mohd Isa, Kajian teks Melayu klasik terpilih , ( Pulau Pinang: Universiti Sains

Malaysia, 1999), ms. 71.

(4)

Kedua, Sejarah Melayu bertujuan memegahkan orang Melayu Melaka. Sejarah Melayu melalui lagendanya seperti Hang Tuah, Badang, batu belah batu bertangkup dan sebagainya cuba mewujudkan tokoh-tokoh yang dilebih-lebihkan kekuasaannya melebihi manusia biasa. Contohnya kisah Badang yang menjadi gagah perkasa akibat memakan muntah hantu.

“…jikalau engkau hendakkan gagah…makanlah muntahku…Setelah itu oleh badang dicubanya segala pohon kayu hampirnya yang besar-besar itu, dengan sekali bantunnya habis patah-patah”7

Motif ini bertujuan mewujudkan satu persepsi yang menyanjung dan mempamerkan kehebatan masyarakat Melayu yang sering digambarkan mempunyai kekuatan luar biasa dan kepakaran yang tinggi. Ironisnya pula, kisah ini memperlihatkan pula kepatuhan kesanjungan si Badang terhadap Sultannya yang terbukti apabila perkara pertama yang difikirkan badang setelah gagah nanti adalah untuk berkhidmat pada Sultannya.“ …aku meminta kuat dan gagah, supaya aku kuat mengerjakan tuanku”8 Isu ini memperlihatkan unsur kemegahan orang

Melayu yang mempertingkatkan lagi kewibawaan kesultanan Melayu. Hal ini di akui oleh Mohd Taib Osman yang menyatakan bahawa Sejarah 7 A. Samad Ahmad (peny.), Sulalatus Salatin Sejarah Melayu , (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka, 2003), ms 48-49.

(5)

Melayu berusaha memegahkan orang-orang Melayu Melaka serta menunjukkan keberanian dan kehandalan orang melayu dengan kekuatan yang luar biasa tanpa berjejak di atas bumi yang nyata.9

Sejarah Melayu tidak boleh dikata sumber sejarah dalam erti kata sebenar kerana tidak mengandungi tarikh-tarikh dalam penulisannya. Sumber sejarah yang kukuh perlulah mengandungi tarikh-tarikh yang nyata. tetapi Sejarah Melayu ditulis dalam kisah-kisah yang pendek tersusun mengikut kronologi tanpa tarikh dan tidak mementingkan tarikh. Susunan kronologi sesuatu sejarah tidak boleh diagak mengikut sultannya sahaja. Angka-angka tahun tidak diberikan untuk mengukuhkan sesuatu peristiwa dan fakta-fakta sejarah.10 Banyak peristiwa-peristiwa penting

dalam Sejarah Melayu yang tidak bertarikh seperti penawanan Melaka oleh Portugis dan perang dengan Siam. Sedangkan tarikh-tarikh ini penting bagi tujuan paparan dan pengkajian sejarah. Menurut Taib Osman, tarikh berperanan penting dalam menetapkan sesuatu peristiwa itu berlaku dan boleh dibandingkan dengan sejarah-sejarah lain. 11

9 Mohd Taib Osman, “Tuhfat Al –Nafis, Corak Histografinya: Persamaan dan Penyimpangan

dari Tradisi Histiografi Melayu,” dalam Sastera Sejarah: Interprestasi dan Penilaian,peny. Zahrah Ibrahim (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1986) ms 256-257.

10 Rahman Kaeh, Sejarah Melayu: Satu perbicaraan Kritis .ms 23 11 Mohd Taib, Tuhfat Al –Nafis,,ms.258.

(6)

Ketiga, SM tidak diterima sebagai dokumen sejarah dalam erti kata sebenar kerana tidak mempunyai sumber rujukannya. Sumber merupakan unsur penting dalam pensejarahan moden. Menurut Oxford English Dictionary, Sumber atau source bermaksud sesebuah karya yang menyediakan maklumat atau bukti yang bersifat tulen berkenaan sesuatu fakta, kejadian atau siri hal-hal tertentu.12 Tanpa sumber, sesuatu fakta

sejarah adalah diragui dan tidak diterima. Sumber adalah saksi dan bukti dalam perbicaraan. Thucyidides menyatakan bahawa penyelidikan sejarah terletak berdasarkan bukti-bukti yang sahih sahaja.13 Sumber

diperlukan bagi menggelakkan berlakunya penyelewengan fakta, sama ada fakta tersebut berlaku penambahan atau pengurangan dan bagi menentukan kewarasan tentang sesuatu isi kandungan. Malangnya, Sejarah Melayu tidak menerangkan sama sekali sumber-sumber yang diperolehinya 14Tun Sri Lanang gagal dalam memuatkan dengan jelas

kaedah-kaedah penyelidikan, tidak menyenaraikan nama-nama saksi dengan terperinci . Hal yang sama telah dilakukan oleh Thucyidides yang mendapat kritikan Collingwood yang menganggap lebih banyak mengandungi imaginasi dan bukannya sejarah.15

12 Suntralingam R, Pengenalan Kepada Sejarah. ( Kuala Lumpur: Fajar Bakti, 1985), ms 28-29 13 Collingwood R.G Idea sejarah.(terj) Muhd yusof Ibrahim, ( Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka, 1985), ms.8.

14 Mohd Taib, Tuhfat Al –Nafis, ms. 259.

15 Muhd Yusof Ibrahim dan Mahayuddin Haji Yahya, Sejarah dan Pensejarahan: Ketokohan dan

(7)

Keempat, Sejarah Melayu lebih bercorak sastera, budaya dan politik sesebuah kerajaan. Melalui penulisan Sejarah Melayu terdapat terlalu banyak unsur -unsur sastera yang dimasukkan didalamnya selain unsur mitos, khayalan dan lagenda. Pengarang banyak memasukkan unsur seperti penilaian, bahasa berlapis, simile, monolog dan sebagainya. Contohnya, ialah unsur monolog yang berlaku dalam Sejarah Melayu. Monolog ialah tutur kata atau pengucapan oleh sesuatu watak secara bersedirian. 16

Maka gajah itu dilanggarkan baginda ke Bailarong baginda sendiri habis roboh-roboh. Maka titah baginda. “Demikianlah kelak bailarong Raja Melaka ku langgarkan dengan gajahku ini.”17

Pengarang memasukkan unsur monolog sedangkan secara nyatanya seeorang individu tidak akan dapat mendengar individu lain bermonolog. Malahan unsur kesusteraan Sejarah Melayu menjadi karya agung sastera melayu yang tidak ada tolak bandingnya.18 Sejarah Melayu

juga berunsur politik kerana kisahnya yang berkisar Istana dan berniat meningkatkan keagungan pemerintah. Sejarah Melayu itu sendiri telah dinamakan Sulalatus Salatin (Pertuturan segala raja-raja). Hal ini ditegaskan dengan artikel Abdul Rahman Ismail bahawa Sejarah Melayu 16 Mustafa, Kajian teks Melayu klasik , ms.70

17 A. Samad, Sejarah Melayu , ms.173. 18 Mustafa, Kajian teks Melayu klasik, ms. 71

(8)

selain sastera adalah dokumen yang memuatkan satu bentuk pemikiran politik seperti yang dikehendaki oleh golongan istana. Manakala keadaan rakyat tidak diberi tempat dalam penulisannya.19 Sifat sastera yang wujud

bercanggahan dengan cara dan methodologi penulisan sejarah. Oleh itulah, Sejarah Melayu telah ditolak oleh ahli sejarah sebagai tidak bersifat ilmiah. Maka tidak hairanlah apabila J.C. Bttoms dalam Malaysian Historical Sources menyatakan sejarah bagi orang Melayu hanyalah sebagai satu hiburan.20

Kelima, motif penulisan Sejarah Melayu adalah untuk menyukakan raja-raja. Sejarah Melayu adalah karangan tulisan golongan istana iaitu Tun Sri Lanang untuk meyukakan golongan pemerintah. Kisah-kisah rakyat adalah diketepikan. Malahan pengarang sendiri ada menyebutkan “Supaya akan menyukakan duli ke hadrat baginda”.21 Hal ini

bermakna berkemungkinan besar perkara-perkara yang tidak menyukakan dan tidak menguntungkan institusi raja dan pemerintah akan diketepikan dalam Sejarah Melayu. Apatah lagi penulisan ini merupakan karya hasilan istana. Hal ini turut dibincangkan oleh Abdul Rahman Haji Ismail bahawa memandangkan tujuan penulisannya dan perkembangan

19 Abdul Rahman Haji Ismail , “ Sejarah Melayu: Antara Sejarah dan Dakyah”, Kajian Malaysia,

Jil III, No 2. (1985), ms. 30

20 J.C.Bottoms “Some Malay Historical Sorces: A Bibliographical Note.” Beberapa aspek dari

Sejarah Melayu.”(Kuala Lumpur: Utusan Publication, 1977), ms.3.

(9)

yang membawa kepada terhasilnya Sejarah Melayu adalah sukar membuktikan tiada unsur pendakyahan dalam Sejarah Melayu.22

Kewujudan unsur Anakronisme mempertikaikan kesahihan Sejarah Melayu. Anakronisme bermaksud kesilapan meletakkan sesuatu peristiwa , tokoh dan sebagainya dengan zaman yang sebenarnya. Terdapat banyak unsur ini dapat dilihat apabila mengkaji Sejarah Melayu. Antaranya diceritakan bahawa Melaka dan Majapahit telah menjalinkan hubungan muhibah menerusi perkahwinan Sultan Mansur Shah dengan Raden Kirana, puteri Patih Aria Gajah Mada. Catatan sejarah pula membuktikan sebaliknya iaitu kegemilangan kerajaan Majapahit pada abad ke-14 manakala kegemilangan Melaka pada abad ke-15. Malah, Sultan Mansur Shah dicatatkan dalam sejarah memerintah antara 1459-1477, sedangkan Patih Gajah Mada telah pun meninggal sekitar 1365 iaitu lebih 1 abad.23 Jesteru, ini menunjukkan bahawa SM sangat

disangsikan dari segi sejarahnya.

Namun begitu,menolak SM seratus peratus adalah tidak adil. SM tidak dapat lari daripada fakta sejarah malahan masih ada beberapa

22 Abdul Rahman “ Sejarah Melayu: Antara Sejarah dan Dakyah”, Kajian Malaysia, ms 30.

23 Mohd Supian Sabtu, “Pengukuhan Melaka oleh Parameswara: Kesan , Perkembangan dan

Kronologi Numistik”, Parameswara Pengasas Empayar Melaka, peny. Mohd Yusof Hashim ( Selangor: Unique Communications, 2005) ,hal 51. Ms 45-68.

(10)

bahagian didalamnya yang masih boleh digunakan dalam membina semula sejarah.

Dari sudut politik, Pengarang dengan cemerlang telah menghuraikan jurai keturunan raja Melaka secara lebih terperinci. Pengarang telah memperlihatkan urutan masa pemerintahan raja-raja Melayu Melaka yang sebenar bersesuaian dengan maklumat sejarah kini. Sebagai contoh, ialah kronologi urutan zaman pemerintahan Sultan Muzzaffar Syah sehinggalah kejatuhan negeri itu ke tangan Portugis semasa pemerintahan Sultan Mahmud Syah.24 Selain itu, SM

memperlihatkan wujudnya hubungan diplomatik antara Negeri Cina dengan Melaka. Hubungan ini nyata ada di sebutkan dalam sumber-sumber seperti sumber-sumber cina Yung Lo Shih-lu (TM 1425-1430), Hsuan-te Shih-Tu TM (1438), Tai Zhong Shi Lu dan Liang Liji yang memperlihatkan wujudkan hubungan Melaka dengan Kerajaan Cina.25 Contohnya, Sejarah

Ming Dinasti TM 1368-1643 menyebutkan “…dalam bulan kesepuluh tahun 1403 , Maharaja telah menghantar Yin Ch’Ing sebagai utusan China ke Negeri Melaka”26

24 Ibid, ms 51

25Mohd Yusof Hashim, “Parameswara dan Pembukaan Kerajaan awal Melaka”, Parameswara

Pengasas Empayar Melaka, Peny. Mohd Yusof Hashim , ( Selangor: Unique Communications, 2005), hal 13-17 (1-17)

26 Haji Awang Mohd et al, “Permaisura” , Parameswara Pengasas Empayar Melaka, Peny. Mohd

(11)

Dari Sudut ekonomi, SM mengambarkan bahawa Melaka sebagai pusat perdagangan yang sangat maju dan menjadi tumpuan. TSL mengambarkan:

“ Adapun pada zaman itu negeri Melaka terlalu sekali ramainya, segala pedagang pun berkampung, maka dari Ayer leleh datang ke Kuala Muar Pasar tiada berputusan, jika orang dari Melaka datang ke Jugra tiada mebawa api, barang di mana berhenti disana adalah rumah orang… Kerana masa itu rakyat Melaka Sembilan belas laksa banyaknya yang didalam negeri itu juga.”27

Gambaran kegemilangan Melaka ini bukannya hanya satu cerita yang diada-adakan tetapi turut tertulis dalam sumber-sumber sejarah tempatan dan luar seperti Arab, Portugal dan Cina serta penemuan-penemuan arkeologi dan syiling Melaka yang membuktikan Melaka pada abad ke -15 dan awal abad ke-16 adalah merupakan antara pelabuhan entreport terbesar didunia. Hal ini terbukti apabila sumber Arab melaporkan bahawa Kalah (Melaka) merupakan pusat pertemuan antara pedagang yang datang dari Jazirah dan Oman dengan kapal-kapal dari Cina.28 Tome

Pires pula telah mencatatkan bahawa saudagar Gujerat mengunjungi Melaka setiap tahun dengan empat buah kapal yang tinggi muatannya.29

27 A. Samad , Sejarah Melayu , ms 244

28 Herman Susilo “ Kesejarahan dan Hubungan Kesejaraha Antara Palembang dan Melaka Pada

abad V hingga XV dan asal-usul Parameswara” ,Parameswara Pengasas Empayar Melaka, Peny. Mohd Yusof Hashim , ( Selangor: Unique Communications, 2005), hlm.32- ms30-37

29 Abdul Rahman Hj Ismail dan Mahani Musa, “ Zaman Melaka dan Kemunculan Tenaga Politik

dan Kenegaraan Baharu”, Malaysia : Sejarah Kenegaraan dan Politik. ( Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka , 2005 ), ms. 100.

(12)

Hal ini membuktikan bahawa Melaka pada abad ke 15 adalah sebuah pelabuhan terkenal seperti yang tertulis dalam Sejarah Melayu.

Sejarah Melayu menonjolkan beberapa unsur mitos untuk menyindir pemerintah. Selain mitos-mitos yang sengaja diadakan untuk meningkatkan kreadibiliti Diraja terdapat juga mitos yang digunakan untuk menyindir secara halus perbuatan raja-raja Melayu yang kejam dan tidak bertimbang rasa. Contohnya peristiwa todak menyerang Singapura. Peristiwa todak mengisahkan seorang budak dibunuh oleh Sultan Temasik setelah menyelamatkan Temasik daripada serangan Todak.30 Dr

A. A.Cense yang mengkaji kisah ini telah membuat kenyataan bahawa individu tidak seharusnya terburu-buru dalam membuat kesimpulan bahawa sesuatu cerita yang tertentu itu lagenda tempatan, dari mana suatu peristiwa sejarah tertentu boleh didapati.31 Beliau merujuk mitos ini

kepada serangan yang berlaku dari bahagian Selatan India oleh askar-askar yang membawa panji berlambangkan ikan todak.

Keempat, Sejarah Melayu memperlihatkan ciri sosial dan budaya masyarakat melayu. Sejarah Melayu penting dalam merakamkan nilai budaya dan adat istadat masyarakat melayu yang meliputi institusi pemerintahan dan rakyat biasa. Antaranya ialah adat-adat yang wujud di

30 A. Samad , Sejarah Melayu , ms. 67-69

31 P.E. de Josselin de Jong. “ Ciri Sejarah Melayu” Sastera Sejarah: Interpretasi dan Penilaian ,

(13)

istana, adat menyembah raja, pertabalan, kemangkatan, adat perkahwinan , kematian dan sebagainya yang di ceritakan didalam Sejarah Melayu. Paling penting, ialah corak susunan sosial yang telah dinyatakan dalam Sejarah Melayu dengan melambangkan kekuasaan raja di peringkat atasnya dan diakhiri dengan golongan rakyat yang di anggap sebagai memberikan taat yang tidak berbelah bagi. Abdul Rahman Kaeh

(1974) telah membuat Susunan hierarki masyarakat Melayu yang terbahagi kepada 4 iaitu didahului oleh raja, bangsawan, rakyat biasa dan golongan Hamba. Hirearki ini jika di perhatikan boleh ditingkatkan melalui kepakaran dan kebolehan masing-masing seperti yang terpamer dari Cerita Hang Tuah dan Badang yang dinaikkkan ketaraf Bangsawan kerana kebolehan dan ketangkasan Mereka.32

PENUTUP

Oleh itu, berdasarkan hujahan diatas jelas mempamerkan bahawa SM bukanlah sebuah karya sejarah dalam erti kata yang sebenarnya kerana jauh terpesong daripada corak penulisan sejarah moden. Namun begitu, masih terdapat beberapa kandungannya yang memperlihatkan 32 Rahman Kaeh ,Sejarah Melayu: Satu perbicaraan kritis. ms.29.

(14)

ciri-ciri sejarah dan berguna dalam membina semula sejarah bangsa Melayu.Malahan, Sejarah Melayu sekurang-kurangnya dapat mempamerkan corak pemikiran masyarakat zaman tersebut.

Mao telah menyiapkan tentera merah dan kesatuan gerila bertindak sebagai tentera nasional yang sejati. Mereka datang dari rakyat dan berjuang untuk rakyat33Tentera rakyat ini disokong dan dilatih rakyat

tanpa belanja oleh pemerintah.-109

BIBLIOGRAFI

Abdul Rahman Haji Ismail .1985. “ Sejarah Melayu: Antara Sejarah dan Dakyah”. Kajian Malaysia, Jil III, No 2: Hal 25-35.

Abdul Rahman Hj Ismail dan Mahani Musa. 2005. “ Zaman Melaka dan Kemunculan Tenaga Politik dan Kenegaraan Baharu”, ms. 69-119. Dalam: Malaysia : Sejarah Kenegaraan dan

Politik. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka .

(15)

Abd.Rahman Kaeh. 1974. Sejarah Melayu, Satu perbicaraan Kritis dari

pelbagai bidang. Kuala Lumpur : Heinemann Edicational Book ltd.

Ali Ahmad. 1987. Karya-Karya Sestera bercorak Sejarah. Selangor: Ampang Press.

Abu Hassan Sham. 1977.Beberapa Aspek Dari Sejarah Melayu.

Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors.

A. Samad Ahmad.2003. Sejarah Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Collingwood R.G. 1985. Idea sejarah.(terj) Muhd yusof Ibrahim. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Herman Susilo. 2005. “ Kesejarahan dan Hubungan Kesejarahan Antara Palembang dan Melaka Pada abad V hingga XV dan asal-usul Parameswara” ms30-37. Dalam: Parameswara Pengasas Empayar Melaka. Disunting oleh Mohd Yusof Hashim .Selangor: Unique Communications.

Haron Daud. 1992.” Pensejarahan Masyarakat Melayu Di Dalam Aspek Kepercayaan dan Pemikiran”. Persidangan Kebangsaan isu-isu Sejarah. 17-18 (ogos): 93-118.

Mohd Supian Sabtu. 2005. “Pengukuhan Melaka oleh Parameswara: Kesan , Perkembangan dan Kronologi Numistik”. ms 45-68. Dalam: Parameswara Pengasas

Empayar Melaka. penyunting Mohd Yusof Hashim .

(16)

Muhd Yusof Ibrahim dan Mahayuddin Haji Yahya. 1998. Sejarah dan Pensejarahan: Ketokohan dan Karya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhd Yusof Hashim. 1997. Ilmu Sejarah : Falsafah, Pengertian dan

Kaedah,. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,

Mustafa Mohd Isa. 1999. Kajian teks Melayu klasik terpilih . Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

P.E. de Josselin de Jong. 1986. “ Ciri Sejarah Melayu”. ms.17-36. Dalam:

sastera sejarah: Interpretasi dan Penilaian. Disunting Zahrah Ibrahim. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Suntralingam R. 1985. Pengenalan Kepada Sejarah. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

Referensi

Dokumen terkait

Lain mukaan viran- omaisen tulee selvittää ja arvioida valmistelemiensa suunnitelmien ja ohjelmien ympäristö- vaikutukset (SOVA), jos niiden toteuttaminen voi

Beberapa peptida bioaktif antioksidan yang bersifat hidrofilik polar yaitu his-ala-his (Kusumaningtyas et al ., 2015), peptida antikolestrol yaitu ser-ala-cys, ser-pro-cys

Pembelajaran competency based training yang diimplementasikan pada mata kuliah kewirausahaan diharapkan mampu menjawab permasalahan pengangguran, paling tidak

sak kit it85 85at ati i da dala la5 5 da dala la5 5 3u 3u5l 5lah ah ba bany nyak ak ba baru ru 5e 5ela lak kuk ukan an sebuah 7engobatan9 7adahal lele yang sudah

Dari hasil uji tersebut diketahui bahwa nilai signifikan lebih kecil dari 0,05 sehingga dapat diketahui bahwa ada perbedaan harga diri lansia setelah diberikan pengajian

Gen ini adalah gen pertama sama telah berhasil dilakukan kloning gen NPHS1 yang dihubungkan dengan sindrom nefrotik pada dan NPHS2 yang menyandi protein nefrin dan

Berdasarkan penelitian tindakan kelas yang telah dilakukan, dengan menerapkan model pembelajaran kooperatif tipe scrambleuntuk meningkatkan kerjasama siswa di

kelompok terdiri dari 3 ekor. Dimana setiap kelompok dipisahkan dalam kandang yang berbeda,, kemudian mencit dipelihara dan diamati selama 5 hari dengan pemberian makan dan