• Tidak ada hasil yang ditemukan

Konsep Bilik Darjah Yang Mesra Budaya

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Konsep Bilik Darjah Yang Mesra Budaya"

Copied!
9
0
0

Teks penuh

(1)

Konsep Bilik Darjah Yang Mesra Budaya

Sebelum membincangkan dengan lebih lanjut dan mendalam, pokok utama yang perlu diketahui atau difahami adalah mengenai maksud sebenar tentang perkara yang menjadi tunjang kepada persoalan tersebut. Terdapat tiga tunjang yang dikenalpasti dalam perbincangan ini, iaitu :

1. Bilik darjah Bilik darjah seharusnya tempat yang paling seronok bagi murid-murid. Bilik darjah secara umumnya boleh didefinisikan sebagai satu ruang di mana murid-murid akan menjalani rutin belajar atau menerima seberapa banyak input yang berguna sebagai persediaan menjadi insan yang cemerlang. Di sini juga, kebanyakkan pembelajaran berlaku secara formal (rasmi). Namun, tidak dinafikan juga pembelajaran secara informal (tidak rasmi) juga berlaku.

2. Budaya Tunjang kedua pula ialah budaya. Terdapat beberapa pendapat yang dapat memberi gambaran secara jelas mengenai definisi budaya. Antaranya ialah :

“Budaya dapat ditakrifkan sebagai tamadun atau peradaban. Ia juga bermaksud kemajuan fikiran atau akal budi (cara berfikir dan berkelakuan).”

(Kamus Dewan Edisi ke-3 1996 : 180) “Budaya berasal daripada budi dan daya. Dua perkataan itu dirangkumkan menjadi budaya. „Bu‟ membawa erti asli, pertama, sejati dan yang dipandang sempurna, menyenangkan, bahkan dimuliakan. „Daya‟ mengandungi erti akal, jalan fikiran, ciptaan atau bikinan dan yang seumpamanya.”

(Asmad, 1990) 3. Konsep bilik darjah yang mesra budaya Sebagai seorang guru, sudah menjadi kemestian bagi kita untuk mengkaji terlebih dahulu latar balakang murid-murid. Di dalam sebuah bilik darjah mengandungi murid yang pelbagai latar belakang atau budaya dan melalui perbezaan ini akan mempengaruhi tingkah laku mereka. Setiap murid bukan sahaja berbeza dari segi individu seperti dari segi jantina,

keistimewaan dan cara pembelajaran yang tertentu, tetapi mereka juga berbeza dari segi nilai, sikap, tingkah laku dan kebolehan yang mungkin dipengaruhi oleh latar belakang dan budaya masing-masing. Pendidikan berbilang budaya ialah salah satu pendekatan pendidikan yang diusahakan untuk mencapai kesaksamaan peluang pendidikan dengan mengambil kira keperluan murid yang berbeza dari segi individu dan budaya. Masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. Oleh itu, seorang guru harus peka dengan kepercayaan dan amalan sosio-budaya yang berbeza dalam kalangan muridnya.

Persekitaran bilik darjah yang mesra budaya merupakan salah satu faktor yang boleh meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Secar ringkasnya, guru harus peka kepada perbezaan ini supaya tiada murid daripada golongan yang tertentu berasa tersisih disebabkan

ketidakprihatinan terhadap keperluan mereka. Keadaan ini juga dapat mempengaruhi cara murid berkomunikasi dan memahami dunia di sekeliling mereka.

(2)

UNIT 1

BUDAYA DALAM PEMBELAJARAN ( Pembinaan Persekitaran Bilik Darjah yang Mesra Budaya)

Sinopsis

Modul ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang beberapa tajuk yang berkaitan dengan pembinaan bilik darjah yang mesra budaya. Ini merangkumi tajuk yang terdiri daripada pengurusan fizikal dan sosio-emosi bilik darjah yang mesra budaya. Di samping itu, pelajar diberi pendedahan mengenai interaksi dan cara hubungan yang sesuai antara pelajar dalam bilik darjah yang terdiri daripada pelajar berbagai kelompok etnik. Tajuk tentang pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai untuk mengajar pelajar pelbagai budaya. Di samping itu, unit ini juga membincangkan pedagogi relevan budaya dan kepelbagaian budaya serta kelas bercantum yang sering terdapat di kawasan yang terpencil atau pedalaman. Aspek-aspek sosiolinguistik juga dibincangkan untuk menyesuaikan pelajar kepada situasi tertentu. Akhirnya, pelajar diberi pendedahan mengenai penilaian berasaskan budaya supaya pelajar dapat melengkapkan diri untuk berdepan dengan pelajar pelbagai budaya. Berbekalkan pengetahuan sedemikian, pelajar akan lebih bersedia mewujudkan satu persekitaran pembelajaran yang mesra budaya

Hasil Pembelajaran

Mentakrif konsep, tujuan dan komponen-komponen fizikal dalam pengurusan persekitaran fizikal untuk mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya

Menerangkan peranan dan tanggungjawab guru dalam mewujudkan bilik darjah yang mesra budaya Melakar pelan lantai fizikal bilik darjah yang mesra budaya

Menjelaskan konsep, kepentingan, perkembanagan dan strategi pengurusan sosio-emosi dalam bilik darjah pelbagai budaya

Menjelaskan kepentingan memahami hubungan etnik dan mencadangkan cara-cara yang sesuai dalam mewujudkan hubungan yang baik dalam kalangan pelbagai etnik

Mengenalpasti konsep dan ciri-ciri pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan Menjelaskan aspek-aspek penting dalam pengurusan pengajaran dan pembelajaran

Mengenalpasti konsep, tujuan dan ciri-ciri pedagogi relevan budaya

Membincangkan kaedah dan teknik yang boleh digunakan dalam pedagogi relevan budaya 10. Menerangkan latar belakang, konsep, ciri-ciri dan kepentingan kelas bercantum

11. Mengelola ,menguruskan dan melaksanakan kelas bercantum yang memenuhi hasrat dan tujuan kelas bercantum

Mentakrifkan maksud penilaian berasaskan budaya

Menghuraikan ciri-ciri dan aspek-aspek diambil kira dalam penilaian berasaskan budaya TOPIK 1

KONSEP DAN TUJUAN PERSEKITARAN FIZIKAL BILIK DARJAH YANG MESRA BUDAYA

Sebelum kita bermula, fikirkan tentang persekitaran fizikal bilik darjah. Mengapa guru perlu menyusunkan bilik darjah sebegitu rupa? Apakah aspek-aspek yang perlu diambil kira apabila ingin menyusunkan bilik darjah anda? Bagaimana anda dapat mewujudkkan sebuah bilik darjah yang mesra budaya. Mari kita sama sama membincangkan ciri-ciri fizikal yang perlu diberi perhatian dalam mewujudkan suasana bilik darjah yang mesra budaya.

1.1 Konsep dan Tujuan Pengurusan Persekitaran Fizikal Bilik Darjah

Konsep pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah yang mesra budaya adalah amat penting dalam pengajaran dan pembejaran dalam abad yang mencabar ini dan lebih-lebih lagi melibatkan

(3)

murid-murid dari pelbagai latar belakang etnik. Konsep pengurusan fizikal harus melewati bukan hanya dari aspek kemudahan prasarana serta kemudahan fizikal sahaja namun hasil dari pengurusan persekitaran fizikal dapat mewujudkan satu suasana serta iklim pembelajaran yang kondusif dengan mengambil kira keunikan perspektif dari pelbagai latar belakang budaya dan sosial.

Pengurusan persekitaran fizikal bilik darjah telah di rumuskan oleh Fred Steele(1973) sedemikian “ the effects of physical setting in a classroom is a setting for social interaction, symbolic

identification, growth, security,shelter and pleasure”. Kenyataan yang diutarakan oleh Steele (1973) disokong oleh Lambert (1994) yang menyatakan bahawa aspek persekitaran fizikal seperti dengan siapa dan di mana pelajar duduk dapat membantu dalam interaksi antara mrurid dari latar belakang lingustik dan kebudayaan yang berbeza.

Kriteria-kriteria Fizikal Umum Untuk Mewujudkan Persekitaran Bilik Darjah yang Mesra Budaya 1) Aspek Fizikal :-

· Terdapat meja dan kerusi yang sesuai dengan murid dan boleh diubah suai mengikut keperluan aktiviti.

· Mempunyai pencayaan dan pengudaraan yang baik.

· Mengecat dinding dengan warna - warni yang ceria dan lembut. · Memasang langsir dengan warna yang ceria, terang dan lembut. · Melukis mural diswekitar kelas.

· Keselamatan yang terjamin seperti pelan kebakaran dan pemadam api.

Berhenti dan Reflek

Pembelajaran dalam persekitaran fizikal yang mesra budaya akan merangsang pelajar untuk menimba ilmu secara berkesan. Bagaimana anda dapat melakarkan pelan bilik lantai yang anda fikir “ mesra budaya”?

2) Sudut-Sudut Pembelajaran:-

Dalam bilik darjah, terdapat pelbagai sudut pembelajaran dan aktiviti yang dapat membantu perkembangan intelek murid seperti sudut boneka, kognitif, kinestetik serta sudut kreativiti dan sebagainya. Di samping itu, terrdapat sudut-sudut bacaan seperti buku cerita dan majalah pendidikan dan sudut multimedia seperti komputer, televisyen dan multimedia.

1.2 Kriteria-kriteria Fizikal Spesifik Untuk Mewujudkan Persekitaran Bilik Darjah yang Mesra Budaya

1) Aspek Fizikal:-

· Menyusun atur tempat duduk semula murid-murid dalam bilik darjah supaya terdapat kesamarataan taburan di antara murid-murid dari pelbagai kumpulan etnik dan tidak hanya satu kumpulan etnik dikelompokkan dalam satu kumpulan. Apabila ada perbincangan kumpulan atau aktiviti-aktiviti kumpulan ahli-ahli kumpulan akan terdiri dari pelbagai kaum etnik. Secara tidak langsung kepelbagaian kumpulan etnik dalam satu-satu kumpulan secara tidak langsung dapat mewujudkan serta memupuk satu suasana mesra budaya secara tidak langsung.

· Aktiviti mengecat dinding dengan melukis mural -mural biasanya dilakukan oleh guru kelas sendiri atau beberapa murid yang menjadi pembantunya. Adalah sesuai sekiranya tema lukisan mural berkisar mengenai perayaan-perayaan serta kebudayaan perihal pelbagai kaum etnik di negara ini. Aktiviti sedemikian juga merupakan salah satu aktiviti yang sesuai yang boleh dilakukan oleh murid-murid dari pelbagai latar belakang kumpulan etnik supaya dapat memupuk perasaan kekitaan dalam kalangan mereka. Perbincangan serta persediaan untuk lukisan mural secara tidak langsung akan dapat memupuk nilai serta belajar untuk bertoleransi dan bekerjasama. Secara tidak langsung guru telah berjaya secara tidak langsung untuk memujudkan persekitaran mesra budaya.

· Ruang untuk bekerja adalah penting untuk memupuk nilai kerjasama dan tolong menolong antara murid dari pelbagai latarbelakng dan budaya. Tugasan yang di berikan oleh guru dapat di bincang diruang ini; di mana secara tidak langsung Ali, Kumar serta Kim Moi dapat berbincang untuk mendapatkan jawapan atau fakta untuk tugasan mereka. Keberkesanan konsep ruang bekerja atau

(4)

“work space” ini disokong oleh Woolfolk (2001) yang menyatakan sedemikian bahawa “ the physical environment of the classroom such as use of space, classroom setting and cocial dimensions interact to shape classroom culture”

2) Sudut-Sudut Pembelajaran dan Bacaan:-

· Selain daripada sudut-sudut yang biasa guru juga boleh mewujudkan sudut baru seperi sudut budaya, sudut sejarah dan sudut patriotik. Sudut-sudut ini dapat mendedahkan murid-murid kepada pelbagai agama, adat resam, kebudayaan serta kepercayaan dari pelbagai kaum etnik di negara ini. Secara tidak langsung murid-murid dapat memupuk nilai-nilai murni seperti sabar, toleransi serta hormat-menghormati yang merupakan komponen penting untuk mewujudkan perpaduan kaum . Guru juga boleh menyediakan pelabagai aktiviti - aktivti multimedia atau interaktif di setiap sudut

pembelajaran tersebut untuk menarik minat murid-murid. Contohnya di sudut budaya ini Ali dapat mengetahui tentang kebudayaan serta agama Samy dan sebaliknya agar terdapat satu pemahaman yang jelas dan tidak prasangka agar tidak menyentuh isu-isu sensitif serta menjaga sensitiviti sesuatu kaum etnik. Begitu juga dengan murid-murid dari Sabah dan Sarawak. Tindakan mewujudkan sudut-sudut pembelajaran disokong oleh Morrow dan Weinstein (1982) yang menyatakan sedemikian “keep in mind to include a literacy center in your classroom to allow pupils to explore, investigate and discover knowledge”.

· Guru juga harus mewujudkan sudut-sudut sejarah dan patriotik; di mana sudut-sudut ini akan meyedarkan murid-murid betapa pentingnya perpaduan antara kaum-kaum dari pelbagai latar belakang etnik untuk mewujudkan sebuah negara yang aman dan makmur. Secara tidak langsung ini akan mewujudkan satu suasana mesra budaya dalam bilik darjah.

· Selain daripada sudut-sudut pembelajaran, guru juga boleh menyediakan sudut bacaan di mana bahan bacaan adalah terdiri dari buku-buku atau risalah-risalah dari Sabah dan Sarawak atau sebaliknya yang mengandungi informasi mengenai sesuatu kaum atau kumpulan etnik.

· Sudut pembelajaran elektronik adalah penting; di mana murid dari pelabagi latar belakang etnik dapat menggunakan perisian “software” yang di sediakan oleh guru seperti aktiviti interaktif dan multimedia untuk dapat melaksanakan tugasan dalam kumpulan. Semasa membuat tugasan murid-murid dapat memupuk serta menghayati nilai-nilai seperti bekerjasama, tolong menolong serta toleransi.

Selepas kita telah dan fahami konsep dan tujuan pengurusan fizilkal bilik darjah cuba anda bincang dengan rakan anda, Apakah ciri-ciri persekitaran fizikal spesifik selain daripada yang telah dinyatakan di atas dapat mewujudkan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya ?

Pergi ke perpustakaan terdekat untuk mencari rujukan mengenai persekitaran fizikal yang mesra budaya. Dengan melengkapkan diri dengan bahan bacaan, sila jawab soalan berikut:

Selepas berbincang, sila senarai ciri-ciri persekitaran fizikal bilik darjah yang spesifik selain daripada yang tersenarai di atas?

1. ____________________________________________________________ ____________________________________________________________ 2. ____________________________________________________________ ____________________________________________________________ 3. ____________________________________________________________ ____________________________________________________________ 4. ____________________________________________________________ ____________________________________________________________ 5. ____________________________________________________________ ____________________________________________________________

(5)

1.3 Peranan guru sebagai „Physical Enviroment Designer‟.

Sekiranya anda hadapi murid anda daripada pelbagai budaya, nescaya anda perlu mengambil perhatian terhadap kepelbagaian / perbezaan individu dalam bilik. Apakah ciri-ciri yang perlu ada pada seorang guru yang berperanan sebagai „Physical Enviromet Designer‟ agar dapat mewujudkan satu persekitaran yang mesra budaya? Antara ciri-ciri yang perlu diambil perhatian termasuk: · Perlu mengetahui latar belakang murid terlebih dahulu

· Perlu faham dengan mendalam perasaan setiap murid · Mengkikis pra sangka

· Perlu mengetahui latar belakang kebudayaan, agama dan adat setiap murid dengan mendalam.

Berhenti sejenak dan semak kefahaman anda

Apakah peranan anda sebagai guru dalam mereka cipta sebuah bilik darjah yang mesra budaya ? Berbekalkan pengalaman anda, Cuba anda lakar sebuah pelan lantai bilik darjah yang kondusif supaya dapat mewujudkan sebuah bilik darjah yang mesra budaya? Apakah bentuk pelan lantai yang anda akan gunakan dalam setting di bilik darjah anda ? Adakah anda akan menggunakan kenis tradisional, jenis ladam kuda, separa bulatan atau jenis yang berbentuk modular untuk mewujudkan satu enviromen yang mesra budaya ?

Latihan

1. Berdasarkan kepada pengalaman anda sebagai guru, apakah ciri-ciri utama yang perlu diberi perhatian dalam mewujudkan sebuah bilik darjah yang mesra budaya?

2. Buat refleksi pengalaman anda melakarkan bilik darjah di atas.

1.4 Rumusan

· Pengurusan fizikal harus mengambil kira bukan sahaja kemudahan prasarana serta kemudahan fizikal tetapi hasil dari pengurusan persekitaran fizikal dapat mewujudkan satu suasana serta iklim

pembelajaran yang kondusif dengan mengambil kira keunikan perspektif dari pelbagai latar belakang budaya dan sosial.

· Susunatur bilik darjah harus memberi perhatian kepada cara susunan tempat duduk pelajar harus samarata dari segi kumpulan etnik

· Sudut –sudut pembelajaran dan bacaan dalam bilik darjah perlu mengambil kira bahan bacaan pelbagai kumpulan etnik, mural sesuai dengan semua bangsa dalam kelas.

· Guru perlu berperanan dalam mengetahui latar belakang pelajar, dan kepelbagaian perbezaan individu pelajar apabila mengatur dan melakarkan pelan bilik darjah serta letaknya sudut-sudut pembelajaran supaya mesra budaya

(6)

Cikgu Semasa

Dulu, Kini dan Insyaallah Selama-lamanya Cikgu

Carilah ilmu walau di mana jua kita berada dan kemudian sampaikanlah pula kepada orang lain kerana apabila kita mati kelak, tiada apa yang dapat membantu kita, melainkan 3 perkara dan salah satu darinya adalah ilmu yang diperoleh,diguna dan dimanfaatkan pula oleh orang lain...Selamat...

Sunday, 15 May 2011

Budaya: Bab 5 Pembinaan Persekitaran Bilik Darjah Yang Mesra

Budaya

PEMBINAAN PERSEKITARAN BILIK DARJAH YANG MESRA BUDAYA

1)Perhubungan Antara Kelompok Etnik

Interaksi dua atau lebih budaya yang berbeza.

Implimentasi dalam Pendidikan

Menghayati roh perlembagaan & kontrak sosial

Orientasi sosial bilik darjah

Bahan P&P mengaitkan dengan budaya

Peluang kepada setiap etnik

Isu sensitif

Bangga dengan setiap budaya etnik

2)Pengurusan Pengajaran Dan Pembelajaran

Definisi Pengajaran

Cara-cara yang digunakan untuk menyampaikan bahan pembelajaran.

Hasil daripada pengajaran berlaku perubahan yang relatif kekal dalam

tingkah laku atau pengetahuan hasil daripada pengalaman.

Membentuk pengajaran Yang Mesra Budaya:Sebelum Pengajaran;

Pemilihan tajuk pembelajaran yang berkaitan kepelbagaian budaya

(7)

Permainan Tradisional

Pakaian

Makanan

Kesenian

Aspek Yang Perlu Dipertimbangkan;

Penerapan budaya nilai-nilai murni dalam objektif pembelajaran (afektif)

Penghasilan bahan bantu mengajar yang mampu melibatkan keseluruhan

pelajar

Memastikan bilik darjah dalam keadaan yang baik dan selesa sebelum sesi

pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan

Semasa Pengajaran;

Pemilihan kaedah dan teknik pengajaran yang melibatkan interaksi yang aktif dalam

bilik darjah

Drama

Main peranan/simulasi

Belajar ambil bermain

Menggalakkan aktiviti berkumpulan yang terdiri daripada pelbagai budaya

Sentiasa bersikap adil kepada semua murid tanpa mengira latar belakang.

Memberi pujian dan galakan kepada murid yang baik dan aktif dalam kelas.

Tidak memburuk-buruk dan merendah-rendahkan murid.

idak menyentuh isu-isu sensitif yang mampu mengguris perasaan mana-mana pihak

Menerapkan nilai-nilai murni secara tidak langsung.

Menekankan aspek perpaduan, bertolak ansur dan bekerjasama dalam mengekalkan

keamanan dan kesejahteraan

Menggalakkan murid bertanya dan bersoal jawab serta mempunyai perasaan ingin

tahu yang tinggi

Melaksanakan aktiviti yang memerlukan murid berinteraksi dengan aktif.

Guru menjadi role-model yang terbaik untuk dijadikan teladan. Jangan jadi seorang

anti budaya etnik lain.

(8)

Pelaksanaan peraturan yang dapat membentuk peribadi murid tanpa mengira ras.

Mengenakan tindakan yang sewajarnya kepada murid yang melakukan kesalahan

dengan setimpal tanpa ada driskriminasi ras.

3. Pengurusan Sosio Emosi

Menjadi perangsang bagi membangkitkan & mengekalkan minat murid.

Woolfolk- kuasa dalaman/motivasi.

Gunakan teknik sosiometri oleh Moreno;

SEORANG RAKAN UNTUK BEKERJASAMA

SEORANG RAKAN UNTUK BERMAIN

SEORANG RAKAN YANG DUDUK SEBELAH

SEORANG RAKAN YANG TIDAK MAHU BEKERJASAMA

Guru boleh mengetahui perasaan murid lain terhadap murid lain.

Tujuan;

Kawalan kelas

Mengelakkan pembentukan kelompok kecil

Mengenal pasti murid pilihan ramai

Murid kategori berasingan berhubung.

Ciri Emosi;

Peramah, sayang akan murid & ekspektasi sederhana.

Nada suara

Kesederhanaan

Bersikap kawalan positif

Kepimpinan demokratik

Implimentasi Pengurusan Sosio Emosi

Dorongan positif- pujian & penghargaan.

Menerima kekuatan & kelemahan murid.

(9)

Kebijaksanaan & membangkit naluri ingin tahu murid.

Hubungan positif

Kemahiran menyelesaikan masalah

Suhu motivasi

4. Pengurusan Sosio Linguistik

Sosiolinguistik adalah kajian interdisiplin yang mempelajari pengaruh budaya terhadap

cara suatu bahasa digunakan. (wikipedia)

Interaksi sosial dan bahasa dalam sesuatu budaya.

Bahasa merupakan alat perhubungan dan perantaraan sesuatu budaya.

Sosial merupakan interaksi antara masyarakat

Cara Pembinaan Bilik darjah Yang Mesra Budaya;

Bahasa Melayu dan Inggeris sebagai bahasa penghantar.

Majoriti masyarakat Cina dan India menggunakan Bahasa Inggeris.

Masyarakat melayu menggunakan Bahasa Melayu.

Kedudukan pelajar dalam bilik darjah.

Mempamerkan info mengenai budaya dalam kelas.

Menerapkan nilai kerjasama antara budaya.

Menggunakan pelbagai bahasa semasa interaksi dalam bilik darjah

5. Penilaian Berasaskan Budaya

Aturan kedudukan fizikal kelas dalam kumpulan dengan kaum yang berbeza.

Melakukan aktiviti bersama kaum yang berbeza.

Memperkenalkan adat dan kaum yang ada di Malaysia.

Menerapkan nilai bekerjasama dalam subjek.

Referensi

Dokumen terkait

Pejabat Pengadaan Kegiatan Pengadaan Pakaian Khusus Hari-Hari Tertentu pada Dinas Perikanan Tahun Anggaran 2014, telah melaksanakan Proses Evaluasi Kualifikasi dan Penawaran

method ), pemecahan lebih efsien karena hanya memeriksa sebagian solusi basis layak... BASIC FEASIBLE SOLUTION.. Tambahan:. Mencari Inverse Matriks..

Al- Farabi mengatakan bahwa perbedaan kedua ilmu tersebut ialah ilmu kalam (teologi Islam) menguatkan aqidah dan syari'ah yang dijelaskan oleh pembuat agama (Tuhan dan

Apakah terdapat perbedaan zona hambat antara ekstrak kayu siwak ( Salvadora persica ) dengan ekstrak temulawak ( Curcuma xanthorriza Roxb.) yang masing- masing dibuat dalam

Hasil yang diharapkan dari pelaksanaan Ibm ini berupa: (1) kemampuan para guru SD dalam merancang kurikulum tematik berbasis Nilai-Nilai Kemanusiaan (Human Values) untuk

Pokja ULP akan melakukan verifikasi dalam rangka pembuktian kualifikasi terhadap calon-calon pemenang yang telah ditetapkan dan akan diusulkan kepada Pengguna Jasa untuk

KLIRING PENJAMINAN EFEK INDONESIA CATATAN ATAS LAPORAN KEUANGAN 31 DESEMBER 2003 DAN 2002 SERTA UNTUK TAHUN-TAHUN BERAKHIR PADA TANGGAL TERSEBUT -

Harus memenuhi syarat minimum pendidikan, kualifikasi keahlian/ keterampilan dan pengalaman kerja, khusus untuk Site Engineer, Pelaksana, Estimator dan Petugas K3