• Tidak ada hasil yang ditemukan

Soalan Ulangkaji Edup 3043

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2021

Membagikan "Soalan Ulangkaji Edup 3043"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

BAHAGIAN A (60 markah) - struktur

1. Sebagai pengurus bilik darjah, guru bertanggungjawab menyediakan persekitaran yang teratur serta positif bagi memastikan pembelajaran berkesan.

a. Jelaskan aspek-aspek penting dalam pengurusan bilik darjah Merancang

- Tempat

- Aktiviti dan tugasan yang sesuai Mengelola

- Arahan jelas

- Maklumkan peraturan Mengawal

- Memantau pastikan murid selesa. Membuat refleksi

- Perlu menganalisis dan menilai keberkesanan amalan yang digunakan.

Menjalin hubungan guru-murid

b. Huraikan dengan contoh yang sesuai bagaimana guru dapat menjadi seorang pengurus bilik darjah yang berkesan

2. Hubungan guru dan murid yang baik berupaya memberi pengalaman pembelajaran yang positif dan menyeronokkan bagi murid

a. Jelaskan factor-faktor yang mempengaruhi hubungan guru dn murid di dalam bilik darjah

Penampilan dan bahasa badan guru Menjadi tumpuan murid (berpakaian kemas) Memberi persepsi baik kepada murid

(2)

Tingkah laku guru

Mencerminkan perwatakan guru

Sikap guru yang kasar akan dibenci oleh murid-murid Menggunakan perkataan yang baik dan sesuai Berhemah tetapi tegas

Tunjukkan contoh teladan yang baik

Tunjuk minat supaya murid juga akan minat untuk belajar Sentiasa ceria dan tenang

Mengamalkan komunikasi yang berkesan Ikhlas dalam mengajar

Mengambil berat tentang murid

Persekitaran pembelajaran di dalam bilik darjah Bilik darjah yang kelihatan bersih, ceria dan teratur menarik perhatian murid untuk belajar

bilik yang dilengkapi dengan alat bantu mengajar bilik yang dapat memotivasikan murid

b. Perincikan satu strategi yang boleh membantu guru membina hubungan positif dengan murid pada awal persekolahan

Mengingati nama murid dan memanggil dengan nama masing-masing.

Sebagai seorang guru, kita perlulah berusaha untuk mengenali dan mengingati nama murid-murid bermula dari hari pertama persekolahan. Elakkan memanggil murid dengan menggunakan nombor pendaftaran atau nama-nama ganti diri am,contohnya, ‘awak...’,’kamu...’, atau berdasarkan posisi di dalam kelas contohnya ‘awak yang duduk di belakang sekali...’.

(3)

kebanyakan murd berasa bangga apabila guru mengingati nama mereka. Situasi itu menandakan guru ingat dan mereka wujud dimata guru disamping menunjukkan usaha guru yang bersungunh-sungguh untuk mengenali murid-muridnya. Guru yang mengingati nama murid-muridnya akan lebih cepat menjalankan hubungan dengan murid-muridnya. Hal ini juga dapat menolong guru mengawal tingkah laku murid di dalam kelasnya. Apabila berlaku salah laku guru boleh memanggil nama murid dan menegurnya.

Guru juga menyebut nama murid dengan betul. Sekiranya tidak pasti akan sebutan nama murid itu, beliau perlu mendekati murid tersebut dan bertanya tentang sebutan yang betul. Elakkan daripada menyebut nama dengan salah kerana situasi ini akan mengakibatkan murid tersebut diketawakan atau dijadikan nama gelaran oleh murid-murid yang lain. Perkara ini boleh menyebabkan murid berasa malu dan membenci guru. Guru juga dinasihatkan tidak menunding jari, ‘awak... bangun’, ‘kamu... dengar sini’. Cara ini agak kasar dan tidak membantu dalam membina hubungan guru-murid.

Menanamkan semangat cintakan kelas/bilik darjah

Menanamkan semangat cintakan kelas dalam kalangan murid boleh membangkitkan motivasi intrinsik kepada murid-murid untuk datang ke sekolah. Guru boleh menggunakan strategi-strategi tertentu untuk menjadikan kelas sebagai satu tempat yang seronok untuk menimba ilmu. Guru boleh menanamkan sifat kepunyaan murid terhadap kelas melalui aktiviti-aktiviti yang dilakukan bersama, misalnya mengadakan cogan kata yang melambangkan semangat ahli dalam kelas. Melalui moto kelas, guru membimbing murid untuk mencirikan sifat-sifat yang mereka inginkan untuk kelas mereka.

Guru perlu mempunyai inisiatif dan membimbing murid bukan hanya mengarah dan mengatur. Bincanglah dengan murid-murid cara yang terbaik untuk menjaga keharmonian kelas. Dapatkan idea-idea bersama untuk mencantikkan kelas. Papan-papan kenyataan kelas diisi dengan bahan-bahan yang dipilih bersama murid-murid dan mengadakan giliran untuk sentiasa bertukar ganti bahan-bahan yang dipaparkan mengikut kreativiti murid. Puji dan beri peneguhan kepada usaha yang telah ditunjukkan oleh mereka. Usaha ini perlu berterusan hingga penggal akhir. Tanamkan sikap bangga dengan kelas hasil daripada usaha mereka sendiri. Rasa kepunyaan terhadap kelas boleh menghasilkan suasana kelas yang harmonis dan

(4)

membangkitkan semangat setiakawan dan kepunyaan antara murid-murid dan guru-murid.

Tunjukkan Keprihatinan

Guru mengambil berat dan prihatin terhadap keperluan murid-muridnya akan membantu beliau menjalinkan hubungan yang baik dengan murid-muridnya. Sikap guru ini juga akan menjadi contoh yang baik kepada murid-murid untuk menjadi seorang yang prihatin terhadap orang di persekitarannya. Guru perlu menunjukkan keikhlasan dalam menunjukkan keprihatinan. Elakkan daripada bersikap berat sebelah dengan hanya memberikan perhatian kepada kelompok-kelompok murid yang tertentu sahaja. Berilah perhatian sama rata kepada semua murid. Muris-murid dapat mengetahui sama ada seseorang guru itu mengambil berat atau tidak.

Guru perlu mengetahui latar belakang dan personaliti murid. Kadangkala murid-muris malu untuk bersemuka dengan guru. Oleh itu, guru perlu tahu cara yang sesuai untuk mengenali latar belakang murid-muridnya. Guru boleh membuat semakan butir-butir peribadi melalui rekod yang disimpan. Guru juga boleh bertanya kepada guru terdahulu yang pernah mengajar murid-muridnya. Adalah penting untuk seseorang guru mengetahui personaliti anak didiknya. Guru boleh memberi murid-muridnya ujian personaliti yang ringkas supaya guru boleh mendapat gambaran awal tentang perawakan murid-muridnya. Selain itu, guru boleh membuat pemerhatian sendiri terhadap anak muridnya. Settelah mengetahui sedikit sebanyak tentang personaliti anak-didiknya, guru boleh menggunakannya untuk mendekati dan memahami murid dan seterusnya membantu mereka sekiranya mereka menghadapi masalah akademik, sosial dan emosi.

Kadangkala, murid-murid malu dan segan untuk meluahkan masalah dan perasaan kepada guru secara bersemuka. Guru boleh menggunakan pelbagai cara yang lain. Contohnya, aktiviti mrnghantar surat kepada guru atau menulis jurnal harian dan dihantar secara peribadi kepada guru. Selain itu, guru boleh menggunakan kemudahan teknologi. Guru boleh menyuruh murid menghantar e-mail kepada guru untuk menceritakan kisah atau masalah peribadinya.

Luangkanlah masa untuk membaca dan mendengar isi hati murid. Keprihatinan guru mendengar dan mengambil berat tentang diri murid menolong membina hubungan baik antara guru dengan murid. Murid yang rapat dengan guru dapat membantu menghindarkan murid daripada terjebak dalam masalah peribadi dan disiplin

(5)

3. Masalah disiplin boleh dilihat sebagai keadaan atau tingkahlaku yang menunjukkan ketidakpatuhan kepada peraturan atau nilai yang diterima oleh masyarakat. Masalah seperti disruptif, kurang memberi perhatian dan tidak membawa buku ke kelas adalah antara masalah disiplin yang berlaku dalam bilik daraja di sekolah rendah.

a. Nyatakan factor-faktor yang mungkin menyebabkan masalah disiplin tersebut di dalam bilik darjah

kebosanan, guru telah gagal menyediakan aktiviti yang menarik, mencabar dan sesuai dengan tahap pencapaian pelajar

pelajar tidak mampu menyiapkan kerja yang diberi oleh guru kerana terlalu sukar, kurang jelas dan penggunaan bahasa yang tidak sesuai serta tempoh masa bagi aktiviti adalah terlalu lama

pengurusan guru adalah lemah, contohnya bahan bantu visual tidak berfungsi dan terlalu banyak halangan yang mengganggu kelancaran pengajaran

keliru dengan ekspektasi guru, guru tidak memberitahu secara jelas dan eksplisit tentang apa yang diinginkan daripada pelajar.

Interaksi rakan sebaya, perbualan atau tingkah laku tidak diingini dan gangguan dari luar sekolah kedengaran dalam bilik darjah

Harga kendiri akademik rendah, dimana murid kurang yakin pada diri sendiri.

b. Kemukakan bagaimana seseorang guru boleh mengurangkan masalah disiplin yang tersebut dalam bilik darjah

Tiga cara menangani masalah disiplin akan dibincangkan secara ringkas iaitu amaran konstruktif, hukuman dan pencegahan salah laku.

(a) Amaran Konstruktif

Apa yang anda faham dengan amaran konstruktif? Bilakah ia di gunakan? Amaran ini digunakan apabila tingkah laku yang tidak diingini mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Walau bagaimanapun keberkesanan tindakan ini bergantung kepada apa yang diperkatakan dan cara bagaimana ia disampaikan. Baca dan teliti prosedur amaran seperti berikut.

 Dapatkan perhatian pelajar dan tegaskan bahawa ini adalah satu amaran

(6)

 Jelaskan tindakan yang disediakan bagi pelajar yang tidak memberi kerjasama

 Amaran perlu ringkas

 Teruskan pengajaran serta memberi pujian kepada pelajar yang memberi kerjasama

 Beri pujian kepada pelajar yang bermasalah apabila ia menunjukkan perubahan tingkah laku

 Beri pelajar hanya satu amaran sahaja (b) Hukuman

Tahukah anda bahawa respon yang seringkali diberikan kepada tingkah laku negatif merupakan satu hukuman? Mengejutkan tetapi benar. Respon berbentuk negatif merangkumi tindakan tata tertib seperti amaran lisan, mengherdik dan memaparkan nama serta salah laku pelajar. Hukuman ialah seperti menarik balik keistimewaan, mengasingkannya dari pelajar lain, memecat pelajar dari jawatan yang disandang, menambah beban tugas, digantung persekolahan dan sebagainya. Hukuman mungkin menghalang pembelajaran (Englander, 1986), gagal mendidik pelajar cara-cara mempelbagaikan tingkah laku dan mungkin juga tidak dapat menghasilkan perubahan pada tingkah laku. (Emmer & Aussiker, 1987).

(c) Pencegahan Salah Laku

 Memahami Dinamika Bilik Darjah

Semua tingkah laku membawa makna sosial yang hanya dapat difahami dalam konteks sosial tertentu. Adalah penting bagi guru menangani masalah tingkah laku dengan melibatkan semua pelajar dari kelas tersebut. Dengan memerhatikan perhubungan pelajar dengan rakan-rakan sekelasnya yang lain dapat membantu anda mencari punca dan matlamat masalah tingkah laku yang ditunjukkan dan bagaimana rakan sebayanya dapat sama-sama menyelesaikan masalah ini.

Rakan sebaya dapat mempengaruhi atau membendung tingkah laku dengan lebih berkesan dibandingkan dengan guru sendiri. Memahami dinamika bilik darjah merupakan kemelut bagi sebarang langkah pembetulan untuk menangani masalah pelajar.

 Pengajaran Berkesan Mencegah Masalah Disiplin Di Dalam Bilik Darjah

Kebanyakan masalah disiplin dalam bilik darjah timbul adalah berpunca daripada pengajaran dan aktiviti pengurusan bilik darjah yang tidak berkesan. Strategi pengajaran yang tidak terurus dan penggunaan bahan

(7)

bantu mengajar yang tidak berkesan akan menyebabkan murid hilang minat dan bertukar kepada tingkah laku bermasalah.

Guru perlu merancang pengajaran dan pembelajaran dengan sistematik, menggunakan kaedah dan teknik berpusatkan pelajar untuk menarik perhatian dan melibatkan mereka dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Bahan bantuan mengajar perlu dapat merangsang minat pelajar terhadap pembelajaran.

 Susun Atur Tempat Duduk

Sebagai seorang guru, anda bertanggungjawab untuk menyusun atur tempat duduk pelajar anda. Bagaimanakah caranya? Atur tempat duduk supaya membolehkan anda memerhati dan memudahkan pergerakan untuk mendekati pelajar. Buat kontak mata dengan pelajar sama ada semasa pengajaran atau apabila berkomunikasi dengan kelas atau pun dengan individu. Adakah ini menjadi amalan anda?

 Prihatin terhadap pelajar

Adalah penting untuk anda membuat tinjauan seluruh bilik darjah dari masa ke semasa untuk memerhatikan sama ada pelajar mengalami masalah dengan tugasan mereka atau memerlukan bantuan anda. Jika keadaan ini berlaku, beri sokongan anda supaya mereka akan teruskan dengan kerja masing-masing. Guru juga perlu menunjukkan keprihatinan terhadap perkembangan pelajar sama ada besar atau kecil. Di sini jelas diperhatikan bahawa sentuhan peribadi adalah lebih berkesan berbanding dengan memanggil nama pelajar.

 Mengurus disiplin.

Selain keberkesanan persekitaran positif yang dicipta, dan implimentasi pelbagai teknik pengajaran dalam bilik darjah, terdapat tingkah laku mengganggu murid yang tidak dapat dielakkan. Oleh itu, guru perlu mempunyai satu himpunan kaedah yang baik untuk mengurus disiplin dalam bilik darjah:

i. Urus rutin bilik darjah dengan berkesan

ii. Bina hubungan rakan sebaya yang sihat melalui aktiviti kolaboratif dalam dan luar bilik darjah

iii. Bina persekitaran pembelajaran yang boleh memberi sokongan dan pertimbangkan perbezaan individu murid dalam situasi pengajaran dan pembelajaran

iv. Ingatkan murid tentang akibat salah laku.

(8)

vi. Libatkan murid dalam aktiviti pengajaran

vii. Amalkan pengurusan masa yang bijak dan uruskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan cekap dan berkesan.

4. Ahmad seorang siswa pendidik yang akan menjalani latihan praktikum di salah sebuah sekolah rendah tidak lama lagi. Sebelum menjalani latihan praktikum, dia telah mengambil inisiatif membuat pelan perancangan untuk mewujudkan bilik darjah yang berkesan agar murid-muridnya dapat belajar dalam persekitaran bilik darjah yang kondusif.

a. Nyatakan ciri-ciri bilik darjah berkesan yang perlu dipertimbangkan oleh Ahmad semasa membuat perancangan pengurusan bilik darjah

Suasana demokratik di dalam bilik darjah

Guru perlu mengambil tanggungjawab sebagai pendidik dan fasilitatorMenimbulkan persekitaran saling mempercayai dan saling menghormati

Guru mesti percaya setiap murid mempunyai kebolehan untuk mencapai kejayaan

Guru patut menunjukkan contoh dan teladan yang baik untuk diikuti

Jadikanlah bilik darjah sebagai tempat yang seronok dan selamat untuk murid-murid

Guru menunjukkan rasa kecintaan dan semangat yang tinggi untuk mengajar dan mendidik murid-murid

Pembelajaran berasaskan individuMempunyai semnagat kekitaan

(9)

b. Jelaskan komponen pelan pengurusan yang perlu diambil kira oleh Ahmad bagi memastikan bilik darjah yang berkesan

Komponen pengajaran - Rancang

Corak komunikasi yang digunakan – autoritik , demokratik/bebas

Bagaimanakah mengetahui pengetahuan sedia ada murid /kesediaan belajar

Corak dan strategi yang digunakan

Bagaimanakah mendapatkan perjalanan pengajaran yang lancer

- Susun

Setiap perkara dirancang mengikut keutamaan – tetapkan kepentingan

- Praktik

Terangkan kepada murid-murid rancangan pengajaran anda dan gaya mengajar anda mengikut keutamaan yang telah ditetapkan

Komponen Pencegahan

- Rancang

Buat senarai rutin dan peraturan terbaik

Tetapkan rutin tetap dan boleh bertolak ansur

Bayangkan senario bagaimana anda akan latih murid menguasai rutin/peraturan tersebut

Tuliskan langkah bagaimanakah untuk mengaplikasikan rutin tersebut

- Susun

(10)

- Praktik

Jalankan rutin dan peraturan yang telah dirancang

Tampal rutin dan peraturan yang telah dibincangkan

Komponen Pembetulan - Rancang

Strategi pembetulan yang akan digunakan

Strategi untuk tingkah laku mengganggu

Strategi untuk mengawal tingkah laku

Strategi untuk tingkah laku yang melampau

Rancang strategi yang ringkas

Tentukan akibat yang akan dikenakan

- Susun

Strategi disusun mengikut komponen/kategori salah laku

- Praktik

Bincangkan strategi dan akibat yang akan digunakan

Murid mendapat mesej jelas – modifikasi tingkah laku

Komponen Persekitaran fizikal

- Rancang

Susun atur meja – Menyokong pembelajaran P&P

Pelan susunan fleksibel – panduan diberikan

Ruang – cara melibatkan murid

Elemen kebersihan , keselamatan, udara dan cahaya

- Susun

(11)

Perancangan yang ditetapkan guru dan perbincangan murid

 Praktik

 Perkenalkan susun atur kedudukan murid Tunjukkan cara penggunaan ruang

Demonstrasi – penjagaan ruang yang betul

BAHAGIAN B (40 markah) - esei

1. Guru perlu memberi perhatian yang serius terhadap keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjahnya agar dapat memastikan hasrat system pendidikan Malaysia tercapai.

Berdasarkan pernyataan di atas, bincangkan bagaimana seorang guru boleh menjadi efektif.

Kompetensi Pengajaran dan Pembelajaran

o Kandungan mata pelajaran o Strategi pengajaran

o Kemahiran penentuan matlamat dan perancangan pengajaran

o Kemahiran pengurusan bilik darjah o Kemahiran motivasi

o Kemahiran mendidik murid. o Mahir dalam subjek yang diajar. o Tahu topik senang atau susah. o Kemahiran memilih teknik, kaedah. o Mahir guna teknik menyoal.

o Kemahiran membuat penilaian. o Kemahiran komunikasi

(12)

2. Seorang guru Matematik yang mengajar kelas Tahun Dua telah menjalankan aktiviti kumpulan di dalam bilik darjah. Semasa aktiviti kumpulan dijalankan, seorang muridnya sering tidak duduk dalam ahli kumpulannya. Dia suka bergerak ke temapt duduk di sebelah rakannya walaupun telah beberapa kali ditegur.

Dalam kumpulan itu pula, murid tersebut dan rakan-rakannya didapati gemar berbual-bual. kelas menjadi agak riuh rendah kerana murid-murid dalam kumpulan tersebut mula bercakap dan beregrak dari satu tempat ke tempat yang lain semasa menyiapkan tugasan mereka. Guru ini juga mendapati murid-muridnya cuba menyelesaikan tugasan yang diberikan tanpa berbincang dengan ahli kumpulan. Terdapat juga murid yang meniru hasil kerja rakannya untuk menyiapkan tugasan mereka. Pada akhir pelajaran, guru mendapati tidak semua murid menghantar tugasan mereka.

berdasarkan kes di atas, cadangkan bagaimana guru dapat mengatasi masalah disiplin dengan mengaplikasi model pengurusan disiplin bilik darjah yang sesuai.

3. Modifikasi tingkahlaku murid merupakan satu intervensi yang berkesan untuk menguruskan tingkahlaku murid di dalam bilik darjah.

Bincangkan bagaimana guru mengajar murid menggunakan modifikasi tingkahlaku bagi membantu mengurus tingkahlaku mereka.

1. PENEGUHAN

Terdapat dua jenis peneguhan iaitu peneguhan negatif dan peneguhan positif. Peneguhan positif ialah, proses di mana guru akan cuba mengawal tingkah laku murid dengan motivasi,

(13)

hadiah, ganjaran, sentuhan serta kata-kata perangsang yang dapat membaiki atau mengubah tingkah laku murid-muridnya. Terdapat dua ganjaran peneguhan positif iaitu, ganjaran primer (susu, makanan, gula), ganjaran terlazim ( bintang, token, markah tinggi, penerimaan sosial dan sentuhan, perkataan (lisan dan bertulis), permainan dan aktiviti, ekspresi dan wajah guru (muka atau badan).

Terdapat beberapa contoh peneguhan positif yang boleh digunakan oleh guru untuk murid-murid. Antaranya, murid disuruh untuk menjadi pembantu guru seperti membantu guru memungut buku latihan selepas tamat waktu, diberi masa rehat selama lima hingga 10 minit untuk melakukan aktiviti bebas iaitu murid bebas membuat aktiviti yang mereka suka namun bukan melakukan perkara yang negatif, murid diberi masa untuk belajar di perpustakaan dan tidak hanya belajar di dalam bilik darjah. Kemudian, guru menulis satu nota pujian daripada guru kepada ibu bapa murid serta murid diberi peluang untuk menjadi ketua dalam melakukan aktiviti berkumpulan.

Jika peneguhan positif tidak berkesan, maka guru boleh menggunakan peneguhan negatif untuk mengawal tingkah laku murid seperti denda, memarahi murid, atau menyuruh mereka menjalani ’times out’. Jikalau peneguhan ini masih tidak berkesan, maka guru perlu menggunakan hukuman disiplin yang lebih kuat seperti denda dan merotan. Selain itu, guru perlu memuji murid-muridnya dan memberitahu bahawa dia menyukai mereka tetapi hanya tidak suka tingkah laku negatif mereka sahaja. Diharapkan dengan pujian ini, murid dapat berfikir dan berubah untuk tidak melakukan perkara negatif.

2. DENDAAN

Semua hukuman denda perlu dimaklumkan kepada murid dan pihak sekolah mesti menentukan bahawa sesuatu hukuman itu betul-betul dilaksanakan dan mengikut prosedur yang ditetapkan. Terdapat beberapa dendaan yang boleh dilaksanakan di sekolah seperti, dimarahi oleh guru, diberikan amaran apabila melakukan kesalahan, mengenakan hukuman yang dibayar dengan membuat kerja di sekolah seperti mengutip sampah dan mencuci tandas. Seterusnya, “times out” sama ada dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah dan menghantar murid ke bilik guru besar jika tidak mengikut arahan oleh guru. Tambahan lagi, ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang bermasalah tingkah laku dikehendaki ke sekolah untuk membincangkan masalah anak mereka.

Tujuan mengenakan adalah untuk menghentikan tingkah laku negatif tersebut. Skinner berpendapat bahawa denda hanya boleh membawa kesan dalam tempoh yang singkat sahaja. Selepas itu, tingkah laku yang tidak diingini biasanya akan berulang lagi. Murid yang

(14)

didenda, kerana tidak boleh menguasai setengah-setengah kemahiran matematik, mungkin akan menimbulkan sikap kebencian terhadap pembelajaran matematik.

3. REVERSE PSYCHOLOGY

‘Reverse Psycology ‘ ialah satu teknik modifikasi tingkah laku yang boleh digunakan oleh guru untuk mendapatkan tingkah laku yang boleh digunakan oleh guru untuk mendapatkan tingkah laku yang dikehendaki daripada murid-murid di dalam bilik darjah. Sebagai contoh, jika seorang guru ingin muridnya diam, beliau mungkin menyatakan sesuatu yang berikut seperti, ‘Teruskan, dan buat bising sekuat yang anda semua boleh’ dalam suara yang kuat dan tegas. Muridnya akan faham apa yang sebenar dikehendaki oleh gurunya iaitu mahu mereka diam dengan serta- merta kerana mereka tahu guru itu tidak bermaksud dengan apa yang beliau sedang katakan.

Teknik modifikasi tingkah laku ini ialah menggunakan psikologi untuk modifikasikan tingkah laku negatif kepada tingkah laku positif. Teknik ini memerlukan kemahiran guru memahami psikologi murid yang berkenaan. Tujuan menggunakan teknik ini adalah untuk menginsafkan murid agar melepaskan sikap negatif dan memupuk sikap positif demi membentuk tingkah laku yang diingini.

4. SHAPING

Ditakrifkan sebagai satu usaha memberikan ganjaran kepada murid setiap kali dia semakin hampir kepada satu matlamat tingkah laku yang ditetapkan oleh guru. Dalam teknik ini, ganjaran yang ditawarkan oleh guru menjadi semakin besar apabila murid bergerak ke arah pencapaian matlamat tingkah laku yang ditetapkan. Contohnya, untuk murid yang mempunyai tingkah laku bermasalah di mana selalu bergerak dalam bilik darjah, guru boleh menetapkan matlamat tingkah lakunya sebagai “Berhenti bergerak dalam bilik darjah.’ Jika murid berjaya, guru akan menawarkan ganjaran yang lebih besar sehinggalah tingkah laku bermasalah itu terhapus.

5. TOKEN EKONOMI

Guru boleh memberikan token untuk mengawal tingkah laku murid semasa pengajaran dan pembelajaran berlangsung supaya proses pembelajaran tidak terganggu. Setiap kali murid menunjukkan tingkah laku yang positif, akan diberikan satu token oleh guru. Token terdiri daripada kad-kad berwarna atau bintang yang mempunyai nilai-nilai tertentu. Sebagai contoh kad biru sebanyak lima markah, kad merah sebanyak 10 markah dan sebagainya.

(15)

Jika murid telah mengumpul banyak markah, maka akan diberikan hadiah. Ini akan memotivasikan murid untuk terus menunjukkan tingkah laku yang positif.

Selain itu, jika murid menunjukkan tingkah laku yang baik seperti menghasilkan kerja yang bermutu, maka, guru akan memberikan hadiah sebagai tukaran. Ini akan memotivasikan murid supaya lebih gigih lagi.

6. KONTRAK (LISAN ATAU BERTULIS)

Guru boleh membuat kontrak dengan muridnya supaya menunjukkan tingkah laku yang positif. Kontrak boleh dibuat secara lisan dan bertulis diantara guru dan murid. Jika dibuat secara bertulis perlu, menandatanganinya dan terdapat peraturan yang perlu diikuti. Jika tidak mematuhinya maka, hukuman akan di kenakan. Contohnya, jika murid menunjukkan tingkah laku yang baik dan prestasi kerja yang tinggi, murid akan diberikkan ganjaran seperti yang ditetapkan oleh kontrak. Murid-murid akan terus berkelakuan baik kerana pandangan mereka dipandang serius oleh guru.

7. TIMES OUT

Dalam teknik ‘times out’, jika murid tidak dapat mengawal diri, maka akan dikeluarkan daripada bilik darjah dan dibiarkan dalam bilik kecil yang berdekatan atau mana-mana sudut bilik darjah. Apabila murid tersebut berkelakuan positif, maka akan dibenarkan masuk semula ke dalam kelas. ‘Times out’ amat berkesan untuk kanak-kanak berumur empat hingga 12 tahun. Masa yang diperuntukkan untuk duduk dalam masa ‘times out’ ialah diantara satu hingga 10 minit bergantung kepada tahap keseriusan kesalahan yang dilakukan. Selepas masa hukuman dijalankan, guru perlu terangkan kenapa melakukan hukuman tersebut. Kemudian arahan yang asal diberikan semula kepada murid tersebut dan jika mengikut arahan yang diberikan akan dipuji manakala jika masih tidak mengikut arahan maka akan terus dikenakan hukuman.

8. PENGASINGAN

Merupakan teknik di mana murid-murid disuruh keluar daripada bilik darjah atau dimasukkan ke dalam kelas/bilik khas untuk menjalani hukuman yang ditetapkan guru. Satu konsep yang penting dalam teknik pengasingan ialah guru membiarkan tingkah laku murid yang bermasalah negatif serta tidak memberi apa-apa perhatian kepadanya. Teknik ini adalah sesuai apabila murid tidak menunjukkan tingkah laku yang positif walaupun telah diingatkan

(16)

oleh guru beberapa kali. Dalam teknik ini, guru tidak akan memberikan perhatian kepada tingkah laku bermasalah sehinggalah murid berubah sikap. Jika masih tidak mengikut arahan, maka pengasingan ke dalam kelas/bilik khas disyorkan.

Referensi

Dokumen terkait

Penelitian ini bertujuan untuk menganalisis: 1) Bagaimana pengaruh self-efficacy terhadap kepuasan kerja karyawan perbankan di Kota Padang; dan 2) Bagaimana pengaruh

Bangsa Indonesia menganut sistem politik luar negeri yang bebas aktif. Bebas dalam pengertian bahwa Indonesia tidak memihak pada kekuatan- kekuatan yang tidak sesuai dengan

Yang dimaksud dengan stres ini adalah aspek-aspek sebagai hasil dari interaksi antara individu dengan lingkungan organisasi yang mempengaruhi persepsi seseorang terhadap kualitas

Kulit Bisa menyebabkan iritasi kulit pada orang yang rentan. Penghirupan Bisa menyebabkan sensitisasi

Adapun untuk meningkatkan mutu pelayanan, maka Instalasi Pemeliharaan Sarana Rumah Sakit (IPSRS) sebagai salah satu bagian penunjang pelayanan yang mempunyai bidang

Berdasarkan latar belakang yang telah diuraikan, maka perlu dilakukan penelitian dengan judul “Model Quantum Learning Fisika Materi Teori Kinetik Gas Bermuatan

Hasil bobot akhir dari setiap kelompok kompetensi (cluster) beserta kriteria kompetensi (node) penilaian kinerja karyawan pada bagian produksi dengan menggunakan metode

Terima  kasih  kepada  seluruh  teman‐teman    residen  Anestesiologi  dan