• Tidak ada hasil yang ditemukan

BAB 6 PENGURUSAN RANTAIAN BEKALAN DAN E-DAGANG - BAB6

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2018

Membagikan "BAB 6 PENGURUSAN RANTAIAN BEKALAN DAN E-DAGANG - BAB6"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

BAB 6

PENGURUSAN RANTAIAN BEKALAN DAN E-DAGANG

OBJEKTIF

Setelah mengikuti pelajaran ini, anda seharusnya boleh:

1. Mendefinisikan rantaian bekalan dan isu-isu dalam pengurusan rantaian bekalan.

2. Mendefinisikan internet dan e-dagang

3. Menjelaskan sebab kenapa organisasi membeli dan membuat sendiri komponen.

4. Menerangkan tentang strategi-strategi pengurusan rantaian bekalan. 5. Menjelaskan kelebihan dan kelemahan e-dagang kepad syarikat.

PENDAHULUAN

Pengurusan rantaian bekalan adalah integrasi aktiviti-aktiviti membeli bahan mentah atau perkhidmatan, aktiviti transformasi bahan mentah kepada barang siap dan separuh siap dan aktiviti menghantar barangan akhir kepada pengguna. Aktiviti-aktiviti ini mungkin melibatkan penentuan vendor pengangkutan, transaksi kredit atau tunai, pembekal, bank, pergudangan, inventori dan perkongsian maklumat pelanggan. Pengurusan rantaian bekalan mempunyai kepentingan strategik kepada sesebuah organisasi. Ini kerana dalam era globalisasi hari ini, persaingan bukan lagi melibatkan satu organisasi dengan pesaingnya malah turut melibatkan antara rantaian bekalan mereka.

ISU-ISU RANTAIAN BEKALAN GLOBAL

Satu rantaian bekalan di peringkat global mesti mempunyai ciri-ciri berikut:

• Bertindak balas dalam perubahan yang berlaku dalam pengedaran, saluran perkapalan, duti import dan kadar mata wang.

• Menggunakan kaedah komputer dan teknologi terkini untuk penjadualan dan penghantaran bahagian-bahagian produk atau produk siap di semua bahagian dalam rantaian bekalan yang diwujudkan.

• Penstafan pakar tempatan untuk kendalikan duti, kastam dan isu-isu politik. Ini kerana pakar tempatan mempunyai kelebihan dan lebih memahami peraturan dan isu-isu dalam negara mereka sendiri.

KEPUTUSAN MEMBELI ATAU MENGHASILKAN SENDIRI

Dalam keputusan untuk membentuk satu rantaian bekalan, organisasi perlu menentukan sama ada untuk menghasilkan membeli atau menghasilkan sendiri bahan mentah, komponen atau bahagian produk mereka. Kedua-dua keputusan ini mempunyai impak yang berbeza kepada operasi syarikat.

(2)

• Memelihara komitmen pembekal

• Kapasiti pengeluaran terhad

• Mempelajari kemahiran teknikal dan pengurusan dari pembekal

• Kurangkan kos inventori

• Item dilindungi oleh patent atau rahsia perdagangan

2. Sebab kenapa organisasi menghasilkan sendiri • Kekalkan kekuatan dan teras syarikat

• Kurangkan kos

• Tiada pembekal yang sesuai

• Pastikan bekalan yang mencukupi

• Menggunakan lebihan pekerja atau fasiliti

• Menjaga hak rekabentuk dan kualiti

• Memelihara pekerja dari diberhentikan

ETIKA DALAM RANTAIAN BEKALAN

Dalam usaha syarikat membina satu rantaian bekalan yang efektif, aspek etika tidak boleh diketepikan. Amalan beretika amat penting dalam pengurusan rantaian bekalan kerana ia mempunyai kesan jangka panjang terhadap hubungan dan prestasi rantaian bekalan yang telah dibentuk. Terutamanya jika sesuatu rantaian global telah dibangunkan. Seorang pengurus operasi perlu menghadapi pelbagai isu-isu etika apabila berhadapan dengan undang-undang, budaya dan sistem nilai yang berbeza. Bagi memastikan amalan dan keputusan beretika, banyak syarikat mempunyai peraturan yang ketat dan kod etika yang mendefinisikan amalan beretika dalam pengurusan. Institut berkaitan dengan pengurusan bekalan juga perlu ditubuhkan bagi membangunkan satu set prinsip dan standard untuk kelakuan beretika.

STRATEGI RANTAIAN BEKALAN

Pengurus operasi perlu mewujudkan rantaian bekalan yang efektif dan cekap. Tetapi usaha ini bukanlah sesuatu yang mudah dilakukan kerana ia bukan sahaja melibatkan aspek dalaman syarikat malah melibat pelbagai pihak di luar organisasi. Hal ini menjadikan ia sesuatu yang mencabar dan kompleks untuk diuruskan. Jadi, dengan perlaksanaan strategi yang betul, barulah seorang pengurus operasi dapat menghasilkan rantaian bekalan yang berkesan. Strategi-strategi yang dimaksudkan adalah:

1. Rundingan dengan ramai pembekal

Strategi mempunyai ramai pembekal selalunya digunakan untuk produk-produk komoditi seperti getah dan kelapa sawit. Apabila mempunyai ramai pembekal, syarikat boleh mencari dan memilih pembekal yang menjual dengan harga yang termurah bagi meminimumkan kos. Pembekal pula selalunya akan bersaing secara agresif sesama sendiri. Pembekal juga bertanggungjawab terhadap teknologi, kepakaran, ramalan, kos, kualiti dan penghantaran.

2. Perkongsian jangka panjang dengan pembekal yang sedikit

Jika syarikat mempunyai satu atau sedikit pembekal, syarikat akan mempunyai kecenderungan untuk mewujudkan hubungan jangkamasa panjang yang baik dengan pembekal tersebut. Melalui hubungan ini, nilai akan dihasilkan melalui economy of scale

(3)

mempunyai kesanggupan untuk terlibat dalam program JIT dan menyumbang kepada kepakaran rekabentuk produk atau perkhidmatan.

3. Integrasi menegak

Intergrasi menegak bermaksud syarikat membangunkan kebolehan menghasilkan produk yang sebelum ini dibeli dari pembekal. Integrasi menegak boleh dibahagikan kepada dua iaitu, integrasi ke depan dan integrasi ke belakang. Integrasi ke depan adalah jaringan yang dibentuk dari syarikat ke pelanggan. Contohnya syarikat membeli atau memiliki pengedar produk mereka. Manakala, integrasi kebelakang pula melibatkan jaringan kepada pembekal. Contohnya syarikat membeli pembekal bahan mentah untuk menghasilkan produk. Strategi ini membantu syarikat untuk memperbaiki kos, kualiti dan pengurusan inventori tetapi memerlukan modal dan kemahiran pengurusan yang tepat. Bagi syarikat yang terlibat dalam teknologi tinggi, strategi ini mungkin menjadi satu risiko yang tinggi kepada syarikat.

4. Sistem Keiretsu

Sistem keiretsu yang diperkenalkan di Jepun adalah satu strategi yang mempunyai ciri-ciri antara pembekal yang sedikit dan integrasi menegak. Mengikut strategi ini, pembekal akan dijadikan sebahagian daripada syarikat. Syarikat akan memberi sokongan kewangan melalui pemilikan dan pinjaman. Ia juga melibatkan hubungan jangka panjang dan perkongsian kepakaran teknikal serta penghantaran yang stabil.

5. Syarikat Maya (Virtual Companies)

Syarikat maya bermaksud syarikat yang diwujudkan apabila diperlukan sahaja. Konsep ini mengatasi sempadan organisasi yang membolehkan kewujudan syarikat yang unik untuk memenuhi perubahan permintaan pasaran. Syarikat maya melibatkan prestasi lini (lean performance), pelaburan modal yag rendah dan fleksibiliti.

PENGURUSAN RANTAIAN BEKALAN

Apabila seorang pengurus operasi ingin membangunkan rantaian bekalan berintegrasi, faktor efisiensi perlulah diberi perhatian. Selalunya kitaran bahan mentah dari pembekal termasuk pengeluarannya, pergudangan, pengedaran berlaku secara berasingan dan terpisah dengan syarikat. Oleh yang demikian, beberapa isu pengurusan yang signifikan mungkin menyebabkan kegagalan efisiensi sesuatu rantaian bekalan. Faktor yang membantu efisiensi rantaian bekalan adalah seperti berikut:

1. Matlamat yang dikongsi bersama

Mewujudkan kefahaman bersama tentang misi, strategi dan matlamat di kalangan ahli-ahli dalam sesuatu rantaian adalah amat penting. Apabila ini dicapai maka masing-masing akan menyokong tindakan setiap ahli yang ada.

2. Kepercayaan

(4)

3. Budaya organisasi yang seiring

Hubungan positif antara pembelian dan bekalan akan wujud dengan adanya budaya yang seiring antara satu sama lain. Ini akan mendatang kelebihan yang sangat penting kepada setiap ahli rantaian bekalan. Ia boleh menggalakkan perhubungan formal dan tidak formal antara organisasi serta membentuk satu budaya yang selari yang menguatkan hubungan.

INTERNET DAN E-DAGANG

Internet merupakan jaringan (netwrok ) komputer antarabangsa yang menghubungkan organisasi dan manusia di seluruh dunia. Internet membolehkan integrasi sistem maklumat dalaman organisasi dibangunkan serta meningkatkan komunikasi. Ia telah membentuk semula cara menjalankan perniagaan dan cara memberi nilai kepada pelanggan. Ini menjadikan internet sebagai satu elemen perubahan yang sangat penting kepada pengurusan operasi terutamanya dalam pengurusan rantaian bekalan. Antara aspek yang terlibat adalah rekabentuk global, pengilangan, penghantaran, penjualan dan perkhidmatan lepas jualan. Intranet pula adalah jaringan dalaman yang tidak boleh dicapai oleh pihak luar organisasi.

E-dagang (e-commerce) adalah penggunaan internet untuk membeli atau menjual produk dan perkhidmatan dan pertukaran maklumat. Ia merupakan teknik baru menjalankan perniagaan yang melibatkan transaksi yang pantas dan kos yang rendah. E-dagang membolehkan kos transaksi maklumat dapat dikurangkan dengan drastik dan kekangan masa hampir tidak wujud. Selain itu maklumat dan komunikasi menjadi murah dan mudah untuk diperolehi.

Terdapat empat jenis transaksi yang melibatkan e-dagang iaitu:

• Business-to-business (B2B) – kedua-dua pihak yang terlibat dalam transaksi adalah syarikat perniagaan, organisasi bukan untung atau pihak kerajaan

• Business-to-consumer(B2C) – transaksi di mana pembeli adalah pengguna.

• Consumer-to-consumer(C2C) – pengguna menjual sesama sendiri

• Consumer-to-busnienss(C2B) – Individu menjual kepada organisasi

KELEBIHAN DAN KELEMAHAN E-DAGANG 1. Kelebihan e-dagang

• Kos maklumat yang murah menjadikan pembeli dan penjual lebih berpengetahuan. Ini menjadi satu kuasa yang boleh mengurangkan kos dan harga barangan dan perkhidmatan.

• Kos kemasukan yang rendah meningkatkan perkongsian maklumat.

• Beroperasi 24 jam sehari, di seluruh dunia dan transaksi boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja.

• Pasaran yang lebih luas kepada pembeli dan penjual.

• Kurangkan kos pembuatan, proses, penyimpanan, pengedaran dan mencapai maklumat di kertas.

• Kos komunikasi yang lebih rendah.

• Lebih kaya elemen komunikasi berbanding kaedah biasa iaitu mempunyai elemen video, visual dan demonstrasi. Ini menjadikan komunikasi lebih efektif.

(5)

• Meningkatkan fleksibiliti lokasi iaitu pemprosesan dapat dilakukan di mana-mana sahaja seperti di rumah dan bilik tidur.

2. Kelemahan e-dagang

• Kurang sistem keselamatan, kepercayaan dan piawaian

• Kurang kerahsiaan (privacy).

• Transaksi tertentu masih lagi perlahan.

• Integrasi perisian e-dagang dan pangkalan data masih menjadi satu cabaran.

• Kurang elemen kepercayaan dalam integriti pihak-pihak yang melakukan transaksi, integriti transaksi yang dilakukan dan wang elektronik hanya dalam bentuk bits dan bytes.

LATIHAN BAB 6

1. Berikan definisi rantaian bekalan.

2. Apakah tiga isu utama dalam pengurusan rantaian bekalan?

3. Terangkan 5 strategi pengurusan rantaian bekalan bagi membentuk rantaian bekalan yang efektif dan berkesan.

4. Jelaskan 5 kelebihan e-dagang kepada aktiviti perniagaan.

Referensi

Dokumen terkait